VIDEO: Chegu Bard akui Anwar dalang penipuan


Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah ditempelak oleh orang kuatnya sendiri apabila menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam penipuan daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika Anwar membuat tuduhan terhadap SPR itu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard pula sebaliknya menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah perancang penipuan pada pemilihan parti itu 31 Oktober 2010.

Dalam rakaman video yang tersebar menerusi YouTube itu, Chegu Bard yang juga calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang mendakwa, Anwar adalah sebagai seorang penipu.

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk "Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.

"Orion Strategies" rancang bantu PKR jatuhkan Kerajaan

Setelah teruk dibelasah di dalam media dan didedahkan kaitannya dengan dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa, George Soros, pertubuhan haram yang tidak berdaftar, Suaram kini menukar taktik dengan menggunakan seorang lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak atas matlamat dan agenda yang sama.

NGO baru yang bernama Dignity International tiba-tiba sahaja muncul sebagai tuan rumah kepada sidang media Suaram mengenai isu kapalselam Scorpene pada hari Selasa lalu.

Beribu pejabat di sebuah premis mewah di 8 Avenue, Petaling Jaya, NGO itu dilihat sebagai pelapis kepada Suaram.

Ini bermakna apabila Suaram tidak lagi beroperasi kerana ia tidak didaftar sebagai pertubuhan yang sah di sisi undang-undang, maka Dignity International secara otomatis akan mengambil alih fungsi dan tugasan organisasi tersebut.

Malahan slogan NGO baru itu, 'All Human Rights - For All' juga mirip kepada perjuangan Suaram ang berselindung di sebalik topeng hak asasi.

Sokongan Terhadap BN Melonjak, Pembangkang Bakal Kecundang

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

‘Red Bean Army’ ugut rogol dan bunuh

Siapa sangka mereka yang selama ini mengatakan sebagai pejuang kepada hak kebebasan bersuara, sebenarnya secara diam turut menguna pakai startegi komunis dan gestapo untuk menakut-nakutkan rakyat. Inilah realiti politik yang ada di dalam DAP apabila mengunakan politik paling kotor dan hina demi kepentingan politik perkauman yang sempit.

Isu yang ingin dibincangkan adalah mengenai kumpulan cybertaroppers DAP yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’ yang berfungsi untuk menyerang, menghina, mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno. Ia bukanlah satu dakwaan semata-mata, kerana terdapat bukti yang jelas di samping pengakuan khusus dari bekas pemimpin DAPSY (Pemuda DAP) Shen Yee Aun.

Beliau ketika ditemui menjelaskan kumpulan pencacai tersebut ditubuhkan khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan maysrakat kononnya pakatan diterima oleh majoriti rakyat. Ia adalah merupakan sesuatu yang serius, kerana mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan ‘kejam’ oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina.

Gambaran yang cuba diberikan, kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional. Ia adalah satu trend yang berbahaya dan jika tidak ditangani dengan betul kumpulan cybertroopers ini akan menjadikan golongan awam sebagai mangsa serangan.

Belum Berkuasa DAP dah Zalim dan Ugut

Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Jika Tun Mahathir Ke-2 Terkaya di Dunia, Siapakah Pertama?

Walaupun sudah bersara, Tun Mahathir kekal menjadi musuh utama pembangkang. Kesungguhan beliau membantu kempen Barisan Nasional dalam PRU-13 ini benar-benar menyesakkan dada pembangkang.

Sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu menahan semarak aura Tun Mahathir dan tidak mampu juga untuk mematahkan kata-kata beliau, maka mereka bertindak melepas geram dengan mempersoalkan ajal beliau yang belum sampai. Mereka juga tidak mampu lagi menyembunyikan dendam peribadi terhadap beliau dengan menyatakan secara terbuka betapa cita-cita mereka untuk memenjarakan beliau sejurus berkuasa.

Serentak dengan itu, tentera siber mereka pun ditugaskan menyerang Tun Mahathir. Justeru, tersebarlah berbagai artikel untuk memburukkan beliau. Antara yang paling menarik ialah artikel yang menuduh beliau sebagai orang ke-2 terkaya di dunia seperti yang tertulis di sebuah blog pro-pembangkang:

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia. Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

PAS nekad pertahan apa saja skandal PKR dan DAP

Setiap kali timbul isu melanda pemimpin PKR atau DAP, dari skandal seks sampailah ke penipuan manifesto oleh PKR, termasuk juga salahlaku rasuah oleh DAP. 

PAS sentiasa nekad untuk berada ditempat paling depan demi untuk mempertahankannya.

Jika Nik Aziz dengan fatwa-fatwanya, blogger PAS pula dengan hujah-hujahnya...

Apakah PAS bukan pak turot?


credit to MyKMU

Guan Eng digesa jawab isu 500 perwakilan DAP Pulau Pinang

SEREMBAN 29 Mac - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini diminta menjelaskan mengenai kewujudan 500 perwakilan dari Pulau Pinang yang hadir dan mengundi pada Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, pihaknya menemui perangkaan itu selepas membuat analisis lanjut terhadap proses pemilihan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada yang diadakan semasa kongres berkenaan, Disember tahun lalu.

Pada masa yang sama, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS)menyiasat mengenai cawangan yang diwakili oleh 500 perwakilan itu sama ada ia sudah didaftarkan atau sebaliknya.

"Secara umumnya setiap cawangan berhak menghantar sekurang-kurangnya tiga perwakilan ke kongres kebangsaan.

Lagi pemimpin DAP gesa tolak PAS

Seorang lagi pemimpin DAP telah menggesa pengundi supaya menolak PAS pada pilihan raya umum sehingga parti itu menyatakan pendirian untuk menggugurkan hasrat mewujudkan negara Islam serta hukum hudud.

Kali ini Ahli Jawatankuasa DAP Kedah S. Neelamekan berkata Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular, sambil menambah bahawa pendirian PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud adalah "sangat mengganggu".

Beliau berkata PAS konsisten mahukan pentadbiran Islam, sambil menyifatkan ia sebagai "merbahaya" kepada Malaysia.

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak mendapat undi kami," kata beliau.

Neelamekan, yang juga Ketua Cabang DAP Lunas, berkata bahawa ia akan bertentangan dengan hati nuraninya jika dia tidak bersuara terhadap isu ini.

PAS gesa PR henti serang sesama sendiri

KUALA LUMPUR, 29 April — PAS hari ini menggesa rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berhenti menyerang sesama sendiri, ini ekoran dua kenyataan pemimpin DAP supaya supaya pengundi tidak memangkah PAS pada pilihan raya 5 Mei depan.

Media melaporkan hujung minggu lalu Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez dan ahli jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan secara terbuka menyuruh pengundi supaya tidak mengundi PAS kerana agenda negara Islam.

“Hentikan daripada menyerang sesama sendiri .

“Kita telah pilih pertarungan yang kita akan lawan, janganlah serang antara satu sama lain,” kata Ahli Jawatakuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut di sini.

Kenyataan Dzulkefly itu dilihat sebagai percubaan untuk meredakan ketegangan diantara pemimpin PR yang seringkali menggunakan media sebagai medan untuk berperang sesama sendiri.

VIDEO: Hj Hadi terus mengelak dari media

Entah apa yang sedang bermain difikiran presiden PAS Hj Hadi yang mula mengelak dari bertemu dan bercakap dengan pihak media. Sikap Hj Hadi dipercayai berubah sejak isu video melibatkan Mustafa Ali..


P.194 Petra Jaya: Gambar Datuk Fadillah melawat bilik gerakan Taman Yen Yen

Calon Barisan Nasional P.194 Petra Jaya, Datuk Fadillah meluangkan masa melawat bilik gerakan PBB Taman Yen Yen.


Undi BN untuk Petra Jaya

Nik Aziz bertegas DAP terima perjuangan Pas

JELI 28 April - Walaupun sudah jelas barisan kepimpinan DAP menolak dasar perjuangan Islam Pas, namun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'bertepuk sebelah tangan' apabila masih menganggap parti itu boleh menerima Islam yang diperjuangkan parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan DAP mahu mengunakan lambang Pas pada pilihan raya membuktikan parti tersebut sudah boleh menerima dasar Islam dan sudah tidak takut lagi pada agama suci itu.

"Ini tandanya bahawa Cina sudah tidak takut lagi pada Islam, yang takut pada Islam ini adalah Melayu UMNO, Melayu UMNO yang sebenarnya takut pada Islam, Cina sudah tidak takut lagi.

"Suatu masa nanti pasti akan ada di antara cawangan Pas diketuai oleh orang Cina. Cina sekarang ini belajar tinggi, dia (orang Cina) kenal Islam. Suatu masa nanti, Cina DAP akan masuk Islam, akan mengetuai Pas. Dalam pejabat agung sedikit masa lagi akan dihadiri oleh orang-orang Cina. Suatu masa nanti, orang Cina Muslim dia wakil-wakil kawasan dan negeri.

PAS akan berdemonstrasi jika Pakatan Menang

Memang tidak keterlaluan untuk mempercayai ramalan yang membayangkan PAS akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran andaikata Pakatan Rakyat (PR) memerintah Malaysia. segalanya berpunca dari janji yang tidak pernah serta tidak akan disepakati oleh rakan sekutunya PKR mahupun DAP.

Sekarang ini masing-masing mempertahankan sandiwara dihadapan rakyat kononnya mereka sudah sepakat dengan dasar bersama yang diperjuangkan. Sedangkan pada masa yang sama masih bertelingkah mempertahankan pendirian masing-masing yang bercanggah antara satu sama lain.

PAS terkial-kial mahukan sebuah negara Islam berkebajikan dengan menjadikan hukum hudud untuk menggantikan undang-undang sekular yang diamalkan mengikut perlembagaan negara. DAP pula terang-terang menidakkan serta membidas kemahuan PAS, walaupun sekekali Nik Aziz tampil berbohong untuk menyedapkan perasaan penyokongnya dengan mendakwa DAP sudah menerima dasar Islam dan hukum hudud.

Paling lucu, PAS tersipu-sipu dengan pembohongan Nik Aziz. Bila Karpal Singh dengan lantang menyanggah kata-kata Nik Aziz, bagaikan satu pukulan yang tepat kena pada batang hidung PAS serta penyokongnya. Waktu itulah penyokong PAS sering berpesan sesama sendiri agar "segala peperangan ditangguh selepas PRU 13".

Hubungan PAS dan PKR sebenarnya lebih rumit, walaupun PKR diasas oleh orang melayu islam. Namun prinsip serta dasar perjuangan PKR lebih membuta tuli ke arah demokrasi atau kebebasan. Sehingga para ulama PAS sering terkesima dengan pendirian PKR terhadap suatu isu yang melibatkan akidah. Mahu tidak mahu, sekali lagi PAS terpaksa memendam rasa demi cita-cita jadi pemerintah.

Karpal ugut tangkap Mahathir, kecam Sultan Perak

KLUANG 28 April - DAP hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak sesekali membenarkan hukum hudud dilaksanakan walaupun 'berhutang' dengan Pas yang membenarkan parti itu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Karpal Singh dalam ceramah di sini dengan angkuh menegaskan walaupun mereka bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) namun ia tidak bermakna DAP menerima konsep negara Islam termasuk hukum hudud.

Selain itu, Karpal turut mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan menghadapkannya ke mahkamah kerana didakwanya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Beliau turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya sebagai tidak berkaliber dan menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

P.194 Petra Jaya: Program Sembang Belia dan Khidmat Cuci Kereta

Calon Barisan Nasional P.194 Petra Jaya, Datuk Fadillah mencuci kereta bersama penduduk sewaktu program sembang belia di kampung Tunku, Kuching .

Nampaknya Datuk Fadillah tidak perlu kesana-sini bercabar orang lain berdebat, dan tidak perlu tiap-tiap malam menganjur ceramah mengutuk pihak lawan. Sebaliknya beliau lebih cenderung untuk turun padang mendampingi rakyat dengan pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan.

Ini pasti berbeza dengan calon PKR Ahmad Nazib, yang hanya terpekik terlolong berceramah mengutuk pihak lawan. Sedangkan mereka tidak tahu permasalahan serta denyut nadi rakyat.

Undilah Calon BN untuk P.194 Petra Jaya, Rakyat bersama Fadillah..




P.194 Petra Jaya: Projek-projek untuk mengatasi kesesakan lalulintas

Calon PKR Ahmad Nazib Johari dilihat memainkan isu kesesakan lalulintas di Petra Jaya dengan cara yang amat kebudak-budakan, seolah perkara itu boleh selesai dalam satu malam atau hanya dengan berdebat.

Sebaliknya Barisan Nasional mempunyai perancangan yang rapi dan tersusun, kerana tidak mahu menyelesaikan masalah lalulintas sambil pada masa yang sama memunculkan satu masalah lain.

Ahmad Nazib yang hanya muncul di Sarawak musim pilihan raya, sedangkan banyak waktu dihabiskan di Kuala Lumpur. Kerana bagi PKR, semua masalah rakyat akan diselesaikan dengan hanya berdebat dan berceramah sepanjang tahun.

Ini berbeza dengan calon Barisan Nasional Petra Jaya Datuk Fadillah Yusop, walaupun beliau sibuk dengan tugas rasmi sebagai Timbalan Menteri di Semenanjung, namun beliau sentiasa berusaha untuk meluangkan masa bersama rakyat Petra Jaya dan juga kerajaan negeri Sarawak, untuk sama-sama merangka dan mengatasi masalah yang timbul di P194 Petra Jaya.

Untuk penduduk P194 Petra jaya, berikut adalah projek-projek yang sedang dirangka dan sedang dilakukan oleh Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah kesesakan.

Tindakan-tindakan kerajaan BN untuk mengatasi masalah kesesakan

1. Projek yang telah dijalankan
a. Menaiktaraf Jalan Kubah Ria ke Simpang Kampung Pinang Jawa
b. Jalan Tun Abdul Rahman Ya’akub ke Jalan Matang Link (jalan baru)
c. Menaiktaraf Jalan Baru Matang Fasa 1 (Dari Bulatan Datuk Abang Kipali ke Bulatan E-Mart)

Mustafa Ali: Saya Akan Lawan Saman Umno

"Saya akan lawan UMNO", Mustafa berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu.

Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu.

Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.

Pegawai SPR diugut ketika buat rondaan

KUALA LUMPUR 27 April - Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis setelah diugut seorang lelaki ketika beliau membuat rondaan dan pemantauan di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu dan dua rakannya yang menaiki kereta jenis Pajero berhenti di hadapan Bilik Gerakan di kawasan itu.

"Lelaki itu secara tiba-tiba membuka pintu kereta itu dan menumbuk cermin sebelum memberi isyarat telunjuk jari sambil berkata `hang balik, nanti aku akan pukul hang"," katanya kepada pemberita dalam taklimat media PRU13 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ramli berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan kerana ugutan jenayah.

Peristiwa berdarah diatur pemimpin pembangkang

PASIR MAS 27 April - Beberapa pemimpin pembangkang didakwa menjadi dalang kepada pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dengan harapan kaum Suluk di negeri itu tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini sekiranya kerajaan bertindak ganas dalam menangani pencerobohan itu.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail berkata, atas sebab itulah ada pemimpin pembangkang melakukan pertemuan dengan orang atasan kumpulan pengganas itu dan menjanjikan sesuatu untuk mendorong kemasukan mereka ke Sabah pada Februari lalu.

Katanya, pemimpin pembangkang ini sanggup mengatur pencerobohan berdarah itu kerana yakin hanya dengan memenangi banyak kerusi Parlimen di Sabah barulah mereka mampu memerintah negara ini selepas pilihan raya.

"Ini bukan satu rahsia. Inilah apa yang berlaku sebenarnya bahawa mereka begitu hendak keadaan di mana mereka percaya jika kita melakukan sesuatu kepada penduduk Sabah, khususnya kaum Suluk, maka orang Suluk ini tidak akan memilih kerajaan BN Sabah.

P.194 Petra Jaya: Pelancara Laman Web SJK Chung Hua Sejijak

Calon BN Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof melancarkan laman web sekolah SJK Chung Hua Sejijak.

Fadillah yang merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut merasmikan bangunan baru sekolah dan bilik komputer untuk kemudahan pelajar di sekolah berkenaan.




Lahad Datu: 3 pemimpin pembangkang jadi dalang

Kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dipercayai mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada dua pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Sabah.

Kata beliau, bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Kita mengambil tindakan undang-undang dan semua maklumat itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebab kalau ambil tindakan secara yang lain, kita akan dianggap bermain politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Kastam Mati Di Tembak!!

PUTRAJAYA – Timbalan Pengarah Kastam II Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, dipercayai oleh penunggang motorsikal pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan di tengkuk dan pipi berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.

Mahasiswa KAMI anggap Nik Aziz dan Karl Marx Sama Saja

Pemimpin mahasiswa tajaan Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan mengecam Hadi Awang sebagai tidak faham perjuangan komunis dan sosialis. Bagi kumpulan KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI) meletak gambar Karl Marx dalam bilik gerakan sama seperti penyokong Pas meletakkan gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bilik gerakan mereka.

KENYATAAN MEDIA KAMI : HADI JANGAN JADI MACAM MAHATHIR

1. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) begitu terkilan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkenaan dengan kenyataannya semalam yang seolah mahu menghancurkan tahaluf siyasi yang dibina selama ini.

2. Tindakan yang kononnya mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sebenarnya tidak berasas. PAS tidak sepatutnya melakukan perkara yang menghancurkan persefahaman.

3. Sekiranya ada calon yang menjadi ‘pengedar dadah’, buat sahaja laporan Polis dan kemukakan bukti. Tak molek sekiranya bercakap kosong dan bertindak sebegini.

4. Hadi juga seharusnya menghormati dan tidak menghina fahaman orang lain, Islam menyebut bahawa ‘tiada paksaan dalam beragama’ malah dalam alkafirun, allah menggesa umat islam menghormati pegangan orang lain.

Percubaan Awal untuk cetuskan huru-hara

Letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal dua hari lepas seharusnya membuka mata semua, bahawa ancaman pembangkang untuk mewujudkan ‘Malaysia Spring’ iaitu pemberontakan ala negara-negara Arab adalah benar. Penyokong-penyokong pembangkang yang sering menafikan bahawa pemimpin mereka sanggup mencetuskan pemberontakan ganas dan pertumpahan darah, kini wajar memikirkan semula perkara ini.

Bukan sekali pembangkang cuba menyemarakkan semangat ‘Arab Spring’, malah seruan ke arah ‘Dataran Tahrir’ juga telah berkali-kali kita dengar terutamanya dari Anwar Ibrahim sendiri. Antara yang terakam ialah:

1. Pada 13 Januari 2013 Financial Times melaporkan kenyataan Anwar seperti berikut, “’Malaysian Spring’ sedang berjalan dan PR akan memenangi mana-mana pilihanraya yang adil”. Nampak benar yang Anwar secara sengaja memperlihatkan bahawa pilihanraya Malaysia tidak adil dan beliau bakal kalah bagi menjustifikasi pemberontakan ala Arab Spring.

2. Pada 24 Februari 2013 dalam wawancara di Bangkok yang disiarkan oleh laman Inter Press Service (IPS), Anwar berkata, “Kita agak terlewat dalam memahami bahawa negara kita harus lebih matang dengan menghormati institusi demokrasi, hak untuk membangkang dan hak kebebasan. Dalam hal ini, ‘Arab Spring’, khasnya, adalah berguna bagi kita di dalam dunia Islam. Ia mempunyai impak bagi maksud demokrasi.”

P.194 Petra Jaya: Gambar Program Sembang Belia di Ket's Kitchen

Calon Barisan Nasional Petra Jaya di program sembang Belia di Ket's Kitchen



Pilih BN untuk Petra Jaya

35 militan Sulu ditembak mati cuba masuk Sabah


Kira-kira 35 askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabah ditembak mati oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai pada Rabu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik.

Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Karpal Singh Buktikan PAS Tidak Bermaruah

Setiap kali kita melihat PAS menjulang bendera DAP, rasa mual dan loya mula datang di anak tekak. Bukan main menyampah lagi melihat sikap muka tak malu PAS yang terhegeh-hegeh pada DAP. “Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”.

Sebenarnya kita bukan cemburu jika PAS mahu bersahabat dengan DAP. Tapi ikatan ukhuwah Islamiyyah yang tebal pada ahli UMNO di negara ini, kita tidak rela melihat saudara kita dilayan seperti “anjing” oleh parti “chauvinis ultra kiasu” itu.

Namun apakan daya, fatwa “Mursyidul Am” PAS menghalalkan parti itu untuk bersahabat dengan “syaitan” sekali pun untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam yang dipimpin UMNO. Ahli PAS terpaksa “beriman” pada fatwa tersebut…malang sungguh!

P.194 Petra Jaya: Calon BN Tai Chi Bersama Masyarakat Taman Malihah

Calon BN Petra Jaya meluangkan masa untuk bersenam Tai Chi bersama masyarakat Taman Malihah.





Pilih BN untuk Petra Jaya

VIDEO: Ucapan Penuh Dr Juanda sokong BN




80 jentera PKR keluar parti, janji bantu BN

KLANG 25 April - Sebanyak 80 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah membantu jentera pakatan pembangkang di Parlimen Kota Raja pada pilihan raya umum lepas mengumumkan keluar parti kerana rasa tertipu dengan pemimpin mereka.

Beberapa wakil mereka membuat pengumuman itu pada Majlis Memperkenalkan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, T. Mohan di Pusat Daerah Mengundi Jalan Raja Nong, Taman Sentosa, di sini malam tadi.

Yang hadir sama calon Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk S. Murugesan dan Ketua UMNO Bahagian, Kamaruzzaman Johari.

Mereka yang terdiri daripada ahli PKR Taman Sentosa, Seri Andalas dan Kampung Jawa di sini turut mematahkan kad keahlian PKR masing-masing sebagai simbolik keluar daripada parti.

P.194 Petra Jaya: Datuk Fadillah melawat ranting Siol Kandis (D)

Calon BN Petra Jaya, Datuk Fadillah melawat dan beramah mesra dengan petugas bilik gerakan PBB Siol Kandis (D).




P.194 Petra Jaya: Datuk Fadillah melawat Semariang Jaya Fasa 2

Calon Barisan Nasional Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof melawat dan beramah mesra dengan petugas bilik gerakan PBB Semariang Jaya Fasa 2.




P.194 Petra Jaya : Gambar Datuk Fadillah melawat ranting Astana Lot

Calon Barisan Nasional Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof melawat dan beramah mesra dengan petugas bilik gerakan PBB Astana Lot 


VIDEO: Karpal Singh jatuh mencium bumi...

Kejadian ini berlaku di Pulau Pinang malam tadi. Menurut sumber, pengikut-pengikut DAP cuba mengangkat Karpal Singh yang berkerusi roda naik ke pentas ceramah di Jalan York, Georgetown.

Malangnya pegangan penyokong tersebut tiba-tiba terlepas, menyebabkan Karpal Singh jatuh tersembam. keadaan menjadi kecoh bila orang ramai menyerbu untuk membantu mengangkat Karpal Singh yang sedang mencium bumi.

Bagi DAP, kejadian ini sangat penting untuk meraih simpati rakyat. Lepas ini mereka akan berkata semua itu salah UMNO/BN?


P.194 Petra Jaya: Gambar Program "1 Azam Komuniti" #BN4@PetraJayaMP

Calon BN Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof yang merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Program 1 Azam Komuniti.

Majlis tersebut berlangsung di Mini Auditorium, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak, Jalan Sultan Tengah Kuching, sebentar tadi.


PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com