Lahad Datu: Lelaki ini nyaris disembelih Haji Musa

LAHAD DATU – Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

'Jeneral PKR' pertikai Ops Daulat di Lahad Datu

Tidak cukup dengan melabelkan insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai ‘sandiwara’, kejayaan misi anggota keselamatan negara menghapuskan penceroboh-penceroboh tersebut turut diperlekehkan PKR.

Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid pula mendakwa misi anggota keselamatan yang dinamakan ‘Ops Daulat’ itu gagal.

Persoalannya, pernahkah Jeneral yang licik berceramah ini menyertai peperangan?


OPS DAULAT: Satu Mayat Pengganas Dibawa Keluar

Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat kecuali di kawasan-kawasan operasi, menurut Datuk Hamza Taib Pesuruhjaya Polis Sabah, semasa sidang media yang diadakan pada jam 4.30 petang tadi.

Pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi, pasukan keselamatan bersama Pasukan Penilaian Keselamatan (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai Pejabat Daerah, Ketua Kampung serta ketua keluarga telah membuat lawatan ke kawasan Tanjung Labian. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai kerosakkan yang berlaku terhadap rumah penduduk kampung yang terlibat di dalam Op Daulat ini. Penduduk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian dibenarkan balik pada hari ini.

Pada jam 11.00 pagi tadi, Pasukan Keselamatan telah membawa keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6 Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk post mortem.

Selain Jamalul Kiram III, 75 Individu Lagi Tuntut Jadi Sultan Sulu

inigoblogpolitik.com – Ketika ini, terdapat 75 individu sedang menuntut takhta Kesultanan Sulu termasuk waris palsu, Jamalul Kiram III yang menjadi ketua kepada gerombolan penceroboh Lahad Datu dan Sultan Rodinood ibni Sultan Julaspi Kiram II.

Walaupun bukti menunjukkan Jamalul Kiram III bukanlah berketurunan Raja Muda Mawalil Wasit II seperti didakwanya, tetapi dia tetap bertegas bahawa dia merupakan waris sah keturunan Sulu.

Hakikatnya, bapa Jamalul Kiram, Punjunggan Kiram bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu memandangkan Punjunggan Kiram bukan anak kandung Raja Muda Mawalil Wasit II. Sebaliknya Punjungga Kiram merupakan anak kepada Amir Hamzah, bekas suami Mora Napsa Laga.

Semasa beliau sedang mengandungkan Punjunggan Kiram, Mora Napsa telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya (ketika itu), Amir Hamzah kerana ingin mengahwini Raja Muda Mawalil Wasit II sebagai isteri ketiga.

Anwar cuba mewujudkan sistem pemerintahan kronisme

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pakatan pembangkang disifatkan cuba mewujudkan sistem pemerintahan kronisme jika meletakkan seorang lagi anak perempuan Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, jika benar Nurul Nuha bakal bertanding di kerusi yang kini disandang bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini bermakna pakatan pembangkang mempertaruhkan calon-calon dalam kalangan anak beranak pada pilihan raya kali ini.

Selain Nurul Nuha, ibunya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, kakaknya, Nurul Izzah dan bapanya akan turut bertanding pada PRU-13 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipengerusikan oleh ibunya sendiri.

Menurut Zainal Abidin, amalan anak-beranak yang bertanding serentak dalam satu pilihan raya umum itu secara tidak langsung telah menafikan pemimpin-pemimpin tempatan yang lebih layak untuk diketengahkan.

VIDEO: Kebakaran di Sepanggar Sabah, 500 rumah musnah terbakar

Kebakaran yang berlaku pada 7.30 malam Rabu lepas memusnahkan kira-kira 500 rumah atas air di Kampung Numbak, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah



OPS DAULAT : Pengganas Sulu ditembak mati, Serang dengan Barong

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

Taib Mahmud Minta Segerakan RCI Lahad Datu

AIDCNews – 28/03/13 – YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Taib Mahmud mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan 10 anggota Pasukan keselamatan negara kita.

Ketika ditembual oleh Ketua Editor, Portal Merdeka-Online di Kuching, beliau mempersoalkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai ganjil dan luar biasa. Tanya beliau, “Kenapa Sekarang?”.

Beliau sangat yakin bahawa wujud dalang di sebalik pencerobohan tersebut, kerana ianya dilakukan ketika Negara kita akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13.

YAB Ketua Menteri Sarawak juga mengecam individu-individu politik yang menuduh peristiwa di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. Kata beliau dengan nada serius, “Ini Bukan drama!”. “Apakah kematian 10 anggota pasukan keselamatan kita suatu drama?” soal beliau.

Menurut beliau lagi, semua ini adalah agenda dan skrip yang telah diatur oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang aman, namun peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka sudah sampai ke tahap memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat sendiri, semata-mata untuk berkuasa.

Video Yang Akan Memalukan DAP


Syabas...Michael Wong, Penny Tai dan Fish Leong.  Siapa sangka mereka ini bangga sebagai rakyat Malaysia sekalipun hidup berjaya di negara lain, bahkan dengan sepenuh jiwa menyanyikan lagu patriotik Malaysia.

Sila tonton video dan ulasan menarik dari blogger Sarawak Kolok Mee (KLIK)

Pengakuan MNLF - Pengganas Sulu Dapat Bantuan Pihak ketiga

Hasil risikan MNLF (MNLF kini bukan lagi dipengerusikan oleh Nur Misuari) bahawa pengganas sulu yang meneroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu mendapat bantuan pihak ketiga, demikian menurut Pengerusi MNLF Muslimin Sema. Muslimin Sema adalah juga Timbalan Mayor Cotabato City, Mindano.

Menurut Muslimin, Jamalul Kiram III tidak mempunyai keupayaan melakukan tindakan itu, kerana individu yang mengaku Sultan Sulu itu tiada kemampuan daripada segi kewangan.

Selain itu, Nama Royal Sulu Force, tidak pernah kedengaran sebelum ini, nama RSF hanya muncul selepas kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Penceroboh Lahad Datu yang diketuai oleh adik Jamalul kiram III Agbimuddin menceroboh Kg Tanduo pada malam 12 Februari.

Pada 5 Mac Pasukan Keselamatan Negara menjalankan Ops daulat berskala besar dan membunuh 67 pengganas setakat ini.

BONGKAR ! Konspirasi Anwar untuk meraih simpati

As election approaching.. SOON.. DSAI has been desperately trying to play tricks on the government of the day.

Ever since his duty as a MP of Permatang Pauh,he's been SUING all over the country like he has nothing better to do. His tagline "U Ulang, I Saman U" has been popular among the media ever since.

RCI in fact is in the process of emerging in order to investigate Anwar's involvement in LAHAD DATU incident. It is the matter of time the truth will prevails all his LIES.

He has one last trick that haven't been used and LIM PEH had already figured it out. Selanjutnya KLIK

OPS DAULAT: 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu!

PUTRAJAYA: Inspektor Mohamad Hasnal Jamil (gambar) menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira 'Operasi Daulat' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

OPS DAULAT: Pengakuan VAT 69 - Pengganas Sulu susah nak mati

'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.

Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.

Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.

"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripadaKomander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Lahad Datu: Seorang lagi pengganas serah diri

LAHAD DATU - Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.

Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.

Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya.

Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Satu lagi penghinaan terhadap PDRM

Memang sudah jadi budaya dalam perjuangan PKR dan PAS untuk menghina pasukan keselamatan, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun mereka akan konsisten mencemuh dan memaki hamun pasukan keselamatan.

Mereka sungguh bangga menganggap itulah kebebasan bersuara yang sedang diperjuangkan.

Seorang Ustaz yang kononnya arif dalam segala-gala, bahkan jadi idola para wanita jalang,  kini menunjukkan betapa busuknya akal fikiran beliau sehingga sanggup mencemuh pihak Polis dengan panggilan anjing.

OPS DAULAT: Eksklusif Video Sedih Untuk Rakyat Malaysia

Kepada semua warga PDRM, MELANAU BLOGGER™ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke 206

TAHNIAH dan TERIMA KASIH yang tak terhingga atas segala pengorbanan dan jasa murni setiap warga PDRM dalam menjalankan tugas dan amanah menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia yang tercinta ini.

MELANAU BLOGGER™ juga menitipkan Salam Takziah kepada semua ahli keluarga warga PDRM dan ATM yang telah kehilangan ahli keluarga dalam tragedi Lahad Datu.

AL-FATIHAH & TAKZIAH buat WIRA WIRA NEGARA
Sila tonton video sedih dibawah ini agar kita menghargai perjuangan wira-wira negara.



Chua Jui Ming "menghilang", perang dalaman bermula..

JOHOR BAHRU: Harapan Pembangkang untuk melakukan ‘serangan’ di Johor pada pilihan raya umum akan datang tergendala apabila beberapa individu berpengaruh enggan untuk ‘bertempur’ di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Harapan tinggi Pakatan Rakyat itu terjejas berikutan “kehilangan” Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng secara tiba-tiba, yang tidak dinamakan sebagai calon pada kerusi parlimen Gelang Patah yang dilobinya.

Para pegawai PKR yang tidak mengetahui di mana Chua atau apa yang beliau mahu lakukan, dengan antara mereka menyatakan bahawa beliau melakukan “bantahan” bagi menunjukkan kemarahan beliau yang dipinggirkan bagi calon kerusi itu.

Chua tidak hadir pada satu majlis di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah pada Isnin lepas.

Renjer Sarawak – The Headhunter Terbaik Di Dunia

Pasukan Elite Pertama Asia Tenggara 1951 (Sarawak Ranger) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah mendapat mendapat pengiktirafan Pasukan Terbaik Dunia pada ketika itu oleh Sir Gerald Templer..Antara kejayaan dan pengiktirafan :

1. Pasukan Penjejak Terbaik Dunia – menewaskan pasukan komunis ketika zaman darurat disekitar Temasik (Singapura), Malaya (Sem. Malaysia), Siam (Thailand).

2. Sebilangannya pernah dihantar ke Vietnam bagi membantu tentera Amerika menentang Viet Kong pada ketika itu.

3. Pasukan yang mempunyai taktik serangan gerila paling digeruni pada ketika itu, hinggakan pasukan elite British SAS (Special Air Service) tidak mampu menandingi pasukan ini pada ketika itu, dan sebilangan jurulatih SAS ini mendapat latihan tidak formal dari pasukan ini.

TERKINI: 4 Pengganas Mati Ditembak, Seorang Anggota Keselamatan Cedera

Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. 

Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Hindraf bersetuju temui Perdana Menteri Najib

Satu langkah bijak, bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk bersemuka dengan pemimpin Hindraf.

Pertemuan itu dijangka menarik perhatian berbagai pihak dalam dan luar negara, kerana sebelum ini pemimpin NGO pendesak hak India Hindraf tersebut telah berulang kali melontarkan kecamanan keras terhadap kerajaan Barisan Nasional, termasuk menggunakan saluran media asing.

Penasihat kebangsaan Hindraf N Ganesan mengesahkan pertemuan itu berkata "Ketua Hindraf P Waythamoorthy menerima satu jemputan daripada perdana menteri pada 22 Mac untuk mengadakan perbincangan mengenai rangka tindakan lima tahun Hindraf".

LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.1.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

291 Anggota Tinggalkan PKR, Sertai BN


RAWANG: Seramai 291 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR)kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Mereka meluah kekesalan apabila termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, M.Peter, 40, berkata beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.

"Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung.

"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita. 

Perkara-perkara pelik tentang video Taib Mahmud

Apabila melihat video terbitan Global Witness ini yang kononnya dibuat secara 'muslihat' untuk mendedahkan salahlaku Abd Taib Mahmud, banyak perkara yang dirasakan agak pelik dan meragukan. Timbul beberapa persoalan mengenainya. Antaranya ialah:
  • Bayangkan seorang asing (orang putih yang tidak diketahui latar belakangnya) yang pergi ke pejabat kerajaan dan menyatakan hasrat untuk melabur terus diminta untuk berjumpa cousins dan keluarga Ketua Menteri? Se cincai itukah prosedur berurusan dengan Jabatan kerajaan?
  • Bayangkan Fatimah boleh bercakap banyak perkara tentang adik beradik dan keluarga dengan begitu mesra dengan 'stranger' yang ingin membuat perbincangan mengenai pelaburan?
  • Bayangkan perbincangan mengenai satu urusan perniagaan yang besar dengan "pelabur" asing seperti ini hanya dibuat dibilik tidur hotel yang kecil?
  • Bayangkan seorang "stranger" yang berpakaian dan berperwatakan se simple itu mendakwa dirinya sebagai pelabur yang ingin membuat deal jutaan ringgit dan anda pula terus percaya? Tidak sedikit pun terdetik di hati anda kemungkinan dia seorang conman? Baca Selanjutnya  KLIK

VIDEO: Akhirnya Rafizi yang menggelupur kepanasan

Memang sampai bila pun orang akan tanya, kenapa Anwar tak berani saman 'Datuk T'? dan dimana jam Omega yang Anwar pakai masa melanggan Chinadoll?

Jelas sekali persoalan itulah yang paling menakutkan Anwar dan seluruh Pakatan Rakyat termasuk ulama PAS.

Kali ini Rafizi pula yang menggelupur kepanasan akibat soalan yang sama...


Singapore nafi dakwaan video Taib Mahmud

Video kontroversi mendakwa penyelewengan membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta dakwaan mereka menyembunyikan hasil haram itu di Singapura, menerima reaksi tegas daripada Monetary Authority of Singapore.

Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bank pusat itu berkata dakwaan 'sting video' bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia adalah palsu.

Katanya Singapura menyediakan laporan penuh seperti yang dipinta Malaysia bagi tujuan cukai dan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerja yang baik berhubung percukaian.

"Dakwaan itu palsu," kata bank berkenaan.

Video Cium Ketiak: Apakah 2 Video ini boleh dipercayai?

Menurut seorang blogger pembangkang klip video yang mirip Anwar dibawah ini tidak menunjukkan wajah mahasiswa yang membuat rakaman, menyebabkan ia layak dibakul sampahkan selain fitnah semata-mata.



Begitu juga dengan video pendedahan keluarga Taib Mahmud dibawah ini, tidak menunjukan wajah pihak yang merakamnya. Dengan memaparkan 'penafian' di penghujung rakaman tersebut, pihak Global Witness juga berusaha untuk tidak meyakinkan audien.

Namun yang lebih jelas video ini menunjukkan satu muslihat serta cubaan campur tangan asing dalam politik Malaysia secara konsisten.

Agbimuddin Kiram sembunyi di Selatan Filipina

LAHAD DATU - Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

"Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan terbaru sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Filipina desak "Sultan Sulu" henti berbohong

MANILA - Kerajaan Filipina tidak mahu mengambil pusing berhubung plot pembunuhan yang didakwa oleh Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Saycon Pastor.

Jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda semalam meminta Jamalul berhenti berbohong dengan segera.

“Dakwaan ini tidak masuk akal. Setiap hari beliau mengeluarkan cerita sensasi,” kata beliau pada sidang media, semalam.

Lacierda turut membaca kenyataan Penasihat Keselamatan Negara, Cesar Garcia mengenai pengesahan komuniti perisikan mengenai plot pembunuhan itu adalah negatif.

“Siasatan yang dijalankan mengenai dakwaan kehadiran individu tertentu juga tiada sama sekali,” katanya.

Lacierda berkata, pihaknya juga tidak pasti sama ada cerita plot pembunuhan itu sahih atau tidak.

Beliau menambah, pihaknya sukar untuk mempercayai Jamalul kerana sebelum ini mereka pernah menyebarkan berita palsu.

‘Sultan Sulu’ dakwa Malaysia hantar skuad penembak untuk membunuhnya

KUALA LUMPUR, 20 Mac—Malaysia dikatakan menghantar komando tentera diketuai oleh seorang kolonel untuk membunuh Jamalul Kiram III, kata jurucakap kepada yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang menuntut tuntutan abad ke-17 mereka ke atas Sabah, menurut laporan media Filipina semalam.

Abraham Idjirani, jurucakap sultan dan setiausaha agung, dilaporkan portal berita Interaksyon, berkata seorang kolonel Malaysia bernama Sunny Ng tiba di Filipina bersama empat orang “skuad penembak” dan menyenaraikan tiga orang dari New People’s Army dari provinsi Quezon.

Seorang peguam Filipina yang dahulunya sebagai penasihat Jamalul, Pastor “Boy” Saycon mendedahkan rancangan membunuh sultan, kata Idjirani dilaporkan berkata demikian.

Beliau menambah seorang peguam yang tidak dinamakan menemui seorang ahli perniagaan Malaysia, Kenneth Lee, atas permintaan kolonel tersebut, meminta alamat rumah Jamalul.

“Dalam perkembangan terkini, saya mahu bertanya kepada kerajaan: Adakah kita sudah serahkan kedaulatan (Filipina) dan membenarkan skuad penembak Malaysia untuk melakukan keganasan di Filipina?” kata Idjirani lagi.

VIDEO TERKINI: Respon Taib Mahmud terhadap Global Witness





Bukti "Sultan Sulu" tidak layak tuntut Sabah

TANPA disedari Puteri Jacel 'Syaitan' Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah. Pada surat perjanjian di antara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :
"Grant By The Sultan Of Sulu Of A Permanent Lease Covering His Lands And Territories On The Island Of Borneo Dated January 22, 1878"
Kasihan Puteri Jacel. Mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel 'Syaitan' Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram itu tidak sah.

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

VIDEO - Uncensored: Pengakuan Anwar tentang soalan 'Liwat'

Perhatikan sendiri betapa sukarnya Anwar untuk menjawab soalan mudah yang diajukan wartawan berkenaan,

Sehingga 4 kali bertanya soalan "Yes or No", Tapi Anwar masih tidak mampu menyembunyikan hakikat sebenar 'hobi masa lapang' beliau.

Perhatikan betul betul...

TERKINI : "Sultan Kiram III" Lancar Perang Secara Gerila

Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.

The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.

“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.

Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.

Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Video Menarik: Tun Mahathir Melawat Lahad Datu


Gambar: Kenapa Sampai cium ketiak pemimpin BN?

Kalau pun dah taksub sangat dengan bekas pemimpin BN, tak perlu lah sampai sanggup cium ketiak.


Kisah lanjut klik SINI

Muslihat Lahad Datu: Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah?

TIPU muslihat Rajah Muda Agbimuddin dan keluarganya, kononnya Agbimuddin mengetuai pendudukan Kg Tanduo pada malam 12 Februari.

Sebenarnya Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah semasa kejadian itu. Muslihat Agbimuddin adalah untuk memalukan pasukan keselamatan, kerana walaupun dikepung berlapis-lapis dari semua jajaran laut dan darat, akhirnya dia mudah sahaja meloloskan diri.

Sebenarnya, sejak penerobohan Kg Tanduo, tiada sesiapa yang memberi maklumat berhubung kehadiran Agbimuddin. Apa yang ada, adalah dakwaan berbagai pihak terutama abangnya Jamalul Kiram III, bahawa penerobohan itu diketuai oleh adiknya.

Para pengikut Agbimuddin mungkin percaya, bahawa Agbimuddin bersama mereka, atas sebab itu, para pengikutnya, enggan berundur apatah lagi menyerah diri.

Rupanya, semua pengikut Agbimuddin tertipu dan 61 orang mati katak.

Video Eksklusif : Suasana Selepas Pertempuran di Kg Tanjung Batu

Tiada siapa pernah membayangkan tanah Malaysia akan berdepan ancaman pengganas, apatah lagi menghadapi peperangan seperti ini.

Paparan seperti dibawah cuma kita pernah lihat di negara lain, tapi hari ini telah terjadi negara tercinta Malaysia.

Betapa ujian serta cabaran yang telah berlaku mengajak kita bersyukur atas kemakmuran yang dinikmati selama ini.

Terus berdoa untuk perwira yang telah gugur, juga untuk perwira yang sedang berjuang demi memastikan kita mampu tidur nyenyak dan bangun pagi dalam aman sejahtera.

Semua itu, bukan sandiwara..



GEMPAR! Cubaan Bunuh PM Najib

Seorang pemilik akaun telah mengeluarkan kenyataan nak bunuh terhadap Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam komennya.

Pendedahan oleh satu page, Isu Politik Semasa (IPS), 'print screen' telah berjaya dirakam menunjukkan pemilik akaun facebook tersebut mengeluarkan kenyataan hendak bunuh Najib.

Suatu yang paling pasti untuk kita jangkakan, andaikata individu terbabit ditahan atau didakwa kerana membuat ancaman bunuh terhadap PM Najib. kita akan saksikan bagaimana pemimpin Pakatan Rakyat serta pengikutnya mempertahan tindakan biadap tersebut.


Lahad Datu: Filipina Gerakkan 34 Kapal Perang

MANILA – Tentera Laut Filipina telah membuat kenyataan hari ini bahawa pihak mereka telah menghantar 34 buah kapal perang bagi membantu orang ramai yang keluar dari Sabah dan bagi memastikan tiada pengikut Sultan Sulu, Jamalul Kiram III boleh menceroboh masuk ke Sabah.

“Pihak kami mempunyai jumlah kapal yang mampu mengawasi seluruh negara,” kata jurucakap Tentera Laut Filipina, Leftenan Komander Gregory Fabic, sambil menjamin bahawa unit mereka mampu mengesan dan menghalang sebarang aktiviti menceroboh di negara tersebut.

Pihak Tentera Laut Filipina telah memulakan sekatan dan mempergiat rondaan di kawasan perairan Tawi-Tawi, Sulu dan Basilan setelah pasukan pertahanan Malaysia mula membuat serangan balas kepada pengikut Sultan Sulu yang diketuai oleh adik beliau, Raja Muda Agbimuddin Kiram.

VIDEO LAHAD DATU: Jeneral Hj Musa bersama 'talibarut' warga tempatan

Paparan video dibawah memperlihatkan Jeneral Hj Musa, pemimpin nombor dua pengganas di Lahad Datu bersama seorang tali barut warga tempatan.

Manakala lelaki yang menerima topi daripada Jeneral Hj.Musa merupakan "Tali Barut" pengganas. dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Menurut sumber, video ini diperolehi dari salah seorang pengganas yang berjaya dibunuh. Kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya insiden Lahad Datu.


35 pengganas Sulu dipintas tentera Filipina

Tentera Laut Filipina merampas senjata api dan peluru dari 35 orang yang disyaki pengikut kesultanan Sulu, seorang daripadanya wanita, ketika memintas mereka di perairan sekitar Pulau Andolingan di Tawi-Tawi pagi ini.

Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.

Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.

Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.

Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.

Adakah Gambar & Berita Ini Benar?

Bebarapa media sosial melaporkan, PM Najib sebentar tadi pada 11.30 pagi kelihatan telah keluar daripada Istana Negara.

Jika benar, laporan tersebut membayangkan kemungkinan pilihanraya pada bulan ini. bahkan mungkin Parlimen dibubarkan pada hari ini 13.3.2013.

Benarkah SUARAM beri dana USD2 juta kepada "Sultan Sulu" ?

INDIVIDU yang paling lantang mendakwa bahawa Jamalul Kiram III mendapat dana USD2 juta daripada SUARAM adalah Ng Lam Yong Presiden Jaringan Cina Malaysia.

Senjata canggih seperti M16 dan M14, diperolehi melalui misi rahsia daripada negara besar, pertengahan Januari lalu.

Bagimana Jamalul Kiram boleh membekal senjata seperti M16 atau M14 yang berharga antara RM20,000 - RM60,000 setiap satu? Pelancar mortar yang boleh mencapai harga RM600,000.

Jamalul Kiram III sebagaimana laporan daripada Manila, kos dialisis pun ditanggung jabatan kebajian negara itu. Begitulah taraf kehidupan seseorang yang mengaku Sultan Sulu.

Seperkara lagi, pengikut Kiram yang ke Sabah, dikatakan diberi poket money USD600 seorang. Kerana merasa banyak duit, maka membeli sebungkus rokok pun dengan RM50.

Pertempuran Terkini: 3 pengganas Sulu ditembak mati


Menurut portal Terengganu Today; pada jam 10.34 pagi tadi, Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati manakala 2 lagi cedera.

Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.

Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku. 

Pengganas Sultan Sulu akan berundur

Manila sudah menghidupkan semula perbincangan dengan keluarga Kiram tentang kemungkinan pengunduran tentera Sultan Sulu dari Sabah untuk menghentikan konflik ketenteraan yang panjang dengan Malaysia kata Menteri Kerajaan Tempatan Mar Roxas hari ini.

Pegawai pemerintah mengadakan mesyuarat tertutup dengan adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiran III, Bantilan Esmail Kiram II hari ini untuk membincangkan “pengunduran” tentera “Di Raja”.

Menurut ABS-CBN News, Esmail mengatakan keluarga Kiram mungkin mempertimbangkan kemungkinan tersebut akan tetapi mahu mengetahui apa nasib pengikut mereka terlebih dahulu.

EKSKLUSIF! Sultan Sulu Tiada Hak Tuntut Sabah - International Court Of Justice

Kesultanan Sulu tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah kerana keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memihak kepada Putrajaya apabila berlaku pertindihan tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Jakarta yang diputuskan pada tahun 2002.

Menurut naib presiden Majlis Peguam Christopher Leong, keputusan itu sekaligus mengiktiraf Sabah dan pulau-pulau disekitarnya sebagai sebahagian dari Malaysia.

"Jika kita merujuk perkara sebelum ini, Kesultanan Sulu, dalam tindakannya dari 19 April 1851 hingga 26 Jun 1946 telah melepaskan hak, kepentingan dan penguasaannya terhadap Borneo Utara, atau kini dikenali sebagai Sabah," kata Leong dalam sidang media yang ditulis di laman web Majlis Peguam hari ini.

Menurut Leong, terdapat banyak perjanjian, di antaranya perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Sepanyol pada 19 April 1851, dan disahkan oleh Protokol pada 22 Julai 1878 sebagai menjadi sebahagian dari jajahan Sepanyol.

LAHAD DATU: Seorang remaja ditembak mati

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.

LAHAD DATU: 2 anggota PGA dari Miri cedera bertempur

Lahad Datu: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.

Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.

Kisah Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam

LAHAD DATU : Ditawan kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Gambar Sebahagian Pengganas Sulu Mati Ditembak


Rakan Pengganas inilah yang merosakan mayat anggota polis kita, apabila menyerang hendap mereka daripada belakang di Kg Sri Jaya Simunul pada malam Sabtu 2 Mac.

Akibat operasi udara dan darat pada Selasa akhirnya sebahagian daripada mereka maut. Sehingga kini 52 daripada mereka mati, 79 berjaya ditangkap dan 50 daripadanya ditahan melalui akta baru yang menggantikan akta keselamatan dalam negeri.

Pasukan keselamatan masih memburu saki bagi pengganas yang dipercayai bersembuyi di kawasan Kg Tanduo. Kg Tanjung Labian dan g Tanjung Batu, kesemuanya di Lahad Datu, Sabah.

TERKINI LAHAD DATU: 50 Ditahan Disyaki Ada Kaitan Pengganas Sulu

LAHAD DATU: Lebih 50 suspek ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas bersenjata Sulu yang menceroboh Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012.

"Suspek telah ditangkap di luar kawasan operasi Op Daulat.

"(Daripada) soal siasat suspek (kita) akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang telah kami peroleh," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, Jumaat.

LAHAD DATU: Jeneral Sulu, 31 yang lain terbunuh

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh seramai 31 orang penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu malam.

Katanya, pasukan polis menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah musuh ditembak dan dipercayai terbunuh.

Beliau juga percaya, polis berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat.

Jumlah penceroboh yang terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang di Kampung Tanduo pagi ini.

Tiada laporan sebarang kecederaan di pihak pasukan keselamatan Malaysia dalam pertempuran tersebut.

Selain daripada mengatakan bahawa 'jeneral' tersebut adalah pemimpin kumpulan itu, Ismail tidak mengesahkan identitinya.

Bagaimanapun, Azimuddie Kiram sebelum ini dilaporkan sebagai pemimpin kumpulan itu yang membawa mereka menceroboh Sabah dan kemudiannya mengambilalih Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Gambar-gambar Pengganas Sulu yang mati dan ditangkap



Gambar-gambar terkini dari Lahad Datu





PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com