Lahad Datu: Menceroboh Sambil 'Makan Angin'

Sitti Krishna Idjirami (kiri), adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III (tengah) dan Putera Mahkota Bantillan Kiram (kanan) bercakap pada sidang media di Manila
KELUARGA KIRAM menyangkal tindakan lebih 100 orang kononnya tentera sulu yang menceroboh Lahad Datu dan kini berkampung di Kg Tanduo sebagai tindakan pencerobohan, sebaliknya tindakan kumpulan itu, hanya makan angin di Lahad Datu, demikian menurut isteri Kiram Princess Fatima Cecilia Kiram seperti yang disiarkan the inquirer.

Walaupun pencerobohan itu berakhir semalam, belum ada berita terkini daripada lokasi, apa kah melalui pasukan keselamatan Malaysia, mahupun daripada Filipina.

Usaha mendapatkan maklmuat daripada lokasi oleh pihak-pihak tertentu, juga gagal, kerana mungkin adanya usaha tutup mulut dari berbagai pihak, agar tidak lagi memberi maklumat terkini berkaitan dengan pencerobahan itu, yang kini masuk minggu ke tiga.

Lahad Datu: MNLF, Filipina tawar bantuan jika perang dengan Malaysia

MANILA - Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) berhasrat hantar bantuan jika berlaku ketegangan antara Sultan Sulu dan pihak berkuasa Malaysia.

Panel Keamanan MNLF, Cecar Absalom menyifatkan perang mungkin akan berlaku sebagai merujuk kepada tindakan ancaman Malaysia untuk mengusir secara paksa Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Sabah.

Setiausaha Kerajaan Filipina, Manuel Roxas pula berkata, rakyat Malaysia sudah hilang sabar.

“Kerajaan Malaysia telah melanjutkan tiga hari untuk pengikut Azzumuddie Kiram yang mendirikan kemah di Lahad Datu sejak dua minggu yang lalu bagi meninggalkan Sabah dan kembali ke Filipina,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan, Voltaire Gazmin berkata, aliran perdagangan antara Sabah dan beberapa pulau di selatan Mindanao digantung seketika kerana kawalan ketat bagi membolehkan rakyat berurusan antara kedua-dua negara.

Penceroboh Lahad Datu sedang menunggu serangan Malaysia

TANJUNG LABIAN (Lahad Datu): Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa.

Dalam perbualan telefon dengan The Star, Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.

“Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut,” katanya.

Ditanya mengapa memikirkan bahawa kumpulan itu akan diserang, beliau menjawab: “Kerana ditunjukkan di televisyen dan di radio bahawa tarikh akhir telah tamat. Kami tidak takut kerana kami tahu adalah benar. Ini adalah tanah kami.”

Pencerobohan Lahad Datu: Amaran keras dari Presiden Filipina

MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino pada Selasa memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal menamatkan pencerobohan di Sabah.

Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III untuk memanggil balik 180 pengikutnya termasuk kira-kira 30 daripada mereka yang bersenjata daripada terus menceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

"Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan tegas berdasarkan undang-undang negara ini akan digunakan untuk memberi keadilan kepada semua.

"Keadaan seperti ini tidak boleh berterusan. Jika anda benar-benar pemimpin orang anda, anda harus bekerjasama dengan kerajaan untuk mengarahkan pengikut anda pulang ke rumah dengan aman," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen nasional.

Sultan Sulu: Ketua Penceroboh tekad berjuang hingga mati

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

"Terus berjuang atau mati," kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
"Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan," tambahnya.

Manila semalam menghantar satu kapal laut untuk membawa pulang kumpulan itu namun Agbimuddin menegaskan 'Pasukan Keselamatan Diraja' tidak akan berganjak dari Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga "isu itu diselesaikan".

Penceroboh Lahad Datu tidak mahu berganjak, tetap dengan tuntutan..

PETALING JAYA: Krisis di Lahad Datu mungkin tidak berakhir dengan segera apabila pengikut Kesultanan Sulu dilaporkan tidak akan meninggalkan Sabah.

Malah isteri kepada pengikut Sultan Sulu yang berada di Lahad Datu juga tidak akan meninggalkan suami mereka.

“Mereka tidak akan pergi,” kata Abraham Iridjani, jurucakap kesultanan Sulu seperti dilaporkan laman web viva.co.id dipetik dari akhbar Inquirer hari ini.

Ia melaporkan kapal angkatan laut Filipina tiba untuk membawa pulang orang Sulu yang sudah tiga minggu berada di Lahad Datu.

Bagaimanapun, rundingan masih dibuat untuk menghantar mereka pulang ke Mindanao.

Manila kaji tuntutan

Inquirer juga melaporkan Manila akan mengkaji tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Menurut Inquirer, ini dilakukan untuk menghentikan kependudukan ratusan orang Sulu bersenjata di Lahad Datu.

Dua tentera Sultan Sulu ditembak mati?

Berita kematian dua tentera Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sedang heboh disebarkan di media sosial, namun sejauh mana kesahihan berita tersebut tidak dapat dipastikan, kerana belum ada laporan rasmi dari pihak berkuasa Malaysia mahupun Filipina.

Dikabarkan dua anggota berpengaruh dalam kumpulan penceroboh tersebut telah ditembak mati awal pagi tadi gara-gara pertelagahan sesama mereka. Dan bukannya digempur oleh anggota keselamatan Malaysia.

Situasi dalaman tentera Sultan Sulu yang sedang bersembunyi di Kampung Tandou menjadi semakin tegang akibat perselisihan pendapat dengan pemimpin mereka.

Difahamkan dua anggota yang ditembak mati kerana bertelingkah untuk menyerah diri kepada pihak keselamatan Malaysia, kerana ketiadaan bekalan makanan yang serius. Namun hasrat tersebut dibantah oleh pemimpin mereka, yang akhirnya menjurus kepada tindakan berbalas tembakan.

LAHAD DATU: Pencerobohan Tentera Sulu akan berakhir malam ini?

TEMPOH 48 jam yang diberikan Pasukan Keselamtan Negara bagi penceroboh untuk meninggalkan Kg Tanduo Lahad Datu akan berakhir tengah malam ini.

Penceroboh yang mendarat di Kg Tanduo malam Selasa lalu yang diketuai oleh adik kepada Sultan Jamalul Kiram III Rajah Muda Azzimudie Kiram sepatutnya telah keluar daripada kampung Tanduo pada jumaat, namun atas permintaan Menteri Luar Filipina Albert Del Rasario meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.

Satu perkara yang membimbangkan berbagai pihak, bahawa jikalau penceroboh itu enggan juga bersetuju menginggalkan perkampungan di mana mereka berkampung, maka satu pertumpahan darah akan berlaku, walaupun pendekatan pasukan keselamtan negara mahukan penyelesaian kejadian itu berakhir dengan aman, tanpa berlakunya keadaan yang mengorbankan nyawa.

Difahamkan, laporan daripada lokasi, pasukan keselamatan negara telah bersiap sedia, hanya menunggu arahan akhir sebelum bertindak menghalau penceroboh itu.

VIDEO: Giliran Ostazah Abby Abadi kena bidas

Baru 2 jam pakai tudung, dah mengaku jadi ustazah....


Kenapa Nik Aziz semakin riak

IPOH - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu kepada rakyat dianggap kenyataan riak dan menghina rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, kenyataan itu seperti memandang rendah usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan.

“Sepatutnya, sebagai seorang ulama yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama, beliau (Nik Aziz) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Terdahulu, Samsudin menyampaikan BR1M 2.0 bujang kepada 1,040 golongan muda untuk kawasan Dun Air Kuning di Dewan Merdeka, Tapah, dekat sini, kelmarin.

Eksklusif: Pemimpin BN Sarawak akan sertai pembangkang...

Menjelang Pilihan Raya pasti ada saja maklumat yang mengejutkan, samada pihak pembangkang melompat untuk bersama BN, atau pemimpin BN yang berpaling tadah, semuanya kerana alasan tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan parti.

Terkini, maklumat yang dihantar melalui email kepada saya membayangkan terdapat pemimpin Barisan Nasional sedang berkira-kira untuk melakukan lompatan kontroversi dalam waktu yang terdekat ini.

Ahli Parlimen Hulu Rajang selama lima penggal, Datuk Billy Abit Joo yang tidak dicalonkan semula oleh pucuk pimpinan PRS pada PRU akan datang, dikatakan telah mengambil langkah untuk bersekongkol dengan Sarawak Workers Party (SWP). 

SWP adalah parti baru yang bertekad untuk menjahanamkan PRS dalam PRU ke 13. 

Datuk Billy berbual dgn Datuk Sng dalam pesawat pagi tadi
Menurut sumber tersebut, Datuk Billy yang juga Naib Presiden PRS telah dihubungi sendiri oleh Datuk Sng Chee Hua untuk proses 'tawar menawar'.

Datuk Sng Chee Hua adalah penaja dan bapa kepada Presiden SWP Larry Sng.

Apakah Datuk Billy benar-benar berminat dengan tawaran Datuk Sng dan seterusnya menyertai SWP?

VIDEO: ...lagi penipuan Anwar terbongkar

Kalau dah lahir sebagai makhluk penipu...sampai bila-bila pun akan menipu...



TERKINI: Presiden Filipina desak penceroboh Lahad Datu menyerah dengan aman

Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.

"Pergi ke sana dengan senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.

"Apabila anda menggunakan senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.

Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

LAHAD DATU : Kapal Tentera Laut Filipina Dikerah

LAHAD DATU: Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu berkurung sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.

Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

Mengapa ‘tentera’ Sultan Sulu ceroboh Lahad Datu?

PETALING JAYA: Tentera Kesultanan Sulu menceroboh Sabah setelah merasa rugi dengan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Kepulauan Mindanao.

Perjanjian damai ini menyebut Mindanao–termasuk Sulu–sebagai wilayah otonomi Bangsamoro dan memberikan sebahagian besar wilayah untuk diurus secara merdeka.

Ia menyebabkan Kesultanan Sulu merasa tidak mendapat kelebihan lagi dan berniat merebut wilayah mereka di tempat yang lain, iaitu Sabah seperti dilapor viva.co.id sebuah laman web di Indonesia.

Tetapi apa yang menyebabkan Kesultanan Sulu berani mendakwa wilayah Sabah sebagai tanah warisannya?

Kolumnis Rita Linda V. Jimeno, sebagaimana dilaporkan oleh Manila Standard Today, Isnin lalu menulis jejak sejarah kaitan antara Kesultanan Sulu dengan wilayah Sabah.

Gambar Ini Menyakitkan Hati Anwar, Majlis Syura PAS Sokong 1Malaysia..

Gambar ini telah mencetus perbahasan yang hangat di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat keseluruhannya, terutama sekali mereka yang menganut fahaman Anwarinas dalam PAS.

Dua dari kiri adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Akibat menunjuk isyarat 1Malaysia bersama-sama dengan pemimpin Barisan Nasional, Datuk Nik Muhammad Zawawi mulai dikecam dengan maki hamun oleh penyokong sendiri.

Tidak pasti dimana atau acara apa yang beliau hadiri bersama para pemimpin Barisan Nasional, mungkin majlis keagamaan, mungkin juga majlis kebajikan. Namum politik kebencian amalan Pakatan Rakyat telah memakan diri dan menghukum Majlis Syura Ulama PAS dengan berbagai tuduhan negatif.

Apakah Datuk Nik Muhammad Zawawi akan menerima nasib serupa dengan Ustaz Nasha?

Apa yang paling menakutkan penganut fahaman Anwarinas dalam PAS dan Pakatan Rakyat adalah perpaduan serta hubungan baik dengan Barisan Nasional. 

Bagi Anwar, apa saja perkara baik dengan Barisan Nasional adalah sangat  bahaya dalam usaha menjamin kedudukan beliau di singgahsana Putrajaya.

Sepatutnya Anwar tidak perlu risau dengan 'gambar' ini, kerana hakikatnya para ulama PAS masih sayangkan peliwat seperti Anwar.

Di bawah ini beberapa gambar yang bakal mencetus maki hamun penyokong Pakatan Rakyat, silakan berspekulasi...

TERKINI: Wartawan Al-Jazeera dan pemuda SAPP ditahan di perairan Lahad Datu

Tiga orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah (SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina.

Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.

Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat.

Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.

Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang.

11 Dun desak Ustaz Azizan berundur

ALOR SETAR - Sebelas Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota Pas tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 Dun yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Kehebatan Anwar yang tidak ada pada Najib

Hanya Anwar memiliki kehebatan menyakinkan orang lain dengan pembohongan...

PKR "persenda" isu pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu

Tian Chua hari ini dengan bongkak mempertikai serta mempersenda isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Naib Presiden PKR itu turut mengesa kerajaan menjawab persoalan yang timbul tentang ‘keaslian’ insiden tersebut.

Dalam satu sidang media, Tian Chua membuat provokasi terhadap pihak berkuasa dengan mendakwa tidak berusaha untuk melucutkan senjata penceroboh berkenaan.

Sikap yang ditunjukkan Tian Chua bukan saja tidak sensitif terhadap keselamatan penduduk Lahad Datu, malah dengan bongkak menganggap diri sebagai serba tahu.

Memang inilah gaya politik Anwar Ibrahim yang sudah menjadi darah daging orang PKR, apa saja yang dilakukan pihak kerajaan dan pasukan keselamatan akan dinafikan dengan mudah. 

Kerana bagi orang PKR hanya Anwar saja mampu melakukan perkara betul, ini turut disahkan para ulama PAS yang lurus bendul.

Kenyataan Tian Chua bukan yang pertama dari kalangan pemimpin PKR, sebelum ini pun sudah ada pemimpin PKR yang mempersenda rundingan yang dibuat pihak berkuasa dengan penceroboh tersebut. 

Malaysia elak pertumpahan darah dengan pengikut Sultan Sulu

LAHAD DATU: Pihak berkuasa Malaysia masih mempunyai pilihan terbuka dalam menyelesaikan konflik dengan pengikut Sultan Sulu yang bersembunyi di Kampung Tanduo, kawasan kampung terpencil di Felda Sahabat 17 dekat sini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia melakukan apa juga kemungkinan tanpa pertumpuhan darah bagi menyelesaikan konflik itu yang kini memasuki minggu kedua.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan dan keselamatan negara.

"Saya harap mereka tidak memaksa kami. Kita perlu bertindak bila tiba masa yang sesuai.

"Dan sekiranya kita perlu membuat satu keputusan, kita akan laksanakannya," katanya sebelum berlepas ke Felda Sahabat di Lahad Datu.

Kumpulan yang dianggotai oleh 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Karpal Singh tuduh pemimpin PKR cuba sabotaj DAP?

Satu lagi kecaman pedas dari Karpal Singh terhadap rakan sekutu mereka iaitu PKR. Dalam satu kenyataan rasmi hari ini pengerusi DAP tersebut mengatakan satu siasatan akan dilancarkan terhadap pemimpin PKR Datuk Chua Jui Ming berikutan dakwaan menjadi dalang keatas beberapa serangan hebat terhadap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Karpal berkata DAP memandang serius pendedahan yang dibuat oleh pengerusi DAP Johor Dr Boo Chen Hau.

Menurut Karpal, tuduhan oleh Dr Boo tidak boleh dipandang ringan malahan menyifatkan kredibiliti Chua Jui Ming masih lagi diragui memandangkan pengalamannya bersama parti lawan MCA dan sikap terburu-burunya untuk menawan kerusi parlimen.

TERKINI: Pengikut Sultan Sulu bertegas akan kekal di Lahad Datu

MANILA: Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)

"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila.

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.

DAP gesa Anwar campur tangan, perebutan kerusi semakin parah

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor, kata pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau hari ini, pada masa sama juga menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Datuk Dr Chua Jui Meng.

Dalam satu kenyataan hari ini, Boo dilihat tidak berpuas hati dengan ketua PKR Johor tersebut selepas secara terbuka menyatakan langkah DAP berhasrat mahu meletak ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong bertanding di Gelang Patah sebagai tidak matang.

“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu ‘dibelakang tabir’ keatas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor,” kata Boo.

“Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.”

Boo mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP terlalu kuat” serta menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel sebagai “bongkak”.

Hindraf beri amaran: Pakatan akan hilang 25 kerusi

Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin berisiko akan kehilangan sehingga 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak menerima sokongan daripada kumpulan pendesak tersebut.

Beliau juga mendakwa Hindraf boleh membantu untuk mengalihkan undi tersebut agar memihak kepada Pakatan Rakyat jika pakatan pembangkang bersama dengan pergerakan itu.

"Masyarakat India tidak berperang dengan kerajaan kerana kita ada pada tahun 2007 hinggan 2008.

"Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan kerja yang mengagumkan dari bawah dan jika mereka berjaya mendapatkan 55 peratus daripada jumlah pengundi India, Pakatan berkemungkinan untuk hadapi risiko di 25 kerusi Parlimen," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

TERKINI: Penceroboh bersenjata Lahad Datu minta dua tuntutan dari Kerajaan Malaysia

Lanjutan mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan warga asing bersenjata yang dilaporkan membuat dua tuntutan daripada kerajaan Malaysia iaitu

a. Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

b. Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

PDRM kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo. Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan PDRM sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka. Pihak keselamatan akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah itu melalui perundingan tanpa pertumpahan darah.

VIDEO: PAS bertegas keluar Pakatan, jika merugikan...

Haji Hadi Awang selaku presiden PAS memberi jaminan tidak akan teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Rakyat, jika kerjasama PAS dengan DAP dan PKR merugikan Islam.

Inilah kali pertama Haji Hadi kelihatan bersifat tegas tentang kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Hadi lebih terbuka dengan apa saja ketetapan Anwar atau Karpal Singh, kerana Hadi berpendapat tujuan mereka hanya satu iaitu 'bertahta di Putrajaya'.

Tidak pasti sejauh mana keikhlasan Hj Hadi, mungkin juga akibat desakan akar umbi yang semakin 'muak' dengan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang seringkali menidakkan suara Ulamak dalam Majlis Syura PAS...


HINDRAF tidak percaya pada janji Anwar

Pemimpin Hindraf P Uthayakumar menolak janji lisan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Pakatan Rakyat akan menyelesaikan masalah masyarakat India dalam masa 100 hari, sebaik sahaja menawan Putrajaya.

Sebaliknya beliau berkata, jika Anwar benar-benar ikhlas, pihaknya perlu memeterai perjanjian bertulis sekaligus mencerminkan kesungguhan parti itu membela nasib masyarakat India di negara ini.

“Kita harapkan Pakatan ikhlaslah untuk membantu untuk melaksanakan tuntutan Hindraf. Kalau betul-betul ikhlas, ‘sign’ sajalah.

“Bagi saya, lisan tak boleh, kita tidak boleh terima secara lisan,” kata Utayakumar yang dihubungi Antarapos.

Uthayakumar menegaskan perjanjian bertulis penting bagi memastikan nasib kaum India tidak terus dimanipulasikan untuk kepentingan mana-mana parti politik, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya April depan.

Isu Makam - Bila BN dan PR sama-sama 'bangang'

Jika benar inilah isu yang dianggap serius dan penuh nilai politik, kali ini saya terpaksa katakan BN Sarawak dan pembangkang Sarawak sama-sama bangang, bahlul serta terdesak. Apakah sudah tidak ada lagi masalah rakyat di Sarawak untuk diketengahkan, sehingga isu pengkebumian Mendiang ASP (B) Wilfred Gomez Malong pun dianggap isu besar bagi kedua pihak samada BN atau Pembangkang.

Hanya kerana Mendiang ASP (B) Wilfred Gomez Malong yang meninggal dunia pada 2hb Februari tidak desemadikan di Makam Pahlawan sepertimana Mendiang Datuk Temenggung Kanang anak Langkau yang meninggal dunia pada 2hb Januari 2013. Maka sebab itulah pembangkang pertikaikan, dan BN Sarawak pula menganggap suara pembangkang itu sebagai 'isu besar'.

Apakah perkara diatas isu besar? yang jelas BN Sarawak yang memperbesarkan seolah-olah sedang terdesak.

Bagaimana dengan bantuan kebajikan untuk keluarga mendiang, apakah semua itu sudah terlaksana? sehingga anda semua terpaksa berbahas tentang hal yang tidak wajar.

TERKINI: Pencerobohan di Lahad Datu ada kaitan pergolakan

Datu Esmail Kiram
Update terkini pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu Sabah. Pencerobohan yang berlaku dikatakan mempunyai kaitan dengan pergolakan yang berlaku di selatan Filipina dan PDRM mengesahkan pencerobohan tersebut adalah terdiri daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu bagi mengembalikan semula tuntutan ke atas Sabah.

PDRM dalam kenyataanya telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh waris kesultanan Sulu iaitu Datu Esmail Kiram. Pesuruhjaya Polis Sabah memaklumkan rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu,. Selain itu, pihak PDRM yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.

Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai Lahad Datu menggunakan bot pancung dan bersenjata. PDRM dan ATM kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan tersebut memilih Kampung Tanduao, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu. Kawasan itu sejauh 22 kilometer dari perairan antarabangsa dan jarak kampung tersebut ke kepulauan Filipina adalah kira-kira sejam dengan menaiki bot.

Kumpulan bersenjata di Lahad Datu sedang dikepung

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.

"Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Jumaat.

Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.

Roboh Kuil - Kerajaan PKR Selangor tidak akan minta maaf atau beri pampasan

Kerajaan negeri Selangor dengan angkuh menjelaskan bahawa mereka tidak akan membayar sebarang pampasan mahupun memohon maaf kepada pemilik rumah yang altarnya dirobohkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) pada November tahun lalu.

Exco Selangor Ronnie Liu berkata demikian ketika ditanya berkenaan tindakan MPSp pada November lalu merobohkan sebuah rumah ibadat persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dengan alasan tiada permit.

Tindakan tersebut menyebabkan ratusan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam membantah kerajaan Selangor 'merestui' tindakan merobohkan tempat pemujaan kaum itu.



Huguan Siou: 2 kerusi Sabah yang Anwar tidak boleh sentuh...

Huguan Siou ini jadi penting kepada Anwar bukan atas sebab suka-suka. Memang Anwar kepingin lama dengan gelaran ini. Bukannya apa, untuk memasakkan lagi kehadirannya di Sabah, Anwar perlukan gelaran Huguan Siou untuk memikat pengundi.

Rata-rata kawan dalam PKR tahu dan maklum, Anwar tidak boleh sentuh 2 kerusi majoriti Cina di Sabah (Kota Kinabalu dan Sandakan). Walaupun menurut bisik-bisik di bawah, PKR juga boleh menang jika bertanding di kedua-dua kawasan tersebut. Tapi kerana mahu memberi laluan kepada DAP, Anwar mengalah.

Pada ketika ini, kerusi yang lebih ditumpukan adalah kerusi-kerusi MAJORITI Bumiputera Bukan Islam (kerusi KDM) dan 5 kerusi Campuran Majoriti Bukan Islam.

Jangan samakan taraf Tun Mahathir dengan 'peliwat'

Alangkah kebudak-budakan, bila ada pihak tertentu mencabar agar Tun Mahathir bertanding di Permatang Pauh menentang Anwar Ibrahim dalam PRU 13.

Bagaimana mungkin Tun Mahathir boleh disamakan dengan seorang peliwat yang kemaruk ingin jadi perdana menteri. Anwar bukanlah taraf Tun Mahathir dalam apa-apa pun, apatah lagi dalam hal politik dan kepimpinan.

Anwar memang terkenal sebagai peliwat, pelakon porno dengan Chinadoll dan bekas banduan kes rasuah. Tapi kriteria itu tidak memungkinkan Anwar layak untuk bersaing dengan seorang negarawan hebat seperti Tun Mahathir.

Mamak Kadir sokong Mat Sabu, dan minta Wan Ahmad letak jawatan

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seharusnya meletak jawatan kerana bersikap partisan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini.

Kadir turut menjelaskan sokongannya terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, selepas semalam, Wan Ahmad mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berikutan penyiaran artikel dalam akhbar Harakah bertajuk “Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai”.

“Saya lihat Wan Ahmad tidak lagi layak (untuk jawatan),” kata Abdul Kadir kepada pemberita di sini. “Beliau menjadikan dirinya sendiri tidak layak daripada memegang sebarag jawatan dalam SPR.

“Jelas beliau penyokong kuat Barisan Nasional (BN).”

Abdul Kadir turut menggelar Wan Ahmad sebagai “gangster” yang “kasar” dengan ucapannya, berbanding dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Polis sahkan penceroboh di Lahad Datu berketurunan Sultan Sulu

KOTA KINABALU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar “Huguan Siou” sudah siapkan dana RM2 billion

Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, ramai wajah baru yang dipanggil mengadap Huguan Siou di Tropicana. Wajah-wajah yang tak biasa nampak pun ada. Kata seorang pegawai HQ, ini adalah pemandangan biasa 5 tahun sekali. Akan ada wajah-wajah baru yang dipanggil datang. Antara yang semakin kerap berada di HQ kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan beberapa orang budak muda (investment bankers) yang diajak masuk berbincang. Mat saleh pun ada. Tapi jarang-jarang sekali.

Huguan Siou sudahpun memberikan komitmen PERIBADI, bahawa dia sanggup menyediakan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion menjelang PRU kali ini. Angka ini nampak tidak banyak. Tetapi sebagai seorang Huguan Siou, dia tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar. Usaha sedang dilakukan oleh Rahim Ghouse dalam menentukan kaedah kemasukan wang yang paling selamat dan gagal dikesan. Pasaran saham, Bursa Malaysia dijangka dijadikan alat yang paling penting.

Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa. Perhatikan sahaja. Blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA, MKN dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan.

RM2 bilion ini akan difaraidkan ke kawasan-kawasan Parlimen/DUN yang dirasakan berpotensi dan boleh menang.

Giliran Anwar dimalukan di Sabah

"Imam Mahdi", "Pemimpin paling suci" dan bermacam-macam lagi. Semua itu gelaran pelik yang Anwar perolehi dari sekutu politiknya.

Kali ini PKR cabang Ranau pula memberi gelaran ‘Huguan Siou’ kepada Anwar. Gelaran serta penganugerahan itu telah membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat KDM selain mendakwa hanya persatuan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) sahaja yang berhak melantik individu yang layak.

Lebih memalukan, bila semakin ramai pemimpin tempatan Sabah tampil dengan komen yang negatif terhadap Anwar kerana mereka yakin Anwar bukanlah individu yang layak untuk mendapat penganugerahan tertinggi itu.

Hindraf beri amaran pada Pakatan

Kumpulan pendesak Hindu Rights Action Force (Hindraf) memberi amaran untuk menarik balik sokongan pada Pakatan Rakyat sekiranya gabungan parti itu masih berlengah-lengah dalam menyatakan sokongan kepada rancangan lima tahunnya untuk menyelesaikan isu kemiskinan masyarakat India.

Setiausahanya P Ramesh berkata, Pakatan pada peringkat awal menunjukkan minat untuk melibatkan diri dengan Hindraf, seperti yang dilihat dalam beberapa pertemuan sejak November lalu – termasuk dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, tiada apa-apa yang boleh menunjukkan kemajuan kerjasama tersebut, katanya.

"Hindraf menyatakan dengan jelas kepada Pakatan sejak awal lagi bahawa apa-apa sokongan dalam pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada sokongan Pakatan pasa rancangan ini," katanya.

GAMBAR: Anwar Menahan Sebak di Permatang Pauh...

Setelah menghiburkan rakyat di Sabah dan Sarawak dengan janji-janji manis serta nyanyian penuh yakin kononnya beliau akan jadi perdana menteri selepas PRU ke 13. Rupanya sampai saja ditempat sendiri di kawasan parlimen permatang pauh, Anwar terpaksa menahan sebak didada.

Mana tidaknya, dimana saja Anwar bertemu rakyat pasti ribuan yang hadir meraikan celotehnya. Tapi kali ini berbeza, Anwar bukan sahaja tidak mampu menyanyi, malah Anwar tidak mendapat sambutan seperti yang diduga.

Mungkin sebab itu Anwar sering ke Sabah dan Sarawak, kononnya di dua negeri ini masih ramai yang kemaruk dengan percikan air liur Anwar.

Lihat saja gambar dibawah, betapa "meriahnya" sokongan rakyat terhadap Anwar di Permatang Pauh...
Mana tak sebak...


Pemimpin DAP Sarawak dicabar dedahkan 10 parlimen BN bakal tumbang

Dalam akhbar hari ini, pemimpin DAP Sarawak dengan penuh yakin mengatakan Pakatan Rakyat akan menguasai 10 kerusi parlimen Sarawak dalam PRU akan datang. Namun Chong Chieng Jen tidak mendedahkan secara jelas 10 kerusi parlimen yang dimaksudkan, Apakah Chong Chieng Jen sekadar cuba-cuba untuk jadi tukang tilik?

Sebagai pemimpin yang sering bercakap tentang ketelusan dengan penuh kejantanan, alangkah jantannya kalau Chong Chieng Jen mendedahkan kerusi parlimen manakah yang begitu rapuh ditangan Barisan Nasional Sarawak.

Semua orang tahu kerusi parlimen Bandar Kuching, adalah 'antara' yang hampir pasti kekal ditangan pembangkang. Namun dimanakah 9 lagi kerusi parlimen lain yang turut tumbang ke tangan pembangkang? Chong perlu jelaskan, rakyat sedang teruja dan ingin tahu...

Kenapa Anwar tidak lagi muncul dipentas PAS?

AIDCNews – 11/02/13 – Seorang pengunjung laman ini dari Bangi, Selangor mengirim satu foto banner ceramah Pas terkini yang didakwanya sebagai ‘anih’ kerana berbeza dengan banner-banner ceramah pakatan pembangkang sebelum ini.

Menurutnya, dalam kebanyakan ceramah politik Pas sebelum ini selalunya salah seorang wakil daripada parti kompenan sama ada PKR dan DAP akan dimasukkan sebagai salah seorang penceramah untuk membuktikan semangat setiakawan pakatan.

Namun dengan ketiadaan mana-mana wakil dari parti kompenan, pengirim tidak menolak kemungkinan ia adalah manifestasi penolakan akar umbi Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pas kini seolah-olah mahu berkempen bersendirian. Dianjur partinya secara bersendirian, tanpa menjemput wakil dari parti kompenan.

Benarkah Peter Chin tak bertegur sapa dengan Taib Mahmud?

MIRI 11 Feb. - Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini menafikan dakwaan bahawa hubungan antara beliau dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilanda masalah besar sehingga ke tahap saling tidak bertegur sapa.

"Tak ada masalah bagi saya untuk bercakap dengan Ketua Menteri pada bila-bila masa, sebelum ini pun, saya tidak ada masalah untuk bercakap dengan beliau," kata Chin kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediamannya di sini hari ini.

Chin, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bagaimanapun mengaku wujud salah faham antara beliau dan Taib sebelum ini, tetapi semua itu kini berakhir.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), adalah antara beribu-ribu orang yang menghadiri majlis rumah terbuka Chin hari ini bersama presiden Parti Rakyat Bersatu (PRS), Tan Sri Dr. James Jemut Masing.

VIDEO Menarik PSY Di Rumah Terbuka #CNY #GangnamMalaysia

Dianggarkan puluhan ribu peminat memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.

Persembahan yang dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar atau PAS Sarawak, siapa akan tunduk?


PKR tetap berkeras mahukan kerusi Sibuti dalam PRU13 walau pun PAS telah pun ‘memacak’kan benderanya di situ.

Pengerusi PAS Sarawak pada minggu lalu menyatakan bahawa kawasan tersebut akan dipertandingkan oleh calonnya. Untuk menunjukkan keseriusannya, PAS telah membawa bekas MB Perak Nizar Jamaluddin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusuf Rawa ke Sibuti pada minggu lalu untuk berkempen dan merasmikan penubuhan Kelab Penyokong PAS.

Menurut sumber dalaman PKR, mereka akan mengemukakan rayuan kepada Anwar Ibrahim yang akan melawat Miri esok agar menggunakan kuasa veto supaya PAS ‘mengembalikan’ kerusi tersebut kepada PKR.

VIDEO: "BN perlu majoriti 2/3 untuk 'halau' Ambiga"

Bagi melucutkan kewarganegaraan rakyat Malaysia yang cuba memecah-belahkan rakyat, maka Perlembagaan Persekutuan perlu terlebih dahulu dipinda, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menjelaskan bahawa Perlembagaan itu hanya boleh dipinda sekiranya kerajaan yang mentadbir memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen, beliau menyeru pengundi dapat membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang hadirin majlis ‘Santai Bersama Tun M’ di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini yang membangkitkan soal melucutkan kerakyatan individu-individu seperti bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga yang dilihat berselindung di sebalik nama NGO dan memecah belahkan rakyat.



MB Khalid tersingkir dari PKR Selangor

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketidakstabilan berhubung masa depan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, dengan sumber dalam Pakatan Rakyat (PR) mengatakan menteri besar penggal pertama itu mungkin kehilangan jawatannya jika pakatan tersebut berjaya mempertahankan negeri dalam Pilihan Raya 2013.

Kepimpinan PKR setakat ini tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan terpilih untuk mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu, dengan kemarahan yang semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan yang dikatakan melihat ahli politik itu sebagai wakil rakyat “tidak hadir”.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PKR pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok kerana kebimbangan menteri besar itu akan kalah di kerusi Dun tersebut.

VIDEO: Tabung Memali - Pemimpin PAS takut ke mahkamah

Perhatikan kenyataan serta dakwaan dalam video dibawah...

Inilah isu yang paling ditakuti pemimpin PAS termasuk presiden Haji Hadi Awang.


Pakatan Sabah semakin parah

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Pakatan Rakyat (PR) telah secara rasmi mengeluarkan Parti Maju Sabah (SAPP) dari rundingan kerusi pembangkang di Sabah, Mohamed Azmin Ali mengesahkan, menegaskan permintaan parti tersebut tidak munasabah untuk dilayan.

Timbalan Presiden PKR itu memberitahu The Malaysian Insider di peringkat negeri, PR dengan sekutu baru di Sabah Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) — hampir bersetuju dengan formula perkongsian kerusi mereka.

“Hanya terdapat beberapa sahaja kerusi lagi yang bertindih. Tetapi sekarang kita meminta Majlis Presiden PR untuk membimbing dalam menentukan kerusi yang harus ditandingi oleh setiap parti,” kata Azmin ketika dihubungi di sini, sambil menambah perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.

Akan tetapi ahli parlimen Gombak itu yang kini mengetuai rundingan kerusi dengan APS dan PPPS, tidak akan mendedahkan formula perkongsian kerusi dengan dua pergerakkan berasaskan Sabah itu kerana sebab-sebab strategik.

VIDEO: Najib hilang sokongan, kerana 'butuhkan' peliwat

Suka atau tidak, persepsi dan persoalan tetap timbul. Apakah penyokong Barisan Nasional mula membenci PM Najib dan mula butuhkan peliwat untuk dijadikan Perdana Menteri?

Jika bersandarkan video Ucapan Tahun Baru Cina dari PM Najib, jelas menunjukkan orang membenci lebih banyak dari yang menyukai. indikasi 'dislike' jauh mengatasi 'like'.

Ini bukan kali pertama kita menyaksikan hal ini terjadi. Apa pun alasannya, apakah kita bersetuju Perdana Menteri Dato' Seri Najib sudah hilang sokongan?

Lalu, dimanakah ribuan pejuang maya yang membusung dengan segala bantuan, yang kononnya berjuang siang dan malam bersama kumpulan mereka?

Atau mungkin mereka sedang dilanda musibah, dan memerlukan 'bantuan kilat' dari MKN...



Tian Chua jamin akan tutup Lynas

Tian Chua memberi jaminan kilang Lynas di Gebeng Kuantan yang kononnya mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila Pakatan Rakyat mentadbir negara kelak.

Keadilan Daily melaporkan, Naib Presiden PKR itu berkata, untuk menutup Loji Lynas kontrak yang diluluskan antara Kerajaan Malaysia dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.

"Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama,” kata Tian Chua.

Akhirnya Wong Tack minta maaf 'bakar Lynas'

Akhirnya Wong Tack meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana mencetus kontroversi dengan mengancam untuk membakar Loji Lynas.

Beliau mengakui kenyataannya adalah salah dan mampu membawa kesan negatif kepada generasi muda, Wong Tack yang juga pemimpin Himpunan Hijau menyatakan permohonan maaf dalam satu ceramah DAP di Kuantan malam tadi.

Pada isnin lalu, Wong mengeluarkan kenyataan mengancam akan membakar Loji Lynas itu sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum ke 13, tidak kira BN atau PR yang memerintah.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com