Video: Ahli Parlimen PAS mohon maaf fitnah Najib

Ahli PAS, Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin hari ini memohon maaf atas kenyataannya mengaitkan Perdana Menteri sebagai anti kaum Cina, menyebabkan beliau terlepas daripada dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.


Anwar tiba-tiba buat 'U' turn pasal GST

Pembangkang Turut Akan Laksana GST Jika Memerintah - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang pun akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia dapat memerintah negara.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata bantahan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu, tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.

Anwar berkata sejak beliau dimaklumkan mengenai GST pada 1993, beliau mengakui bahawa sistem percukaian itu adalah suatu sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara.

Pada sidang media di lobi Parlimen di sini Khamis, Anwar yang ditanya bila negara bersedia untuk melaksanakan GST, berkata: "Lama lagi baru boleh pertimbangkan (melaksanakan GST)."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus bermula 1 April 2015, tertakluk kepada pengecualian beberapa barangan keperluan asas seperti makanan.

Mahfuz dicabar Jawab Isu Rumah

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang hari ini mendesak Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Mahfuz Omar memberi penjelasan berhubung beberapa projek perumahan yang tergendala di negeri itu.

Menurutnya kesemua 128 unit rumah mampu milik kini disambung kerajaan negeri bawah pentadbiran Barisan Nasional dengan 90 peratus siap.

Hasil tinjauan beliau mendapati tiga projek perumahan kos rendah dan mampu milik yang dilancar PAS sejak 2008 dan 2010 iaitu di Bandar Sejahtera, Bandar Tuanku Puteri dan projek pangsapuri kos rendah di Bandar Darul Aman, Jitra terbengkalai.

#PRKSgLimau: DALANG PENIPU GAMBAR 'SUPERIMPOSE' DIKENALPASTI !!

Khabarnya kem jentera PAS kecoh hari ini. Mahfuz Omar naik minyak.

Ianya berkenaan isu pertindihan gambar atau gambar superimposed yang telah didedahkan oleh SINAR HARIAN dua hari sudah. akhirnya Mahfuz Omar tahu dah siapa yang telah menyebabkan PAS malu besar kerana dibuktikan sebagai PENIPU.

Dua mahluk yang menjadi mangsa naik angin adalah FIRDAUS JAAFAR, bekas Ahli Parlimen Jerai dan salah seorang daripada penama untuk dicalonkan sebagai calon PAS di DUN Sungai Limau sebelum ini. Seorang lagi adalah ROSLIZAN ZAKARIA.

Firdaus Jaafar pada mulanya cuba menafikan penglibatannya. Malah, enggan mengaku terlibat dalam perbuatan penipuan tersebut. Namun setelah diasak, akhirnya dia terpaksa akur dan mengaku bahawa dialah dalang yang telah mengerahkan pereka grafik agar membuat gambar tipu itu. Kesemua yang hadir telah berjarya menunjukkan bukti bahawa Firdaus yang telah mengeluarkan arahan kepada pereka grafik untuk melakukan pertindihan gambar.

Muhyiddin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak jika ucapannya tempoh hari mengguris perasaan mereka.

Sebagai umat Islam, beliau memohon maaf walaupun ucapannya pada majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau beberapa hari lalu dipetik oleh portal berita di luar konteks sebenar.

"Siapa yang dengar ucapan saya di majlis itu akan memahami apa maksud saya mengenai bajet dan langkah menghapuskan subsidi gula.

"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom) dan (Menteri Besar, Datuk) Mukhriz (Mahathir) boleh jadi saksi apa yang saya cakap hari itu," katanya kepada media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Bukit Choras di sini petang tadi.

Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan anak kelima kepada isteri pertama bekas menteri besar itu, Muhammad Rafi’ie Azizan agar memohon maaf di atas kenyataannya tempoh hari.

11 ditahan pembunuhan pegawai bank

Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

"Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.

Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

Pembunuhan berlaku pada 24 Okt lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Gambar: PAS dapat sokongan Syiah di Sungai Limau

Tak sia-sia penerimaan PAS terhadap penganut syiah selama ini.

Lagipun hubungan intim parti PAS dan penganut syiah bukanlah perkara baru.

Berdasarkan banner dibawah, nampaknya syiah berusaha membalas jasa baik PAS, dengan memberi sokongan kepada calon parti itu di Sungai Limau.

Jenice Lee tarik balik saman terhadap DAP

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Teratai Jenice Lee Ying Ha hari ini menarik balik saman yang difailkan terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan permohonan Jenice di dalam kamar dengan dihadiri peguam Harjit Sandhu yang mewakili Jenice dan peguam Sangeet Kaur bagi pihak DAP.

Harjit memberitahu pemberita bahawa Hakim Nor Bee tidak menetapkan sebarang kos dan penarikan saman itu dibuat setelah Jenice menerima surat daripada DAP bertarikh 7 Oktober lalu yang memintanya mengemukakan tunjuk sebab kenapa keanggotaan beliau tidak boleh dilucutkan.

"Berikutan surat itu, Jenice beranggapan beliau masih lagi anggota DAP," katanya.

Gambar: PAS sanggup menipu demi kuasa

Jangan lagi hal lain, hal remeh ini pun PAS sanggup menipu demi nak dapatkan kuasa.

Nanti Nik Aziz akan kata, ini menipu cara isle..

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

The Malaysian Insider mohon maaf kerana menipu

KUALA LUMPUR: Portal berita pro-pembangkang, The Malaysian Insider hari ini memohon maaf kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atas penyiaran berita tidak benar mengenai syarikat milik kerajaan (GLC) itu pada Khamis lalu.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan menerusi portal itu, The Malaysian Insider berkata:

"The Malaysian Insider ingin meminta maaf kepada Khazanah Nasional Berhad berhubung artikel Parliament's bipartisan oversight panel probes Khazanah's costly ventures dan PAC siasat perbelanjaan melampau Khazanah yang disiarkan tanpa verifikasi Khazanah Nasional Berhad pada 24 Oktober 2013, dalam portal berita itu.

COMANGO tidak wujud jika pembangkang bukan peliwat?

Ramai yang tertanya-tanya dimana suara lantang dari pembangkang dalam membantah isu COMANGO (baca COMANGO disini KLIK), bahkan Parti PAS yang kononnya tegak memperjuangkan syariat Islam kelihatan lebih selesa berdiam diri.

Baca saja di Harakah atau mana-mana lidah rasmi PAS, semuanya mengelak untuk menyentuh hal itu, malah Ulama-ulama PAS lebih seronok jika menghentam BN dari membidas perjuangan COMANGO yang secara terang terangan bertentangan dengan prinsip Islam.

Apatah lagi PKR, yang jelas membuta tuli dengan 'Hak Asasi' dan Pluralisme. NGO-NGO yang jadi penggerak kepada COMANGO sememangnya proksi PKR dan pembangkang secara umumnya.

Apakah kita dengar suara dari dalam PKR sanggup membidas COMANGO?

Begitu juga Haji Hadi selaku presiden PAS, apakah beliau sanggup menyelar COMANGO?

COMANGO Wakili Pembangkang Rosakkan Negara

Kerajaan Barisan Nasional harus bertindak tegas terhadap kononya "NGO" yang menjadi kakitangan, mata dan telinga pembangkang yang  bertindak melampau memburukkan kerajaan dan seolah-olah meminta pertolongan kuasa luar untuk campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran Negara setelah gagal merampas Malaysia dari tangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.

Para pengkhianat Negara ini yang bertindak atas arahan "tangan ghaib" cuba mencipta senario  huru-hara yang membolehkan kuasa asing campurtangan seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan Syria.

Kita harus ingat bahawa apabila kuasa asing campur tangan maka rakyat akan menderita. Namun bagi pembangkang yang memang mengkhianati negara akan nertindak apa sahaja asalkan 'End justice the Mean".

Maka pembangkang yang sanggup menggadai dan melacurkan agama, bangsa dan Negara akan terus menabur fitnah melampau terhadap kerajaan.  Sikap senyap terhadap segala tindak tanduk pembangkang ini sebenarnya tidak boleh lagi diterima oleh rakyat.  Begitu juga dengan sifat terlebih apologetik para pemimpin negara yang meminta maaf setiap kali berjuang untuk agama bangsa dan Negara.

GST hanya bebankan Anwar dan pembangkang

Bukan sedikit usaha kerajaan terhadap rakyat telah digagalkan puak-puak ini, hanya untuk mencipta persepsi buruk terhadap usaha pemerintah. Mereka bangga jika apa saja usaha memajukan rakyat dilihat gagal, kerana disitu mereka akan berlagak hero sambil meraih keuntungan politik.

Rakyat mungkin tidak sedar, mereka inilah yang mengkhianati sebilangan besar usaha kerajaan memajukan masyarakat luar Bandar ataupun rakyat biasa. Sedangkan mereka lebih banyak berusaha untuk memperkayakan golongan yang sudah kaya ataupun separuh kaya, sebab itu mereka lebih suka berjuang untuk menurunkan harga kereta dan menghapuskan tol.

Hakikatnya perlaksanaan GST bukanlah cukai tambahan sebagaimana yang Anwar dan puak-puak ini gembar gemburkan, bahkan pelaksanaan GST juga jelas untuk mengurangkan beban cukai yang bersifat tidak adil terhadap rakyat biasa.

Anwar merasakan hal ini satu bebanan untuk mereka dalam usaha menidakkan keperihatinan kerajaan terhadap rakyat biasa. Tidak hairanlah puak-puak mereka sudah ada yang hysteria kerana selama ini bersusah payah memutarbelitkan fakta sebenar agar rakyat terus keliru.

Mereka mahu rakyat biasa terus diperbodohkan dengan persepsi buruk yang sengaja direkayasa.

Goods and Services Tax atau GST dengan kadar 6 peratus adalah jauh lebih rendah bagi menggantikan 2 cukai sedia ada, cukai berganda tersebut sudah dilaksanakan sekian lama dan ternyata tidak adil dan membebankan rakyat biasa.

2 cukai sedia ada yang dimaksudkan ialah Cukai jualan dan Cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax.

Dengan pelaksanaan GST, maka 2 cukai sedia ada akan dimansuhkan. Maksudnya rakyat hanya akan membayar satu cukai sahaja bila GST dilaksanakan pada April 2015. Inilah bahagian yang Anwar dan pembangkang sengaja tutup dari pengetahuan rakyat, sebaliknya mereka tonjolkan GST 6 peratus semata-mata.

Sedangkan kadar terkumpul 2 cukai sedia ada adalah sekitar 15 peratus, yang mana jauh lebih tinggi dan membebankan rakyat. Bahkan tanpa disedari, semasa membeli makanan atau minum ringan kita telah membayar cukai sebanyak 2 kali, iaitu Cukai jualan dan Cukai perkhidmatan sekitar 15 peratus.

Apakah kita mahu kekal membayar cukai berganda dan membebankan, hanya kerana Anwar dan pembangkang sedang histeria?

Bukankah rakyat cuma membayar cukai sekali sahaja pada kadar serendah 6 peratus, dengan pengurangan serta pemansuhan cukai terdahulu sekitar 9 peratus, jika GST dilaksanakan.

Alasan PM Najib yang memperbodohkan rakyat

Hakikatnya rakyat sudah keletihan dengan asakan propaganda politik yang berlebihan, baik dari pihak pembangkang mahupun Kerajaan BN. Sepatutnya kerajaan tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang bersifat memperbodohkan rakyat, apatah lagi kenyataan itu keluar dari mulut seorang Perdana Menteri.

Setiap kali berlaku kenaikan harga barang atau pemansuhan subsidi, ada saja alasan bodoh yang dikeluarkan oleh menteri, seolah-oleh rakyat terlalu 'tolol' dimata mereka. Apakah sudah tidak ada alasan bijak untuk rakyat fahami?

Tidak dinafikan Bajet 2014 sangat menarik untuk pelbagai lapisan masyarakat, namun kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib tentang pemansuhan subsidi gula yang berkuatkuasa esok cukup menjengkelkan.

PM Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah tersebut bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.
Apakah ini kenyataan paling bijak dari seorang Perdana Menteri? sedangkan rakyat biasa yang terkesan dengan perkara tersebut akan berdepan dengan pelbagai "komplikasi kenaikan harga".

Belum lagi kita sentuh apakah akan berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana, yang menggunakan gula dalam produk mereka. Apakah pengusaha-pengusaha ini akan terpaksa menaikkan harga produk mereka semata-mata untuk mengelak penyakit diabetes?

VIDEO: Lelaki mengamuk bunuh berjaya ditangkap

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.

Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.

Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia. Berita lanjut KLIK




Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati

Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

Pegawai Bank Maut ditembak

SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

KOMEN: Pesanan Untuk Ahli PBB yang kalah


Komentar ini perlu dicerna, difahami dan dimengertikan oleh ahli-ahli PBB yang kalah mahupun yang menang. 

Terima kasih kepada cannonkapit atas komen yang menarik,


CEC DAP: ROS belum terima dokumen baharu

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum menerima sebarang dokumen daripada DAP selepas pemilihan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu 29 September lepas.

Ketua Penolong Bahagian Pengurusan Pertubuhan ROS, Dasmond Das Michael Das berkata, DAP mempunyai 30 hingga 60 hari daripada tarikh Kongress Khas parti itu untuk menghantar dokumen berkaitan pemilihan semula.

Selain itu, beliau berkata dokumen berhubung pemilihan semula itu penting untuk membolehkan ROS menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterma berhubung CEC baharu itu.

"ROS sudah menerima dua aduan berhubung pemilihan CEC baharu DAP pada September lalu. Sehubungan itu, ROS akan menjalankan siasatan terperinci dan DAP perlu menghantar dokumen berkaitan secepat mungkin.

"ROS perlu bersikap adil dalam hal ini...buat masa ini siasatan sehala sahaja. Kami akan tunggu penjelasan DAP dengan mendapatkan dokumen berhubung perkara itu agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

TERKINI:Keputusan Naib Presiden dan MT PBB 2013

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan untuk jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi PBB yang berlangsung petang tadi.

JAWATAN NAIB PRESIDEN BUMIPUTERA

1. HJ TALIP ZULPILIP 780

2. HJ ABDUL WAHAB AZIZ 546

3. HJ BOLHASSAN DI 171

4. HJ DAUD ABDUL RAHMAN 351

5. HJ JULAIHI NARAWI 552

6. MUHD LEO MICHAEL TOYAD 300

JAWATAN MT SAYAP BUMIPUTERA

1. AIDAN WING - 629

2. DR HJ ABDUL RAHMAN ISMAIL - 819

3. AKIT SEBLI 511

4. PANDI SUHAILI 332

5. HJ AHMAD LAI BUJANG 784

6. ABDUL KARIM RAHMAN 797

7. LEN TALIF SALLEH 806

8. HAZLAND HIPNI 797

9. MURNI SUHAILI 680

10. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI 807

11. MOHAMAD ALI MAHMUD 801

12. RICKY@ MOHD RAZI SITAM 767

13. IDRIS HJ BUANG 759

14. ZAINULABIDIN @ ZAINAL ISMAIL 310

undi ditolak 54
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ucapan Menarik PM Najib di Perhimpunan Agung PBB ke -13

Perhimpinan kali ini sangat bermakna bagi saya dan juga bagi semua perwakilan

Pertama saya datang hari ini bukan sebagai wakil persatuan bola sepak negeri pahang (ketawa) yangg pasti akan ditentang habis habisan tetapi saya hadir hari ini sebagai pengerusi BN dan sebagai PM yang amat menghargai sumbangan dan jasa PBB, BN Sarawak dan rakyat keseluruhannya

Maka dalam majlis yg cukup bersejarah ini, marilah sama sama kita mengingtakan pada diri kita bahawa walaupun apa juga yang diperkatakan oleh sama ada pembangkang atau orang dari luar, hakikat yang tak dapat dinafikan bahawa negeri Sarawak tetap merupakan tapak yang subur untuk BN

Kita mungkin kehilangan beberapa kerusi di kawasan bandar tetapi keutuhan PBB serta rakan rakan kita yg lain tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

Malah saya lihat pada hari ini dasarkan pada ucapan Pehin Seri yang masih cekap untuk memanaskan suasana, jangan fikir orang lama tak pandai memanaskan suasana.

Maka bila dia sebut bahawa we will go all out to support bn and federal gov, maka saya melihat bahawa inilah kesimpulannya, inilah mesejnya yg boleh kita bangkitkan melalui perhimpunan ini bahawa Sarawak will go all out for Malaysia

Ya memang sarawak kalau dilihat, dipandang sekali imbas mungkin ada sentimen yg agak parocial, mungkin sarawak ada semangat Ngap Sayotnya, tunggu pasukan bola Pahang nanti.

Mungkin di Sarawak ini ada semangat sampai nak mengikis bulu betis, ia dilihat ada yang kelainannya, pakaiannya pun ada kelainannya, topinya ada kelainannya, baju batiknya pun ada kelainannya tapi dalam hatinya kita tetap bersam sama dengan semenanjung dan orang semenjung pun faham bahawa kita pun mesti menilai dan memberi penghargaan dan memahami kelainan ini.

Memahami bahawa sarawak merdeka dalam malaysia atas eprsefahaman tertentu, atas perjnajian tertentu, atas kuasa kuasa tetrentu dan kalau kita saling faham memahami dan saya sbg pm amat memahami perkara ini, sebab itu hari ini kita ada hubungan baik dan akrab antara state dan federal

saya nak ucap terimaksih kepada pehin seri kerana kosnsiten menjadi rakan yg cukup bersama sama dengan kita dalam sennag dan dalam susah

we can count on sarawak dan dalam election yang lalu, Sarawak delivereed 25 seats rasa rasa nak lebih dari itu tapi 25 seat pretty good performance by BN Sarawak

Sebab itu bila saya bentuk kabinet lepas, tak pernah dalam sejarah Malaysia tujuh menteri dilantik dalam kabinet dan empat timbalan

kerana kita tahu mengenang budi org yang menyokong kita.

oleh itu masa depan kita bila lihat ke hadapan kita boleh berasa yakin bahawa arrangement yg kita ada ini bukan sahaja boleh kekal tetapi boleh melonjakkan seperti mana tema perhimpnan  kita, melonjakkan negeri sarawak kepada satu masa depan yang lebih cemerlang lagi dibawah konsep BN

Ya banyak yang kita telah lalukan untuk Sarawak, 26km jalanraya, tadi disebut mungkin lebih dari itu tapi Pehin Seri kata tak cukup, ya tak cukup tak sebab Sarawak amat luas dan kita perlukan peruntukan tambahan, saya faham ini.

sebab itu kita perlukan kukuhkan kewangan negara dulu, Pehin Seri faham perkara ini, kita tak boleh belanja lebih dari kemampun, kita urus negara macam urus rumahtangga juga, kalau tak cukup wang kita boleh pinjam dari bank tapi kalau pinjam dari along alamatnya, along akan ngap kita.

begitu juga dalam menguruskan negara, kita boleh belanja tak cukup wang pembangunan kita pinjam dalam negara, kalau ebih pinjam rating akan jatuh, kalau rating jatuh, faedah naik, ekonomi merudum, maknnaya kita mesti menentukan bahawa ekeonomi dan cara kota menguruskan negara begiu berhemah tetapi dalam pada itu setakat mana yang kita mahu sarawak akan dapat pertimbangan yang adil dan sakama dari federal

saya dah buktikan perkara ini, malah dalam walkaobout saya, org yg monitor dimana saya pergi adalah Jabu, saya tanya dia berapa tempat dan lokasi saya pergi, dia kata dah pergi sekurang kurangnya 43, saya ingat.

Lubuk yang ada hantu, dia bukan sebarangan lubuk, lubuk yang ada hantu, Ulu Baram dan of course Ulu Lachau, saya dah pegi.

saya dah lulus RM2 bilion peruntukan tambahan untuk Sarawak. Tak cukup dengan bekalan air, kita tambah deslanation plant yg kecil, tak cukup air kita bagi tangki yang biru itu.

kita buat tak cukup sekolah, takpe sementara tak cukup sekolah kita bagi bantal dan tilam baharu utk sekolah pedalaman sarawak. Dan saya berasa bangga bila saya pergi banyak tempat saya, saya lihat usaha pembangunan kita sudah berjaya

bila kita ada kerjsama erat antara pusat negeri, Ketua Menteri  dengan menteri, memang ada kemajuan yang sudah turun bukan sahaja di bandar tapi luar bandar

di rumah panjang, 2km tepi jalan penuh kereta. dalam rumah panjang lantai simen, siling. maknanya sudah ada vast improvement dalam kualiti hidup luar bandar. dibawah BN kita komited untuk perkasakan pembangunan di bandar dan luar bandar.

ini perbezaan kita dengan pembangkang, pembangkang akan buta hate kempen, itu saya yang boleh buat tapi mereka tiada agenda dan mereka tidak boleh lalukan sebagaimana BN lakukan. mereka janji macam-macam, tetapi itu pembangkang

apa yang kita hendak ialah pihak yang terbukti mampu membuat perubahan, bukan semestinya kita tolak kerajaan sedia ada kita boleh buat perubahan.
Mana ysng lebih penting tukar kerajaan atau tukar masa depan rakyat Malaysia mana yang lebih penting

tentu sekali mengubah masa depan, kualiti hidup lebih penting dari tukar kerajaan

kalau tukar kerajaan belum tentu lagi, tanyalah rakyat Mesir, tanyalah rakyat Libya.

Di libya PM kena culik, di Mesir pelajar kita trpaksa bawa balik sebab tak selamat dalam keadaan tertentu.

adakah ini perubahan yg kita mahukan atau nak negara yang aman stabil dan masa depan yng lebih baik

ya kita take for granted because we so use to it, dah biasa, untuk don't have it.

yang mustahak kita mesti faham keadaan ini merupakan perjuangan kita, we build this nation together, Malaysia bukan lahir dengan begitu senang, atas titis and darah para pejuang, tak kira mana, termasuk rakyat Sarawak, rakyat Semenanjung mati berjuang di Sarawak memprtahankan kemerdekaan Sarawak supaya tidak di ngap orang lain

sejarah kita membangunkan negera bersama

pehin sri kata bermula dengan intelctual loyalty hari ini mesoinal loyalty

intelectual loyalty dua duaras ini, kalau emosyional loyalty dia di sini dan turun kebetis.

ini saya lihat telah berlaku, wujud dimerata tempat. sebab itu bila kita sambut 50 tahun merdeka dalam Malaysia, 

sebab itu bila kita sambut perhimpunan kali ini datang dari 71 bahagian, kita memenuhi dewan ini dengan rasa kebanggaan ini, kejayaan kita dan cabaran kita.

cabaran sebagai sebuah negara berjaya, bukan cabaran negar g gagal.cabaran adalah disebabkan kemajuan ini tapi orang ekploit kemajuan ini melalui media sosial, yang buat media sosial kita yang exploit pembangkang

inilah kejayaan kita, jangan lupa beritahu kepada rakyat mereka mengecapi hasi perjuangan BN sebab itu kita berada di tahap kemajuan ini

saya tak nampak keadaan ini tidak boleh dikelakalna sebab itu saya hargai antaranya kestabilan dalam setiap komonen BN, tiada anti kepada kestabilan, kesatbilan dalam komponen bergantung kepada unity, bergantung kepada cara mana kita uruskan permasalahan dalaman parti, kalau kita menguruskan parti kita dengan baik dan ada nilai meletakkan kepentingan parti menatasi segala galanya maka parti kita akan terus berjaya sama ada UMNO, PBB atau yang lain

perlu urus isu dalamaman dengan baikorg akan respect kita, parti yang kuat ialah yang bersatyu dan akan disanjung rakyat.

Inilah ramuan dan cabarannya tetapi ada cara untuk kita tangani cabaran. 

kalau tangani dengan baik dan berkesan maka parti kita akan dilihat sebagai parti berwibawa

ia bukan hanya tentang parti tetapi tentang rakyat dan oengundi

akhirnya kegemilangan kita ialah bagaimana kita boleh yakinkan yang di luar dewan bagaimana kita nak tadbir negara

kita mesti berusaha dengan gigih, politik tentang persepsi, perlu tahu ketengah persepsi yang baik dimata rakyat

pemikiran modern berbeza, saya yakin kita boleh lakukan, pembangunan yg boleh kita delivered dan tambah usaha yang positif dan persepsi, saya yakin pdan BN akan berjaya dalam PRN

selagi PBB menyokong kita, kami juga akan menyokong anda

Saya yakin perhimpunan bersejarah ini akan menjadi perhimpunan dimana mesej yang akan keluar dari dewan ini ialah PBB dan BN  sarawak masih kuat dan utuh dan kita akan tetap menyokong all out antara satu sama lain.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kesian, dah terkencing dalam seluar

Baru pakai baju kalis peluru dah terkencing dalam seluar, belum lagi berdepan dengan bahaya yang terpaksa dilalui oleh anggota polis.

Alamak...Muka pun dah pucat lesi. Bercakap bukan main hebat, kan dah goyang lutut..

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Jamalul Kiram III mati

Jamalul Kiram III, 75, yang mengarah pencerobohan di Lahad Datu awal tahun ini meninggal dunia di Filipina, awal pagi tadi.

Anaknya, Jacel Kiram memberitahu radio DZZB di Filipina yang ayahnya meninggal dunia akibat kegagalan organ di Philippine Heart Center, Quezon City, pada jam 4.42 pagi tadi.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Hebat!! Gambar yang menyentuh hati rakyat Malaysia

Suasana ini mungkin semakin sukar untuk kita temui, lebih-lebih lagi selama ini rakyat Malaysia terlalu kerap diusik dengan pelbagai isu yang mengurangkan semangat kekitaan kita.

Saya tumpang bangga melihat gambar ini di Facebook, betapa mesra hubungan peminat/penyokong bolasepak Pahang dan Sarawak.

Meskipun Sarawak kalah dalam perlawanan menentang Pahang malam tadi, namun penyokong mereka sama-sama meraikan semangat kesukanan yang tinggi, sama-sama melahirkan semangat setiakawan serta nilai persahabatan tinggi.

Semangat beginilah yang sentiasa kita rindui sebagai rakyat Malaysia, melangkaui sempadan negeri serta ideologi.

Untuk para penyokong berkenaan, kerana sikap terpuji anda semua, saya bangga sebagai rakyat Malaysia.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kenyataan Terbaru Hishamuddin Rais untuk meraih populariti

Aktivis politik pro pembangkang, Hishamuddin Rais dilihat mengeluarkan satu kenyataan kontroversi lagi berbahaya apabila menyamakan neraka, syurga, bidadari, dosa dan pahala yang disebut dalam al-Quran sebagai konsep daripada kitab suci Hindu Veda.

Tidak kiralah apa tujuan sebenar Hishamuddin sekali pun, dia seharusnya hati-hati apabila mahu bermain dengan soal agama.

Malah ada pengikut Twitter yang tidak berasa selesa dengan status tersebut telah meminta supaya dia memberi penjelasan memandangkan status itu boleh mengelirukan.

Hishamuddin yang dikenali sebagai manusia sinikal turut berpesan di hujung status Tweet supaya 'jangan marah'.

Tweet yang dimuatnaik olehnya pada 17 Oktober jam 11.32 pagi itu dipercayai satu daripada siri sindiran Hishamuddin terhadap orang Melayu ekoran kes kalimah Allah, menurut sumber mynewshub.

Apa agaknya komen para ulama dan bijak pandai agama yang banyak terdapat dalam barisan Pakatan Rakyat berkenaan kelancangan mulut Hishamuddin ini agaknya. - kuala lumpur post


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Keputusan Penuh Pemilihan Pemuda PBB (Bumiputera)

Naib Ketua Pemuda PBB (Bumiputera)

Helmi Morshidi - 20

Heidel Heli - 7

Ripin lamat - 170

Aziz Adenan - 48


Ahli Majlis Tertinggi (Bumiputera)

Iskandar Sarkawi 200

Suffian 198

Mardehi 188

Jaafar 43

Sophie 63

Othman 170

Firdaus 66

Raymund 178

Zaidi 49

Azman 36

Yusuf 192

Ghani 184

Abdul Rahman 53

Ibrahim 12

Hasan Tahir 49


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Anwar Ibrahim berkhutbah Di Masjid Adelaide tersebar

Siapa saja akan kagum dengan pak Sheikh Anwar..bukan saja pandai berkhutbah, bahkan lebih dari 'ituuu'..

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

ROS diminta siasat penipuan mesyuarat CEC DAP

Kedegilan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng yang tetap mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September lalu atas nama Kongres Khas Kebangsaan disifatkan sebagai biadap kerana tidak langsung mengikut perlembagaan parti sehingga menimbulkan kebencian di kalangan ahli parti.

Sehubungan itu, ahli yang tidak berpuas hati dengan kesahihan mesyuarat CEC itu dinasihatkan segera membuat aduan berbentuk laporan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mempercepatkan siasatan dibuat.

Penolong Setiausaha DAP Taman Sri Pelek, Sepang, Wong Yu Liuh berkata, lebih ramai yang tampil menyerahkan laporan aduan kepada ROS, lebih banyak bukti yang menunjukkan ahli parti mahukan siasatan dibuat bagi mengesahkan kedudukan mesyuarat tersebut sah atau tidak.

“Tujuan aduan saya adalah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengadakan mesyuarat CEC tanpa mengikut perlembagaan parti.

Bukti-Bukti Penipuan DAP terhadap Ahli Parti didedahkan

Bila lagi DAP yang lidah bercabang tu nak jawab bukti ini? ahli DAP sendiri dah buka segala pekung Dinasti Lim yang penuh dengan penipuan.

Sekarang ini para pemimpin DAP kelihatan ligat mengalih perhatian rakyat kepada isu 'kalimah Allah', demi mengelak untuk menjawab tuduhan serta bukti penipuan yang dikemukan ahli parti.

Bukti yang dikemukakan Jenice Lee bukan sekadar beredar didunia internet, malah Jenice Lee telah pun membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP yang menipu ahlinya secara terang-terangan.

Berdasarkan surat dan bukti diatas, persoalan tentang status Jenice Lee dalam DAP turut menimbulkan pertikaian. Jika menurut butkti-bukti diatas, kelayakan Jenice Lee untuk mengundi dalam pemilihan semula CEC tempohari juga tidak sah.

Pasti inilah antara pelbagai sebab muncul suara dari dalam DAP yang meminta ROS campur tangan sekali lagi..

Jenice Lee saman DAP ditetapkan 28 Oktober

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 28 Oktober depan bagi pengurusan kes saman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee terhadap DAP bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan.
 
Peguam Sangeet Kaur memberitahu pemberita, pihak-pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah kedudukan Jenice dalam DAP dan mahkamah akan menilai semula kedudukannya di dalam parti tersebut.
 
Jenice memfailkan saman itu pada 5 Jun lalu bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan.
 
Pada 22 April lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mengumumkan pemecatan Jenice daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta selepas bekas ADUN itu tidak mengundurkan diri bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

GAMBAR : Wajah Pemandu Yang Cuba Melanggar Polis

Insiden ini belaku pada 13/10/2013 jam 0915hrs Semasa seorang anggota polis trafik dlm perjalanan hendak menjalankan tugas dgn mnggunakan motosikal jenis LC135 menghala ke Balai Polis Trafik, Jln Tun H.S Lee ada sebuah kereta jenis Honda civic warna biru gelap membunyikan hon dari arah belakang. Ketika itu anggota tersebut di lorong paling kanan dengan kelajuan 100km/j. 

VIDEO: Kemahiran Putar Belit PKR yang sukar ditandingi

Meskipun sebelum ini pemimpin lain dari PKR mengakui teguran Anwar memang jelas ditujukan kepada Khalid, namun sebagai parti yang terkenal dengan kemahiran putar belit yang sukar ditandingi...

Entah tiba-tiba muncul Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi menafikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid sebagai gagal menguruskan simpanan rizab kerajaan negeri yang bernilai hampir RM3 bilion.

Anwar pasti boleh berbangga, dengan kemahiran yang diwariskannya kepada pemimpin serta ahli PKR.

Bukan tidak ada kalangan parti lain yang mahir dengan putar belit, tapi Anwar dan PKR ternyata lebih unggul dalam hal ini.



Kanak-kanak parah di leher terkena tembakan

Seorang kanak-kanak 10 tahun parah di leher akibat terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit di sini, jam 4.30 petang semalam.

Ketika kejadian seorang anggota polis dipercayai sedang mengosongkan senjata di hadapan rumahnya secara tiba-tiba terlepas satu das tembakan lalu terkena mangsa. Mangsa kini dirawat dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

DAP dicabar surat tunjuk sebab terhadap Guan Eng

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dicabar mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng kerana didakwa menjadi punca kepada kemelut dalaman DAP sehingga memaksa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diadakan semula.

Bekas Naib Pengerusi parti itu, Zulkifli Mohd. Nor berkata, cabaran itu rasional kerana sistem demokrasi adalah tunjang kepada perjuangan DAP dan oleh kerana itu sepatutnya tiada unsur pilih kasih dalam mengenakan tindakan terhadap pemimpin atau ahli yang melakukan kesilapan.

Menurutnya, pemilihan semula CEC DAP yang diadakan 29 September lalu juga didakwa mempunyai unsur meragukan dengan kehadiran 450 perwakilan haram daripada 120 cawangan yang dinaik taraf.

“Sebanyak 120 cawangan itu asalnya dari kategori B yang hanya layak menghantar pemerhati, namun telah dinaik taraf kepada kategori A yang melayakkan mereka menjadi perwakilan dan mengundi.

“CEC sebenarnya tiada kuasa untuk menaik taraf kategori cawangan ini kerana mereka sendiri tak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), malah itulah punca kepada undi tinggi yang diterima oleh Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mafia Jalan Raya Pukul Anggota Polis

Klang – Sekumpulan lelaki didapati cuba menunjuk samseng di khalayak ramai apabila bertindak mengepung dan cuba memukul seorang daripada empat anggota polis bermotosikal yang sedang melakukan rondaan di Taman Desawan, dekat sini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Apa yang mengecewakan, kumpulan lelaki berkenaan yang sepatutnya membantu anggota beruniform terbabit selepas mangsa cedera akibat terbabit dalam kemalangan, bertindak sebaliknya apabila seorang daripada mereka sanggup menyerang anggota polis itu selepas dua daripada mereka terbabit dalam nahas.

Kejadian bermula selepas empat anggota polis yang masing-masing menaiki motosikal melakukan rondaan di situ sebelum mereka didatangi seorang lelaki bermotosikal yang tidak memakai topi keledar menunggang sambil melawan arus di jalan Banting-Klang berhampiran kawasan perumahan itu.

Sumber memberitahu, dua anggota dari unit Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Klang yang berada di bahagian hadapan sempat mengelak, namun dua lagi anggota yang berada di belakang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka dirempuh dan terjatuh selain mengalami kecederaan.

AHLI DAP MINTA ROS CAMPUR TANGAN SEKALI LAGI

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat status 450 perwakilan dari 120 cawangan baharu yang hadir semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Katanya pemilihan semula CEC pada bulan lepas itu sepatutnya berpandukan kepada senarai perwakilan dan jumlah cawangan yang 'status quo' pada tarikh 15 Disember tahun lepas.

Zulkifli yang juga Ketua Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bayan Baru, mendakwa pemilihan semula CEC pada 29 September lepas merupakan satu sandiwara berbentuk provokasi penipuan yang dirancang.

"Pada pandangan saya dari sudut dalaman, penipuan kali ini lebih halus, licik dan dahsyat berbanding dengan pemilihan CEC pada 15 Disember tahun lalu, katanya.

"Apakah ini bermaksud bahawa satu lagi penyelewengan berulang dengan kehadiran 450 perwakilan haram dari 120 cawangan yang asalnya dari kategori sijil B yang seharusnya menjadi pemerhati dan tidak layak menghantar perwakilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

VIDEO: Forum Kecoh Tuduh Bukit Aman Terima Rasuah


Forum Analisis Tribunal Bersih Kecoh Apabila Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin,Ramesh Rao Krishnan Naidu Memberikan Komen Diatas Kematian Ibunya Yang Ditembak Oleh Penjenayah.



Khalid bidas Anwar, bukan senang kumpul lebihan dana kerajaan negeri

KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.

Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.

Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.

Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya , Jumaat lalu yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

KERAJAAN LAKSANA TIGA LANGKAH PENCEGAHAN PENYELUDUPAN SENJATA API

Bagan Datoh, 12 Okt - Pemeriksaan menyeluruh di semua pintu masuk ke negara ini adalah antara tiga langkah utama yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penyeludupan senjata api, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemeriksaan itu merangkumi laluan darat, laut dan udara.

"Kita akan terus melakukan pemeriksaan 100 peratus di semua pintu masuk ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Aidiladha di sini, hari ini.

Beliau diminta menjelaskan langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penyeludupan dan penggunaan senjata api secara haram di negara ini.

DAP Kedah bubar, akar umbi melenting

ALOR SETAR: Bekas Bendahari DAP negeri, Law Theng Hooi dan ahli akar umbi DAP Kedah mendesak pucuk kepemimpinan tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu memberi penjelasan tentang tindakannya membubarkan jawatankuasa DAP negeri yang dilantik pada 2010 dan membentuk jawatankuasa interim.

Beliau berkata, jawatan penyandang organisasi asal DAP negeri diambil alih begitu sahaja oleh Jawatankuasa Interim DAP Kedah dan sehingga kini ahli akar umbinya belum menerima sebarang penjelasan tentang tindakan berkenaan.

Berikutan itu katanya, mereka menganggap Jawatankuasa DAP Kedah dipengerusikan oleh Lee Guan Aik masih mewakili organisasi kepimpinan parti tersebut yang sah di negeri ini.

Gambar 4 penjenayah ditembak mati

4 lagi penjenayah warga asing mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di PPR Ampang Hiliran, 12.20 tengah hari ini.

Ahli PAS belasah DAP rasis

Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.

Berikut kenyataan penuh Wan Johori:

Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.

Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang Pas tak bodoh.

Guan Eng dan Karpal Singh serang pihak ROS dengan biadab sekali oleh sebab majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu. Tony Pua pula anggap ROS yang ramai kakitangan Melayu dan Islam sebagai anjing.

Kenyataan Biadap DAP terhadap Mufti Sarawak


Selain mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Mufti Sarawak, DAP juga sengaja mempersenda dengan mengajak "Kembali kepada ajaran Islam"

Berikut adalah kenyataan biadap DAP yang disiarkan FMT;

Kembali kepada ajaran Islam

Aziz juga mempertikai mengapa TBS menggunakan duit zakat untuk melabur.

“Di mana hukum Islam dalam Al-Quran dan Hadis yang membenarkan kita menggunakan duit zakat dilaburkan untuk tujuan kemegahan?

Mufti negeri berkata pelaburan mengikut hukum, mana hukumnya? Dan berapa kos pembinaan KIS? Mengapa menggunakan duit zakat, dana baitulmal atau dana wakaf?”(sumber)

DAP sudah berulangkali mempersoal dan mempertikai urusan masyarakat Islam Sarawak, seolah DAP ingin mengambil bahagian dalam hak orang Islam. Jelas sekali DAP berhajat besar untuk memporak-porandakan institusi Islam di Sarawak.

Alvivi Muat Naik Rakaman Video Dramatik, Vivian 'Pura-Pura' Kelar Pergelangan Tangan

Vivian Lee, pasangan kontroversi kepada blogger seks Alvivi, muncul dalam klip video yang berakhir dengan babak dia 'mengelar pergelangan tangannya'.

Video berjudul 'Penyesalan' itu dimuat naik di akaun Twitternya pada petang Khamis.

Video berkenaan turut dimuat naik di laman YouTube pada Rabu.

Klip video berdurasi dua minit itu diarahkan oleh teman lelakinya, Alvin Tan.

Vivian, 24, digambarkan sebagai wanita yang tulus ikhlas yang sedang melihat pilihan yang berlaku dalam hidupnya.

"Ketika saya masih keci, orang beritahu saya untuk mengejar cita-cita saya, percaya kepada diri sendiri dan cari jalan sendiri untuk berjaya. Dengan itu, semuanya akan menjadi mudah," katanya.

"Apabila dewasa, apa yang mereka kata benar-benar terjadi, saya pilih kestabilan. Jangan cakap terlalu banyak. Selain itu, saya juga seorang yang idealistik. Saya pilih ketidakpastian. Saya juga pilih bersuara terlalu kerap dan terlalu kuat. Semua orang mula rasa bangga dengan membenci saya.

Gambar- Gambar Pesawat Terhempas di Kudat Sabah


Lagi gambar dan berita KLIK

Siapakah 'Robin Hood' berkopiah dalam PAS?

Perebutan kuasa pimpinan PAS di Putrajaya dan Batu menggambarkan adanya "Robin Hood berkopiah" di dalam parti tersebut.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Shukri Shuaib, gerakan menjatuhkan pemimpin di dua kawasan itu tidak mencerminakn perjuangan mereka yang kononnya berteraskan agama Islam.

Beliau berkata, PAS sepatutnya menjaga etika setiap pemimpinnya dalam apa jua keadaan bagi menjaga dasar perjuangan mereka selam ini.

"Dalam PAS ada 'Robin Hood', dia mencuri pakai kopiah. Bila mencuri pakai kopiah takkan nak kata mencuri cara Islam.

"'Robin Hood' yang memakai kopiah, ini masalah dalam PAS, banyak Robin Hood pakai kopiah, yang menggunakan agama tetapi berwatakkan 'Robin Hood'.

"Apa yang berlaku di Putrajaya dan Batu merupakan realiti, politik realiti dalam PAS yang tidak indah sepertimana yang digambarkan atas kedudukan Islam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Antarapos.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com