Kenapa gambar ini jadi terlalu misteri?

Menurut Anwar dan Pakatan Rakyat, hampir 90% tempat mengundi berlaku blackout dan mereka memiliki gambar sebagai bukti dakwaan tersebut.

Yang sangat menarik serta penuh misteri ialah HANYA 1 (satu) gambar sahaja yang mereka jadikan bukti untuk semua kawasan yang dikatakan blackout.

Hanya satu gambar sahaja!

Tanyalah pada mana-mana pemimpin dan penyokong pembangkang, mereka tetap mengatakan gambar diatas adalah bukti segala "Blackout" yang dimaksudkan.

Bukan sedikit 'bijak pandai' yang sanggup meraung dan histeria demi mempertahankan bukti tersebut. 

VIDEO: Demonstrasi Desak Zahid Hamidi Letak Jawatan

Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.

Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera “Polis untuk rakyat”, “Pulihkan imej polis” dan “Ahmad Zahid letak jawatan”.



DAP kecewa peruntukkan exco Selangor

DAP telah menyuarakan kekecewaannya tentang jumlah jawatan exco kerajaan negeri Selangor yang telah diperuntukkan kepada parti itu.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu sepatutnya menerima lebih jawatan exco selepas memenangi lebih banyak kerusi di Selangor.

Ketika mengalu-alukan pelantikan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, menjadikannya wanita pertama memegang jawatan itu di Malaysia, Lim turut melahirkan kekecewaan berhubung peruntukan jawatan exco.

"Pencapaian bersejarah beliau bagi pihak DAP berjaya mengubat kekecewaan yang dirasakan oleh DAP dalam pengumuman barisan Exco oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, meski pun memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Walaupun kecewa, DAP akan terus bergerak maju dan berharap supaya Tan Sri Khalid Ibrahim akan menepati komitmen beliau kepada DAP untuk memberikan lebih banyak ruang untuk memainkan peranan pada masa akan datang," kata Lim.

Bot Karam: Seorang lagi disahkan selamat, empat masih hilang

BELAGA 31 Mei - Seorang lagi penumpang yang disenaraikan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Rajang Selasa lepas, disahkan selamat.

Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau yang mengesahkan perkara itu, berkata Ejang anak Nabau yang telah pulang ke rumah panjangnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kapit malam tadi.

Beliau berkata berikutan itu, hanya empat lagi penumpang bot ekspres itu yang masih disenaraikan hilang.

Mereka ialah Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati dan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus, katanya di sini hari ini.

VIDEO: Mayat Mangsa Bot Karam ditemui

Penduduk rumah panjang di Rh Tevok menemui mayat Tujok Lah, 44, tidak jauh dari tempat bot ekspres yang dinaikinya karam kira-kira pukul 7 pagi Khamis.

Tujok, kaum Orang Ulu dari Rh Sking, Ng Merit dekat sini antara 14 mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam setelah terlanggar batu.

Mayat Tujok Anak Lah, 44 tahun, dijumpai penduduk kampung dekat Wong Tukuk, kira-kira 30 minit dari lokasi nahas.



PAS kurang senang Saifuddin jadi pegawai politik MB

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' PAS apabila parti itu turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri berkenaan.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan yang juga ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden PAS ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli PAS telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri PAS' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Bot Karam: Senarai Nama Mangsa Masih Hilang

Berikut adalah senarai mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di Belaga.

1.ANUAR ANAK MARGARET -LELAKI

2.AKONG ANAK EPAM - LELAKI

3.HENDRY ANAK LINGGI - LELAKI

4.RICKY ANAK SUNUS - LELAKI

5.ROBERT ANAK ANGIH - LELAKI

Amaran Keras Taib Mahmud kepada pemimpin DAP

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi tiga bulan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Sentosa daripada DAP Chong Chieng Jen untuk memohon maaf kerana mengungkapkan kata-kata berbaur fitnah terhadap beliau.

Taib, yang juga Menteri Kewangan Sarawak dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, berkata beliau akan menimbangkan untuk memfailkan prosiding mahkamah terhadap Chong melainkan beliau menarik balik dakwaan berbaur fitnah dan memohon maaf dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

"Selagi ada anak Sarawak seperti dalam parti pembangkang yang terus rela menjadi alat untuk menyebarkan tuduhan dan dakwaan yang sengaja diperbesar-besarkan, negeri ini berdepan risiko menjadi tunduk kepada penyangak asing yang bakal membawa akibat buruk pada ekonomi, sosial dan politik," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

VIDEO: Hishamuddin Rais serah diri di Mahkamah

Aktivis Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan Akta Hasutan membuat kejutan apabila menyerah diri di hadapan Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, hari ini.



PAS Kelantan Tolak 'Arab Spring' Jatuhkan Kerajaan

KOTA BAHARU: PAS Kelantan senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata hari ini usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara. "Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu, berkata jika perhimpunan itu dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan ia tidaklah menjadi kesalahan bagi pengikut parti itu berkumpul menzahirkan bantahan itu. "Ada dua perkara yang berbeza sama ada kita berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengapa tetapi kita sudah sepakat termasuk dalam DAP yang tidak setuju untuk kita jatuhkan kerajaan dengan cara kegananasan," katanya.

VIDEO: Ahli PKR Berlakon Pengsan


KUALA LUMPUR 26 Mei - Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini sempat 'berlakon' dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

S. Jayathas, yang berusia dalam lingkungan 50-an dan merupakan ahli Biro Politik PKR, hadir di IPD itu kira-kira pukul 11 pagi ini untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.

Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Jayathas yang merupakan bekas Ketua Penerangan Hindraf tiba-tiba dilihat menjatuhkan diri sebaik sahaja dia cuba meluru melepasi beberapa anggota yang berkawal di pekarangan IPD itu.

Gambar Tragedi Bot Express di Belaga 21 orang maut

Antara mangsa yang selamat sempat berenang ke tebingan sungai. usaha mencari mangsa yang hilang masih giat dijalankan. Menurut laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang maut dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.

Keadaan bot express malang sebelum kejadian. Penumpang yang melebihi muatan di jangka antara puncanya
Gambar dan berita lanjut klik di SINI


Warga Myanmar Rampas Pistol Polis Dan Tembak Balai

sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki Myanmar ditahan selepas merampas pistol anggota polis dan melepaskan tiga das tembakan di Balai Polis Chai Leng Park di sini, awal Isnin.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit sebelum itu memasuki balai polis berkenaan pada pukul 1.30 pagi untuk membuat laporan polis mendakwa ada orang yang ingin memukulnya dalam pergaduhan di Taman Inderawasih, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata bagaimanapun Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang diminta menyiasat mengenai perkara itu memaklumkan anggota polis bertugas di balai berkenaan bahawa tiada sebarang kejadian pergaduhan seperti dilaporkan lelaki terbabit.

"Lelaki Myanmar yang hanya berkain pelikat dengan kemeja T berwarna biru dan berkaki ayam itu secara tiba-tiba memanjat meja tempat laporan polis dibuat dan mencekik anggota bertugas itu dan berlaku pergelutan.

Anak Lajim Ukin didakwa menipu

Seorang anak bekas timbalan menteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Gambar Gambar Sekitar Perkhawinan Ustaz Azhar Idrus



VIDEO: PR sengaja reka dakwaan untuk racun rakyat

Tindakan Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan beberapa siri perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu disifatkan sebagai cubaan perikatan itu untuk meracuni pemikiran rakyat agar terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kalau mereka anggap BN menipu, mereka patutnya protes sekali keputusan pilihan raya di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dari situ kita lihat bahawa mereka bersetuju dengan keputusan di negeri mereka menang, tapi tidak setuju di negeri mereka kalah. Ia satu gimik politik yang menghasut rakyat membenci BN.

Semuanya untuk memenuhi nafsu serakah Anwar yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri...



VIDEO: 40 Ribu Bangla akan jadi saksi Anwar

Nampaknya peluang BN untuk kekal sebagai pemerintah amat tipis, kerana Anwar dan Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen di mahkamah berikutan kehadiran lebih 40 ribu warga Bangladesh yang jadi pengundi hantu dalam PRU13, sepertimana yang didakwa Anwar sebelum ini.

Anwar sudah pun terpekik-terlolong ke seluruh negara memberitahu rakyat Malaysia bahawa beliau memiliki bukti kukuh tentang penerbangan membawa masuk lebih 40 ribu untuk dijadikan pengundi hantu demi memastikan Barisan Nasional kekal berkuasa.

Saksikan ulasan dalam video dibawah...


PENGAKUAN: Pembohongan yang melampau dari Anwar Ibrahim

ADUN DAP nafi undi dikira dalam gelap

Kuantan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen, semalam tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.

Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Akui berada di dewan

Ketika dihubungi BH semalam, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.

TERKINI: Ketua PKR Tuaran Istihar Keluar Parti

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan Ketua PKR Cabang Tuaran, Ansari Abdullah yang mengisytiharkan keluar dari parti sebagai perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti politik.

"Isu calon ini berlaku dalam semua parti politik...akhirnya parti perlu membuat keputusan dan satu kawasan hanya kita boleh hantar satu calon. Maka sudah tentulah ada yang tidak puas hati," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Nasional Keadilan di sini, Sabtu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata parti perlu terlebih dahulu melalui proses rundingan yang kadangkala mengambil tempoh yang panjang sebelum membuat keputusan.

Katanya, sekiranya kata putus masih belum dicapai melalui proses rundingan tersebut, pimpinan tetap perlu membuat keputusan yang pastinya akan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu.

Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army

KUALA LUMPUR 25 Mei - Ekoran penyiaran berita tentang anasir jahat dalam laman siber seperti Red Bean Army, akhbar Utusan Malaysia turut menerima surat daripada pembaca berketurunan Cina yang menyokong agar tindakan diambil terhadap pihak terbabit.

Pembaca tersebut yang mahu dikenali sebagai Kevin J.C. Chuah dari Pulau Pinang dalam satu surat kepada akhbar ini berkata, Red Bean Army telah membuat pelbagai tohmahan yang berniat jahat sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Berikut surat beliau yang dihantar kepada Utusan Malaysia:

Saya seratus-peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.

Malah selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.

Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan tidak berlaku insiden lampu padam, dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.

Orang PAS tidak berhati perut, persenda kaki Ustaz Azizan

ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

Zahid anggap perhimpunan hari ini 'tindakan provokasi'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya hari ini secara bijaksana dan berhemah.

Beliau berkata perhimpunan 'suara rakyat 505' itu ternyata sama sekali tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diserah kepada polis serta ia dilakukan di tempat terbuka.

"Saya melihat perhimpunan itu sebagai satu tindakan provokasi yang cuba dicetuskan bagi mencabar kewibawaan polis, jadi saya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dengan segala peruntukan akta yang ada bagi menangani perhimpunan tersebut dengan cara yang terbaik," katanya dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi.

Ahmad Zahid turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Gambar: Memang beginilah gaya komunis...

Nak kata apa lagi? ...memang sah komunis

Jawapan Khairy terhadap tuduhan "The Economist"

Berikut adalah surat terbuka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin kepada sebuah media antarabangsa, The Economist bagi pihak kerajaan Malaysia bagi memberikan maklum balas berhubung liputan berita media terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

TUAN,
Pilihan raya umum Malaysia telah berlangsung aman dengan catatan keluar mengundi terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah negara ini.

Proses pilihan raya ini turut dipantau oleh badan bukan kerajaan (NGO) bebas yang telah menggesa semua pihak untuk menerima keputusan lalu.

Namun, berbeza dengan laporan anda yang bertajuk ("Tawdry victory", 11 May 2013) dan tuduhan oleh pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini tidak satu pun bukti untuk menyokong apa-apa tuntutan penipuan pilihan raya atau luar aturan.

Dakwaan yang mengatakan terdapat warga asing yang telah dibayar sebagai "pengundi hantu" telah dibuktikan palsu apabila tidak ada satu pun kes yang direkodkan pada hari mengundi.

Semua kertas undi telah disemak dan dikira di hadapan wakil-wakil dari semua parti yang bertanding. Jika terdapat mana-mana bukti penipuan, pihak kerajaan menggalakkan parti yang berkaitan untuk memfailkan petisyen di mahkamah bagi membolehkan proses pengadilan dilakukan.

Akhbar Cina Persoal "Perhimpunan Hitam" Anwar

AKHBAR China Press bertarikh 21 Mei 2013 memaparkan tulisan penulis, Bi Feng melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai yang mempersoalkan tujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mengadakan perhimpunan haram.

Hari ke-10 selepas pilihan raya umum (PRU), walaupun ramai orang terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk diadakan PRU berikutnya, tidak boleh dinafikan ramai lagi yang diganggu perhimpunan hitam Anwar yang seolah-olah masih mengharapkan keajaiban berlaku.

Memang benar, jika dapat melakukan keajaiban, penulis juga mengharapkan ia boleh berlaku tetapi melihat pihak yang datang itu dari jauh, ada yang datang dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan itu, apa yang boleh penulis katakan, kami amat kecewa!

Walaupun tidak mendengar sendiri ucapan Anwar tetapi reaksi orang yang hadir berkata, ucapan itu lebih hebat daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. Adakah kerana itu penulis rasa kesal dan kecewa?

PAS dianggap Hipokrit oleh penyokong Pakatan

Takkan baru sedar erti 'Hipokrit', sebenarnya mereka sama-sama hipokrit dalam perjuangan. Semuanya hipokrit bila di depan rakyat...

Bukan baru sekarang PAS sanggup jual nama agama demi meraih sokongan rakyat, semuanya berpusat dari kegilaan kuasa. Oppurtunis memang sudah menjadi darah daging mereka..

Dah lama dah...


VIDEO: Tian Chua Terus Cabar Amaran Polis



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini berkata, pihak polis tidak lagi boleh bertolak ansur dengan penganjuran perhimpunan seperti acara nyalaan lilin di balai polis Jinjang yang disuraikan pasukannya pada malam tadi.

Menurut Mohmad, aktiviti tersebut akan memberi kegusaran kepada orang awam termasuk penduduk setempat.

Mengulas lanjut, Mohmad berkata protes jalanan bukan satu penyelesaian bagi menyatakan rasa tidak puas hati.

"Perkumpulan atau majlis yang berkumpul sebegini rupa merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. Jadi pihak polis sudah sampai pada peringkat kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan macam ini kerana dia memberi kegusaran awam kepada penduduk setempat.

Kes Sosilawati : N.Pathmanabhan, 3 Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati

SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

VIDEO: Penyokong Pakatan Mahu Serang Balai Polis

Menurut satu laporan seramai 18 orang telah ditahan di depan Balai Polis Jinjang ketika perhimpunan yang penuh dengan provokasi terhadap pihak berkuasa.Perhimpunan tersebut kononnya untuk mendesak pihak berkuasa polis membebaskan Adam Adli.

Sewajar anak muda yang jadi barua Anwar itu ditahan kerana telah melancar provokasi serta cacian terhadap pihak polis, sehingga seolah-oleh mereka ingin menyerang Balai Polis dan anggota keselamatan yang bertugas.





Anwar takut bertanding jawatan Presiden PKR




Pengasas PKR, Ng Lum Yong menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti itu nanti.

Menurut beliau, kredibiliti Anwar lebih utuh sekiranya beliau memegang jawatan sah dalam parti. Justeru mampu menyelesaikan konflik dalaman PKR memandangkan kini wujud beberapa puak dalam parti itu yang mahu berkuasa.

Bahkan kata Ng, jawatan Ketua Umum yang disandang Anwar kini bertentangan dengan perlembagaan parti dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh bertindak tegas mengenai perkara itu.

"Ketua Umum tidak ada dalam perlembagaan (parti). Kenapa mesti wujud jawatan Ketua Umum (sedangkan) Presiden dah cukup? Oleh itu saya syorkan Anwar Ibrahim bertanding Presiden, jangan takut nak bertanding," katanya.

Dakwaan penipuan SPR yang paling menarik

Semalam blog ini mengulas (KLIK) tentang dakwaan seorang pemuda yang mengaku mengundi dua kali demi untuk membuktikan kreadibiliti SPR boleh dipertikai. Hari ini pula Timbalan Pengerusi SPR meyifatkan dakwaan tersebut sangat "menarik" dan sedang menunggu hasil siasatan pihak polis.

Bukan hanya SPR yang tak sabar menunggu hasil siasatan pihak polis, malah rakyat biasa turut teruja untuk tahu kesudahan  berkenaan 'penipuan SPR' yang paling menarik ini.

Memang budak ni dah teringin sangat nak masuk penjara...

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan seseorang itu tidak akan terlepas daripada undang-undang jika didapati melakukan perbuatan tertentu untuk kepentingan mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan seorang pemuda dari Kuantan yang mengaku keluar mengundi dua kali semata-mata mahu mempertikaikan sistem pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lepas.

"Saya rasa budak ini, kalau dia cuba nak buat laporan polis itu untuk tujuan politik, dia akan hadapi kesan-kesannya.

Senarai Terkini Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik 3 kali ganda

KUCHING: Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Ikhwanul Muslimin anggap Dr Mahathir sebagai model

Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri.

Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih belum stabil samada dari segi ekonomi dan politik.

Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia memberikan pandangan mereka, apa lagi nak buat supaya Mesir stabil dan maju.

Lelaki ini undi 2 kali guna nama siapa?

Nama siapakah yang digunakan Mohd Fadhli Khaharruddin untuk membolehkan beliau mengundi 2 kali? itulah antara persoalan penting disebalik laporan seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kuantan mendakwa beliau berjaya mendapat kertas undi untuk kali kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya.

Untuk mengundi seseorang perlu mengemukakan kad pengenalan bagi membolehkan petugas SPR merujuk nama dan nombor kad pengenalan tersebut dalam daftar pemilih. 

Proses tersebut disaksikan oleh wakil-wakil dari parti yang bertanding, kertas undi hanya dikeluarkan sekiranya petugas mendapati penama tersebut belum dipotong dari daftar mengundi. Kerana mana-mana identiti yang telah dikeluarkan kertas undi akan dipotong dari senarai, dan nama tersebut juga 'dilaungkan' oleh petugas dihadapan wakil-wakil parti politik yang bertugas dan jadi pemerhati.

Mohd Fadhli Khaharruddin dalam laporan Sinar Harian berkata, beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.

Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.

Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas menanggalkan dakwat kekal.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya dalam laporan itu.

Katanya, beliau menanggalkan dakwat berkenaan dengan mudah dengan hanya menggunakan peluntur dan sabun.
Proses mengundi bukan sekadar merujuk kepada jari samada terdapat dakwat kekal atau tidak, sebalik tertakluk kepada nama yang terdapat dalam senarai daftar pengundi. Apakah Mohd Fadhli Khaharruddin mengunakan kad pengenalan pihak lain sehingga membolehkannya mengundi dua kali?

Dalang Lahad Datu: Nama 3 pemimpin pembangkang dirahsiakan

Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Satu tamparan hebat untuk Anwar dan Nik Aziz

Biasanya Nik Aziz adalah yang paling vokal menyuarakan sokongan kepada apa saja tindakan Anwar, tidak kira tindakan itu memudaratkan pihak lain atau tidak, Nik Aziz tetap konsisten dengan sokongan terhadap Anwar dan PKR. Bahkan Nik Aziz sampai mengeluarkan fatwa yang 'gila-gila' demi mempertahankan konspirasi jahat Anwar.

Berbeza kali ini, Menteri Besar Kelantan yang baru dengan lantang menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan dengan kekerasan. Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Menurutnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

“"Saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook.

Ini bukan pertama kali pemimpin kanan PAS tidak bersetuju dengan gerakan jahat yang dirancang Anwar, sebelum ini juga Presiden PAS Hadi Awang menyeru penyokong PAS agar redha dengan keputusan rakyat.

Tindakan Menteri Besar Kelantan itu bagaikan tamparan hebat untuk Anwar dan Nik Aziz yang selama ini sentiasa bersekongkol untuk mengadakan demonstrasi jalanan demi menjatuhkan kerajaan.

VIDEO: Adam Adli ketika ditangkap

Inilah kata-kata angkuh dari anak muda yang jadi barua kepada Anwar Ibrahim.

"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun,nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?"

"Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat."..



Video Gempar: Puting Beliung di Langkawi

Adam Adli ditahan kerana menghasut

Aktivis pro Anwar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen DAP Mohon Maaf Kepada "Pengundi Hantu"

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.

Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.

Ketika dihubungi The Star, Chua bagaimanapun enggan ditemubual.

"Saya tidak mahu menjadi tumpuan pihak media," katanya.

Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhnjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei, sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung.

VIDEO: SPR - Apa Lagi Anwar Mahu?

Tak kira macam mana canggih sistem yang SPR gunakan, semuanya akan dianggap 'tipu' selagi Anwar tidak jadi perdana menteri. Itu saja alasan pembangkang!

Bayangkan, seluruh negara masih dalam proses pengiraan undi. Tapi Anwar dah terkinja-kinja umumkan Pakatan menang... tak giloO namanya?

Lagi bengal, sampai sekarang tak tunjukkan bukti kononnya lebih 40 ribu pengundi hantu yang diangkut dengan pesawat MAS. Jika benar, sekurang-kurang tunjukkan gambar bukti yang kononnya pengundi hantu ada 40 ribu, lagipun pengundi hantu sebanyak itu bukan boleh simpan bawah ketiak...



Khalid bantah Azmin jadi Exco

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya timbalan presiden parti Azmin Ali dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor, menurut sumber-sumber parti itu.

Kemelut itu memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini.

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar memberitahu Antarapos bahawa Khalid hanya dijangka mengumumkan exco kerajaan negeri minggu depan.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Menurut sumber-sumber parti, pada satu mesyuarat malam tadi, ramai di kalangan ahli MPP mahu Azmin di lantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri, sesuai dengan bakti dan kedudukkannya dalam parti.

Bagaimanapun cadangan itu dibantah oleh Khalid “yang mahu mengekalkan wakil-wakil PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik,” kata sumber itu.

Kenapa PAS terus fitnah Ustaz Azizan?

Bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Kedah menafikan ada perjanjian persefahaman (MOU) antara Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan Menteri Besar baru, Datuk Mukhriz Mahathir.

Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, bagaimanapun, mengesahkan Azizan ada bertemu Mukhriz di Mesir sebagaimana dakwaan pihak tertentu.

“Saya ada bersama rombongan Ust Azizan ke Al-Azhar Mesir merundingkan penubuhan Pusat Bahasa Arab di Kedah. Turut serta ialah Ust Abdul Ghani Ahmad yang bertanding menentang Mukhriz di DUN Air Hitam, Dr Rohani (DUN Jitra), Saiful Izham Ramli, Sarina, Zulkifli Yahya, Cikgu Zakiah dan lain-lain.

“Ketika bersarapan pagi di cafe, terserempak dengan Datuk Mukhriz dan rombongannya nak ke Gaza.

“Ustaz (Azizan) hanya menyapa, bersalam, bertanya khabar, bila sampai bila balik, mana destinasi. Tak sampai pun lima minit, kami menuju Al-Azhar, depa masih bersarapan.

“Dari mana datangnya MoU? Celakalah mereka yang mereka cerita memfitnah pimpinan gerakan Islam ini…Allah membandingkan dosa fitnah lebih besar daripada dosa membunuh. Bertaubatlah.

VIDEO: Anwar Jemput Amerika Pulihkan Demokrasi Malaysia

Beberapa tahun lalu seluruh rakyat berbagai kaum dan agama di Malaysia mengutuk tindakan Amerika menyerang Iraq. Bermula pendudukan tentera Amerika ratusan ribu rakyat Iraq terbunuh atas alasan untuk mengembalikan demokrasi.  Sejak itu negara Iraq tidak pernah aman sehingga hari ini, malah rakyatnya terus dihasut untuk berbunuhan sesama sendiri. 

Tapi hari ini rakyat Malaysia mula belajar dari Anwar Ibrahim untuk menghalalkan kekejaman Amerika terhadap rakyat Iraq.

Bila Anwar mengatakan tindakan Amerika menyerang Iraq adalah atas nama demokrasi, ramai rakyat Malaysia mula bertepuk tangan dan bersorak riang. Bahkan golongan agama yang suatu ketika dulu pernah mengalirkan airmata menonton TV berita dunia tentang kekejaman Amerika terhadap rakyat Iraq, sekarang ini mula merasakan "sedar dan faham" bahwa semua itu adalah demokrasi berdasarkan 'sabda Anwar'.

Jikapun Anwar menjemput Amerika untuk mengempur Malaysia, tentunya mereka sedia merelakan. Alasan mereka, orang yang mengiktiraf tindakan Amerika itu sebagai "demi demokrasi" bukanlah orang sembarangan, sebaliknya Anwar Ibrahim yang hebat itu.

Pendek kata, para ilmuan PR sekalipun tidak akan teragak-agak untuk menghirup air kencing Anwar, jika Anwar berkata tindakan itu adalah wajar.


Giliran Ilmuan Indonesia Kritik Anwar

Jakarta Selatan - Pemilu (Pemilihan Umum) di Malaysia sudah pun berakhir sebenarnya. Kemenangan jelas milik parti pemerintah diketuai bapak Najib. Sebaliknya oposisi di Malaysia oleh bapak Anwar dengan kerjasama Lim Kit Siang seorang Cina. Kalau di Jakarta, ia seakan Cina totok begitu.

Amat menjelekkan demokrasi ala Malaysia karena pemenangnya sudah jelas kepada team bapak Najib, mengapa perlu lagi bapak Anwar sibuk-sibuk bikin porak-poranda negara sendiri. Seharusnya terima saja keputusannya.

Ternyata bapak Anwar tidak punya perasaan kenagaraan yang tinggi, dia sendiri mengkianati rakyatnya. Bapak Anwar harus menerima hakikat yang mana Malaysia bukan pengamal sistem Persiden. Jika Malaysia menggunapakai sistem Persiden seperti di Indonesia atau di Amerika, ya memang benar undi paling banyak dikira sebagai pemenangnya. Misalannya, bapak Jusuf Kalla melawan bapak Susilo, ternyata bapak Susilo menerima undian paling terbanyak maka sudah jelas bapak Susilo menjadi Persidennya.

Joseph Salang Tolak Jawatan Timbalan Menteri

KUCHING: Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum enggan menerima pelantikan beliau sebagai timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan dalam Kabinet Persekutuan yang baru.

Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing telah cuba memujuk Salang menerima jawatan itu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet pada pukul 5 petang Rabu tetapi ia sia-sia.

"Saya cuba sedaya upaya untuk memujuknya. Salang adalah seorang yang berprinsip.

"Apabila beliau berkata tidak, tidak. Saya fikir beliau mungkin tidak berpuas hati dengan barisan Kabinet itu," katanya kepada The Star, Rabu.

Salang ketika dihubungi berkata: "Tidak, tidak saya tidak berpuas hati dengan pelantikan saya sebagai timbalan menteri.

"Jika saya perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarga saya, saya memilih keluarga saya.

KABINET TERKINI: SENARAI RASMI MENTERI & TIMBALAN MENTERI


BERIKUT adalah senarai lengkap menteri dan timbalan bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

Perdana Menteri & Menteri Kewangan I

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

TERKINI: Senarai Rasmi Menteri Kabinet PM Najib

BERIKUT adalah senarai rasmi menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan PM Najib Tun Razak

Perdana Menteri 
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri 
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
DATO JAMIL KHIR
DATO SRI ABDUL WAHID OMAR
IDRIS JALA
JUSUF KURUP 
SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan
HISHAMUDDIN TUN HUSIN

Menteri Kewangan II
AHMAD HUSNI HANADZLAH

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi
MUHYIDIN YASIN
IDRIS JUSUH ke II

Menteri Dalam Negeri 
ZAHID AHMAD HAMIDI

Menteri Pengangkutan 
HISHAMUDDIN -pemangku

Menteri Pelancongan 
NAZRI AZIZ

Menteri Luar 
ANIFAH AMAN

Menteri Kerja Raya 
FADILAH YUSUF

Menteri Kesihatan 
SUBRAMANIAM

Menteri Belia Dan Sukan 
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sumber Manusia 
RICHARD RIOT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna 
HASSAN MALIK

Menteri Perdagangan Dan Industri 
MUSTAPA MOHD

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani 
ISMAIL SABRI YAAKUB

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi 
IVON IBIN

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar 
G PALANIVEL

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air 
MAXSIMUS ONGKILI

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
SHAFIE AFDAL

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi 
DOUGLAS UNGGAH

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
ROHANI AB KARIM

Menteri Komunikasi Multimedia
AHMAD SHABERY CHEEK 

Menteri Wilayah Persekutuan
TG ADNAN TENGKU MANSOOR

Menteri Kesejahteraan Bandar
AB RAHMAN DAHLAN


P/s: senarai lengkap termasuk Timbalan Menteri akan menyusul

Anwar desak campurtangan Obama dan Amerika

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq. "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu. Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

AMK desak Azmin dikenakan tindakan disiplin

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan(AMK) cabang Balik Pulau, Pulau Pinang meminta pucuk pimpinan parti mengambil tindakan displin terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana mengkritik isu parti secara terbuka.

Dalam satu kenyataan media, Ketuanya, Mohd Faizal Ab Rahman memohon Jawatan Kuasa(JK) Displin mengambil tindakan tegas dan serius terhadap Azmin yang menurutnya jelas melanggar displin parti.

Beliau turut menghantar emel sepucuk surat Sabtu lalu kepada Dr Tan Kee Kwong, Pengerusi JK Displin, PKR agar mohon tindakan displin terhadap tokoh muda itu.

“Sebagai pemimpin parti, mengkritik isu parti secara terbuka adalah tindakan yang melanggar displin parti,” kata Faizal.

“Kritikan dan tohmahan Azmin secara terbuka juga telah memburukkan nama baik parti selain menimbulkan polemik negatif dari sudut ‘hubungan dalaman’ parti,” tambah
beliau.

Catatan Menarik Tentang Ustaz Azizan Bekas MB Kedah

Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."

Muka baru Sabah, S'wak dijangka ganti wakil Cina dalam kabinet

Muka baharu dari Sabah dan Sarawak disebut-sebut akan mengisi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet berikutan pendirian MCA dan Gerakan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan.

Keputusan dua parti terbesar kaum Cina Barisan Nasional (BN) itu adalah atas dasar 'menghormati keputusan pengundi' selepas kedua-dua parti itu mencapai prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Antara nama yang disebut untuk dilantik sebagai menteri mewakili kaum tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing.

Anggota Parlimen Bintulu berusia 52 tahun itu merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiong, lulusan sarjana pentadbiran perniagaan dan sains politik dari Royal Ireland Institute of Business and Technology, merupakan seorang usahawan dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan industri kayu sejak 20 tahun lepas.

VIDEO: Ahli MIC Difitnah Menghina Kaum Sendiri

Ekoran menyokong kenyataan permohonan maaf Datuk Zulkifli Noordin seorang ahli Malaysian Indian Congress (MIC) difitnah dengan isu perkauman menghina kaum sendiri.

Ramesh Roa yang merupakan ahli MIC berkata, gambar beliau telah di edit dan dimasukan kedalam facebook bersama kenyataan yang menghina kaumnya sendiri, beliau turut menafikan itu bukan kenyataan beliau.


sumber: KLpos.com

Najib tidak gagal, yang kalah MCA, Gerakan

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak gagal, sebaliknya berjaya merampas Kedah dan menambahkan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional khususnya Umno.

“Perdana Menteri telah meningkatkan sokongan terhadap Umno, merampas Kedah dan menang di kerusi Melayu menentang PAS.

“….yang kalah hanya MCA dan Gerakan. Kerusi Sabah dan Sarawak kekal kepada Barisan Nasional.

“Orang Cina mengundi DAP kerana mereka terpengaruh dengan janji parti itu bahawa mereka akan menang dan membentuk kerajaan pusat.

“Sebab itu mereka (pengundi Cina) menolak BN,” kata pensyarah politik, Datuk Mohd Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau juga menolak andaian BN akan berpecah iaitu MCA akan meninggalkan komponen tersebut ekoran kegagalanm parti itu.

Mohd Mustafa juga tidak percaya bahawa ahli-ahli Umno akan `mengusir’ Najib dari jawatan Presiden Umno dalam perhimpunan parti hujung tahun ini.

Masih Ada Lagikah Sisa Maruah Anwar Ibrahim?

Baru-baru ini Anwar buat perangai budak-budak lagi apabila bertindak mengumpul puluhan ribu penyokongnya yang terpengaruh dengan putar alamnya di Stadium Kelana Jaya meskipun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Dia memberitahu pengikutnya bahawa tujuan perhimpunan haram itu diadakan untuk menunjukkan protes, kononnya bagi membantah keputusan PRU ke-13 tempohari. Katanya, sepatutnya Pakatan Haram yang menang dan BN telah “merompak” kemenangan tersebut.

Begitulah lebih kurang bunyi autanya kali ini. Dan sekali lagi, autanya itu mendapat tepukan gemuruh dari mereka-mereka yang malas berfikir secara waras dan bertindak mengikut akal yang diletak di kepala lutut!

Kita sedia maklum, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang awal-awal lagi sudah memberitahu media bahawa partinya akur dengan keputusan PRU ke-13 yang memihak kepada BN itu. PAS sedia terima kekalahan tanpa menyalahkan BN, UMNO atau mana-mana pihak.

VIDEO: SJK memecahbelahkan masyarakat

Bekas hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.

Golongan yang tidak bersetuju dengan penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar tindakan tersebut, katanya.

Samada kita bersetuju atau tidak dengan kenyataan beliau, saranan tersebut sebenarnya menepati misi yang dibawa oleh aktivis Pakatan Rakyat yang mahu rakyat Malaysia tidak lagi dikenali berbangsa-bangsa sebalik hanya satu "Bangsa Malaysia".

Ramai aktivis negara luar juga terpaksa menganggap Malaysia tidak demokrasi, kerana kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan serta identiti kaum yang tidak disamakan sepertimana negara-negara demokrasi lain di dunia.


Polis, SPR perlu ambil tindakan terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 12 Mei - Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa.

“SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13.

"Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara hari ini.

Kenapa tiba-tiba pihak kerajaan disampuk 'hantu'

Entah jembalang mana yang menerkam pihak kerajaan serta jabatan yang bertanggungjawab dalam ehwal pengguna dan kawalan harga barang. Tiba-tiba semuanya pekak dan bisu tidak mampu mendengar atau bersuara terhadap isu yang mengelirukan rakyat.

Seharusnya ada kenyataan rasmi yang mampu melegakan rakyat tentang kekeliruan kononnya harga berbagai barang keperluan dikatakan naik secara tiba-tiba sebaik saja BN memenangi pilihan raya PRU13.

Media-media pencacai Pakatan Rakyat dengan bangga mengumumkan harga tong gas telah naik di beberapa kedai daripada RM28 kepada RM30 selepas sehari berlangsungnya pilihan raya.

Dilaman social seperti twitter dan facebook, puak-puak pakatan haram dengan giat menyebarkan berita kenaikan harga barang dan perlaksanaan GST.

Mereka bukan saja menyebarkan kabar angin, bahkan juga menunjukkan bukti transaksi yang sengaja dimanipulasi oleh peniaga-peniaga cina DAP.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com