SPR beri amaran kepada PAS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta PAS agar 'jangan berfikir sehingga melampaui batas' apabila menggesa badan itu melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau sebelum pembentangan Bajet 2014 bagi mengelakkan kerajaan mengambil kesempatan memancing undi.

Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan, tidak timbul soal SPR cuba bersekongkol dengan kerajaan dalam menentukan tarikh mengundi DUN tersebut dan ia dilaksanakan mengikut tempoh yang telah digariskan undang-undang bagi mengelakkan ianya dicabar kelak.

"Tak ada langsung kita terfikir. Yang pentingnya kita mesti memanggil pilihan raya dalam tempoh 60 hari (selepas kekosongan DUN), antara hari penamaan calon dengan hari mengundi jangan kurang daripada 11 hari.

"Jadi kalau kita dah campur-campur, jatuh hari mengundi selepas pembentangan bajet...apa kita boleh buat?

"SPR kita tidak langung memberi peringatan pasal perkara itu. Kita buat satu-satu pilihan raya mengikut syaratnya, mengikut tempoh dari satu aktiviti ke satu akiviti jangan kurang dari sejumlah hari yang ditetapkan undang-undang," katanya kepada Antarapos.

Musa Hassan bidas pemuda MIC

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan membidas Ketua Pemuda MIC T Mohan yang menuduh polis menerima rasuah daripada tahanan sekaligus menyebabkan kegagalan Akta Ordinan Darurat (EO).

Ujar beliau, selepas seseorang itu ditahan di bawah EO, mereka dijaga oleh pihak penjara dan polis sudah tidak ada kena mengena lagi.

“Polis tidak melepaskan warden yang terlibat menerima rasuah dari tahanan. Namun perkara ini dapat dikawal. Kegagalan EO bukanlah disebabkan perkara tersebut tetapi kelemahan teknik pemulihan yang diberikan kepada tahanan.

“Kita harus faham pemulihan dilakukan oleh pegawai penjara. Masyarakat juga jangan mudah salahkan kerajaan kerana apabila mereka dibebaskan, adakah masyarakat mahu menerima mereka? Jadi jangan salahkan kerajaan jika mereka kembali ke kegiatan lama,” katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Senarai Lengkap Jawatankuasa Kepimpinan Pusat DAP 2013

Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP, hari ini.

Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.

20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)
13.Teresa Kok Suh Sim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M.Kula Segaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17. Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)

10 anggota CEC Dilantik:

17 Calon Tarik Diri Tindakan Terancang DAP

Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa tindakan 17 calon menarik diri daripada bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kali ini dirancang bagi mengekalkan status quo kepimpinan parti itu.

Dakwa Dass, beliau percaya keputusan menarik diri secara mengejut calon-calon berkenaan merupakan agenda terancang bagi memudahkan perwakilan membuat pilihan berdasarkan kehendak pemimpin tertentu dalam DAP.

"Saya percaya semua ini adalah agenda tersembunyi yang sudah dirancang.

"Jumlah 17 orang yang menarik diri adalah ramai...tindakan ini sangat mendukacitakan kerana ahli sudah mencalonkan mereka pada pemilihan yang lalu," katanya kepada pemberita pada Kongres Khas DAP di sini, Ahad.

VIDEO: Melayu DAP koyak kad keahlian dan keluar parti

Sehari sebelum DAP mengadakan kongres khas untuk melantik semula pimpinan tertingginya, seorang pemimpin Melayu parti itu mengoyakkan kad keahlian, kerana menyifatkan DAP rasis.




Karpal Singh Beri Amaran Akhir Kepada ROS

DAP memberi amaran terakhir kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kontroversi pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu tahun lalu yang didakwa berlaku manipulasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pertubuhan berkenaan sekiranya didapati bertindak di luar batas perundangan.

"Saya beri amaran kepada ROS jika buat apa yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bawa ROS kepada mahkamah. Apa yang saya cakap ini jangan main-main. Ini adalah amaran yang terakhir kepada ROS.

"Saya perhatikan ROS sejak Disember tahun lalu. Jangan main-main dengan roket," katanya ketika berucap pada Kongres Khas DAP di sini, Ahad.

Bekas Tahanan dibunuh kejam di Sibu

Seorang lelaki bekas tahanan Simpang Renggam ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan kejam, di Jalan Oya Lama pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Ting Liong Kwong, 38.

"Mayatnya ditemui dalam sebuah van yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu sejak semalam.

"Polis telah mendapat maklumat daripada orang ramai pada jam 9 pagi," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pemeriksaan awal polis menemui kesan tusukan benda tajam pada muka dan badan mangsa namun tiada kesan pergelutan.

Shafie berkata polis percaya mangsa telah mati dalam 12 jam lepas dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi menentukan sama ada mangsa dibunuh dalam van atau di tempat lain, serta puncanya.

"Kita akan menyiasat kes di bawah Seksyen 302 kanun Keseksaan. Polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan jenis senjata yang diguna," katanya.

Ambiga akan pertahan Dinasti Lim

Esok persidangan CEC DAP. CEC yang akan sekali lagi dapat kita lihat pembohongan Lim anak beranak dalam mengekalkan kuasa mereka. DAP mengambil pihak luar negara bagi memantau CEC mereka yang mana merupakan satu tindakan yang jelas untuk melakukan penipuan kepada perwakilan DAP yang ada.

Soal nya sekarang dimana kedudukan BERSIH yang diketuai Ambiga? Jika sewaktu PRU 13 lalu Ambiga dengan angkatan BERSIH nya meletakkan pemantau bersih disetiap pusat pembuangan undi seluruh Malaysia kenapa pada CEC DAP kali ini BERSIH tidak memantau? Kenapa BERSIH tidak turut sama dalam CEC DAP bagi memantau peengundian yang dijalankan DAP?

Ambiga seharusnya didesak untuk memantau CEC DAP yang telah terbukti bahawa sebelum ini Lim anak beranak melakukan penipuan undi dalam mengekalkan kuasa mereka.

Apakah Ambiga sudah diberi amaran oleh 'Disnasti Lim' agar menutup mulut?

Anwar minta sokongan Obama

Buat kesekian kalinya Anwar berbohong tentang kewujudan "pengundi Bangla" sewaktu PRU13, kali ini pembohongan itu sengaja diulangi demi meraih simpati masyarakat antarabangsa di New York. Meskipun dakwaan itu telah pun dinafikan sendiri oleh rakan sekutu beliau dalam Pakatan Rakyat.

Mungkin kerana terlalu terdesak untuk meraih simpati serta dana dari Amerika, Anwar kelihatan cuba meminta sokongan Presiden Obama yang akan berkunjung ke Malaysia.

Ketika mengulas mengenai kunjungan Presiden AS Barack Obama pada bulan hadapan, Anwar memnyeru Obama agar menyokong gerakan politiknya sebagaimana Al Gore pada 1998 sewaktu beliau dipecat dari kerajaan.

Dengan harapan bertemu Presiden Obama, Anwar berkata, "jika Obama berpegang pada janjinya, beliau akan menemui pemimpin pembangkang sebagaimana dilakukannya dengan negara Arab".

Disisi lain, beberapa NGO pro-pembangkang sedang merancang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah lawatan kerja Obama ke Malaysia, yang dikatakan ada kaitan dengan rundingan TPPA .

Persoalannya, Apakah benar pembangkang akan membantah lawatan Obama? sedangkan Anwar mengharap lawatan Presiden AS itu nanti akan turut menemui dan menyokong politik Anwar selaku pembangkang, tidak hanya menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Suspek kes ugut Ketua Polis diberkas

Polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes ugutan terhadap Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Isnin lalu.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan di sekitar kawasan Klang, Selangor awal pagi tadi.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown dan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Sebelum ini, Abdul Rahim dilaporkan menerima SMS ugutan yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Adun DAP Sabah keluar parti

Pergolakan dalaman DAP Sabah telah mendorong ADUN Luyang, Hiew King Cheu bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bekas pengerusi DAP Sabah itu memberitahu bahawa beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan perjumpaan dengan penyokong dan rakan-rakan.

Hiew berkata beliau akan menghantar kepada ibu pejabat DAP surat rasminya keluar dari parti itu lewat hari ini. -

Reaksi SPR Terhadap "Ugutan Anwar dari New York"

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap perlu melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Justeru beliau berkata, ugutan yang dilontarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan kekecohan sekiranya persempadanan diteruskan seperti memaksa badan itu melanggar Perlembagaan.

Anwar Beri Amaran dari New York

Hebatnya lagak Anwar, dari New York beri amaran kepada kerajaan dan SPR. New York memang tempat sesuai untuk Anwar berkokok, lagipun Amerika adalah tempat Anwar mengemis sumbangan dana untuk membiaya segala aktiviti politik.

Anwar memberi amaran demikian ketika mengulas isu persempadanan semula kawasan pilihan raya. Seperti yang dilaporkan Malaysiakini, Anwar dengan bongkak berkata beliau tidak akan membenarkan perkara itu dibahaskan di Parlimen .

"Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula.

"Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," jelas Anwar dengan bongkak, semasa sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

Gambar: Muslimat PR Sembah Mayat Chin Peng


Kononnya nak tunjukkan mereka sangat liberal, sesuai dengan perjuangan Pakatan Rakyat. 

Tengok video kat bawah, "Pak Sheikh" kesayangan Nik Aziz pun sembah mayat Beng Hock.


Ustaz Azizan semakin kritikal

Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius.

Beliau yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi ini.

Menurut Ketua Penerangan Pas Kedah yang juga bekas setiausaha politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor, jantung Azizan kembali stabil selepas dua kali diberi bantuan.

"Bagaimanapun keadaan Azizan kembali kritikal. Saya mengajak seluruh ahli Pas Kedah membuat solat hajat, bacaan Yasin dan berdoa memohon kepada Allah swt agar Azizan kembali sihat," katanya semasa dihubungi hari ini.

Kontroversi DAP: Bukti rakaman didedahkan

DAP pusat memang mempunyai perancangan menjatuhkan bekas kepimpinan parti itu di Kedah.

Bekas pengerusinya, Lee Guan Aik mendakwa mengetahui perkara itu dalam perjumpaan dengan Thomas Su, yang dilantik penasihat dari Pusat bagi DAP Kedah.

“Dalam perjumpaan itu, beliau secara terang mengakui mahu mengambil alih jawatankuasa negeri ini sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung.

“Dia menyebut bahawa jika tidak berbuat demikian, sudah tentu kumpulan saya akan menang dalam pemilihan kelak. Saya ada semua bukti percakapannya yang dirakam semasa perjumpaan itu berlangsung,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, rakaman suara berdurasi lebih 40 minit itu akan disimpan sebagai bukti bahawa ada usaha untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP.

“Rakaman suara ini berbahasa Cina. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan mengenai kandungannya,” katanya.

Mukhriz tawar PAS kerusi exco Kedah

Sekalipun sering menjadi sumber maki hamun para penyokong dan pemimpin PAS, namun Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sentiasa meletakkan harapan positif dalam hubungan PAS dan UMNO/BN.

Atas alasan ingin melihat titik temu antara dua seteru politik PAS dan UMNO, Mukhriz berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk menawarkan satu slot exco negeri buat wakil rakyat PAS demi mengurangkan perseteruan politik di negeri itu selepas BN kembali menawan Kedah.

"Kita sebenarnya pertimbangkan segala macam cara untuk mengurangkan sedikit 'suhu' politik dalam negeri Kedah" jelas Mukhriz mengakui usaha tersebut pada sidang media petang tadi.

Hari Kemusnahan DAP sedang bermula...


Laporan DAP INSIDER - Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti. 

Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.

Video isteri pemain bola sepak maki pengawal keselamatan

Video seorang isteri pemain bola sepak tempatan memaki hamun pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang hangat diperkatakan di Internet selepas dimuat naik di Youtube.

Video berdurasi 55 saat yang dirakam sendiri oleh wanita itu memuatkan pergaduhan mulut di antara beliau dan pengawal keselamatan tersebut.

Difahamkan, pengawal keselamatan tersebut tidak membenarkan isteri pemain bola sepak berkenaan meletakkan kenderaan di atas jalan dalam kawasan Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Wanita yang 'naik hantu' itu telah menghamburkan pelbagai kata makian dengan menggelarkan pengawal keselamatan yang berusia sekitar 50an itu sebagai jantan dayus dan bodoh.


BUKTI: Peguam Pembangkang hanya bela penjenayah

suspek bunuh polis
ZAL- AZRI Abdul Somad adalah anggota polis berpangkat Koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Berasal dari Pulau Pinang, beliau baru berusia 31 tahun dan telah 15 tahun berkhidmat dalam pasukan.

Pagi tadi, beliau bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian berkenaan ditugaskan untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng.

Serbuan ke kawasan kilang dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

Mereka berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun.

Bagaimanapun kira-kira pukul 8.30 pagi, seorang daripada suspek cuba melarikan diri.

Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlakulah pergelutan, namun dalam kekalutan tersebut, suspek telah menghentak kepala mangsa dengan sebiji batu.

Ops Cantas: Polis Maut dihentak batu oleh kongsi gelap

KUALA LUMPUR 23 Sept - Seorang anggota polis maut dihentak batu oleh salah seorang ahli kongsi gelap ketika menjalankan Ops Cantas Khas di Melaka pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku ketika anggota polis tersebut menahan sebuah kenderaan dinaiki tiga individu kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengesahkan perkara tersebut menjelaskan dua ahli kongsi gelap tersebut telah ditahan manakala seorang lagi melarikan diri ke dalam belukar.

Menurutnya lagi, mangsa dikatakan bergelut bersama salah seorang suspek sebelum dihentak dengan batu dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan. - rakyat news

CHIN PENG: Anwar dan PR tidak mampu tahan emosi rakyat

Desakan sesetengah pihak yang mahu abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia dibimbangi akan mengguris perasaan keluarga mereka yang terkorban semasa pemberontakan parti itu berlaku.

Pemimpin politik Pakatan Rakyat dilihat senada dalam mempertahankan perjuangan Chin Peng, seterusnya ingin menjadikan isu Chin Peng sebagai kredit politik.
 
Anwar mahupun Pakatan Rakyat tidak akan mampu menahan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya abu mayat Chin Peng dibawa ke Malaysia.  

Sebilangan NGO serta persatuan bekas-bekas pasukan keselamatan telah pun menyuarakan bantahan mereka. 

Apakah Anwar dan Pakatan Rakyat benar-benar mahu menguji tahap kesabaran bekas-bekas tentera yang pernah berperang dengan Chin Peng?



Tian Chua wakil PR hadiri penghormatan terakhir Chin Peng

AIDCNews- 22/09/13 – Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan KiniTV telah menghadiri penghormatan terakhir kepada Chin Peng di kuil Wat That Thong pada Sabtu.

Tian Chua berkata Chin Peng dan generasinya telah membentuk peta Asia Tenggara hari ini dan dia perlu diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia.

"Tiada siapa yang harus memanipulasi sejarah untuk mendapatkan kepentingan politik," kata Tian Chua.

Sebelum ini, Tian Chua dalam laman Twitternya menyifatkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai pejuang kemerdekaan dan pemergiannya adalah satu kehilangan kepada negara.

"Pada hari Malaysia ke-50 tahun, kita kehilangan seorang patriot yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Bersemadi dengan aman Chin Peng)," katanya.

Malang untuk wanita jika Wan Azizah letak jawatan

KUALA LUMPUR: "Jika benar Presiden PKR sekarang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah akan meletak jawatan pada tahun depan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini merupakan hari yang malang untuk demokrasi dan maruah wanita Malaysia," kata Timbalan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei.

Sebagai seorang wanita, beliau bersimpati dengan nasib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang mengkin mengambil tindakan sedemikian bagi bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti tersebut.

Bagaimanapun, cara pelepasan jawatan kepada pemimpin de facto PKR itu yang tidak dapat diterima Seai Kei kerana pengukuhan kuasa politik cara itu tidak dilakukan atas usaha sendiri, sebaliknya menerusi isteri beliau.

Malah menurutnya, kaedah seperti itu juga tidak boleh diterima oleh wanita di seluruh dunia.

“Jika kita imbas kembali, selepas Pilihan Raya Umum 2008, Anwar telah meminta isterinya melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas beliau (Wan Azizah) memenangi kerusi di kawasan tersebut dalam pilihan raya bagi memberi laluan kepada dia (Anwar) menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil yang melibatkan kepercayaan dan duit rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi: PAS sedia bekerjasama dgn UMNO

PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.

Abdul Hadi berkata jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

Wanita ditembak ketika sedang tidur

Seorang wanita cedera di tapak kaki kiri dipercayai ditembak dengan senjata api di rumahnya di Sungai Ular, Balok dekat sini awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam semasa mangsa yang berumur 37 tahun sedang nyenyak tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya tidur di bilik berasingan.

Katanya mangsa yang hamil empat bulan dan bekerja sebagai tukang cuci itu hanya tersedar daripada tidur selepas berasa sakit di tapak kaki kirinya.

"Mangsa yang mendapati kakinya berdarah itu segera menghubungi suaminya berusia 47 tahun yang bekerja sendiri dan kebetulan tiada di rumah semasa kejadian untuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

DAP Perak dakwa Chin Peng pejuang Tanah Melayu

DAP Perak mendakwa bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, bukan seorang pengganas, sebaliknya adalah pejuang tanah air yang ingin membebaskan negara daripada cengkaman British.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, berdasarkan susur galur peristiwa sejarah negara, pertempuran tercetus disebabkan pergolakan di mana hasrat PKM hendak menjadi sebuah parti politik tidak diiktiraf British yang memerintah ketika itu.

"Sebenarnya komunis ini bukan pengganas. Ini hanya propaganda kerajaan pada ketika itu (British) yang mengatakan mereka pengganas.

"Mereka (PKM) nak jadikan parti komunis sebagai satu parti politik tapi tak dibenarkan oleh kerajaan British ketika itu dan mengharamkan parti tersebut," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Konflik politik itu, katanya, kian meruncing sehingga menyebabkan komunis terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan perjuangan serta diri mereka.

Gambar: Senarai Rakyat Malaysia Yang Diburu Interpol


Berikut ialah senarai 35 orang rakyat Malaysia yang menjadi buruan Polis Antarabangsa (Interpol).
(Kalaulah PDRM yang buat senarai ini pasti peguam-peguam Pakatan Rakyat akan menganggap senarai ini rasis)


Baca Selanjutnya KLIK

Laporan Polis: Warga Asing Hina Melayu dan PM

Warga Austria yang dikenali sebagai Gerald itu sempat menghina "Melayu Bodoh" dan "Clown Melayu" terhadap sekumpulan wakil dari Pelancongan Malaysia, Fa'ain Fatihah Abdullah (pelapor), Mohd Hairey Azhar, Marina Sulaiman; yang diketuai oleh Encik Jumat (pemandu pelancong) pada 17 September 2013 yang lepas. Baca laporan lanjut KLIK

RCI: Kenapa Anwar pertahan Tun Mahathir?


TAILONG MAN: PEMANDU LORI SERAH DIRI BANTU SIASATAN

Melaka, 19 Sept - Seorang pemandu lori menyerah diri di Balai Polis Batu Berendam di sini, semalam bagi membantu siasatan kes ugutan bunuh terhadap polis Melaka oleh pemilik laman sosial dikenali 'Tailong Man'.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata lelaki berusia 26 tahun dari Bentong, Pahang itu menyerah diri pada 6 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan menafikan mengeluar ugutan dan mendakwa gambarnya digunakan pemilik akaun Facebook terbabit untuk mengugut polis Melaka," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Manchis, Bentong Ahad lepas dan mendakwa gambar itu telah disalahguna pemilik akaun Facebook terbabit.

Dinasti Lim perlu tipu CEC untuk terus berkuasa

Berikut adalah pengakuan seorang ahli DAP yang jadi mangsa ugutan 'Dinasti LIM'

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim. Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. Baca Selanjutnya KLIK

Penampilan Anwar berubah kerana Ubat

Penampilan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini yang kelihatan lesu adalah disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.

Sumber memberitahu The Star bahawa Ketua Pembangkang itu tidak menjalani sebarang pembedahan seperti yang dilaporkan oleh media.

Sebuah portal berita melaporkan Anwar tidak sihat kerana mata dan pipi beliau kelihatan bengkak dan terdapat kesan jahitan di bawah telinganya.

"Tidak, tiada sebarang kesan jahitan. Dia hanya alah kepada beberapa ubat tetapi beliau kini semakin sihat," kata sumber.

Anwar kelihatan ceria apabila menghadiri permohonan pendengaran rayuan kes liwat di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Selasa.

TAKZIAH: Kehilangan besar untuk DAP Sarawak

Mungkin inilah pertama kali DAP Sarawak berkata benar bila mengakui kematian Chin Peng satu kehilangan besar buat mereka.

Ketua DAP Sarawak Chong Chien Jen dalam satu laporan berkata mereka sedih dengan kematian bekas pemimpin komunis Chin Peng.

Chong turut menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan Malaysia yang tidak menerima perjuangan Chin Peng, bahkan mayatnya tidak dibenar untuk dibawa masuk ke negara ini.

Bagi Chong dan DAP, komunis seperti Ching Peng adalah idola bagi perjuangan mereka. Malah parti DAP terbentuk dari serpihan ideologi komunisme.

Masyarakat bumiputera di Malaysia tentunya kurang memahami perasaan Chong dan DAP terhadap Chin Peng, kerana orang bumiputera tidak menerima keganasan serta ideologi komunis dalam perjuangan mereka. Berbeza sekali dengan DAP.

Nenek moyang DAP berasal dari tanah besar negara komunis, bukan dari gugusan kepulauan nusantara seperti mana kaum lain yang rata-rata datang dari negara pengamal demokrasi.

Atas alasan itu kita memahami perasaan sentimental Chong serta pemimpin DAP lain terhadap kematian pejuang komunis.

VIDEO: Pembangkang nafi pengundi hantu, bukti Anwar penipu

Menurut laporan portal Free Malaysia Today, Pemikir Strategi DAP Ong Kian Ming menafikan kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh dan insiden bekalan elektrik terputus di kawasan pilihan rayanya Serdang dan Temerloh sebagaimana yang didakwa pembangkang pada pilihan raya lalu.

Ong juga bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) yang ditugaskan menyiasat tuduhan berkenaan, namun dalam masa yang sama memberitahu DAP masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung hal itu. Malah ia juga turut diakui oleh seorang pemimpin PAS yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Sekarang kita nak dengar apa kata Anwar, berani kah Anwar mengaku 'pembohong'....



BEKAS SETIAUSAHA MENTERI DITANGKAP BERSAMA 10 KERETA MEWAH

foto: MalaysiaGazette
Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM. 

Pemimpin PKR sudah keterlaluan

Naib Presiden PKR, N Surendran bersikap keterlaluan apabila menganggap Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rasis.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kenyataan Surendran itu tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya mengundang kemarahan orang Melayu.

"Jika inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin PKR, sudah tentu apabila parti itu dapat memerintah negara, segala keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan," katanya, semalam.

Surendran dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dengan mendakwa pengumuman perdana menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.

Kenyataan itu mendapat reaksi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Surendran sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu dan Bumiputera.

Yuen Yuet Leng maafkan Chin Peng. Tapi....

Jika sesiapa yang mempunyai rungutan terhadap Chin Peng, ia semestinya Tan Sri Yuen Yuet Leng (gambar), seorang bekas pegawai Cawangan Khas yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya diburu oleh komunis semasa dan selepas zaman darurat.

Malah Yuen pernah ditembak di bahagian dada di Grik pada tahun 1951 dalam satu pertempuran dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu Chin Peng adalah setiausaha agungnya.

Komunis juga cuba untuk menculik anak perempuannya ketika beliau menjadi ketua polis Perak, sehingga terpaksa menghantar anaknya itu ke United Kingdom pada 1970.

Bagaimanapun, berita kematian Chin Peng pada pagi Isnin di sebuah hospital di Bangkok membuatkan Yuen menjadi lebih pengampun kepada orang yang mahu melihat dia mati daripada hidup.

"Jika ada sesiapa yang mempunyai sebab yang baik untuk membenci mereka (komunis), saya harus menjadi salah seorang daripada mereka tetapi saya dilahirkan untuk menjadi lebih pengampun.

PAS gesa Chin Peng dikebumikan di Malaysia

Anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pihak kerajaan Malaysia membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini.

Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Dzulkefly menambah, Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan.

Dzulkefly bukanlah pemimpin PAS pertama yang mampu menerima perjuangan serta ideologi Chin Peng.

Malah sebelum ini, pemimpin tertinggi PAS Mat Sabu pernah menggemparkan negara kerana ucapan beliau yang mendukung perjuangan komunis ketika mengulas insiden Bukit Kepong.

Namun yang jelas, kebanyakan ahli-ahli politik pembangkang senada mempertahankan Chin Peng sebagai pejuang.

Itulah suara-suara demokrasi yang mahu negara meliberalkan segala perkara, termasuk ideologi komunisme. Kerana apa yang mereka perjuangkan adalah demokrasi serta kebebasan semata-mata.

Walau bagaimanapun pandangan tersebut seringkali dikecam berbagai lapisan masyarakat, terutama bekas anggota keselamatan yang pernah berjuang menentang kekejaman komunis.

Chin Peng Mati di Bangkok

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.

Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Anwar tutup mulut, demi jaga hati DAP

Perjuangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memartabatkan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan seperti yang pernah dilakukan beliau pada suatu ketika dahulu hanya bersifat sementara.

Menurut Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba sikap berdiam diri Anwar ini seperti mahu menjaga hati rakan-rakan sekutunya di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan), terutamanya DAP.

Beliau percaya jika Anwar menyokong penambahan masa pengajaran Bahasa Melayu selama 240 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) seperti yang ditetapkan di dalam pelan induk pendidikan 2013-2025, Anwar sendiri akan menerima kesannya.

Namun Sidek tidak menolak, kemungkinan masih ada semangat 'berjuang' Anwar di dalam isu Bahasa Melayu, namun tidak dizahirkan atas faktor kepentingan hubungan politik.

VIDEO EKSKLUSIF: Rakyat Belasah DAP Isu Pulau Tikus

Video ini jelas menunjukkan rakyat sudah hilang sabar dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang sengaja meremehkan masalah mereka.

Rakyat telah menyuarakan bantahan kuat terhadap perubahan sistem jalan raya di Pulau Tikus. Menurut mereka, slogan "Ubah" yang DAP laungkan seolah-olah bencana bagi mereka yang mengalaminya.

Hakikatnya, Lagi UBAH lagi TERUK...



Sila sebarkan...

Gambar: Anak Nik Aziz naik Heli dengan 'tauke balak'

Hebat betul pengaruh Nik Abduh anak Nik Ajis ni, belum habis cerita beliau naik Jet di sponsor tauke balak. Sekarang muncul pulak gambar baru kononnya beliau dalam Helikopter.

Memang baik betul tauke balak dengan anak Nik Ajis, nak naik apa pun dia kasi.

Ini yang buat Khalid Ismeth penganut Syiah tak puas hati, dia teringin juga nak dapat 'kasih sayang' dari tauke balak macam Nik Abduh.

Pemuda PAS sokong hubungan dengan PR dikaji semula

Setelah lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga adalah ijtihad para alim ulamak kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi jauh lebih awal daripada itu.

Maka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar.

Kajian semula adalah wajar untuk melihat :

a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam

b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan Islam.

c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada.

Ulama PAS sudah bersuara, PKR lemahkan PAS

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mencadangkan Pas supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siasi) yang diadakan dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah hari ini.

Sebelum ini, umum mengetahui Pas telah menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR secara rasminya pada 1 April 2008 di mana ia merupakan lonjakan baru bagi politik tanah air.

Ketiga-tiga parti ini telah dinamakan satu parti perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Selain itu, Harun dalam kertas ucapatamanya juga berkata, bagi melaksanakan kajian ini jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan erti reformasi, PKR.

Gambar: Sifat Gila kuasa yang melampau

Gambar ini cukup untuk menceritakan segala-galanya, betapa kemaruk makhluk ini terhadap kuasa yang belum kesampaian.

VIDEO: Geng 04 ditahan kerana membunuh

Empat lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 04 dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Melaka, empat bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh bersama beberapa individu yang masih bebas didakwa membunuh dan menyebabkan kematian R R Sivan, 32, di depan sebuah rumah di Taman Bertam Jaya pada jam 10 malam, 4 Mei lalu.


Siapakah “Orang dalam” Ugut Bunuh Guan Eng?

Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming mendakwa ugutan bunuh terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng semalam didalangi oleh “orang dalam” parti itu yang dipercayai mempunyai motif dendam dan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara sejak PRU13.

Enggan menamakan pihak terbabit, Kian Ming mendakwa terdapat segelintir “orang kecewa” dalam parti yang tidak dicalonkan pada PRU13 lalu dan tidak diberikan jawatan dalam parti, dipercayai terbabit mendalangi pelbagai usaha mensabotaj parti dan pucuk pimpinan sejak akhir-akhir ini.

“Banyak pihak mengambil kesempatan untuk memburukkan pemimpin dan parti kita, termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang yang diugut bunuh semalam.

“Ahli parti yang dipecat sejak tahun lalu juga antara mereka yang tidak berpuas hati dan menggunakan alasan itu untuk menyerang parti,” katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat DAP, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Guan Eng yang mendakwa beliau menerima ugutan bunuh menerusi laman Twitter daripada individu yang tidak dikenali, awal pagi semalam.

Gambar: Lelaki ugut bunuh KPN serah diri


Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan, 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.

Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di IPD berkenaan pada pukul 9.30 pagi ini.

Dalam kejadian itu, seorang individu yang menggelarkan dirinya Murugan Nagaretinam di laman sosial Facebook menulis kenyataan berbahasa Inggeris iaitu "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?")

Pemimpin PKR Pertahan Hak Syiah dan liberalisme

Seperti yang dijangka,PKR akan mempertahankan hak pengikut ajaran Syiah sejajar dengan prinsip liberalisme yang mereka perjuangkan. Meskipun kerajaan telah mengharamkan ajaran tersebut di negara ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar, kebebasan berfikir (Freedon Of Conscience) dapat membela dan mempertahankan pengikut Syiah untuk mengamalkannya di Malaysia.

Khalid yang juga Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD - milik Anwar Ibrahim) berkata, dasar liberalisme amat penting untuk Malaysia kerana dapat menjamin kebebasan orang ramai.

"Saya menegaskan liberalisma ini sangat penting untuk negara dan perlu diperkukuhkan kerana menjamin kebebasan untuk wartawan, ahli falsafah yang berfikiran pelik, ahli-ahli muzik yang hendak menulis lirik yang pelik-pelik dan akan akan mempertahankan orang syiah dan ahli sunnah wal jamaah.

"Apabila mejoriti faham barulah orang politik akan naik ke platfom, kita mesti pertahankan hak orang Syiah" untuk mengamalkan di Malaysia," katanya pada Forum : "Siapa Rampas Reformasi?" di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur malam tadi.

Seperti yang dilaporkan laman Rakyat News, Khalid menambah, kalau Ayah Pin mahu membuat mazhab di Amerika tidak jadi masalah di England pun boleh buat tiada masalah itu Freedon Of Conscience. 

Sebagai pejuang kebebasan dan liberalisme, bukan mengejutkan bila PKR dan Anwar tampil dengan kenyataan kontradik dengan budaya serta prinsip masyarakat Malaysia. Bahkan hak LGBT juga telah mereka pertahankan atas nama "Hak Asasi Manusia".

Lepas ini, jangan pula terkejut jika Nik Aziz tampil pertahankan Syiah, kerana Nik Aziz juga adalah penganut setia Anwarinas.

Apa nak jadi dengan RTM?



Belum pun reda hal logo PDRM yang jadi kontroversi, sekarang timbul lagi perbuatan yang tak masuk akal seolah sengaja mencipta provokasi.

Bayangkan sebuah media perdana yang menjadi nadi untuk memberi maklumat kepada rakyat tiba-tiba melalut sampai nama KPN pun tak tau. 

Namun cerita tentang kewujudan pencacai pembangkang dalam agensi kerajaan bukanlah perkara baru, cuma pak menteri yang selalu buat penafian dengan jawapan 'standard'.

Lepas ini entah apa lagi yang berlaku pada RTM?

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com