Ini bukan cara Anwar - kata Yuktes

DATUK Seri Anwar Ibrahim akan meletakkan satu karakter lain untuk dijadikan kambing hitam sekiranya beliau mahu memulakan sandiwara politik untuk melengah-lengahkan rayuan pihak pendakwaraya terhadap kes liwatnya.

Sehubungan itu, bekas pembantu undang-undang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yuktes Vijay melihat perkembangan terbaru pengosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tiada kaitan dengan usaha untuk menangguhkan kes tersebut.

“Ini bukan cara Anwar, kalau dia nak pesongkan kes undang-undang, dia akan pastikan ada seseorang yang boleh dikenakan contohnya apa yang berlaku pada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

"Itu taktik untuk Anwar memesongkan kes undang-undang dan melengahkan perbicaraan," katanya dalam pertemuan dengan MalaysiaGazette di sini.

Semalam, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhammad Rahimi Osman mendakwa ketua pembangkang itu cuba melakukan sandiwara politik untuk menyelamatkannya daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.

PRK DUN Kajang: PAS Pusat buat pendirian muktamad

PAS Pusat dijangka membuat keputusan rasmi bersabit tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan di situ, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata secara peribadi, beliau tidak bersetuju dengan tindakan PKR mengosongkan kerusi itu yang dikatakan sebahagian daripada perancangan untuk Anwar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Saya tak bersetuju dengan tindakan mengosongkan kerusi untuk semata-mata Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar," katanya kepada Antarapos.

Tegas Mohd Khairuddin, tiada keperluan untuk Anwar yang kini Ahli Parlimen Permatang Pauh bertanding di Selangor termasuk mengambil alih pentadbiran negeri daripada Khalid.

"Itu kita kena lihat kemudian nanti, kita hanya fokus isu pilihan raya kecil DUN Kajang," katanya.

Adakah cukup sekadar Amaran?

Perkara ini bukan baru berlaku hari ini, bahkan selesai saja PRU 13 segelintir peniaga atau pengusaha sudah mengenakan bayaran GST terhadap pengguna.

Berbagai laporan telah dibuat oleh rakyat, namun hanya Amaran yang mampu kerajaan lakukan.

Hari ini Datuk Ahmad Maslan memberi Amaran lagi, entah amaran keras atau amaran lembut, tak dapat nak pastikan.

Katanya, Pengusaha restoran dan hotel diberi amaran supaya tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan mereka sebelum 1 April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata,sudah ada restoran atau peniaga yang mengenakan GST dan meletakkan cukai itu dalam resit pelanggan sebelum tarikh berkenaan.

Macam mana ni pak menteri? Rakyat dah lama terkena. Takkan nak buat amaran saja...

Pemuda PAS buat U-turn, sokong Anwar

Selepas beberapa kenyataan membidas peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, hari ini Pemuda Pas menyatakan akan komited membantu rakan parti yang bertanding dalam PRK Dun Kajang.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun peletakan jawatan Adun PKR itu tidak disokong, namun sokongan akan terus diberikan kepada calon PR bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti perikatan itu.

"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya. - SH

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Sampai bila pun akan menipu, selagi rakyat terhibur dgn penipuan

Entah berapa lama lagi malaun ni nak menipu rakyat? Semata-mata nak puaskan nafsu serakah dia dan keluarga.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mahasiswa beri Amaran pada Anwar

Kecaman demi kecaman dilemparkan terhadap Anwar berikutan sikap kemaruk kuasa yang beliau tonjolkan.

Kali ini bukan sahaja dari musuh politik, malah golongan mahasiswa yang mendukung perjuangan beliau selama ini turut tampil bersuara dengan amaran serta kecaman yang cukup lantang.

Namun sejauh mana kecaman itu boleh kita percayai, tetap jadi persoalan.

Kerana kebiasaannya, sekali Anwar "berdehem" terhadap mereka, semua akan kecut telo...

Itulah politik PKR, semuanya "Demi Anwar"

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Giliran Faekah belasah Anwar

Nampaknya Faekah tidak mahu ketinggalan dalam memberi reaksi terhadap percaturan politik kotor PKR di Selangor.

Kenyataan Faekah kali ini lebih pedas bila membayangkan apa yang berlaku berpunca 'nafsu besar' pemimpin PKR.

Tidak terkecuali Dr Maza turut mengecam tindakan Anwar dan PKR yang kemaruk kuasa sehingga mengkhianati amanah dan wang rakyat.

Mana lagi Anwar nak letak muka, jika semua sudah menyedari betapa rakusnya sifat gila kuasa beliau dan PKR?

PKR bukanlah perjuangan demi rakyat, sebaliknya hanyalah perjuangan 'Demi Anwar'. Sekarang sudah terbukti dengan jelas!


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Agenda Anwar disebalik DUN Kajang

Seperti mana yang semua tahu, Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh. Jika Anwar bertanding di Kajang menjadi ADUN seumpama menurunkan pangkatnya sendiri. Seolah-oleh dari CEO diturun pangkat menjadi Branch Manager.

Benar, dengan menjadi ADUN Anwar juga berpeluang menjadi Menteri Besar Selangor. Namun proses pengundian mesti berlaku untuk melantik Anwar menjadi Menteri Besar. Persoalannya adakah semua ADUN memihak kepada Anwar atau masih setia kepada Khalid Ibrahim?

Persoalan lain juga timbul, kenapa tidak mengarahkan balaci kesetiannya sahaja bertanding di Kajang seperti Rafizi Ramli atau Azmin Ali hatta Khalid Samad juga adalah balacinya walaupun dia di dalam parti PAS. Kan lebih mudah begitu. Balacinya pasti akan mengikut telunjuk Anwar no matter what. Ia sudah terbukti di dalam sejarah Malaysia! Balaci tahap dewa.

Jadi, Adakah Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor semata-mata? Atau masih ada agenda lain disebaliknya?

Baca selanjut di http://sebastianphiu.blogspot.com/2014/01/motif-anwaribrahim-mahu-bertanding-di.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS desak PKR beri penjelasan

PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.

Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Adun terpaksa beri peluang kepada Anwar jadi MB Selangor

Seperti yang diketahui umum, situasi politik di Selangor agak berkecamuk dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmim Ali meneruskan serangan ke atas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar mengosongkan jawatan itu untuk membuka laluan kepadanya untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

Lanjutan daripada perselisihan yang sedang hangat berlangsung, politik negeri itu hari ini dikejutkan dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh yang secara tiba-tiba mengumumkan meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat-kuasa serta merta.

Surat perletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh sebentar tadi.

Hannah dalam reaksi awalnya turut melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan berkenaan dan memberitau, Chin Cheh sendiri datang menyerahkan surat berkenaan kepadanya.

Ketika ini, wujud spekulasi Khalid Ibrahim akan meletak jawatan pada Rabu ini dan Anwar Ibrahim dicadang untuk mengambil alih jawatan berkenaan.

Ini berikutan laporan yang mengatakan Khalid Ibrahim bersetuju untuk mengundur diri dengan syarat bukan Azmin yang dilantik sebagai Menteri Besar baru.

Bagi membolehkan laluan dibuka kepada Anwar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan dan perlu dimenangi Ketua Pembangkang berkenaan.

Sudah tentu Pakatan Rakyat akan memilih kubu paling kuat bagi tujuan itu yakni kawasan majoriti masyarakat Cina untuk bertanding.

Justeru, perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Chin Cheh ini memperkuatkan dakwaan bahawa Khalid sudah bersetuju untuk berundur dan Anwar akan bertanding di Kajang.

Namun, ketika ditemui pihak media hari ini, baik Anwar mahupun Abdul Khalid menafikan yang akan berlaku perubahan jawatan Menteri Besar di negeri itu.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, beliau tidak akan berundur dan sebarang perubahan memerlukan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Manakala Anwar pula berkata dakwaan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor hanyalah spekulasi lama.

Apa pun, mengenali cara Anwar Ibrahim, kenyataan beliau itu boleh berubah secara serta-merta tanpa rasa bersalah.

Chin Cheh memenangi kerusi Kajang dengan mendapat 19, 571 undi menewaskan calon BN dari parti MCA, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mengikut undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakah pilihan raya kecil di Kajang dalam tempoh 60 hari. - sumber: mynewshub

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

3 armada perang China dah bersedia

BEIJING : Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi tuntutan Malaysia.

Pegawai dan tentera yang bertugas diatas armada berkenaan bersumpah untuk melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing untuk menuntut hak diatas Laut China Selatan sekaligus menaikkan kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing. 

Kumpulan armada perang yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, 'Changbaishan', dengan diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi merujuk nama kawasan James Shoal.

Panglima armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi sebuah kuasa maritim dunia.

Sejak akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut China Selatan.

Pada Mac yang lalu, Kuala Lumpur telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April berikutnya, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka keatas kawasan tersebut.

Sumber : http://www.arabnews.com/news/515571

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pelajar kesal tindakan PKR

Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas.

Perbuatan mereka ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata, berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.

"Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka.

"Ironinya, selepas insiden itu, kami masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain.

"Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu," katanya dalam e-mel kepada Bernama di sini, hari ini.

Zed Al Habshee berkata layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia.

"Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka," katanya.

Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu.

Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan.

Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.

"Tidakkah mereka fikir usaha 'Dasar Pandang ke Timur' yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka?

"Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu," katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.- rakyatnews
 
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Tun Mahathir lawat Harun Din

Walaupun sentiasa menjadi sasaran maki hamun penyokong dan pemimpin PAS, namun Tun Mahathir berbesar hati menziarah Datuk Harun Din yang sedang dirawat di hospital.

Mungkin inilah manifestasi slogan "kepimpinan melalui tauladan" yang pernah Tun pelopori suatu ketika dulu.

Kami juga mendoakan agar dua pemimpin ini beroleh kesihatan yang baik, dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ini yang lebih bahaya dari GST

Macam biasa, orang lebih percaya 'auta' berbanding fakta! Pihak penerangan pakatan rakyat telah menjalankan tugas meracuni rakyat Malaysia dengan sukses! Pihak penerangan BN pula tampil dengan video penerangan GST bersifat sambil lewa!Mengapa kali ini kita nak cerita pasal telur ayam, GST dan apa pula kaitannya dengan gangsterism atau kegiatan kongsi gelap di Malaysia?

Baca ulasan panas di http://www.sematankelawas.com/2014/01/panass-kaitan-telur-gst-dan-gangsterism.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

10 Kenyataan Haron Taib yang kita perlu tahu

Berikut adalah 10 Kenyataan yang Arwah Tuan Guru Dato Haron Taib yang kita perlu tahu dan sesuai untuk sebaran.

1) ISU KALIMAH ALLAH :"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,"

2) ISU KALIMAH ALLAH: "Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,"

3) ISU KALIMAH ALLAH: "Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,"

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,"

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,"

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,"

8) HIMPUNAN BLACK505: "Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,"

9) HIMPUNAN BLACK505: "Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),"

10) HIMPUNAN BLACK505: "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,"

- KLXPRESS

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

AL-Fatihah: Dato' Harun Taib meninggal dunia

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato'  Harun Taib dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah malam tadi setelah tidak sedarkan diri sejak semalam.

Allahyarham yang dilaporkan pengsan semalam telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Allahyarham meninggal dunia akibat keuzuran.

Beberapa pimpinan PAS turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial termasuk Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Untuk rekod, Allahyarham juga memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.- rakyatnews

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

BR1M diagih pertengahan Februari

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

"Majlis Tertinggi (MT) Umno mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini Jumaat.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan diambil.

Presiden Umno itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat.

"Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar (harga) yang berpatutan.

"Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil kerajaan kita akan bendung perkara ini," katanya.

Najib berkata MT Umno juga memberikan sokongan padu dan sepenuhnya kepada semua dasar kerajaan dan langkah-langkah yang sedang diambil bagi meringankan beban rakyat memandangkan asas ekonomi negara masih teguh.

"Dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara malah di luar negara," katanya.

-Bernama
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Kebodohan pemimpin PR

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kenyataan Media Nurul Izzah dan suami

KENYATAAN MEDIA 23 Januari 2014

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tian Chua dipenjara sebulan dan denda RM1000

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakili pemimpin pembangkang itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM500 kepada RM1,000.

Mahmud dalam keputusannya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.

Mengaku tidak bersalah

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius walaupun tiada kecederaan berlaku semasa tertuduh berada di Pulapol.

"Sebagai Yang Berhormat, tertuduh perlu memberi contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi dia telah melanggar perintah polis. Pohon beri hukuman setimpal dalam bentuk pemenjaraan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Eric pula memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja kepada anak guamnya atas alasan ia adalah satu kesalahan teknikal yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada orang ramai dan juga tertuduh. -Bernama

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Lahad Datu : Tian Chua Belum Terlepas Dari Hukuman

Defenden Pertama iaitu Tian Chua kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO' telah dirujuk kepada UMNO, sementara Defenden Kedua dan Ketiga iaitu Fazallah Pit (Editor KeadilanDaily.com) dan Aisha Geoffrey (pengarang artikel) dengan serta-merta mengeluarkan artikel tersebut dari sesawangnya.

"Di sini juga ditegaskan bahawa tawaran untuk menyelesaikan kes tersebut dibuat oleh Tian Chua kepada pihak UMNO melalui peguam UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dalam kehadiran Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dan bukan sebaliknya."

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan walaupun UMNO menyelesaikan kes saman tersebut namun Tian Chua masih lagi berdepan dengan kes tuduhan jenayah hasutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur yang mana laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu adalah terangkum dalam kes jenayah tersebut.

"Saya menegaskan bahawa, sebagai sebuah parti yang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan."

Antara kandungan pertuduhan jenayah yang dihadapi oleh Tian Chua ialah:

"Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11.00 pagi di alamat No: 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan telah menyebutkan perkataan menghasut dengan membuatkan kenyataan bahawa

a. Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

b. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

c. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

d. Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;

dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama."- MediaUMNO
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Apa hak PKR? soal Doraemon

Pengerusi bersama superhero Jepun, Doraemon hari ini menafikan pengusiran Anwar Ibrahim dari Jepun adalah berkaitan wang ringgit 500 dan 1000.

Doraemon berkata demikian dalam sidang media khas bersama rakan-rakan di restauran Dorayaki hari ini.

"Kami tidak tahu menahu tentang wang kertas 500 dan 1000, tapi kami menerima laporan bahawa Anwar adalah bekas banduan" tegas Doraemon.

Doraemon berkata Anwar Ibrahim terlupa, bahawa mereka yang pernah diPENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun.

Kelonggaran syarat VISA hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara, tambahnya

Ketika ditanya wartawan tentang tindakan penyokong PKR berdemonstrasi dihadapan kedutaan Jepun.

Doraemon menjawab "Ini negara berdaulat, kami berhak menghalang siapa saja bekas penjenayah memasuki negara kami. Apa hak Anwar dan PKR?

"Jepun tidak perlukan seorang gay tua dari Malaysia untuk mengajar kami tentang demonkrasi, Nuar boleh pergi ke Australia" kata Doraemon sinis.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah kartun popular Nabita, Giant serta rakan-rakan lain.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Satu kemaluan besar untuk PKR

Betapa besarnya 'kemaluan' PKR bila pemimpin idola mereka dihalau seperti sampah dari negera Jepun.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Inikah punca Anwar dihalau dari Jepun?

Semua masih ingat Tun Mahathir haramkan duit Malaysia note RM500 dan RM1000? Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu. Tak tahu tu elok lah search cari note RM500 dan note RM1000 tu yang di haramkan oleh Tun M sewaktu Anwar Ibrahim di pecat dari Timbalan Perdana Menteri.

Mengikut sumber Wang note RM500 dan RM1000 tu disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Jumlah nya Thrilion ringgit Malaysia beb. Duit sapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan sekutunya?

Anwar Ibrahim ke jepun atas sebab berjumpa dengan proksinya yang menyimpan duit tersebut. Najib Razak tahu pekara ini dan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jepun bahawa apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah salah dan merupakan satu Rompakan ke atas wang Rakyat Malaysia sewktu beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Malaysia melalui Najib Razak dan kerajaan jepun bekerjasama dalam pekara ini bagi menidakkan wang RM500 dan RM1000 tidak dibawa pulang oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia ataupun disimpan di negara lain.

Kerajaan Jepun memandang serius pekara ini dan atas sebab tersebut kerajaan Jepun melihat Anwaar Ibrahim sebagai satu ancaman Korupsi mata wang dunia dan tidak mahu pengaruh Anwar Ibrahim yang terok ini merosakkan matawang Yen Jepun.

Mungkin ada yang tak percaya tapi ketahuilah hakikatnya bahawa Anwar Ibrahim adalah Perompak wang Rakyat paling besar dalam sejarah negara.

Bayangkan jika Pakatan menang PRU dan mentadbir negara yang mana Anwar Ibrahim Perdana Menteri. Sudah pasti keturunan Anwar Ibrahim akan kaya tak pernah miskin dek kerana note RM500 dan RM1000 yang dirompak Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM.

Buat yang nak menyokong Anwar Ibrahim membabi buta ni dan salahkan umno elok lah buat research pekara ini. Jangan jadi pentaksub sampaikan mengiyakan apa sahaja cakap Anwar Ibrahim.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

'Masalah Candu' - BN Sarawak bila lagi?

Malam ini DAP sekali lagi menggerakkan jenteranya untuk meraih sokongan rakyat Sarawak, meskipun Pilihan Raya negeri dijangka akan berlangsung dalam masa 2 tahun lagi.

Perhatian kami bukanlah pada ceramah yang DAP anjurkan, lagipun ceramah mereka seringkali tidak mendapat sambutan kaum bumiputra.

Perkara yang diberi perhatian ialah jentera untuk mendaftar pengundi baru disebalik ceramah itu. Maka wajarlah sokongan terhadap mereka bakal bertambah dihari-hari mendatang.

Kalau pun kita boleh nafikan sambutan pada ceramah mereka, tetapi jumlah golongan muda yang DAP berjaya rekrut melalui pendaftaran pengundi baru bukanlah suatu yang boleh diremehkan.

Disinilah kelemahan ketara Barisan Nasional di Sarawak, mengapa perkara semudah ini BN sukar lakukan? Hanya kerana mereka masih 'hayal' dengan istilah 'simpinan tetap'.

Nak disalahkan pemimpin tua dan lama? Sedangkan pemimpin muda dan baru tetap saja 'hayal' oleh candu yang sama.

Terlalu banyak kritikan serta cadangan oleh pelbagai pihak agar BN atau PBB melancarkan pendaftaran pengundi baru, namun maklumbalas yang sering diterima dari pihak BN hanyalah alasan cacamarba ala 'conman'. Ditambah lagi gaya berbahasa separuh inggeris separuh melayu, mereka rasa sudah cukup hebat dihadapan rakyat.

Malah ada segelintir yang sanggup berkata, mereka tidak perlukan pengundi baru, sebab calon 'tunggul kayu' pun akan menang di kawasan mereka, yang penting calon PBB/BN.

Sampai bilakah PBB dan BN Sarawak sekadar mengecam kritikan yang dilemparkan terhadap mereka?

Sedangkan jentera untuk "mengecam dan menafikan" tidak mampu untuk mempertahankan BN, apatah lagi untuk menambah jumlah undi...


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mayat keempat mangsa bot karam dijumpai

Mayat keempat mangsa bot karam yang dijumpai petang tadi disahkan sebagai Nursiah Abdullah.

Ketua Polis Daro, DSP Wagner Lisa ketika dihubungi berkata hujan lebat menyukarkan kerja mencari.

Jika keadaan berterusan kerja-kerja mencari mungkin terpaksa dihentikan dan disambung esok.

Tujuh lagi mangsa masih belum ditemui.
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Himpunan Sokong PM dan Melayu

Perhimpunan ini dihadiri oleh beberapa NGO dan penduduk tempatan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan segelintir pihak dari pakatan rakyat yang menghina Perdana Menteri Malaysia dan orang melayu.

Lagi gambar dan berita di http://www.sarawakonline.com/2014/01/perhimpunan-aman-sokongan-terhadap.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Elizaberth Wong Dakwa Azmin Cuba Guling Khalid

AIDCNews – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan para penyokongnya berusaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim sebagai Menteri Besar negeri itu.

Perkara itu diutarakan oleh Azmin dan para penyokongnya dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti.

"Saya tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana perkara-perkara lain tetapi saya diberitahu perkara itu," kata Exco Selangor Elizabeth Wong yang juga ahli MPP kepada The Malaysian Insider.

Sorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.

"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"satu lagi sumber kepada portal itu.

Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.

Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.

Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.

"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.

Anwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.

Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.

Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.

Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat.

Namun pejabat MB mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.

Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.

Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya. - sumber: AIDC

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PM Najib jawab isu 'kangkung'

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

"Saya suka makan kangkung,anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.

Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh,orang tertentu sahaja makan.

Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

Dalam pada itu,Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata,ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat. 

"Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam. 

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Khalid 'ditangkap' berbohong

Bukan sekali MB Selangor ini 'tertangkap' kerana berbohong dan menipu rakyat dengan pelbagai alasan, yang akhirnya menjerut leher sendiri.

Kali ini lebih menarik, bila 'tertangkap' kerana menipu dalam pemecatan Azmin Ali sebagai Ahli Perbadanan PKNS.

Penyokong Azmin menganggap tindakan MB Khalid sebagai Desperado untuk menyingkirkan Azmin dari PKR menjelang kongres pemilihan parti itu.

Pelbagai alasan serta penafian dibuat sekadar untuk menjerut tengkuk Khalid dan exco yang bersekongkol.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan untuk menamatkan jawatan Azmin Ali sebagai ahli PKNS dibuat oleh mesyuarat exco melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).

Kenyataan tersebut bertentangan dengan penjelasan MB Khalid semalam, yang kononnya dibuat atas arahan Pengurus Besar PKNS.

Nampaknya Khalid semakin kerap 'ditangkap' kerana berbohong dan menipu rakyat.

Apakah Anwar akan mempertahan Azmin atau Khalid?

Drama ini pasti menarik kerana Kongres pemilihan PKR akan berlangsung tidak lama lagi.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mayat Ariel Sharon tidak diterima bumi

TEL AVIV - Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya'Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

" SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. ~mynewshub

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PELAJAR UNIVERSITI DI SARAWAK DIPERCAYAI DIBUNUH

KUCHING – Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superitenden Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital
besar di sini untuk bedah siasat.  

Pada 4 Januari, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.  – Bernama


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Penahanan 'Sultan Melaka' berdasarkan undang-undang

PUTRAJAYA, 14 Jan - Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' di Jasin, Melaka adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu.

Selain itu, beliau berkata apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut tahkta kesultananan di negeri-negeri tersebut.

"Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan.

"Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu.

Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di sini hari ini.

Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pelajar asing yang mahu bekerja separuh masa di restoran makanan segera perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen.

Mengenai Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan yang mendakwa ditumbuk oleh seorang lelaki berhubung soal pertukaran guru, di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Ahmad Zahid menyifatkan ia perbuatan yang amat memalukan.

"Kamalanathan sebagai timbalan menteri pendidikan yang mewakili institusi pendidikan negara ini harus dihormati. Lagipun, soal pertukaran guru merupakan soal peraturan yang sedia ada di Kementerian Pendidikan.

"Kamalanathan telah membuat laporan polis dan kita akan mengambil tindakan pada individu yang melakukan perbuatan itu," katanya. - Bernama

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Kes cubaan rompak bersenjata di kuching

Berikut adalah kenyataan media KPD Kuching berhubung kes jenayah pagi tadi:

Makluman kejadian pecah dan curi dari kenderaan dan jumpa 2 kelopak peluru jenis P99(21 butir) peluru hidup.

Pada 13/1/14@1100hrs. Semasa anggota D9 IPK sdg menjalankan rondaan di Jln Jambatan Gantung, Satok, telah terserempak dgn 2 lelaki (bangsa tidak pasti) sedang memecahkan kereta jenis Toyota Hilux.

Saspek melarikan diri dgn meninggalkan sebuah motosikal curi. Berlaku kejar mengejar n pergelutan dgn salah seorang saspek n berjaya ditangkap, manakala seorang lagi telah mengeluarkan pistol n cuba cekah, pd masa yg sama 2 kelopak peluru terjatuh diatas jalan.

Saspek tersebut berjaya melarikan diri dgn mencuri sebuah motosikal di rumah mangsa di kawasan Satok.

Saspek yg ditangkap akan ditahan remand dan siasatan diteruskan. Tks.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Benarkah ini sekadar lakonan?

Media sosial sekali gempar apabila 4 keping gambar dua anggota polis dikatakan sedang mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.

Seorang daripadanya jelas kelihatan memegang tin minuman keras.

Namun kekecohan di media sosial sedikit reda bila terdapat maklumat mengatakan gambar-gambar tersebut adalah aksi lakonan semula anggota polis.

Menurut sumber di media sosial, situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.

Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang menyokong kenyataan tersebut.

Samada gambar itu lakonan atau tidak, persoalan penting siapakah pihak dalaman yg memuat naik gambar tersebut?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Bekas pemain bola sepak Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas pemain pasukan bola sepak Sarawak Sazali Mohamed Ramli, 45, meninggal dunia pagi Ahad, dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham merupakan seorang polis bantuan Petronas di Bintulu.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak Datin Mary Sadiah Zainuddin berkata beliau dimaklum ketika kejadian, Sazali berjoging di sebuah taman di Bintulu.

"Ketika ditemui, Allahyarham sudah tidak bernyawa lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kematian Sazali amat mengejutkan kerana sebelum ini rekod kesihatan Allahyarham adalah bersih selain tiada tanda menghidap sebarang penyakit.

Allahyarham juga merupakan seorang pekerja berdedikasi dan pemain bola sepak yang hebat, katanya.

"Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Petronas dan juga bola sepak Sarawak," kata Mary, yang juga isteri Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Datuk Sudarsono Osman.

Sazali mewakili Sarawak dalam Liga Malaysia ketika pasukan itu dikendali jurulatih dari Australia Alan Vest.

Pemain yang seangkatan dengan Allahyarham ialah John Hunter, Jeff Curan, David Evans, Dahlan Matusin, Roslan Ismail, Abdul Jalil Ramli dan Ibrahim Mentali.

Semasa zaman kegemilangannya, Sazali berpasangan dengan Hunter di barisan serangan dan merupakan penjaring utama pasukan Sarawak.

- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ariel Sharon meninggal dunia

Bekas perdana menteri Israel Ariel Sharon meninggal dunia di hospital berdekatan Tel Aviv setelah koma hampir lapan tahun, menurut media Israel.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan daripada hospital Sheba, hospital dia dirawat.

Kenyataan rasmi akan dibuat pukul 3 petang (1300 GMT).

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Hati-hati dengan makhluk ini

Inilah yang sedang terjadi di Malaysia, ada berbagai kerenah yang mengelirukan rakyat.

Semuanya kerana "kegilaan" tersendiri..

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

"Blogger Ajaib" - Hanya di Sarawak

Seorang sahabat lama dari Malaya menghubungi saya, bertanya tentang "kewujudan" blogger politik pro BN di Sarawak yang ghaib sejak PRN lalu. Saya memberitahu beliau, blogger Sarawak sangat ajaib hanya orang tertentu saja mampu melihat kewujudan mereka. Walaupun kepakaran mereka bukan dalam perang persepsi, tapi mereka mahir dalam ilmu menghilangkan diri di dunia maya dan hanya muncul diatas kertas proposal.

Sahabat saya sangat tertarik dengan cerita keajaiban tersebut.

Sebagai orang biasa yang aktif di dunia internet, kita hanya mampu mengesan tidak lebih dari 6 orang blogger Sarawak yang tidak ghaib dan sentiasa aktif walaupun tak hebat. Nama blog mereka; Unreported News, Wira Kenyalang, Sematan Ke Lawas, Melayu Stampin, Melanau blogger dan MyBujang Senang.

Tapi kalaulah soalan ini ditanya kepada beberapa pemimpin BN Sarawak, jawapannya bukan sahaja sangat ramai malah mereka turut memiliki senarai blogger yang mewakili kawasan seluruh Sarawak. Hebat bukan..

Itu belum lagi termasuk ratusan mahasiswa yang kononnya berperang di Facebook mempertahankan BN, tapi sebagai orang biasa kita tidak akan mampu melihat kemunculan mereka dengan mata kasar, berbeza dengan mata para YB dan pak Menteri, mereka mampu melihat dengan jelas. Bukankah itu juga sangat ajaib?

Ada juga Menteri mabuk ketum?

Entah macam mana Hard Rock Cafe (HRC) boleh berkonsepkan islam dengan hanya nyanyian lagu nasyid, dan para pengunjung hanya akan menghirup air sirap sambil makan buah kurma?

Namun itulah yang dibayangkan oleh pak menteri yang cerdik pandai ini, jelas sekali menteri ini tidak sanggup untuk membantah pembukaan HRC di Putrajaya.

Berikut adalah luahan hati pak menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor "Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung".

Menteri Wilayah Persekutuan itu melalut lagi dengan berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

Anwar batal saman terhadap Dr Chandra

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membatalkan saman beliau ke atas Dr Chandra Muzaffar selepas pihak defendan bersetuju untuk menarik balik kenyataan beliau yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada Mac 2008.

Keputusan tersebut dicapai atas persetujuan kedua-dua pihak plaintif dan defendan dan direkodkan di hadapan  Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.

Anwar diwakili peguam S. Surendran dan Latheefa Koya manakala peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Chandra.

Kedua-dua pihak turut bersetuju tidak meletakkan sebarang kos ganti rugi susulan pembatalan tersebut.

Anwar memfailkan saman itu pada 6 Mac 2008 atas dakwaan Chandra telah membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum yang dianjurkan Star Publication Bhd, di Menara Star, Petaling Jaya pada 3 Mac tahun sama.

Di dalam pernyataan tuntutan Ketua Umum PKR tersebut, Chandra didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dan disiarkan dalam akhbar The New Straits Times "Chandra breaks silence on Anwar" pada 5 Mac 2008 dan "Disaster if Anwar is PM" menerusi akhbar The Star pada hari sama

Chandra yang dinamakan sebagai defendan dalam pembelaannya menafikan mengeluarkan komen jahat, palsu atau memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan berkata kenyataan itu disiarkan dengan perlindungan bersyarat. - Rakyat News

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Siapakah gerangan 'Jawa doll' ini?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mangsa tembak ditahan Polis bantu siasatan

BESUT - Pemandu jentera berat yang cedera di perut selepas terkena tembakan lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Kuala Menjing di Hulu Terengganu pada Sabtu akan ditahan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata mangsa yang berusia 28 tahun itu akan ditahan sebaik sahaja selesai menjalani rawatan.

Katanya setakat ini mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan dilaporkan stabil.

"Kita akan menahan mangsa bagi membantu siasatan dan kita percaya mangsa juga mempunyai maklumat berhubung insiden yang berlaku," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya polis juga masih mengenal pasti senjata yang digunakan dan tidak menolak kemungkinan senjata itu merupakan buatan sendiri.

Jamshah berkata polis memandang serius kegiatan jenayah menggunakan senjata api di negeri ini dan terbaharu kediaman Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Ibrahim Mohamad menjadi sasaran tembakan rambang pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi, penjenayah melepaskan enam das tembakan dengan dua daripadanya mengenai bahagian rumah manakala empat lagi pada kereta Mercedes Benz milik mangsa.

Sehubungan itu, polis menubuhkan unit khas bagi memantau dan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes jenayah terbabit.

"Dua kes melibatkan penggunaan senjata api dicatatkan pada tahun ini walaupun tidak melibatkan nyawa namun kegiatan ini serius dan pasukan yang kita tubuhkan ini akan mengesan kesemua suspek terbabit," katanya. - Bernama
 
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Di Sarawak provokasi kaum, di Malaya provokasi agama

Inilah gaya politik baru yang dikatakan sangat demokrasi, dibawa khas dari Malaya agar orang Sarawak berubah dan menganut fahaman politik baru seperti ini.

Di Sarawak, pembangkang bukanlah perkara baru. Bahkan pembangkang hampir berjaya menjatuhkan kerajaan pada 1987, tapi kita tidak terhidang dengan gaya politik provokasi seperti itu.

Tapi sekarang ini bukan lagi pembangkang Sarawak, sekarang adalah pembangkang jemputan khas dari Malaya. Dengan gaya politik serba baru.

Inilah hasilnya, jika di semenanjung mereka sedang bermain provokasi agama untuk menjadi hero. Di Sarawak mereka berusaha mencipta ketegangan dengan provokasi kaum, agar mereka dapat perhatian.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tidakkah ini satu "Hasutan" dan jenayah yang jelas?

Kita sedar perasaan Aziz Isa dan puak-puak pembangkang, mereka butuhkan perhatian yang lebih dari rakyat. mereka mahu pihak berkuasa bertindak, dengan cara itu dapat juga mereka mencicip sedikit populariti dari media.

Puak-puak ini selalunya berlumba-lumba untuk mencipta kontroversi, berlumba-lumba mencipta isu. hanya dengan cara itu nama mereka mungkin jadi sebutan.

Namun, tidakkah kenyataan seperti dibawah ini berunsur Hasutan yang mendorong kemungkinan jenayah?

Atau patutkah kita juga berlumba-lumba dengan mereka mencari populariti dan perhatian rakyat dengan cara yang sama, kerana menurut mereka "cara itu" lebih demokrasi.

Sebenarnya, bukan rakyat yang butuhkan puak-puak ini, sebaliknya mereka yang butuhkan perhatian serta belas kasihan dari rakyat.

Apakah kenyataan ini satu gurau senda, atau satu jenayah yang jelas? lalu apakah tindakan kita...

Sikap Guan Eng terserlah dengan 2 Mercedes mewah

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluluskan pembelian kereta mewah Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi ketika ekonomi negeri itu terus merosot mencerminkan sikap sebenar beliau yang licik memanipulasi kepercayaan rakyat.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, Guan Eng sebelum ini lantang bercakap mengenai soal penjimatan di dalam urusan pentadbiran kerajaan namun kelantangan itu bagaikan terkena batang hidung sendiri apabila dilihat bermewah-mewah dalam perbelanjaan kerajaan negeri.

“Sejak bila Guan Eng ‘cakap serupa bikin’? Dia merupakan seorang pemimpin yang pakar putar alam. Sebelum ini dia begitu lantang bercakap pasal penjimatan tetapi sekarang kita boleh melihat betapa borosnya dia menggunakan dana rakyat untuk kepentingan dia," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

3.03 juta penerima BR1M diminta daftar sebelum 31 Jan

Lebih 70 peratus daripada 900,000 penerima baharu yang dikenalpasti layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ketiga (BR1M 3.0) pada 2014 masih belum mendaftar.

Manakala daripada 6.8 juta penerima sedia ada yang dikenalpasti layak melalui pemberian BR1M terdahulu, hanya 4.4 juta telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, dan baki 2.4 juta lagi belum berbuat demikian.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta penerima BR1M 3.0 berkenaan segera tampil mendaftar serta jangan mengharapkan kerajaan melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

“Sepatutnya rakyat telah belajar melalui BR1M 1.0 dan 2.0 dan tidak perlu memohon tarikh lanjutan kerana ini kali ketiga BR1M diagihkan,” katanya dalam sidang media selepas melawat kaunter BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya, Jumaat.

“Saya menyeru mereka yang layak untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum 31 Januari ini bagi memudahkan mereka untuk turut menerima perlindungan caruman takaful i-BR1M,” katanya.

VIDEO Mat Said didedahkan

Berikut adalah video penuh Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said ketika membantu mangsa kemalangan di Kemaman.

Kejadian itu berlaku kira-kira 3.15 petang semalam, ketika Menteri Besar itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis pemberian dana bakti remaja di Dewan Sivik,Seri Bandi.

Menariknya, tindakan Mat Said mengundang pelbagai kritikan serta cemuhan dari puak-puak pembangkang,itulah gaya politik melayu haprak, yang mengaku kononnya diri mereka sangat bijaksana.



Kos Perkahwinan Anak Anwar cecah RM3 juta

Yuktes mendedahkan bahawa DS Anwar telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk perbelanjaan kes liwat yang melibatkan pakar forensik, DNA dan pakar untuk mengendalikan kes tersebut. 

Selain itu, Yuktes turut mendedahkan tentang kos perkahwinan anak Anwar yang mencecah RM3 juta.


PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com