PAS, DAP akur lantik Wan Azizah jadi MB

SHAH ALAM: Pemimpin PAS dan DAP akur jika konsensus Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Akhirnya keputusan Pakatan Rakyat (PR). Jadi, apa yang diputuskan PR kita akan sokong," katanya dalam sidang media selepas Pelancaran buku 'Masa Depan Masa Kita' oleh Nurul Izzah Anwar di Auditorium Karangkraf di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata isu jawatan menteri besar ini akan dibincangkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

"Saya rasa isu ini akan dipertimbangkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi dan isu ini tidak terbangit buat masa ini," jelasnya.

Azizah yang juga Presiden PKR, sebelum ini berkata, pelan 'Langkah Kajang' yang dikatakan misi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mungkin akan melalui beberapa 'perubahan'.

Bagaimanapun, Azizah berkata, tumpuannya buat masa ini adalah menggalas tugas sebagai ADUN Kajang yang baharu dan enggan mengulas lanjut spekulasi bahawa beliau akan di calonkan untuk menggantikan Khalid.

Kemenangan Yussibnosh lebih hebat dari Wan Azizah

Ternyata kemenangan calon BN Yussibnosh Balo di PKR balingian jauh lebih lebat dari Wan Azizah, meskipun Yussibnosh bukanlah tokoh hebat, dan bukan meraih undi dengan cara meminta simpati.

Yussibnosh menang majoriti 6911 undi mengalahkan calon PKR di PRK Balingian, manakala Wan Azizah menang majoriti 5379 mengalahkan calon BN di PRK Kajang.

Anwar, suami Wan Azizah dengan megah bercerita tentang kehebatan sokongan terhadap isterinya ketika berkempen di Mukah beberapa hari lalu. seolah-olah kemenangan Wan Azizah membayangkan betapa rakyat Malaysia sudah beralih arah menyokong keluarga Anwar sebagai pemerintah Malaysia.

Berlatarbelakangkan isteri kepada pemimpin "bertaraf dunia", peluang Wan Azizah dilihat cukup mudah. apatah lagi dengan kemahirannya sebagai pelakon "Ratu Airmata".

Ketika berkempen di PRK Balingian, Anwar menggunakan segala kesempatan untuk meraih simpati agar rakyat memilih parti PKR. Malah kes liwat yang melibatkan dirinya turut dijadikan intipati ceramah Anwar dihadapan penduduk rumah panjang.

Namun reaksi sebaliknya yang ditunjukkan rakyat N51 Balingian terhadap parti keluarga Anwar. Kempen bubur lambuk yang mereka jadikan senjata untuk mendekati rakyat disaat-saat akhir, rupanya sekadar menghabiskan beras, jauh sekali membuahkan undi.

Video Ucapan Kemenangan YB Yussibnosh Balo




Keputusan Penuh BN Menang Besar #PrkBalingian

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK N.51 BALINGIAN:-

1. PDM PENAKOP
BN : 215
PKR : 56
MAJ : 159

2. PDM TEMESU
BN : 97
PKR : 44
MAJ : 53

3. PDM KENYANA
BN : 58
PKR : 17
MAJ : 41

4. PDM PENIPAH
BN : 213
PKR : 64
MAJ : 149

5. PDM BALINGIAN
BN : 328
PKR : 81
MAJ : 247

6. PDM JUDAN
BN : 240
PKR : 56
MAJ : 184

7. PDM TUTUS
BN : 260
PKR : 15
MAJ : 245

8. PDM TELLIAN
BN : 869
PKR : 16
MAJ : 853

9. PDM JEBUNGAN
BN : 417
PKR : 17
MAJ : 400

10. PDM BALINGIAN
BN : 328
PKR : 81
MAJ : 247

11. PDM SESOK
BN : 727
PKR : 51
MAJ : 676

12. PDM LIOK
BN : 219
PKR : 52
MAJ : 167

13. PDM SUYONG
BN : 423
PKR : 73
MAJ : 350

14. KUALA BALINGIAN
BN : 465
PKR : 105
MAJ : 360

15. PDM LITONG
BN : 727
PKR : 61
MAJ : 666

16. PDM BEDENGAN
BN : 291
PKR : 51

17. PDM PETANAK MUKAH
BN : 640
PKR : 57
MAJ : 583

18. PDM KUALA LAMA
BN : 594
PKR : 202
MAJ : 392

19. PDM PENAKUB PERMAI
BN : 235
PKR : 38
MAJ : 197

20. PDM MUKAH
BN : 270
PKR : 152

21. PDM TELLIAN LAUT
BN : 355
PKR : 18
MAJ : 337

KEPUTUSAN TIDAK RASMI SETAKAT INI :-

BN : 8,208 (84.77%)
PKR : 1,282 (13.24%)
MAJ : 6,926 (71.53%)

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Keputusan tidak rasmi #PrkBalingian

Keputusan tidak rasmi PDM Kuala Lama;
Jumlah Pengundi: 1,323 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 793 orang (59.94%)
Undi BN: 589 undi
Undi PKR: 202 undi
Undi Rosak: 2 undi
BN menang majoriti 387 undi

Keputusan tidak rasmi PDM Petanak;
Jumlah Pengundi: 962 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 705 orang (73.28%)
Undi BN: 640 undi
Undi PKR: 57 undi
Undi Rosak: 8 undi
BN menang majoriti 583 undi

Keputusan tidak rasmi PDM Suyong;
Jumlah Pengundi: 676 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 499 orang (73.82%)
Undi BN: 423 undi
Undi PKR: 73 undi
Undi Rosak: 3 undi
BN menang majoriti 350 undi

Keputusan tidak rasmi PDM Litong;
Jumlah Pengundi: 1,059 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 795 orang (75.07%)
Undi BN: 727 undi
Undi PKR: 61 undi
Undi Rosak: 7 undi
BN menang majoriti 666 undi

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Rakyat sarawak tidak kisah Anwar ke penjara kerana meliwat #PrkBalingian

Rakyat sarawak tidak kisah Anwar ke penjara kerana meliwat #PrkBalingian
Sekalipun Anwar kelihatan terdesak untuk meraih simpati, sehinggakan setiap kali Anwar berceramah di Sarawak, pasti akan menyentuh tentang kes liwat yang melibatkan dirinya.

Namun reaksi rakyat Sarawak terhadap Anwar dalam isu tersebut tidak seperti yang Anwar dan PKR harapkan.

Lihat saja di PRK Balingian, sambutan terhadap Anwar amat menyedihkan, tidak secocok dengan gelaran "pemimpin bertaraf dunia" seperti yang PKR iktirafkan. Bayangkan, ceramah pemimpin bertaraf dunia yang dimomokkan PKR hanya dihadiri sekitar oleh 50 orang, itu pun hanya jentera parti sendiri dan pihak berkuasa keselamatan.

Tindakan Anwar menggunakan kes liwat untuk meraih simpati dihadapan penduduk DUN Balingian, rupanya ibarat meludah ke langit, yang akhirnya sekadar untuk 'mengotorkan' diri sendiri.

Cara kempen dan ceramah Pembangkang yang memburuk-burukkan pemimpin BN, hanya menambah rasa meluat rakyat terhadap Anwar dan pembangkang.
 
Ternyata, bagi rakyat Sarawak isu Anwar akan ke penjara kerana meliwat bukanlah perkara yang mereka perlu fikirkan.

Kerana apa yang penting bagi rakyat Sarawak, mereka mahu pemimpin yang akan membela nasib rakyat. Bukannya rakyat yang dipaksa membela nasib dan cita-cita peribadi seorang pemimpin seperti Anwar.

Keputusan PRK Balingian adalah manifestasi, betapa rakyat Sarawak tidak kisah Anwar akan dipenjara kerana meliwat!

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Suasana mengundi di PDM Tellian #PrkBalingian

Berikut suasana pengundian PDM Tellian, yang bertempat di Dewan SK Tellian, Mukah.

Jumlah pengundi di PDM Tellian seramai 1156.

Kelihatan calon BN Yussibnosh Balo berada dalam barisan panjang untuk menunaikan kewajibannya.

Suasana aman tanpa sebarang kekecohan.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video Panas: NGO Tajaan PKR dibogel #PrkBalingian




Baca laporan lengkap disini

Penipuan NGO didedahkan #PrkBalingian

Tindakan bebarapa NGO dan aktivis yang kononnya memperjuangkan masalah rakyat akhirnya terbongkar. Mereka menjadikan isu alam sekitar yang melibatkan kilang peleburan aluminium Press Metal Sdn Bhd (PMS) di Balingian sebagai bahan untuk menonjolkan diri.

NGO dan akvitis terbabit adalah jentera propaganda kepada parti politik pembangkang.
Tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian serta sokongan rakyat di Sekitar Mukah dan Balingian.

Taktik desperado digunakan untuk mengekploitasi isu PMS melalui media sosial seperti blog, facebook dan rakaman video yang disebar melalui Youtube.

Mereka sedar penduduk Balingian dan Mukah menolak sebarang fahaman politik luar, maka dengan taktik ini saja jentera kempen PKR dan DAP boleh digerakkan dengan bertopengkan NGO tempatan seperti SARAWAK DAYAK IBAN ASSOCIATION (SADIA).

Universiti untuk Mukah #PrkBalingian

Kerajaan akan tambah Universiti di Mukah


Cubaan menghina dan memfitnah Sarawak #PrkBalingian

Memang sudah jadi budaya dalam politik pembangkang, Memfitnah untuk meraih sokongan.

Bagi PKR dan pakatan, menghina dan mengaibkan rakyat Sarawak sebagai rakyat negeri termiskin adalah agenda penting untuk mendapatkan perhatian.

Kononnya dengan cara itu, mereka akan dijulang sebagai wira oleh orang Sarawak.

Apakah rakyat Sarawak berbangga untuk memberi sokongan kepada mereka, setelah difitnah dan dihina?

Barat Cuba Selindung Fakta Sebenar Insiden #MH370 

Boeing 777 dikatakan antara pesawat tercanggih dan mampu mengelak dari dirampas oleh pengganans kerana direka untuk dikawal secara jauh diwaktu kecemasan. Namun, diwaktu 'kecemasan' tersebut segalanya tidak berfungsi. Dan malangnya pesawat MH370 tersebut telahpun hilang. Teknologi yang mendukacitakan.

Ada beberapa alat yang dikatakan tidak mampu ditutup secara manual dan alat tersebut di dalam enjin pesawat ini sendiri. Alat ini akan menghantar isyarat khususnya untuk memantau enjin pesawat. Dan daripada alat inilah mereka mendakwa mendapat data di mana kedudukan terakhir MH370 dan selepas itu tiada lagi data yang mereka terima. Hanya syarikat Rolls Royce dari Britain ini yang mampu melihat data ini walaupun kesemua alat lain dimatikan secara manual.

Namun persoalan yang timbul di mana mereka ketika MH370 mengubah haluannya ke selatan lautan hindi. Bukankah mereka mampu memantau secara 'real time'? Di manakah mereka ketika beberapa negara di dunia membantu mencari MH370 di merata lautan dunia? Kenapa kita membuang masa mencari di tempat yang tidak sepatutnya jika mereka mampu memantau secara 'real time'? Di manakah data mereka ini dan kenapa lambat dikongsikan kepada kerajaan Malaysia? Adakah data yang mereka berikan itu hanya data yang mereka mahu kita tahu sahaja.

Dan yang paling menghairankan kenapa media main stream mereka seperti CNN, BBC dan laian-lain tidak mengenengahkan maklumat ini? Bukankah mereka lebih pakar dalam teori konspirasi seperti ini jika ianya berkaitan dengan negara lain. Namun jika isu yang berkaitan dengan mereka, tiada maklumat berguna dari mereka selain tuduhan kerajaan Malaysia-lah membunuh penumpang MH370. Adakah ini sahaja tahap intelek dan kebolehan mereka berfikir?

Apakah permainan yang mereka cuba mainkan?

Sumber: http://sebatianphiu.blogspot.com

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Anwar dicabar saman #PrkBalingian

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman beliau dan kerajaan negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan melarang individu tertentu dari semenanjung memasuki Sarawak.

Adenan juga menyelar tindakan Anwar yang terus mempertikai keputusan kerajaan negeri walaupun beliau masih dibenarkan datang ke negeri ini.

Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan, katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Teh di Mukah hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.

Sementara itu, penganalisis politik Datuk Peter Minos berkata Adenan melakukan perkara yang tepat dan rakyat Sarawak sentiasa bersama beliau yang sentiasa mahu memelihara keharmonian kaum dan kebebasan beragama di negeri ini sama ada waktu pilihan raya atau tidak.

Beliau turut menyokong tindakan melarang siapa sahaja dari Semenanjung yang memasuki negeri ini dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.

Gambar: Pelancaran Sticker Kereta MH370 #PrkBalingian

Pelancaran Sticker Kereta MH370 oleh Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof, bertempat di Kingwood Hotel, Mukah.

Tujuan pelancaran ini adalah sebagai manifestasi keperihatinan Pemuda BN Sarawak terhadap mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Hak Autonomi Sarawak jadi kecaman PKR #PrkBalingian

Susulan pengusiran beberapa pemimpin kanan PKR dari memasuki Sarawak, Anwar dan pemimpin pembangkang terus mengecam dan mempersoal kuasa dan hak autonomi negeri Sarawak yang menjadi teras kepada pembetukan negara Malaysia.

Malah pemimpin PKR Sarawak, See Chee How turut terikut ikut rentak pemimpin PKR dari Malaya yang memperlekeh kuasa autonomi Sarawak dengan menyatakan mereka akan menggunakan saluran undang-undang untuk menangani hal tersebut.

Berdasarkan kecaman yang mereka keluarkan, jelas sekali membuktikan andaikata PKR atau pembangkang yang jadi pemerintah. Kuasa autonomi Sarawak akan mereka mansuhkan atas nama demokrasi atau pun "keadilan", untuk memastikan politikus dari Malaya bebas berbuat apa saja di negeri ini.

Kerana KEBEBASAN adalah agenda utama PKR dan Pembangkang.

Gambar: Anwar terpaksa berceramah sambil berjalan #PrkBalingian

Gara-gara tidak mendapat sambutan, Anwar terpaksa merayu sambil berjalan. Anwar kelihatan terkinja-kinja dengan ceramah yang tidak mendapat sambutan itu demi menarik perhatian penduduk Mukah.

Malah sambutan terhadap kehadiran Anwar malam ini, lebih buruk dari sambutan terhadap Mat Sabu yang berceramah dilokasi yang sama minggu lalu.

Nampak sangat rakyat DUN Balingian menolak Anwar dan PKR...







maklumat lanjut akan menyusul...

PKR dimalukan di #PrkBalingian

Alangkah besarnya 'kemaluan' PKR hari ini, bukan saja beberapa pemimpinnya dihalau dari Sarawak kerana membawa fahaman politik yang ganas dan jijik.

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang pertama kali menjejakkan kaki ke Balingian turut dimalukan dengan sepanduk dan banner yang jelas menolak kehadirannya.

Penduduk Balingian bukanlah kelompok rakyat tidak peka tentang dunia politik, sebaliknya mereka juga sangat memahami sepak terajang politik PKR yang mahu menjulang Anwar dan keluarga sebagai pemerintah.

Dengan pelbagai poster dan banner yang direntangkan untuk tatapan Anwar, sempenan lawatannya ke Balingian dan Mukah hari ini. Apakah Anwar dan PKR tidak malu untuk menawarkan penipuan serta pembohongan di DUN Balingian?

Jelas sekali, politik ganas dan jijik PKR telah ditolak oleh penduduk N51 Balingian.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Penduduk Balingian tolak Anwar

Gambar ini kami ambil di kawasan berhampiran rumah panjang di Balingian.

Ketika ini Anwar dan rombongan sedang menjelajah kawasan rumah panjang untuk meraih simpati, berjaja cerita kononnya beliau difitnah meliwat.

Perlukah orang Balingian bersimpati demi mempertahan tabiat jijik Anwar?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

#MH370 : Kenyataan Sedih dari PM Najib

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Fitnah NGO terhadap Press Metal akhirnya terjawab

Press Metal Sarawak Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelebur aluminium pertama di Malaysia, di sini, menyatakan mereka menggunakan teknologi terkini dalam operasinya.

Dato Paul Koon, selaku Ketua Pegawai Eksekutif kilang tersebut juga memberitahu pihak pemberita yang menghadiri sidang media di sini," kami juga tidak terlepas dari tohmahan dari beberapa NGO tempatan mengaitkan kami dengan pencemaran kesan dari operasi kilang.

Baca laporan lengkap disini http://www.sarawakonline.com/2014/03/press-metal-sarawak-patuhi-piawaian.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pesanan PM Najib kepada Pengundi Kajang

1. Esok pengundi N25 Kajang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru. Pilihan raya kecil ini atau "Kajang Move" dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat bagi kepentingan politik parti tersebut.

2. Saya harap pengundi Kajang akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional. Kemenangan untuk BN akan menyemarakkan lagi usaha kita memperkukuhkan semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

3. Kempen pilihanraya kali ini berlangsung ketika kerajaan terpaksa mengendalikan usaha antarabangsa secara besar-besaran mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal. 

4. Marilah kita terus berdoa agar usaha ini akan berjaya dan tidak sepatutnya MH370 dijadikan isu politik kerana apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi tanda tanya pihak penyiasat.

4. Kita juga kesal kerana kempen Pilihanraya Kecil Kajang ini juga menjadi medan pemimpin parti pembangkang untuk mencemar bekas pemimpin negara yang telah lama bersara dari politik.

5. Ini termasuklah serangan ke atas Tun Daim Zainuddin yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara. Serangan dan tuduhan yang mengaibkan pemimpin lama tidaklah mencerminkan nilai menghormati merekalah yang berbakti kepada negara selama ini.

Dato Sri Mohd.Najib
22 March 2014.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Fadillah gesa pertahan perpaduan #PrkBalingian

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Pemuda PBB gempur #PrkBalingian

Pemuda PBB Negeri Sarawak menganjurkan program gotong-royong menyimen Jalan Balairaya di Kampung Penakub Ulu, Mukah.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

#PrkBalingian: Yussibnosh bertemu pengundi di pekan Mukah

Calon Barisan Nasional Yussibnosh Balo pagi ini menemui pengundi di sekitar pekan Mukah.

Reaksi rakyat terhadap beliau begitu menyakinkan, malah ada kalangan warga tua yang sempat memberi kata-kata semangat kepada Yussibnosh.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

MCA tawar RM1,000 tangkap pengundi hantu

Sewaktu terdapat desas-desus mendakwa Kajang kini dibanjiri pengundi hantu, MCA hari ini melancarkan 'kempen banteras hantu' menawarkan ganjaran RM1,000 buat mereka yang berjaya menangkap pengundi sedemikian di Kajang.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata ini adalah bukti jelas parti itu mengamalkan sikap langsung tidak bertolak ansur dengan pengundi hantu dan pekerja asing yang tidak layak mengundi.

Wee menegaskan yang ganjaran itu akan hanya diberi apabila pengundi hantu yang ditangkap itu didakwa di mahkamah. -mkini

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

#PrkBalingian: Pemimpin PKR yakin calon akan kalah

Meskipun PKR agak agresif berkempen dari rumah ke rumah serta mendekati rakyat di sekitar pekan Mukah, namun reaksi penduduk terhadap calon mereka tetap hambar.

Rupanya pemimpin PKR Sarawak yang berkampung disini turut menyedari hakikat itu.

Seorang pemimpin masyarakat yang dikenali dengan nama Michael menyatakan adalah amat mustahil bagi calon PKR memperolehi sokongan pengundi.

"Calon PKR berhadapan kesukaran untuk mendapatkan undi dari penduduk N51 Balingian, walaupun setakat 40%, apatah lagi untuk menang" ujar Michael

Michael menambah, bahkan pemimpin PKR, YB See Chee How sendiri turut mengakui calon yang diketengahkan PKR amat sukar untuk mencabar calon BN Yussibnosh Balo.

See Chee How yang sempat berbual dengan Michael berkata, perjuangan dan maruah parti tetap diteruskan walaupun mereka sedar peluang untuk menang memang tidak ada.

Jika pemimpin PKR sudah tidak meletakkan harapan pada calon mereka.

Apakah harapan yang boleh penduduk N51 Balingian letakkan pada calon PKR?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

#PrkBalingian: Program PKR tidak dapat sambutan

Program PKR berjemaah di Surau Hikmah Kampung Petanak Seri sebentar tadi tidak mendapat sambutan yang sewajarnya dari penduduk tempatan.

Sebaliknya hanya dihadiri oleh kalangan rombongan mereka sahaja.

Malah AJK Surau terbabit dilihat keluar kerana kurang senang dengan kehadiran PKR dan calonnya menggunakan surau tersebut tanpa persetujuan dari mereka.

Pada masa yang sama juga PKR mengambil kesempatan di majlis kenduri kahwin penduduk untuk mengadakan ceramah umum pada malam ini.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: TPM di Program Pemimpin Bersama Rakyat #PrkBalingian

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Program pemimpin bersama rakyat di SK Parish Balingian, sebentar tadi.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kumpulan Bebas Sokong Calon BN #PrkBalingian

Kumpulan bebas yang berasal dari Mukah hari ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pemilihan Yussibnosh Balo sebagai calon BN DUN Balingian.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Rakyat Sarawak akan terus menderita jika pilih BN

Rakyat Sarawak akan terus hidup menanggung penderitaan jika masih memilih Barisan Nasional sebagai. pemerintah.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata demikian dalam satu ceramah yang dihadiri sekitar 100 orang di Boulevard Setia Raja Mukah, malam tadi.

Mohammad yang terkenal dengan panggilan 'Mat Sabu, mengingatkan penduduk Mukah agar membuat perubahan sempena PRK DUN Balingian pada 29 Mac ini.

"Sarawak tidak patut jadi negeri ketiga miskin kerana mempunyai hasil yang banyak.

Baca selengkapnya di http://www.sarawakonline.com/2014/03/prkbalingian-rakyat-sarawak-akan-terus.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mana Pembangunan di DUN Balingian?

"Mana Pembangunan di DUN Balingian?" Itulah Persoalan pertama yang dilontarkan Abdul Jalil, calon PKR DUN Balingian ketika berceramah di hadapan penyokong dan pemimpin PKR semalam.

Beliau yang pertama kali berceramah dihadapan penduduk di Medan Setia Raja, Mukah,sebaik saja selesai proses penamaan calon.

"Tiada sebarang perubahan selama 30 tahun di bawah BN, Balingian masih mundur walaupun banyak hasil balak dan minyak" ujarnya

Beliau menambah, Sepatutnya rakyat di DUN Balingian mencontohi keputusan rakyat di Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, yang jelas menolak Barisan Nasional.

Abdul Jalil yang berasal dari Bintulu mengharap masyarakat Mukah menerima kehadiran beliau sebagai pemimpin yang akan membuat perubahan untuk kawasan N51 Balingian.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Suasana Penamaan Calon #PrkBalingian

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com