Rompak RM150 ribu, mengaku curi seringgit

Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin mendakwa kerajaan negeri membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Menurutnya peruntukan itu telah diluluskan oleh perbendaharaan negeri dan bukannya oleh pejabat Menteri Besar.

“Sebanyak RM150, 000 telah diperuntukkan oleh perbendaharaan pada tahun 2013 dan ia adalah peruntukan yang sama pada tahun 2012, ” kata Faekah kepada The Mole. Baca lanjut KLIK

Inilah cara lahanat merompak dan menipu, depan rakyat kata elaun cuma RM1, tapi rompak RM150 ribu.

Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang. Ramai golongan cerdik pandai di kawasan-kawasan bandar sangat mengkagumi cara Anwar dan Pakatan Rakyat memutarbelit rakyat.

Ketua Polis Negara beri amaran pada kolumnis FMT

KOTA KINABALU – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.

Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk ‘One Ideology, Two Reactions’, dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia – abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

“Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.

“(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.

Gaji wanita ini RM9,000 sehari

29 NOV: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dengan bangga mengakui kononnya beliau tiada aset kecuali rumah teres dan kereta jenama Kia Sprento.

Adun DAP Subang Jaya itu membandingkan kenaikan gaji baru Speaker daripada RM RM6,109.29 kepada RM22,500 jauh lebih tinggi dengan apa diperolehi Perdana Menteri dan timbalannya walaupun gaji Datuk Seri Najib Tun Razak hanya RM22,826.65 manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima gaji RM18,168.15.

“Itu jauh, saya boleh isytihar aset saya,” ujarnya mengulas akhbar The Star dan ahli Barisan Nasional yang membayangkan pendapatannya melebihi Najib dan Muhyiddin.

“Saya hanya ada rumah teres, ada satu kereta Kia Sprento, tiada pendapatan lain, tiada jet peribadi.

Elizabeth Wong Sahkan Anwar "berlakon"

Baru sahaja sehari yang lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim buat-buat terkejut beruk seperti tidak merestui kenaikan menggila gaji MB Selangor dan anggota pentadbirannya, alih-alih hari ini EXCO Selangor iaitu Elizabeth Wong mendedahkan kenaikan itu sudah dimaklumkan awal lagi kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR.

Elizabeth yang juga ADUN PKR Bukit Lanjan menjelaskan segala perincian mengenai kenaikan tersebut sudah pun dibentangkan oleh Khalid Ibrahm dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR pada pada 22 November 2013 yang tentunya turut dihadiri Anwar.

“Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat. Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah,” itu kata Elizabeth Wong sebagaimana dipetik dari portal berita AntaraPos. (klik sini)

Kenyataan itu jelas bertentangan dengan komen Anwar semalam yang seperti terkejut dan beranggapan kenaikan yang diumumkan terlalu tinggi sambil menolak alasan Khalid yang menjadikan formula 75% daripada kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat Sarawak sebagai sandaran untuk mengharuskan kenaikan menggila itu.

Sandiwara PKR yang berjaya menipu rakyat...

Memang nampak dari awal drama yang dimainkan Azmin dan Anwar bila komen tentang kenaikan gaji Adun Selagor, satu cubaan untuk menutup kritikan rakyat terhadap tindakan kerajaan PKR Selangor yang jelas tidak wajar dan penuh dengan penipuan.

Terkini, menurut laporan Malaysiakini Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim mengesahkan Azmin Ali sebenarnya berada dalam dewan undangan negeri sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan tetapi memilih untuk berdiam diri. Bukan keputusan yang dibuat MB Khalid secara bersendirian.

Berbagai hujah dangkal menjadi sandaran Anwar dan Azmin untuk memanipulasi fikiran rakyat, kononnya mereka tak setuju dengan keputusan Khalid, dan kononnya kenaikkan gaji itu terlalu tinggi.  Namun yang paling dramatik bila mereka sama-sama mengatakan ingin mencontohi standard gaji Adun Sarawak, malah dikatakan sesuai dengan pencapaian pelaburan serta rizab kerajaan negeri Selangor, dan macam-macam lagi alasan yang caca-marba.

Faekah gelar MB Khalid tadbir pusat "Sarkas"

Ini bukan kali pertama Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor mencetus provokasi terhadap kabinet Selangor mahupun pemimpin politik PKR.

Faekah seolah-olah menunjukkan beliau adalah Setiausaha Politk yang paling berkuasa di Malaysia, setiap kali Faekah membuka mulut ada perkataan yang mencetus percakaran dikalangan sesama mereka.

Ketika isu kenaikkan gaji hangat diperkatakan , Faekah tampil di twitter menjawab kritikan terhadap MB Khalid dengan kenyataan yang sarkastik.

Kali ini Faekah menganggap Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR sebagai bermain "sarkas". Sebelum ini Azmin Ali selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan
Kenyataan Faekah segera mendapat reaksi dari ahli PKR itu sendiri. gelaran "sarkas" yang dilemparkan terhadap Azmin dianggap sebagai keterlaluan oleh penyokongnya.


Khalid letih berdrama - gesa Azmin ambil gaji lama

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji sehingga hampir 400 peratus untuk pemimpin Selangor akan tetap dilaksanakan mulai tahun depan dan meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk terus menerima gaji asal jika tidak bersetuju dengannya.

Khalid menolak desakan Azmin yang juga Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Selangor supaya pertambahan gaji mendadak itu ditangguh sehingga Menteri Besar itu mengadakan dialog dengan BBC.

"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.

"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima,” kata Khalid.

"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azmin gesa Khalid tangguh kenaikan gaji

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.

"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

110 Ahli PKR Sarawak keluar Parti beramai-ramai

Seramai 110 orang bekas ahli PKR Cawangan Roban, Saratok Sarawak  menyerahkan borang rasmi keahlian menyertai Parti SPDP kepada Tan Sri William Mawan hari ini di Pejabat SPDP, Jalan Badruddin Kuching.

Kumpulan bekas ahli PKR tersebut diketuai oleh Ghani bin Eli yang merupakan bekas Ketua Cawangan PKR Roban.

Berita lanjut di
http://www.sarawakonline.com/2013/11/110-orang-ahli-pkr-keluar-parti-sertai.html

MASWings terbabas,13 penumpang selamat

Seramai 13 penumpang, termasuk anak kapal terselamat selepas sebuah pesawat jenis Twin Otter milik MASWings terbabas dari landasan ketika berlepas dari Bario ke Miri kira-kira jam 10 pagi tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Campur tangan melampau Anwar punca keluar parti

KUALA LUMPUR - Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin dari 11 cabang PKR keluar parti.

Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat Pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi...beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keluar parti pemimpin cabang PKR Sabah dan menyokong Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Jelani dan Adun Kadamaian Jeremy Malajad, kedua-duanya, telah terlebih dahulu keluar parti pada 4 Nov, turut hadir pada sidang media itu.

Jelani yang mewakili pemimpin dari 11 cabang parti itu turut mendedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang terlibat campur tangan dalam urusan pentadbiran parti di Sabah.

Mengulas mengenai gelombang kedua pemimpin cabang PKR negeri yang akan keluar parti selepas ini, Jelani mendakwa jumlah keseluruhan yang terlibat tidak kurang 20 cabang.

Di Sabah terdapat 25 cabang (bahagian) PKR, katanya sambil menambah keputusan mereka meninggalkan parti telah dibuat sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

Beliau turut menafikan bekas pemimpin cabang PKR yang keluar parti itu telah 'dibeli' oleh BN memandangkan parti itu (BN) telah menguasai dua pertiga kerusi Dun.

Mengenai maklum balas Anwar berhubung tindakan keluar parti, Jelani berkata: "Dalam SMS, memang kecewa...memang normallah dia (Anwar) kata kami dapat tawaran lebih baik daripada pihak lain."

Dalam pada itu, Jelani turut menyatakan komitmen kesemua mereka untuk memberi sokongan 100 peratus kepada BN, tetapi masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai komponen parti itu atau membentuk satu kumpulan baharu.

Ditanya pindaan perlembagaan PKR pada konvensyen parti itu Ahad lepas yang akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi jawatan naib presiden, Jelani berkata: "Anda boleh pinda apa juga artikel, tapi dari segi pelaksanaan, sama ada ikut atau tidak. Mungkin hanya atas kertas sahaja.

"Ini terjadi dalam keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat negeri."

Bekas ketua cabang Kota Marudu Anthony Mandiau pula berkata kegagalan pucuk pimpinan parti mendengar suara rakyat di Sabah adalah punca mereka hilang kepercayaan dan beralih menyokong BN.

Beliau mendakwa presiden dan timbalan presiden parti itu turut mencampuri urusan parti di Sabah. - Bernama

Senarai 11 pemimpin PKR Sabah keluar parti

PKR Sabah hampir lumpuh, bila 11 pemimpin cabang PKR Sabah bertindak keluar parti dan menyokong BN. Berikut adalah senarai pemimpin-pemimpin yang keluar parti.

1) Angki Addek ( Kota Marudu)
2) Anthony Mandiau
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun ( Kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh ( Semporna)
7) Timoty Lim ( Sepangar)
8) Apandy Sipin ( Persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota Belud)
10) Jelani Hamdan

Sebelum ini, ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan turut meninggalkan parti tersebut.

Tuduhan DAP bikin orang Islam Sarawak terkedu?


Bukan sekali umat islam Sarawak diasak dan dipersenda oleh DAP, yang paling pedas adalah kecaman terhadap mufti seolah-olah menyebabkan orang islam Sarawak terkedu seketika. Hingga tiada siapa yang berani menyanggah budak higusan DAP.

Percaya atau tidak, meskipun dunia politik di Semenanjung cukup panas dengan provokasi, namun tidak sampai ke tahap mencerca kelayakan seorang mufti sepertimana yang dilakukan terhadap mufti Sarawak.

Kenyataan DAP jelas bernada menghasut, mencerca serta sengaja merendahkan-rendahkan mufti mahupun masyarakat islam di negeri ini.  

Agenda besar DAP terhadap Institusi Islam Sarawak?

DAP terus melancarkan provokasi terhadap beberapa institusi Islam di Sarawak kerana tidak tunduk kepada gesaan serta kecaman mereka selama ini. DAP mahu Tabung Baitulmal, JAIS dan Mufti Sarawak melaporkan setiap urusan kepada mereka secara terperinci.


DAP mahu wang zakat masyarakat Islam Sarawak turut berada dalam pemantauan mereka. Seolah tanpa restu dari DAP, institusi Islam Sarawak akan terus jadi sasaran kecaman serta persendaan DAP.



Malah YB Chong cuba berceramah dihadapan para pemimpin islam dalam persidangan DUN Sarawak, apakah DAP merasakan mereka lebih arif tentang islam berbanding orang islam itu sendiri?

Berbagai kenyataan provokasi sengaja dibuat oleh pemimpin DAP Chong Chien Jen sewaktu persidangan DUN Sarawak beberapa hari lalu.

Namun yang lebih penting, apakah sebenarnya agenda DAP disebalik semua itu?

Jika berdasarkan kenyatan pemimpin kanan DAP di Semenanjung sebelum ini, jelas sekali DAP mempunyai agenda yang lebih besar terhadap agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Maka tidak hairan apa yang DAP Sarawak lakukan sekarang ini adalah berlandaskan agenda yang sama.
YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010. KLIK
Ketika Tan Sri Muhyiddin mengingatkan umat Islam tentang wujudnya tindakan yang sengaja untuk menghina dan memperlekehkan agama Islam, meskipun Tan Sri Muhyiddin tidak menyebut mana-mana pihak. Namun yang bingkas membidas dan 'terasa' dengan kenyataan itu adalah pemimpin DAP Lim Kit Siang. KLIK

4 Bukti Kemenangan Mat Sabu Meragukan !

Berbaiah untuk memberi ketaatan dan wala' kepada kepimpinan jamaah adalah suatu perkara besar yang sangat dituntut daripada ahli. Namun, ia hanya sah diberikan kepada kepimpinan yang memiliki syarat yang telah digariskan oleh Islam yang dipilih oleh perwakilan yang sah dalam muktamar melalui proses yang telus. Malangnya, banyak insiden meragukan yang boleh dibuktikan benar wujudnya telah mencemari proses pemilihan kepimpinan PAS kali ini.

Ia bukan lagi sekadar kecuaian biasa atau kesilapan teknikal akibat kelemahan manusia yang boleh kita bertolak ansur dengan ucapan permohonan maaf, tetapi ia sebenarnya adalah suatu kejadian yang dirancang rapi untuk memberi laluan mudah kepada 'calon pilihan' Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat sekaligus menyekat pesaing lain daripada memenangi pemilihan kali ini.

Logik mudah, pemilihan yang bermula sejak Jumaat lalu, masih belum dapat diumumkan keputusan penuhnya sehingga ke hari ini. Sedangkan, pilihanraya umum yang melibatkan lebih 11 juta pengundi pun boleh selesai sehingga diumumkan keputusannya paling lewat sebelum jam 11.59 malam. Para perwakilan perlu bersikap objektif dalam menilai peristiwa hitam ini, bukan soal kita tidak boleh bertolak ansur atau bersangka baik sesama anggota jamaah, tetapi ia berkenaan keabsahan kepimpinan yang dilantik dan kemungkaran terancang yang telah dilakukan.

Mengapa dikatakan ia meragukan dan sebuah perancangan yang telah disusun, berikut rasionalnya :

[1] Sebagai calon yang bertanding, tindakan Mat Sabu dan Husam Musa ke bilik pengundian pada 23 November 2013 pada jam 12.05 AM adalah sangat tidak munasabah dan meragukan.

[2] Proses pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden tetap diteruskan walaupun wujud kesilapan dalam proses pemilihan itu. Sekalipun kesilapan teknikal hanya wujud pada kertas calon Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jawatankuasa Pemilihan sepatutnya menggangtung keseluruhan proses pengundian itu sehingga semua kesilapan diperbetulkan dan supaya tidak berlaku dua kali sesi pengundian.

[3] Peti undi bagi Jawatan Timbalan Presiden dibiarkan dalam tempoh yang sangat lama tanpa pemantauan dan kawalan ketat oleh Jawatankuasa Pemilihan.

[4] Portal berita MStar telah menyiarkan keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden berserta dengan bilangan undi setiap calon seawal jam 5 petang sedangkan keputusan rasmi hanya diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan sekitar jam 7 petang.

Video: Hudud - PAS tolak rayuan Karpal

PAS tidak akan mengendahkan rayuan rakannya dari DAP supaya tidak melaksanakan hukum hudud, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Karpal menegaskan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS tidak berkuasa untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Karpal juga merayu agar PAS tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Namun ramai pihak melihat kenyataan PAS dan Karpal hanyalah 'drama' yang sengaja diulang-ulang untuk menyedapkan perasaan penyokong tegar PAS. Sedangkan apa yang pasti, PAS tidak akan berani melaksanakan Hudud tanpa restu dari DAP.

Selepas ini, para Ulama PAS akan senada menyalahkan BN yang menolak hudud, walaupun sebilangan pemimpin UMNO/BN menyatakan sokongan serta mencabar PAS melaksanakan Hudud bukan sahaja di Kelantan, bahkan di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.




Gambar PM Najib makan santai

YAB Perdana Menteri menikmati jamuan secara santai di Seminar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tengahari tadi.

Rogol: Pemandu Nurul Izzah diburu?

foto hiasan
Rupanya Pemandu Nurul Izzah adalah suspek utama dalam kes rogol pembantu rumah warga Indonesia, 37 tahun.

Nama suspek adalah Naim dan menurut mangsa, pemandu Nurul Izzah datang bersama seorang lagi rakannya..mereka berdua membawanya ke sebuah rumah teres dua tingkat d Taman Okid Batu 9 Cheras.

Beliau kemudiannya d berikan rokok yang mengandungi ganja dan d rogol oleh Pemandu Peribadi Nurul Izzah dan selepas itu oleh rakan beliau.

Menurut sumber, mangsa d pukul setelah suspek mengetahui mangsa telah menghubungi majikannya.

Barang yang turut d ambil suspek adalah wang hampir RM 5000, sebuah handphone dan paspot milik mangsa. Suspek melarikan diri bila mangsa berkeras ingin laporkan kejadian pada pihak Polis.

Gambar: PM Najib Lawat Dr Mahathir Di IJN


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Sabtu mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad di Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).

Najib dan Rosmah meluangkan masa lebih 30 minit bersama Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berada dalam keadaan riang.

Bekas perdana menteri itu memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke IJN Sabtu lepas kerana jangkitan dada.

“Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau,” kata satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir, Sabtu.

Mat Sabu cadang demonstrasi besar-besaran

PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS ketika sidang Muktamar Tahunan ke-59 membangkitkan usul demonstrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga membantah gejala rasuah oleh Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS itu mengemukakan usul berkenaan semasa sesi perbahasan usul ekonomi di Stadium Melawati, Shah Alam di hadapan 1,129 perwakilannya.

"Maka muktamar ini mencadangkan agar satu Himpunan Rakyat besar-besaran oleh parti politik, NGO, dan semua pihak untuk membongkarkan segala penyelewengan sebagaimana laporan audit serta membantah dan mendesak kerajaan menarik balik hasrat dan keputusan melaksanakan GST dan TPPA," kata Mohamad, yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu.

"Kita gerakkan rakyat membantah rasuah dan ketirisan," katanya.

Selangor mahu contohi Sarawak naik gaji ADUN

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan menaikkan gaji dan elaun bulanan bagi kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor mulai tahun depan.

Sehubungan dengan itu satu kertas kerja akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan dan perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan exco yang lain.

"Kami sedang mengadakan mesyuarat exco. Sebaik sahaja kelulusan diterima (daripada exco), kita akan membentangkan usul itu pada Isnin atau Selasa," katanya pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Undangan Negeri semalam.

Beliau menambah pertimbangan bagi kenaikan yang dicadangkan itu berdasarkan kepada tiga faktor.

"Pertama beban kerja di Selangor adalah sangat berat. Kedua, kerajaan negeri mampu untuk memberi kenaikan dan ketiga ia adalah satu insentif untuk wakil-wakil rakyat kita," katanya.

Cubaan PKR tutup "bangkai gajah" dipertikai

BANGI, 22 Nov – Ketua Penerangan Keadilan, Dr Muhammad Nur Manuty didesak untuk memperbetulkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperjuangkan agenda liberal demokratik dan bukan melindunginya.

“Beliau sepatutnya (Dr Manuty) perlu memperbetulkan ‘pak syeikh’ bukan melindunginya dengan alasan yang rapuh,” demikian menurut Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman.

Katanya, tindakan Manuty membela Anwar dilihat seperti cuba menutup bangkai gajah.

“Tunjukkan dan jelaskan di mana rujukan liberal demokratik di dalam Islam seperti mana yang beliau dakwa, tak perlu lindungi kesilapan Anwar seolah-olah mahu menutup bangkai gajah,” kata Ustaz Hazizi.

Baru-baru ini Dr Muhammad Nur Manuty menuduh ISMA bersikap prejudis dan berniat jahat apabila ISMA mengatakan Anwar sebagai pejuang liberal demokratik yang membawa kepada negara tanpa agama.

Pemuda PAS lulus usul kaji kerjasama Pakatan di Pulau Pinang

Muktamar Pemuda PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul untuk mengkaji Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat.

Wakil Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Shafirol Rozali ketika membentangkan usul tersebut, berkata pihaknya kesal dengan tindakan kumpulan tertentu yang tidak menghayati konsep tahaluf siyasi yang diperkenalkan Majlis Syura Ulama parti itu.

"Kita bukan nak cari pasal atau bergaduh dengan sesiapa, tapi kita mahu berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Persoalannya selepas tahaluf siyasi diperkenalkan, ada di kalangan mereka yang tidak menghayati perkara ini sebagai sesuatu yang serius," katanya.

Usul tersebut ekoran kemelut hubungan PAS dengan kerajaan pakatan di Pulau Pinang apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof dilaporkan meminta exco kerajaan itu berhenti campur tangan dalam pentadbiran majlis agama negeri itu.

VIDEO: Rakaman lelaki 'Y' tuduh pengundi Bangla

Rakaman video ini yang dimuat naik di saluran youtube ‘StopLynas SaveBolehland’ pada 3 Mei 2013, iaitu dua hari sebelum keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13). kelihatan seorang lelaki 'Y' bercakap tentang kewujudan pengundi Bangla.

Anwar terpaksa menafikan beliau berkata demikian, kerana yang berucap dalam video ini adalah lelaki 'Y'.



Video Ulama PAS maafkan Karpal Singh

Ketua Dewan Ulama PAS AS Datuk Harun Taib berkata oleh kerana tahaluf siyasi Pakatan masih baru, maka pengerusi DAP Karpal Singh masih belum sempat mempelajari Islam. Justeru, PAS akan memaafkan keterlanjurannya mendesak parti atau pertubuihan berasaskan agama termasuk PAS dibubarkan.

Hmmmm...memang sudah dijangka inilah kenyataan Ulama PAS!



TERKINI: Pasangan Porno Alvivi gagal batalkan pertuduhan

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee gagal dalam permohonan untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan yang dihadapi mereka di Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Kamardin Hashim dalam penghakimannya berkata, tiada merit dalam permohonan pemohon dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah terpakai untuk semua penganut agama. dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Kenyataan 'Pedas' Perkasa Sarawak

PERKASA Negeri Sarawak amat bersedih dan kecewa kerana pengorbanan kaum pribumi (Bumiputera) Sarawak yang telah selama ini bertolak ansur utk membenarkan "Gagasan Transformasi 1 Malaysia" di jayakan walaupun telah membenam hak keistimewaan Pribumi untuk disamaratakan dengan kaum bukan Bumiputera. 

Sebagai contoh yang mudah, baru2 ini Kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian "Liquidated Acertained Damages (LAD)" untuk kontraktor kaum Bumiputera yang telah dimansuhkan tanpa berunding oleh Kementerian Kewangan.

Kerajaan pula mengikut telunjuk tuntutan ahli korporat kaum Cina untuk menghapus peranan pokok Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) tidak lama lagi. Padahal itu sahaja yang tinggal untuk menjaga kepentingan kontraktor Bumiputera walaupun telah tegas di tentang hebat oleh Kesatuan2 Bumiputera. 

Nampaknya majoriti besar pengundi kaum Cina hanya memperalatkan pemimpin2 BN mereka untuk mengambil kesempatan terhadap keiklasan Kerajaan BN asalkan mreka dapat menuntut hak kesamarataan dengan kaum Bumiputera.

Karpal amat angkuh dan sombong - Raja Ahmad PAS

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss menyifatkan Penasihat DAP, Karpal Singh sebagai seorang pemimpin politik yang amat angkuh dan sombong.

Raja Ahmad berkata, keangkuhan itu terbukti apabila Karpal menuduh beliau tidak memahami Bahasa Inggeris sekali gus memperkecil-kecilkan kelayakan akademiknya selaku graduan dari Universiti Manchester United Kingdom (UK).

“Saya merasakan isu tersebut (tidak faham Bahasa Inggeris) tidak timbul kerana saya mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara yang medium pertuturan pengantar utamanya Bahasa Inggeris.

Ketua 'Tuhan Harun' ditahan

Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang dipercayai anak dan isterinya.

Gambar: Bila lagi Anwar nak buat U-turn pasal Blackout?

Hari ini Anwar sekali lagi berjaya buat U-turn dengan menafikan beliau pernah mendakwa kewujudan 40 ribu pengundi hantu warga Bangladesh. Penafian serta penipuan Anwar disambut penuh gembira oleh para pemimpin PAS, cuma blogger PAS yang masih terkedu dengan penafian tersebut.

Namun masih ada lagi isu yang buat rakyat tertanya-tanya, bilakah Anwar akan kemuka bukti kejadian Blackout.  Adakah masih menggunakan gambar lama? atau terpaksa juga buat U-turn macam isu Bangla.

Sebelum ini Anwar dan Pakatan Rakyat, dengan megah berkata hampir 90% tempat mengundi berlaku blackout dan mereka memiliki gambar sebagai bukti dakwaan tersebut.

Yang sangat menarik serta penuh misteri ialah HANYA 1 (satu) gambar sahaja yang mereka jadikan bukti untuk semua kawasan yang dikatakan blackout.


Penan Murum: Pilih NGO atau jaminan kerajaan?

Setakat ini Penduduk yang terjejas akibat pembinaan Empangan Murum kelihatan keliru untuk memilih saluran demi mempertahankan hak mereka, samada untuk menerima jaminan kerajaan atau terus berjuang bersama NGO.

Kerajaan berjanji akan berusaha untuk menyelesaikan isu penduduk yang terjejas akibat Empangan Murum termasuk kaum Penan dengan menyediakan kemudahan serta membayar pampasan yang sepatutnya.

Manakala NGO seperti Sarawak Conservation Alliance, Save Rivers Network, Sarawak Indigenous Lawyer dan Bruno Manser Fond menjanjikan bahawa mereka akan berusaha bersama-sama penduduk terbabit dalam memastikan projek Empangan Murum dihentikan dan Ketua Menteri Sarawak diseret ke pengadilan. Dua janji yang berbeza, tapi menarik untuk dihayati.

Hingga kini NGO seperti Save Rivers Network, Sarawak Indigenous Lawyer, Sarawak Conservation Alliance dan Bruno Manser Fond cukup berjaya meyakinkan penduduk terbabit bahawa mereka adalah pejuang sebenar yang akan mempertahankan hak setiap rakyat di Murum. Baca selengkapnya di SARAWAK ONLINE

Video: Rakaman detik-detik Freddie Joseph diculik



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merekod detik-detik kanak-kanak warga Britain berusia 20 bulan, Freddie Joseph diculik di rumahnya di Jalan Terasek 7, Bangsar, 8 November lalu mula didedahkan pada umum dalam usaha polis mengesan dalang utama penculikan, hari ini.

Melalui rakaman yang diperoleh dari CCTV rumah seorang jiran mangsa, jelas memaparkan rentetan penuh kejadian penculikan itu bagaimanapun polis menemui jalan buntu untuk mengenal pasti identiti lelaki yang dilihat melarikan Freddie dalam tempoh tidak sampai dua minit seperti yang dirakam CCTV berkenaan.

Kaum Penan akan berdemo di Parlimen Esok

Ada perkhabaran yang boleh dipercayai mengatakan bahawa sekumpulan kaum Penan dari Murum akan mengadakan demo bantahan mengenai pembinaan Empangan Murum di Kuala Lumpur pada 20 November (esok). Mereka akan berarak bermula jam 9 pagi menuju ke Parlimen.

Rombongan tersebut dipercayai diketuai oleh Peter Kalang Jalong yang merupakan Pengerusi Save Rivers Network (NGO) dan Abun Sui Anyit dari Aktivis Sarawak Indigenous Lawyer Association (NGO). Selain itu terdapat beberapa orang lagi penduduk asal kawasan Murum dan ahli NGO turut menyertai demonstrasi ini iaitu Balan Beran, Miku , Layu , Ngang Buling, Pinang, Ramlie, Lenggok, Lien dan Gereng yang bakal terbang ke Kuala Lumpur hari ini.

PAS Pulau Pinang desak Lim Guan Eng henti campur tangan

PAS Pulau Pinang hari ini membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Timbalan pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Yusof berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Parti itu juga bersedia menarik balik wakilnya keluar daripada kedudukan negeri atau pihak berkuasa tempatan jika enam tuntutan yang dikemukakan mereka hari ini tidak diendahkan.

Dalam sidang media di Seberang Jaya, Fauzi berkata, kesemua tuntutan itu datang daripada akar umbi dan diajukan kepada exco negeri.

Akar umbi parti itu menuntut ketegasan PAS bersama sekutunya dalam Pakatan dan mahukan parti itu diberi kedudukan dan peranan sesuai dalam kerajaan negeri, kata Fauzi.

ADUN DAP dipecat kerana tak beri sumbangan

DAP hari ini memecat keahlian ADUN Pujut Fong Pau Teck atas dakwaan tidak membayar sumbangan bulanan yang diwajibkan kepada parti.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan hari ini.

Pujut merupakan satu kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Miri, Sarawak.

Tun Mahathir dimasukkan ke Hospital

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas mengadu sakit dada.

Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan koronari (coronary by-pass) sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan rapi (ICU).

Setakat ini, beliau dilaporkan dalam keadaan stabil.

Wajah Terkini Suspek Bunuh Pegawai Bank



Inilah wajah terkini suspek utama kes menembak mati Pegawai Operasi AmBank Cawangan Subang Jaya Puan Norazita Abu Talib yang dirakam semalam ketika muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan wajah sugul, kering dan tidak bermaya langsung.

Dia kelihatan memakai baju lokap berwarna jingga di bawa ke Mahkamah Majistret untuk sambungan reman selama 7 hari lagi sehingga 23hb November 2013.

Negeri Pakatan akan didesak laksana hudud

Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Gambar Pengikut 'Tuhan Harun' yang dikehendaki Polis

Seramai 27 individu yang dipercayai pengikut  ajaran sesat 'Tuhan Harun' diminta tampil membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes tembak Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mereka terbabit diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes itu.

"Tujuh daripada mereka termasuklah pengasas ajaran sesat itu iaitu Harun Mat Saat, 47, Husin Ismail, 43, Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40, Mohd Khalilie Zazali, 31, Syahiszam Soid, 40, Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dan Azida Mohd Zol, 30 tahun, yang telah dikeluarkan waran tangkap sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Video Duyung Yang Gemparkan Dunia


Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah.

Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.

Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk “Mermaids: The Body Found”.

Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.

Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence” .

Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.

Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.

HUDUD: Bila DAP berdehem, PAS terus terkencing

Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersedia sepenuhnya melaksana hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum Islam itu.

Namun, apa yang pasti kerajaan PAS Kelantan belum lagi mendapat restu dari DAP untuk melaksanakan hukum tersebut. Ini yang menyebabkan PAS sebagai parti pemerintah Kelantan terpaksa menangguh dan terpaksa berdiam diri.

Sampai sekarang PAS terpaksa berjaja retorik tentang Hudud dihadapan penyokongnya, selain menyalahkan UMNO/BN sebagai alasan untuk menutup ketakutan diri terhadap DAP dan PKR.

Ini buktinya, belum sempat PAS buka mulut, DAP dah tampil dengan bantahan.

Lepas ini pula, para ulama PAS akan tampil menyalahkan UMNO/BN, yang kononnya menghalang PAS laksana hudud di Kelantan.

Inikah Menteri Idaman Malaya?



Hebat berkuasa... bercakap penuh gaya dan keyakinan. Adakah ini menteri idaman Malaya?

VIDEO KECOH: Usul Surendran digantung kerana hina Speaker

Hampir satu setengah jam masa persidangan Dewan Rakyat pada Khamis 14 November (14/11) dibazirkan dengan kekecohan dicetuskan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang membantah usul kerajaan mahu menggantung ahli parlimen PKR Padang Serai N.Surendran kerana menghina Speaker.

Suasana Dewan Rakyat tidak ubah seperti 'pasar borong' atau 'sarkas' dengan ahli parlimen pembangkang berterusan bangun memekik dan menjerit termasuk mengoyak kertas usul semata-mata marah dan tidak berpuas hati dengan usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Nancy Shukri.



HUDUD: Apa lagi PAS tunggu?



Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan PAS Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan dalam masa terdekat.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan PAS Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya ia mahu dilaksanakan dalam masa terdekat.

BL1M: Jangan cuba perdaya kepercayaan rakyat?

Laporan ini baru saja kami terima dari pemohon di sekitar Mukah, nampak sangat pihak yang menganjur BL1M kurang ikhlas dalam menangani masalah rakyat.

Waktu mempromosi BL1M bukan main lagi lagak pemimpin politik di depan rakyat, bila dah keadaan begini lain pula nada sms yang rakyat terima.  Jangan cuba nak ugut rakyat! Laporan selengkapnya di Sarawak Online


Menteri Kerja Raya dan Kapcai

Saya tertarik dengan komentar serta kritikan dari rakan-rakan pembaca susulan kenyataan Menteri Kerja Raya berkenaan risiko motosikal kapasiti enjin rendah di lebuh raya.

Kritikan tersebut mungkin sesuai dengan tajuk berita yang disiarkan Utusan, “Kerajaan kaji cadangan tidak benarkan motosikal 'kapcai' berada di lebuh raya”. ‘Tajuk’ tersebut telah mengundang perbahasan serta kritikan dari pembaca termasuk rakan-rakan blogger

Tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak, perbahasan serta kritikan itu seolah tidak merujuk kepada intipati serta jawapan menteri secara keseluruhan.

Sebenarnya Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof memberitahu Dewan Rakyat kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu (risiko motosikal kapasiti enjin rendah di lebuh raya) memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.

Antara jawapan Menteri Kerja Raya, "Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan,"

Jawapan itu timbul sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bertanyakan mengenai lorong khas motosikal di lebuh raya untuk mengelakkan motosikal menggunakan laluan kereta dan kenderaan lain.

Kenyataan itu adalah merujuk kepada soalan spesifik yang dikemukan Datuk Bung Mokhtar Radin berkenaan "untuk mengelak motosikal menggunakan laluan kereta dan kenderaan lain".

Bahkan Fadilah turut menjelaskan, pada masa ini, hanya Lebuh Raya Persekutuan menyediakan lorong khas motosikal dan pembinaan lorong itu di semua lebuh raya memerlukan kos tambahan melibatkan RM2 juta untuk setiap satu kilometer.

Gambar: Lagak Suspek Kes Rompak dan Bunuh

Berikut suspek yang dikenali sebagai 'Joemar' atau Osman Salleh dipercayai sebagai perancang kes rompak dan bunuh yang mengorbankan pegawai operasi Ambank.

Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga dikatakan memiliki MyKad palsu dan menyimpan RM400,000 hasil rompakan insiden berkenaan.

Difahamkan Joemar dan suspek utama yang menggunakan identiti palsu Ardi Hamza dipercayai sudah lima tahun menetap di negara ini sebelum merancang jenayah pada 23 Oktober lalu.


Sila sebarkan gambar suspek berbahaya ini...

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com