Keputusan Rasmi PRK Teluk Intan

BN : 20157
DAP : 19,919
Majoriti : 238
% perbezaan undi : 0.6%

Jumlah peti undi keseluruhan: 122
Jumlah Peti Undi Diterima : 122
Jumlah Peti undi blom terima :0

Calon BN Datuk Mah Siew Keong Menang PRK Teluk Intan.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Terkini: BN Menang, DAP kalah #PRKTelukIntan

Keputusan tidak rasmi setakat ini, BN mendahului dengan majoriti 238 Undi #PRKTelukIntan

Kalau BN menang, mestilah DAP kalah kan... kah kah
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Tahniah! Mat Sabu bakal Presiden PAS?

seperti yang dilaporkan, Presiden PAS Hj Hadi Awang sekarang sedang terlantar sakit di hospital Istanbul Turki.

Susulan masalah itu, Timbalan Presiden PAS Mat Sabu disebut-sebut sebagai bakal presiden jika apa-apa terjadi dengan Tok Guru Hj Hadi.

Baca laporan lanjut di http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/2014/05/hadi-awang-sakit-mat-sabu-bakal-ambil.html?m=1
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kung Fu tak jadi, Nga jatuh ternga-nga

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming terseliuh pergelangan kaki selepas cuba menendang buku kecil ketika menyampaikan ceramah di atas pentas di Taman Perindustrian Anson pada Isnin.

Nga mengeluarkan buku kecil tersebut yang mempromosikan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan melambungkannya ke udara sebelum melompat untuk menendang buku dengan kaki kirinya.

Beliau kemudiannya terjatuh di atas kaki kanannya dan tindakan itu telah mencederakan bahagian pergelangan kaki.

Nga kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

Ketika dihubungi pada Khamis, Nga berkata beliau berada di Kuala Kangsar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak."Saya telah pulih," katanya - mStar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Menteri dituntut jawab masalah ini?

Inisiatif BL1M merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO oleh Pemuda UMNO yang diketuai Khairy Jamaluddin.

Ketika sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari 2013, Khairy berkara inisiatif tersebut akan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.

Baca selanjutnya di
BL1M: Dimakah Suara "Menteri Segala Kementerian" ? - http://www.sarawakiana.net/2014/05/bl1m-dimakah-suara-menteri-segala.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Wan Azizah mengaku PKR 'lemah'

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui wujud kelemahan dalam sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga mencetuskan pelbagai insiden kekecohan termasuk cubaan melarikan peti undi.

Malah, Presiden PKR itu sedar sistem yang digunapakai  tidak sempurna dan perlu diperbaiki pada masa akan datang.

"Memang ada kelemahan, dan saya fikir banyak yang kami perlu lakukan.

"Ia bukanlah sistem yang sempurna. Kita akan cari jalan untuk perbaiki," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di sini, Rabu.

Pendirian Wan Azizah itu bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul sebelum ini yang mempertahankan sistem pemilihan sedia ada dan menyifatkan ia merupakan proses yang terbaik pernah dilakukan parti itu.

Sehingga kini PKR sudah memecat lima ahli dan menggantung 18 anggotanya atas pelbagai kesalahan, termasuk mensabotaj pimilihan parti hingga mencetuskan kekecohan di beberapa cabang di seluruh negara.

Malah, PKR juga membatal dan menangguhkan proses pilihan melibatkan 35 cabangnya kerana gagal menguruskan pemilihan dengan baik.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Disiplin PKR menggantung keahlian Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard', Wan Azizah berkata ia membuktikan bahawa parti itu telus dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melanggar peraturan.

Ditanya sama ada PKR cuba 'menutup mulut' ahlinya dengan menyekat kebebasan bersuara, Wan Azizah berkata, tindakan Chegubard melampaui batas dan mencemarkan imej parti.

"Memang Chegubard buat banyak teguran. Tapi sesetengah daripadanya menjejaskan imej parti...itu sudah melanggar disiplin parti.

"Apabila anda langgar peraturan, anda perlu hadapi tindakan yang bakal dikenakan," katanya. - mStar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Petugas wanita BN ditumbuk ketika berkempen di Teluk Intan

Seorang wanita yang juga petugas Barisan Nasional (BN) daripada PPP ditumbuk di Taman Desa Aman di sini petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, wanita berusia 58 tahun itu ditumbuk semasa berkempen dari rumah ke rumah. 

Katanya, wanita itu telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. 

"Tiga atau empat orang daripada parti PPP telah membuat kempen rumah ke rumah.

Apabila mereka tiba di satu rumah, suspek telah menumbuk dan menendang salah seorang daripada ahli PPP tersebut. 

"Kami telah mengenal pasti suspek berusia 61 tahun berkenaan.

Suspek telah datang ke balai polis membuat laporan bahawa kumpulan PPP itu datang ke rumahnya untuk mencuri buah mempelam.

Suspek pergi menemui kumpulan berkenaan dan berlaku pertengkaran dan kejadian tumbukan," katanya. 

Kok Liang berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Dewan Serbaguna Ibu pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini. 

Jelas Kok Liang, pihak polis akan menyiasat insiden itu di bawah Seksyen 323 mendatangkan kecederaan dan kertas siasatan dakwaan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa untuk keputusan.- antarapos
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Hadiah DAP untuk rakyat Teluk Intan?

Berikut Hadiah Kerajaan DAP Buat Rakyat Penang:

1. Tarif Air Naik 120%.

2. Rumah Teres 1 Tingkat 25'×75' RM780,000.00.

3. Cukai Permis Perniagaan Naik 80%.

4. Roboh Perumahan Melayu Naikan Perumahan Teres Harga Hingga 1 Juta.

5. Tambang Bas Selian Kerajaan Negeri Naik 200%.

6. Tanah Status Sementara 70% Kerajaan Negeri Rampas Balik.

7. 1,500 orang pekerja kontrak dan sambilan di bawah Majlis Perbandaran dan Daerah dipecat dalam masa 3 tahun.

8. Sewa Tapak Pasar Malam RM300.00 di kawasan bandar.

Orang Pulau Pinang sedang berterima kasih kepada DAP atas penindasan berlaku.

Sekarang pilihan ditangan rakyat Teluk Intan.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Anwar Patut Malu Dan Letak Jawatan

Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya berasa malu dan mengundur diri dalam dunia politik kerana kegagalannya membuktikan kewibawaan diri sebagai pemimpin sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR.

Jelasnya, sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR, terlalu banyak kacau-bilau, kecelaruan dan perkara pelik yang berlaku seperti pengiraan undi dalam bilik hotel atas alasan berlakunya ‘blackout’, pergaduhan sesama ahli ditempat pengundian malah ada ahli parti yang namanya ada di dalam daftar pemilih dilarang untuk mengundi.

“Banyak sangat ‘magik’ yang terjadi dalam proses pemilihan PKR. Anwar sepatutnya malu kerana dia gagal sebagai ketua pembangkang sedangkan sebelum ini dialah yang begitu lantang mengkritik kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Apa DAP Pernah Buat Kepada Kaum India?

Kaum India Teluk Intan menolak kepimpinan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ekoran bekas Ahli Parlimen mendiang Seah Leong Peng tidak pernah membantu untuk menaik taraf hidup mereka.

Penduduk Batu 12 Teluk Intan, V Prathapan A/L Nagappan 44, berkata, Ahli Parlimen sebelum ini tidak pernah mengambil berat tentang permasalahan masyarakat India dan hanya tampil meraih undi ketika berkempen untuk pilihan raya sahaja.

"Apabila kita calonkan DAP dan menangkan mereka, mereka langsung tidak datang turun dari rumah ke rumah untuk berjumpa peduduk.

"Macam-macam janji yang diberikan tetapi tidak ditepati," katanya ketika ditemui wartawan Rakyat News, baru-baru ini.

Gambar: Bila kecantikan tidak mampu tutup "kemaluan"

Meskipun calon DAP Teluk Intan, Dyana dikagumi kerana kecantikannya. Namun beberapa kenyataan yang keluar dari mulut ayam tambatan DAP itu ternyata menuai pelbagai kritikan. Apatah lagi kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan kebenaran.

Sebelum ini Dyana dikritik kerana berbohong mengaku sebagai peguam, sedangkan beliau hanyalah graduan undang-undang dari UiTM.

Terbaru,Dyana didapati sekali lagi berbohong tentang hubungannya dengan NGO Melayu Perkasa.

Tindakan serta kenyataan tidak sepatutnya yang dibuat Dyana sebelum ini ternyata memalukan diri sendiri.

Malah kecantikan yang pamerkannya, tidak lagi mampu menutup 'kemaluan' yang tertonjol akibat dari kenyataan yang kurang bijak.

Laporan berkaitan baca di http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2014/05/p076-sah-calon-dap-berbohong-mengenai.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Terkini: Anak Karpal terus mendahului,Keputusan tidak rasmi

Menurut keputusan tidak rasmi yang dilaporkan beberapa media sosial, setakat ini anak mendiang Karpal Singh iaitu Ramkarpal selaku calon DAP sedang mendahului calon-calon lain dengan jumlah undi yang agak besar.

Ramkarpal dijangka dengan mudah akan mengekalkan kerusi Bukit Gelugor yang disandang oleh mendiang bapanya.

Terkini keputusan tidak rasmi pada pukul 8 malam, beliau mendapat 24,964 undi berbanding 3,176 yang memihak kepada calon PCM.

Manakala calon bebas Mohamed Nabi Bux Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek masing-masing mendapat 930 undi dan 226 undi.

Manakala undi rosak sebanyak 303, dengan jumlah peratusan pengundi keluar hanya 56 peratus.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Dyana suda kasi Amaran #BN4TlkIntan

Baca laporan di http://www.sematankelawas.com/2014/05/bn4tlkintan-muka-dan-agenda-penipu.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

MB Kelantan bidas kenyataan Dyana

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendirian calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd. Daud menolak hudud adalah lebih mengelirukan masyarakat berbanding pendirian calon Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam. 

Ahmad yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, Dyana Sofea sebagai seorang Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud.  

"Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama Islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat," katanya dipetik melalui posting di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.  

Dyana Sofea terdahulu secara lantang menentang pelaksanaan hukum hudud dan menolak jika rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Parlimen kelak. 

Justeru itu Ahmad berkata, calon-calon PRK Teluk Intan termasuk daripada BN digesa tidak menggunakan hukum hudud sebagai satu modal politik terdesak sehingga menjadikan ia sebagai satu unsur ejekan dan penolakan. 

"Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza.

Hak seseorang Islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan.
Masih ramai pengundi melayu dan beragama Islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut," katanya. 

Dyana Sofea yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang ketika diajukan mengenai hukum hudud yang menjadi teras perjuangan PAS memberitahu, gadis itu berkata beliau akan terus mendukung pendirian DAP dan menolak usul berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang dicadangkan PAS di Parlimen. 

Bagaimanapun Dyana kemudian berkata beliau bukan menolak hudud tetapi hanya tidak bersetuju dengan pelaksanaannya sahaja memandangkan banyak isu lain di negara ini perlu ditangani.  

Dyana menjadi pilihan DAP untuk meraih undi Melayu dan meredakan kemarahan mereka terhadap parti itu kerana menentang agenda hudud yang dibawa oleh PAS.  

DAP dituduh lidah bercabang kerana menolak usaha PAS itu walapun pada tahun lalu bersetuju PAS boleh meneruskan perjuangan mendirikan negara Islam secara tersendiri.  

Sehubungan itu, Ahmad turut mahu kesemua pihak di negara ini menghormati dasar dan pendirian PAS sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan parti iaitu untuk memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan dalam negara ini yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. 

"Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau dimana posisi dan situasi yang mereka tempuh," ujar beliau. 

DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysiasama sekali. 

Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat. - Antarapos
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Apakah Pilihan TERAS?


Berikut adalah komentar menarik yang dilontarkan pembaca blog ini untuk dikongsikan dengan pembaca lain;

Krisis akibat episod keluar parti semakin hangat dilaporkan media tempatan (Sarawak). Hampir setiap hari ada saja liputan/leporan perihal kem2 yg bertelagah.

Tertarik dgn tarik tali SPDP dgn bekas Presidennya.William telah berulang2 kali menyatakan pendiriannya : bahawa beliau bukan keluar parti yg dipimpinnya sendiri tanpa alasan kukuh;beliau bukan melompat tetapi mencari opsyen bagaimana menyelesaikan kemelut dlman SPDP sejak beliau menerima semaula 4G.

Memandangkan ahli2 sendiri tak bersetuju dgn "reconciliation" spt yg beliau sarankan maka Mawan tiada pilihan - masuk TERAS.Kedua,Mawan adalah pro-BN sebab beliau Menteri yg dipilih BN.Beliau tetap bersama BN.

SPDP (tanpa Mawan) awal2 lagi tidak akan menerima TERAS masuk BN.Bermacam2 alasan dibahaskan. Antaranya ialah TERAS bukan ahli BN.TERAS akan mengganggu staus quo BN sedia ada.Kalau TERAS diterima maka treand/precedent tersebut mungkin akan sentiasa berulang setiap kali pemimpin2 tak suka dgn parti2nya.

Jadi apakah episod malang ni boleh diatasi? English adage says "If there is a will there is away".Kalau nak adalah jalannya.

Pilihan2 termasuk : 1) TERAS diterima masuk BN dgn syarat2 teristimewa. Pilihan ini tak diterima SPDP dan SUPP. 2) TERAS diterima sbg BN Plus.Parti itu sbg partner BN tetapi tidak ada suara dlm BN.Opsyen ini mungkin ditolak juga.Selagai pembahagian kerusi tidak jelas selagi itu TERAS akan ditolak.

Pilihan 3 - TERAS terus Bn-friendly.PRU Negeri nanti TERAS berdiri di kerusi2 yg TERAS dah menang sekarang.Maka terpaksa bertembung head on dgn SPDP dan SUPP. Dlm pilihan ini prinsip "winners take all" dipakai.

letih memikirkan politik.

kesian dgn KM Sarawak.

terima kasih admin.

Video: Melayu Teluk Intan Halau Calon DAP #BN4TlkIntan





Video: Anwar Janji Nak Pecat Azmin?

Kali ini giliran Anwar berdepan pendemo yang tak puas hati dengan pemilihan PKR yang penuh dengan penipuan seperti pengundi hantu, blackout dan politik wang.

Nampaknya Anwar tak senang dengan Demonstrasi, alasannya sebab kita perlu carik makan.

Kalau berdemo sebab tak puas hati dengan penipuan PKR, Anwar akan suruh balik dan carik makan. Tapi kalau berdemo untuk memuaskan agenda peribadi Anwar, masa itu semua rakyat akan digesa berdemonstasi dan tak perlu fikir pasal carik makan.

Aksi yang paling menarik perhatian ialah bila Anwar berjanji akan pecat mana-mana calon yang terlibat dengan penyelewengan. Apakah benar Anwar sanggup pecat orang seperti Azmin? sedangkan rahsia Anwar ada ditangan Azmin.

Kenyataan Anwar sekadar akan jadi wayang 'Box Office' sempena pemilihan PKR yang penuh dengan penipuan dan penyelewengan.


Kenapa Nurul Izzah Tiba-tiba Kepanasan?

Seorang pegawai dan kakitangan PKR Lembah Pantai memaklumkan bahawa Izzah tak minat nak bantu di Teluk Intan. Kalau ikut jadual awal, pada hari penamaan calon Izzah sibuk berjumpa dengan beberapa orang
perwakilan asing di Kuala Lumpur. Izzah lebih minat nak menyediakan prasarana untuk memulakan Free Anwar Campaign sedikit masa lagi.

Kalau dahulu Izzah tak mahu campur langsung dalam isu FAC, kali ini Izzah sudah semakin bijak dan pandai. FAC is all about money and foreign funding. Izzah tahu berapa banyak FAC boleh kumpul kalau international bodies mula transfer duit ke dalam akaun FAC.

Kali ini, Izzah lebih hati-hati kerana tidak mahu terjebak dengan isu MONEY LAUNDERING. Kaedah mesti lebih cekap. Itu termasuklah menggunakan syarikat-syarikat dormant sebagai fronting kepada akaun
sebenar FAC.

Bila ditanya mengenai DYANA, Izzah hanya memberikan beberapa pointers:-

- incompetent
- not smart
- apple polisher
- kalau dalam PKR…dia nasib baik kalau boleh naik jadi tea lady
- kit siang’ protege
- a person with UMNO-DNA
- beauty with no brain

Video: Kit Siang halang Dyana bersuara



Seorang wartawan bertanya soalan kepada Dyana iaitu, berkaitan dakwaan tindakan DAP mencalonkan beliau adalah untuk memperalat Melayu dan apakah Dyana bersedia untuk menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz jika berlaku pada dirinya.”

Secara tiba-tiba Lim Kit Siang mengambil mikropon dan menghalang Dyana bersuara tentang hal berkenaan.

Hudud, jawapan terbaik dari Dyana


"Saya tolak hudud dan tak pakai tudung hak saya"

Calon wanita Melayu DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan berkata beliau menolak pelaksanaan hudud di Malaysia dan menyifatkan pilihannya untuk tidak memakai tudung sebagai perkara biasa.

Dalam wawancara dengan sebuah portal berita Dyana Sofya Mohd Daud yang berusia 27 tahun berkata soal beliau tidak memakai tudung tidak harus diperbesarkan oleh mana-mana pihak.

"Pada saya isu tudung adalah isu peribadi. Saya hormat perempuan yang pakai atau tak pakai tudung. Ia pilihan peribadi dan ia antara saya dengan Tuhan. Saya rasa adalah biasa untuk melihat perempuan Melayu tidak pakai tudung sekarang. Hanya buka tv2, tv2 dan tv3 atau astro...kebanyakan mereka tidak pakai tudung. Jadi ia bukanlah masalah. Malah pemimpin kita... wanita melayu juga tidak bertudung. Kebanyakan mereka tak berudung (gelak kuat-kuat)"

“Ia pilihan peribadi dan ia antara saya dengan Tuhan. Saya rasa adalah biasa untuk melihat perempuan Melayu tidak pakai tudung sekarang. Hanya buka TV2, danTV3 atau ASTRO...kebanyakan mereka tidak pakai tudung,” kata beliau.

“Jadi ia bukanlah masalah.Malah pemimpin kita... wanita Melayu juga tidak bertudung. Kebanyakan mereka tak bertudung,” kata beliau sambil ketawa.

Hanya PBB sokong TERAS masuk BN?

Setakat ini hanya parti PBB yang menyatakan sokongan terhadap hasrat parti TERAS untuk menyertai Barisan Nasional.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga presiden PBB menyatakan perkara tersebut minggu lalu sebaik saja delegasi TERAS melakukan kunjungan hormat di pejabatnya.

Adenan dipetik sebagai berkata, Beliau menyokong hasrat TERAS untuk menyertai komponen BN, dan akan memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib.

Berbeza dengan pendirian beberapa parti komponen lain yang membantah hasrat TERAS untuk bernaung dibawah payung Barisan Nasional.

Parti SUPP dalam mesyuarat tergempar parti itusemalam, selain mendesak agar kerusi Bawang Assan dikembalikan. SUPP juga dengan sebulat suara membawa usul membantah kemasukan TERAS menyertai BN.

SPDP meskipun tidak terlalu vokal seperti SUPP, namun mereka tetap membantah penyertaan Teras ke dalam BN.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) turut bingkas dengan hasrat TERAS untuk bersama BN.

Mungkin bagi PRS, tindakan TEGAS menerima George Lagong seakan sengaja menghiris kembali parut luka yang telah sembuh. Kerana George Lagong memenangi kerusi Pelagus sebagai calon Bebas mengalahkan calon parti PRS pada Pilihan Raya Negeri 2011. Baca Selengkapnya KLIK

Video PRK Teluk Intan, ternyata BN lebih "cool"

Berdasarkan laporan awal, sekitar 2,500 penyokong BN berhimpun diluar pusat penamaan calon PRK Teluk Intan yang bertempat di SMK Seri Perak, Changkat Jong. Penyokong Pakatan sekitar 1,500 orang yang hadir memberi sokongan kepada calon mereka.

Meskipun penyokong BN lebih ramai, namun lebih bersifat 'cool'. sedangkan penyokong Pakatan sejak awal melancarkan laungan provokasi untuk "menghangatkan" suasana.


Gambar PM dirumah Mat Said

YAB Dato Sri Mohd Najib di Majlis Perkahwinan Anak Mantan Menteri Besar Terengganu.

Kehadiran PM di majlis kenduri tersebut telah menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan PM mungkir janji dengan Mat Said.

Rafizi dalam twitter sebentar tadi menghebahkan kononnya PM tidak akan hadir di Majlis itu.

Manakala portal berita pembangkang The Malaysian Insider hari ini melaporkan PM Najib telah pun keluar negara dan tidak jadi hadir kenduri kawin anak Mantan Menteri Besar itu.

Lihat sendiri, siapa yang gemar berbohong...

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

RM1 juta, bukankah ini satu pembaziran?

Kita berbangga dengan sifat kemanusiaan yang ditunjukkan kerajaan negeri Sarawak dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang sanggup membiaya kos perubatan pemimpin DAP.

Syabas buat Adenan!

Kos perubatan yang dibayar kerajaan negeri berjumlah RM1 juta, bukanlah jumlah yang sedikit. Malah pasti mengundang jelingan sinis bagi rakyat biasa seperti kami.

RM1 juta! Berapa banyak jalan kampung boleh dibuat? Berapa banyak rumah orang miskin boleh dibina? Bahkan mampu mewujudkan sebuah klinik desa untuk kemudahan seluruh kampung.

Selama ini DAP dan pembangkang seringkali mempersoal hal seperti itu, tapi kali ini pembangkang terlupa untuk mengatakan jumlah RM1 juta adalah satu "pembaziran".

Bayangkan sekiranya pihak BN yang menggunakan jumlah itu untuk tujuan perubatan diluar negara.

Orang pertama yang mempersoal dan mempertikai adalah 'Hero Cina' parti DAP, dan akan digembar-gemburkan oleh PKR dan PAS dari Malaya.

Mereka akan kata jumlah itu tidak masuk akal, mereka akan mempersoal mengapa perlu berubat diluar negara sedangkan lebih murah jika di Malaysia.

Mereka akan sibuk berjaja pelbagai fitnah dan provokasi atas nilai RM1 juta itu.

Kali ini mereka perlu belajar dari Adenan dan BN tentang kemanusiaan, dan sifat timbangrasa.

Kami mungkin kurang setuju dengan jumlah yang dibelanjakan Adenan untuk membantu puak yang "buta hati" seperti DAP dan pembangkang.

Tapi, seperti juga Adenan kami juga ada sifat timbang rasa.

Cuma kami tetap curiga, adakah puak-puak itu masih buta hati terhadap perikemanusian?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Sarawak bayar RM1 juta untuk DAP

Kerajaan Sarawak telah meluluskan bantuan sebanyak RM1 juta untuk memenuhi perbelanjaan perubatan kepada bekas pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang telah menghidap kanser.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, bantuan tersebut telah diberikan atas dasar kemanusiaan berikutan permintaan daripada pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

"Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan Negeri mengeluarkan cek RM1 juta untuk menampung perbelanjaan perubatan Wong," katanya semasa memberikan ucapan di Dewan Undangan Negeri.

Menurut sumber, Wong Ho Leng, ADUN Bukit Assek, dikatakan telah menghidap kanser otak sejak tahun lalu dan memerlukan rawatan di Singapura.

Baru-baru ini beliau telah dibawa balik ke Sibu dan dikatakan berada dalam keadaan koma.

Sarawak lulus RM1 juta untuk perubatan pemimpin DAP - sumber http://www.sarawakiana.net/2014/05/sarawak-lulus-rm1-juta-untuk-perubatan.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PRK untuk DUN Bawang Assan?

Parti SUPP menuntut agar Datuk Sri Wong Soon Koh, ADUN Bawang Assan mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan.

Parti itu dalam satu kenyataan lewat petang tadi membuat desakan demikian ekoran pengumuman Wong Soon Koh keluar dari SUPP bagi membentuk parti baru bersama Presiden SPDP Tan Sri Willian Mawan.

Baca selanjutnya di http://www.sarawakiana.net/2014/05/supp-desak-prk-untuk-bawang-assan.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Nama 11 wakil BN keluar parti

Berikut adalah nama 11 wakil rakyat BN yang umum keluar parti dan menyertai TERAS.

1. Wong Soon Koh

2. William Mawan

3. Jerip Susil ( N16 Bengoh)

4. Ranum Mina (N02 Opar)

5. Johanical Rayong (N28 Engkilili)

6. George lagong (N54 Pelagus)

7. Rosey Yunus (N61 Bekenu)

8. Peter Nansian (N02 Tasik Biru)

9. Slyvester Entri ( N66 Marudi)

10. Paulus Gambang (N69 Batu Danau)

11. Anyie Ngau (P220 Baram)

SUPP:4 SPDP:6 SWP: 1


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Benarkah DAP akan bekerjasama dengan Adenan?

Pertemuan yang berlangsung antara pemimpin pembangkang dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Rabu bukan sahaja mengukir sejarah baru dalam politik negeri Sarawak, malah rata-rata rakyat berpendapat langkah itu akan mampu melonjakan pembangunan Sarawak dengan lebih cepat dan stabil.

Adenan dipetik sebagai berkata, pertemuan beliau dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti-parti pembangkang yang diketuai Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen disifatkan sebagai ‘saat bersejarah’.

Selain membincangkan isu rakyat, mereka juga membincang polisi kerajaan sebagai agenda utama pertemuan tersebut.

Menurut Chong Chieng Jen yang juga ADUN Kota Sentosa, mereka turut memberi jaminan akan bekerjasama dengan Adenan bagi polisi-polisi yang benar dan adil. Baca Selanjutnya KLIK

Video Tembak-Menembak PDRM dan Penjenayah Di MRR2


Pengguna media sosial hari ini dihidangkan video berdurasi 2.40 minit yang menunjukan kejadian berbalas tembak antara pihak Polis dan penjenayah di Lebuhraya MRR2.

Video yang menjadi hebahan meluas dalam media sosial You Tube dan Facebook dimuat naik oleh pengguna media sosial yang kebetulan ketika itu melalui MRR2. Sehingga kini masih belum dipastikan kejadian tembak-menembak berkenaan.-SGB


Mat Said malukan Anwar dan Kit Siang

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Speaker Nafi DUN Terengganu Dibubarkan

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan yang disebarkan di laman sosial mengenai pembubaran DUN Terengganu. 

Beliau ketika dihubungi berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau kenyataan berhubung perkara itu. 

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Lagi ADUN Keluar UMNO, Pas adakan mesyuarat khas

Seorang lagi ADUN keluar UMNO di Terengganu hari ini. 

ADUN Bukit Besi Roslee Daud dilapor telah memilih jadi calon bebas mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan  ADUN Ajil Ghazali Taib.

Senario ini, menjadikan BN hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN, berbanding PR 15 kerusi dan Bebas 3.

Berikutan BN hilang sokongan majoriti dalam DUN Terengganu, dilaporkan PAS telah mengadakan mesyuarat khas pagi ini.

Perkembangan itu boleh menyebabkan kerajaan BN hampir pasti akan tumbang dalam beberapa jam lagi.

satu lagi drama politik yang menarik hasil arahan mereka yang bijaksana.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video Ahli PKR mengamuk ditipu pengundi hantu




Anuar cabar DAP kempen tolak Hudud

Tindakan pemimpin cina DAP menyalahkan BN dalam isu Hudud akhirnya memakan diri. Bila ADUN Nangka, Dr Anuar Rapaee mencabar DAP agar menentang Hudud secara terbuka.

Dr Anuar membuat cabaran itu dalam sidang media di DUN Sarawak Jumaat lalu.

Menurut Dr Anuar, perlaksanaan Hudud tiada kena mengena dengan kita di Sarawak kerana ianya akan dilaksanakan di Kelantan oleh Pakatan Rakyat melalui parti PAS.

"Mengapa BN dipersoal? Sedangkan yang mencadangkan perlaksanaan Hudud adalah PAS iaitu rakan sekutu DAP dalam pakatan rakyat" katanya

Meluat dengan sandiwara cina DAP, Dr Anuar mencabar pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen agar melancarkan kempen mengumpul tandatangan secara terbuka untuk menolak hukum Hudud.

"Jika benar mereka berjaya dalam kempen tarif elektrik, mengapa DAP perlu takut untuk kempen tolak Hudud" cabar Anuar

Cabaran yang dibuat Dr Anuar telah melumpuhkan keegoan cina DAP, sampai hari ini DAP tidak sanggup untuk melancarkan kempen tolak Hudud, kerana PAS adalah rakan sekutu mereka dalam pakatan rakyat.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DAP mahu polisi utamakan Cina?

Dalam sidang DUN selasa lalu, Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak meminta Kerajaan menyediakan Polisi yang adil kepada kaum Cina untuk memenangi kembali hati komuniti itu.

Kenyataan Chong yang juga ADUN Kota Sentosa telah dibidas oleh Pengerusi BNBBC Sarawak, Abdullah Hj Saidol dalam satu sidang media semalam.

Menurut Abdullah yang juga ADUN Semop, pada peringkat awal Kerajaan menumpukan sumber pendapatan negeri dengan polisi untuk memajukan pusat Bandar.

Tanah Bumiputera diterokai oleh majoriti syarikat milik orang Cina. Hasil balak dari tanah orang Bumiputera dan kelapa Sawit digunakan utk memajukan bandar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Abdullah berkata, kita perlu ada Pusat Bandar untuk aktiviti Perniagaan, pusat Tadbir serta Urus Niaga, Trading, Banking, Retail, Pelabuhan, Logistik dan sebagainya.

"Seharusnya mereka membuka mata sebesar-besarnya, dan melihat dari semua sudut sebelum mempersoal polisi kerajaan BN" katanya

"Bukankah majoriti masyarakat Cina yang banyak menikmati hasil dari Polisi awal itu" tegasnya lagi

Melalui polisi kerajaan BN hampir 90% ekonomi Sarawak dikuasai orang Cina,
Justeru polisi yang bagaimana lagi yang mereka mahu?

Adakah DAP mahu polisi yang utamakan orang Cina?


(...lagi laporan akan menyusul)

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Retorik DAP akan memakan diri

Cubaan demi cubaan yang dilakukan pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen untuk membangkit sentimen perkauman ternyata sekadar retorik semata-mata.

Dalam persidangan DUN Sarawak yang sedang berlangsung, DAP kerap kali mempersoal perhatian kerajaan terhadap masyarakat cina.

Chong Chieng Jen yang juga ADUN Kota Sentosa berkata, kaum Cina menderita dibawah pemerintahan kerajaan BN kerana dasar kerajaan BN yang menekan kominiti itu.

"Cina tidak mahu menyokong BN kerana polisi BN gagal menjaga hati komuniti Cina" katanya

Namun ketika membahaskan tentang masalah kemiskinan di Sarawak, Chong gagal membuktikan jumlah komuniti Cina yang menderita dalam kemiskinan sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

Berikut adalah data jumlah keluarga yang dikategorikan miskin dan miskin tegar berdasarkan pecahan kaum di Sarawak;

Iban. - 24,973 keluarga
Melayu - 12,727 keluarga
Bidayuh - 4,855 keluarga
Melanau - 4,038 keluarga
Penan - 3,045 keluarga

Dimanakah kaum Cina, berapa jumlah orang Cina yang miskin tegar? Sepatutnya DAP tonjolkan data kemiskinan orang cina terlebih dahulu, dan selepas itu DAP boleh bercakap tentang keseimbangan ekonomi, isu monopoli dan sebagainya.

DAP cuba berlagak 'hero' demi meraih sokongan komuniti Cina, dengan menjadikan persidangan DUN Sarawak sebagai gelanggang retorik yang penuh dengan isu Cina dan pembohongan.

Chong Chieng Jen yang membuta tuli menuduh kerajaan BN tidak membantu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, meminta agar kerajaan BN memberi peruntukan sebanyak 10 juta hingga 15 juta setahun kepada (SJK) Cina.

"Kenapa peruntukan sebanyak itu pun kerajaan BN tidak mampu berikan, apa yang susah sangat..?" Soal Chong

Namun semakan kami mendapati kenyataan pemimpin DAP itu sekadar pembohongan untuk meraih populariti dikalangan komuniti Cina.

Kerajaan BN telah menyalurkan peruntukan sekitar RM44 juta setahun kepada (SJK) Cina di Sarawak, dan dalam tempoh 3 tahun sejumlah RM133 juta telah diberikan oleh kerajaan BN.

Jumlah itu jauh lebih banyak dari apa yang diharapkan DAP.

Rupanya kenyataan DAP sekadar retorik, jauh sekali membantu komuniti Cina.
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video: Obama Sindir Laporan CNN Tentang MH370


Liputan yang dibuat oleh saluran berita CNN terhadap tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berterusan dan makin lama semakin mengarut ternyata bukan sahaja menjengkelkan rakyat Malaysia.

Malah ia turut dijadikan bahan lawak oleh Presiden Amerika, Barrack Obama.

Ketika majlis makan malam tahunan Koresponden Rumah Putih minggu ini, Obama membuatkan seisi dewan tertawa apabila berkata:

“I am happy to be here even though I am a little jetlagged from my trip to Malaysia – the lengths we have to go to to get CNN coverage these days.” (Saya gembira berada di sini walau masih ‘jetlagged’ sebab baru sampai dari Malaysia – hari ni kita terpaksa pergi jauh untuk mendapat liputan CNN).

Obama kemudiannya menambah: “I think they’re still searching for their table.” (Rasanya mereka (wartawan CNN) masih mencari meja mereka.”

Sebelum Obama, bekas orang kuat CNN, Larry King turut mengkritik liputan keterlaluan dilakukan saluran berita tersebut terhadap kehilangan pesawat MH370.




King,80, menyifatkan liputan keterlaluan dilakukan CNN terhadap pesawat tersebut sebagai ‘aneh’.

Ketika temubual dengan laman web Capital New York hos TV legenda ini berkata dia merindui kerjaya lamanya berkongsi berita-berita panas seluruh dunia dengan penonton tetapi gembira dia tidak lagi bersama CNN ketika berita tentang MH370 asyik dimainkan sekarang.

Cantik punya poster...



DAP Sarawak dedah penderitaan kaum Cina


Pemimpin DAP Sarawak membayangkan kaum Cina amat menderita hidup di Malaysia kerana dasar kerajaan BN yang menekan hidup mereka. Sebelum ini, atas alasan yang sama pemimpin DAP di Semenanjung membayangkan orang Cina akan lari keluar negara jika BN terus memerintah Malaysia.

Dalam persidangan DUN Sarawak pada selasa lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen berulang-ulang meminta kerajaan Sarawak memberi perhatian kepada penderitaan yang dialami kaum Cina jika BN ingin terus jadi pemerintah.

Chong Chieng Jen yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata, polisi kerajaan BN sepatutnya diubah demi membela nasib kaum Cina.

Benarkah Begitu?

MCA tidak perlu melalak macam DAP

Adalah tidak menghairankan DAP bermati-matian menentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam khususnya hudud demi survival politik perkauman mereka.

Tidak kira sama ada PAS atau UMNO yang mengusulkannya, DAP pasti akan kekal dengan pendirian mereka sedangkan hudud bukanlah undang-undang yang semboro sebaliknya lebih kepada mendidik, memberi kesedaran dan bukannya mengutamakan hukuman semata-mata.

Bagaimanapun, bila MCA, komponen dalam Barisan Nasional (BN) turut mempertikainya, timbul persoalan apakah motif parti kaum Cina itu yang semakin hilang pengaruh berbanding DAP.

Tentu amat biadab apabila pemimpin MCA khususnya timbalan presiden parti, Datuk Wee Ka Siong membuat kenyataan terbuka mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN.

Ahli parlimen Ayer Hitam yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan menteri penuh dalam Kabinet tidak lama lagi, bercakap seolah-olah MCA mendominasi komponen tanpa mahu menghormati UMNO yang selalu bertolak ansur dalam agihan kerusi pilihan raya.

BNBBC Sarawak tidak berminat jadi wakil rakyat?

Memang sudah lama kami ingin menyentuh hal ini, lagipun kelemahan sebegini bukanlah perkara baru dalam politik Sarawak. Sesetengah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak tidak berminat dengan dunia politik, apatah lagi untuk berdebat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tentang isu-isu yang melibatkan rakyat.

Kami berkesempatan melihat sendiri gelagat para YB BN dalam persidangan yang sedang berlangsung sekarang ini, rupanya andaian kami bahawa ramai para ADUN sebenarnya tidak berminat untuk jadi wakil rakyat adalah benar. Mereka mungkin bangga dengan gelaran YB, atau ADUN ,tapi "tidak berminat" untuk jadi "wakil rakyat" yang akan bersuara serta berdebat dalam DUN demi kepentingan rakyat.

BNBBC Sarawak adalah Kelab Penyokong Kerajaan, tempat bernaung para ADUN yang tidak memiliki jawatan menteri atau timbalan menteri dalam kabinet. Meskipun tanpa jawatan kabinet BNBBC adalah barisan hadapan untuk bersuara demi kepentingan rakyat dan untuk mendukung dasar-dasar kerajaan. Malang sekali Kelab tersebut tidak berfungsi seperti yang diharapkan, berapa kerat saja yang tampil bersuara dalam persidangan DUN ketika dasar kerajaan dipersenda oleh pihak pembangkang.

Anwar jadi "hantu" dalam Pemilihan PKR?

Rupanya apa saja tuduhan yang Anwar lemparkan terhadap kerajaan dan SPR sebelum ini adalah suatu yang berlaku dalam pemilihan PKR.

Meskipun Anwar terpekik pekik menuduh BN membawa pengundi hantu, sekarang terbukti perkara itu sebenarnya berlaku dalam pemilihan PKR. Begitu juga tentang 'blackout' yang kononnya berlaku ketika pengiraan undi pada PRU 13, kini semua itu jelas terjadi dalam pemilihan PKR.

Apakah Anwar yang jadi "hantu' dalam pemilihan PKR, sehinggakan seolah-olah semua skrip sudah dirancang?

Ketika PRU 13, walaupun DAP menafikan sebarang kejadian "blackout", tapi Anwar tetap menjadikan isu "Blackout" sebagai propaganda untuk menarik simpati rakyat agar berkongsi kekecewaan beliau yang kemaruk ingin jadi perdana menteri.

Yang paling lawak adalah melayu PKR dan PAS, bukan sahaja mempercayai apa saja cakap Anwar, malah sanggup berguling-guling dan berbaring dijalan raya demi nafsu Anwar.

"Kami akan bertemu Perdana Menteri"

Wakil Barisan Nasional Sarawak akan menetapkan satu pertemuan dengan perdana menteri bagi membincangkan penambahan kadar royalti 20% seperti yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Malah kami juga akan bertemu mana-mana menteri berkenaan untuk memohon lebih banyak geran serta untuk menyalurkan wang (geran) itu bagi tujuan pembangunan, demikian kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional BN (BNBC) Sarawak, Abdullah Saidol dalam sidang media semalam. Selanjutnya KLIK

DUN Sarawak mahu royalti 20%

Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan usul untuk memohon Kerajaan Persekutuan menambah kadar bayaran royalti minyak dan gas kepada negeri ini daripada 5 peratus sekarang kepada 20 peratus.

Usul tersebut dibentang oleh Abdullah Hj Saidol (BN-Semop) dan mendapat sokongan sebulat suara daripada 68 anggota dewan yang hadir.

Usul yang dibentangkan adalah selaras dengan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang sebelum ini mahu kerajaan persekutuan mengkaji semula kadar royalti yang diterima negeri Sarawak.

Ketika membentangkan usul tersebut, Abdullah berkata semakan semula bayaran royalti itu akan membolehkan negeri ini mendapat hasil tambahan untuk disalurkan secara khusus bagi melaksanakan pembangunan luar bandar.

Baca selengkapnya di http://www.sarawakiana.net/2014/05/dun-sarawak-lulus-usul-royalti-minyak-20.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pemilik Facebook "REJIMEN ANARKI" Terbongkar

Sebenarnya Rejimen Anarki bukan 'seorang' Zul Yahya sahaja sebaliknya turut melibatkan seorang lagi yang bernama Ahmad. Kedua-dua mereka bukannya ahli PKR atau PAS mahupun DAP, sebaliknya menganggotai Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Baca selanjutnya di http://goo.gl/l03lJp

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com