VIdeo Penipuan Pemilihan PKR 2014

Memang cantik skrip penipuan PKR, semuanya pandai ambil peranan.





Rafizi mengamuk sebab kalah undi

Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Gambar yang bikin PKR pekak dan bisu

Skandal pangkah undi dalam bilik hotel menjadikan PKR pekak dan bisu dengan serta merta, tanpa sebarang ulasan atau tindakan.

lepas ini Anwar dan PKR akan berceramah ke seluruh pelusuk negara mengatakan semua itu adalah 'mainan' UMNO/BN.

Pemilihan PKR yang lalu telah menyaksikan betapa ramai ahli dan pemimpin PKR keluar parti kerana tidak puas hati terhadap penipuan yang berlaku.

Pasti kali ini kita akan lihat drama yang sama.. Hanya tunggu saja kesudahannya nanti

#penipu tetap penipu

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: PKR buat undi dalam hotel

Maklumat ini adalah hasil sebaran pasukan pemantau PKR yang dikatakan telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dimana dalam serbuan tersebut telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Pasukan pemantau itu mendapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti serta dipercayai sudah memangkah kertas undi untuk dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.

Tapi apakah PKR dan Anwar akan mengaku perbuatan tersebut, apakah akan ada tindakan terhadap pihak terbabit?

Anwar dan PKR pasti akan menyalahkan media perdana atau blogger pro BN kerana menyebarkan pendedahan tersebut.

Ini bukan pertama kali penipuan dalam pemilihan PKR didedahkan, bahkan pemilihan terdahulu ahli-ahli PKR sampai mengamuk baling kerusi hinggakan ada yang tercedera.

Namun selepas itu mereka akan sama-sama menafikan penipuan yang berlaku dengan cara menyalahkan pihak yang menyebarkan berita.

Bagi PKR, mereka akan terus membuta tuli mengatakan pemilihan tersebut bersih dan adil...

Kami tertunggu-tunggu PKR menafikan hal ini.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video Sambutan Untuk Presiden Obama

Presiden AS Barack Obama diberikan sambutan negara dan perbarisan kehormat di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur.



Hudud wujud sebelum PKR, kata Hadi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menghormati hak Pas yang ingin melaksanakan hudud di Kelantan kerana agenda itu telah dipersetujui sebelum kewujudan PKR.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berkata, cadangan pelaksanaan hukum hudud merupakan hak Pas dan perlu dihormati rakan sekutu parti itu sepertimana diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Tidak pernah dibincang dari segi itu (menolak hudud), yang dibincang adalah hudud merupakan hak Pas.

"Malah, kita telah membuat kenyataan bersama bahawa hudud adalah hak Pas yang perlu dihormati kerana ini merupakan agenda kita sebelum wujud Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Wisma Ilmuwan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Kota Bharu malam tadi.

Tambahnya, tidak timbul isu Pas membelankangi DAP dan PKR dalam pelaksanaan hukum tersebut.

Abdul Hadi turut berkata pihaknya sedia bermuzakarah dengan semua pihak bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan hukum tersebut di Kelantan.

Anwar sahkan pengaruh Najib terlalu hebat

Hebat betul pengaruh PM Najib sampai mampu menekan kepimpinan Amerika - Begitulah tuduhan terbaru Anwar terhadap Datuk Seri Najib, sebenarnya Anwar terlalu kecewa dan malu kerana Presiden Obama tidak berminat untuk berjumpa beliau sempena kunjungan presiden Amerika itu ke Malaysia hujung bulan ini.

Datuk Seri Najib telah menyangkal dakwaan Anwar bahawa beliau menekan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama supaya tidak berjumpa Ketua Pembangkang itu.

"Siapa boleh tekan Barack Obama. Kita ini hanya negara kecil," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn sebentar tadi.

Anwar yang berasa malu kerana tidak dilayan Obama, sedangkan sebelum ini Anwar dalam siri ceramah sering bercerita kononnya kepimpinan Amerika sentiasa berhubung dengan beliau untuk meminta nasihat.

Sekarang bila tembelang dah pecah, terpaksalah buat tuduhan yang tidak masuk akal.

Pesawat Virgin dirampas penumpang mabuk

SEBUAH pesawat Virgin Australia 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.

Rampasan pesawat dilakukan oleh seorang penumpang mabuk.

Dalam insiden itu, penerbangan VA41 - Boeing 737 yang meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit.

Juruterbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi.

Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali) dan kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar.

Polis Bali telah menahan penumpang berkenaan. - Yahoo News
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Zuraida mahu MB Khalid disiasat

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) perlu mengambil tindakan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika didapati bersalah bersekongkol dalam kes ugut membabitkan dua pegawainya ke atas bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Tegas penyandang Ketua Wanita PKR itu berkata, ini kerana kes tersebut adalah serius dan tiada mana-mana pihak termasuk Abdul Khalid yang boleh dikecualikan daripada diambil tindakan jika melanggar peraturan pemilihan parti.

"Saya minta JPP mengikut proses membuat siasatan dan sebagainya... ini adalah satu aduan yang serius kerana ada bukti, jadi minta diselesaikan secepatnya.

VIDEO: Seronoknya Anwar Berbohong




Anwar terus kecam hak Sarawak

Anwar dan PKR dengan tegas mengecam sekeras-kerasnya kuasa autonomi yang dimiliki negeri Sarawak, meskipun perkara tersebut adalah tulang belakang kepada perjanjian pembentukan negara Malaysia pada 1963.

Anwar membuat kecaman tersebut dalam satu sidang media di Hotel Grand Continental, Kuching petang tadi.

Menurut Anwar dengan adanya kuasa autonomi menjadikan Sarawak tidak demokrasi.

Kali ini Anwar secara terang-terangan melemparkan kecaman terhadap kepimpinan negeri Sarawak, dengan menganggap kuasa autonomi adalah bukti "salah guna kuasa" oleh kerajaan negeri Sarawak

Kenyataan Anwar dilihat mendapat sokongan padu dari pemimpin PKR Sarawak, malah mereka bertepuk tangan bila Anwar mengecam perkara tersebut.

Menurut seorang penyokong pembangkang, slogan "Sarawak for Sarawakian" hanyalah untuk menghalang UMNO berkempen di Sarawak. Tapi bukan untuk menghalang PKR, PAS atau DAP.

Beberapa NGO tajaan PKR di Sarawak begitu giat mempromosikan slogan "Sarawak for Sarawakian", tujuannya hanyalah untuk mengelirukan sentimen rakyat serta pemimpin BN Sarawak.

Persoalannya, apakah pemimpin BN Sarawak serta rakyatnya memahami hakikatnya "Sarawak for Sarawakian" hanyalah propaganda pembangkang untuk meloloskan diri?


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Sanggup tipu rakyat demi peliwat?

Pihak NGO PKR sebelum ini menerusi laman sosial Facebook menyiarkan beberapa gambar menunjukkan beberapa orang pekerja kilang PMS dimasukkan ke wad hospital akibat keracunan berpunca dari pencemaran kilang.

Baca pendedahan selanjutnya di http://www.sarawakonline.com/2014/04/pms-kkm-sahkan-keracunan-bukan-berpunca.html


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Hina PM & Polis, bila nak tangkap?

Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung penemuan akaun Facebook yang menghina kepimpinan negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, Selasa.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang menghina kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan polis.

"Individu terbabit yang menggunakan nama "Conspiracy Cavalera" itu mengaibkan Perdana Menteri serta menteri kabinet dalam gambar yang dimuat naik di laman sesawang berkenaan," katanya di sini.

Selain itu tindakan tegas harus diambil ke atas seorang individu yang hanya dikenali sebagai "Afiq Gen'ji" yang telah memaki hamun polis dengan ayat yang amat biadab, katanya.

"Kami meminta Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit," katanya.

Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. -umnoonline

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PKR sedih Obama tak jumpa Anwar

PKR hari ini melahirkan rasa kesal dan sedih kerana presiden Obama yang melawat Malaysia sabtu ini tidak berminat untuk bertemu dengan Anwar.

Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai sebuah negara yang menjuarai dan mempromosikan amalan demokrasi, kebebasan dan keadilan, Obama sepatutnya prihatin terhadap keperluan pertemuan tersebut.

Nampaknya Saifuddin dan PKR sedang terdesak untuk mempromosikan Anwar sebagai pemimpin Malaysia.

Namun tujuan Saifuddin mempersoal hal pertemuan tersebut memang dapat dibaca, kerana Saifuddin sedang berkempen untuk merebut jawatan tertinggi PKR dalam pemilihan yg sedang berlangsung.

Bagi Saifuddin, dengan bersuara begini dapat juga menarik perhatian Anwar dan seterusnya dapat membuahkan undi dari penyokong tegar Anwar.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PRK Bukit Gelugor: Mesyuarat khas khamis ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis ini. 

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 pagi ini berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh. 

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam kenyataan hari ini. 

Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang, Michael Cornelius. 

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam. -antarapos
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tian Chua, Rafizi tekad guling PM jika Anwar dipenjara

Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua mengulangi ugutannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika bos beliau, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi…saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya.

“Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, pada Ahad malam, seperti dilaporkan portal berita pro-pembangkang The Malaysian Insider.

Pada Mac lalu, Tian Chua membuat ugutan yang sama apabila menulis di akaun Twitter beliau @tianchua menyatakan Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Sebelum itu, pada 7 Mac, Tian Chua juga melaungkan kenyataan yang sama untuk menggulingkan Najib dalam masa lima bulan di hadapan lobi Kompleks Istana Keadilan, Putrajaya, ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful ukhari Azlan. (Rujuk video)

Susulan daripada tulisan di akaun Twitter beliau itu, polis yang memperolehi waran geledah telah merampas kamputer tablet dan telefon bimbit miliknya ketika beliau berada di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Dalam ucapannya semalam juga, Tian Chua cuba membangkitkan semangat hadirin untuk melakukan demonstrasi ala reformasi 1998 pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri.

“Kita pernah menunjukkan rekod kita…saya disumbat di dalam di Kamunting (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)) selama dua tahun, tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

“Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati…kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar,” Tian Chua mengulangi hasutannya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menggesa agar himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini dijadikan medan gelombang kebangkitan penentangan anak muda.

“Amaran saya kepada Najib dan Mahathir kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai UMNO tumbang.

“Bersiap sedia tunggu arahan, 1 Mei kita jumpa di jalan raya.

Anwar dan Mat Sabu imamkan solat keranda Karpal Singh?

Salahkah tindakan Anwar dan Mat Sabu yang tertunduk-tunduk pada keranda mayat Karpal Singh?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Dihalau Kerana Terima BR1M - Politik Gila

SATU KELUARGA 10 BERANAK DARI KG , BACHOK DIHALAU KERANA TERIMA BR1M????

Satu keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya , 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini."

“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

PRK Bukit Gelugor, setelah Karpal dikebumikan

Kematian ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh semalam dijangka mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan parlimen tersebut.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) kekosongan kerusi tersebut minggu depan, menurut satu laporanThe Malay Mail Online.

Beliau berkata pengisytiharkan tersebut hanya akan dilakukan selepas majlis pengebumian Karpal di Pulau Pinang Ahad ini.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tian Chua kena halau dari Sabah


dibawah ini adalah notis menghalang Tian Chua masuk dari memasuki negeri Sabah. Tahniah buat kerajaan Sabah atas keberanian menolak mahkluk ini.


VIDEO: Pesanan Terakhir Karpal Singh kepada Anwar

Berikut adalah pesanan atau nasihat terakhir mendiang Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim;
"anwa ebrahem hes krietet enaf trabel fo de kantri, anwa ebrahem haros bertobat."


Salam Takziah dari kami buat keluarga mendiang

Cubaan fitnah Kematian Karpal Singh


Karpal Singh maut kemalangan ngeri

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. -

Hudud, Anwar hanya mampu menolak

Ini bukan pertama kali Anwar mengelak untuk menyatakan pendirian jelas tentang isu hudud yang sedang diperjuangkan PAS.

Soalan yang dilontarkan pemberita sekadar mengundang putarbelit dari Anwar, jelas sekali Anwar tidak ada pendirian jelas tentang hudud sebagaimana Presiden PAS, Hadi Awang yang bersikap tegas.

Berikut kenyataan Anwar:

"Undang-undang syariah Islam yang terkandung hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika negara diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam".

Anwar cuba mengelak untuk menjawab pendiriannya tentang hudud, sebaliknya memberi alasan politik yang kononnya beliau yang lebih adil dan lebih tahu tentang Islam.

Disisi lain, pendirian Hadi Awang kelihatan berani dan tegas mempertahankan Hudud. Berbeza dengan Nik Aziz yang sentiasa condong terhadap kehendak Anwar dan DAP, malah sanggup mengelak untuk bercanggah pendapat dengan Anwar dan menyalahkan pihak lain demi menutup kelemahannya.

Sudah tentu, Anwar juga tidak sanggup untuk bertegas terhadap DAP, lagipun kerusi ketua pembangkang yang disandangnya hanyalah belas ihsan dari DAP.

Kita akan lihat beberapa siri putar belit yang akan Anwar gunakan untuk mengelak serta menolak Hudud yang diperjuangkan PAS...

Tunggu.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

#MH370: Amerika jawab tuduhan tutup misteri pesawat

Amerika Syarikat (AS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan percubaan menutup misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu, lapor New Straits Times.

Pihak Washington berkata, tuduhan yang tersebar di media sosial yang mengatakan AS terlibat dalam misteri tersebut merupakan 'teori konspirasi yang tidak berasas'.

Menerusi sebuah kenyataan yang diemel kepada akhbar tersebut, pihak Kedutaan AS turut berkata bahawa dakwaan pesawat MH370 sedang disembunyikan di pangkalan tentera Diego Garcia, adalah satu tuduhan yang liar.

"Ini adalah teori konspirasi yang tidak berasas dan telah pun didedahkan seluruh dunia, dan Setiausaha White House telah pun memaklumkannya secara terperinci pada 18 Mac," kata jurucakap kedutaan AS, Harvey Sernovitz yang dipetik dari New Straits Times.

Sebuah teori telah mengatakan bahawa seorang penumpang AS, Philip Woods telah memuatnaik gambarnya menerusi telefon bimbitnya, dimana gambar tersebut dikatakan dikesan diambil di Diego Garcia.

"Laporan ini palsu sama sekali. MH370 tidak mendarat di Diego Garcia. Ini teori konspirasi tidak berasas," kata Sernovitz.

Selain itu, AS turut menafikan dakwaan bahawa mereka telah menyembunyikan maklumat dari Kuala Lumpur yang dikatakan boleh membantu siasatan.

Katanya AS merupakan antara yang pertama memberi respon dan yang pertama sampai di Malaysia bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Saya galakkan kamu bertanya sendiri kepada kerajaan Malaysia untuk menerangkan mengenai bantuan yang telah diterima dari kerajaan AS dan syarikatnya," tegas Sernovits.

Dalam pada itu, AS juga berjanji akan terus membekalkan bantuan dari segi maklumat, analisis, teknikal, penyiasatan dan pencarian seperti yang diminta oleh kerajaan Malaysia.

Menurutnya, fokus pihak AS adalah sentiasa untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Di bawah kerjasama Malaysia dan Australia, kapal tentera laut AS, 7th Fleet sedang bekerjasama dengan 26 lagi buah negara untuk mengesan pesawat tersebut.- Astro

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Nasihat Haron Din buat Anwar dan pembangkang

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din menasihatkan umat Islam agar tidak terjebak dengan sikap hasad dengki dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang baru sahaja sehari keluar daripada menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, sikap tercela tersebut boleh meruntuhkan perpaduan yang dicipta dan melunturkan semangat setiakawan ketika berusaha secara kumpulan.

"Jauhilah sikap yang hina dalam Islam. Sifat hasad dengki boleh hilangkan tali persaudaraan, perpaduan yang jitu akan luntur walaupun pernah satu ketika seronok berusaha membangunkan sesuatu yang berguna pada ummah," katanya semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah dan kenduri kesyukuran pembinaan Masjid Abu Ubaidah Ibni al-Jarrah, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan semalam.

Haron memberitahu, jika sikap tersebut menular dalam masyarakat maka apa yang dirancang tidak menjadi kerana asyik bercakaran sesama sendiri.

Mac lalu, Haron mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan mengatakan mereka telah melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370 biarpun usaha berkenaan dikritik hebat Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Malaysia perlukan pemimpin bongkak?

Berikut adalah kenyataan bongkak dan bodoh sombong dari seorang pemimpin pembangkang.

"Pada 5 April lepas, sebuah akhbar Cina menyiarkan sebuah artikel wawancara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan SATU SAAT untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370."

Kenyataan begini dikatakan menjadi idola para cerdik pandai dan golongan muda di Malaysia.

Apakah rakyat Malaysia mahu individu seperti ini untuk jadi pemimpin negara?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Apakah jawapan peguam negara?

Beranikah Peguam Negara menjawab kenyataan Naib presiden PKR N Surendran yang menuduh kerajaan campur tangan dalam bidang kehakiman dan berusaha memenjarakan Anwar Ibrahim secara tidak adil.

N Surendran menyelar tindakan pendakwaan yang mengemukakan rayuan balas untuk membolehkan hukuman penjara dilanjutkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes Liwat II adalah "usaha jelas untuk menamatkan karier politiknya".

Surendran dalam satu kenyataan hari ini menyebut, rayuan balas di Mahkamah Persekutuan itu juga "selektif, berniat jahat dan bermotif politik".

Mahkamah Rayuan pada bulan lalu menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar, susulan rayuan pendakwaan ke atas pembebasan ketua pembangkang itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN secara keseluruhannya bertanggungjawab ke atas penganiayaan terbaru ke atas Anwar," kata Surendran.

"Usaha kerajaan yang korup dan secara menipu untuk memenjarakannya adalah serangan langsung ke atas sistem demokrasi berparlimen," katanya lagi.

Apa macam Ghani Patail? Kenyataan ini bukan setakat mempertikai keputusan Mahkamah malah menuduh kerajaan mempunyai mala fide dan berkonspirasi terhadap kes liwat Anwar Ibrahim. Apakah Ghani akan berkata tiada undang-undang boleh digunakan ke atas fitnah N Surendran ini?

Sumber: MYKMU

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Adenan "walkabout" di Bintulu

Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Haji Satem yang mengadakan lawatan kerja ke Bintulu pagi tadi sempat mengadakan walkabout dan beramah mesra dengan rakyat di pekan lama Bintulu.

Beliau bersama beberapa kawan lama dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menikmati minuman kopi o dan roti kawin di kedai kopi Guan Sing.

Orang ramai yang terserempak dengan kehadiran Ketua Menteri mengambil kesempatan bersalaman dan merakam gambar kenangan bersama beliau.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

MH370: Benarkah CIA tahu apa yang terjadi?

Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

"Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja," katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

"Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons," katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

"Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

"Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal," katanya menurut laporan Mirror. - Sinar Harian

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

#MH370: Pencarian kotak hitam semakin sukar

Pencarian kotak hitam pesawat MH370 akan menjadi semakin sukar sekiranya terpaksa menggunakan kenderaan bawah laut bebas (AUV) Bluefin-21 memandangkan kedalaman laut yang mencecah 4000 meter.

Penganalisis Aeroangkasa, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia kerana permukaan dasar laut yang berkelodak dan tidak rata menyebabkan kedudukan kotak hitam sukar dikesan.

"Tidak mudah untuk dilihat kedudukan sebenar kotak hitam mungkin kerana ditimbusi pasir memandangkan dasar laut yang berselut.

"Tapi dengan pakar-pakar yang sudah biasa pasti akan membuat penelitian yang terperinci bagi mengesahkan kedudukan sebenar. Untuk membuat secara teliti pastinya memakan masa," katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, kesukaran mencari kotak hitam akan bertambah susah apabila kehabisan bateri memandangkan pencarian sudah melebihi sebulan.

"Dengan tiga isyarat yang berjaya dikesan minggu lalu, sudah memberikan harapan baru, tapi apabila ia disahkan bukan milik MH370, pencariannya jadi sukar kerana lokasi pencarian tidak boleh dikecilkan.

"Menggunakan kenderaan bawah laut rasanya adalah kaedah terakhir terpaksa digunakan jika dalam sehari dua ini tiada isyarat yang dapat dikesan," ujarnya.

Selasa lalu, dua isyarat getaran akustik dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis yang disahkan tiada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan ping ditunda. - Sinar Harian


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kerajaan Membazir Cari #MH370, kata penyokong PKR

Segerombolan mahasiswa yang jadi pendukung kuat Anwar dan PKR menganggap usaha kerajaan dan beberapa negara lain mencari pesawat MH370 sebagai membazir.

Kenyataan mahasiswa tersebut senada dengan Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang yang sengaja mempolitikkan tragedi MH370.

Baca laporan lengkap di http://www.sematankelawas.com/2014/04/mahasiswa-pkr-kata-kerajaan-bazirkan.html?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ahli Parlimen DAP Punca Satu Negara “Terbakar”

Kekecohan kononnya kerajaan telah menerima pulang 1,000 pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik daripada DAP. Beliau mendakwa kerajaan telah bersetuju membawa pulang 500 orang pemegang pasport BRITISH OVERSEAS CITIZENS yang telah membawa maksud kerajaan memberi kerakyatan kepada mereka.

Ini menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dituduh sebagai pengkhianat negara. Isu ini kemudiannya menjadi isu perkauman apabila dikatakan 1000 orang ini merupakan kaum Cina dan mereka telah mengoyak pasport Malaysia.

Hakikatnya, pada April 2011, ketika ini Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien merupakan Menteri dalam Negeri, Kerajaan United Kingdom telah mengemukakan usul untuk menghantar pulang pemegang passport BOC ke Malaysia.

Setelah dikaji dan diadakan beberapa perbincangan di antara kedua-dua negara, Kerajaan Malaysia memberikan cadangan balas seperti berikut:

a. Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Di bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf kepada pemegang pasport BOC.

Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama seperti mana warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan.

b. Pas Residen ini perlu dipohon semasa berada di United Kingdom melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka hanya boleh berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semua pemegang passport BOC yang diluluskan dengan Pas Residen disyaratkan menaiki penerbangan terus ke Malaysia.

c. Pas Residen akan ditampal di dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di KLIA bagi memudahkan mereka melapor diri. Penyediaan kaunter khas ini juga memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah. Ini adalah penting bagi memastikan pemegang pasport BOC tidak melanggar undang-undang imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah. Kaunter khas ini hanya dibuka pada hari ketibaan pemegang pasport BOC dan pihak Imigresen tidak pernah menyediakan laluan khas untuk mereka.

d. Seorang pegawai imigresen akan bertugas di KLIA ketika tarikh ketibaan pemegang BOC. Pegawai ini akan memastikan pemegang pasport BOC yang tiba dikeluarkan dengan Pas Residen dan diberikan taklimat mengenai peraturan yang ditetapkan kepada pemegang Pas Residen; dan

e. Atase Imigresen di United Kingdom, serta pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah memberikan khidmat nasihat sebelum dan selepas kepulangan pemegang pasport BOC sekiranya terdapat persoalan yang diajukan kepada mereka.

Persetujuan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan UK telah berlaku pada 2011. Justeru ia bukanlah sesuatu tindakan atau polisi yang diumumkan secara tangkap muat. Malah ia juga tidak boleh dibatalkan secara tidak membuta tuli kerana ia mmebabitkan persetujuan dua negara.

Sebaliknya Ng Wei Aik membuat kenyataan seolah-olah hasil desakan DAP menyebabkan Menteri Dalam Negeri tunduk dan memberi semula kewarganegaraan kepada kumpulan ini.

Tindakan tidak bertanggungjawab ahli Parlimen DAP ini hingga mencetuskan kebencian antara kaum sangat merbahaya jika dibiarkan. Inilah perangai DAP yang disayangi oleh orang Cina.

Sumber: MYKMU

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Najib ziarah Haron Din

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.-- BERNAMA


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pemuda PBB kunjungi mangsa kebakaran

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak melahirkan rasa perihatin mereka terhadap mangsa kebakaran yang terpaksa menanggung kerugian dan kehilangan harta-benda.

Rombongan Pemuda PBB yang diketuai Saudara Bell Bernard Agan mengunjungi mangsa kebakaran di rumah Tr.Kayan, Nanga Telik, Saratok petang tadi.

Dalam kunjungan itu, Bell Bernard Agan yang juga Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak menyampaikan bantuan berupa makanan dan peralatan memasak kepada mangsa.

Bantuan tersebut adalah untuk meringankan kesulitan yang dialami penduduk rumah panjang terbabit.

Selain itu, Pemuda PBB juga berharap agensi kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang sewajarnya dengan secepat mungkin.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Balik saja ke negara asal, apa mau susah

Malaysia tidak perlu membuang masa untuk memikirkan nasib Cina pengkhianat yang pernah dengan bongkak mengoyakkan pasport Malaysia.

Soal mereka merempat atau kebulur di UK, itu bukan urusan kerajaan Malaysia untuk fikirkan. Bukankah lebih baik mereka balik saja ke negara asal China.

Rakyat tidak ingin pun untuk menambah jumlah penduduk Cina dinegara ini.

Cukuplah cina DAP menunjukkan sikap bongkak menghina negara, dengan mempertikai hak Bumiputera dan Raja-raja Melayu.

Apa lagi cina DAP mahu? Mereka boleh ke Indonesia atau Singapura, bukankah disana lebih 'terjamin' menurut takrifan mereka sendiri.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

#MH370: Benarkah Berita ini?

Sejauh mana kebenaran laporan ini, pasti tidak ada mana-mana pihak yang akan sahkan kesahihannya.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita semua sentiasa mendoakan keselamatan semua yang terlibat.

Teruskan berdoa..#MH370

Baca laporannya di http://www.dailystar.co.uk/news/latest-news/373582/They-re-alive-MH370-passengers-were-hijacked-and-taken-to-Afghan-says-Russia-s-FSB

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Seluruh negara perlu buat laporan Polis

Mungkin sudah ribuan kali Anwar dan PKR menghina mahkamah serta sistem kehakiman negara secara terbuka.

Namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat terhadap mahluk gila kuasa yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Anwar dan PKR bebas menuduh serta menghina Mahkamah serta Hakim-hakim, jika tidak memihak kepada mereka.

Bukan sedikit kes-kes yang mereka menangi dimahkamah yang sama sebelum ini, namun bila saja keputusan tidak memihak, mereka terus melancarkan gerakan untuk menghina Mahkamah dan Hakim dengan berbagai cacian.

Mereka sengaja ingin melengah-lengahkan prosiding Mahkamah, sepertimana yang mereka lakukan sebelum ini.

Tujuannya mereka hanya satu, mahu mempertahan ketagihan meliwat dan sifat kemaruk kuasa si Nuar. Sampai bila rakyat harus membiarkan ketagihan meliwat mahluk ini terus berleluasa.

Tuduhan mengatakan mahkamah sengaja menjatuhkan hukuman terhadap Anwar dalam waktu yang singkat telah pun dijawab oleh Menteri terbabit.

Malah tidak ada sebarang bukti menunjukkan tuduhan Nuar dan PKR berasas, hanya semata-mata untuk membakar perasaan rakyat agar mempercayai pembohongan mereka, seterusnya ingin menjadikan rakyat sebagai benteng demi meneruskan nafsu serakah Anwar dan PKR.

Sewajarnya rakyat perlu bangkit mempertahankan maruah Mahkamah serta sistem kehakiman negara. Laporan polis terhadap Anwar dan PKR kerana menghina mahkamah perlu dibuat seluruh negara.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Apa Najib buat dalam 5 tahun?

TANGGAL 3 April 2009 akan terus tercatat dalam sejarah sistem politik dan pentadbiran Malaysia kerana ia melihat peralihan kuasa dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Kini, genap 5 tahun Najib menerajui kepimpinan negara.


Baca selanjutnya di http://www.sarawakiana.net/2014/04/5-tahun-kepimpinan-najib-apa-yang-telah.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

SELANGOR MANSUH DISKAUN UNTUK BUMIPUTERA

Para Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor membidas keputusan kerajaan negeri Selangor memansuhkan diskaun tujuh peratus yang diberikan kepada bumiputera untuk pembelian kediaman mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku.

Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata kerajaan negeri sepatutnya mempertimbangkan perkara itu sebelum membuat keputusan yang membebankan golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri.

"Ketika BN mentadbir Selangor sebelum ini, kerajaan negeri tetap memberi diskaun tujuh peratus itu kepada bumiputera walaupun telah memberi subsidi terhadap pembinaan rumah mampu milik di bawah RM42,000. Ini kerana kedudukan kewangan golongan itu masih lagi rendah.

"Bagaimanapun kerajaan negeri hari ini memansuhkan diskaun tujuh peratus itu, yang pasti akan membeban dan menyukarkan bumiputera yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, Selasa.

Mohd Shamsuddin mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad pada sidang DUN hari ini bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara lima hingga tujuh peratus bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan bumiputera di negeri itu.

Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan telah diberikan subsidi.

Sementara itu, Adun Dengkil Shahrum Mohd Sharif pula mempersoalkan komposisi bilangan unit rumah mampu milik oleh kerajaan negeri di bawah skim itu, yang hanya memperuntukkan 10 peratus rumah jenis A, iaitu di bawah harga RM42,000.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri menetapkan peratusan lebih besar untuk pembinaan rumah mampu milik jenis B dan C yang berharga antara RM100,000 hingga RM200,000 iaitu 30 peratus.

Begitu juga untuk perumahan mampu milik jenis D berharga antara RM220,000 hingga RM250,000, yang tidak mengehadkan peratusan pembinaannya kepada pemaju, katanya.

"Mengapa kerajaan negeri hanya bina 10 peratus sahaja rumah mampu milik di bawah harga RM42,000. Ramai lagi bumiputera tidak mampu memiliki kediaman mampu milik melebihi harga RM42,000, terutama yang berpendapatan rendah.

"Sepatutnya kerajaan negeri bina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga berkenaan. Jika ini keadaannya bagaimana usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam pemilikan perumahan," katanya - AGENDADAILY.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Suara yang digeruni PAS dan PKR

Kalau pun pemimpin PKR dan PAS sering mendabik dada ingin menunjuk kehebatan diri, kononnya mereka hanya takut pada suara rakyat. Sambil mengakui diri mereka sebagai serba tau dalam serba serbi.

Namun bila saja Karpal Singh dan DAP bersuara, seluruh keegoan pemimpin PAS dan PKR luluh dengan dengan sendirinya.

Kelantangan suara mereka turut mengendur ke tahap bisu seribu bahasa.

Kenapa tidak? Walau betapa hebat Anwar dimata penyokong PKR, namum terpaksa juga menumpang ihsan dari DAP untuk mendapat jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Begitu juga PAS, betapa ramai pemimpin PAS terpaksa mengemis kekuasaan dan sedikit keuntungan hasil dari pencapaian DAP.

Lihat saja Mat Sabu yang menumpang belas ihsan DAP untuk duduk dalam GLC di negeri pembangkang.

Itu cuma serba sedikit dari pelbagai belas ihsan yang diterima PKR dan PAS dari parti DAP.

Oleh itu, tidak mungkin akan ada pemimpin PAS atau PKR yang sanggup menyanggah suara Karpal Singh atau pemimpin DAP yang lain.

Atas alasan itu juga PAS Kelantan kelihatan bersendirian mempertahankan isu hudud dari sergahan DAP.

Apatah lagi Anwar Ibrahim, yang terpaksa melutut pada Karpal Singh untuk mempertahankan kes liwat yang dihadapinya.

Malah, rahsia hobi luar tabie Anwar Ibrahim juga berada dalam genggaman Karpal Singh dan DAP.

Justeru, apakah Anwar, atau pemimpin PKR dan PAS sanggup menyanggah DAP?

Sesuai dengan pepatah lama masyarakat cina yang menyebut, "Anjing tidak akan menggigit tangan tuan yang menuangkan susu".

...begitu juga PKR dan PAS

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kerajaan arah parti bogel "Topless" dibatalkan serta-merta

KENYATAAN MEDIA MENGENAI AKTIVITI 'TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY'

DI THE POOL, JALAN AMPANG
                                   
Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti di atas akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di 'The Pool', 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat).

Semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan  tanpa kelulusan lesen daripada  DBKL.

DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.

Disediakan oleh :
 
Unit Media

Jabatan Perancangan Korporat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

8 April 2014

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

MH370: Tiada lagi isyarat dikesan

Pasukan mencari dan menyelamat di Perth, tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut, selagi satu lagi isyarat pinger tidak berjaya dikesan.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata ini kerana pengesanan satu lagi isyarat pinger akan memberi pasukan pencarian satu petunjuk yang lebih jelas tentang apa yang berkemungkinan ada di dasar laut.

"Sekiranya kami boleh mendapatkan lebih banyak isyarat, kami boleh mendapat petunjuk yang lebih jelas tentang dasar laut yang akan membolehkan pencarian visual yang lebih khusus untuk mencari bangkai pesawat itu.

"Sekiranya kami turun ke dasar laut sekarang, ia akan memakan masa yang lama kerana pencarian akan lebih perlahan. Ia adalah satu tugas yang sangat sukar untuk mencari di dasar laut.

Dengan paras  laut yang sangat dalam, ini satu tugas yang sangat mencabar," katanya semasa satu sidang media di Perth.

Houston turut berkata pasukan pencarian tidak mengesan apa-apa isyarat baru sejak semalam dan pencarian akan diteruskan untuk beberapa hari sehingga ia betul-betul dipastikan bahawa bateri kotak hitam telah tamat hayatnya.

Semalam, kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Houston sebelum ini memaklumkan isyarat 'ping' pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 13 minit sahaja.

Beliau turut berkata isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.- Astro
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tiada kompromi bocor rahsia kerajaan

KUALA LUMPUR 7 April - Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak tertentu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menegaskan, setiap ketua jabatan perlu lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran serta mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan.

"Dalam dunia tanpa sempadan dengan medium komunikasi menjadi semakin mudah, penjawat awam perlu lebih berwaspada ketika menggunakan media sosial antaranya Facebook dan Twitter, jangan sampai maklumat yang diklasifikasi sebagai sulit atau rahsia sampai ke tangan pihak luar," katanya ketika merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di sini Isnin. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

MH370: Ocean Shield kesan satu lagi isyarat

Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu itu menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika. - Bernama
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

MH370: Isyarat Dikesan 'Konsisten' Dengan Kotak Hitam

PERTH: Isyarat yang dikesan oleh kapal peronda China yang mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi adalah "konsisten" dengan jenis yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston yang mengetuai pencarian itu.

Agensi berita rasmi China, Xinhua pada Sabtu melaporkan bahawa pengesan kotak hitam di atas kapal China itu memperoleh isyarat pada frekuensi 37.5kHz.

Akustik peranti Beacon di dalam air yang melibatkan kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit MH370 berfungsi pada frekuensi itu, kata jurucakap Honeywell Aerospace, pengeluar kotak hitam bagi pesawat yang hilang, kepadaAFP.

Ketua Laksamana Udara Angus Houston yang mengetui pusat penyelarasan agensi bersama bagi pencarian itu berkata, bentuk isyarat yang dilaporkan "adalah selaras dengan kotak hitam pesawat itu".

Beberapa objek putih turut dilihat terapung di permukaan air, kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan itu, yang katanya menurut satu kenyataan JACC.

Beliau bagaimanapun memberi amaran: "Tiada pengesahan pada peringkat ini bahawa isyarat dan objek berkaitan dengan pesawat yang hilang.

"JACC dalam satu kenyataan pada Ahad, ia mengulangi bahawa isyarat itu belum disahkan.

Sebanyak 10 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal yang melakukan pencarian di kawasan 217,000km persegi di perairan kira-kira 1,700 km barat laut Perth, Australia, hampir sebulan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing. - AFP
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Doa Rosmah buat Pencacai PR

Berikut adalah ucapan dan doa dari Rosmah buat pencacai diatas;

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Salam - Rosmah Mansor"

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com