Apa masalah PKR di Sarawak?

Belum pun selesai kes liwat yang melibatkan pemimpin tertinggi PKR di Semenanjung, puak puak ini sedang cuba bikin onar di Sarawak demi menutup kebejatan pucuk pimpinan mereka.

Berteriak mempersoal urusan dalaman negeri lain, tidak akan sesekali memesongkan persepsi umum terhadap kes liwat Anwar, malah tidak akan mampu menutup 'keributan' yang berlaku dalam PKR itu sendiri.
Protes anjuran PKR yang diketuai Peter John Jamban, di tHe Spring petang tadi hanya dihadiri 5 orang.
Protes ini juga dianjurkan PKR di Kuching Sentral petang tadi, ada sokongan kah?
Tindakan PKR bukan sahaja ibarat meludah ke langit, malah memalukan pemimpin mereka. Sedangkan Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, dan yang paling penting masih ada kes yang sedang berjalan terhadapnya.

 Apakah PKR begitu terdesak untuk menutup kebejatan diri? kerana inilah sebenarnya masalah PKR..

Khalid dedah pemimpin PKR cuba pengaruhinya

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin daripada PKR cuba untuk campur tangan terhadap penilaian aset air di negeri itu.
 
Beliau berkata, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang menyifatkan penentuan harga aset air itu perlu ditetapkan dengan kadar yang lebih tinggi.
 
"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama bahawa saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion.
 
"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," katanya dalam temuramah bersama The Star semalam.
 
Kerajaan Persekutuan dan Selangor sudah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu yang sudah berlarutan sejak 2008.
 
MoU itu juga memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu. 
 
Sebelum ini, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.
 
Khalid turut menyifakan projek Langat 2 bernilai lebih lapan bilion itu sebagai membazir dan membekukan beberapa kelulusan yang diperlukan oleh Putrajaya, menyebabkan projek itu terbantut sejak 2009. - AntaraPos


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Isu TYT: Fadillah persoal sikap pembangkang

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Beliau menegaskan tindakan pembangkang itu sebenarnya cuba untuk menindakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan negara. Fadillah turut mempersoalkan tindakan tersebut yang cuba memberikan gambaran, bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh didesak untuk melakukan apa-apa tindakan yang berada di bawah bidang kuasa Baginda.

"Sekiranya mereka mendakwa YAB Pehin Seri (Taib Mahmud) tidak layak menjadi Tuan Yang Terutama (Sarawak) disebabkan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau sebagainya.

"Saya ingin bertanya kepada mereka, adakah terdapat sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atasnya? Sedangkan semua dakwaan tersebut langsung tidak dibuktikan, Sedangkan sebagai seorang peguam, ketua DAP Sarawak itu sepatutnya tahu akan undang-undang. Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah, sehingga disabitkan oleh mahkamah," katanya.

Fadillah turut mempersoalkan, sekiranya pembangkang ingin memperjuangkan asas dan prinsip tersebut, mengapa mereka tetap menyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim?

"Sekiranya benar, mereka (pembangkang) konsisten atas prinsip tersebut, mengapakah mereka menyokong Anwar untuk bertanding di Kajang, di masa yang sama turut membayangkan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor? Malah mereka yang mendakwa kononnya berpegang kepada prinsip ini, turut menyatakan sokongan terhadap individu yang sama sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Persoalannya apakah Anwar layak menjadi seorang Menteri Besar? Mengapa mereka langsung tidak mempersoalkan isu tersebut? Sedangkan dia pernah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, dan yang paling penting masih ada kes yang sedang berjalan terhadapnya.

"Mengapa ia tidak dipersoalkan? Sebab itu saya tegaskan isu ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan jelas membuktikan wujudnya 'double standard' di kalangan pembangkang," ujar beliau lagi.

Selain Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng turut pernah disabitkan oleh mahkamah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahan menerbitkan berita palsu dan menghasut.

Namun disebabkan sokongan dan pengaruh bapanya yang merupakan Pengerusi DAP Pusat, Lim Kit Siang (pada ketika itu), Guan Eng kembali aktif di dalam politik parti yang kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung dan seterusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sumber.www.suara.tv

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Majalah Khas untuk Hadi Awang

Berbagai satira dan lelucon dicipta khas untuk Hj Hadi, segalanya bermula dari cerita pil kuda yang menjulang nama presiden PAS itu ke puncak populariti.

Hukuman berjumlah 2 juta yang diterima seorang ulama seperti Hj Hadi, pastinya memiliki nilai signifikan yang lebih tinggi berbanding orang biasa.

Malah lebih hebat, ulama besar itu didakwa kerana memfitnah pihak lain dengan tuduhan yang menyentuh maruah.

Yang penting, kali ini kebejatan dan keceluparan Hj Hadi tidak mampu lagi ditutup dengan menyalahkan UMNO/BN sebagai punca segalanya.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Rafizi bongkar Kronisme dalam Pakatan Pembangkang?

Rafizi Bongkar Ketidaktelusan Dan Kronisme Pakatan Pembangkang?

Akhirnya Rafizi sendiri seolah-olah membongkar amalan kronisme dan ketidak telusan di dalam operasi pakatan pembangkang.

Sebelum ini mereka sering menuduh dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional kononnya mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam urusan pembahagian projek-projek mega dan pentadbiran.

Baru-baru ini Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan.

Beberapa projek besar di Selangor telah menjadi rebutan di kalangan pemimpin politik pembangkang masa itu.

Dalam tempoh pendek lebih setahun Zaid Ibrahim menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.

Menurut pengakuan Rafizi sendiri, beliau sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pernah didatangi oleh Zaid Ibrahim, meminta supaya beliau campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Rafizi juga turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.

Begitu juga dengan amalan kronisme yang kononnya di amalkan oleh Barisan Nasional. Hakikatnya pembangkang yang menuduh dan memfitnah Barisan Nasional ini telah mengamalkan kronisme tahap melampau dalam pentadbiran mereka sendiri.

Sebelum ini Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan kerajaan PKR Selangor yang memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008.

Beliau juga turut mendakwa mempunyai butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit.

Pada Ogos 2008, Khalid Ibrahim mengumumkan kononnya Selangor akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang, tetapi pada tahun sama, kontrak yang bernilai RM79 juta telah dianugerahkan secara rundingan.

Pada 2009 pula RM27 juta dan 2010 pula RM143 juta. Kroni pembangkang telah mendapat projek dengan kontrak diberi bukan kepada mereka yang menawarkan harga rendah.

Jika pembangkang mengamalkan sikap bersih dan telus, tidak perlu takut untuk menyenaraikan nama mereka yang mendapat projek rundingan terus dari kerajaan negeri Selangor dan agensi di bawahnya.

Oleh itu SELCAT yang pakatan Selangor tubuhkan hanya lah satu boneka yang membuat dakwaan terpilih dan jelas tidak telus dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab. Kononnya SELCAT bertujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini.

Rakyat perlu tahu bahawa tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sebenarnya untuk menutup kejahatan mereka sendiri.

Tidak pernah wujud sebiji zarah pun dalam pembangkang untuk berjuang demi rakyat dan untuk rakyat.

Maka para pengundi PRK Kajang perlu zahirkan kewarasan anda dengan menolak pakatan pembangkang yang hanya menabur racun kepada rakyat Selangor. - MYKMU

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ustaz PAS hilang nafsu kempen Kajang

Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir melahirkan rasa kekecewaan terhadap insiden keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin pada Ahad lalu.

Menurutnya bukan soal wang saman yang berjumlah RM2 juta, sebaliknya soal maruah Presiden PAS telah diperkotakkatikkan oleh rakan daripada parti kompenan sendiri sendiri.

Ini menyebabkan beliau hilang mood untuk turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di situ.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Akibat memilih 'conman' jadi pemimpin

Kalau pasal bercakap, memang tak boleh lawan kepakaran 'conman'.

Ramai juga yg berpendapat kepetahan Anwar berceramah akan menyelesaikan apa saja masalah di Selangor. Apatah lagi masalah air, memang sudah lama 'selesai' dalam siri-siri ceramah PKR.

Kalau tanya Anwar atau PKR, semua masalah rakyat dan negara mampu mereka selesaikan dalam waktu 1 malam, dengan hanya bermodalkan air liur Anwar Ibrahim.

Golongan yg mengaku bijak pandai, selalunya cenderung meminati 'cara' seorang 'conman'. Begitu juga di Selangor.

Sekarang dah terbukti, masalah air di negeri sekecil Selangor tak boleh diselesaikan dengan hanya bermodalkan air liur Anwar.

Inilah masalahnya, bila pemimpin dipilih hanya disebabkan kecekapannya bercakap...

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

11 Mac tarikh hukuman Karpal hina Sultan Perak

11 Mac ditetapkan sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadap peguam Karpal Singh selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP mengesahkan tarikh itu kepada BERNAMA ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, beliau dimaklumkan secara lisan tarikh baharu itu oleh Timbalan Pendaftar hari ini kerana hakim perbicaraan Datuk Azman Abdullah yang bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Baharu, tidak dapat hadir pada tarikh awal itu.

Karpal Singh, 73, didapati bersalah pada Jumaat lalu, mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009 bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal Singh menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Karpal Singh juga memberitahu BERNAMA jika sabitannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan (Mahkamah Rayuan dan Persekutuan) beliau tidak boleh mengekalkan jawatan Pengerusi DAP.

Beliau berkata, perlembagaan parti tidak membenarkan individu yang disabitkan dengan sebarang pertuduhan jenayah memegang atau menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan parti.

Karpal Singh merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004.

Bagaimanapun, Karpal Singh menegaskan beliau boleh meneruskan amalan guamannya kerana kesalahan yang dihadapinya itu tidak termasuk dalam tafsiran 'salah laku profesional' seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 94 Akta Profesion Undang-Undang 1976. -Bernama

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Terkini: PAS gesa Sarawak contohi kemajuan Kelantan

"Pemimpin Sarawak sepatutnya mencontohi kemajuan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.

"Sarawak tidak akan menjadi negeri termiskin seperti sekarang, jika PAS yang memerintah. Justeru rakyat di Pusa perlu berubah dengan memberi sokongan kepada PAS, kata AJK Pemuda PAS pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Abang Ahmad Kerdee berkata demikian dihadapan hampir 100 orang penduduk dalam satu majlis 'Santai', yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS di daerah Pusa petang tadi.

"Saya terkejut melihat kemajuan ekonomi negeri Kelantan, jauh lebih maju dari Sarawak, sepatutnya Sarawak lebih maju dan kaya, tapi sebaliknya yang berlaku. Semua ini akibat kerajaan BN yang tidak jujur" ujarnya

Presiden PAS, Hj Hadi Awang yang berucap dalam majlis yang sama mengakui rasa terkilan beliau melihat keadaan negeri Sarawak yang jauh ketinggalan.

Menurut Hadi, sudah 60 tahun Sarawak merdeka, tapi tidak ada kemajuan dan perubahan.

"Saya sedih melihat keadaan ini" kata Hj Hadi

Beliau turut menyeru agar rakyat Sarawak berubah, dan beri sokongan kepada calon PAS dalam PRN 11 nanti.

Sehubungan itu, Haji Hadi mengumumkan Abang Ahmad Kerdee Abang Masaagus sebagai calon PAS untuk DUN N.24 Beting Maro pada Pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Akhirnya MCA bersetuju sertai kabinet

Setelah sekian lama berdolak-dalih mengenai tawaran kembali ke kabinet, MCA hari ini memutuskan untuk diserap ke dalam kerajaan selepas majoriti perwakilannya bersetuju pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
 
Presiden MCA DAtuk Seri Liow Tiong Lai berkata, resolusi tersebut disokong oleh 1,982 perwakilan yang hadir pada EGM tersebut manakala masin-masing lima dan empat perwakilan lain membantah dan bersikap berkecuali.
 
"Keputusan dalam EGM itu membuktikan bahawa perwakilan mahu MCA terus bersuara mewakili masyarakat Cina dalam Kabinet bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan EGM tersebut sejurus selepas Sambutan Ulang Tahun ke-65 di Wisma MCA, Jalan Ampang.
 
Namun jelas beliau, MCA tidak akan terburu-buru untuk kembali ke kerajaan berikutan ingin menyelesaikan isu dalaman parti terlebih dahulu.
 
Sebelum ini, MCA menolak tawaran untuk kembali ke kabinet ekoran prestasi merudum pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
 
Penganjuran EGM lepas kemudiannya memutuskan parti tersebut akan menyertai kerajaan diperingkat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi masih menolak untuk diserap ke pentadbiran pusat.
 
MCA kali ini mungkin akan diserap ke Kementerian Pengangkutan di mana Datuk Seri Hishammuddin kini memangku jawatan menteri kementerian tersebut. - RakyatNews

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mazlan Aliman dihalau dari Sarawak

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman mendakwa beliau dihalang memasuki Sarawak hari ini atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Menulis laman Facebooknya, Mazlan yang menjelaskan beliau ditahan pihak berkuasa Imigresen apabila tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 hari ini.

Ini merupakan kali kedua Mazlan dilarang memasuki Sarawak. Sebelum ini beliau menerima nasib yang sama pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.- astro

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DAP akan hapuskan taraf bumiputera Sarawak?

Setelah sekian lama berdolak dalih, akhirnya DAP terpaksa membuka pekung didada.

Perjuangan mereka sebentarnya untuk menghapus taraf bumiputera di Sarawak, bahkan juga di Malaysia. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh orang kanan pemimpin DAP Sarawak.

Abdul Aziz Isa selaku pembantu khas kepada Chong Chien Jen, telah mengakui hal itu secara terbuka di blognya.

Sekarang ini, segelintir masyarakat dayak atau bumiputera di pendalaman mula merasakan DAP adalah pejuang hak yang mereka. Tanpa menyedari matlamat terselindung disebalik kehadiran DAP.

DAP sengaja mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan, demi menarik perhatian kaum peribumi agar menyokong agenda mereka.

Apakah bumiputera benar-benar bersetuju dan rela hati hak mereka akan disamaratakan oleh DAP, dan taraf bumiputera dihapuskan?

Sebelum ini, pemimpin PKR Sarawak pernah membentangkan di persidangan DUN Sarawak agar kerajaan meminda undang-undang untuk membolehkan hak Tanah Adat dipindah milik dengan mudah.

Jika hak tanah adat boleh dipindah milik dengan mudah, siapakah yang akan kehilangan tanah adat, dan siapa pula akan mengaut keuntungan?

Mereka tidak akan selamanya mampu menyalahkan Taib Mahmud merampas tanah rakyat, sedangkan dalang sebenar ada didepan mata.

Lebih ironi, semua parti pembangkang ini adalah dari luar Sarawak. Tapi rakus ingin mengubah urusan dalaman negeri Sarawak secara halus dengan propaganda jijik.

Dimanakah slogan "Sarawak untuk Orang Sarawak", jangan salahkah orang lain, jika kita yang menjemput mereka untuk dijadikan 'tuan' ditanah sendiri?


Baca juga laporan disini,
http://www.sematankelawas.com/2014/02/gempar-aziz-isa-dap-kantoi-dedahkan-dap.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ubah! retorik DAP untuk menutup biawak hidup

Pucuk pimpinan negeri Sarawak bakal berubah, dengan proses peralihan kuasa yang penuh harmoni dalam semangat kekeluargaan.

Ini bukan pertama kali PBB dan negeri Sarawak melakukan perubahan pucuk pimpinan.

Berbeza dengan DAP yang hanya terkinja-kinja melaungkan slogan 'Ubah', tapi tidak pernah pun 'Berubah'.

DAP masih lagi dicengkam pemimpin yang sama.

DAP terpaksa melancarkan pelbagai retorik untuk menutup 'biawak hidup' yang mereka dukung sejak 1969.

Sarawak sedang berubah, DAP bila lagi?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Karpal didapati bersalah hina Sultan Perak

Selepas lima tahun turun naik mahkamah, akhirnya Pengerusi DAP yang juga peguam terkenal Karpal Singh didapati bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman dan mitigasi pada 7 Mac ini.

Karpal, 74, menghadapi tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, antara jam 12 dan 12.30 tengah hari, pada 6 Februari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012, memerintahkan Pengerusi DAP itu membela diri atas tuduhan berkenaan.-21/2/2014

(Agenda Daily)


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video: Saya akan terus berada di Gereja - Kata Anwar




Anwar Guna Isu USD18 Juta ‘Bunuh’ Khalid

AIDCNews – 20/2/14 – Kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai menggunakan isu hutang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam Malaysia yang bernilai USD18 juta (RM66.67 juta) untuk membunuh karier politiknya sebagai Menteri Besar Selangor.

The Malaysian Insider, 13 Februari lalu telah membuat laporan yang memetik sumber dalam PKR (tetapi tidak dinyatakan namanya, dipercayai dari sumber anti-Abdul Khalid) menyebut Bank Islam Malaysia yang sebelum ini beria-ia membawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah

“Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.

“Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor,” lapornya dalam artikel bertajuk “Khalid Ibrahim akan selesai hutang USD18 juta Bank Islam lebih murah.”

Kenyataan Media SPRM

KENYATAAN MEDIA: SPRM SEDIA BERI PENERANGAN KEPADA ADUN PULAU PINANG

MERUJUK kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng semalam bahawa beliau keliru antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa SPRM sebelum memutuskan sama ada satu siasatan formal boleh dibuka atau sebaliknya, SPRM akan mengadakan proses mengumpul maklumat apabila menerima maklumat.

SPRM akan mengumpulkan maklumat untuk dinilai oleh Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM), yang akan memutuskan merit sama ada kertas siasatan perlu dibuka atau sebaliknya selaras dengan kehendak undang-undang.

SPRM juga ingin memaklumkan bahawa wujud perbezaan yang jelas antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal.

Memandangkan Ketua Menteri berkata beliau keliru dengan tatacara kerja yang diamalkan oleh SPRM, SPRM bersedia untuk memberi penerangan kepada Ketua Menteri, barisan Exco dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berhubung tatacara kerja siasatan bagi memastikan masyarakat faham atas sistem dan prosedur yang digunakan oleh SPRM.

Berkenaan dengan isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang turut dibangkitkan oleh YAB Lim, SPRM ingin menyarankan bahawa sekiranya mereka masih belum memahami isu tentang siasatan berkaitan laporan audit walaupun telah berkali-kali dijelaskan, perkara berkenaan boleh dibawa ke perhatian Jawatankuasa Aduan Mengenai Rasuah (JKMR), yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen DAP, YB Dr Tan Seng Giau. YB Dr Tan merupakan ahli JKMR, salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Untuk makluman, SPRM akan menyiasat jika ada kes berunsur rasuah ditimbulkan dalam LKAN. Berdasarkan rekod tindakan yang diambil ke atas LKAN, terdapat kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah, disabitkan kesala han setelah perbicaraan atau tertuduh mengaku salah. Bagi kes-kes yang tidak mencukupi keterangan, SPRM akan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai kerajaan terbabit dan dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan melanggar peraturan dan prosedur jabatan.

Selain siasatan, SPRM juga menjalankan pemeriksaan terhadap amalan, sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang kepada perlakuan Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2007, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka manakala LKAN 2008 membawa kepada 15 kertas siasatan dibuka, LKAN 2009 (17), LKAN 2010 (11), LKAN 2011 (26) dan LKAN 2012 pula 18 kertas siasatan.

Antara 2006 dan 2011, seramai 23 individu telah dituduh di mahkamah hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM dari LKAN. Sementara itu, 19 individu pula telah diambil tindakan tatatertib. Susulan LKAN 2012 yang dibentangkan pada Oktober dan awal Disember lalu, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka. Kesemua kes telah pun selesai disiasat. Kes-kes berkenaan telah pun dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan tindakan susulan.

Sebagai langkah jangka panjang, SPRM bukan sahaja memfokus kepada tindakan punitif melalui penyiasatan, tetapi juga melihat aspek penambahbaikan terhadap amalan, sistem dan prosedur melalui khidmat pemeriksaan dan perundingan. Ini bagi memastikan kelemahan-kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diperbaiki.

PESURUHJAYA DATUK MUSTAFAR ALI
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
20 Februari 2014

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

KENYATAAN MEDIA: Pemuda PBB S'wak kecam campurtangan luar

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA PARTI PESAKA
BUMIPUTERA BERSATU (PBB)

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sesawang change.org sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak.

Tindakan laman sesawang berkenaan yang mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, bagi membantah cadangan perlantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak selepas melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari ini, bertentangan dengan kehendak dan hasrat suara majoriti rakyat Sarawak sendiri, yang mahukan perlantikan berkenaan, sebagai tanda penghormatan kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib, yang banyak berjasa kepada negeri Sarawak.

Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang menggunakan laman sesawang change.org untuk membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib, sebagai keterlaluan dan harus dikecam. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik.

Pehin Sri Haji Abdul Taib mempunyai rekod cemerlang menerajui Sarawak selama 33 tahun, malah berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan sejumlah RM28 bilion pelaburan sudah diterima di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) setakat ini. SCORE juga diyakini akan meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Justeru Pemuda PBB menganggap pihak berkepentingan yang cuba memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak, sebenarnya cemburu dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, kemakmuran yang dinikmati rakyat Sarawak dan keharmonian kaum di Sarawak, sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara bagi memburuk-burukkan kepimpinan cemerlang Ketua Menteri Sarawak dan bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Pemuda PBB yakin rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan siapa patut menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa patut menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Pemuda PBB menjunjung prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara, dan akur siapa sahaja yang bakal dilantik oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong ke jawatan berkenaan. Lantikan jawatan itu adalah hak dan atas kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pemuda PBB,
YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof
19 Februari 2014

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Nasib 'malang' Karpal Singh ditentukan jumaat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bakal menentukan nasib Karpal Singh Jumaat ini berhubung tindakannya yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam pentadbiran kerajaan kuasa negeri pada 2009 lalu.
 
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa di bawah Seksyen 4(1)B, Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIP), Datuk Jamry Sury yang dianggap sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri.
 
Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (pada ketika itu) supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April 2009, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Akhirnya PKR buktikan mereka hanya bersandiwara

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang selama ini sering mendakwa memperjuangkan kebebasan media mengarahkan lidah rasmi parti itu, Suara Keadilan memberi penjelasan berhubung tulisan kolumnis mereka Hishamuddin Rais yang dikatakan memfitnah Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali.

The Malaysian Insider melaporkan arahan itu dikeluarkan minggu lalu secara lisan kepada pengarang Suara Keadilan, tanpa menyatakan tarikh berbuat demikian.

Sementara itu, Hishamuddin Rais sendiri telah mengesahkan pengarang Suara Keadilan diminta memberi penjelasan berhubung tulisannya yang menganalisis kemelut antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya difahamkan perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor selepas tulisan saya disiarkan.

Benarkah Sarawak perlu belajar dari Anwar?

Ramai golongan cerdik pandai di Sarawak, melahirkan perasaan kagum melihat cara Anwar berpolitik, lebih-lebih lagi dengan tindakan beliau berkempen dari satu Gereja ke satu Gereja.

Di Sarawak, amalan begini belum lagi dilaksanakan secara khusus oleh ahli-ahli politik kita semasa pilihan raya, samada di pihak BN atau PR.

Untuk menarik sokongan cerdik pandai sebagaimana Anwar, mungkin kali ini para pemimpin politik Sarawak perlu belajar dari Anwar. ( kata mereka)

Kemungkinan besar kita akan mengadakan pilihan raya kecil N51 Balingian, Apakah kempen kali ini akan bergerak dari satu Masjid ke satu Masjid, dari satu Gereja ke satu Gereja, dari satu Kuil ke satu Kuil dan dari satu Tokong ke satu Tokong.

Tidak dinafikan pemimpin di Sarawak sebelum ini memasuki Masjid atau Gereja, tapi untuk tujuan perasmian atau majlis rasmi kerajaan yang lain, dan bukan kempen politik secara khusus.

Apakah benar kita perlu belajar dari Anwar?
...sebagaimana yang dimahukan oleh golongan yang kononnya cerdik pandai.
 
Bagaimana reaksi anda?

Gambar: Pemuda PBB bersihkan Hospital terbakar

Pemuda PBB N6 Tupong, Pusat Khidmat P194 & RELA bergotong royong membersih Hospital Umum Sarawak selepas kejadian kebakaran 2 hari lepas.

Inilah Inisiatif yg amat baik diketuai Datuk Hj Fadillah Yusuf selaku Ketua Pemuda PBB.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Fadillah cadang tubuh Institut Pemikiran Taib

KUCHING - Institut Pemikiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan diwujudkan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sebagai pusat rujukan dan penyelidikan di masa hadapan.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof berkata, cadangan penubuhan institut itu akan diusulkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, selepas mendapat perkenan daripada barisan MKT parti, pergerakan Pemuda akan mengemukakan cadangan penubuhan institut seumpamanya kepada Kementerian Pendidikan.

"Selepas penubuhannya kelak, institut ini mampu menjadi pusat pengajian dan penyelidikan tentang pemikiran, wacana, kepimpinan dan dasar yang dilaksanakan Abdul Taib selama 33 tahun menjadi Ketua Menteri dan Presiden PBB.

"Kita turut yakin, ia (Institut Pemikiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud) berupaya menjadi pusat perundingan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran beliau mentransformasikan Sarawak dari sebuah negeri terkaya di Malaysia," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Jawatankuasa Tertinggi Pemuda PBB di sini sebentar tadi. - KOSMO!

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Nizar umum PKR lawan PBB di Balingian

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu, PKR akan memastikan PBB kalah teruk jika Pilihan Raya Kecil N51 Balingian diadakan.

Ironinya Nizar selaku pemimpin PAS mengumumkan hal tersebut. Lagipun samada PRK Balingian akan berlaku atau tidak belum dapat dipastikan lagi.

Nizar mengumumkan perkara itu semasa ceramah anjuran PAS negeri Sarawak, di Matang Jaya Kuching sebentar tadi.

Dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 50 orang, Nizar turut berkata Sarawak adalah negeri ke 2 termiskin di Malaysia.

"Amat malang bagi rakyat Sarawak kerana diperintah oleh BN, sedangkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, seperti Selangor, Penang dan Kelantan mencatatkan kemajuan yang membanggakan dalam waktu yang singkat" katanya

Justeru beliau menyeru rakyat Sarawak agar bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mematikan BN Sarawak tumbang.

Walau bagaimanapun, kenyataan pemimpin PAS itu serta-merta mengundang kritikan sinis dari penduduk yang hadir, kerana Nizar sendiri pernah terpalit dengan pelbagai dakwaan negatif semasa menjawat jawatan Menteri Besar Perak.

Mungkin menyedari kurangnya sambutan dan para hadirin memandang sinis kenyataan beliau, Nizar terpaksa berlagak kononnya ingin berkongsi rahsia dalaman UMNO.

Nizar berkata beliau tahu ada kumpulan dalam UMNO sedang berusaha menjatuhkan PM Najib kerana merasakan Najib terlalu zalim kepada rakyat.

Sehingga selesai, suasana ceramah tersebut tetap lesu dan hanya dihadiri "orang dalam" Pakatan sahaja. Mungkin Harakah dan Malaysiakini akan melaporkan cerita sebaliknya demi menutup 'kemaluan' Nizar sebagai mantan MB Perak.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

MB Khalid bertegas enggan letak jawatan

Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian. Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan. 

Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan PKR. Bagaimanapun difahamkan Khalid enggan berbuat demikian. 

Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor. 

Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. 

Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor. 

Akhbar The Star dipetik sebagai melaporkan sumber kerajaan negeri turut memaklumkan Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan. 

"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan. 

Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu. 

Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri. 

Sejak Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum. 

Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria. 

Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya. 

Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan. 

Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Khalid, mereka akan mula memberikan tekanan kepadanya. 

Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible. 

Bagaimanapun tidak semua ADUN DAP akan memberi tekanan terhadap Khalid kerana sekumpulan ADUN parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya. 

Menurut sumber, Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang. 

Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor. 

Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid adalah seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama. 

Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar. -antarapos
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Seorang maut Hospital Umum Sarawak terbakar

Seorang pekerja binaan dipercayai warga Indonesia rentung dalam satu kebakaran bangunan baharu di Hospital Umum Sarawak di sini petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuching berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada pukul 5 petang dan tiba lima minit kemudian.

Katanya, bangunan Pusat Kajian Klinikal yang terbakar itu masih dalam pembinaan dan pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

Seramai 151 pesakit di wad bersebelahan terpaksa dipindahkan sementara ke kawasan lapang kerana asap tebal.

Semua pesakit dibenarkan kembali ke wad pada 5.50 petang selepas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Adnan doakan Taib terus berjaya

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai pemimpin yang hebat dan banyak berjasa kepada Sarawak.

Katanya, kehebatan Abdul Taib meneraju Sarawak selama 33 tahun terserlah apabila pemimpin veteran itu berjaya menyatukan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik serta agama.

"Saya doakan beliau terus berjaya dalam apa juga bidang selepas ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman Abdul Taib yang melepaskan jawatannya berkuat kuasa 28 Februari ini.

Abdul Taib turut menamakan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) Tan Seri Adenan Satem sebagai penggantinya.-BERNAMA
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PRK: Balingian dan Kajang serentak?

Pilihan raya kecil DUN Kajang dan Balingian boleh diadakan pada masa yang sama, iaitu pada 23 Mac jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN di Sarawak tidak lama lagi, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
 
Beliau berkata suruhanjaya itu tidak mempunyai masalah mengadakan beberapa pilihan raya kecil secara serentak dan pernah melakukannya pada masa lalu.
 
Walau bagaimanapun, SPR tidak dapat membuat persiapan penuh untuk mengadakan pemilihan di Balingian tanpa pemakluman, katanya.
 
Satu pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Balingian akan berlaku berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuatkuasa 28 Februari.
 
Beliau bersedia untuk mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negri, yang bermaksud beliau telah melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) untuk menjadi ketua negeri yang baru.
 
Bagi kerusi DUN Kajang di Selangor, ia kosong berikutan peletakan jawatan wakil PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
 
Hari penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac manakala hari pengundian akan diadakan pada 23 Mac. - antarapos

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Apa masalah Kadir Jasin sebenarnya?

Tuduhan yang mengatakan Pehin Sri Taib berpesan meminta agar pemimpin PBB menghalang "politik rasis UMNO" dari memasuki Sarawak, sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi PBB hanyalah bertujuan untuk menyemai kebencian terhadap Pehin Sri Taib yang bakal bersara.

Kadir Jasin dilihat begitu lantang "bermain" dengan propaganda tersebut, adakah Kadir Jasin berada dalam mesyuarat MT PBB pada waktu itu?

Kami juga tertanya-tanya sumber manakah yang Kadir Jasin kutip, yang kononnya melaporkan Pehin Sri Taib telah menghina UMNO sedemikian rupa.

Kalau alasan memetik dari sumber atas talian, mengapa pula Kadir Jasin mengulas dengan komentar yang begitu bersungguh-sungguh sedangkan belum terbukti kesahihannya.

Sebagai wartawan veteran yang dihormati, Kadir Jasin sepatutnya mempunyai pengalaman luas dalam membuat pertimbangan kesahihan sesuatu berita terutama sekali yang cenderung menghentam kerajaan.

Ataupun Kadir Jasin sengaja buat-buat tak tahu demi mencari pasal dengan Taib dan PBB?

Ironis sekali bila orang seperti Kadir Jasin bersifat kebudak-budakkan mengulas dengan panjang lebar suatu kabar yang tidak pasti.

Lebih-lebih lagi hal yang mampu mengguris perpaduan antara parti pemerintah, malah pembangkang turut meraikan ulasan Kadir Jasin sebagai modal politik,dan disensasikan oleh portal mereka.

PAS kelihatan begitu cekap mengambil kesempatan dari ulasan Kadir Jasin, sehingga mempersoal keberanian pemimpin UMNO untuk bertindak terhadap Pehin Sri Taib.

Apakah Kadir Jasin mahu melihat UMNO dan PBB berantakan?

Jelas sekali, Kadir Jasin sepatutnya bukan bertanya apa masalah Taib?, kerana yang perlu diketahui ialah "Apakah masalah Kadir Jasin sebenarnya?

Atau, apakah sebenarnya masalah Kadir Jasin?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Bukan Semua Konsesi Catat keuntungan - Fadillah

Tidak semua syarikat konsesi Lebuhraya mencatatkan keuntungan seperti yang digembar-gemburkan, keadaan ini disebabkan peningkatan trafik yang tidak sekata dan bermusim, terutama musim perayaan kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa mengaudit perbelanjaan serta perolehan syarikat terbabit, ujarnya

Menurut Fadillah, kutipan Tol juga digunakan untuk penyelenggaraan, belanja mengurus dan menaiktaraf Lebuhraya.

"Pelebaran lebuhraya, contohnya NKVE Subang, ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi walaupun tiada dalam perjanjian.

Datuk Fadillah menjelaskan perkara tersebut dalam rancangan Soal Jawab tentang Tol yang disiarkan secara langsung oleh TV3 malam tadi.

Beliau mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempolitikkan isu Tol, kerana kerajaan sentiasa melihat perkara ini melalui dari pelbagai aspek, khususnya keperluan rakyat dan kepentingan negara.

"Selain itu perjanjian dengan pelabur juga harus dihormati demi masa depan negara.

"Jika kerajaan ambilalih tol selepas perjanjian, pelabur akan hilang keyakinan. sebab itu kita sentiasa mengambil pendekatan berunding, Katanya

"Kita juga perlu melihat kepada keadaan agar tidak membebankan kewangan negara, wang kerajaan tidak hanya untuk membuat Lebuhraya atau untuk membayar Tol, tetapi juga untuk pembangunan lain seperti Hospital demi kepentingan rakyat"

"Bayangkan berapa rakyat perlu bayar perubatan di Hospital, jika kita utamakan wang peruntukan tersebut untuk bayar subsidi Tol dan pembinaan Lebuhraya, tegas Fadillah

"Rakyat Sabah dan Sarawak juga mahukan pembangunan serta keperluan mereka dipenuhi, maka kita perlu bersifat wajar agar tidak hanya memenuhi keselesaan satu pihak sahaja, tambahnya

Rancangan Soal Jawab selama 1 jam itu, adalah untuk menjawab isu Tol yang dibangkitkan ramai pihak.

Datuk Fadillah memberi keyakinan bahawa rundingan dengan syarikat konsesi akan terus buat dari masa ke semasa agar situasi "menang menang" dapat dicapai untuk kebaikkan semua pihak khususnya rakyat.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

KM Sarawak yang baru diumumkan

Pehin Sri Taib mengumumkan Tan Sri Adenan Satem sebagai ketua menteri Sarawak yang baru bermula 1 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat Taib dalam sidang media di Astana Negeri sebentar tadi.

Pehin Sri Taib membuat pengumuman setelah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Difahamkan peletakan jawatan Pehin Sri Taib berkuatkuasa 28 Februari ini.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

TERKINI: Pehin Sri Taib jumpa TYT

Ketika ini, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berada di Astana Negeri bagi menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Maklumat awal mengatakan pertemuan itu bagi memaklumkan hasrat perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Namun kami belum mendapat maklumat lanjut samada Pehin Sri Taib akan menyerahkan nama bakal penggantinya dalam pertemuan tersebut.

Tidak dapat dipastikan, apakah akan ada pengumuman penting bakal dibuat pada hari ini?


...Laporan lanjut akan menyusul

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Terkini: Raja Drama sedang beraksi

Dato Sri Anwar Ibrahim dilaporkan bergegas ke Hospital Pantai Cheras petang tadi akibat kesihatan yang tidak berapa baik.

Anwar telah mendapat nasihat doktor untuk berehat bagi menjaga kesihatannya. Satu surat Cuti Sakit telah dikeluarkan kepada beliau.

Cuti sakit selama dua hari bermula esok sehingga lusa.

Anwar yang dilihat keluar dari hospital Pantai Cheras terus menaiki kenderaan dengan keadaan lemah dan lesu dan enggan di temubual wartawan.

Nampaknya Raja Drama sedang beraksi lagi untuk mengelak hadir ke mahkamah dalam perbicaraan kes Liwatnya.

Memandangkan doktor telah memberi surat cuti sakit selama dua hari, ini bermakna perbicaraan kes liwat akan terpaksa ditangguhkan.

Inilah taktik Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat yang melibatkan beliau.

Sebelum ini, sudah puluhan kali Anwar memohon kes liwat ditangguhkan dengan berbagai alasan.

Kita akan saksikan sekali lagi, pelbagai alasan dan cubaan untuk menangguhkan prosiding Mahkamah oleh Raja Drama ini.

#Berani kerana benar, takut kerana DNA


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ini yang Anwar tak sanggup buat

T-Team dah pun bersumpah pasal insiden terowong, Anwar pula bila lagi nak bersumpah pasal liwat..

Nasib baik masih ada ulama yang sanggup bersekongkol mempertahankan Anwar.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Senarai spekulasi KM Sarawak mengikut kawasan

Sejak pengumuman MKT PBB mengesahkan Pehin Sri Taib akan meletak jawatan, boleh dikatakan seluruh Sarawak marak dengan spekulasi tentang siapakah bakal ketua menteri yang baru.

Masing-masing ada senarai calon yang mereka sebut-sebut, bahkan ada yang mengundang gelak ketawa.

Bakal-bakal Ketua Menteri yang mereka maksudkan terdiri dari pemimpin yang baru jadi YB sampailah kepada pemimpin yang sudah uzur.

Berikut adalah bakal KM Sarawak berdasarkan gosip, Setiap kawasan masing-masing ada calon yang mereka jadikan gosip;

1. Kuching - Abang Jo

2. Samarahan - Tan Sri Adenan

3. Lundu - Abang Jo

4. Serian - Abang Jo

5. Sri Aman - Abg Jo

6. Sibu kawasan Nangka - Tan Sri Adenan

7. Sibu kawasan pasar - Abang Jo

8. Kidurong - Abang Jo

9. Jepak - Tan Sri Adenan

10. Bekenu - Awang Tengah

11. Miri - Abg Jo

12. Limbang - Abg Jo

13. Lawas - Awang Tengah

14. Mukah - Abg Jo

15. Dalat - Effendi

16. Tanjung Manis - YB Abdul Karim

17. Pulau Bruit - Datuk Len

18. Semop - Abg Jo

19. Rajang - Abdullah Saidol

20. Matu - Abu Seman

21. Daro - Wahab Dollah

Selain itu, media juga rancak buat spekulasi. Sampai ada yang sudah buat 'lantikan' berdasarkan selera tersendiri.

1. Astro - Abg Jo

2. Berita Harian - Tan Sri Adenan

3. Sarawak Report - Tan Sri Adenan

Bayangkan kalau kita tinjau kesemua 71 kawasan DUN Sarawak, spekulasi ini akan lebih 'menghiburkan'.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

BH Sudah Lantik KM Sarawak yang baru

Tahniah kepada media Berita Harian (BH) kerana telah membuat keputusan bagi pihak Ketua Menteri Sarawak dalam menentukan siapa pengganti seterusnya. Kami agak hairan media sebegini sewenang-wenangnya tampil dengan tajuk 'Adenan Ketua Menteri Sarawak'.

Tindakan ini seolah-olah BH menghina keputusan seluruh Majlis Tertinggi PBB serta barisan pimpinan MP dan ADUN Sarawak yang telah sebulat suara menyerahkan kuasa penuh kepada Pehin Sri untuk menentukan penggantinya.

Baca selengkapnya di
http://www.sematankelawas.com/2014/02/sarawak-report-tugas-kepada-berita.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Adakah ini akan pengaruhi Taib?

Apakah beberapa laporan yang dibuat media sejak minggu lalu, akan mampu pengaruhi keputusan Pehin Sri Taib dalam melantik penggantinya?

Pehin Sri belum buat lagi keputusan, tapi media sudah umumkan penggantinnya.

Yang menarik, kesilapan seperti ini pernah berlaku pada tahun 2006...

Apakah kesudahannya pada kali ini?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ketua Menteri Sarawak, antara "bekas bakal" dan "bakal mantan"

Rakyat Sarawak masih hangat berbahas tentang cerita Pehin Sri Taib letak jawatan, sampai ada yang mengatakan Pehin Sri bukan lagi ketua menteri Sarawak kerana telah meletak jawatan sekitar pukul 3 petang semalam.

Salah faham itu timbul susulan laporan media yang begitu teruja dan berlumba-lumba untuk melaporkan bahawa Pehin Sri Taib telah berundur.

Hakikatnya Pehin Sri Taib belum lagi meletak sebarang jawatan, pagi ini beliau sedang mempengerusikan mesyuarat bersama Adun dan Ahli Parlimen seluruh Sarawak.

Pehin Sri Taib belum lagi bergelar "mantan", sekadar disahkan sebagai "bakal mantan ketua menteri" untuk tempoh yang hanya beliau sendiri yang tahu.

Disebalik cerita "bakal mantal", timbul pula cerita "bekas bakal" yang akan menggantikan tempat Pehin Sri.

Tokoh yang akan menggantikan beliau adalah "bekas bakal ketua menteri" yang pernah disebut-sebut suatu ketika dulu.

Kami juga tidak mendapat maklumat secara tepat siapakah tokoh berkenaan.

Yang pasti, beliau adalah "bekas bakal" yang sederhana dan bersih orangnya.

Selebihnya hanya Pehin Sri yang tahu pilihan hati.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Taib letak jawatan, keputusan penting 2 hari lagi

Nampaknya debaran serta spekulasi tentang kemungkinan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan semakin bertambah rancak dengan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), hari ini.

Ketika hadir ke mesyuarat tersebut di Ibu Pejabat PBB pagi tadi, Pehin Sri Taib sempat diajukan soalan itu oleh pihak media serta penyokong.

Beliau hanya menjawab akan bersara "very soon", tanpa menyatakan tarikh yang jelas.

Setelah selesai mesyuarat hampir lima jam itu, Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mengesahkan pengunduran Taib.

Bagaimanapun dalam sidang media tersebut tidak menamakan pengganti mahupun tarikh Taib akan berundur.

Menurut Asfia, MKT dan kaukus telah buat keputusan untuk memulangkan kembali kuasa menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak kepada Pehin Sri Taib.
 
Pehin Sri Taib yang ditemui pemberita memberitahu beliau akan buat satu pengumuman penting dalam masa dua hari lagi.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut.

Selain itu, sumber memberitahu, MKT PBB akan mengemukakan cadangan agar Taib dilantik sebagai TYT Sarawak yang baru berikutan tempoh jawatan TYT yang sedia ada akan berakhir pada 28 Februari ini.


...Lanjut akan menyusul


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com