DAP Cadang PAS Boikot PRK DUN Kuala Besut

DAP akan mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

"Bagaimanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka, kerana mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di sini pada Ahad.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. - mStar

VIDEO: Suruhanjaya DiRaja Siasat Insiden Lahad Datu




Seluruh rakyat Malaysia pasti lega dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk membongkar dalang disebalik insiden yang telah menggemparkan negara itu. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) boleh ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Namun, Hishammuddin menegaskan siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.

“Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.

Berhubung tiga dalang yang didakwa terbabit dalam insiden Lahad Datu, Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata Naib Presiden PKR Tian Chua tidak berhak menggesa kerajaan mendedahkan tiga dalang insiden itu setelah memperlekehkan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu.

p/s: Tian Chua sejak awal lagi seolah sengaja menyibuk dengan isu Lahad Datu, Apakah Tian Chua benar-benar terlibat sebagai dalang?


PKR "tidak faham" kata Pemimpin PAS

Pas mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia tak faham tentang kerusi tersebut,” katanya kepada media..

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

“Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

“Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat,” katanya. - UtaraNews

Kit Siang Celik Di Melaka, Tapi Buta Di Pulau Pinang?

Saya tidak pasti sama ada Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun, akan tunduk pada permainan DAP yang mahu beliau menutup semula jalanraya di Jonker Walk pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad.

Lim Kit Siang dan Tony Pua baru-baru ini tidak habis-habis lagi berpolitik dan mempolitikkan pembukaan jalan di Bandar Hilir itu.

Tony Pua dalam kenyataan terbarunya mendakwa bahawa kononnya, membuka semula jalanraya di Jonker Walk itu mengancam keselamatan orang ramai. Dia kata, takut nanti ada yang cedera di jalan tersebut.

Kit Siang pula sekali lagi mengulangi hujah bahawa tindakan Kerajaan BN Negeri Melaka membuka jalan di Jonker Walk itu adalah bermotifkan politik. Kononnya, BN marah pada kaum Cina di Melaka kerana tidak memberi undi pada BN pada PRU ke-13 yang lalu. “Dendam” katanya…

Pada saya, kenyataan Tony Pua itu sama sekali tidak masuk akal dan berasaskan putar alam kelas terbawah. Saya kurang pasti sama ada dia punya akal atau tidak. Kalau ada pun, mungkin tahapnya lebih kurang Mahfuz Omar saja.

Saya ingin bertanya, apa fungsi jalanraya? Apakah jalanraya dibina untuk para peniaga membuka gerai jualan mereka di atas jalanraya tersebut? Apakah ia dibina untuk menjual barangan cenderamata dari China yang tidak bermutu dan tidak tulen?

Setahu saya, jalanraya dibina untuk dijadikan laluan kenderaan. Tidak pernah pula saya dengar jalanraya dibina untuk berniaga diatasnya. Jadi, apa masalahnya jika Kerajaan Negeri Melaka mahu membuka semula jalan itu untuk laluan kenderaan?

Apakah tindakan itu salah dari sudut undang-undang? Jika salah, para peniaga di situ boleh saman Kerajaan Negeri Melaka di mahkamah.

Lagipun, bukan seorang dua saja yang membuat laporan pada pihak berkuasa betapa kesan peniaga gerai di Jonker Walk itu telah mengundang kesesakan jalanraya, malah ramai yang mengadu tentang kesan buruk dari operasi perniagaan di Jonker Walk itu.

Paling memalukan, DAP perlu buka balik fail sejarah pembukaan Jonker Walk di mana merekalah yang paling lantang mengkritik pembukaan Jonker Walk dulu. Dulu, DAP kutuk mengatakan Jonker Walk penyebab kesesakan lalulintas di Bandar Hilir. Sekarang sudah tukarkah?

Saya menasihatkan Tony Pua supaya mengarahkan seluruh Cina DAP di Jonker Walk itu supaya berniaga saja di premis dan kedai mereka di sepanjang jalan tersebut.

Maksud saya, kalau tak mahu digilis lori tayar 18, berniagalah di dalam kedai seperti dulu. Tak payahlah nak buka gerai di atas jalanraya lagi. Saya nak tanya, kalau peniaga buka gerai tengah jalan di depan rumah Tony Pua dan Kit Siang, boleh tak? Tak mengganggu lalulintas, kah?

Kit Siang patut ke Pulau Pinang dan pulas telinga anaknya, Guan Eng, yang begitu aktif menyita, meroboh dan merampas gerai-gerai orang Melayu, Mamu, Mamak dan kaum India di pulau mutiara itu selama dia bergelar Ketua Menteri di negeri itu.

Kezaliman dan keganasan pemerintahan Guan Eng begitu terkenal di Pulau Pinang. Dan saya yakin, rakyat yang tertindas di Pulau Pinang tahu tentang perkara ini. Kit Siang tak malukah bersuara lantang di Melaka, tapi buat-buat “buta” di Pulau Pinang?

Jelas sekali DAP sengaja bermain “api” perkauman dalam isu Jonker Walk. Kalau sudah “chauvinis ultra kiasu” dan tebal sifat rasisnya, duduk dalam gelap pun kita dapat lihat kebobrokan mereka itu. Kalaulah saya ditakdirkan jadi Ketua Menteri Melaka, dah lama saya tutup Jonker Walk… - SUMBER

10 Pihak Jadi Mangsa Red Bean Army

1sya.com – Sebenarnya 10 nama yang disebut hanyalah segelintir mangsa-mangsa politik Red Bean Army (RBA). Sekiranya hendak disenaraikan kesemua mangsa-mangsa RBA, mungkin sebuah buku diperlukan untuk menghabiskannya. Penulis berharap rakyat Malaysia dapat bersatu padu menentang kekejaman, kezaliman, kejahatan dan keburukan RBA di alam maya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.

Kita perlu ingat setiap individu yang di aibkan oleh RBA adalah manusia yang memiliki perasaan serta ibu yang melahirkan mereka. Budaya politik yang begitu jijik dan ekstrem sebegini seharusnya dihentikan. Ramai sudah terluka, pasrah, hilang punca pendapatan, hilang imej dan kredibiliti disebabkan fitnah dan cerita rekaan RBA.

Penyokong-penyokong pakatan pembangkang dan DAP yang masih berhati perut seharusnya tampil ke hadapan untuk bersama-sama memerangi RBA. Kita tidak akan tahu esok atau lusa anak, ibu bapa, keluarga, rakan dan orang yang disayangi pula akan menjadi mangsa RBA yang seterusnya.

Peniaga- peniaga Cina yang mempercayai konsep 1Malaysia dan menyokong BN juga menerima serangan boikot daripada RBA. Oleh itu, saya berharap NGO Melayu yang kini melancarkan boikot terhadap masyarakat Cina perlu mengetahui bukan sahaja usahawan Melayu menjadi mangsa RBA bahkan peniaga Cina yang menyokong BN juga terhimpit dalam politik keji RBA.

Sudah tiba masanya kita melancarkan kempen ABCD (Asalkan Bukan Cina DAP). Kita perlu tahu bukan semua Cina di Malaysia biadap dan kejam seperti RBA. Jangan lagi tanya apa Cina mahu tetapi tanya apa Cina DAP mahu (ABCD)?

Simpatilah pada kesemua mangsa-mangsa RBA yang tidak berdosa. Fahamilah keperitan dan kesengsaraan yang dialami oleh mangsa RBA.

Tan Sri Michelle Yeoh

Apabila Tan Sri Michelle Yeoh bercadang untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam satu jamuan majlis makan malam bersama 60,000 masyarakat Cina di Klang maka pelbagai serangan yang tidak bertanggungjawab dilancarkan terhadap beliau. Mereka melabelkan beliau sebagai pengkhianat negara dan pelbagai lagi label kesat. Realitinya, Lim Guan Eng juga menjemput seorang artis dari Taiwan iaitu Lin Chi Ling dalam satu majlis pelancaran di Pulau Pinang satu ketika dahulu tetapi tidak pula menerima sebarang serangan daripada penyokong BN. Harian Metro pernah melaporkan Abby Abadi yang menyertai Pas dibayar sebanyak RM2,000 untuk setiap penampilan politik tetapi Tan Sri Michelle Yeoh yang secara sukarela pula menjadi sasaran politik RBA. Mereka juga melancarkan laman page https://www.facebook.com/BoycottMichelleYeoh untuk menyeru masyarakat Malaysia supaya memboikot beliau.

Leng Yein

Leng Yein merupakan antara model yang paling terkenal dalam industri peragaan dalam kalangan masyarakat Cina. Namun begitu, serangan terhadap Leng Yein bermula apabila beliau bangkit mempertahankan hak wanita yang ditindas oleh seorang lelaki yang sering mengancam keselamatan wanita di negara ini dan Leng Yein membawa isu ini kepada Datuk Seri Michael Chong di Wisma MCA. RBA akhirnya mempolitikkan isu ini hanya kerana Leng Yein memuji Datuk Seri Michael Chong dan mengatakan beliau dan MCA sudah banyak membantu masyarakat Malaysia.

Mereka melabel Leng Yein sebagai pelacur murahan, pengkhianat bangsa dan juga melancarkan boikot terhadap kesemua syarikat penaja yang menaja Leng Yein. Syarikat KUMO Leng Yein di Pavillion juga terpaksa ditutup kerana berdepan serangan bertubi-tubi RBA.

Laman page untuk memboikot Leng Yein turut dilancarkan (https://www.facebook.com/ WeFullyBoycottLY) dan mereka terus mencipta pelbagai penipuan, fitnah dan dakwaan terhadap Leng Yein untuk menjejaskan imejnya. Kini Leng Yein terpaksa hidup dengan ramai musuh. Kini, periuk nasi Leng Yein terjejas teruk dan RBA begitu kejam sehingga sanggup merosakkan periuk nasi seorang individu demi nafsu politik mereka.

Institusi Beraja Yang di-Pertuan Agong

Red Bean Army (RBA) melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila baginda bertitah supaya rakyat Malaysia menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Sultan Johor

Apabila Sultan Johor mengeluarkan titah supaya Datuk Tee Siew Keong dilantik sebagai Exco negeri Johor berlandaskan kepada Undang -Undang Tubuh Negeri Johor, RBA pula bertindak mempolitikkan isu ini dengan mempersoalkan keputusan baginda.

Wong Kim May

Wong Kim May merupakan seorang gadis muda yang masih lagi belajar. Beliau hanya merakamkan sebuah video pengiklanan mempromosikan BN. Sehubungan itu, Kim May menerima beratus-ratus ancaman bunuh dan rogol selepas itu. Emosi Kim May masih belum lagi pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini. Beliau menderita trauma yang agak mendalam. RBA yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terhadap seorang gadis muda yang tidak berdosa.

Jackie Chan

DAP and Dong Zong membawa 4,000 orang untuk membuat protes supaya sebuah sekolah Cina dibina di Kuantan. Akhirnya, kerajaan BN membenarkan pembinaan sekolah di Kuantan. Peliknya, apabila wang diperlukan untuk pembangunan sekolah Chung Hwa di Kuantan, tiada seorang pun dari DAP mahupun Dong Zong sanggup memberi sebarang sumbangan walaupun 1 sen untuk pembangunan sekolah Cina yang mereka perjuangkan. Jika 4,000 orang yang digunakan oleh protes dan seorang menderma RM 1 juga akan sekurang-kurangnya dapat menyumbang RM4,000. Ketika protes maka semua keluar namun apabila sumbangan diperlukan maka batang hidung juga tidak kelihatan.

Akhirnya, Jackie Chan dijemput untuk meningkatkan dana pembangunan Sekolah Cina Chung Hwa di Kuantan. Malangnya, Jackie Chan turut menjadi mangsa RBA hanya kerana cuba membantu. Isu ini membangkitkan kemarahan dunia hiburan Cina di seluruh dunia apabila Cyber Trooper dan RBA yang tidak rasional dalam perjuangan politik mereka menjadikan Jackie Chan sebagai seorang mangsa mereka.

Shen Yee Aun (SYA)

Serangan dilancarkan terhadap saya hanya kerana saya amat vokal terhadap kepincangan DAP dan Pakatan Rakyat. Setiap gambar saya dengan rakan-rakan dan keluarga disebarkan dengan meluas dengan ayat seperti “Mereka Adalah Pelacur Murahan SYA.”

Video saya juga diedit untuk mencalar imej saya dalam kalangan masyarakat Cina. Akhirnya, saya dilabel sebagai Perkasa Cina, pengkhianat bangsa, anjing dan sebagainya. Pelbagai lagi cerita, fitnah dan penipuan tidak berasas direka untuk menyerang saya.

Kinki Ryusaki

Kinki Ryusaki merupakan seorang pelukis tatu terkenal di negara kita. Hanya disebabkan Ryusaki menerima untuk diwawancara akhbar The Star mengenai bidang kerjayanya dan langsung tidak menyentuh soal politik malangnya Ryusaki turut diserang bertubi-tubi oleh RBA. Boikot terhadap syarikat tatu Ryusaki juga dilancarkan oleh RBA

Datuk Lee Chong Wei

Semasa kempen PRU-13, Datuk Lee Chong Wei telah bergambar dengan Datuk Mukriz Mahathir tetapi akhirnya gambar itu turut dipolitikkan oleh RBA. Kredibiliti Datuk Lee Chong Wei sudah tercalar hanya kerana bergambar dengan Datuk Mukhriz. Namun begitu, seorang ikon seks iaitu Vivian bergambar dengan Nurul Izzah tetapi tidak pula menjadi sebarang masalah dan isu kepada RBA.

Master Hsing Yun

Master Hsing Yun merupakan antara Sami Buddha terkemuka dunia yang datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu, walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani dalam kalangan penganut Buddha tetapi beliau juga tidak terkecuali menjadi mangsa RBA. Mereka bertindak ala komunis sehingga golongan agama juga tidak terlepas daripada serangan mereka.

PSY

RBA melancarkan serangan yang cukup hebat terhadap laman facebook PSY sebelum kedatangannya ke Pulau Pinang dalam sambutan perayaan Pesta Perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Setelah PSY datang ke Malaysia dikatakan oleh pengurus sendiri bahawa PSY menerima ancaman bunuh.

Shen Yee Aun (SYA)adalah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation

Karpal minta Pembohongan Anwar tidak didedahkan

PULAU PINANG 29 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anwar Mewakili Parti Paling Tak Popular


KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti yang paling ditolak rakyat sekiranya pembangkang masih mahu menegakkan soal undi popular bagi menentukan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berkata, perkara itu berikutan PKR hanya memenangi 30 kerusi Parlimen berbanding 99 kerusi yang ditandingi.

Jelasnya, prestasi PKR adalah amat buruk sekiranya dibandingkan DAP yang menang 38 kerusi berbanding 51 kerusi Parlimen yang ditandingi manakala Pas pula memenangi 21 kerusi daripada 73 kerusi.

“PKR kalah di 66 kerusi Parlimen yang ditandingi, boleh kita katakan PKR adalah parti yang paling ditolak rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling tidak popular.

“Kalau PKR sudah jelas tidak popular dan pemimpin parti itu yang paling ditolak rakyat, adakah masih wajar Anwar diangkat sebagai Ketua Pembangkang?” soalnya ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengingatkan pemimpin pembangkang tidak mendabik dada kerana berjaya mendapat 51 peratus undi popular dalam PRU-13 kerana parti-parti pembangkang tidak bertanding di bawah satu pakatan sah seperti BN sebaliknya atas tiket serta lambang masing-masing.

DAP Kini Parti Kedua Terbesar Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Pari DAP merupakan parti kedua terbesar di Malaysia berdasarkan jumlah wakil rakyat daripada parti itu pada waktu ini, dakwa Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari..

Beliau mendakwa DAP kini mempunyai 145 orang wakil rakyat iaitu 38 Ahli Parlimen dan 107 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sehubungan itu beliau berharap pakatan pembangkang memberi lebih kerusi yang akan ditandingi parti itu di Kedah pada PRU14 atas kejayaan luar biasa DAP pada PRU13.

“DAP mencapai kemenangan dalam dua kerusi DUN Kedah iaitu Derga dan Kota Darul Aman pada PRU13.

“Ini merupakan kemenangan 100 peratus kerana DAP Kedah hanya bertanding dalam dua kerusi. Walaupun kejayaan ini cemerlang, kami berharap bilangan kerusi yang ditandingi ditingkatkan memandangkan DAP sudah menjadi parti kedua terbesar di Malaysia dari segi jumlah wakil rakyat,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Gambar Polis yang terlibat serangan Lahad Datu

Berikut adalah gambar Koperal Hassan Ali Basari yang didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu.

Hassan dari Semporna dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


VIDEO PKR: Rayuan dan Pembodohan yang melampau @SAMMalaysia @chegubard #black505 #parlimen2013

Saksikan sendiri betapa terdesaknya rayuan penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat menuntut agar pemimpin mereka mengotakan janji untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen. Kerana sebelum ini Anwar dan beberapa pemimpin lain dengan bongkak menolak keputusan PRU13 serta membayangkan akan memulau majlis angkat sumpah tersebut.

Sebaliknya apa yang berlaku, tindakan penyokong itu sekadar mengundang senyum sinis bagi Anwar dan Pakatan Rakyat.

Elok kalau muda-mudi yang sanggup berbaring dan berguling-guling di jalan raya demi mempertahan ego Anwar bertanya semula pada diri sendiri, tentang siapakah sebenar yang sedang diperbodohkan dengan propaganda penipuan SPR?

Apakah SPR yang memperbodohkan mereka, atau mereka sendiri yang memperbodohkan diri demi mempertahan agenda peribadi Anwar?


Pemimpin BN diminta berhenti kaji dakwat kekal

Barangkali bagi mereka, cara itulah yang dapat membantu SPR, dan dengan kenyataan begitulah yang dapat membantu menjernihkan kekeruhan yang berlaku.

Namun hakikatnya dunia politik melayu tidak semudah itu, bahkan 'perlumbaan' mencari kesilapan SPR oleh pembangkang tidak terhenti setakat isu dakwat kekal.

Tindakan beberapa pemimpin BN yang seolah-olah jadi jurucakap SPR cukup memburukkan keadaan serta menambah kekeliruan di kalangan rakyat biasa berkaitan dakwat kekal. Lebih-lebih lagi kenyataan yang dikeluarkan saling bercanggah antara satu sama lain.

Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan mengatakan dakwat kekal yang digunakan mengandungi bahan kimia yang amat rendah serta tidak berbahaya untuk kesihatan. Lepas itu muncul pula Datuk Shahidan dengan kajiannya mendakwa dakwat tersebut tidak mengandungi bahan kimia sebaliknya hanya menggunakan pewarna makanan.

Entah kenapa kajian yang dibuat oleh Ahmad Maslan dan Datuk Shahidan tidak konsisten? Apakah sampel atau tabung uji yang mereka gunakan telah disabotaj?

VIDEO: Annuar Musa Belasah Ahli Parlimen Pembangkang




Gambar-gambar keindahan Empangan Bakun




Betapa indahnya empangan Bakun, hasil idea kerajaan BN demi memastikan ledakan pembangunan boleh berlaku jauh ditengah pendalaman. Yang mana akan turut memacu ekonomi penduduk setempat.

Maka sebab itulah pihak pembangkang berusaha keras untuk menawan negeri Sarawak, agar mereka boleh mengaku itulah kejayaan mereka sebagai kerajaan. Sepertimana yang telah berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Nak jadikan cerita, baru sebentar tadi seorang penyokong pembangkang dari Dalat menyergah saya tentang Bakun. Dia dengan penuh yakin berkata "mustahil Bakun akan menghasilkan elektrik, semua itu propaganda Taib nak dapatkan balak".

VIDEO: Dalam Parlimen pun Berbohong, Apa lagi tempat lain..

Bagi yang meminati bidang 'putar belit' sudah tentu bertambah kagum dengan kemampuan Anwar dalam bidang itu. 

Seluruh rakyat Malaysia tahu Himpunan di Padang  Merbok bukanlah selama 1 jam atau 2 jam, sebaliknya sampai berkemah dan bermalam. Tapi itulah kemampuan Anwar yang cekap dalam bidang putar belit, dengan mudah beliau menidakkan kebenaran. Saksikan video dibawah...




Menteri Nafi Miliki Ijazah "Cap Ayam"

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem telah menafikan dakwaan beberapa anggota Parlimen pembangkang bahawa beliau memiliki ijazah palsu.

Beliau berkata ijazah dan sarjana miliknya, kedua-duanya dalam bidang sumber manusia, diperolehi daripada University of Hertfordshire.

Riot berkata beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk menentukan tindakan susulan.

"Saya mengambil ini sebagai tuduhan serius terhadap saya. Saya biar peguam saya mengendalikan hal ini. Sebagai menteri bertanggungjawab, saya mesti mempunyai pengetahuan baik dengan apa yang saya lakukan untuk berkhidmat untuk negara," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar dah tak ingat mati agaknya, celupar betul

Anwar Ibrahim menyatakan "kekosongan" kerusi Dun Kuala Besut akan memberi berita gembira kepada PR ekoran penyandangnya meninggal dunia, hari ini.

Penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), akibat kanser paru-paru.

Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) memberi peluang yang selesa kepada PR kerana BN hanya memperolehi kelebihan dua kerusi membentuk kerajaan Terengganu.

"Saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak memberangsangkan.

"Bagaimanapun situasi ini tetap memberi peluang yang baik untuk Pas menempah tempah pada kekosongan itu, PR akan sokong calon yang akan diletakkan Pas," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, 10.18 pagi tadi.

Pada PRU13 5 Mei lepas, Abdul Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail.

Abdul Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah, 6,375 undi.

Dalam pada itu, ketika ditanya media mengenai kenyataan beliau itu dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham, Anwar berkata, situasi itu satu yang realiti dan perlu difahami semua pihak.

GAMBAR ADUN PAS CEDERA AKIBAT JETI RUNTUH

YB Mohd Haslin Hassan berbaju putih (terbaring)

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan menerima rawatan selepas terjatuh dari jeti berkenaan.

Pembangkang 'penat' melayan impian Anwar

Oleh: Abdul Rahman Malik - Benarkah ada pemimpin-pemimpin pembangkang kini cenderung dan terdorong untuk bersuara seperti pemimpin-pemimpin Umno? Kecenderungan ini dikesan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau membuat penilaian mengenai kempen menentang keputusan pilihanraya Umum ke-13.

Jika benar, apakah akibatnya pada lanskap politik negara? Tidakkah itu satu petunjuk bahawa lanskap politik negara kini bergerak ke arah sesuatu yang bermanfaat pada pembangunan demokrasi Malaysia?

Tidak! Kata Anwar. Trend mengajuk dan menuruti nada dan hujah pemimpin Umno telah menghantar mesej yang mengelirukan pada ahli dan penyokong pembangkang, katanya.

Ini menyebabkan mereka menjadi teragak-agak untuk berjuang sekuat kudrat menyanggah keputusan PRU ke-13 yang dikatakan sarat dengan penipuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Bercampur baur
Natijahnya, gerakan Blackout505 yang cuba digerakkan oleh partinya, PKR, menerima sambutan yang bercampur baur di kalangan penyokong pembangkang.

Ini kerana ada pemimpin pembangkang sendiri yang mahu pengikut mereka melangkahi isu Blackout505 dan memberi fokus pada pembangunan masa depan politik negara.

Titah Agong boleh dipertikai, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksi berhubung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berkata ia bukanlah satu arahan yang perlu dipatuhi serta tidak boleh dipertikaikan.

Menurut Anwar, berdasarkan amalan demokrasi, Yang di-Pertuan Agong akan bertitah berdasarkan usul dan nasihat Perdana Menteri bagi pihak kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini mengingatkan wakil rakyat supaya sentiasa memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan serta tidak melakukan perbuatan yang boleh merosakkan negara.

VIDEO: Adam Adli seorang pengecut rupanya..

Bila berceramah atau berdepan media cakap memang berdegar-degar, rupanya nak 'kontrol' orang sendiri pun tak mampu.



Eksklusif: Wawancara Penuh Jusuf Kalla

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

Presiden Indonesia Minta Maaf Kepada Malaysia & Singapura

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.

"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.

"Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya.

Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu.

Beliau berkata Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu dan beliau yakin ia akan dapat diatasi dengan segera.

Yudhoyono berjanji bahawa Indonesia akan berusaha memadamkan titik-titik api yang membakar hutan Indonesia dengan melakukan hujan buatan melalui pembenihan awan selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan tenaga anggota tentera.

Video kekecohan di Parlimen,

Memang inilah puak-puak pakatan haram mahu...


Gambar puak Pakatan berguling di jalan raya

Puak-puak pakatan sedang berdemo di depan Parlimen kononnya membantah majlis angkat sumpah ahli parlimen.

Mereka tak iktiraf SPR yang mengendalikan pilihan raya, tapi ketua mereka tengah kemaruk angkat sumpah nak dapat elaun sebagai ahli parlimen.

Menariknya, kelihatan muka-muka melayu saja yang sibuk berdemo sampai berguling-guling di jalan raya.

Orang cina sedang sibuk bekerja nak tingkatkan taraf hidup, melayu-bumiputra juga yang bodoh melalak berdemo.

Anwar kata, orang muda Pakatan dah bijak menilai. Inikah yang dikatakan bijak?

Orang lain sibuk pergi kerja dan belajar, mereka ini cuma nak harap free itu dan ini. Macam mana nak majukan bangsa, kalau diri sendiri sekadar berjuang untuk mengemis meminta semua free...

Mereka tak sedarkah Anwar juga sedang mengemis jawatan ketua pembangkang dari Cina DAP..?


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Anwar angkat sumpah bawa bomoh

Sebelum ini bapak segala pembohong bernama Anwar Brahim beriya-iya nak boikot majlis angkat sumpah ahli parlimen.

Hari ini muka tak malu Anwar jugak yang kemaruk nak angkat sumpah. Siap bawak bomoh sekali ke Parlimen.

Entah apa tujuan Anwar bawa bomoh ke majlis angkat sumpah? Kalau Anwar ada kes Mahkamah memang muka bomoh ni tak pernah tinggal.

Padan jugak PAS kata Anwar adalah pemimpin paling suci, sebab sentiasa ada bomoh iring ke mana saja Anwar pegi...

Sumber gambar: AAKJ
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

VIDEO: Nak Bebaskan 'Bangsa Malaysia'?




Angkat sumpah: Polis buat Kawalan ketat esok

PETALING JAYA 23 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen esok berjalan lancar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.

"Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini hari ini.

Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.

Video: Anwar Kecewa cuaca tidak izinkan guling kerajaan





VIDEO PANAS: Pegawai DBKL dipukul penyokong Anwar

Mereka bebas bertindak memukul, mengherdik serta mencemuh pihak lain. demi untuk mengangkat seorang peliwat jadi pemimpin negara...


KEMASKINI: Polis memburu kumpulan penyokong yang terlibat memukul dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perhimpunan haram di Padang Merbok di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mereka dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

VIDEO: Kekecohan Himpunan Blackout 505

Inikah yang dikatakan perhimpunan aman..



VIDEO: Bukti Kemenangan Tian Chua Terbatal

Apa lagi yang Tian Chua mau? sedangkan diri sendiri sebenarnya tidak layak bertanding sebagai calon dalam PRU-13. 

Maka hampir pasti akan ada pilihan raya kecil untuk Parlimen Batu...


Gambar: Bagai diserang Tsunami, Kebakaran Sibu


Bagaikan diserang Tsunami - begitulah gambaran yang dilihat melalui gambar ini, lokasi kebakaran Sibu yang diambil dari udara. Perkampungan yang berusia lebih 100 tahun, akhirnya musnah oleh kebakaran dahsyat hanya dalam beberapa jam.

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita menghulur bantuan atau derma untuk meringankan beban mangsa kebakaran Sibu.

DERMA UNTUK MANGSA KEBAKARAN SIBU

Berikut adalah TABUNG BENCANA NANGKA yang diwujudkan secara rasmi oleh
ADUN Nangka, Dr Anuar.

Bank: CIMB Bank
No. Akaun : 1107-0001376-20-5

SPR Kecewa Dengan Jabatan Peguam Negara

Ramai yang sering menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melemparkan pelbagai tuduhan baik di kalangan pakatan pembangkang mahupun penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Seperti yang diketahui umum, pakatan menyalahkan SPR yang dikatakan bersekongkol dengan Pejabat Pendaftaran Negara sehingga berjaya memberi kemenangan kepada parti pemerintah dalam pilihan raya yang lepas.

Manakala di pihak penyokong kerajaan, kesalahan di letakkan ke atas bahu SPR kerana dikatakan bersikap lemah kerana gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang melemparkan fitnah sehingga menimbulkan persepsi buruk di kalangan masyarakat.

Menjawab pertanyaan salah seorang peserta di majlis syarahan bertajuk ‘PRU13: Terima Keputusan Rakyat’ di Kuala Lumpur hari ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengatakan SPR sebenarnya berada dalam keadaan yang serba salah. Ini kerana SPR adalah sebagai sebuah suruhanjaya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebarang tindakan yang ingin di ambil perlu di teliti bagi menjaga nama dan integriti institusi tersebut.

Oleh yang demikian, adalah sewajarnya pihak SPR di pertahankan oleh Jabatan Peguam Negara. Namun apabila perkara itu diutarakan pihak Jabatan Peguam Negara menyarankan agar SPR menggunakan khidmat guaman dari luar dan membiayai sendiri semua kos yang berkaitan.

“(Oleh yang demikian) SPR buat keputusan untuk membuat laporan polis dan biar polis membuka kertas siasatan berhubung perkara yang dibangkitkan’ katanya.

“Kalau ambil tindakan saman, ia akan menyebabkan jumlah saman yang banyak kerana hampir setiap hari SPR diserang dengan pelbagai fitnah. Sebagai contoh apabila rujuk Suara Keadilan (lidah rasmi PKR) dari muka depan sampai belakang semua yang melibatkan SPR adalah fitnah, begitu juga dengan Harakah dan Roket.

Video Eksklusif Kebakaran di Sibu










TERKINI: Gambar-Gambar Kebakaran Dahsyat di Sibu

Dilaporkan lebih 100 buah rumah hangus dalam satu kebakaran di Sibu petang tadi, kebakaran tersebut merebak dari Kampung Hilir ke Kampung Dato.

Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 4 petang dikatakan berpunca dari sebuah rumah di Kampung Hilir sebelum merebak ke rumah lain dengan cepat.

Menurut sumber, api terus merebak dengan cepat akibat tiupan angin yang agak kencang petang tadi. Malah sehingga jam 6 petang tadi, api kebakaran masih lagi marak.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.










Anwar dengan bongkak beri Amaran kepada Polis

Inilah budaya yang diajar kepada generasi muda supaya menentang undang-undang dan polis. Anwar dengan bongkak memberi amaran kepada polis supaya tidak mempersoal perhimpunan yang pembangkang anjurkan. 

Tapi rakyat sudah menjangka, andaikata polis tidak membuat sebarang penguatkuasaan untuk memastikan keselamatan awan terjamin, Anwar juga akan tampil dengan angkuh menyalahkan pihak polis. 

Inilah model melayu paling bongkak yang jadi idola generasi muda.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin supaya tidak bersikap seperti pemimpin Umno bahagian untuk cuba menyekat perhimpunan Black 505 Sabtu ini.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan perhimpunan itu adalah satu himpunan aman dan polis tidak sepatutnya membuat sekatan atau amaran.

Lahad Datu: Benarkah Pasukan Keselamatan Bertempur Dengan Pengganas Sulu?

KOTA KINABALU: Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.

"Tiada insiden seperti itu berlaku.

"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.

Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.

Azmin ke Indonesia bincang hal negara...


Selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia berjumpa dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu lalu, kini giliran orang kanannya pula, Mohamed Azmin Ali ke negara republik itu.

Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan ke Indonesia untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Gabenor DKI Jakarta, Ir H Joko Widodo.

Menurut laporan di blognya, azminali.com, kunjungan hormat itu antara lain turut membabitkan perbincangan dua hala bersama Widodo mengenai isu pembangunan fizikal dan kemanusian kedua-dua negara.

Selain berbincang hal negara, apakah Azmin juga sedang mengadu 'kecurangan' PRU-13 pada pemimpin Indonesia?

MESTI BACA!!! Punca Sebenar Presiden SBY Jumpa Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.

"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh Cina," kata Anwar.

"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak. Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu yang zalim dan korup, mampuslah kita.

"Dan kalau kita memilih pemimpin Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik. Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."

Selepas PRU13, kaum cina di Malaysia terbukti menolak kepimpinan Najib dan kerajaan dengan 97 peratus undi seluruh negara dari kaum tersebut diberikan kepada Pakatan. Najib didalam reaksi awalnya selepas PRU13 pula secara tegas menyalahkan "tsunami Cina" sebagai punca prestasi BN yang kurang memuaskan.

VIDEO: Kemesraan Zahid dan Lim Guan Eng kerana rakyat...

Suka atau tidak, memang wajar dipuji kemesraan antara Menteri KDN Zahid Hamidi dan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika sama-sama melawat tempat kejadian runtuhan rod penebat kilat di Jalan Macalister.

Meskipun seteru dalam ideologi politik, namun mereka bersatu dalam urusan yang melibatkan permasalahan rakyat.

Cuma terfikir sejenak, adakah Anwar Ibrahim mampu bersikap seperti itu atas nama rakyat? 

Mungkin yang pasti ketika dihadapan media Anwar akan mencaci UMNO-BN sebagai punca kejadian. tidak lebih dari itu...


Zahid Hamidi dan Lim Guan Eng melawat kejadian runtuhan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama Dato' Abd Rahim B. Hj. Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang dan Datuk Dr Zahari Noor Forensik Hospital Pulau Pinang melawat tempat kejadian runtuhan rod penebat kilat di Jalan Macalister.


Hasil perbincangan yang dijalankan bersama lain-lain jabatan yang terlibat mengesahkan kematian mangsa dan usaha mencari mangsa yang tertimbus diberhentikan dan pihak polis akan melakukan inkues.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pembunuh Senyap: Jalan Persekutuan BAKUN-BINTULU

Bayangkan dalam 1 bulan saja sudah ada 3 kemalangan maut melibatkan penduduk Sungai Asap-Koyan, jadi benarlah Jalan Persekutuan Bakun-Bintulu ibarat pembunuh senyap. (baca laporan disini KLIK)

Sudah lama kita tertanya-tanya, kenapa tahap keselamatan jalan-jalan di Sarawak begitu rendah? bahkan pada pandangan mata kasar cukup untuk kita menilai betapa rendahnya kualiti jalan raya di Sarawak.

Apakah kerana taraf orang Sarawak memang rendah? sehingga kerajaan terpaksa menyediakan kemudahan yang sesuai dengan darjat rakyatnya yang rendah itu. Kita tak perlu salahkan rakan-rakan kita di semenanjung, jika mereka tersenyum kambing menyindir taraf kemudahan yang disediakan untuk kita, memang jauh berbeza taraf dengan mereka.

Nak salahkan siapa lagi, kalau bukan kerajaan. Takkan nak menyalahkan Lim Kit Siang atau Bomoh hujan?

Mungkin menyedari kesilapan itu, Kerajaan Persekutuan dilihat akur menyerahkan portfolio Kementerian Kerja Raya kepada anak Sarawak, Datuk Fadillah Yusof. 

PR berhak kemuka calon Speaker

SHAH ALAM - PR berhak mencalonkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) pilihan mereka sekiranya calon itu layak.

Demikian menurut bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyifatkan tindakan itu tiada salahnya kerana ia adalah sebahagian daripada amalan demokrasi.

“Tidak ada salahnya. Boleh dicalonkan mana-mana orang yang layak jadi Speaker,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, jika PR dan BN masing-masing mencalonkan Speaker, bermakna satu undian secara sulit akan diadakan bagi mendapatkan sokongan dua pertiga.

“Tapi jika hanya seorang calon, hari berikutnya Dewan Rakyat akan mengisytiharkan individu tersebut sebagai Speaker,” katanya.

VIDEO: Kekejaman Melampau Keatas Wanita Syria




VIDEO Jakarta: Anwar dakwa SPR menipu undi




JAKARTA: Anwar ada bukti pengundi di bayar RM500

foto: tempo indonesia

Dalam satu sidang media yang diundang khas oleh Anwar di Hotel Crown, Jakarta hari ini. Anwar mendakwa beliau memiliki bukti sejumlah pengundi dibayar RM500 oleh BN. Beliau menegaskan semua itu terhasil dari kecenderungan SPR yang memihak kepada BN.

Mengadu kepada media Indonesia, Anwar berkata SPR tidak profesional dan tidak memiliki kawalan keselamatan yang jelas sehingga membolehkan berlaku penyelewengan.

Yang peliknya, semasa memfailkan petisyen tidak ada satu pun bukti serta alasan seperti itu untuk menguatkan tuntutan mereka.

Selain itu, Anwar turut menyebut tentang 'Blackout' yang terjadi semasa proses pengiraan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat kalah. Namun perkara ini juga tidak dijadikan alasan dalam petisyen yang difailkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Ironinya Anwar hanya ada bukti semasa di hadapan media atau semasa ceramah, tapi tidak pernah dibuktikan secara nyata untuk menguatkan hujah.

Rakyat dah bosan dengan AMARAN...

Entah berapa kali lagi nak buat amaran, entah berapa banyak lagi fitnah yang Rafizi sebarkan? Lelaki lembut seperti Rafizi tidak akan pernah rasa bersalah dengan tuduhan yang dibuat, cuma rakyat sudah bosan dengan amaran demi amaran yang dikeluarkan pemimpin BN untuk menangkis fitnah tersebut.

Teruk sangatkah pemimpin BN? sekadar mampu nak memberi amaran, sementara Rafizi, Anwar dan Chegu Bard terus meraih sokongan atas fitnah yang direkayasa.

Kalau sekadar nak beri amaran, lebih baik berdiam diri.. rakyat dah bosan dengar amaran!
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli atas dakwaan menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Malah, menurut Idris beliau tidak akan teragak-agak untuk mengheret Rafizi ke muka pengadilan jika pihak pembangkang sekali lagi membangkitkan perkara terbabit.

"Saya cakap kepada dia (Rafizi), kalau dia berani keluarkan tuduhan itu lagi, saya akan heret dia ke mahkamah.

"Orang sebegini perlu diberikan pengajaran, kalau dia cakap lagi memang saya akan panjangkan perkara ini ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com