Gambar: Awas!! Unit Amal PAS akan rempuh Polis

Sepertimana perhimpunan haram anjuran pembangkang yang terdahulu, kali ini Unit Amal PAS sekali lagi diamanahkan untuk mengepalai para demonstran bergerak ke Dataran Merdeka.

Semasa perhimpunan bersih 3.0, Unit Amal PAS juga diamanahkan untuk merempuh sekatan Polis (baca SINI), Mungkin dalam beberapa minit lagi kita akan saksikan bagaimana penganut PAS ini melakukan provokasi ganas dengan merempuh sekatan pihak berkuasa.




Lagi gambar dan berita KLIK

Gambar "Anwar For President" ditampal sekitar KL



Risalah yang berupa poster "Anwar For President" kelihatan ditampal di beberapa kawasan tumpuan orang ramai di sekitar KL.

Selain itu, terdapat juga risalah tertulis "Republik Jatuhkan Kerajaan" yang memuatkan lukisan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Kedua-dua risalah tersebut seolah membawa maksud tersendiri disebalik Himpunan Haram dianjurkan pihak pembangkang pada malam ini.

Ketika ini pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga ekoran dakwaan beberapa bom akan diletupkan di lima lokasi rahsia. 

Bekas pegawai polis dan pendakwaraya Anwar terus berperang

Selepas kantoi apabila dikesan menipu dalam akuan bersumpah (SD), Datuk Mat Zain Ibrahim masih berusaha untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyingkirkan pendakwa raya Tan Sri Shafee Abdullah bagi kes liwat Ketua Pembangkang itu.

Mat Zain bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pada Isnin membuat satu laporan polis terhadap Shafee kononnya pendakwaraya itu melakukan kesalahan memberikan bukti palsu yang bertentangan dengan Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan beliau yang diedarkan bersama salinan laporan polis, Mat Zain tidak menyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan Shafee.

Beliau juga cuba menimbulkan perkara lain termasuk meminta pihak polis ataupun Peguam Negara membuka semula kes berkenaan insiden ‘mata lebam Anwar’ yang berlaku pada 29 eptember 2008 yang lalu.

Elaun menteri, timbalan dipotong 10 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.

Ini termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, dan pegawai kanan kerajaan Gred Utama Sektor Awam C ke atas antara lima hingga 10 peratus.

Kenapa CheguBard kecut telor?

Rupanya haiwan PKR, CheguBard sekadar berani berkokok di Semenanjung, kononnya mahu berdemo di rumah CM Taib.

Chegubard yang selama ini mengatakan penyokong Pro Taib panik tak tentu arah, tapi bila sampai di Sarawak tidak berani berdepan dgn penyokong pro Taib.

Chegubard kecut telor sebaik saja menerima cabaran dari pro Taib. Ikuti laporan penuh di Sarawak Online http://t.co/BdcFIYyRT8

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

CheguBard perli penyokong Taib

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Chegu Bard yang sekian lama jadi penggemar kencing Anwar Ibrahim telah memperli serta mencabar penyokong Taib, khususnya orang PBB dengan berkata "Pro Taib sudah panik yang tidak tentu arah".

Benarkah penyokong Taib Mahmud dan orang PBB sedang panik dan takut pada Chegubard?

Hebat sungguh cara Chegubard melihat diri sendiri, dia membayangkan dirinya terlalu hebat sehingga penyokong Taib dan PBB panik serta ketakutan mendengar nama Chegubard.

Namun untuk mengetahui benar atau tidak anggapan Chegubard bahawa penyokong Taib dan PBB sedang ketakutan sehingga "panik yang tidak tentu arah".

Kita lihat saja perkembangan dalam masa 2 - 3 jam lagi...

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Lelaki yang berniat membunuh dan pecahkan kepala Taib Mahmud

Maklumat yang kami paparkan disini sudah cukup untuk pihak berkuasa mengenalpasti dan menangkap haiwan politik belaan PKR ini, Namun rakyat yang cintakan keamanan perlu tampil membuat laporan polis berkaitan ancaman bunuh terhadap Pehin Sri Taib.

Jika mahu pihak berkuasa bertindak cepat, sila tunjuk sokongan anda dengan laporan polis di balai berhampiran.


Ancaman Bunuh Terhadap "Taib Mahmud"?

Untuk mengenali siapa lelaki hebat yang membuat ancaman terhadap Taib Mahmud, sila klik SINI dan SINI

Kenyataan dibawah adalah justifikasi satu niat jahat terhadap Pehin Sri Taib Mahmud,


Jika mayat ini dibalut bendera BN?

Bayangkan jika bendera yang digunakan untuk membalut mayat dalam gambar dibawah adalah bendera BN atau bendera UMNO...

Pasti ramai yang akan tampil dengan serta merta mengutarakan pelbagai hukum dan fatwa yang mengajak PM Najib dan isteri bertaubat Nasuha.

Para ulamak PAS tentunya dengan penuh istiqamah meminta PM Najib serta pemimpin BN kembali ke pangkal jalan.

Para mufti, terutama sekali bekas Mufti akan tampil dengan nas-nas yang meyakinkan, bahwa tindakan BN dan Najib adalah sangat tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang mendukung islam.

Manakala para penganut fahaman liberal pula akan meminta Najib dan BN agar tidak mempolitikkan kematian.

Dan dengan tiba-tiba orang seperti Rafizi, Anwar dan N.Surendran berlagak seperti ustaz menasihatkan pemimpin BN dan Najib agar tidak keterlaluan berpolitik.

Semua itu terjadi, jika gambar dibawah melibatkan bendera BN atau UMNO..


Pemilik Akaun Facebook Asmaelz Hadzeny II Diberkas

Pemilik akaun laman Facebook Asmaelz Hadzeny II yang menghasut orang ramai untuk melakukan rusuhan bagi menggulingkan kerajaan serta meminta mereka mendapatkan bom untuk tujuan itu pada 31 Disember ini diberkas polis hari ini. 

Laporan lanjut di http://t.co/DuQJDJV46J

Peguam minta pihak berkuasa jangan guna budi bicara untuk himpunan haram

Ketika ada usaha pihak tertentu menganjurkan perhimpunan kononnya untuk menggulingkan kerajaan akhir bulan ini, pihak berkuasa disaran tidak lagi menggunakan kaedah 'budi bicara' dalam usaha mengekalkan keamanan negara.

Seorang pengamal undang-undang Noor Hajran Mohd Nor berkata pihak berkuasa sebaliknya perlu bertindak tegas mengikut kuasa yang ada pada mereka.

Beliau berkata sebagaimana kerajaan memberi kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman mengikut Akta Perhimpunan Aman, pihak berkuasa juga mempunyai kuasa menangani sebarang ancaman terhadap rakyat dan negara.

"Ini bukan pertama kali perhimpunan seperti ini (dirancang). Jika pihak berkuasa tidak ambil tindakan, kita risau Malaysia akan jadi seperti beberapa negara lain, termasuk di Timur Tengah," katanya.

Rafizi terus ketuk tong kosong

Mungkin ada benarnya dakwaan sesetengah pihak bahawa Rafizi Ramli semakin hilang kredibiliti kerana apa juga kenyataannya ahli Parlimen PKR Pandan itu jauh meyimpang daripada kebenaran.

Barangkali dengan Jawatan Pengarah Strategi PKR, Rafizi rasa beliau terus hebat apabila kes NFC yang diungkit dahulu dapat perhatian namun beliau tidak sedar dalam banyak lagi pendedahannya, berakhir dengan…kantoi!

Namun, beliau tidak pernah serik atau tahu malu malah terus mendedahkan sesuatu tanpa membuat siasatan menyeluruh termasuk mendedahkan laporan Bank Dunia yang mengatakan kerajaan menjual aset negara bagi mengurangkan defisit ke paras 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagi gempak lagi, untuk menunjukkan betapa seriusnya perkara ini, Rafizi meminta supaya satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu tersebut.

Rupa-rupanya Rafizi tidak sedar bahawa kenyataan yang disebutkannya itu adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Jawapan yang tak terjawab oleh Rafizi

SIARAN MEDIA

MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan
Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)
Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Pemimpin ini patut cermin diri atau minum kencing China Doll

Barangkali kerana kemaruk perhatian serta publisiti, Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan tiba-tiba bagai terlupa siapa diri sehingga menggelar bandar Kuching sebagai ‘bandar seks’(baca SINI).

Tidak perlu saya mengulas siapa dalang disebalik penyeludupan China Doll, serta segala macam cerita berkaitan "industri seks", bukan saja di Kuching bahkan mungkin diseluruh Sarawak.

Semua rakyat tahu itu bisnes siapa, adakah Julian dan DAP berminat nak kaitkan bisnes itu dengan pihak Tabung Baitulmal Sarawak atau Taib Mahmud?

Agaknya Julian Tan sedang mabuk air kencing 'China Doll', sampai tak sedar sedang cuba membuka pekung didada.

Inilah Selangor yang wajar dicontohi?


Kerajaan BN sekali lagi jadi budak belasahan oleh pelbagai lapisan masyarakat, ekoran kenaikan harga barang serta cukai yang dikatakan membebankan rakyat. Boleh dikatakan, disetiap ceruk negeri rakyat marhaen mengkritik kerajaan BN sebagai zalim serta kurang peka keperluan rakyat. agaknya memang sudah nasib kerajaan BN dibenci rakyat!

Berbeza sekali dengan nasib kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor, meskipun kerajaan PR Selangor menaikkan bayaran lesen perniagaan hingga 300% mengikut keluasan, malah kenaikkan tersebut menjadi antara faktor utama kenaikan harga barang keperluaan dan perkhidmatan di negeri itu. Namun rakyat Selangor menerimanya dengan tenang dan lapang dada, tiada kritikan terhadap kerajaan PR yang kita dengari, jauh sekali aksi "flash Mob" atau demonstrasi.

Apakah Kerajaan BN perlu belajar dari kerajaan PR Selangor tentang taktik putarbelit untuk memendam suara rakyat melalui siri ceramah sarkastik atau dengan mengkrtitik isteri pemimpin.

Ironi sekali, kenaikan hingga 180% di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak sedikit pun memberi kesan kepada rakyat Selangor, bahkan mereka lebih gementar dengan kenaikkan 10%-35% oleh kerajaan BN. sehingga membayangkan mereka sedang menderita yang amat sangat oleh kenaikkan 10%-35%   tersebut.

Mungkinkah rakyat tidak mampu mengkritik kerajaan PR, kerana terlalu seronok mendengar ceramah Anwar tentang kebejatan Rosmah.


Penipuan DAP disebalik "impian Sarawak"

Portal Sarawak Online telah mendedahkan ‘Laporan Penghantaran Anak Pokok Sawit dan Baja PERCUMA’ kepada pekebun kecil di kawasan pedalaman di Sarawak.[DI SINI]. Ini adalah kerana Projek DAP “Impian Sarawak” kononnya sekali lagi membuka mata rakyat Sarawak apabila baru-baru ini DAP telah memberi bantuan anak pokok sawit kepada rakyat di kawasan pedalaman Sarawak. Sebanyak 100 anak pokok sawit telah disampaikan oleh DAP kepada Pekebun-Pekebun Kecil Tanah NCR Sarawak bertempat di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang.

Namun apa yang pelik di sini ialah ini bukanlah satu bentuk bantuan yang ikhlas dari DAP dimana pemohon tersebut diminta membayar pinjaman selama 20 tahun dengan perlu membayar 10 peratus daripada hasil jualan selepas 2 tahun. Sudah pastinya dengan menghebohkan program ini, akan menimbulkan persepsi kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa DAP seumpama ‘malaikat’ yang sangat baik hati membantu pekebun kecil di kawasan pedalaman. Adakah ini merupakan bantuan ataupun sebenarnya penganiayaan kepada pekebun-pekebun kecil di Sarawak? Baca laporan lanjut dari blogger Sematan Ke Lawas

Pengerusi TURUN Yang Merancang Demo Malam Tahun Baru Dicekup!


Saudara Azan Safar, Pengerusi TURUN ditangkap sekumpulan SB berpakaian awam di Restoran Kak Som. Disahkan mereka menunjukkan kad pengenalan polis, dibawa ke IPD Dang Wangi.

Asalnya beliau sedang makan di restoran sambil berbincang mengenai gerakan TURUN.

Namun berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, kumpulan tersebut juga mengadakan perancangan rapi bagi merealisasikan gerakan menimbulkan ketegangan di KL pada malam tersebut.

PKR kecoh, Anwar Marah Laporan Economist Intelligence Unit – Social Unrest 2014

Semalam bukan main kecoh juga di HQ PKR apabila seorang budak intern memberikan laporan kononnya Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014.

Budak intern yang mentah itu begitu yakin, dia dapat menarik perhatian Anwar dengan laporan kononnya Malaysia tidak berada di dalam senarai negara kacau bilau.

Gegak gempita HQ PKR apabila Anwar menyalahkan kebodohan INTERN tersebut sebagai tanda budak itu tidak layak bekerja dengan PKR.

Laporan EIU menyebut bahawa Malaysia berada di dalam kumpulan LOW RISK untuk berlaku kekacauan pada tahun hadapan.

Anwar kemudiannya berceramah tentang keperluan HQ PKR menjadi pemangkin bagi memastikan Malaysia kacau bilau. Itu tugas utama kita di sini, jerit Anwar.

Kalau tidak ada kacau bilau, kita mesti cetuskan kacau bilau. Sebab itu kita buat segala macam anti-GST, anti tol dan sebagainya. Budak intern itu termenung panjang.

AS Bantu Syiah di Iraq

DI era 80 – 90 – an , tidak ramai yang faham mengapa Presiden Iraq ketika itu, Allhayraham Saddam Hussein membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri .

Berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah serapah Saddam . Beliau ditahbiskan sebagai seorang pembunuh kejam .

Dua puluh tahun kemudian , terungkap bahawa orang – orang yang dibunuh oleh Saddam tersebut adalah penganut mazhab Syiah di negerinya .

Selama lebih dari dua dekad , kenyataan itu dilindungi dan disembunyikan oleh media Barat .

Sejak lama Saddam sudah tahu akan bahaya Syiah .

Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke negerinya . Jika hanya sekadar tinggal , mungkin Saddam tidak akan begitu peduli .

Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan sedia ada di bumi Iraq terutama dengan konsep kahwin mut'ah – yang memang tak ada bezanya dengan pelacuran.

Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung menyokong kerajaan Syiah Iran.

Saddam yakin mereka tidak akan memperlihatkan kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi patriotisme kenegaraan.

Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia sunni dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam kepada pengikut Syiah.

Di rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq .

Saddam – memerintah hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain .

Sejarah juga menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang kemudian mendesak PBB untuk memerangi Saddam.

Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah. - Mynewshub

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video Kejadian Hujan Ais Di Perak



“Rasa seperti ada batu-batu kecil menyakiti tubuh saya,” itu antara pengalaman dirasai seorang peniaga dalam satu kejadian ribut, di Perak, kelmarin.

Mohamad Kamal Abdul Latiff, 35, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, rata-rata peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan dikejutkan dengan kehadiran angin kencang dan hujan lebat berupa ketulan ais.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru sahaja membuka khemah untuk menjual hasil laut.

“Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit, tiba-tiba hujan lebat melanda diikuti ribut hingga menyebabkan beberapa khemah hampir tumbang.

“Saya bersama pekerja terpaksa menahan khemah dari diterbangkan angin, ketika itulah saya dapat rasa tubuh saya seperti dihujani batu-batu kecil,” katanya.

Mohamad Kamal berkata, insiden tersebut pertama kali berlaku sepanjang 10 tahun dia berniaga di kawasan berkenaan.

“Memang tak sangka, lebih-lebih lagi saya sendiri yang alaminya.

“Susulan kejadian ini, hampir semua peniaga tak jadi berniaga dan mengemas barang dan peralatan masing-masing,” katanya.

Difahamkan, selain merosakkan khemah peniaga, beberapa papan tanda turut tumbang akibat ribut namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. (sumber)

2 rakyat Malaysia cedera letupan bom di Thailand

Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di Selatan Thailand, hari ini.

Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supritendan Che Man Md Dros ketika di hubungi berkata, butiran dua rakyat Malaysia tersebut masih belum dapat dikenalpasti.

Dua lagi kejadian letupan di Pekan Sadao dan Padang Besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Gabenor Songkhla, Girisada Boonrach berkata, kejadian letupan bom di Pekan Danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan hotel terbabit.

Semetara itu, letupan di Pekan Sadao berlaku pada pukul 11 pagi manakala letupan di Padang Besar pada pukul satu tengahari.

Semua mangsa yang cedera di hantar ke hospital berdekatan.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

GAMBAR: Wajah Tebusan Pulau Pom-Pom Sejurus Selepas Dibebaskan

Berikut ialah kronologi pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lepas.

15 Nov – Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan seorang pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, mati ditembak manakala rakan wanitanya, An Wei Chang, 58, dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki bersenjata, dipercayai dari selatan Filipina.

16 Nov – KPN syaki kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf terlibat dalam kes itu yang dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

17 Nov – Polis percaya An Wei Chang masih hidup dan usaha menjejaki kumpulan yang menculiknya giat dijalankan oleh pasukan keselamatan.

18 Nov – Polis Sabah menegaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang laporan media Taiwan kononnya keluarga An Wei Chang, sudah dihubungi pihak tertentu untuk meminta bayaran tebusan.

Benarkah Video ini tidak ada kesan untuk BN Sarawak?

Menurut beberapa pemimpin Sarawak, video seperti ini tidak ada kesan apa-apa terhadap kerajaan yang memerintah kerana mereka tidak percaya kepada pengaruh media sosial.

Apa kata anda?

Tengku Adnan memohon maaf pada wanita

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalahertikanoleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung.

"Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberitaselepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA, Sabtu.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.

"Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan,bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya.

Warga Taiwan diculik berjaya diselamatkan

KUALA LUMPUR - Wanita warga Taiwan yang diculik kumpulan bersenjata di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada 15 November lepas, berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina hari ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya petang ini.

"Syabas pasukan bersenjata Filipina, mangsa culik rakyat Taiwan di Pom Pom berjaya diselamatkan," katanya.

Ia kemudian disusuli dua lagi catatan berbunyi: "Kita tunggu perkembangan lanjut dari pihak berkuasa Filipina."

Khalid berkata, wanita itu yang diselamatkan di Sulu, kini berada di Hospital Merin, Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City esok.

Khalid yang kemudian dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 November, seorang pelancong lelaki warga Taiwan, 57, ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh ke bilik penginapan mereka di pulau berkenaan.

Dalam kes itu, polis turut menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Disember lepas.

Kedua-duanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan bekerja di kawasan pulau sekitar Semporna. - Bernama

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tawaran untuk rakyat yang sukar ditolak..


Perkara yang paling menarik perhatian kami ialah kemampuan DAP membina Rumah Mesra Rakyat dengan kos hanya RM20 ribu, iaitu rumah yang sama dibina kerajaan BN dengan kos RM40 ribu.

Mordi ak. Bimol, Pembantu khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching memberitahu perkara itu dihadapan hadirin dengan penuh bangga.

"Kos DAP membina rumah PPRT hanya cuma RM20 ribu berbanding pihak BN membina dengan kos RM40 ribu" kata Mordi.  Baca selanjutnya KLIK

Inikah "Impian Sarawak"?

Jelas sekali usaha DAP untuk menguasai kawasan pendalaman Sarawak bukan sekadar cakap-cakap politik, mungkin sudah sampai waktu DAP perlu bergerak aktif dikawasan pendalaman khususnya tempat yang dianggap "kawasan putih".

Selalunya tempat yang sering diabaikan oleh pemimpin PBB/BN adalah "kawasan putih", kawasan inilah tempat penyokong tegar Barisan Nasional. di tempat ini juga keluh kesah rakyat sering dikesampingkan, para pemimpin PBB/BN yang gemar bercakap 'separuh melayu-separuh english' sering menyatakan pelbagai alasan yang mengelirukan bila ditanya masalah rakyat.

Apakah mereka mahu kawasan-kawasan putih ini dikuasai DAP terlebih dahulu, barulah seluruh jentera akan berkampung disana. dan Perdana Menteri pun akan datang ke tempat ini menabur beratus-ratus juta ringgit demi meraih undi, hanya kerana kawasan ini bukan lagi berstatus "putih".

Perlu diingatkan, "DAP akan kuat hanya kerana BN Sarawak lemah"...

Polis siasat "himpunan guling kerajaan"

Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan.

Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin.

"Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

Malaysia Paling Rasuah Di Dunia? Ini Jawapan BANK NEGARA

Kesilapan dan ketinggalan (E&O), yang cenderung berlaku di dalam pengumpulan perangkaan import dan eksport Malaysia kerana ekonominya yang sangat terbuka, tidak seharusnya dianggap sebagai aliran
keluar kewangan haram yang besar.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar, sehubungan itu berkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk melabelkan Malaysia antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.

Beliau berkata E&O dan imbangan pembayaran, khususnya, berpurata pada dua peratus daripada jumlah dagangan, jauh lebih rendah daripada tanda aras sebanyak lima peratus yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Ia juga jauh lebih rendah berbanding E&O AS iaitu tujuh peratus,” kata beliau dalam persidangan akhbar di sini.

Aliran keluar modal haram yang jatuh di bawah kategori transaksi tidak direkodkan ialah antara sebab kepada ketinggalan, manakala yang lain pula ialah saiz sampel tidak lengkap dan penyeludupan barang.

BNM semalam menyatakan laporan terkini oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan asing telah membangkitkan isu aliran keluar kewangan haram yang besar dari negara-negara sedang membangun.

Azean Irdawaty meninggal dunia, Al-Fatihah

Seniwati Azean Irdawaty, 63, yang menderita penyakit barah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sebentar tadi.



Perkara itu disahkan melalui twitter Jaja Shah-Mohen


Gara-gara fitnah, Rosmah ditahan 6 jam


Meskipun pengakuan ini tidak mungkin meredakan ketagihan segelintir umat melayu islam di Malaysia untuk memfitnah isteri Perdana Menteri, namun setidaknya dapat juga memberi kelegaan kepada para pembaca yang tidak bercita-cita tinggi dalam politik.

Bahkan tidak mustahil pengakuan Datin Rosmah ini akan menambah bibit-bibit fitnah yang baru, yang akan kita semua dengar dalam waktu terdekat ini.

Kalau pun Datin Rosmah dipenjara kerana fitnah semata-mata, itu pasti belum memadai untuk memuaskan nafsu serakah segelintir umat melayu islam di Malaysia. 

Malah para ulama-ulama politik yang sedang kemaruk kuasa amat berharap PM Najib dan isteri dibunuh dan digantung serta dicincang dikhalayak ramai. Kerana para ulama ini percaya bahawa terlalu ramai rakyat Malaysia menderita kerana dizalimi Rosmah.

Bagi pembaca yang tidak ada cita-cita politik, bacalah pengakuan ini dengan lapang dada.

Berikut adalah pengakuan Datin Seri Rosmah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Benarkah ini Wajah Suspek Kematian Anggota TLDM?

Belum pun sampai 24 jam entri ADC dedahkan mengenai kematian seorang anggota Navy akibat dibuli dipercayai rakan setugas yang masing-masing berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat, inbox email ADC menerima foto wajah anggota navy yang dipercayai terlibat membuli sehingga mati LK I PAP ASRUP BIN RAIDIN.

Maklumat pengirim email ADC terpaksa dirahsiakan, ini kerana bagi menghormati maklumat pembaca blog ADC.

Jika benar wajah ini anggota navy yang terlibat,maka pihak TLDM dan pihak polis sudah mudah untuk memulakan siasatan. (sumber)

Gambar Tun Mahathir beri penghormatan pada Mandela

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyertai orang-orang kenamaan dunia memberi penghormatan terakhir kepada bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, berada di Pretoria sebagai wakil peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Dr Mahathir juga mengetuai delegasinya untuk menyampaikan ucapan takziah mereka dan juga mesej peribadi Najib kepada keluarga mendiang ikon anti-Aparteid itu.

Mandela, 95, meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada 5 Disember selepas beberapa menderitai jangkitan paru-paru.

"Mendiang Nelson Mandela dan Dr Mahathir mempunyai hubungan yang amat rapat, yang terjalin semasa zaman-zaman mencabar apabila Afrika Selatan di bawah rejim aparteid," kata kenyataan itu.

Ia menjelaskan bahawa Malaysia memainkan peranan yang menyokong persiapan Afrika Selatan untuk pilihan raya demokratiknya pada 1994 yang menyaksikan Mandela dipilih sebagai presiden kulit hitam yang pertama.

Bukti Mat Sabu Syiah diserah kepada JAKIM

Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.

"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau berkata sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.

KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.

Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah.
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Dimana letaknya bahasa Kebangsaan?

Apakah bahasa kebangsaan sudah tidak sesuai untuk meraih sebarang keuntungan negara ini? Sehingga entiti kebangsaan seperti Petronas merasakan bahasa lain lebih dekat dihati pelanggan demi meraih laba yg lebih besar.

Di Malaysia, para pemimpin politik juga merasakan diri lebih hebat dan bergaya jika bercakap separuh bahasa melayu dan separuh bahasa inggeris.

Apakah sudah tidak ada perasaan bangga terhadap bahasa kebangsaan?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Adakah Tentera Laut ini dibunuh kejam atau Kemalangan?

Agak keberatan penulis hendak menaip kisah ini kerana secara jujur, tidak banyak maklumat yang ada pada penulis.

Namun, melihat gambar dan kenyataan ini berlegar dengan begitu meluas di media sosial, maka penulis terpanggil juga membawa isu kejadian ini ke tengah.

Apa yang penulis taipkan adalah berdasarkan analisis sendiri daripada status yang dimuat naik salah seorang pengguna Facebook.

Apa yang penulis faham, mangsa dalam gambar ini dikenali sebagai Asruf dan berasal dari Sabah didakwa sebagai anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Kalau mengikut pihak yang mula-mula memuat naik gambar itu, seolah-olah ada konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup kejadian sebenar.

Baca selengkapnya di http://mynewshub.my/2013/12/09/apakah-benar-anggota-tentera-laut-ini-telah-dibunuh-pegawainya/

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Zahid akan tunjuk bukti Mat Sabu pengikut Syiah

Isu dakwaan ‘pemimpin nombor dua PAS pengikut Syiah nampaknya semakin panas dan menarik.

Ketika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan beliau pengikut Syiah malah memgugut mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula mempertahankan kenyataannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu yang merujuk kepada Mohamed Sabu.

Malah Zahid berkata beliau ada bukti mengenai perkara itu dan berjanji akan mendedahkannya pada satu sidang media khas yang akan diadakan kementeriannya dalam tempoh terdekat.
zahidjari

Menurut beliau , dalam sidang media itu beliau akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah.

“Dia telah nafikan dirinya sebagai pengikut Syiah, tetapi kalau saya dapat tunjukkan bukti macam mana? Satu ciri-ciri pengikut Syiah ialah berpura-pura,” kata Zahid dalam sidang selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Da;am Negeri (KDN) di Putrajaya, Isnin.

Video dan Gambar Rusuhan di Singapura




Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu. Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.

Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.

Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.

Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Video Lim Guan Eng Hina Negara Di Hong Kong


Andailah kita ada masalah keluarga… apa yang terbaik untuk kita buat?

Kalau berhemah… kita berbincang sesama ahli keluarga dan mencari penyelesaian.

Jangan la sesekali pun pergi ke rumah orang, kampung orang bercerita masalah dalaman keluarga kita?

Masa tengah syok bercerita memanglah orang buat-buat dengar, lepas tu orang akan ludah dan kutuk kita balik di belakang.

Hasilnya, imej keluarga kita yang akan menjadi buruk dan keluarga kita yang akan mula terpinggir secara perlahan-lahan.

Video di bawah memperlihatkan Setiausaha Agung DAP yang dilantik sebab bapanya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bercakap di Hong Kong Foreign Correspondents Club.

Bercakap di hadapan media Hong Kong, usahawan dan ahli politik wilayah pentadbiran khas itu, tidak ada sepatah pun benda yang elok keluar dari mulut beliau mengenai Malaysia.

Begitu seronok beliau mengutuk Malaysia dan bertambah girang ketawanya bila sepupu-sepupu jauhnhya di Hong Kong tumpang ketawa.

Rasanya, kalau sikap seperti ini berlanjutan, tidak lama lagi Malaysia akan mula terpinggir di banyak negara. Seperti mana kita sibuk menjaja masalah keluarga kita kepada orang lain… lama-lama keluarga kita yang mula dilihat buruk.

Persoalannya, benda-benda yang dia kutuk itu pun berpanjangan sebab sikap DAP jugak.

Masalahnya, puak-puak ini jugak yang duk maki kerajaan bila kerajaan ambil langkah untuk atasi defesit. Pengenalan GST, rasionlisasi subsidi… semua-semua langkah perit yang memburukan imej kerajaan, tetapi perlu diambil untuk kelangsungan negara ke arah yang lebih di masa hadapan.

Namun semua langkah itu dikutuk.

Hakikatnya, di Malaysia diorang kutuk segala langkah perubahan yang diambil…di luar diaorang kutuk kerajaan pula.

Apa sebenarnya puak-puak DAP ni mahu?(sumber)

Mungkinkah data dibawah ini yang menyebabkan Guan Eng terpaksa meracau untuk menutup kelemahan diri?
sumber: Mida

Banjir: Zahid ‘WARNING’ Gangster

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan meneruskan operasi pencegahan jenayah khususnya Ops Cantas oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sehingga terhapusnya kongsi gelap di negara ini.

Menterinya yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pihak polis supaya tidak gentar dengan ancaman daripada kongsi gelap tanpa sebarang kompromi dengan mana-mana penjenayah di negara ini.

“KDN akan teruskan Ops Cantas khas sehingga terhapusnya seluruh kongsi gelap di negara ini.

“Kita ada ‘Ops Cantas Wanita’ mahu jaga tulang belakang Umno, teruskan Ops Lejang untuk membanteras jenayah kecurian khasnya Kelantan yang kini mencecah 63 peratus.

“Gengster jangan ingat bila musim banjir, semua anggota polis akan dihantar ke tempat banjir, tetapi kita sudah tempat pasukan khas bagi membantu mangsa banjir,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Mat Sabu nafi menganut Syiah

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke luar negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com