Paling Gempar dari Sarawak - Benarkah?

BINTULU: Berdasarkan semangat konsensus yang menjadi amalan Barisan Nasional (BN) selama ini, Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) seperti tiada berpeluang untuk menyertai gabungan komponen BN Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak dan juga Pengerusi BN negeri, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem menyatakan, BN sudah lama mewujudkan peraturan bahawa jika mana-mana satu parti komponen membantah kemasukan parti baru, maka parti tersebut tidak dapat diterima (ke dalam BN Sarawak).

"Tidak mungkin," katanya memberi maklum balas kepada media hari ini ketika ditanya mengenai kemungkinan UPP dan Teras diterima ke dalam BN negeri.

Adenan sebelum ini pernah menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung tiga tahun sekali Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Suarah Bintulu.

presiden Teras Tan Sri Datuk Sri William Mawan, yang juga bekas Presiden SPDP berkata bahawa pada 30 Nov parti itu akan memohon untuk menyertai BN di peringkat persekutuan pada masa yang sesuai tetapi Pemangku Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing telah membantah Teras untuk menyertai BN.

Mawan (ADUN Pakan), bersama-sama dengan empat wakil rakyat lain - Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Rosie Yunus (Bekenu) dan Paulus Gumbang (Batu Danau) telah keluar dari SPDP pada pertengahan tahun ini dan menyertai Teras.

UPP pula diketuai oleh Menteri Negeri Kerajaan Tempatan Dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga merupakan bekas Penolong Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau telah meninggalkan parti tersebut pada Mei lalu selepas krisis kepimpinan yang berlarutan dan SUPP juga telah membantah hajat UPP yang ingin menyertai BN.

Selain SPDP dan SUPP, BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan tulang belakang BN dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). - Bernama

Makcik Zuraida akan dipasong?

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan larangan Kerajaan Negeri ke atas Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dari memasuki Sarawak baru-baru ini adalah tindakan yang wajar.

"Tindakan melarang Zuraidah adalah satu langkah mempertahankan Sarawak dan masyarakatnya kerana ia sememangnya adalah tugas dan tanggungjawab Pentadbiran Negeri Sarawak."

"Mereka (Kerajaan Negeri Sarawak) lebih arif untuk menilai apa yang mereka rasakan baik untuk negeri dan rakyat Sarawak."

"Kerajaan Negeri Sarawak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak," jelasnya lagi.

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong dihubungi Sarawakiana sebentar tadi bagi mendapat komen beliau mengenai penghalangan kemasukan Zuraidah ke Sarawak serta kenyataan Zuraidah yang akan mengambil tindakan ke atas kerajaan Sarawak kerana melarangnya dari memasuki negeri ini.

Mengenai kenyataan Zuraidah yang ingin mengambil tindakan ke atas Kerajaan Negeri Sarawak di atas larangan tersebut, Junaidi menyatakan itu terpulang kepada beliau (Zuraidah).

"Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atas keputusan di buat oleh Kerajaan juga mempunyai hak membawa kes ke mahkamah, ini adalah sistem pentadbiran Negara yang di turun ke Negeri," jelasnya lagi.

Pada hari Ahad lepas, Zuraidah, yang juga Ahli Parlimen Ampang yang dijadualkan menghadiri sebuah ceramah politik bersama Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinafikan kemasukannya ke Sarawak.

Difahamkan larangan Zuraidah untuk memasuki Sarawak adalah di bawah Seksyen 8 (3) yang dibaca bersama Seksyen 65 A/1 Akta Imigresen 1959/63, yakni di bawah bidang kuasa Negeri Sarawak. - Sarawakiana

Najib hanya SETUJU Runding Kuasa Sabah Sarawak

Aktiviti puak pemisah dan penghasut Sabah Sarawak keluar Malaysia bakal 'ditamatkan' sama ada menghentikan hasutan dengan menunggu RUNDINGAN atau mereka lebih rela ditahan atas kesalahan Akta Hasutan 1948.

Datuk Seri Najib semalam menyatakan persetujuannya untuk berunding hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia termasuk isu kuasa dan royalti.

Menurut kata beliau, semuanya boleh dirunding kecuali perudingan Sabah Sarawak keluar Malaysia. Beliau tidak akan bersetuju dengan apa-apa yang berkaitan dengan isu kedua-dua negeri itu untuk keluar dari Malaysia.

Tegasnya mengenai pengekalan Akta Hasutan 1948 yang menjadi perisai kepada semua kaum dikaitkan dengan usaha-usaha hasutan perkauman yang digunakan oleh puak pemisah yang sedang giat menghasut rakyat di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia. - (Sumber KLIK)

PASMA nafi transkrif ini?

AIDCNews – 27/11/14 – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini menafikan butiran transkrip pertemuan antara PAS dengan NGO itu di Hotel Vistana, pada Isnin lalu yang kini disebar di internet.

Jurucakap PasMa, Che Ibrahim Mohamed berkata butiran transkrip pertemuan itu adalah palsu.

"Siapa pun yang tulis, maklumat awal mesti dari sumber yang terhad kerana pertemuan PAS- PasMa dibuat secara tertutup, iaitu 3 dari PAS, 5 PasMa dan seorang wakil tunggal media,"kata Che Ibrahim dalam facebooknya hari ini.

Ketika ditanya oleh rakan facebooknya apakah isi kandungan sebenar pertemuan itu, Che Ibrahim menjawab ia akan dapat diketahui selepas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membentangkan kepada PAS pada bulan Disember nanti.

"Cerita sebenar kita tunggu selepas Salahuddin Ayub membentang lapuran dalam mesyuarat jawatankuasa agung (PAS) bulan Disember nanti

"Yang saya boleh beritahu ada satu sahaja benda besar yang tak dapat disepakati, iaitu PAS minta PasMa jadi NGO PAS, yakni bawah kawalan PAS, tapi PasMa bertegas untuk kekal sebagai NGO PR,"katanya.

Transkrip pertemuan PAS Pusat – PasMa yang disebar seperti berikut :

Salahuddin Ayub (PAS Pusat) : Sebenarnya apa tujuan PASMA ditubuhkan?

Ust Mad Husin (PASMA) : untuk perkukuh PR, niat kami bersih

Salahuddin Ayub (PAS Pusat) : jika utk perkukuh PR, bukankah Presiden berulang kali menyebut bahawa PAS berazam perkukuh PR?

Ust Mad Husin (PASMA) : Benar, tp hakikat yg berlaku tidak begitu, PAS tidak dilihat perkukuh PR contoh dalam isu MB Selangor.

Dato Pakhrorazi (PASMA) : Dalam isu MB Selangor, PAS terang-terang menyalahi keputusan pimpinan PR.

Ustaz Idris (PAS PUsat) : Dalam isu MB Selangor, sedar atau tidak sebenarnya PAS tidak dibawa berunding sejak awal termasuklah dalam isu langkah kajang?

Ust Mad Husin (PASMA) : Kena faham, dalam PR, PKR sebagai ketua, dalam isu ini mereka berhak buat keputusan.

Dato Pakhrorazi (PASMA) : Ketua Pembangkang ialah DSAI, walau apapun, keputusan DSAI perlu dianggap keputusan Pakatan Rakyat

Ustaz Idris (PAS PUsat) : Walau bercanggah dengah syariat Islam sekalipun?

Dato Pakhrorazi (PASMA) : Contoh?

Ustaz Idris (PAS Pusat) : DSAI dahulu menyokong agar Israel dilayan dengan adil kononnya Israel dizalimi sehingga Majlis Syura melalui TGNA keluarkan teguran, pada masa itu agak-agak YB Dato berada di sebelah mana?

Dato Pakhrorazi (PASMA) : hmm.. (diam)

Ust Mad Husin (PASMA) : Bila Majlis Syura mesyuarat haramkan PASMA?

Ustaz Idris (PAS Pusat) : Ia adalah nasihat Majlis Syura dengan restu al-Mursyidul Am sendiri.

Ust Mad Husin (PASMA) : al-Mursyidul Am sudah diberitahu maklumat sebenarkah sebelum keputusan dibuat?

Ustaz Idris (PAS Pusat) : Berasaskan kenyataan demi kenyataan pimpinan PASMA sendiri yang memperlekehkan pimpinan parti sendiri, dapat dilihat ke arah mana tujuan PASMA. Soalnya, kenapa PASMA sering menyerang pimpinan sendiri jika benar ditubuhkan sebagai NGO?

Ust Mad Husin (PASMA) : Bagi kami, hakikatnya PAS sudah hilang arah di bawah pimpinan Presiden hari ini, terus-terang kami akan bekerja untuk menukar Presiden yang ada kepada Presiden yang lebih pro Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DAP sanggup hina PAS seteruk ini?



Defisit : Tan Sri Khalid Bidas Kenyataan Azmin Ali

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan bajet Selangor yang dibentangkannya sejak 6 tahun lalu, mengatakan ia disokong Laporan Ketua Audit Negara.

Khalid berkata, menurut Laporan Ketua Audit Negara, walaupun kerajaan negeri Selangor memohon perbekalan tambahan rizab setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah.

“Adalah terpesong sama sekali dakwaan Selangor mengalami belanjawan defisit sejak 2008.

“Harus diingatkan juga kemewahan yang dinikmati Selangor pada Belanjawan 2015 adalah hasil pendekatan berhemah yang diambil pentadbiran terdahulu tetapi amat tidak bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ini mencari justifikasi belanjawan defisit dengan memutar belit fakta yang boleh disanggah dengan senang oleh bukti dalam laporan kewangan dan audit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor The Malaysian Insider

Penggantinya, Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakannya membentangkan Bajet 2015 yang mengalami defisit RM450 juta, dengan mendakwa Menteri Besar sebelumnya, Khalid Ibrahim juga membelanjakan kewangan negeri secara defisit.

Azmin berkata, walaupun pembentangan bajet dibuat Khalid menunjukkan kaedah bajet yang berimbang, tetapi tiga bulan kemudian membawa semula ke Dewan Undangan Negeri (DUN) meminta bajet tambahan.

Ia sekaligus menyebabkan perbelanjaan perbekalan tambahan bertambah setiap tiga hingga enam bulan.

“Mengikut rekod bajet sejak Khalid memegang pemerintahan negeri pada 2008 sehingga 2014, semuanya mengalami defisit,” katanya pada sidang media di perkarangan Dewan Annexe di Shah Alam, semalam

Malaysiakini melaporkan Belanjawan Selangor bagi tahun 2015 merupakan satu belanjawan defisit dan terbesar sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ini kerana, anggaran perbelanjaan negeri pada tahun depan berjumlah RM2.42 bilion untuk melaksanakan rancangan pembangunan sementara kutipan hasil negeri itu dianggarkan berjumlah RM1.97 bilion.

Jumlah defisit ialah sebanyak RM450 juta. - AIDC News

Perbezaaan Bajet Sarawak dan Selangor 2015

Sesebuah negeri memerlukan pengurusan wang yang baik dan seimbang agar ianya dapat terus membangun stabil tanpa memberi bebanan defisit yang akan memberi tempias kepada rakyat serta membantutkan segala perancangan.

Namun pengumuman Bajet Selangor 2015 oleh Menteri Besar Selangor yang baharu (PKR) Mohamed Azmin Ali semalam sebanyak RM2.4 bilion yang mengalami defisit yang begitu tinggi, dengan jumlah sebanyak RM450 juta agak memeranjatkan.

Peruntukan yang diumumkan Azmin adalah lebih 90 peratus daripada rizab kerajaan negeri Selangor yang berjumlah RM3.31 bilion.

Pada 2014, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diketuai oleh PKR telah mengemukakan peruntukan bajet berjumlah RM1.8 bilion, manakala sebanyak RM1.63 diperuntukkan dalam bajet 2013.

Walhal selama ini, pembangkanglah yang mengkritik keras akan bajet defisit yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dan kerajaan Barisan Nasional-BN), yang kononnya akan membebani rakyat.

Tapi mengapa pula kini kerajaan negeri PR, khususnya Selangor dan Pulau Pinang bagaikan begtu bangga apabila mereka sendiri yang membentangkan bajet yang sedemikian rupa?

Berbanding dengan Sarawak, Bajet 2015 Sarawak yang berjumlah sebanyak RM 6.359 bilion yang diumummkan oleh Ketua Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dua minggu yang lalu adalah dengan surplus sebanyak RM365 juta.

Bagi Bajet 2015 Sarawak, lebih 50 peratus pembangunan dalam cadangan belanjawan itu telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program dan projek di kawasan luarbandar.

Perbelanjaan yang dibentangkan ini akan dijangka dapat menjana aktiviti serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang mampu mengurangkan jurang pembangunan keseluruhan Sarawak dengan Semenanjung dalam jangka panjang di negeri sejajar usaha mengecilkan jurang di antara bandar dan luar bandar.

Kerajaan BN Sarawak sememangnya konsisten dalam menguruskan dengan secara yang tebaik hal-ehwal kewangan negeri namun, apa yang pasti adalah Bajet 2015 Sarawak adalah jauh lebih baik merangkumi segala aspek keperluan dan bantuan untuk rakyat jika dibandingkan dengan Bajet Selangor 2015.

Kerajaan BN Sarawak juga terus terbukti mengamalkan polisi mengurangkan bebanan rakyat dengan pengumuman penurunan tarif elektrik yang baharu sehingga 47 peratus mulai 1 Januari 2015 berbanding dengan kadar semasa. - SARAWAKIANA

Selangor Alami Bajet Defisit Terbesar

Belanjawan Selangor pada tahun 2015 merupakan bajet defisit terbesar sejak Pakatan Rakyat mengambil pemerintahan negeri sejak 2008.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika mengumumkan belanjawan tersebut menjelaskan, perbelanjaan negari dianggarkan berjumlah RM2.42 bilion, RM450 juta lebih tinggi berbanding kutipan sebanyak RM1.97 bilion.

"Kutipan hasil negeri Selangor bagi tahun 2015 dianggarkan meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2014.

"Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan meyakinkan, maka kerajaan negeri mencadangkan agar anggaran perbelanjaan 2015 berjumlah RM2,422,500,000 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat," kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan belanjawan negeri itu 2015 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam.

Menurut Azmin lagi, daripada jumlah perbelanjaan itu, sebanyak RM1.29 bilion (53.19%) diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.13 bilion (46.81 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada 2014, jumlah belanjawan negeri bagi kegunaan perbelanjaan ialah sebanyak RM1.225 bilion (66.2%) manakala RM625 juta pula digunakan untuk tujuan pembangunan.- RakyatNews

AUTA: Minyak Dari Perut Bumi Terus Ke Tangki

PEMBANGKANG dan jentera media sosial mereka sejak semalam menyebarkan fakta palsu kononnya harga minyak dipam negara ini sepatutnya berada pada paras RM 1.39/liter, bukan RM 2.30/liter seperti sekarang.

Anehnya, walaupun ‘fakta’ yang dinyatakan dalam pemnohongan itu langsung tidak saintifik dan disokong oleh bukti-bukti kukuh, pun boleh jadi viral juga. Ramai share walaupun jelas menunjukkan diri sendiri macam budak tak sekolah.

Penulis malas nak ulas pasal pembohongan itu kerana semua orang tahu itu bukan harga sebenar minyak dipam. Tak payah susah Google, guna fakta ini – Anwar sendiri pun tak pernah janji nak turunkan harga minyak serendah itu (RM 1.39) sewaktu kempen PRU13.

Dia hanya kata nak turun RM 0.20/liter dari harga waktu itu, RM 1.90/liter. Kalau betul minyak pada harga RM 1.39, dah tentu Anwar juga akan ikut harga tersebut.

Pun begitu, dalam masa yang sama kerajaan perlu melihat apa sebenarnya yang tak kena dengan mental pengguna media sosial di Malaysia sehingga mudah benar nak percaya auta yang macam ini. Ini bukan pertama kali, bahkan dah beberapa kali pembohongan dalam terang Anwar, dihadam bulat-bulat macam telan meggi.

Kajian perlu dijalankan – bukan untuk membetulkan masalah ini tapi jalan terbaik untuk mengatasinya, maksud penulis bila pengguna Internet (bukan semua, tapi ada) mudah percaya benda bodoh macam ini yang pembangkang lempar, apa perlu kita buat, macam itu.

Yang nyata, pendekatan jawab dengan fakta, sudah tidak laku. Macai-macai ini hanya dengar apa yang mereka mahu dengar sahaja, nothing else matter. Buktinya, banyak pembohongan serupa yang contradict satu sama lain pun sebelum ini, tapi macai ini masih percaya.

Penulis cadang supaya disuburkan perdebatan macam dulu. Penjelasan penting tapi setakat lempar penjelasan, lepas tu tak pertahankan di ruang komen, tak jadi juga, nak-nak kalau penjelasan masuk kategori bahasa tinggi dan berpara-para panjang.

Disini perdebatan di ruangan komen penting, kadang-kadang bukan sangat pada orang yang kita lawan berdebat, tapi orang lain yang melihat.

Untuk tujuan tersebut, War Room di setiap kementerian hari ini tidak lagi boleh jadi sebuah bilik dengan satu komputer dan satu orang sahaja di dalamnya. Berdebat perlukan orang dengan komitmen dan pengetahuan menyeluruh, ini yang payah nak cari, tapi ada.- MYKMU

PKR Ambil Tindakan Keras Terhadap CheguBard

Kelantangan ahli PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mengkritik tindakan yang dikenakan terhadapnya dan juga kepimpinan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendapat reaksi tegas daripada Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Jestin Raj Savarimuthu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ketua AMK Cabang Kota Raja itu, niat sebenar Chegubard dipertikaikan terutamanya selepas melontar tuduhan yang tidak berasas berhubung isu surat sokongan dalam pelantikan Menteri Besar selain memalukan nama Parti Keadilan Rakyat.

“Ingin saya nyatakan bahawa apa-apa pun urusan berkaitan perlantikan Menteri Besar adalah isu dalaman parti yang telah diselesaikan secara wajar dan Menteri Besar yang baru telahpun mendapat restu dari Ketua Umum dan President PKR.

“Chegubard tidak seharusnya memanjangkan lagi isu ini dengan membawa masuk isu Surat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration atas nama Dr Xavier Jayakumar,” ujarnya yang menambah, Naib Presiden PKR itu telah menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan surat Akuan Sumpah itu adalah palsu dan tandatangan itu bukan milik beliau.

Menurut Jestin, Xavier telahpun membuat laporan polis terhadap Surat Akuan Sumpah palsu pada 16 September 2014, walaupun Chegubard mengatakan tiada laporan polis sehingga kini.

“Saya juga secara keras menyangkal tuduhan Chegubard dengan mengaitkan Azmin dalam tuduhan ini dengan mengatakan ‘orang Azmin’ terlepas dari sebarang tindakan disiplin.

“Yang lebih penting adalah kita semua menyambut saranan Menteri Besar untuk menghentikan segala politiking kepartian sempit sebaliknya fokus kepada kerja membangunkan Selangor,” ujarnya.

Tambah Jestin, rakyat sudah mual dengan segala isu sensasi politik yang sebenarnya tidak memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. Lebih-lebih lagi apabila isu itu cuba dicetuskan oleh seorang ahli politik yang bukan Ahli Dewan Negeri dan juga bukan Ahli Parlimen yg dipilih rakyat.

“Saya minta Pimpinan PKR, khususnya lembaga disiplin untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Chegubard dan ahli-ahli parti yang ingkar Perlembagaan Parti,” tegas Jestin – Astro Awani

Bagi Rafizi Semua Kerajaan Buat Zalim!!

MEMBACA kenyataan media ahli parlimen Pondan, Rafizi Raspussy mengenai keputusan kerajaan membatalkan sistem subsidi minyak sedia ada dan menukarkannya dengan mekanisme baru dimana dia menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, tidaklah begitu mengejutkan.

Bagi pemuja Anwar Ibrahim sepertinya, apa benda yang kerajaan BN hari ini buat yang tidak zalim pada dia, semua benda pun zalim. Jangan kalau Anwar, DNA asal sperma jumpa 4cm dalam rektum Saiful pun, dia kata Anwar ni manusia paling mulia dalam dunia.

Pendek kata, ini hanyalah kenyataan politik semata-mata.

Walhal, penarikan subsidi itu tidak membawa kepada kenaikan harga minyak pun, sebaliknya harga minyak akan turun sesuai dengan trend penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, itupun nak bising? Naik bising, turun bising, apa yang dia tak bising?

Mungkinlah pada satu ketika bila harga minyak naik, kerajaan akan menggunakan mekanisme lama semula, kita mana tahu tapi yakinlah akan ada mekanisme yang sesuai sebab kerajaan BN ini kerajaan prihatin dan pro rakyat. Tak mungkin kerajaan ini akan menganiaya rakyat sendiri, terutama dari kalangan yang memerlukan.

Rafizi, Anwar dan culai-culainya mungkinlah sedang memerah otak bagaimana nak memanipulasi keputusan kerajaan sekarang, itu sudah pasti. Anwar dah fikir penjara dah, itu kerja Rafizilah nak pusing macam mana, lagipun Anwar hari ini bukan Anwar yang dulu – hidup banyak bergantung kepada orang.

Apa pun penulis nak katakan, ia tidak akan memberi kesan kerana bila Disember nanti, bila mekanisme baru ini dilancarkan, harga minyak yang terpampang dipam akan menunjukkan penurunan. Bila itu berlaku, ingat ada ke lagi orang yang nak peduli pasal Rafizi lagi?

Rafizi sepatutnya menggunakan kesempatan harga minyak rendah DIsember nanti untuk melihat harga barangan, sama ada ia turun atau tidak. Jika masih lagi tinggi, bukan lagi salah kerajaan kerana harga minyak dah turun. Dulu kata harga barang naik sebab minyak naik, logik sama harga barang patut turun bila minyak turun.

Ini bukan logik kita, tapi mereka. (sumber)

TERKINI: Gambar Tiga Dikhuatiri Mati Lombong Meletup


Sekurang-kurangnya tiga pelombong mati sementara 17 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan di sebuah lombong arang batu berdekatan dengan Selantik, Pantu Sri Aman sebentar tadi.

Baca perkembangan selanjutnya di KLIK

Fakta Tentang 1MDB, Rafizi Menangis Baca Angka Ini

Tahun ini (2014), merupakan tahun yang amat produktif dimana 1MDB telah berjaya memperolehi asset tenaga dan hartanah yang berkualiti untuk kegunaan jangka panjang.

Walaupun pada luarannya, kumpulan 1MDB telah mengalami kerugian sebanyak RM 665.3 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014. Pihak pihak yang tidak bertanggungjawab memberi tafsiran secara terus terhadap kerugian RM665.3 juta ini tanpa mengetahu sebab dan kenapa ianya terjadi.

Ini adalah disebabkan oleh strategi perniagaan 1MDB untuk memperbesarkan lagi aset mereka. Ini juga termasuk mengambil alih aset dari Jimah Energy, pengembangan operasi penjualan hartanah – contohnya seperti membangunkan projek mega yang sedang berlangsung pembinaannya, Tun Razak Exchange & Bandar Malaysia.

Ambil alih aset, pengembangan operasi dan pembangunan projek mega adalah sebab mengapa 1MDB alami defisit kewangan pada Mac 2014. Keadaan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai satu kegagalan terus pada 1MDB.

Pulangan keseluruhan syarikat juga telah mendapat manfaat daripada pelarasan nilai saksama kira-kira RM896.8 juta kepada portfolio harta kumpulan itu mencerminkan pergerakan pasaran yang positif bersih dalam tempoh tersebut.

Jumlah pendapatan meningkat daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion, meningkat lebih 60 %, mencerminkan kualiti portfolio aset yang sedang dibina di dalam kumpulan dan kapasiti penjanaan pendapatan mereka.

Oleh kerana kumpulan ini terus membina portfolio aset yang berkualiti tinggi, yang nilainya meningkat daripada RM44.6 bilion kepada RM51.4 bilion, pinjaman yang telah meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion, menghasilkan kos kewangan semakin meningkat daripada RM1.6 bilion kepada RM2.4 bilion.

Kesan keseluruhan ini adalah positif bagi kumpulan 1MDB, dengan aset bersih (setelah semua liabiliti ditolak) meningkat daripada RM8.4 bilion kepada RM9.5 billion merupakan peningkatan aset bersih sebanyak 13% (RM1.1 billion). Hal ini meningkatkan nisbah kewangan syarikat, seterusnya mengurangkan risiko keseluruhan kumpulan apabila kedudukan aset bersih meningkat.

Dana kewangan dan setara tunai kumpulan pada 31 Mac 2014 ialah lebih RM18 bilion, cukup untuk membiayai perbelanjaan modal bagi 12-24 bulan akan datang, dan memberikan ruang mula yang signifikan untuk memenuhi keperluan pembiayaan masa di masa hadapan.

Paparan yang menunjukkan bahawa 1MDB mengalami kerugian bukanlah satu perkara patut diambil secara literal. Ini adalah kerana sungguhpun dikatakan mengalami kerugian kumpulan 1MDB telah berjaya mendapat aset yang berkualiti.

Dengan kekuatan aliran kewangan dan laporan positif yang diambil dari setiap pelaburan, ini bermakna 1MDB sudah bersedia untuk menjalankan segala perancangannya untuk mencapai objektif iaitu satu pengembangan ekonomi jangka panjang untuk Malaysia.

Keputusan dari segala pelaburan ini akan dapat dilihat dengan jelas di dalam suku pertama tahun 2015. Mahukah mereka yang suka menghentam 1MDB membaca fakta fakta dan angka angka ini. Fakta ini bukan angka rekaan seperti yang selalu diimaginasikan oleh seorang pakar strategi pembangkang itu.- www.tv14.my

Tarif Elektrik Di Sarawak Turun 47%

Penurunan Tarif Elektrik Di Sarawak Berkuatkuasa 1 Januari Tahun Hadapan

Pengguna elektrik di Sarawak akan menikmati kadar tarif elektrik yang lebih rendah sehingga 47 peratus dari kadar tarif elektrik semasa setelah semakan kadar tarif elektrik berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem berkata, semakan penurunan tarif tersebut bertujuan bagi membantu masyarakat terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

"Purata kadar tarif elektrik domestik semasa adalah 31.2 sen per kilowat sejam (kWH) yang dijangka dikurangkan kepada 27.8 sen per kWh berbanding 31.7 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan 29.7 sen per kWh di Sabah."

"Melalui langkah itu, hampir 60,000 pelanggan akan menyertai 70,000 orang yang layak dalam subsidi RM20 kerajaan persekutuan," katanya sambil menambah ini bermakna kira-kira 130,000 pelanggan daripada golongan berpendapatan rendah akan menerima bil bulanan kosong.

Adenan berkata demikian dalam satu sidang akhbar setelah selesai Persidangan Hari Kelapan, Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya sebentar tadi.

Terdahulu, beliau ketika mengumumkan berita baik tersebut ketika menggulung Belanjawan 2015 berkata, secara keseluruhannya, seramai 240,000 pelanggan Sarawak Energy Berhad (SEB)atau hampir 50 peratus keseluruhan pelanggannya (bil elektrik kurang RM70) akan mendapat manfaat di antara 20 peratus dan ada yang melebihi 40 peratus.

"Penstrukturan tarif itu sejajar dengan prinsip tarif moden yang mana peningkatan tarif bersamaan penggunaan elektrik," katanya lagi sambil menambah purata tarif elekrik di Sarawak bagi domestik, komersial dan pengguna industri merupakan terendah di Malaysia.

Baca selanjutnya KLIK

RON97 Turun 20 Sen Mulai 19 Nov 2014

SELASA,18 Nov – Pihak Kementerian Kewangan telah mengeluarkan pekeliling melalui surat bertarikh 18 November 2014 yang memaklumkan bahawa harga jualan runcit bagi petrol RON97 akan turun sebanyak 20sen. Oleh itu harga baru bagi RON97 adalah RM 2.55 per liter mulai 19 Nov 2014.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Mesralink di talian 1 300 88 8282.

Sumber. www.pru14.tv

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Sarawak "Rasuah Paling Teruk" - satu pengakuan

Berikut adalah berita yang disebar oleh pihak media termasuk blogger pro BN sejak semalam, terdapat beberapa 'pengakuan' menarik dalam artikel ini.  Apakah benar Sarawak rasuah paling teruk, atau berita ini sengaja disebar seperti ini atau memang sengaja disalahpetik untuk memberi impak kepada persepsi negeri Sarawak sebagai negeri paling rasuah di Malaysia?

Dalam satu majlis yang jarang berlaku bersama dengan hartawan balak Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengejutkan tetamu dengan melabel industri berkenaan sebagai industri ‘rasuah’.

Beliau juga memberi amaran kepada firma pembalakan bahawa beliau akan ‘meletakkan rasa takut kepada Tuhan kepada sesiapa yang tidak jujur”

Hari ini, Adenan membawa bersama enam syarikat pembalakan yang terbesar di negeri ini untuk menandatangani ‘ikrar integriti’, sekaligus mengambil peluang untuk mengeluarkan amaran beliau mengenai pembalakan haram.

Enam syarikat tersebut adalah KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka ‘jangan main-main dengan saya’.

Kepada pegawai penguatkuasaan undang-undang di negeri ini terhadap pembalakan haram, Adenan menegasakan beliau tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai yang ‘ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, ada mulut tetapi bisu”.

Beliau menyifatkan budaya rasuah adalah satu budaya yang sangat teruk, dimana mencerminkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai penguatkuasa.

“Memang ada, walaupun tidak semua, malah ada yang berpura-pura tidak tahu. Sebabnya mudah; sama ada mereka bodoh, pengecut atau rasuah,” kata Adenan kepada semua tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Kabinet negeri, kakitangan awam dan beberapa individu paling kaya di Sarawak.

“Saya akan dakwa anda dengan bantuan dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kita mungkin akan kehilangan hutan kita jika kita membiarkan perkara ini terjadi.

“Segelintir (penguatkuasa) mereka takut dengan samseng, mereka takut akan menerima ancaman bunuh melalui mel, baiklah, dan anda katakan kepada mereka, “Adenan perintahkan untuk kuatkuasakan undang-undang”. Tiada lagi alasan untuk tidak berbuat apa-apa tindakan.

Adenan berkata rakyat Sarawak tidak boleh bertolah ansur dengan rasuah lagi kerana berjuta-juta aset telah hilang dan reputasi hasil negeri semakin teruk di peringkat antarabangsa kerana “rompakan ini dilakukan di siang hari”.

Beliau memberi amaran kepada firma pembalakan untuk “berhati-hati dan arahkan kontraktor, sub-kontraktor, pengurus, pembekal dan lain-lain.”

“Katakan kepada mereka untuk berhati-hati, menegaskan mereka perlu berikrar integriti,” katanya.

Adenan juga yakin pihak SPRM akan membuat lebih banyak operasi tangkapan.

“Saya maksudkan apa yang saya sampaikan. Ia bukan hanya cakap kosong..tidak ada tindakan. Kegiatan rasuah di negeri ini sangat teruk dan saya tidak boleh bertolak ansur lagi."

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai taman negara.

"Saya akan buat lebih banyak taman negara, lebih daripada keperluan PBB sebanyak 10%."

Majlis menandatangani ikrar integriti oleh syarikat pembalakan telah diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini. (Sumber LINK)

Gambar & Bukti Terbaru MH17 Ditembak Jatuh

Televisyen Rusia  awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) menyiarkan "imej satelit" yang didakwa menunjukkan pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh jet pejuang menjelang sidang kemuncak ekonomi G20 di Australia Sabtu.

Dakwaan Rusia ini bertentangan dengan kesimpulan awal pasukan penyiasat blok Barat terhadap MH17 bahawa ianya jatuh selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara.

TV Rusia yang menyiarkan imej tersebut Channel One melaporkan ianya diambil beberapa ketika sebelum pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai.

"Sebelum sidang kemuncak di Brisbane (lewat malam Sabtu waktu Malaysia), Perdana Menteri Australia [Tony] Abbott telah mengancam untuk berdepan dengan Presiden Rusia mengenai MH17," kata penyampai, Mikhail Leontyev.

"Mari kita cuba untuk membuat tugas beliau sedikit lebih mudah."

Pada Jumaat, media antarabangsa Rusia, Russia Today melaporkan firma keselamatan udara Rusia mendedahkan perkara sama.

Laporan agensi berita Rusia, RT yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko berkata, terdapat satu atau dua pesawat dipercayai milik tentera berdekatan MH17 dikesan sebelum dan kira-kira 20 minit selepas tragedi itu.

Menurut Melnichenko, maklumat radar berkenaan dikumpul pada hari kejadian oleh stesen radar yang terletak di Rostov, Rusia, dekat sempadan Ukraine.

"Data terbabit jelas menunjukkan ketika pesawat MH17 terhempas dan selepas kejadian, ada pesawat lain terbang ke arah utara di laluan yang sama.

"Pesawat berkenaan kelihatan seperti pesawat tentera kerana jaraknya sangat rapat antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan kemungkinan terdapat satu atau dua jet tempur di situ," katanya.

Selain itu, Melnichenko berkata, bukti lain yang menunjukkan pesawat terbabit adalah milik tentera kerana mereka tidak bertindak-balas apabila diimbas oleh radar, berbeza dengan pesawat awam yang sering membalas isyarat.

Jelasnya, pesawat tentera kebiasaannya tidak dilengkapi alat elektronik pemancar isyarat atau juruterbang memadamkan sistem berkenaan semasa pertempuran di udara.

"Data baharu ini juga konsisten dengan kenyataan tentera Rusia sebelum ini yang menafikan penglibatan dengan tragedi MH17 dan kemungkinan pesawat tempur itu sengaja menembak jatuh pesawat penumpang itu," katanya.

Beberapa hari selepas tragedi MH17, Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan bukti bahawa sebuah jet tempur Ukraine jenis Sukhoi SU-25 dikesan terbang menghampiri kapal terbang penumpang itu sebelum ditembak jatuh.

Kiev menafikan dakwaan itu dengan alasan tidak mengerahkan mana-mana jet tempur melakukan penerbangan, tetapi pihak tentera secara rutin melancarkan serangan untuk menggempur kedudukan puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine. - (sumber: Agenda Daily)

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

YB Abdullah dedah "penyangak dan pengkhianat"


ADUN Semop Abdullah Haji Saidol mengumpamakan kontraktor-kontraktor yang gagal menyempurna projek-projek yang diamanahkan kepada mereka sebagai "pengkhianat" masyarakat.

"Kontraktor-kontraktor yang gagal melaksanakan Projek bekalan Air dan Elektrik di Luar Bandar adalah Pengkhianat kepada usaha murni Kerajaan untuk memakmurkan kawasan Desa.

Beliau berkata demikian dalam ucapan debatnya ke atas Bajet 2015 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada sesi pagi persidangan hari ini.

"Hasil kerja kontraktor-kontraktor yang mengendalikan projek-projek di luar bandar harus dipantau dengan teliti," tegasnya lagi.

"Kontraktor-kontraktor "Ali Baba" yang membuat kerja sambil lewa adalah "penyangak yang merompak" keselesaan warga desa yang sepatutnya dinikmati hasil dari projek desa itu."

Biarpun tender ini di buat secara terbuka, Abdullah mendakwa terdapat ada pihak tertentu yang sebenarnya mengawal beberapa syarikat yang membida tender-tender berkenaan. - Sarawakiana

Guan Eng akan “puasa” demi PAS

Ahli Parlimen PAS-Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Razali menyarankan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya berpuasa daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak baik.

Tegas Khairuddin, isu Guan Eng yang tidak akan hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir adalah tidak baik.

“Jadi sekiranya yang tidak hadir itu Presiden dan mewakilkan kepada mana-mana ahli parti yang diwakilkan, itu keputusan parti.

“Kenapa isu ini dibangkitkan? Ini salah satu siri serangan kepada presiden bukan sahaja daripada Guan Eng tetapi MP dalam kalangan PAS sendiri mempertikaikan presiden. Ini satu agenda yang tidak baik,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Rakyat.

Tambah beliau, PR sudah tidak jauh daripada mengambil tampuk kerajaan sekarang ini tetapi dengan syarat memperkukuhkan PR dan isu-isu sampingan yang tidak menguntungkan PR tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pimpinan parti.

“Tidak timbul isu tak puas hati. Kalau ada mesyuarat tiga parti mesti akan membincangkan terlebih dahulu supaya menjadi keputusan parti PR. Kesefahaman tiga parti dan bukan satu parti.

“Ini bukan pada masanya dan gesaan Hadi supaya letak jawatan hanyalah suara anak-anak nakal,” jelasnya.

Beliau juga menjawab dakwaan Ahli Parlimen UMNO yang mengatakan tindakan Guan Eng itu disebabkan benci kepada Hadi sebagai satu perkara yang tidak betul.

“Ahli Parlimen tersebut tidak berhak untuk memberi komen mengenai PR. Kita tak nak dengar komen dari orang luar PR,” katanya. -FMT

Kerajaan Pulau Pinang ‘hilang’ RM800 juta?

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mendakwa keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah seluas 48 hektar (102 ekar) di Bayan Mutia­ra kepada sebuah syarikat pemaju pada harga yang sangat murah menyebabkan negeri ini ‘hilang’ hasil sebanyak RM800 juta.

Sambil mendakwa urusan berke­naan berlangsung dalam keadaan meragukan dan mempunyai unsur ‘skandal’, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid ketika sidang akhbar menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan terperinci.

Sebelum itu, sewaktu sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN- Teluk Bahang) mendedahkan tanah berkenaan dijual pada harga RM240 bagi sekaki persegi.

Katanya, harga itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan harga jualan sebuah syarikat swasta yang memiliki tanah bersebelahan dan menjualnya pada nilai RM420 sekaki persegi.

“Urus niaga oleh kerajaan negeri berlangsung pada 25 Julai 2011 dan syarikat swasta itu pula menjual lebih awal iaitu pada Mei tahun sama. Jadi, mengapa harga tanah itu jadi murah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shah Headan Ayoob, keputusan berkenaan menyebabkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kehilangan ‘peluang’ dan beliau turut mempersoalkan sama ada Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mendapatkan khidmat juru runding hartanah untuk mengetahui nilai sebenar tanah di situ.

Beliau berkata, jika harga jualan yang ditawarkan itu dibuat selepas mendapatkan masihat juru runding, nilai jualan berkenaan tidak masuk akal serta perlu dijelaskan kerana membabitkan wang rakyat.

“Selama ini, kerajaan negeri sering melaungkan prinsip ketelusan dan cekap tetapi ia tidak dilaksanakan dalam hal ini malahan seolah-olah telah dimanipulasikan oleh sebuah syarikat swasta disebabkan perjanjian jualan yang bersimpang-siur,” katanya.

Pada ketika ini, tiada seorang pun wakil penyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang bangun me­nyanggah hujah berkenaan walaupun sebelum itu R.S.N Rayer dan Wong Hon Wai bertalu-talu membangkitkan isu isteri Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid kemudiannya mencelah dengan mendakwa, perjanjian itu bukan sahaja meragukan malahan kaedah pembayaran yang dipersetujui juga memakan masa yang panjang.

“Saya juga mahu tahu sama ada perjanjian tempoh bayaran itu dipatuhi atau sebaliknya,” katanya.

Sumber Utusan.

MH17: Lagi cebisan mayat ditemui

Pakar forensik Belanda menemui beberapa lagi cebisan mayat di lokasi nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, pada Rabu, namun berkata mereka masih belum dapat mengalihkan bangkai pesawat.

“Satu pasukan telah menemui cebisan mayat di lokasi nahas apabila kepingan bangkai pesawat diangkat menggunakan kren,” kata Kementerian Pertahanan Belanda dalam satu kenyataan.

Pakar Belanda – yang bertanggungjawab dalam pencarian cebisan mayat dan juga mengetuai siasatan dalam insiden kemalangan pada 17 Julai yang mengorbankan semua 298 di atas pesawat itu – tiba di lokasi nahas pada Selasa.

Mereka berharap dapat mengalihkan serpihan penerbangan Malaysia Airlines itu ekoran kebimbangan bahawa pertempuran besar-besaran boleh berlaku sekali lagi.

Cebisan mayat mangsa akan dihantar ke Kharkiv untuk pemeriksaan forensik sebelum dihantar pulang ke Belanda untuk peringkat seterusnya, menurut kementerian itu.

Ketua pegawai pasukan Belanda, Pieter-Jaap Aalbersberg, berkata kumpulannya telah “melakukan segala yang termampu” untuk mendapatkan semula cebisan mayat dan barangan peribadi.

“Untuk meneruskannya, kami memerlukan peralatan berat dan lebih banyak pakar forensik. Pada saat ini, ia tidak mungkin dapat dilakukan,” kata Aalbersberg dalam kenyataan itu.

Beliau berkata keadaan keselamatan di sekitar lokasi kemalangan “masih sukar - BNBBC

ADUN Bebas Sarawak Akan Sokong BN

Tindakan ADUN (Bebas) Pelagus George Lagong menyokong perlantikan Datuk Lihan Jok sebagai senator semalam yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak yang mencalonkan Lihan agak memeranjatkan banyak pihak termasuk pembangkang yang mecalonkan Thomas Sixtus Tegong Laka.

"Saya akan terus menyokong BN sekiranya usul yang di bawa mereka (BN) memberi kebaikan kepada rakyat," kata George kepada Sarawakiana apabila di temui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebentar tadi.

"Selama ini, saya telah memberi sokongan kepada BN dan ini termasuk usul pemindaan kod tanah dan pelbagai usul yang lain."

"Saya tidak tahu pun pembangkang mencalonkan Thomas Sixtus ... lagipun Datuk Lihan merupakan senator yang berpengalaman sebab itu saya memilihnya," katanya lagi.

Ditanya adakah ini bermakna beliau mempunyai hasrat untuk menyertai BN, George hanya tersenyum dan menyatakan beliau memang "friendly" kepada semua pihak, termasuk BN dan pembangkang. Baca selanjutnya KLIK

DAP desak Hadi Diundurkan

KATANYA sekarang ada usaha untuk menyingkirkan Presiden PAS, Hadi Awang dari jawatannya itu kerana kononnya dek sebabkan dia, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tak berapa nak elok.

Melihat kepada banyak kenyataan kebelakangan ini, nampaknya yang tak suka sangat Hadi dalam PAS ini adalah DAP – merujuk kepada kenyataan Guan Eng dan beberapa orang yang lain. Malah PAS Perak kelmarin mengalu-ngalukan kewujudan parti serpihan PAS, PasMA dan yakin PasMA mampu ganti PAS dalam Pakatan.

Jadi bolehlah disimpulkan disini bahawa DAP sudah sampai ke tahap boleh menentukan siapa akan jadi Presiden PAS atau tidak, bahaya betul tu. Jelaslah disni siapa sebenarnya tuan dan siapa sebenarnya hamba.

Penulis minat nak tau apa agaknya komen balaci-balaci PAS, suka ke hangpa semua jadi balaci DAP? Hari ini Presiden dia tentukan siapa patut duduk jawatan itu, besok, siapa jadi Mursyidul Am, siapa duduk Majlis Syura pun DAP akan tentukan juga.

Atau PAS disingkirkan dari Pakatan, macamlah Pakatan ini pertubuhan rasmi.

Perkara ini nampaknya bercanggahan dengan janji menubuhkan Pakatan dulu untuk tidak masuk campur dalam urusan parti-parti komponen. DAP nampaknya sudah jadi terlalu besar dan PAS yang paling kecil antara 3 parti ini, perlu menurut, ke tahap menyingkirkan Presiden mereka sendiri.

Begitupun, penulis rasa DAP sengaja taknak faham organisasi PAS. Kuasa sebenar dalam parti ini bukannya Presiden tapi Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama dimana Mat Sabu tidak layak mendudukinya kerana fahaman mazhab berbeza.

Ganti Hadi belum tentu selesaikan masalah selagi Majlis Syura Ulama berkuasa.

Agak-agaknya bilakah akan sampai masa sehinggga DAP sampai ke tahap itu – menentukan siapa yang wajar duduk dalam Majlis Syura atau paling dahsyat, membubarkan Majlis Syura, cukup dengan Jawatankuasa PAS Pusat menjadi badan tunggal tertinggi dalam parti itu.

Begitupun isunya sekarang, DAP sudah sampai ke tahap boleh menentukan siapa patut jadi Presiden PAS, dahsyat tak dahsyat. Lama cakap dah, penyokong PAS ni bukan cerdik pun.- MYKMU

RM6,359 bilion Untuk Belanjawan Sarawak 2015

Sebanyak RM 6.359 bilion telah diperuntukan dalam cadangan Belanjawan Negeri 2015 yang dibentangkan dalam Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini sebentar tadi

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem yang membentangkan Belanjawan 2015 tersebut dalam bacaan kali pertamanya menyatakan, separuh dari keseluruhan jumlah berkenaan iaitu sebanyak RM 4.55 bilion atau 71 peratus adalah untuk tujuan pembangunan manakala RM 1.813 bilion atau 29 peratus adalah untuk kegunaan perbelanjaan operasi.

"Perbelanjaan yang dibentangkan ini akan dijangka dapat menjana aktiviti serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang mampu mengurangkan jurang pembangunan keseluruhan Sarawak dengan Semenanjung dalam jangka panjang di negeri sejajar usaha mengecilkan jurang di antara bandar dan luar bandar."

Adenan, yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan Negeri berkata, lebih 50 peratus pembangunan dalam cadangan belanjawan itu telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program dan projek di kawasan luar bandar.

"Cadangan Belanjawan Negeri ini dijangka akan menjana surplus sebanyak RM365 juta dengan anggaran pendapatan - RM5,178 bilion berbanding cadangan Perbelanjaan Biasa - RM4,813 bilion," jelasnya lagi.

Adenan berkata kerajaan negeri perlu meneruskan dasar belanjawan seimbang atau lebihan, bagi memastikan kedudukan kewangannya kekal kukuh dalam jangka panjang.

"Kita harus berbelanja mengikut kemampuan kita untuk memastikan rizab kewangan negeri ini sentiasa akan mencukupi bagi menangani cabaran masa depan."

Beliau menekankan juga, sistem penyampaian kerajaan juga akan diperkasakan sejajar dengan transformasi ekonomi negeri serta penyediaan kemudahan bagi penyertaan sektor swasta.

"Cadangan Belanjawan Negeri ini dijangka akan menjana surplus sebanyak RM365 juta dengan anggaran pendapatan RM5,178 bilion berbanding cadangan Perbelanjaan Biasa, RM4,813 bilion," katanya lagi. - Sarawakiana

Hadi elak bertemu Anwar di Parlimen?

Selepas sudah lama dilaporkan ‘tidak bersemuka ’, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bertemu di Dewan Rakyat pada Isnin.

Hadi sejak kebelakangan ini tidak hadir ke Parlimen begitu juga dengan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga timbul cerita ujud ketidaksefahaman antara Hadi dan Anwar.

Bagaimanapun, pertemuan mereka pada hari ini kerana kedudukan kerusi ahli parlimen Marang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu sebelah menyebelah.

Hadi bagaimanapun tidak tunggu lama di dalam Dewan dan terus beredar selepas berucap kira-kira 12 minit membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Beliau terus keluar dan enggan menjawab soalan petugas media di luar Dewan.

Timbul teka teki sama ada beliau cuba mengelak berada di sebelah Anwar lebih lama di dalam Dewan.

Presiden PAS itu hanya memberitahu media bahawa beliau kurang sihat.

Pertembungan Hadi dengan Anwar dikatakan wujud sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor bebrapa bulan lalu.

Beliau antara yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar dan menolak pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat pimpinan PR turut dikritik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali membalasnya dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu pun lebih kerap tidak hadir mesyuarat berbading Hadi. -BNBBC

VIDEO - Penjelasan MB Pahang Mengenai Pendatang Asing



Rakaman Video berkenaan adalah mengenai isu pendatang asing yang akhirnya menjadi kontroversi dan berlarutan diantara Utusan Malaysia (Awang Selamat) dengan Menteri Besar Pahang Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob.

Sidang Akhbar berkenaan diadakan pada 6hb November 2014 betempat di Yayasan Pahang dan diadakan berikutan isu pendatang asing yang menempati Cameron Highland serta memonopoli sektor pertanian sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Menteri Besar Pahang ada menegur pihak Utusan Malaysia dalam hal memberikan tajuk kepada artikel berkenaan dengan menyatakan bahawa tajuk adalah kurang sesuai dan tidak tepat serta mengelirukan.

Tidak benar sama sekali apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Menteri Besar melatah dan terlalu emotional dalam isu berkenaan. Yang dinyatakan adalah Menteri Besar meminta pihak akhbar (Utusan Malaysia) berhati-hati dalam memilih perkataan untuk dijadikan tajuk berita yang ingin dilaporkan, hanya mengutamakan keuntungan jualan akhbar semata-mata tanpa mengambil kira bahawa tajuk berkenaan mengelirukan rakyat.

Bahkan dalam sidang akhbar berkenaan, Menteri Besar Pahang dengan jelas mengalu-alukan laporan sebarang akhbar mengenai sebarang isu namun haruslah dengan cara dan bahasa yang jelas dan tidak mengelirukan.

Sidang akhbar berkenaan dihadiri berbagai media di negeri Pahang, namun kolumnis Awang Selamat tidak hadir bersama, justeru tulisan beliau selepas sidang tarikh berkenaan adalah diragui kejujurannya apabila beliau menganggap Menteri Besar Pahang melatah dan emosional dalam isu yang dibangkitkan.

Tindakan pihak akhbar dan serta sebahagian media sosial 'menghentam' Menteri Besar Pahang bermula isu Bangla di Cemeron Highland dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu yang berkepentingan dalam usaha memberi imej buruk kepada Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang.

Crew PahangKu Media yang turut serta di sidang akhbar berkenaan merasa bertanggungjawab untuk memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika sidang akhbar berkenaan serta menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan dan tohmahan yang mengaitkan Menteri Besar Pahang sebagai melatah dan emotional dalam laporan Utusan Malaysia mengenai isu pendatang asing di Cameron Highland. (sumber)

Data Penting Skandal 1MDB didedahkan

1.      RM4b of 1MDB's Caymans money has been redeemed, balance to be fully redeemed by Nov end

Dana RM4b 1MDB di Cayman Islands telah diperolehi, bakinya akan diperolehi sepenuhnya pada penghujung November.

1MDB的开曼群岛的40亿令吉已赎回,其余的将在11月杪全部赎回。


2.      1MDB's cash and equivalents RM16.6 billion for more capital expenditure in Energy and TRX.

Wang tunai dan yang setara 1MDB RM16.6 bilion untuk lebih perbelanjaan modal dalam sektor tenaga dan TRX.

1MDB的现金及现金等值物是166亿令吉,作为能源与TRX(敦拉萨国际贸易中心)更多的资本开支。

 
3.      1MDB's assets grew by 15% to RM51.4 billion. Liabilities at RM41.9 billion.

Aset 1MDB meningkat 15% kepada RM51.4 bilion.  Liabili pada RM41.9 bilion.

1MDB的资产成长15%至514亿令吉,负债是419亿令吉。
 

4.       1MDB's accounts: assets higher than liabilities at RM51.4 billion vs RM41.9 billion.

Penyata tahunan 1MDB: aset lebih tinggi daripada liabiliti pada RM51.4 bilion berbanding RM41.9 bilion.

1MDB财目:资产比负债高,即514亿令吉对419亿令吉。


5.      1MDB's revenue up 64% to RM4.3b. Gross profit up by 37% to RM1.4b.

Hasil 1MDB meningkat 64% kepada RM4.3 bilion. Keuntungan kasar meningkat 37% kepada RM1.4 bilion.

1MDB的收入增加64%至43亿令吉;毛利润增加37%至14亿令吉。

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Prosiding rayuan telah tamat, tiada isu baru

Prosiding rayuan telah tamat. Namun keputusan tidak diumumkan. Tarikh untuk pengumuman keputusan juga tidak dimuktamadkan

Mahkamah kata pihak Pembelaan tiada isu baru maka Shafee tak perlu pembentangan baru.

Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama.

Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.


Wajah-wajah yang sedang diburu polis

Berikut gambar-gambar barua Anwar yang sanggup melakukan provokasi dengan merempuh dan membaling telur kepada pihak polis di hadapan Istana Keadilan tempohari.

Baca laporan di - http://buletinsengal.blogspot.com/2014/11/polis-mula-buru-anarki-dan-penghasut.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pemuda PBB Persoal Niat Sebenar DAP?

Pemuda PBB Sarawak mempersoalkan niat sebenar kenyataan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling yang mengatakan sekolah agama turut menjadi punca pemisah antara kaum.

Meskipun kewujudan sekolah agama adalah dikhusus untuk murid yang beragama islam, namun sekolah agama tidak pernah menimbulkan isu atau krisis perkauman, sebaliknya memenuhi keperluan intelek, kerohanian dan disiplin yang sesuai dengan persekitaran hidup berbilang kaum di negara ini.

"Malah hakikatnya kurikulum di Sekolah Agama juga sangat menitikberatkan soal perpaduan sebagaimana ajaran Islam itu sendiri," tambah kenyataan itu.

"Kenyataan seperti itu tidak sewajarnya dipersoalkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum," kata Pemuda PBB melalui laman Facebook pertubuhan itu sebentar tadi.

"Malang bagi rakyat Sarawak jika pemimpin yang mereka pilih, tapi dengan sengaja menimbulkan polemik agama dan kaum di negeri yang sering menjadi contoh dalam soal perpaduan serta keharmonian kaum," tambahnya lagi.

Pemuda PBB turut menambah, di Sarawak tidak pernah menjadi isu punca pemisah kaum polisi-polisi pendidikan kerajaan melalui sekolah-sekolah mubaligh, sekolah agama, sekolah teknik, sekolah kerajaan dan sekolah persendirian.

"Malahan tadika-tadika kristian juga berperanan menjadi ejen perpaduan negeri kita," katanya.

Baca selanjutnya di - SARAWAKIANA - http://www.sarawakiana.net/2014/11/pemuda-pbb-persoal-niat-sebenar-ahli.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tiba-Tiba Anwar Ada Ramai Penyokong India..!!

Masuk hari keenam perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana kembali 'meriah' dengan gegak gempita suara penyokong yang hadir di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Sebelum ini, suasana agak reda jika dibandingkan pada awal perbicaraan, namun kerana jangkaan keputusan bakal diumumkan pada hari ini, maka berpusu-pusulah baik penyokong Anwar, mahu pun Saiful.

Menerusi video yang dirakam Mynewshub di Istana Kehakiman, para penyokong Anwar yang menyarungkan baju bertulis 'Rakyat Hakim Negara', hadir lebih awal sejak pagi dan kelihatan bersemangat melaungkan kata-kata sokongan kepada pemimpin pembangkang tersebut.

Baca selanjutnya di MYNEWSHUB - http://mynewshub.cc/2014/11/04/gempita-sorak-penyokong-di-hari-keenam-rayuan-liwat-ii/

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Surat Terbuka Dari Sepol



Kerajaan Terpaksa Bayar Pampasan Sekat Kenaikan Tol

Sejumlah RM1.1 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan dari tahun 2008 sehingga 2013 untuk membayar pampasan kepada semua pemegang konsesi lebuh raya di seluruh negara untuk menghalang kenaikan kadar tol sepertimana yang terdapat dalam penjanjian asal pembinaan lebuh raya-lebuh raya berkenaan.

Ini dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Yusuf sambil menambah, kerajaan dijangka akan mengeluarkan lagi sebanyak RM400 juta dalam bentuk pampasan pada tahun 2014 ini untuk tujuan yang sama.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sesi Dewan Rakyat semalam.

Menurut Fadillah, jumlah tersebut (RM400 juta) merupakan jumlah tertinggi yang akan pernah kerajaan belanjakan sejak 2008 iaitu sebanyak RM339 juta pada 2012 dan RM310 juta pada 2013 bagi tujuan yang sama iaitu menghalang kenaikan tol.

Jelasnya lagi, dalam lima tahun yang lepas, dua pemegang konsesi Lebuh raya Sprint dan Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) (dari 15 lebuhraya yang tersenarai) merupakan penerima terbesar dengan pampasan sebanyak RM281.84 juta dan RM257.78 juta. - Sarawakiana

Peguam Anuar mengaku kes Liwat


Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dijangka menutup hujah balasnya esok.

Perkara tersebut dimaklumkan sebelum mahkamah berhenti bersidang pada hari kelima ini apabila Muhammad Shafee memberitahu, beliau memerlukan kira-kira dua jam lagi untuk berhujah.

Hujahan tersebut akan dikemukakan beliau pada esok pagi memandangkan tiada prosiding sesi petang pada hari ini.

Seorang daripada peguam Anwar, Ramkarpal Singh ketika ditemui memberitahu, pihaknya akan membuat hujahan semula sebaik sahaja Muhammad Shafee selesai membentangkan hujah balasnya. - UTUSAN ONLINE

Akhirnya Munajat PAS Terjawab

IstIkharah & Munajat 16 Tahun Lalu Terjawab Melalui Hujah Peguam Anwar

AIDCNews – 1/11/14 – Blog pro PAS, Santauberapi mendakwa ikharah dan munajat selama 16 tahun lalu berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab melalui hujah ketua peguam belanya sendiri, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

"Saiful Bukhari merupakan pelaku kesalahan bersama atas alasan Saiful rela diliwat oleh Anwar" kenyataan Gopal Sri Ram dipetik.

Kenyataan Gopal Sri Ram itu membawa maksud bahawa beliau mengaku Anwar telah melakukan perbuatan liwat dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, namun bukan berdasarkan paksaan, sebaliknya atas dasar suka sama suka.

Menurut blog Santauberapi, 16 tahun lalu, ahli-ahli PAS mencari kebenaran dengan bermohon kepada Allah Taala untuk menunjukkan kebenaran apabila berita Anwar yang dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998.

"Namun kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.

"Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.

"16 tahun lalu, serata negara ahli-ahli dan pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah,"

"Bagaimana agaknya para penyokong Anwar Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh empat hari ini?

"Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka mereka adalah ANJING UBN?,"soal blog itu.

Penyokong PKR Tidak Kisah Anwar Meliwat – 'Itu Hak Dia'

Blog Santauberapi sebelum ini turut menempelak kumpulan Anwarinas dalam PAS yang menggunakan nama Almarhum Ustaz Fadhil Noor apabila ulama PAS lebih memihak kepada kes mahkamah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbanding dengan kes mahkamah Anwar.

"Pada saat inilah, mereka mula mengingatkan semula PAS tentang Almarhum Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor yang menurut mereka, pasti tidak akan meninggalkan Anwar Ibrahim bersendirian.

Mereka tersilap sebenarnya atau dengan kata-kata lain, mereka cuba untuk memutarbelitkan kenyataan sebenar. Almarhum sebenarnya tidak bersolidariti dengan Anwar Ibrahim secara membuta tuli walaupun sebelum itu, Anwar Ibrahim membuat pelbagai ugutan dan cercaan ke atas ulama-ulama dan PAS sendiri.

"Almarhum pada waktu itu melihat peluang terbaik untuk mendidik masyarakat khususnya umat Islam agar mengambil peduli dengan undang-undang negara yang telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk berkuasa, terutama sekali oleh Anwar Ibrahim sendiri menerusi banyak tindakannya ke atas musuh-musuh politiknya sebelum itu. Almarhum telah menggunakan kebijaksanaannya untk melaksanakan helah politik yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada PAS.

"PAS yang sebelum itu tercalar teruk dengan pelbagai label dan jenama, menerusi kebijaksanaan Almarhum, telah menarik minat golongan muda untuk mendekati dan menyertai PAS. PAS bertambah kukuh dan pada pilihanraya umum tahun 1999, PAS menjadi pembangkang majoriti di Parlimen berbanding DAP dan PKR (PKN pada waktu itu)," ulasnya dalam artikel bertajuk "Bila Tengok PAS Tidak Bersama-sama Anwar Ibrahim, Serta-Merta Pro-Anwar Ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor."

Tambah blogger itu lagi persepsi Ustaz Fadhil Noor menyokong Anwar adalah tidak tepat dan ia sengaja dipropaganda dan disebar luas oleh kumpulan Anwarinas dalam PAS.

"Jikalau diperhatikan dan diperhalusi, Almarhum sebenarnya tidak pernah peduli pun dengan Anwar Ibrahim tetapi golongan pro-Anwar Ibrahim yang sudah menyeberang masuk ke dalam PAS sebenarnya yang memberikan persepsi yang Almarhum menyokong Anwar Ibrahim.

"Buktinya, pada tahun 2002, Almarhum telah bersama-sama Dr.Mahathir dalam solidariti bersama-sama rakyat Palestin yang telah dizalimi oleh Zionis. Malah dalam banyak situasi sebelum Almarhum pulang ke pangkuan Allah Taala, dia banyak bersama-sama Mahathir berbanding Anwar Ibrahim di dalam penjara atau pun keluarga Anwar Ibrahim yang dikemudi oleh isterinya, Wan Azizah.

"Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, PAS telah dijadikan sebagai subjek yang boleh diperbodoh-bodohkan. Ketika sokongan diberikan kepada semua usaha yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, haram tidak sepatah pun perkataan 'terima kasih' diucapkan, bahkan diungkit tentang semangat tahaluf siyasi yang sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar akar umbi PAS. Apabila PAS enggan menghantar bantuan bagi meramaikan hadirin, dikatakan PAS telah mengkhianati Pakatan Rakyat.

"Apa sebenarnya Pakatan Rakyat kalau dalam semua perkara, PAS sahaja yang terkena dan perlu mengalah? Mengapa PKR dan DAP tidak mengalah dengan PAS dalam soal tuntutan hudud dan hukum-hakam Islam, termasuklah pengukuhan institusi masjid serta sekolah-sekolah pondok dan agama? Sebaliknya PAS setiap kali memperkatakan tentang maslahat berkenaan, dikatakan mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat.

"Orang bijak tidak akan masuk ke lubang ular dua kali berturut-turut. Cukuplah sokongan yang ditunjukkan kali pertama pada tahun 1998 dahulu. Sekarang, oleh kerana PKR sentiasa bercakap besar, buatlah sendiri dan tunjukkan yang PKR sebenarnya tidak memerlukan langsung PAS. Tunjukkan dan buktikanlah yang PKR sememangnya amat kuat, boleh menendang PAS sesuka hati mereka dan sangat disayangi serta dicintai oleh sekalian rakyat Malaysia," ulasnya lagi.

RUJUK >>> http://www.anwaraidc.com/?p=51042

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

FAKTA - Antara Hujah Menarik kes liwat Anwar Ibrahim

Antara hujah menarik perhatian kita dari Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari Jumaat, 31 Oktober 2014

(Hujahnya akan disambung di sebelah pagi hari Isnin (petang Isnin tiada pendengaran)
kemudian diikuti hujjah penggulungan oleh ketua pembelaan Anwar iaitu Datuk Gopal Sri Ram pada pagi Selasa)

1. Anwar Ibrahim bukanlah individu biasa. Beliau seorang yang berkarismatik dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran seorang budak muda seperti Saiful. Selepas meliwat Saiful, Anwar berpesan kepada Saiful supaya jangan meninggalkan solat.
(Nota: Bukan saja saja Saiful, malah orang lain juga yang tidak mengenali siapa Anwar sebenarnya)

2. Saiful yang gagal menamatkan pengajian degreenya dilantik oleh Anwar sebagai Pembantu Peribadi dengan gaji lumayan, elaun yg tinggi dan pelbagai lagi kemudahan lebih daripada staf Anwar yg lain.

3. Saiful dibawa ke mana saja oleh Anwar. Singapura, Hong Kong dan lain-lain negara.

4. Anwar juga memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir Rm 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee.
http://www.brioni.com/

5. Selepas Saiful menguruskan jadual perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, "Can I f*ck you today?" Ini jelas menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.

Saiful agak keberatan dan ini telah menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti liwat tersebut.

6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara. Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.

Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.

Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan aktiviti liwat tersebut.

Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari selepas diliwat.

Muka Saiful bukanlah muka individu yang gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas kejadian trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.

7. DNA 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya untuk dibuat DNA profiling).

8. Bahan bukti yang didapati dari hospital seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mampukah KY JELLY Menyelamat Politik Anwar?

Memang susah nak diterima akal, tetapi kehebatan dan kekuatan Anwar akhirnya ditentukan oleh KY Jelly. Kalau Anwar selamat kali ini, PKR perlu fikirkan kemungkinan untuk jadikan KY Jelly sebagai logo Pakatan Rakyat.

Galeri awam di mahkamah tadi cukup susah nak terima hakikat pernyataan wakil Anwar apabila kerap kali mengatakan – ‘consensual sex’ sememangnya berlaku. Ini yang cukup susah nak diterima.

Jika sodomi paksa tidak berlaku; apa yang jadi? Gopal Sri Ram dalam mempertahankan Anwar banyak kali memberi gambaran bahawa jikapun berlaku, ianya adalah berasaskan suka sama suka.

Ramai yang tak sedar, tetapi Kak Wan tunduk malu bila fakta itu dibacakan. Kak Wan tahu implikasi di sebalik kenyataan Ram.

Ini bermakna, insiden itu memang berlaku. Tidak ada syak. Tetapi soalnya, paksa atau tidak.

Kalau menurut Ram…memang berlaku. Paksa atau tidak itu soal lain.

Tapi kalau penyokong PKR masih merasakan Anwar maksum – kita terima sahajalah. - (Sumber: Gelagat Anwar)

Lim Kit Siang mahu PM masuk campur hal Mahkamah

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Tuan Lim Kit Siang, hari ini, menggesa Perdana Menteri menggunakan pendekatan wassatiyah dengan tidak cuba mematikan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hukuman yang lebih berat dari yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan lalu.

Dalam perbahasan beliau di Parlimen sebentar tadi, Supremo Parti Tindakan Demoktratik (DAP) itu menggesa Perdana Menteri dan pihak Pendakwa Raya menarik balik rayuan meningikan hukuman ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Lim turut menyatakan kesalahan ini bukanlah "public interest" yang memerlukan hukuman maksimum.

Malahan menurut beliau, kes rasuah di Indonesia membabitkan bekas Menteri juga hanya dihukum separuh dari daripada hukuman maksimum sedangkan ia merupakan kes yang mempunyai kepentingan awam.

Tindakan Lim menggunakan perbahasan Parlimen bagi mengulas hukuman harus dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap satu kes individu adalah satu campur tangan jelas legistatif (perundangan) ke atas kehakiman. Malah perbahasan Lim yang tampak menyarankan campur tangan Perdana Menteri bagi meringankan hukuman ke atas Anwar Ibrahim mengundang pula campur tangan eksekutif ke dalam kehakiman.

Bukankah saranan dan usaha mencampuri bahagian lain pentadbiran negara ini merupakan satu ancaman kepada pengasingan kuasa (separration of power) dalam sistem pentadbiran demokrasi dan menuju ke arah "penyalahgunaan kuasa"?

DAP sebelum ini merupakan antara parti terkehadapan bercakap soal pengasingan kuasa dan ketelusan kehakiman hari ini mendesak campurtangan perundangan dan eskekutif ke dalam kehakiman?

Bukankah ini menunjukkan demi kepentingan peribadi dan politik parti mereka, DAP sanggup berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan laungan kebebasan kehakiman mereka? Jika belum berkuasa sudah demikian perangai dan pandangan, apakah jaminan bila mereka berkuasa mereka tidak akan melakukan penyalahgunaan kuasa yang lebih serius?

Nampaknya, di mata DAP, keadilan hanya untuk kalangan mereka yang mampu membantu parti tersebut mendapat kuasa. Dalam kes ini survival Anwar dalam politik lebih penting daripada menegakkan keadilan untuk mangsa Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Nota: Jangan komen soal Anwar Ibrahim dianiaya kerana Saiful Bukhari telah bersumpah atas nama Allah, Anwar Ibrahim belum. Jika ada muslim menyatakan Anwar tidak bersalah, Saiful pembohong, maka nyatalah dia hanya muslim keturunan dan tidak percaya kekuasaan Allah. - (sumber: MYKMU)

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com