Eksekutif Air Asia X dibunuh kejam

Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.

Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.
Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.

"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. -sumber: Terengganu Today

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DIALOG: Ini jawapan Ku Nan kepada Anwar

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tiada sebarang 'isu-isu kebangsaan' yang perlu dibincangkan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan.

"Segala-galanya semata-mata tentang politik dan jika beliau (Anwar) mahu berbincang, beliau perlu membawa perkara ini ke Parlimen.

"Pada beliau, segala-galanya hanyalah tentang politik. Mengapa sekarang, setelah mereka mempertikaikan keputusan (pilihan raya) malah Suruhanjaya Pilihan Raya?" katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan 10 tahun Cruise Tasik Putrajaya di sini, Sabtu.

Sambil mempertikaikan cadangan Anwar itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata pembangkang tidak pernah ikhlas dalam setiap perbuatan dan perkataan mereka.

Anwar, yang juga Penasihat PKR seperti dilaporkan sebuah portal berita, mencadangkan supaya dialog terbuka dengan kerajaan diadakan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.

Di MELAKA, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan hasrat Anwar untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata rakyat telah memilih BN sebagai kerajaan melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk berkhidmat kepada mereka.

"Saya lihat Anwar sebagai ketua pembangkang nampak dah terdesak bila beliau cadangkan perbincangan dengan BN. Pada saya tidak perlu kerana rakyat telah memilih kerajaaan dan kita (BN) telah menang dengan majoriti yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 peringkat negeri Melaka.

Katanya pembangkang sebaliknya boleh menyuarakan sebarang isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara di Parlimen untuk dibahas dan diputuskan oleh Anggota Parlimen.

Mengulas lanjut Mohd Ali berkata usaha ketua pembangkang itu dilihat bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap pembohongan parti tersebut pada PRU-13 lepas.

"Saya harap Anwar minta maaf kepada rakyat kerana telah membohongi rakyat jelata bahawa ada 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh akan datang dengan berpuluh-puluh kapal terbang dan akhirnya tidak ada satu pun petisyen pilihan raya daripada pakatan pembangkang mengatakan ada pengundi hantu dari sana," katanya. BERNAMA

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kes Tembak: MyWatch tuduh polis bertanggungjawab

Pemantau jenayah MyWatch menunding jari ke atas pasukan polis terhadap cubaan membunuh ketuanya R. Sri Sanjeevan, selepas sebulan kes tembakan berlalu.
 
Penasihat MyWatch S. Gobikrishnan semalam mendedahkan Sanjeevan telah menerima satu panggilan telefon ugutan daripada salah sebuah balai polis di Negeri Sembilan sebelum ditembak.
 
Pemanggil memberi amaran Sanjeevan akan ditembak kerana telah menghubungi Bukit Aman bagi mengadu terhadap aktiviti perjudian yang berleluasa di negeri tersebut.
 
Gobikrishnan berkata Sanjeevan telah pergi ke balai polis Jelebu untuk mengadu terhadap aktiviti perjudian tetapi mereka tidak mengendahkannya.
 
"Dia serta-merta menghubungi Bukit Aman dan 15 minit kemudiaan beliau menerima satu panggilan ugutan," kata beliau dalam satu forum "Jenayah semakin parah: Persepsi atau Realiti" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu kota semalam.
 
Gobikrisnan menambah semakan mendapati rekod panggilan tersebut dibuat daripada balai polis Jelebu, malah laporan juga telah dibuat dengan polis Negeri Sembilan tetapi kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan susulan.
 
"Alasan diberi adalah mereka tidak dapat mencari individu yang membuat panggilan tersebut," kata Gobikrishnan.
 
Maklumat tersebut juga disampaikan kepada pengarah siasatan jenayah (CID) pusat Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu mesyuarat di Bukit Aman minggu lepas yang turut dihadiri oleh bapa Sanjeevan, P. Ramakrishnan.
 
"Kami telah membuat permintaan kepadanya untuk membuka kes tersebut bagi siasatan lanjut," kata Gobikrishnan lagi.
 
Bulan lepas, beberapa hari selepas tembakan Sanjeevan di Bahau, Gobikrishnan telah dipanggil polis untuk soal-siasat.
 
Beliau mendakwa pihak polis sebaliknya tidak bertanyakan tentang soalan berkaitan tembakan Sanjeevan, mereka lebih berminat untuk mengetahui tentang komen yang ditulisnya di laman Twitter.
 
Komennya bertulis, "kongsi gelap lakukannya, dibawah arahan pihak berkuasa", merujuk kepada tembakan ke atas Sanjeevan pada 27 Julai.
 
Sanjeevan telah ditembak oleh dua suspek yang menunggang motosikal ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Bahau.
 
Minggu lepas, Sanjeevan berjaya menjalani pembedahan bagi membuang peluru pada bahunya dan tulang rusuknya.
 
Media melaporkan semalam Sanjeevan kelihatan hilang ingatan selepas kembali sedar.
 
The Star melaporkan bapa Sanjeevan berkata anaknya tidak ingat terhadap cubaan membunuh ke atasnya mahupun mengenali sesiapa.
 
Doktor berkata Sanjeevan mengalami amnesia berkemungkinan kerana koma selama 10 hari.
 
Spekulasi kuat mengatakan anggota polis terlibat secara langsung dalam tembakan tersebut. Malah terdapat dakwaan mengatakan kerana Sanjeevan telah melampaui batas. - Minsider
 
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Merdeka dianggap 'malapetaka' sebab kalah PRU13

Aktivis 'tak sedar diri', Hishamuddin Rais Berkata Kemerdekaan yang dikecapi selama ini pada tanggal 31 Ogos bukanlah hari kemerdekaan tetapi hari malapetaka.

beliau menambah,sepatutnya bendera sang saka yang menjadi bendera kebangsaan apabila negara bebas dari United Malays National Organisation (UMNO).

Entah apa yang dimaksudkan 'merdeka' oleh si gay tua ni? Tengah mabuk air daun ketum agaknya..

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kes Tembak: Sanjeevan hilang ingatan

Masalah hilang ingatan aktivis anti-jenayah R Sanjeevan tidak kekal dan beliau dijangka mula ingat semula dari masa ke semasa, kata bapanya P Ramakrishnan.

"Kata doktor, ia masih dalam peringkat awal, jadi ia akan ambil sedikit masa, mungkin seminggu lagi atau dalam sepuluh hari.

"Ia mungkin lebih lama, tetapi biar lambat daripada tak ingat langsung," katanya ketika dihubungi.

Ramakrishnan berkata, anaknya setakat ini tidak dapat mengenali ibu bapa sendiri. Sanjeevan baru sepuluh hari sedar daripada koma.

"Beliau tidak kenal ibu atau bapa sendiri, tetapi kami cuba ingatkannya kembali. Saya gembira beliau kini bebas daripada bahaya, kita boleh ingatkannya tentang perkara lain," katanya.

Walaupun sedar, Sanjeevan, yang mengetuai NGO MyWatch, masih tidak dapat bercakap kerana saluran yang disambung ke kerongkongnya, tambah Ramakrishnan.

"Beliau berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Kami tulis seperti A, B, C, D, dan dia tunjukkan pada kami yang mana satu," katanya -mkini

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar logo-logo Kongsi Gelap di Malaysia

Berikut adalah gambar yang dipaparkan oleh PDRM mengenai logo-logo kumpulan kongsi gelap di Malaysia.

Maklumat dari Kementerian Dalam Negeri

Jumlah ahli kongsi gelap di Malaysia : 40 313 orang gengster

Pecahan mengikut kaum :

1. India     : 28 000 ribu
2. Cina.    : 2140 ribu
3. Melayu : 1 ribu lebih
4. Sabah. : 329
5. Sarawak : 900 lebih

Kenapa Berjuang untuk 'Bangsa Malaya'?

Rupanya ada juga yang berjuang untuk Bangsa Malaya.

Nampak sangat penganut Syiah ini sedang kemaruk nak jadi pejuang.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pelbagai Komen Terhadap 'Tanda Putera' dan Kerajaan Negeri P.Pinang

GEORGETOWN - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP menasihatkan panggung wayang di negeri ini tidak menayangkan filem patriotik 'Tanda Putera' menimbulkan persoalan keterbukaan dan kebebasan yang dilaungkan pakatan pembangkang sebelum ini.
   
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata berdasarkan kedua-dua prinsip itu, kerajaan negeri seharusnya menggalakkan penayangan filem itu dan memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian. 
   
"Dalam konteks ini, apabila filem ini ditayangkan di tempat lain ia boleh melahirkan kemusykilan dalam kalangan masyarakat...tindakan itu akan disalah tafsir oleh masyarakat.
   
"Sepatutnya filem ini ditonton terlebih dahulu dan kemudian diberi penilaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini.
    
Sivamurugan berkata Lim sewajarnya menonton filem berkenaan dan membuat penilaian sama ada filem berdurasi dua jam itu boleh mengancam keharmonian negara dan memberi kesan kepada parti DAP.
    
Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata filem 'Tanda Putera' itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada penonton mengenai sejarah negara.
    
Sementara itu, pelajar jurusan pergigian Anis Nadia Ismail, 21, melahirkan rasa kesal apabila filem itu tidak ditayangkan di negeri ini dan menyifatkan filem yang mempunyai elemen sejarah wajib ditonton oleh semua masyarakat terutamanya generasi muda.
    
"Sayang filem ini tidak ditayangkan. Sekurang-kurangnya menerusi filem patriotik sebegini, ia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda kepentingan mengekalkan perpaduan di antara kaum," katanya ketika ditemui di TGV Cinemas di 1st Avenue di sini, hari ini.
    
Beliau juga berharap lebih banyak penghasilan filem bergenre sejarah dihasilkan pada masa akan datang.

Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Melayu Pendidikan Malaysia (Gagasan) secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak mahu filem itu ditayangkan di negeri itu.
    
Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad seterusnya mencabar dua lagi negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan agar mengambil langkah serupa.
    
"Inilah wajah sebenar pemimpin-pemimpin pemangkang yang tiada langsung semangat cintakan negara, sebaliknya mereka cuba pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat sehingga mencetuskan ketegangan.    
    
"Kita yakin jika beginilah amalan mereka, masa depan Malaysia tidak akan aman damai, malah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Mesir dan Syria," katanya ketika dihubungi Bernama.
    
Syed Anuar seterusnya menasihati orang ramai khususnya golongan muda yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pembangkang sehingga boleh mengundang petaka kepada negara.
    
"Kita juga nasihatkan masyarakat khususnya orang muda agar tonton dulu filem itu dan nilai sendiri apakah benar dakwaan liar pembangkang," katanya. - Bernama
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

KPN jawab dakwaan ahli politik sokong gengster

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan terdapat ahli politik ternama menyokong kumpulan kongsi gelap, seperti dilaporkan media.

"Siapa kata? Setakat ini saya tidak pernah dengar penglibatan sebarang ahli politik dalam kumpulan kongsi gelap.

"Jika selepas kita siasat dan dapati perkara ini benar, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas hadir ke program sambutan hari raya di ibu pejabat kontinjen polis Selangor hari ini.

Sin Chew Daily semalam melaporkan, sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tun Mahathir: Biar Rakyat Tonton Tanda Putera

Rakyat sepatutnya dibenarkan untuk menonton filem berkisar tentang sejarah seperti Tanda Putera dan New Village, dan mereka akan membuat keputusan sendiri mengenainya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika mereka mahu mengharamkan Tanda Putera, mereka sepatutnya mengharamkan kedua-dua filem.

"Jika mereka mahu menayangkan filem, mereka sepatutnya menayangkan kedua-duanya. Kemudian, rakyat akan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan mengenai keputusan untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera.

Filem Tanda Putera merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menggambarkan mengenai rusuhan 13 Mei 1969, memfokuskan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Manakala New Village, berlatarkan zaman penjajahan British pada era 1950an di Tanah Melayu, dan menggambarkan kisah cinta antara seorang gadis kampung dan seorang gerila komunis, yang mengimbas mengenai kehidupan kaum Cina pada zaman darurat. -mStar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

TERKINI: Senarai Penuh 49 Kongsi Gelap

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Senarai 49 pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap di Malaysia

1) Geng 04 - Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur 

2) Geng 08 - Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3) Double 7 - seluruh Semenanjung Malaysia

4) Tiga Line - Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5) Geng 30 - seluruh Semenanjung Malaysia

6) Geng 38 - Kepong, Jinjang, Setapak dan Johor Bahru

7) Geng 24 - Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8) Geng 18 - Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9) Geng 36 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10) Geng 21 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11) Ang Soon Thong - Kuala Lumpur dan Selangor

12) Wah Kee - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Selangor

13) Sio Sam Ong - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan selangor

14) PNEH - Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15) Hong Hong San - Kuala Lumpur

16) Hai San - Perak

17) Sin Ang Bin - Kuala Lumpur

18) New Cell 20 - Perak

19) Jit It Hai - Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20) Sio Koon Tong - Johor

21) Gee Lam Kor - Kuala Lumpur

22) Gee Ah Eng - Kuala Lumpur

23) Loh Kuan - Kuala Lumpur

24) Tiang Yee Tong - Kuala Lumpur

25) Geng Leng Hor - Kuala Lumpur

26) Geng 35 - Kedah dan Pulau Pinang

27) Geng 303 - Selangor

28) Geng Satu Hati - Lembah Kelang, utara dan selatan tanah air

29) ATAP - Kota Kinabalu, Sabah

30) Hung Ann - Tawau, Sabah

31) Sui Yup - Penampang, Sabah

32) Otai - Kota Kinabalu, Sabah

33) Borneo Red EMP - Petagas dan Jumbo, Sabah

34) Ah Ngau - Kuching, Sarawak

35) Batu Tiga - Kuching, Sarawak

36) Ah Feng - Kuching, Sarawak

37) Batu 10 - Kuching, Sarawak

38) Sibu Ti - Kuching, Sarawak

39) Ah Seng - Sarekei, Sarawak

40) Ah Chin - Kuching, Sarawak

41) Lee Lung - Sibu, Sarawak

42) Lo Han - Kuching, Sarawak

43) Sg Merah - Sibu, Sarawak

44) Sg Badut - Sibu, Sarawak

45) Ting Ching Lee - Bintulu, Sarawak

46) Tua Cak Lee - Miri, Sarawak

47) Teksi Station - Miri, Sarawak

48) Pintu Merah - Miri, Sarawak

49) Krokop - Miri, Sarawak


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Sebab-sebab PAS tak sokong anti-Syiah

Lihat saja apa komen Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang seolah menganggap Syiah sebagai 'kuih berbuka puasa dan bubur lambuk'.

PAS tidak akan sokong enakmen anti-syiah, apatah lagi menganggap Syiah sebagai ancaman.

Lagipun PAS merupakan satu daripada 'kilang menternak Syiah' ... Sebab itu mereka sering berdolak dalih dalam isu syiah.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Siapa Ahli politik naungi 10 kongsi gelap?

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya. -malaysiakini

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Russia Today Bongkar Hubungan Anwar dan Amerika Bersama Jutaan Dollar

Berikut adalah petikan pendedahan yang dibuat sebuah media tersohor RUSSIA TODAY tentang hubungan Anwar dan Amerika yang melibatkan wang jutaan dollar.

"As Malaysia gears up for its most critical general election ever, a prominent opposition figure has come forward with allegations American foundations organized protest rallies and channelled funds to opposition political parties.

In early May 2013, Malaysia will face its most competitive political battle since its independence in the form of an election that pits Malaysia's ruling Barisan Nasional (BN) coalition, which has governed the country since 1957, against the opposition Pakatan Rakyat (PR) coalition that has received extensive training and backing from US government-funded foundations.

Washington has often seen Malaysia's leaders as stubborn, and as the unpopularity of the ruling coalition increases, organizations like the National Endowment for Democracy (NED) have significantly greased the wheels to improve the US-friendly opposition's chances of coming to power through multi-faceted media campaigns and support for anti-government street demonstrations".

Baca Lanjut di http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/08/russia-today-bongkar-hubungan-us-dan.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Berita yg mengejutkan Kerajaan PAS

Kerajaan Kedah akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan menyiasat kes pecah amanah wang lebih RM2 juta milik syarikat kerajaan negeri (GLC) untuk menaja dana politik pada PRU13 lepas.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (bawah) yang terkejut dengan perkara itu berkata jaminan kerjasama itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan menghadapkan mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Tindakan ini bertujuan menjaga nama baik Kedah," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjujung kasih atas titah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-13 di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Sebuah GLC di Kedah dilaporkan disiasat oleh SPRM berhubung kes pecah amanah wang berjumlah lebih RM2 juta untuk menaja dana politik pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) membabitkan tiga individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusannya berusia antara 45 tahun hingga 50 tahun.

Mukhriz berkata kerajaan negeri memandang serius kes pecah amanah dan tidak akan berfikir dua kali untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dan berharap pendekatan itu disokong semua pihak termasuk pembangkang.

Di luar dewan selepas itu, beliau memberitahu pemberita kerajaan negeri tidak dimaklumkan oleh SPRM mengenai siasatan tersebut.

"Saya terkejut dengan perkembangan namun akan memberi sokongan penuh kepada SPRM dalam menyiasat kes ini namun kerajaan negeri tidak bercadang membuat siasatan sendiri," tambahnya.

Menurutnya siasatan itu mungkin membabitkan kes pelaburan syarikat Menteri Besar diPerbadankan (MBI) dalam industri pembalakan di Papua new Guinea yang dilaporkan mengalami kerugian berjuta ringgit selepas 2008.

Dewan tamat kira-kira pukul 11 malam dan ditangguhkan selepas bersidang bermula Ahad lepas.

- Bernama

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

KEMERDEKAAN KE 56... PAKATAN LANCARKAN LOGO DAN TEMA?

Oleh : AJ

Tinggal beberapa hari lagi, Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56. Dipihak kerajaan Persekutuan, tema dan logo dah pun dipilih dan ditetapkan. Tema pada tahun ini adalah MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

Namun aku tertanya-tanya juga...Bila pula Pakatan Pembangkang nak umumkan Tema dan Logo sambutan hari kebangsaan ke 56? Jika tahun lepas negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tampil dengan logo dan tema yang ditetapkan oleh Pemimpin Pakatan, kenapa tahun ini dah tak ada? Adakah semangat hari kebangsaan mereka sekadar bermusim atau bila tiba musim pilihanraya semata-mata? Macai Pakatan boleh bagi jawapan?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Giliran Rahim Noor Belasah Gani Patail

Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bahawa kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana 'ketagih' dengannya adalah terlalu sinikal.

Demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang turut menyifatkan kenyataan Abdul Gani itu sebagai tidak bijak.

"Bermakna undang-undang ketika itu diwujudkan tanpa kajian sehingga menyebabkan polis menjadi 'ketagih'.

"Beliau (Abdul Gani) mesti tahu setiap undang-undang itu mesti mendapat kelulusan daripada pejabat Peguam Negara," katanya.

Kata beliau, sekiranya benar dakwaan tersebut, Gani perlu melihat bagaimana keberkesanan EO untuk berdepan dengan penjenayah berat.

"Beliau tidak bergelumang dengan penjenayah, dia tidak berdepan seperti kita dalam polis. Kita bercakap isu jenayah berat sekarang ini.

"EO tidak membantu polis adalah tidak benar, tanya sahaja kepada pesara polis, mereka akan mengakuinya," ujarnya yang memegang jawatan nombor satu polis itu pada Januari 1994 hingga 1999.

Kata Rahim lagi, Abdul Gani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu dan beliau perlu kemukakan bukti sekiranya ia benar.

"Kecuali beliau memang ada buat kajian mendalam dari segi aspek 'ketagihan' dan mesti ada bukti yang sahih.

"Kalau tidak boleh memberi asas yang kukuh, saya anggapnya  sebagai sinikal dan bersifat sarkastik," katanya.

Terdahulu, Abdul Gani dalam laporan sebuah portal berita berkata, secara umum tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namun polis menggunakannya kerana mereka ketagih dengannya.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

GEMPAR: Hj Hadi akan selesaikan krisis Mesir

 
Dalam perbualan ringkas semalam, Mahfuz turut menyatakan pandangan agar pentadbiran Najib menggunakan pengaruh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi 'orang tengah' bagi mencari jalan penyelesaian.
 
Ini kerana menurut beliau, Abdul Hadi mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah selain mempunyai mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Ikhwanul Muslimin.
 
"Ya, ustaz (Abdul) Hadi sebagai orang tua yang sangat dihormati di kalangan pimpinan gerakan Islam.
 
"Beliau (Abdul Hadi) adalah orang yang senior dalam kalangan mereka dan kalau kita lihat ramai pemimpin Ikhwan Muslimin ditahan dan ditangkap," katanya.
 
Dalam keadaan tersebut dakwa Mahfuz, penggantungan pemimpin-pemimpin gerakan Islam adalah kepada Abdul Hadi selaku individu yang berpengaruh.
 
"Penggantungan mereka di kalangan pemimpin gerakan Islam adalah kepada ustaz Hadi.
 
"Saya percaya ustaz Hadi boleh membantu dan sebagai individu yang berpengaruh untuk menjadi orang tengah kepada Malaysia untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku," katanya. - antarapos

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DJ Mohon Maaf Kepada Sarawak Setelah Ancaman Bunuh

DEEJAY Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif telah membuat permohonan maaf kepada penyokong Sarawak FC dan juara Liga Perdana, Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi, kira-kira jam 8.38 pagi semalam.

Antara ucapan mereka adalah: "Dengan rasa rendah diri kami, Johara Pagi Era ingin memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata kami. Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FC. Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita. Sekali lagi dengan rendah diri kami mohon maaf dengan kata-kata kami," ujar mereka bertiga secara bergilir.

Sementara itu, wakil bahagian Astro Radio, Suzana ketika dihubungi Zass menjelaskan, setelah permohonan maaf dibuat pagi semalam, ketiga-tiga penyampai itu tidak dibenarkan beri kenyataan secara personal kepada umum.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah dalam satu sidang media berkata, beliau sudah memanggil deejay berkenaan dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay itu juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka ke Sarawak. - sinar harian

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mereka Bangga Kerana diperbodohkan Anwar

Disuruh macam-macam. Tanpa banyak soal, terus dilaksanakan. Tapi apa pula tindakan Anwar dan kuncu-kuncunya tatkala pengikut mereka meminta mereka melakukan sesuatu?

Sendiri fikirlah....

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ini jawapan Waythamoorthy

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah.

"Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan.

"Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?" soalanya.

Beliau juga mengakui kenyataan polis pada hari Sabtu lalu bahawa masyarakat India menghadapi ancaman serius dalam peningkatan gengsterisme.

"Dalam perarakan pengebumian salah seorang dari yang meninggal dunia pada hari itu, akhbar melaporkan seramai 800 orang pemudia India didakwa anggoa Geng 04 menyertainya.

"Semalam dilaporkan bahawa pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India," katanya. -mkini

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

GEMPAR: Kos Penyeludupan di Sarawak Meningkat Mendadak

Kos untuk aktiviti penyeludupan di Sarawak didapati meningkat secara mendadak sejak suku kedua 2013.

Keadaan itu menyebabkan para peniaga cina di sekitar Bandar Raya Kuching terpaksa menaikkan harga rokok dan arak yang diseludup dengan harga yang lebih tinggi.

Tinjauan mendapati harga rokok seludup meningkat hingga RM1 dari harga sebelum ini. Manakala harga arak seludup naik hingga RM2 dari harga biasa.

Namun peningkatan harga rokok dan arak yang sah tetap jauh lebih rendah iaitu sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.

Seorang peniaga rokok dan arak seludup ditemui berkata, kenaikan harga tersebut tidak menjejaskan perniagaan mereka, selagi aktiviti penyeludupan dapat digerakkan seperti sediakala.

Beliau yang kenali sebagai 'Ah Long' mengecam tindakan kerajaan BN menaikkan harga minyak yang menjadi punca kepada kenaikan kos berbagai aktiviti haram, termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Ini satu lagi bukti kezaliman Taib Mahmud, sedangkan di China kami lebih bebas menyeludup serta menyogok" tegasnya

"Oleh itu kami rakyat amat berharap satu perubahan kerajaan yang mesra terhadap kongsi gelap dan aktiviti haram sepertimana DAP dan PKR" tambah beliau

Sehubungan itu, beliau meminta KDN menghentikan 'Ops Cantas', kerana mengganggu para kongsi gelap yang menjadi nadi kepada aktiviti penyeludupan.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Sampai Bila Kementerian Nak Tipu Rakyat?

Team Sarawak Online telah mendapat maklumat bahawa seorang kontraktor di Kuching, Sarawak amat terkilan dengan kelewatan tindak balas Jabatan@Kementerian Belia dan Sukan apabila projek membina Gelanggang Futsal 1Malaysia tidak dibayar sehingga ke hari ini.

Menurut sumber, projek yang bernilai hampir RM150 ribu tersebut pada mulanya berjalan lancar sehingga pada bulan Ogos tahun lepas (2012). Setelah memulakan kerja pembinaan sehingga 30 peratus, kontraktor berkenaan didatangi orang kampung (Kampung Haji Baki, Kuching) yang menyatakan bahawa tanah mereka "dirampas" kerajaan dan tiada persetujuan untuk menggunakan tanah tersebut untuk dibina gelanggang futsal. Pemilik tanah tampil dengan bukti geran dan status pemilikan tanah tersebut.

Baca selanjutnya di http://www.sarawakonline.com/2013/08/gelanggang-futsal-1-malaysia-kbs-tak.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Waytha digesa Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong gesaan supaya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan jika tidak berpuas hati dengan tindakan polis.

Beliau berkata Waytha Moorthy dilihat gagal mengawal emosi dan mendahulukan kepentingan politik berbanding sikap tanggungjawab secara kolektif sebagai anggota Kabinet.

"Saya setuju sangat dengan Zahid…apa yang disebut 101 peratus betul. Sebagai anggota Kabinet, kita tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi melebihi pertimbangan secara kolektif," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau mengulas cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini supaya Waytha Moorthy berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Hishammuddin berkata beliau dan Zahid masing-masing mempunyai pandangan peribadi, namun sebarang pertimbangan atau kenyataan yang dibuat sebagai anggota kabinet sentiasa berlandaskan tanggungjawab kolektif.

"Sekiranya saya beremosi dalam membuat keputusan kes tragedi bas di Genting Highlands baru-baru ini, saya akan hentikan semua perkhidmatan bas ke Genting.

"Tetapi saya tidak boleh ikut emosi dan harus membuat keputusan berdasarkan kepimpinan yang waras," tegas Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan.

Waytha Moorthy sebelum ini mempersoal tindakan polis kerana mendakwa sukar mempercayai berlaku kejadian tembak-menembak selepas melihat gambar mayat.BERNAMA

PS: atau Najib dan Watya sama-sama letak jawatan? Kerana Najib yg lantik Watya...
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Op Cantas: 159 ditahan di Kelantan

KOTA BAHARU 25 Ogos - Seramai 159 orang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di Kelantan sejak Op Cantas dilancarkan Sabtu lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 28 individu ditahan kerana terbabit dalam kes jenayah berat seperti memiliki senjata api dan peluru manakala selebihnya membabitkan kes dadah.

Katanya setakat hari ini, seramai 798 individu dan 635 kenderaan diperiksa dengan lapan kenderaan disita dan 152 saman trafik dikeluarkan.

Polis turut merampas 182 bijil pil kuda dalam pemeriksaan dan serbuan yang dijalankan di seluruh negeri, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mazlan berkata dalam tiga kes terbaru, Rabu lepas, polis menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 55 tahun berkaitan kesalahan memiliki senjata api dan peluru. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PKR pertahan kongsi gelap dan tuduh polis rasis?

Adakah mustahil jika seramai 71 peratus anggota kongsi gelap terdiri dari kumpulan masyarakat yang hanya mewakili tujuh peratus dari seluruh jumlah penduduk Malaysia?

Naib presiden PKR N Surendran berkata, perkara itu mustahil.

Katanya, PKR percaya bahawa perangkaan itu disebabkan amalan rasis oleh pihak berkuasa dan polis sejak sekian lama yang menjadikan masyarakat India sebagai sasaran.

"Jumlah itu setinggi 71 hanya kerana polis mensasarkan masyarakat India dalam operasi mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata sekiranya data berkenaan boleh dipercayai, ia bermakna terdapat krisis nasional melibatkan masyarakat India pada masa ini.

"Jika benar, mengapa angka yang menghairankan itu tidak didedahkan kepada umum sebelum ini?," soalnya.

Beliau merujuk kepada jumlah suspek seramai 40,000 mengikut pecahan kaum yang didedahkan polis semalam.

Angka yang didedahkan oleh pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah itu menunjukkan seramai 23 peratus oleh suspek tersebut terdiri dari golongan Cina dan kurang dari lima peratus dari masyarakat Melayu. -mkini


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Waythamoorthy perlu faham tanggungjawab bersama

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy seharusnya memahami tentang tanggungjawab bersama yang digalas oleh setiap menteri Kabinet di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada pihak yang boleh meletakkan kepentingan politik mereka melebihi tanggungjawab bersama itu.

Beliau turut menyifatkan tindakan yang bersandarkan kepada emosi dalam sesuatu keadaan tidak menunjukkan kepimpinan yang waras.

"Saya dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mesti ada pandangan peribadi.

"Kalau saya beremosi dalam membuat keputusan berhubung tragedi di Genting Highlands, mungkin hari ini saya hentikan semua perkhidmatan bas di kawasan itu," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan sebelum itu mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel. - UTUSAN ONLINE
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS gesa pengikut Syiah segera keluar parti

Pas Kelantan menggesa mana-mana ahli yang terlibat atau menjadi pengikut ajaran dan fahaman Syiah perlu segera keluar dari parti tersebut.

Teguran tersebut dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menegaskan Pas sejak dari dahulu hingga sekarang masih lagi berpendirian menolak ajaran fahaman tersebut.

"Mana-mana ahli Pas yang terlibat dengan Syiah, haruslah keluar daripada Pas sebab kita tidak terima selain daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah.

Syiah sudah lama wujud di Malaysia namun kenapa baru sekarang ia diperkatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kononnya ia semakin membimbangkan.

"Sebelum ini Syiah dibiarkan bergerak bebas tanpa sebarang tindakan atau dakwaan, tapi sekarang baru timbul.

"Jadi kita bimbang kalau ada agenda politik lain apabila isu itu kini mula ditimbulkan kembali dan mungkin boleh jadi sengaja nak mengaitkan Pas dalam hal ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai status keahlian Pas yang menyertai Syiah, Mohd Amar berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan tentang hal tersebut. - Sinar Harian

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Rumah terbuka Zahid diganggu samseng

Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.

Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.

Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial.
Zahid turut meminta supaya

"Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka," katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah. -mkini


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Ahli PAS Kantoi Pergi Konsert Metallica

Sesuatu yang memalukan apabila PAS yang dengan lantang mengecam konsert Metallica yang diadakan pada 21 Ogos baru-baru ini terserempak dengan ahli mereka di sana. 

Ahli PAS yang ketika itu memakai baju Metallica serba hitam juga agak tergamam namun sempat memeluk Ketua DPP Wilayah sebelum masuk ke dalam stadium. 

Adegan pura-pura sebegini bukan kali pertama dilakukan oleh PAS. Mereka mengecam dan mengutuk tetapi mereka pun sama melakukan hal yang mereka kecamkan itu.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

VIDEO GENG 08 TEWAS DI TAMAN SENTOSA KLANG



PKR LANCAR LOGO BARU BAGI MENGHADAPI PRU14

Oleh : AKS

SEGAMBUT, 22 OGOS 2013 : Parti Kencing Rakyat Hari ini melancarkan logo barunya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang. Mursyidul Amnnya, Saudara Anuuuuar Berahi hari berkata, sejajar dengan Reformasi, Ubah, Ini Kalilah, beliau ingin membawa paradigma baru dalam partinya itu.

"Kita yakin, 400 Ribu Bangla akan diimport masuk dalam PRU14 yang akan datang" ujarnya.

Ditanya mengenai perancangannya pada masa akan datang sekiranya parti pemerintah jatuh dalam PRU 14, beliau berkata;

"Kita sudah sediakan pelan untuk menempatkan mereka-mereka yang kalah dalam sebuah kampus untuk memastikan ilmu-ilmu mereka dapat dikongsikan bersama-sama mahasiswa."

"Insyallah kalau pemerintah jatuh, kita akan lantik mereka semua jadi proffesor."

Fadillah bidas ADUN PKR

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof membidas kenyataan ADUN Batu Lintang See Chee How yang sengaja mencari publisiti murahan dengan menganggap pembinaan Hospital Petra Jaya adalah usaha Pembangkang.

Fadillah menyifatkan See Chee How hanya bersifat populis dan tidak menyedari Projek Hospital Petra Jaya sedang berjalan dengan lancar atas usaha wakil rakyat BN untuk memenuhi keperluan penduduk Petra Jaya.

Datuk Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Projek Hospital tersebut sudah pun berjalan dan dijangka siap dalam tempoh 42 bulan.

Hospital Petra Jaya yang mampu memuatkan 300 katil dan bernilai RM495 juta diberikan Jabatan Kerja Raya kepada Zecon Sdn Bhd, lebih dua tahun selepas syarikat berkenaan menerima surat niat (letter of intent) daripada Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan projek itu menggunakan konsep merekabentuk dan membina. Baca Selengkapnya KLIK

PANAS!!! Anwar anggap tindakan Rafizi 'Bodoh'

Laporan blog Gelagat Anwar - Rupanya dalam menjadi jambu Pak Sheikh, ada ketikanya Rafizi pun mendapat obat daripada Anwar bila dirasakan buat salah. Anwar tegur cara dia. Rafizi kenal sangat, Anwar tidak pernah cakap perkataan BODOH, tetapi dia akan gunakan cara yang akan meremukkan hati mat jambu tersebut.

Staff HQ hanya perhati pertemuan beberapa pemimpin semalam. Nampak kekecewaan. Mereka sependapat, kes Rafizi – Zahid Hamidi banyak merosakkan imej mereka. Banyak tuduhan yang dilemparkan sebelum ini, akan disifatkan oleh rakyat di luar sana sebagai pembohongan.

Anwar minta Rafizi lebih hati-hati dengan tuduhan selepas daripada ini. Momentum tidak boleh diganggu. Rakyat semakin hadam dengan tuduhan rasuah kepada kerajaan. Tetapi kalau asyik kena selesai luar mahkamah, rakyat akan buat kesimpulan PKR menipu.
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/58906-rafizi-admits-zahid-had-no-role-in-boustead-land-swap

PKR strategic director Rafizi Ramli today withdrew allegations linking Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to a share acquisition and land swap deal involving Boustead Holdings Berhad. In a settlement of Zahid’s defamation suit against Rafizi, the latter agreed to withdraw statements he made linking Zahid to the decision by Boustead Holdings Berhad to acquire Astachanggih Sdn Bhd shares and land from Awan Megah Sdn Bhd during his tenure as Defence Minister.

Reading his withdrawal statement before Justice Lee Heng Cheong in open court, Rafizi said he was satisfied with Zahid’s explanation that he had not abused his powers or had any role in the Boustead deal.

Zahid filed his suit against Rafizi in January this year, claiming that the PKR man had falsely accused him of abusing his power as Defence Minister in the acquisition of an 80 per cent stake in Astachanggih – previously owned by businessman Deepak Jaikishan – and the purchase of a RM130 million plot of land from Awan Megah, owned by Selangor Wanita Umno chief Datuk Raja Ropiaah Abdullah.

Polis Cabar Geng O4 Serang Balai

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan Geng 04 yang bertindak menconteng dinding Ibu Pejabat Polis sebagai ugutan terhadap pihak berkuasa terbabit.

Menurut beliau, tindakan tersebut adalah satu perbuatan "kurang ajar" oleh kumpulan samseng yang cuba mencabar pihak berkuasa didalam menangani jenayah didalam negara.

"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang.

"Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.

"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam satu sidang akhbar.

Semalam, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank dipercayai dilakukan sejurus 5 penjenayah ditembak mati di P.Pinang.

Kejadian itu juga telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik DAP yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan.

Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik.

"Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan.

"Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah.

"Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan. Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan.

"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya.

Sumber: MPP

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Wan Ji pulak buat U-turn, dah agak dah

Memang dah dijangka Ustaz Wan Ji akan beri respon berbelit-belit berkaitan video (klik sini) yang memaparkan usaha beliau untuk menghapus sistem monarki di Malaysia. Dengan kemahiran putar belit seorang pemceramah, Wan Ji mengatakan beliau sedang mencontohi usaha Nabi Muhammad SAW.

Ini putar belit fasa pertama, mungkin untuk fasa kedua Wan Ji akan petik pula beberapa potong Hadis dan Ayat Al-Quran sebagai hujah untuk mewajarkan tindakan beliau. 

VIDEO GEMPAR: Sultan akan dihapuskan

Rakaman video ini adalah satu daripada bukti jelas perancangan jahat puak pakatan terhadap institusi Raja berpelembagaan di Malaysia.

Seorang bergelar Ustaz sanggup menghina Sultan dengan gelaran "syaitan" dan "babi"

Lepas ini mereka akan menafikan dengan mengatakan rakaman ini diedit, ditindih dan sebagainya. 
TRANSKRIP PERKATAAN WAN JI

Ana punya cita-cita. Sekarang ni 2013kan? 2030, 'MAP' ana, Sultan tak ada. Sultan dah habis. Malaysia ni dah jadi negara Republik. Sistem berpresiden dah. Bila? 2030.. Jadi map..aaa...map. Jadi...aaa...2013, sini ada 2014...betul dak.. 2014, 2015,
dua ribu...bla..bla..bla. Kita dah buat map, kita dah buat perancangan tau, sebenarnya 'game' ana ni awal lagi, 2011...'game' ana. Dah ada 2012 dan 2013. Apa ana punya 'game', 'game' ana, tahun yang pertama, ana buat 'game', orang kate Sultan Syaitan.

Mulut orang...Setan...setan...setan...setan...bile??...Tahun ke... Dan terbukti berjaya....ok...ok? Berjayakan??? Orang sekarang tak panggil Sultan....

Kalau Sultan pun...Setan...dalam kepala otak diakan???...Setan...Setan...Setan...Setan...Setan...Setan...

'Game' yang kedua, 2012-2013, macam mana nak letup?? Bagi gegar sikit.... Mesti ada orang kena tangkap kerana....[ayat tak dapat didengari]....Sultan. Maka lahirlah orang yang bernama Aduka Teruna. Ada orang namanya Ahmad..Abdul Jalil. Dan ada orang namanya Wan Ji...Ok..Betul dak? 'Game' dah berjaya... 'Game' 2013 ke 2014... Apa nak buat??? Yang itu aku tak boleh ceritalah...

Maknanya, dia ada 'game' tau...Step by step...Untuk mencapai kejayaan Sultan Zero. Faham??? Impulsi Sultan....Ok boleh?? Insyallah....Boleh eh?? Jadi dia ada 'game'.... Seorang pemimpin dia ada 'game', ada map, untuk nak capai destinasi. Dan dia ada 'game' bertahap-tahap. Serupa juga dengan pemimpin yang bijak itu seperti Nabi Yusuf Alaihissalam....Faham??...

Eh yang dirakam ni, yang ni padam eh...

Pendapat Wan Ji Si Khawarij mengenai Sultan.

Sultan ni...Monarki ni...dia ada baik sikit jer... Tapi mudharat dia banyak eh... Hukum dia macam babi jugak. Mudharatnya banyak...Menghabiskan duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, dasar yang agak terbantut kerana faktor-faktor Sultan, tak lantik exco, menyusahkan orang, lepas tu goyang kaki, pembaziran, dia banyak eh...

Baik dia sikit eh...Baik pun rasa tak berapa nak baik pun...nak jaga Melayu..eleh..


MESTI BACA: Rahsia Dalaman PAS Terdedah

MOGA ALLAH RUNGKAIKAN KEKUSUTAN INI

Apabila El-Haraki mendedahkan secebis kebenaran berkenaan tindakan 'nakal' beberapa orang individu di dalam PAS, ramai yang menuduh kami ajen UMNO, pemecah belah dan sebagainya. Biasalah, itu adalah lumrah. Kebenaran sememangnya pahit benar untuk ditelan, ya ia memerlukan masa untuk ditelan.

Tetapi apabila perkara-perkara ini berlaku, tidak pula ia dikatakan pemecah belah kepada gerakan Islam yang kita cintai ini. Antaranya :

1) Dr Dzulkifli Ahmad pernah mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS daripada kalangan non-Muslim.

2) Pernah wujud cadangan agar menggugurkan perkataan 'ulama' daripada Majlis Syura Ulama pada tahun 2007.

3) Wan Ji menggelarkan Tuan Guru Harun Din sebagai ulama' kepala lutut.

Pembunuh Upahan mati ditembak Polis

Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.

VIDEO: Surat terbuka Dr Mahathir - Satu teguran membina

Teguran Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir perlu dijadikan panduan setiap ahli Umno kerana ia adalah bersifat membina dalam meneruskan semangat perjuangan membela nasib orang Melayu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus bagaimanapun berkata, tidak semua ahli Umno yang dimaksudkan Dr Mahathir mempunyai kepentingan sendiri serta membelakangkan khidmat terhadap masyarakat.



Chong dan DAP lebih tahu aktiviti jenayah?

Disebalik "pukulan keras" Ahli Parlimen Bandar kuching, Chong Chien Jen yang menuduh kes tembak di negara ini adalah bersandiwara kerajaan BN, hakikatnya Chong lebih peka tentang aktiviti jenayah yang berlaku.

Begitu juga DAP, meskipun begitu lantang mengkritik pasukan keselamatan dalam isu berkenaan, namun sebenarnya DAP lebih tahu sisi gelap dunia jenayah di Malaysia.

Dalam menuduh BN bersandiwara, sebenarnya Chong dan DAP yang bersandiwara untuk mengalih persepsi umum. Mungkin juga demi menjaga periuk nasi handai dan taulan.

Kalaulah ditanya;

Siapakah rangkaian kongsi gelap di Malaysia?

Siapakah sindiket bertanggungjawab menyeludup China doll ke Malaysia dengan berleluasa?

Siapakah bertanggungjawab dalam pelbagai aktiviti penyeludupan?

Siapakah yang terlibat dengan pemerasan sebagai 'Ah Long' atau 'Lintah Darat'?

Siapakah yang terlibat dengan ratusan (mungkin juga ribuan) rumah urut haram serta aktiviti persundalan?

Persoalan diatas mungkin hanya sebahagian kecil yang sudah menjadi rahsia umum, kenyataan Chong dan DAP sekadar percubaan untuk mengalih persepsi yang sudah 'umum'.

Sewajarnya Chong dan DAP bekerjasama dengan pihak Polis untuk membongkar segala sindiket yang terlibat, kerana sepatutnya mereka lebih tahu 'sisi gelap' dunia jenayah.

Apakah Chong dan DAP benar-benar berani membantu Polis membongkar semua kegiatan tersebut? Itu lebih jantan dari bersandiwara menuduh BN.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Nazri dan Anak buat U-turn

Muhammad Nedim, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kini disenaraikan di laman web kementerian sebagai pegawai khas di kawasan Parlimen bapanya, dan bukan di kementerian.

Sebelum ini ia disenaraikan sebagai "pegawai khas" dalam direktori kakitangan.

Nedim kini disenaraikan sebagai "Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y)".

Nazri pada 15 Ogos berkata, anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acaranya untuk berhubung dengan pengundi muda di kawasan Parlimen itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Nedim yang didakwa beberapa pihak sebagai perbuatan nepotisme. -mkini


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Anwar tolak demokrasi untuk jawatan ketua umum

Anwar akan kekal sebagai Ketua Umum, tak perlu bertanding
Datuk Seri Anwar dilihat akan terus mengekalkan jawatan tertinggi yang tidak akan dipertanding bagi menjamin pengaruh serta kuasanya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Walaupun jawatan Ketua Umum tidak termaktub di dalam perlembagaan parti itu, namun Anwar akan menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kekuasaannya tanpa pemilihan sebulat suara anggota-anggota parti, kata penganalisis politik, Professor Datuk Dr Zainal Kling.

"Anwar patut letak jawatan sebab tiada sokongan Presiden. Tetapi Anwar tidak akan berbuat begitu, sebab dia tidak memenuhi janjinya. Contoh akan berhenti jika kalah dahulu. Dia takkan mengaku sebab tetap nak berkuasa tanpa bergantung kepada pemilihan orang.

"Dia nak berkuasa seperti Raja la, tanpa bergantung kepada orang untuk memilih dia dan hanya di atas kuasa Presiden sahaja. Saya fikir jika Azizah berhenti dan siapa-siapa dipilih sebagai Presiden, Anwar akan tuntut untuk berada di situ (Ketua Umum) tanpa pemilihan. Dan itu tidak wajar dalam perjalanan parti," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini.

ROS tetap bertindak terhadap SUPP

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap akan mengambil tindakan terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau yang mengulas soalan pemberita mengapa ROS hanya mengambil tindakan kepada DAP bagaimanapun berkata, perkara itu perlu dilakukan satu persatu.

"Mana awak tahu SUPP tak kena? Satu persatulah," katanya ringkas dalam sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Rumah Pengasih di ibu negara hari ini.

Sebelum SUPP telah menjawab notis tunjuk sebab daripada ROS dan kini menunggu keputusan mengenai status dua cawangan parti itu di Miri.

Gaya Pemimpin yang bakal jahanamkan BN

Inilah komen Nazri tentang anaknya yang dilantik sebagai Pegawai Khas. Komen yang bongkak, angkuh dan sombong dari seorang pemimpin yang pernah merayu sokongan rakyat.

"And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich"

"I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me."" I don't please anybody but myself."

Paling menarik, amalan bongkak dan Nepotisme yang ditunjukkan pemimpin ini mendapat sokongan PM Najib.

Jalan raya Pan-Borneo siap 93 peratus

KOTA KINABALU 16 Ogos Rangkaian jalan raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah kini siap 93 peratus dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut beliau, jalan raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer bermula dari Sematan di bahagian barat Sarawak melalui bandaraya Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah.

"Keseluruhan jalan raya ini telah berturap dan sepanjang 248.65 kilometer mempunyai tahap empat lorong atau enam lorong manakala bakinya masih ditahap dua lorong, ini tidak termasuk ’missing link’ sepanjang 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah ke Serudong, Kalimantan yang masih dalam proses pembinaan," katanya pada majlis taklimat media mengenai Jalan Raya Pan Borneo di sini hari ini.

VIDEO: Sokongan pada 'Dinasti Lim' akan merosot

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang akan diadakan semula mungkin akan menyaksikan sokongan akar umbi terhadap pasangan anak-beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merosot.


Kenyataan akhbar PM berhubung penipuan Anwar

KENYATAAN AKHBAR

1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa  YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan  bersama  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik  yang berniat nakal".

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi  mendapat persetujuan  Dato' Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.

Pengerusi MNLF: Cubaan Kedua Pengganas Sulu Hanya Undang Maut

JOHOR BAHARU: Cubaan pengganas Sulu untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah hanya akan mengundang maut dan berakhir dengan kegagalan, kata Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Muslimin Sema.

Beliau berkata cubaan kumpulan yang serba kekurangan daripada segi persenjataan itu untuk mengulangi pencerobohan terhadap Sabah hanya merupakan 'misi membunuh diri' kerana mereka akan berdepan dengan pasukan tentera Malaysia yang tersusun rapi dan lengkap bersenjata.

"Sebarang rancangan untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sabah akan menerima padah, sama seperti yang telah dialami pasukan Harakiri Jepun,"katanya dalam wawancara dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Muslimin, yang dipilih badan pembuat keputusan tertinggi pergerakan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, untuk menyandang jawatan tersebut pada 2008, berkata kumpulan bersenjata Sulu tidak akan dapat mengalahkan tentera Malaysia yang serba lengkap.

Video Tun Mahathir : Harga Perlu Dibayar Untuk 'Kebebasan Bersuara'

Mengulas mengenai kejadian tembak yang semakin berleluasa di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ianya adalah 'harga' yang perlu dibayar oleh golongan yang mengamalkan konsep liberalisme dan kebebasan hak untuk bersuara.

"Itu harga yang perlu dibayar oleh mereka yang inginkan 'kebebasan', mereka yang terlalu inginkan kebebasan bersuara," katanya kepada pemberita selepas Forum Himpunan NGO Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini hari ini.



Akhirnya DAP adakan pemilihan semula kerana menipu

DAP akan mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelakkan pendaftaran parti itu batalkan, kata Pengerusinya Karpal Singh.

Karpal dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkara itu diputuskan malam semalam.

CEC bagi penggal 2008-2011 akan bermesyuarat Khamis depan untuk melakukan persiapan bagi pemilihan semula, katanya.

Pada 30 Julai lepas, Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan DAP mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember lepas.
- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com