Gambar Mangsa Tembak Terkini di Parit Buntar

Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

Sumber-PerakKita

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Suspek Tembak Pengasas Bank

Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar.

Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.

Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk penembak.

Pada Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon, tokong Kuan Yin.

Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong.

Seorang lelaki datang dari belakangnya dan menembak, memukul dada dan rusuknya.

Lelaki itu melarikan diri menaiki teksi yang sedang menunggu. Najadi meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan.

- mStar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Yang Pelik, Perlu Disiasat Bukan Pembelian Scorpene Tapi Putar Belit SUARAM

Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.

Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini, ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal.

Dan hari ini, mungkin kerana ego, SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.  Rakyat Malaysia, secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM.

Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.

Di pihak SUARAM pula, mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.  Untuk itu, mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong.

"Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk 'menguruskan pembohongan', termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain."

Kita percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk 'menguruskan pembohongan', termasuk membayar peguam-peguam asing, kos pengangkutan dan penginapan mereka, keraian dan juga pelbagai kos lain.

Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Dato' Seri Najib atau Razak Baginda.

Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS, Thales dan Perimekar, entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Dato' Seri Najib.   Dari situ, mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina.

Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.  Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku.

Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris.  Dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya.

Tidak apa semua itu, kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan.  Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu.

Oleh itu, jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene, tetapi dalam operasi SUARAM.

Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini, Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.  The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya semalam.

Dari kenyataan Jasbir, maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.  Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAMlah yang sebenarnya berbohong.

Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.  Jika pembohongan itu berhenti, maka tamatlah riwayat SUARAM.  Setakat hari ini, boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.  Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa – berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma.

Dr Muslim Umar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Polis kenalpasti suspek tembak pengasas Ambank

Polis sudah mengenalpasti suspek yang menembak mati pengasas Arab-Malaysia Bank Husain Ahmad Najadi, 75, di tempat letak kereta di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya tiga penjenayah termasuk penembak terbabit adalah mereka yang diupah ataupun pembunuh upahan.

"Kita sudah mengenalpasti kumpulan terbabit berdasarkan pemeriksaan dan penelitian rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Malah, kita mempunyai petunjuk positif dan percaya kumpulan terbabit akan dapat diberkas dalam masa terdekat," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambahnya, keadaan isteri mangsa, Cheong Mei Kuen, 49, yang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota dilaporkan stabil.

Katanya, sehingga kini pihaknya sudah merakam percakapan tujuh orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Bapa Sanjeevan akan jumpa KPN dedah rahsia

Bapa kepada pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan - yang kini lagi dalam keadaan 'kritikal' - kata bahawa beliau ingin jumpa dengan Ketua Polis Negara (KPN) untuk 'mendedahkan sesuatu'.

"Apabila anak saya pulih saya fikir saya akan mahu bertemu dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar). Saya perlu mendedahkan sesuatu kepadanya," P. Ramakrishnan, 64, memberitahu Astro Awani dalam satu perbualan telefon.

Walau bagaimanapun, ejen insurans itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa maklumat yang dia mahu untuk menyampaikan.

Ramakrishnan berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Khalid untuk menyiasat kes ini, tetapi menambah bahawa "ada orang dalam pasukan polis saya tidak percaya".

Ramakrishnan kini di Hospital Serdang dengan ahli-ahli keluarga yang lain menanti anaknya yang berumur 29 tahun itu pulih. Sanjeevan ditembak pada hari Sabtu oleh dua lelaki bersenjata bermotosikal di Jempol.

"Saya yakin dengan KPN. Kenyataan beliau berkata ia sangat jelas. Saya yakin bahawa mereka akan menyelesaikan masalah ini ... tetapi ada orang dalam pasukan polis, saya tidak percaya, "katanya.

Beliau kata bahawa Khalid adalah" orang yang sangat cekap "dan baik, seperti bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ramakrishnan berkata kenyataan polis "bercanggah" kerana Negeri Sembilan Ketua Polis Osman Salleh "mendakwa bahawa anak saya tidak membuat laporan mengenai ancaman kematian tetapi saya amat pasti yang dia lakukan.Saya tidak gembira dengan itu."

Bekas ahli DAP dan bekas kerani firma undang-undang itu berkata keadaan Sanjeevan, yang kini telah dipindahkan ke Hospital Serdang itu, telah agak merosot daripada semalam.

"Keadaan masih kekal... kritikal, mereka cuba untuk menstabilkan dia, barulah boleh buat pembedahan untuk mengeluarkan peluru, "katanya.

Peluru yang masuk dalam tubuh Sanjeevan masuk melalui tangan kanannya dan telah masuk ke dalam rusuknya, ia juga terkena hati dan paru-paru beliau.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Kejadian Pengasas Ambank ditembak

Pengasas Arab Malaysian Banking Group Hussain Ahmad Najadi, 75 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan bukannya di hospital seperti yang dilaporkan awal tadi. Beliau ditembak dari jarak dekat manakala isterinya cedera di tangan.

Kejadian berlaku jam 1.50 petang @ Kawasan Letak Kereta berhampiran tokong Lorong Ceylon.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

WARKAH DARIPADA GURU BESAR SK SERI PRISTANA

WARKAH DARIPADA GURU BESAR SK SERI PRISTANA : En Mohamad Nasir b. Mohd Noor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan fb semua..

Terlebih dahulu saya rakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada kalian yang menyokong serta menyuntik semangat dan azimat dalam isu terhangat kini kononnya saya telah memaksa murid-murid bukan islam makan di dalam tandas semasa bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tiada siapa pun dapat menghalang lidah-lidah manusia menghamburkan kata-kata di laman-laman fb dan twitter bagi menghentam dan mengutuk saya semahunya berhubung isu dan kemelut tersebut.

Setelah beberapa ketika saya menyepikan diri bagi mengubati hati yang terhiris luka angkara fitnah dan tomahan yang melanda akhirnya saya terpaksa keluar dari kepompong dan persembunyian bagi menghargai perjuangan murni rakan-rakan fb yang telah menghidupkan semangat saya setelah mati seketika.

Tetiba saya dikejutkan oleh kelahiran Laman Kami Menyokong Encik Mohamad Nasir b. Mohd Noor : Headmaster of SK Seri Pristana di dunia maya oleh kumpulan yang amat prihatin terhadap kemelut dan dilema dihadapi."Rohku bagaikan kembali kepada jasadnya". (TERIMA KASIH KEPADA PENGENDALI LAMAN FB INI)

Kepada pelayar-pelayar fb yang menghentam dan mengutuk habis-habisan, anda semua tetap dimaafkan kerana anda semua tidak pernah pun berada di lokasi ini(SK Seri Pristana) untuk melihat dgn mata kepala anda sendiri apalagi untuk membuktikan situasi dan kronologi yg berlaku sehingga kini.

Anda mungkin mendapat info yang tidak tepat, mengelirukan dan salah sama sekali.Barangkali info yang diberi oleh orang yang menyebarkannya adalah dari sumber yang salah atau orang yang berkepentingan diri.Sandainya lidah-lidah yg menghentam dan memfitnah tidak mahu berhenti sampai bila-bila sekalipun(hembusan nafas yang terakhir) fikirlah sehabis baik……………….

(i)Pastikah anda mempunyai kesempatan untuk memohon maaf kepada 1350 orang murid-murid beragama islam di SK Seri Pristana?

(ii)Pastikah anda boleh berjumpa dan memohon maaf kepada 80 orang warga pendidik di SK Seri Pristana sebelum anda menghembus nafas terakhir?

(iii)Bolehkan anda memohon maaf ibu-bapa dan penjaga murid-murid SK Seri Pristana atas keterlanjuran dan mengaibkan maruah ibu-bapa dan penjaga yang menghantar anak di sekolah ini?

(iv)Anda semua tidak perlu menemui saya untuk memohon maaf.Saya sudah maafkan anda semua.

Kepada isteri dan anak-anakku. Ku Najiha Ku Jaafar, Syahril Da Rocha(Melbourne), Mohd Syukrinazren(Cyberjaya), Farah Asyikin(London), Suhaimi Nasir(Egypt), Faziera Diana(Jordan) dan Farina Alisya. Bersabarlah menghadapi dugaan dan sesamalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar ditunjukkan kebenaran.

Saya memohon maaf jika kandungan warkah dan peringatan saya di atas menyebabkan perasaan anda terhiris serta terguris. Semoga ALLAH SWT memberi keampunan dan berkat sempena bulan Ramadhan yg mulia ini.Mudah-mudahan kita jugak akan mendapat syafaat junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sekian wabilahitaufik wal hidayah wa'assalamualaikum w.b.t………………….


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Sanjeevan Cedera Ditembak

Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau,petang semalam.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kawasan Hitam Di Pan Borneo akan dihapuskan - Fadillah

KUCHING, 28 Julai (Bernama) -- Usaha untuk menghapuskan kawasan hitam atau yang kerap berlaku kemalangan di jalan Pan Borneo di Sarawak akan diberi keutamaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata sejumlah dana yang dicadang bagi tujuan ini yang termasuk dalam Belanjawan 2014 akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pada Oktober ini.

"Jumlah ini adalah selaras dengan permintaan yang dikemukakan kerajaan negeri kepada kementerian saya baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada 27 buah masjid di sini Ahad.

Beliau berkata cadangan itu dibuat berikutan kajian yang dijalankan yang menunjukkan keadaan di sesetengah bahagian jalan itu telah menyumbang kepada berulangnya kemalangan.

"Kawasan yang berlakunya kemalangan lebih dari tiga kali di tempat yang sama dan keadaan jalannya dianggap sebagai kawasan hitam dan kita mahu mengatasi masalah ini bagi meningkat keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Fadillah berkata penekanan itu dibuat selaras dengan rancangan untuk meningkat keseluruhan jalan Pan-Borneo menjadi lebuhraya menjelang 2018.

Dalam perjumpaan sebelum ini dengan pengamal media di negeri ini, beliau berkata bahagian Sibu-Bintulu-Miri jalan itu akan dibangun setaraf lebuhraya dan dijangka siap menjelang 2015.

Jalan sepanjang lebih 1,000km itu merupakan penghubung darat antara Sarawak dengan Sabah, Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia.

-- BERNAMA


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kes Tembak Sanjeevan ada kaitan dgn Pendedahan

Semua tanda seolah-olah menunjukkan bahawa kes tembakan aktivis anti-jenayah R.Sri Sanjeevan mempunyai kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai salah laku polis, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Bekas ketua polis, menerusi akaun Twitter @TSMusaHassan berkata beliau berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan suspek memandangkan Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman.

Beliau menambah: "(Akibat) pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti-aktiviti jenayah bersindiket dan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang."

Sanjeevan, yang mengetuai pemantau jenayah MyWatch telah ditembak oleh seorang pembonceng motosikal yang berhenti di sebelah kereta BMW beliau ketika beliau menurunkan tingkap kereta untuk merokok di simpang berhampiran Taman Awana Indah di Jempol, Negeri Sembilan kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu, beberapa portal berita melaporkan.

Sanjeevan berjaya memandu melarikan diri walaupun cedera teruk, meninggalkan penyerang di belakang, tetapi berhenti kira-kira 300 meter dari tempat kejadian di mana rakannya yang berada di dalam kereta, Ramesh Balakrishnan, 35, mengambil alih kenderaan untuk membawa mangsa ke Hospital Jempol.

Sanjeevan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk pembedahan.

Beliau dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Dalam pendedahan terbaru pada akaun Twitter beliau, Sanjeevan berkata: " Polis @PDRMsia memberitahu beberapa rakan sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api & memberitahu mereka supaya melepaskan beberapa tembakan di rumah saya untuk menakut-nakutkan saya / keluarga" dia menulis di Twitternya @SanjeevanSS

Sumber: mStar


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pengerusi MyWatch parah ditembak

JEMPOL 27 Julai - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R. Sri Sanjeevan cedera parah akibat ditembak seorang daripada dua lelaki bermotosikal di pekan Bahau dekat sini petang ini.

Jurucakap polis memberitahu, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka di sini.

Katanya, setibanya di situ, mangsa kebetulan membuka cermin tingkap keretanya sebelum muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.

"Tembakan itu menembusi tangan kanan mangsa sehingga ke perutnya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa memecut kenderaannya dan berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

"Rakan mangsa kemudian memandu kereta itu ke Hospital Jempol sejauh 15 kilometer untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Dr M: Apakah kaum Cina mahu rebut kuasa?

Ia kini telah menjadi "dilema Cina", kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertanya sama ada Cina Malaysia mahu berkongsi kuasa politik dengan kaum lain atau mahu merebutnya sama sekali.

"Selama lebih setengah abad kemerdekaan, orang Cina telah berkongsi kekayaan dan kuasa dengan orang Melayu," katanya sambil menambah bahawa idea ke arah menjadikan Malaysia seperti Singapura nampaknya seolah-olah begitu memikat dan Pulau Pinang telah menunjukkan jalannya.

"Dilema bagi orang Cina adalah sama ada untuk merebut kuasa politik sambil  mendominasi kuasa ekonomi atau berpegang kepada prinsip perkongsian, yang telah menjadikan negara ini seperti hari ini.

"Inilah dilema kaum Cina," kata Dr Mahathir satu kolum dalam akhbar New Straits Times hari ini.

Beliau berkata, kaum Cina yang terpikat dengan aspirasi DAP untuk membuat menjadi Malaysia seperti Singapura dengan orang Cina memegang tampuk kuasa ekonomi dan politik, telah melemahkan dengan ketara MCA, rakan kaum Cina dalam parti pemerintah, dan membuat perkongsian kuasa tidak dapat dipertahankan.

Dr Mahathir yang menulis buku The Malay Dilemma berpendapat, dengan kelemahan itu, idea untuk berkongsi dengan orang Melayu kuasa politik dan ekonomi telah menjadi sukar.

Beliau mendakwa bahawa masyarakat Cina sudahpun menguasai ekonomi, daripada pelbagai kepentingan perniagaan kepada kolej dan universiti mereka sendiri.

"Apa pun, 'kongsi' kerajaan telah memberi manfaat yang  amat besar kepada Malaysoa. Ia telah membawa keamanan dan kestabilan, tanpanya, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi tidak akan mungkin berlaku.

"Ia tidak masuk akal untuk mana-mana kaum, Cina atau Melayu, untuk mengambil segala-galanya untuk diri mereka sendiri, untuk menguasai ekonomi serta politik Malaysia," katanya. - Mkini


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Benarkah Karpal sudah tidak mampu bercakap?

Pengerusi DAP, Karpal Singh dibidas kerana 'menutup mata dan telinga' dalam semua dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam partinya walaupun sering menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat.

Justeru, Karpal dicabar untuk bersikap lebih telus dan mengotakan slogan retoriknya dengan tampil menjawab setiap dakwaan beserta bukti kukuh.

Bekas Ketua Cawangan DAP, Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Karpal seolah-olah bersikap pilih bulu dengan 'membela' penyelewengan serta dakwaan penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Disember lepas tanpa siasatan rapi.

"Baru-baru ini Karpal tampil membuat dakwaan bahawa buku hasil karangan Father Agustus Chen itu sebenarnya satu penipuan yang boleh menjatuhkan DAP. Apa bukti beliau berkata demikian?

"Bagaimana pula dengan dakwaan seramai 547 perwakilan haram telah hadir mengundi pada CEC lepas? Kita tidak harus lupa, Karpal pernah mengakui kesilapan pengiraan undi itu sebenarnya perkara paling memalukan parti. Mengapa tiada apa-apa tindakan daripada parti atau Karpal selepas itu?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.

Menurut Tuan Tat, Karpal hanya pandai bercakap bahawa parti dan dirinya memperjuangkan agenda rakyat namun jika dilihat dengan mata kasar, ia seolah-olah bersifat peribadi.

"Mengapa Karpal tidak berbuat apa-apa dengan dakwaan ahli DAP sendiri mungkin terdapat unsur penyelewengan dalam pemilihan parti? Microsoft Excel dipersalahkan kerana terdapat salah kira undi, mengapa tidak pernah ada sebarang penjelasan?

"Bagaimana pula dengan dakwaan terdapat 753 ahli sah yang layak mengundi telah dinafikan hak mengundi pada hari tersebut? 

Adakah Karpal pernah membuat sebarang penyiasatan berhubung dakwaan itu? Juga adakah beliau benar-benar mendapat undi ketiga terbanyak dalam pemilihan itu," soalnya.

Jelasnya, DAP begitu teruja memainkan isu penipuan undi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas seperti isu terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dan blackout tetapi penipuan dalam pemilihan parti 'disenyapkan' begitu sahaja.

"Isu Red Bean Army juga langsung tidak disentuh oleh Karpal. Juga pemecatan ahli DAP demi kepentingan segelintir berkepentingan seperti membabitkan Jenice Lee dan A. Ashogan? 

Namun mereka sungguh lantang dalam menuding jari mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) kononnya punca penyelewengan itu terjadi. Jika mereka tuding jari dan persoal tidak apa, jika UMNO BN persoal, maka mereka salah.

"Mengapa perlu bersikap dwistandard? Jika begitu, janganlah bermegah dengan slogan hebat seperti anda bersikap adil dan bersih. Bersihkan dulu kekotoran dalam parti anda sebelum bercakap tentang orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Tat juga mencabar Karpal untuk segera tampil jika beliau benar-benar mempunyai integriti tinggi dan bermaruah supaya segera menyelesaikan setiap dakwaan yang telah dibuat ahli DAP sendiri.

"Karpal juga harus 'berani' berdepan dengan anak beranak Dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng supaya segera mengadakan pemilihan semula CEC daripada terus menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," cabarnya.

Sumber: semut hitam


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pemilihan DAP Macam Pilih Ketua Kelas, ROS Pulak Nak Disalahkan

LIM Kit Siang mula dah main perang psikologi bila awal-awal lagi mengumumkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan membatalkan pendaftaran parti tersebut atas  "alasan mengarut dan tidak berasas" berikutan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) parti tersebut yang diragui kesahihannya pada Disember lepas.

Mana yang lebih mengarut dan tidak berasas ni rasanya semua orang boleh fikir sendirilah, RoS atau DAP.

Yang buat pemilihan jawatan penting parti macam pemilihan ketua kelas sekolah rendah bukan RoS pun, tapi DAP.  Boleh pulak keputusan bertukar lepas sebulan, kononnya software (Microsoft Excel) yang silap.  Pulak tu, yang terlibat ialah Setiausaha Politik anak Kit Siang, Zairil Khir Johari (cina nama Melayu) yang memang dimahukan Guan Eng untuk menang tapi kalah.

Siapa yang percaya itu (keputusan bertukar sebab software silap) satu kebetulan, silalah teruskan dengan kebodohan masing-masing.

Anehnya, 'spekulasi' yang dicetuskan Kit Siang berhubung pembatalan pendaftaran DAP oleh RoS itu dibuat hanya berdasarkan laporan dalam akhbar The Star – lidah MCA tapi suara DAP.

Sejak bila pulak RoS buat keputusan sepenting itu hanya dengan melalui kenyataan akhbar?  Ini yang tidak masuk akalnya tapi seperti yang disebutkan tadi, Kit Siang main perang psikologi awal-awal sebelum RoS buat keputusan pun.

Drama sama pernah dipentaskan Kit Siang sehari sebelum hari pencalonan bila mengumumkan calon-calon DAP dalam PRU13 yang lepas akan bertanding atas tiket PAS (Semenangjung) dan PKR (Sarawak) kerana RoS tidak iktiraf lambang parti tersebut berikutan isu pemilihan yang diragui tersebut.

Hakikat sebenarnya, DAP cuba nak salahkan RoS kalau parti tersebut dibatalkan pendaftarannya nanti.  Hakikatnya, DAP memang patut dibatalkan sebab pemilihan Disember tu banyak kecacatan yang menjadi buah mulut ahli DAP sendiri pun.

Kit Siang sebetulnya sedang build-up persepsi negatif terhadap RoS kerana cuba nak selindung hakikat sebenar kepimpinan DAP dibawah kendaliannyalah yang sebenarnya salah sebab tukar keputusan pemilihan CEC begitu saja semata-mata untuk letak anak emas Guan Eng dalam CEC.

Ini yang kita perlu faham, jangan terikut dengan persepsi negatif mengenai RoS yang cuba dimainkan Kit Siang.

Ingat tak sehari sebelum penamaan calon PRU13 dulu, dek 'airmata buaya' Kit Siang kononnya calon DAP terpaksa guna lambang PAS dan PKR dalam PRU13 dulu telah menaikkan simpati orang cina terhadap parti tersebut dan seterusnya menaikkan sokongan kepada DAP dalam PRU13 sehingga menang 38 kerusi (UMNO saja menang 88 kerusi).

Permainan sama cuba dimainkan sekarang.

Sumber: MYKMU

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Nik Aziz sifatkan penduduk Kuala Besut tidak berilmu

Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Aziz Nik Mat menyifatkan kegagalan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kelmarin sebagai bukti penolakkan rakyat terhadap parti itu.

Malah, menurut Nik Aziz beliau yang secara peribadi mengaku tidak terkejut dengan keputusan itu dan mendakwa, taraf hidup penduduk Kuala Besut adalah faktor utama kemenangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia ditambah dengan kemampuan BN dalam menjaminan kehidupan yang lebih cerah kepada penduduk di Kuala Besut.

"Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat Dun Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin.

"Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam PRK ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di Dun ini.

"Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada PRK Kuala Besut kelmarin BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dalam pilihan raya kecil dengan majoriti 2,592 undi.

Kejayaan BN mengekalkan status quo di negeri itu jelas membuktikan bahawa rakyat tetap bersama kerajaan dengan menyatakan sokongan mereka kepada Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, yang memperolehi 8,288 undi menewaskan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof, 48, dengan 5956 undi.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata rakyat Kuala Besut begitu mudah diperkotak-katikkan oleh Umno-BN sehingga sanggup mengabaikan agama dengan memilih parti itu untuk terus memerintah Terengganu.

Malah, beliau mendakwa, majoriti penduduk Kuala Besut tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi seperti penduduk bandar adalah faktor kegagalan PAS di negeri itu.

"Manusia apabila berilmu akan menolak Umno-BN yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam.

"Bukan mereka menolak Umno-BN dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari," jelasnya.

"Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di 'kuala ujian' ini," tegas beliau.

Pada PRK kelmarin BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof.

Dengan kemenangan itu BN mengukuhkan kembali kedudukannya di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 sebagaimana yang dimenangai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, sekali gus menafikan hasrat PAS untuk mencipta sejarah kedudukan 16-16 kerusi DUN di negeri itu.
 
Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pada PRU13, Allahyarham mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut apabila mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sumber: antarapos.com

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Guru Besar Seri Pristana diugut bunuh

KUALA LUMPUR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.

Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PKR larang Shamsul saman Hj Hadi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menasihatkan bekas calonnya di DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin supaya membatalkan hasrat menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah. 
 
Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah dan sewajarnya diselesaikan dengan cara lain yang lebih harmoni.
 
Sambil menjelaskan tindakan itu adalah keputusan peribadi Shamsul, Tian juga berkata PKR berpandangan tidak bersetuju dengan tindakan itu.
 
"Masih banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah," kata beliau seperti dipetik HarakahDaily hari ini.
 
Ahli Parlimen Batu itu berkata sudah ada beberapa pimpinan PKR yang menasihati Shamsul secara tidak langsung untuk tidak meneruskan hasratnya itu, namun masih belum pasti perkembangan mengenainya kerana Shamsul dikatakan masih beremosi.
 
"Namun, apa yang kita harapkan janganlah sampai perkara ini dibawa ke mahkamah. Banyak lagi saluran di luar mahkamah yang boleh digunakan dan kami akan terus menasihatinya untuk tidak meneruskan hasrat tersebut," kata Tian.
 
Shamsul dilaporkan berkata saman itu dibuat ekoran kenyataan Hadi ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang baru-baru ini yang mendakwa "ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis."

Sumber: antarapos.com

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Surat Rahsia Baru Bian kepada Anwar

Seorang kakitangan HQ PKR memaklumkan kepada blog ini bahawa semalam suasana sedikit kecoh di pejabat apabila sepucuk surat peribadi Baru Bian singgah di meja Ketua Umum.

Percaya dengan kakitangan di ibupejabat, surat tersebut sudahpun dibuka dan mengandungi perkara-perkara yang agak sensitif. Menurut teman tersebut, secara ringkasnya disebutkan:-

Kekecewaan Baru Bian kerana PKR Sarawak tidak diberikan perhatian sama adil seperti PKR negeri lain.

Kegagalan PKR membuat impak besar di Sarawak tidak boleh disalahkan kepada pemimpin PKR negeri sahaja, komitmen pemimpin PKR di Pusat juga sangat lemah.

Bantuan kewangan yang terlalu sedikit.
Mahu Ketua Umum membawa isu DAP Sarawak di peringkat lebih tinggi.

Jika DAP Sarawak dibenarkan untuk meneruskan usaha pengukuhan kuasa di Sarawak, PKR akan hilang punca kekuatan.

Pengerusi DAP Sarawak adalah seorang anak muda yang gila kuasa – tidak mempedulikan perasaan rakan-rakan PR yang lain.

Langkah DAP mewujudkan 21 cawangan baru (bertindih dengan persetujuan politik asal) yang dirangka oleh PR.

DAP mempunyai bantuan dana dari Pulau Pinang, sedangkan Selangor tidak membantu PKR Sarawak dalam bentuk yang signifikan.

Surat yang dihantar kepada Pejabat MB Selangor tidak pernah dibalas. Membantu dana jauh sekali.

Kehadiran Pas Sarawak tidak sedikitpun membantu malah menakutkan pengundi bukan Islam. Imej pakai serban dan berjanggut panjang tidak sesuai dengan PR.

PKR perlu terus bekerjasama dengan mubaligh bagi memastikan penetration politik yang lebih baik.

Menambah dana untuk membantu PKR Sarawak – dengan memberikan fokus kepada perbelanjaan penceramah/mubaligh

Isu Taib tidak mampu menggoncang politik di negeri itu.
Panjang sungguh surat Baru Bian. Cukup sedih bunyinya. Ibarat kata, menanti masa untuk dikuburkan di Sarawak.

Kita tahu, kerisauan Baru Bian ini ada asas.

Kita rujuk laporan Borneo Post:-

http://www.theborneopost.com/2013/07/22/chong-dap-to-open-branches-in-21-rural-seats/

Sarawak DAP aims to set up branches in 21 rural constituencies within the next two months to strengthen its rural reach.

Its chairman Chong Chieng Jen said their rural drive would complement the  efforts of all component parties of Pakatan Rakyat (PR).

The  targeted constituencies are Tasik Biru, Kedup, Bengoh, Tarat, Balai  Ringin, Simanggang, Engkilili, Bukit Saban, Pakan, Meluan, Ngemah,  Katibas, Pelagus, Belaga, Kakus, Kemena, Marudi, Bekenu, Bukit Kota and  Batu Danau.

PKR Sarawak nampaknya akan ditelan oleh Burung Ubah DAP.


Sumber: Gelagat Anwar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Keputusan Penuh PRK DUN Kuala Besut

Pulau perhentian - BN 454 / PAS 179 Maj. 275

Seberang barat - BN 805 / PAS 452. Maj.353

Kg. Nail - BN 822 / PAS 523
Maj. 299

Seb. Barat luar - BN 1590 / PAS 821
Maj. 769

Tok saboh - BN 1534 / PAS 959 maj. 575

Kg. Nangka - BN 524 / PAS 510
maj. 14

Kg. Baru - BN 1006 / PAS 979
maj. 27

Bkt. Puteri - BN 967 / PAS 946
maj. 21

Undi awal - BN 582 / PAS 319
maj. 263

Undi pos - BN 9 / PAS 0
maj. 9

BN MENANG dgn MAJORITI 2605 UNDI!
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Terkini: BN mendahului di Kuala Besut

MAKLUMAT terkini dari polling agent BN di semua PDM dalam DUN Kuala Besut menunjukkan angka berikut:

1. Pulau Perhentian - 398 BN / 187 PAS

2. Sebeerang Barat - 554 BN / 176 PAS

3. Kg Nail - 595 BN / 71 PAS

4. Seberang Barat Luar - 1083 BN / 274 PAS

5. Tok Saboh - 1007 BN / 349 PAS

6. Kg Nangka - 372 BN / 377 PAS

7. Kg Baru - 748 BN / 478 PAS

8. Bukit Puteri 675 BN / 544 PAS

Jumlah keluar mengundi setakat 2.00 PM, 52.98%


Sumber: AAKJ


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Provokasi dicetus 'pelancong pilihan raya'

Beberapa insiden provokasi terhadap petugas pilihan raya BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini dipercayai dilakukan "pelancong pilihan raya" pembangkang.
    
Ini kerana menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN Datuk Seri Idris Jusoh, budaya provokasi termasuk menghina itu bukan amalan penduduk setempat yang mengenali satu sama lain
    
"Mereka (penyokong pembangkang dari luar) membuat bising dan mengeluarkan kata-kata menyindir dan memfitnah untuk membantu calon mereka yang tidak sepatutnya dilakukan pada bulan Ramadan sekarang," katanya kepada Bernama selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri di Kuala Besut.
    
Bagaimanapun menurut Idris, berdasarkan lawatannya ke pusat pengundian, provokasi itu tidak menjejaskan semangat petugas pilihan raya BN yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.  
    
Idris yang juga menteri pendidikan kedua berkata setakat ini proses pengundian berlangsung dalam suasana terkawal.
    
Selain Idris, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut kelihatan meninjau pusat mengundi.
    
Di pusat mengundi SK Kampung Nangka misalnya, kedua-dua pemimpin itu dilihat bersama-sama berjumpa pengundi selain membantu menolak kerusi roda pengundi uzur.

- Bernama


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: PAS guna kanak-kanak untuk merayu undi

PAS sanggup gunakan kanak-kanak demi merayu undi simpati dari rakyat Kuala Besut.

Walaupun mereka tahu tindakan membabitkan kanak-kanak dalam kempen adalah salah disisi undang-undang, tapi demi mencipta provokasi terhadap pihak berkuasa. Mereka sanggup lakukan apa saja.

Sekiranya pihak berkuasa menahan mereka kerana kesalahan tersebut, memang itulah yang mereka tunggu-tunggu agar simpati rakyat dapat diraih.

PAS sememangnya tidak mampu berkempen cara yang bersih, walaupun setiap saat mereka berhujah tentang agama dan keislamannya.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Taktik Kotor Pembangkang Tarik Pengundi

Pembangkang semakin terdesak dalam meraih sokongan masyarakat tempatan sehinggakan mengedarkan surat palsu kononnya terdapat peruntukan dengan jumlah tertentu menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan melihat tindakan terbabit dibuat oleh pihak pembangkang ekoran muflis idea apabila pengundi tempatan dilihat berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah kerja-kerja orang yang muflis idea apabila melihat segala perkara yang ada sekarang ini menyebelahi BN, maka mereka terdesak melakukan perkara-perkara seumpama ini.

"Ini adalah taktik akhir dan kotor yang melambangkang mereka bankrap isu apabila melihat rakyat yang memberikan sokongan kepada BN," katanya kepada UMNO-Online.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi Barisan Nasional Salleh Abdul Latif yang kononnya menandatangani risalah berkaitan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah meluluskan sumbangan duit Hari Raya kepada pengundi warga emas, ketua keluarga, pemuda dan wanita di DUN Kuala Besut. – MediaUMNO

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS tolak gesaan Dewan Ulama

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu kekal dengan pendirian mahu BN terus menerajui kerajaan negeri walaupun PAS berjaya memperoleh kerusi ke-16 selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

"Ketetapan ini bukan dibuat oleh Dewan Ulama, ia telah pun diputuskan bahawa PAS tidak menuntut jawatan berkenaan. Bagaimanapun kita hormati pandangan tersebut," katanya pada sidang media di markas PAS di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Khairuddin Aman Razali yang menggesa supaya Abdul Hadi diangkat menjadi Menteri Besar Terengganu berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

Gesaan ini dilihat bertentangan dengan pendirian terbuka Abdul Hadi pada Jumaat lalu yang membayangkan bahawa beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika PAS berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Mengulas lanjut mengenai perkata itu Dzulkefly berkata, isu pelantikan Menteri Besar tidak timbul walaupun PAS mensasarkan untuk mewujudkan 'DUN Tergantung'.

"Datuk Seri Abdul Hadi mungkin adalah calon yang tepat (sebagai Menteri Besar), tapi itu bukan isu," katanya.

Abdul Hadi pada masa ini merupakan penyandang kerusi DUN Rhu Rendang juga Ahli Parlimen Marang.

Sumber: mStar


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tindakan tegas terhadap guru arah murid makan dalam tandas

Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan petang ini mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan mengenai tindakan sebuah sekolah di Sungai Buloh yang mengarahkan murid bukan Islam makan di kawasan bilik air ketika Ramadan.

Beliau berkata demikian selepas mendapat aduan daripada Pengerusi Biro MIC, P Punithan bahawa murid bukan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Prestina, Sungai Buloh diarahkan makan di kawasan bilik air.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan pihak kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah berkenaan jika perkara itu benar," katanya.

Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan tempat makan sementara itu dialihkan ke kawasan lain.

"Jika kantin sedang diubah suai sekali pun, kantin sementara harus ditempatkan di lokasi yang lebih selesa dan elok, bukannya di dalam tandas," katanya menerusi Twitternya. - BH


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Berpuasa sambil memfitnah Najib

Agaknya memfitnah PM Najib pun dapat menambah pahala? Lagipun bulan ramadhan ni memang bulan yang penuh keberkatan.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Dewan Ulama gesa Hadi jadi MB Terengganu

Dewan Ulama PAS Pusat menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menduduki kerusi Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Presiden PAS itu layak diangkat semula ke jawatan berkenaan apabila parti itu menang pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut Rabu ini.

"Datuk Seri Abdul Hadi pernah menjadi Menteri Besar, jadi apabila PAS berjaya dapat 16:16, kita lantik semula beliau menjadi Menteri Besar," katanya ketika berceramah di Kampung Tok Saboh di sini, Isnin malam.

Gesaan ini dilihat bertentangan dengan pendirian terbuka Abdul Hadi pada Jumaat lalu membayangkan bahawa beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika PAS berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Menerusi ceramahnya Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS sanggup memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di Terengganu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.

FITNAH: Ahli PKR buat laporan Polis terhadap Hadi Awang

KUALA BESUT 22 Julai - Ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mendakwa kegiatan penjualan pil kuda dikalangan calon Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) ketika berkempen pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu disifatkan sebagai fitnah seterusnya memberi kesan negatif.

Bekas calon PKR di Bukit Besi Terengganu pada PRU13 lalu, Shamsul Mat Amin berkata fitnah tersebut turut mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap dirinya.

"Saya menderita akibat fitnah ini.Ucapan-ucapan itu telah disiar di semua media utama termasuk internet malah ucapan video juga dimuatnaik di laman YouTube.

"Daripada ucapan (dakwaan) tersebut saya sentiasa diaibkan, di ejek dikalangan masyarakat.Jejaskan perniagaan saya, kepercayaan masyarakat, hubungan persaudaraan antara sahabat malah keluarga juga ada yang percaya," katanya kepada pemberita dalam sidang media disini hari ini.

Tambah Shamsul, Hadi perlu memberi penjelasan terhadap dakwaan yang dikeluarkan olehnya.

Video: Kes Liwat Anwar satu dakwaan kukuh

Rayuan terhadap keputusan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan satu dakwaan yang kukuh dan rayuan itu wajar difailkan.

Peguam yang mewakili pasukan pendakwaan bagi kes rayuan ini, Datuk Shafee Abdullah berkata,setelah meneliti butir-butir prosiding kes itu sebelum ini, beliau percaya kes tersebut mampu dimenangi oleh pihak yang membuat rayuan.

Shafee menjelaskan,keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar disebabkan isu DNA tercemar adalah perkara yang tidak berasas kerana ianya hanya kesalahan kecil.


Penyelewengan dalam DAP didedahkan

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengakui pernah diberitahu mengenai penulis buku kecil yang mendedahkan penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat, CEC DAP Disember lalu.


Malah, beliau yakin pendedahan dalam buku itu yang ditulis oleh Father Augustus Chen - adalah satu tindakan tepat dalam menyedarkan orang ramai berhubung ketidak-adilan dalam DAP.


TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM / BEKAS NAIB PENGERUSI DAP
"Dia seorang yang masa dulu dekat dengan Lim Kit Siang. Kira kawanlah. Buku tu bagus kerana nak beri keterangan yang lebih lanjut lagi kepada orang ramai. Kerana dah jadi satu perkara kontroversi yang besar. Jadi barangkali Father Agustus yang buat karangan ni berasa tak puas hati".


Buku kecil 16 muka surat itu mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya yang juga Penasihat DAP Lim Kit Siang, dalam mengekalkan kuasa dalam parti itu.

PRK Kuala Besut: PAS Bimbang Kalah Teruk

Semalam selesai sudah proses pengundian awal bagi PRK DUN Kuala Besut melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan bagi Peti Undi TUDM Gong Kedak yang menyaksikan sejumlah 911 daripada 1,148 telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Angka 911 itu jauh lebih kecil berbanding 1,022 yang direkodkan pada PRU-13 dan peratusan keluar mengundi 79.36 peratus itu juga menjadikan sasaran 95 peratus yang diletakkan SPR gagal dicapai.

Dalam pada itu, menurut sumber yang dekat dengan kepimpinan PAS menyuarakan kebimbangan kemungkinan PAS sedang ketinggalan jauh apabila menjangkakan jumlah undi yang diperolehi dari pengundian awal mungkin sekitar 100 hingga 150 undi sahaja.

Jika anggaran yang dinyatakan itu betul bermakna ia satu bonus kepada BN memandangkan pada PRU-13 yang lepas Peti Undi TUDM Gong Kedak menyumbang sebanyak 388 undi untuk calon PAS, sementara 626 undi lagi berpihak kepada BN.

Kes Liwat: Malaysiakini sengaja buat fitnah

Berikutan rayuan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan akan jadi tumpuan esok, Malaysiakini telah memulakan taktik adu domba untuk mengalih perhatian rakyat. sekaligus untuk menarik persepsi umum bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah rekayasa kerajaan semata-mata.

Demi mempertahankan satu jenayah, Malaysiakini sanggup memperbodohkan rakyat. Kononnya kerajaan telah merayu dalam kes tersebut, atau lebih tepat, Malaysiakini sedang membayangkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar telah dituduh "meliwat kerajaan Barisan Nasional".

Inilah taktik jelas untuk memperbodohkan rakyat, apakah Anwar dan Malaysiakini fikir rakyat terlalu bodoh untuk membayangkan bagaimana sebuah entiti diliwat menggunakan kemaluan Anwar?

Seluruh rakyat Malaysia tahu kes liwat tersebut adalah antara Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful, dimana Mohd Saiful telah menuduh Anwar memasukkan kemaluannya ke dalam jubur Saiful. Bukan antara kerajaan dan Anwar!


Gambar: Penyokong Pas Sudah Bosan Di Besut



Setelah ramai yang mempersoalkan mengenai ketidakhadiran beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akhirnya muncul buat pertama kalinya bagi membantu kempen calon Pas di Kuala Besut. Dengan hari berkempen berbaki lagi 4 hari, Hadi Awang memulakan gerakan kempen sulungnya dengan menyampaikan ceramah selama 20 minit di Kampung Nail malam tadi.

Dan seperti yang telah diduga kehadiran Hadi malam tadi, masih juga GAGAL untuk menarik bilangan pengundi di Kuala Besut. Dengan kehadiran sekitar 200 orang. Kegagalan pimpinan tertinggi Pas khususnya dari kumpulan ulama dan muslimah sebelum ini telah menimbulkan persepsi kononnya calon parti itu Azlan Yusof diboikot oleh pimpinan Pas negeri dan kawasan.

Ramai dikalangan pemerhati politik sebelum ini merasakan wujud masalah dalaman dikalangan pimpinan negeri daqn pusat, apabila Pas membuat keputusan untuk meletakkan calon pilihan Naib Presiden, Husam Musa.

Pengganas Sulu: Kerajaan beri Amaran keras

Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu.

"Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rungkup di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Muslimat PAS pertahan Alvin dan Vivian, dakwa semuanya fitnah UMNO

Sebelum ini Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamad Hanipa Maidin juga meminta kerajaan agar jangan mendakwa Alvivi di bawah Akta Hasutan kerana takut pasangan porno itu merasa didiskriminasikan.
Selepas itu muncul Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi mempertahankan pasangan porno berkenaan dengan mengatakan semua yang berlaku adalah fitnah jahat BN.

Baca petikan dibawah;
Lebih sahih baca disini KLIK
 Inikah wajah sebenar pejuang islam?

AWAS, Cybertroopers 'Semut' pantau gerak-geri anda!


Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut, Huan Cheng Guan kepada Bernama.

Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.

"Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain," katanya.

VIDEO: Nik Aziz buat fitnah melampau di bulan Ramadhan

Mudahnya lidah Nik Aziz buat fitnah dan tuduhan yang melampau...


PRK Kuala Besut: Nik Aziz Ingkar Janji

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramahnya malam tadi di Kampung Beris Pak Abu dilihat mengingkari janji PAS untuk berkempen secara sihat dan berhemah khususnya ketika Ramadan apabila menuduh parti lawan dengan pelbagai dakwaan.

Menurut Niz Aziz, pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut digesa supaya menolak calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno kerana parti itu didakwa tidak memperjuangkan ajaran Islam.

"Umno tolak Islam...ambil (semangat) kebangsaan. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris...tapi nak bela orang Melayu.

"Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat nanti bila ditanya...kamu bangsa apa? Melayu...haa boleh masuk syurga. Senang la macam tu.

"Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat, sebab itu Nabi Muhammad SAW bukan pembela bangsa Arab tapi pembela Islam," katanya.

Peguam PAS pertahan pasangan Alvin, Vivian

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mahu umat Islam di negara ini menerima permohonan maaf pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook.

Menurut peguam PAS ini, Islam adalah agama rahmah di mana Allah telah menulis untuk DiriNya rahmah (belas ikhsan).

“Maka oleh itu saya rasakan tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan kedua pasangan remaja itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu.

“Saya percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, bagi saya, menjadi hukuman perit ke atas mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamed Hanipa, pasangan berkenaan perlu diberi peluang kedua kerana mereka remaja yang mudah tergelincir.

"Percayalah Islam tidak akan dilemahkan dengan penghinaan mereka berdua dan Islam juga tidak dikuatkan hanya kerana kita melaung kuat untuk menghukum mereka di bawah akta yang zalim seperti Akta Hasutan.

VIDEO: Pasangan Alvin dan Vivian dibawa ke penjara

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibawa ke penjara setelah mahkamah menolak sebarang ikat jamin, Alvin dibawa ke penjara sungai Buloh, manakala Vivian ke penjara Kajang.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.


Alvin, Vivian Mengaku Tidak Bersalah Atas Tiga Pertuduhan

KUALA LUMPUR 18 Julai – Selepas memuat naik gambar sedang menikmati hidangan sup tulang babi di laman facebook minggu lalu, pasangan kontroversi Alvin dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook “Alvi dan Vivian-Alvivi”.

Penerbitan itu adalah gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Mereka juga didakwa bersama-sama memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.

Bekas Peguam Bela Anwar Serah Cuti Sakit Palsu Kepada Polis

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay pada Rabu membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0.

Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.

Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com