Siapakah anak Pemimpin PBB yang fitnah DAP?


Entah dari mana sumber yang DAP perolehi tidak pula dinyatakan, namun tuduhan yang DAP lemparkan terhadap pemimpin PBB jelas tersurat dalam laporan polis yang mereka buat terhadap blogger Sematan Lawas.

DAP mengatakan blogger Sematan Lawas adalah anak kepada pemimpin tertinggi PBB, yang kononnya telah memfitnah "pembantu khas" mereka.

Dalam laporan itu jelas DAP telah menuduh pemimpin tertinggi PBB dan anaknya terlibat dalam permainan politik kotor.

Kalau pun DAP rasa difitnah, itu tidak bermaksud DAP bebas menuduh dan memfitnah pihak lain.

Sebenarnya, kami turut tertarik untuk mengetahui lebih lanjut siapakah "anak pemimpin tertinggi PBB" yang mereka maksudkan.

Jika serkap jarang yang DAP gunakan tidak menepati sasaran, elok juga kalau PBB menjawab tuduhan itu. Tidak semestinya dengan memfail saman terhadap Abdul Aziz Isa atau DAP.

Mungkin orang PBB boleh menganjurkan program berbalas pantun dengan DAP, atau menjemput Aziz Isa bermain futsal bersama-sama.

Rasanya itu lebih populis, selain berdiam diri.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

"Ubah Sarawak" dengan Bantuan Amerika


DAP SARAWAK TELAH MINTA BANTUAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MEREKA MERAMPAS NEGERI ITU DARI TANGAN BARISAN NASIONAL!!!

Tidak hairan sama sekali apabila menggantikan kempen 'UBAH' menjadi 'IMPIAN SARAWAK' terutama selepas pertemuan pemimpin-pemimpin utama DAP Sarawak dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke negara ini secara sulit tidak lama dahulu. Nasihat daripada Amerika Syarikat itulah barangkali yang membuatkan DAP Sarawak begitu teruja dan membiayai gerakan mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia selain cubaan menimbulkan ketidaktenteraman dan perang saudara sepertimana yang berlaku di Kalimantan, Indonesia antara etnik Dayak dengan Madura awal tahun 2000 dahulu.

Gerakan mengeluarkan Sabah dan Sarawak yang didalangi oleh DAP terutama menerusi kempen-kempen aktif menerusi media sosial, dilihat semakin menjadi-jadi selepas pertemuan rombongan pemimpin DAP Sarawak dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun pada awal tahun ini.

Selanjutnya KLIK


AMK akan halang pemilihan semula Cabang PKR Kuala Selangor

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menghalang sebarang usaha mengadakan pemilihan semula sekali lagi di Cabang PKR Kuala Selangor, tegas ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Beliau berkata, ini kerana penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menerima hakikat kekalahan pemimpin itu dan soal menang atau kalah adalah adat pertandingan.

"Saya tentunya akan menjadi seorang pemimpin yang tegas menghalang perkara ini daripada berlaku kerana pada saya, saya juga ada masalah berhadapan dengan tempat-tempat yang saya menang dengan undi banyak tetapi terpaksa dibuat semula.

"Apakah kita akur? Kita akur kerana kita memberikan kuasa kepada JPP untuk menunjukkan bahawa kita sebagai kepimpinan parti tidak campur alam urusan atau keputusan JPP dan itu menunjukkan kita maintain independence of this situation," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos di sini hari ini.

Hari ini Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin memberitahu Antarapos bahawa pihaknya bersedia menyahut cabaran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk membuat aduan berhubung wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang PKR Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Azman berkata pihaknya mahu JPP membuat pemilihan semula Cabang itu dan bukan pengiraan semula undi.

"Kita nak pemilihan semula, kita tak nak kiraan semula kerana kiraan semula ini dia boleh setempat, apa yang kita nak buat kita nak desak untuk pemilihan Cabang balik," kata Azman ketika dihubungi Antarapos.

Dalam pemilihan semula Cabang PKR Kuala Selangor, Khalid gagal mempertahankan jawatan ketua cabang selepas tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam.

Kekalahan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada kedudukan beliau sebagai menteri besar dan sebagai calon timbalan presiden parti.

Khalid hanya memperolehi 515 undi berbanding Manikavasagam atau Mike yang mendapat 701 undi pada pemilihan yang diadakan Ahad lalu. Keputusan rasmi pemilihan itu dimaklumkan pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, JPP sudah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengendalikan pemilihan berkenaan.

"Saya ingin tegaskan bahawa JPP telah melakukan tugasnya sebaik mungkin. Apakah tidak ada beberapa masalah? Wujud masalah, dan apakah tidak diperbetulkan? Diperbetulkan sebab itu ada pemilihan semula. Apakah setpol MB mahu adakan sampai 10 kali pemilihan? Apa akan berlaku kepada integriti JPP kalau nak dilakukan sampai 10 kali pemilihan? soalnya.

Beliau meminta semua pihak menerima setiap keputusan yang telah dibuat akar umbi dalam pemilihan kali ini serta menganggap kalah menang sebagai sebahagian rencah politik.

"Saya minta pihak-pihak yang kalah terima seadanya dan ini mandat. Kalau kalah hidup mesti diteruskan dan kalau itu berlaku itu sebahagian dari rencah dan cabaran politik dan tak perlu diulangi sampai beberapa kali, sampai apa? Sampai Tan Sri Khalid menang? ujarnya.

"Kalau itu jawapannya, maka saya fikir kita harus melihat apa kefahaman reformasi yang ada dalam diri betapa kita memahami makna reformasi," tambahnya. - antarapos

Gambar PM Najib lawat Hadi Awang di IJN

PM Datuk Seri Najib melawat Hadi Awang di IJN pada 12.30 tgh hari tadi.

PM meluangkan masa 40 minit dlm ziarah tersebut.
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PKR cabang Ampang saman JPP

Belum pun reda kekecohan pemilihan ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kota Raja, hari ini anggota cabang PKR Ampang bercadang memfail saman ke atas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) atas tuduhan menipu.

Anggota cabang Ampang mendakwa penipuan undi berlaku ketika proses pengundian melibatkan calon penyandang, Zuraidah Kamaruddin.

"Ada yang tak kena dengan keputusan undi dan kami yakin terdapat penipuan. Kami tak mahu cakap banyak, sebaliknya biar mahkamah yang tentukan.

"Kalau kita bertegang leher, masalah ini akan menjadi lebih parah dan memalukan parti," kata seorang ahli cabang, Ali Hassan.

Katanya, saman akan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan sekumpulan anggota cabang akan berada di mahkamah pada pukul 3 petang hari ini. - MalaysiaGazette

Dayak dihina, kenapa laporan Polis di negara lain?


benarkah ini wajah admin yang dimaksudkan?

Ketika maraknya penghinaan serta provokasi terhadap kaum dayak oleh sebuah laman Facebook, kami tertanya-tanya apakah ada laporan Polis dibuat oleh orang Sarawak terhadap isu tersebut bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak.

Setakat ini laporan polis terhadap isu menghina dayak hanya dibuat di Johor, mengapa di Johor dan tiada yang tampil buat laporan di Sarawak sedangkan kaum dayak adalah peribumi terbesar di Sarawak. (baca ulasan disini KLIK)

Sudah hilangkah slogan "Sarawak for Sarawak" hingga dayak dihina di negeri sendiri, tapi laporan dibuat di negara lain?

Orang di negara Sarawak tak kisah dayak dihina dicaci?



Video Rakyat Malaysia Berperang di Syria

Satu rakaman video di Youtube mendedahkan sekumpulan lelaki dipercayai rakyat Malaysia berada di Syria untuk berperang di negara itu.



Senarai Lengkap Menteri dan Timbalan Menteri Baru



PM Najib membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di Bangunan Perdana Putra, setelah selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.

Rombakan itu memperlihatkan kembalinya pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet, berikut adalah nama menteri dan timbalan menteri baru yang diumumkan;

Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan

Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datin Paduka Chiew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan

Senator Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

Baca Selengkapnya KLIK

PRN Sarawak pada tahun ini?

Suatu berita yang menarik untuk politik Sarawak bila kemungkinan pilihan raya negeri mulai disebut-sebut. Apatah lagi kemungkinan itu nampak 'bersebab' dan sesuai dengan 'mode' semasa.

Kehadiran TPM ke Sarawak pagi tadi turut menimbulkan spekulasi yang pelbagai.

Antara yang menarik, dikatakan TPM mengadakan perbincangan dengan pemimpin BN negeri untuk memastikan 'janji-janji pilihan raya lalu telah ditepati' dan mengenalpasti tahap kesiapsiagaan jentera BN Sarawak, apa sudah sedia untuk PRN.

Baca berita dibawah, mungkin anda berminat buat spekulasi?
http://www.sarawakiana.net/2014/06/jentera-bn-sarawak-siap-siaga-untuk.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ini Sebabnya Sarawak Perlu Berubah?

"Sarawak perlu perubahan, ke arah politik yang lebih matang!" itulah kata-kata hikmat dari PKR yang memikat hati anak muda Sarawak.

Kononnya politik Sarawak terlalu ke belakang, tak matang serta sangat membosankan. Tak macam di Malaya yang penuh dengan provokasi serta ancaman keselamatan.

Dibawah ini beberapa contoh "perubahan" yang PKR dan Pakatan Rakyat ingin bawa ke Sarawak. 

Politik yang lebih matang, lebih moden dan bermandi darah.








Kononnya Sarawak juga sangat perlu untuk belajar erti ketelusan dari PKR, lihat saja dibawah ini bukti "ketelusan" yang PKR tunjukkan.


Inikah perubahan yang Sarawak mahukan?

Gambar Demonstrasi di Bukit Beriwan Sarawak

Demonstarsi secara aman berlangsung di Bukit Beriwan, Lawas siang tadi bagi membantah pemasangan paip gas oleh petronas di kawasan tersebut.

Bantahan yang dianjurkan Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS), Lun Bawang Anak Warisan Peribumi Sarawak (LAWAN) dan turut disertai wakil penduduk kampung telah berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Selain itu, NGO terbabit turut menyerahkan memorendum kepada wakil rakyat Ba'kalalan YB Baru Bian dan Wakil dari Petronas.

Sebaik saja protes aman di Bukit Beriwan berakhir, pihak NGO bersama penduduk kampung dan wakil Petronas yang hadir telah mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat hotel Sri Malaysia bagi membincangkan langkah penyelesaian.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar: Terbaik Hanya di Pemilihan PKR

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video: Insiden Berdarah Pemilihan PKR

Di sebuah warung makan bernama NANA RETRO, salah seorang anggota JPP yang dikenali dengan nama Zainol telah diserang dan dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Abdullah Sani. Serangan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Baca lanjut KLIK




VIDEO Remaja dikurung Sampai Kering

Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.
Baca lanjut KLIK


Entah manusia apa yang sanggup lakukan perkara sekejam ini.

Papa Gomo hanya seorang nelayan

KUALA LUMPUR: "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad.

Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Politik Sarawak - Ditelan mati, diluah pun mati?

Berikut adalah pandangan blogger UnReportedNews™® berkaitan senario terkini politik Sarawak.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa, begitulah gambaran UnReportedNews™® meninjau perkembangan lanskap politik Barisan Nasional (BN) Sarawak terkini dengan kewujudan parti baru iaitu Parti Tenaga Rakyat (TERAS).

Masakan tidak, tika dan saat ini, TERAS sedang "mengintai" ruang dan peluang untuk menyertai BN Sarawak namun umum tahu (seperti yang tersirat dalam perlembagaan BN) untuk menjadi parti komponen baru BN, ianya perlu mendapat "restu" dari semua parti-parti komponen BN.

Untuk empat parti komponen BN Sarawak yang sedia ada, selain dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bagaikan memilih untuk "berdiam diri" mengenai perkara ini, Parti Demokratik Progressif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan lantang telah menyuarakan pendirian mereka yakni mereka tidak akan sesekali menerima TERAS sebagai rakan parti komponen BN Sarawak mereka, malah mereka juga bertekad jika perlu, mereka tidak akan teragak-agak "menentang" TERAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan diadakan dalam setahun dua ini.

Secara umum, TERAS dilihat bukanlah sebuah parti yang calang-calang kerana ianya diketuai oleh bekas Presiden SPDP yang juga Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri Datuk Sri William Mawan Ikom serta dianggotai oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti dan bekas Pengerusi SUPP Sibu Dato Seri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal Rosey Yunus dan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr. Jerip Susil, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Adun Pelagus George Lagong. Baca Selanjutnya KLIK

Parti SUPP akan dibatalkan pendaftaran?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak membubarkan SUPP.

Kes itu telah dibawa oleh bekas pemimpin SUPP iaitu Datuk Dr. Jerip Susil, Dr. Johnical Rayong, Ranum Mina, Shiling Banggit, Datuk Tiong Thai King, Suzanne Lee Tze Hua dan Penghulu Sia Jii Ming.

Dr. Jerip dalam satu kenyataan berkata keputusan ROS yang dibuat pada 30 April untuk tidak membubarkan parti itu boleh diterbalikkan oleh mahkamah atas sebab keputusan ROS tidak sah.

"Jika ROS membuat keputusan yang salah, keputusan itu boleh dibatalkan dan mahkamah boleh memerintahkan Pendaftar untuk membubarkan SUPP,

"Selepas TDC, kita benar-benar menutup perkara-perkara parti dan tidak mempunyai peluang untuk membetulkan aduan dalam parti kerana jawatankuasa kerja pusat telah dikuasai sepenuhnya oleh Peter Chin dan penyokong beliau," kata Dr.Jerip.

Ini perlu dilakukan kerana penyelewengan dalam pilihan raya cawangan 2011 semasa Persidangan Perwakilan parti (TDC) tiga tahun sekali mengakibatkan pemulauan pilihan raya parti oleh bekas Ketua SUPP Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh dengan enam wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin parti lain, termasuk Dr. Jerip (Bengoh), Rayong (Engkilili), Ranum (Opar), Tiong (bekas MP Lanang), Shiling (setiausaha politik), Lee (bekas ketua wanita SUPP) dan Sia (pemimpin masyarakat).

Beliau menambah bahawa aduan telah dibuat kepada ROS pada tahun 2011 tetapi telah berlaku kelewatan oleh pihak ROS dalam mengambil tindakan.

Sementara itu, pada bulan Januari 2013, ROS mengeluarkan notis yang menyatakan bahawa kedua-dua cawangan SUPP – Bekenu dan Piasau – telah dibatalkan pendaftarannya.

Parti di peringkat pusat diselar kerana tidak memberi surat tunjuk sebab kenapa parti tidak boleh dibatalkan pendaftarannya.

ROS tidak membuat sebarang keputusan mengenai aduan lain yang melibatkan 12 cawangan lain, tegas Dr.Jerip.

Pada bulan Februari tahun ini pula, SUPP menjawab surat tunjuk sebab dan pada 30 April, pihak ROS menegaskan bahawa ia telah memutuskan untuk tidak membatalkan pendaftaran parti yang berusia 53 tahun itu.

"Kita tidak diberi salinan jawapan SUPP kepada ROS mahupun surat 30 April walaupun pada hakikatnya kita adalah orang yang membuat aduan,

"Jika kita memenangi kes di mahkamah, ROS boleh dipaksa untuk membatalkan pendaftaran SUPP.

"Dengan kes di Mahkamah Tinggi sekarang, kesahihan dan kewujudan SUPP sebagai parti politik masih dalam persoalan." tambah beliau. - FMT

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Sarawak minta dihukum?

Rasanya rakyat Sarawak pun teringin nak dihukum dengan pembinaan pelbagai kemudahan.

Bukan saja dengan pembinaan airport, tetapi juga minta 'dihukum' dengan pembinaan jalan raya dan kemudahan lain.

Jika benar itu satu hukuman..?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Lawan TERAS ibarat lawan BN?

"Sebarang tindakan untuk menentang parti baru TERAS, diibaratkan menentang BN Sarawak dan kepimpinan baru Tan Sri Adenan Satem", begitulah satu kenyataan yang dipetik dari pihak yang serba arif dalam politik Sarawak.

Isu TERAS dikatakan sangat menarik bila gabungan itu melibatkan kerjasama kaum dayak dan cina.

Kerjasama politik antara pemimpin kaum majoriti Dayak dan pemimpin Cina Sarawak memang ada sejarah tersendiri yang bakal menjadi hujah kepada beberapa kemungkinan...

Namun benarkah menentang TERAS ibarat menentang BN, kami juga kurang pasti.

Entah benar atau tidak, anda bebas mengeluarkan pandangan tersendiri.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Isu Bible kegagalan kerajaan PKR Selangor

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan konflik agama yang berlaku di Selangor berpunca dari kegagalan kerajaan Selangor menguruskan bidang kuasa antara dua entiti yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam.

Dr Asri berkata kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya membezakan bidang kuasa antara Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar, lapor Mstar.

Jelas Asri, kedudukan Jais sebagai agensi penguatkuasa agama seharusnya berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta bertanggungjawab terhadap Menteri Besar sebagai Ketua Eksekutif.

Sekarang ini kita nampak Menteri Besar macam tidak boleh buat apa-apa," kata Dr Asri dipetik laman berita Mstar.

Asri menambah, konflik yang sama akan berulang jika kerajaan negeri tidak melakukan pengasingan kuasa antara Mais dan Jais.

"Konflik akan berterusan selagi mereka tidak terjemahkan kuasa mereka (Mais dan Jais).

"Kerajaan negeri Selangor perlu kembali memperbetulkan bidang kuasa mereka," katanya.

P/s: Sebab itulah PKR Sarawak berusaha nak tutup kelemahan mereka dengan mengheret Sarawak agar terjebak sama dalam isu tersebut.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Hanya Penipu akan menghasilkan 'Penipu'?

Sikap pantang dikritik sudah lama membiak dalam dunia politik, samada BN atau PR.

Kritikan blogger Sematan Lawas terhadap sikap sambil lewa BN Sarawak memang tepat pada waktunya, malah kami sudah lama perhatikan hal itu termasuk hubungan mereka dengan 'conman'.

Semuanya kerana sikap terlalu yakin dan pantang dikritik.

Kisah "senarai blogger" yang pernah kami paparkan, bukan hanya melibatkan parti politik seperti PBB, malah turut mengheret beberapa nama agensi kerajaan.

Sedangkan nama dan jentera itu tidak wujud. Hanya sekadar "senarai"

Semua nak kumpul senarai untuk melicinkan proses meminta dana.

Sekaranglah waktunya, musim untuk meminta sejumlah dana. Maka berlambaklah senarai nama blog dan facebookers yang akan "tersenarai".

Sebab itu muncul satu kalimat dari orang 'dalam', mengatakan...hanya penipu yang menghasilkan penipu.

Walau bagaimanapun.. bukan kami yang akan bertanding pilihan raya nanti.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Bila lagi Sarawak nak merdeka?

Tanggal 22 Julai hanya satu bulan dari sekarang, ramai rakyat Sarawak sedang berkobar-kobar nak kibarkan bendera British sambil melaungkan slogan keramat "Dum Spiro Spero".

Tapi Lina Soo pulak yang berdolak dalih tentang kemerdekaan Sarawak. Sekejap kata negara Sarawak sudah merdeka, sekali lagi kata negeri Sarawak tak pernah diisytiharkan merdeka.

Mana satu yang betul, bila lagi Sarawak nak merdeka jika para nasionalis cakap berbelit-belit?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Komen: Eleman asing disebalik Sarawak for Sarawakians

Budak2 yg bawa sepanduk tu terpengaruh dgn propaganda2 yg disebar NGO2 tempatan termasuk parti STAR yg giat dgn agenda2 tersirat mereka.

Istilah "Dum Spiro Spero" adalah dlm bahasa Latin (bahasa kuno diguna di Itali yg pupus) bermaksud "Sedang saya bernyawa,Saya mengharap" (terjemahan saya drp frasa Inggeris "While I breathe ,I hope")

Istilah tersebut diguna sbg "motto" negeri Sarawak semasa zaman penjajahan Inggeris.Boleh dilihat pd logo lencana (crest) bendera Sarawak.

"While I breathe,I hope" agaknya dipinjam golongan "Sarawak for Sarawakians" utk menaikkan semangat perjuangan mereka.Kita tak taulah apakah agenda mereka.Tetapi mungkin ada kaitan dgn perjuangan NGO spt SAPA pimpinan Lina Soo dan STAR dibawah Jefery Kitingan (Sabah).

Jgn kita jadi pak angguk/turut tanpa tau sebalik "perjuangan" seseorg /organisasi.Buka telinga,buka minda.Jgn tersepit dgn pandangan sempit.Org buat kita ikut tanpa tau sebab "why we follow". Sama spt mereka yg "menentang GST tanpa tau apa yg mereka tentang". KOMEN DARI Cannonkapit - See more at: KLIK

Apa kaitan Sarawak dalam isu Bible?

Ini bukan kali pertama PKR cuba mengheret Sarawak untuk turut serta dalam masalah rumah tangga kerajaan PKR Selangor.

Sejak isu kalimah Allah yang menjadi polemik di tanah Malaya, pemimpin PKR Sarawak bersungguh-sungguh untuk membawa rakyat Sarawak bermain politik dengan menggunakan sentimen yang sama.

Sebagai parti politik dari Malaya, PKR kelihatan sentiasa berminat untuk bermain sentimen kaum dan agama di Sarawak.

Terbaru pertelingkahan terhadap rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama di negeri Selangor yang diperintah PKR terus dijadikan modal untuk PKR Sarawak untuk berpolitik.

Dengan semena-mena Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Che How mendesak agar kerajaan Sarawak mengharamkan MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memasuki negeri ini.

Kenapa perlu mendesak Sarawak untuk mengharamkan MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), sedang hal itu masalah dalaman kerajaan pimpinan PKR Selangor?

Apa kaitan negeri Sarawak, dengan kerajaan PKR Selangor? Sepatutnya kerajaan PKR Selangor yang perlu mengharamkan MAIS atau JAIS terlebih dahulu jika benar mereka berani dan bertanggungjawab.

Jelas sekali kerajaan PKR Selangor lemah dan tidak memiliki inisiatif politik untuk menyelesaikan masalah itu sehingga terpaksa berpolemik dengan mengheret Sarawak dalam isu rumahtangga mereka di Malaya.

Di Sarawak tidak pernah ada isu atau pertelingkahan seperti itu, malah ratusan tahun Sarawak menggunakan Bible berbahasa melayu atau Iban dengan sebebas-bebasnya.

Tapi kenapa tiba-tiba kitab untuk rakyat Sarawak terpaksa dicetak di Selangor?

Apakah kerana Sarawak secara tiba-tiba jatuh miskin hingga terpaksa meminta belas ihsan kerajaan PKR Selangor untuk mencetak kitab berbahasa Iban.

Mungkin Baru Bian dan PKR Sarawak terlalu dahagakan isu untuk meraih sokongan masyarakat Kristian Sarawak, sehingga terlupa Sarawak adalah negeri autonomi eksklusif yang memiliki kuasa tersendiri dan tidak memerlukan campurtangan parti politik Malaya.

Malangnya terdapat juga pemimpin BN Sarawak yang bermain sorok-sorok ditengah isu tersebut.

Mampukah taktik ini menutup ruang caca marba dalam pemilihan PKR di Malaya?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Jawapan Chegubard bikin PKR "Terdiam"

Berikut adalah reaksi Chegubard terhadap cabaran Azmin, nampaknya kenyataan Chegubard ini telah menyebabkan kepimpinan PKR "terdiam".

RESPON TERHADAP CABARAN AZMIN DAN UGUTAN SAMAN XAVIER

1. Saya dengan ini mengesahkan menerima surat peguam YB Xavier Jeyakumar menuntut meminta maaf kerana menuduh beliau berkenaan kes cubaan rasuah Malek Husin.

2. YB Xavier seorang anggota Biro Politik lantikan yang masih memegang jawatan tersebut walaupun menjadi calon Naib Presiden Pemilihan PKR 2014. Maka beliau sudah tentu mempunyai akses terhadap surat saya kepada Presiden dan Lembaga Disiplin parti berkenaan perkara tersebut malangnya setelah membaca surat peguam beliau ternyata beliau tidak merujuk surat saya berkenaan perkara itu.

3. Saya tidak menuduh sesiapa. Tindakan saya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan parti dan membetulkan persepsi mengenai cerita kejadian kononya Abd Malek Husin, Ketua Panel Bantahan telah membaling sejumlah wang ke Xavier dalam satu mesyuarat biro politik. Cerita ini setelah dua minggu berlegar dalam internet dan juga menjadi buah mulut amat tidak baik bagi parti.

4. Persoalanya adakah kejadian itu berlaku atau tidak. Walaupun sudah menjadi buah mulut tidak ada seorang pun anggota biro politik berani tampil memberikan penjelasan. Jika tidak betul nafikan , jika benar nampaknya anggota biro politik PKR semuanya penakut dan hanya berani membocorkan cerita tersebut kepada penyokong mereka melalui cakap mulut sahaja. Maka terjadilah cerita konon Xavier bagi duit bagi pihak Azmin, konon Azmin bagi dan Malek baling ke arah Xavier kerana Xavier orang Azmin malah tidak juga kurang cerita yang muncul konon Malek harap Azmin bagi banyak sebab bagi sikit maka Malek ambil jalan buang duit tersebut.

5. Teguran juga dibuat kepada semua anggota biro politik. Mesyuarat kamu itu rahsia jika nak bocorkan apa juga maklumat sila tampil dengan berani bukan bocorkan dan tinggankan begitu sahaja. Saya juga telah membuat aduan kepada lembaga disiplin yang masih sunyi tanpa jawapan berkenaan dokumen yang dibocorkan dari mesyuarat biro politik yang tersebar di internet. Setakat ini salah seorang dari ramai yang menyebarkan digantung sebaliknya yang harus diambil tindakan siapa anggota biro politik yang bocorkan. Yakinlah jika kes membocorkan dokomen itu tidak diselesaikan kes kebocoran mesyuarat biro politik pasti berulang.

6. Ia amat tidak sihat dan menjadi ejekan orang parti lawan dan sahabat. maka saya tampil menulis surat mendesak presiden dan lembaga disiplin parti agar serius memanggil siasatan 3 watak yang disebut dalam kejadian itu. Segera jika ia tidak benar perlu dinafikan segera dan jika benar tentu ada hukuman perlu dilakukan.

7. Maka dimana salah saya ? Xavier selaku anggota parti yang penuh dengan roh reformasi seharusnya menggunakan ruang ini untuk menjawab dan menjelaskan bukan bertindak sombong dan angkuh melakukan ugutan saman. Untuk muncul mendesak segera bertindak membetulkan persepsi salah setelah begitu lembab mengadapi isu sebesar ini maka saya akan disaman…. saya sedia. Saya tidak berharta mana maka saya juga sedia dibankrapkan dengan saman tersebut.

8. Lagi tidak difahami bila muncul cabaran Azmin Ali dan dalam laporan media yang sama kononya dia menjadi mangsa berbelas tahun dan cabar saya buktikan dia rasuah JPP. sila rujuk sini

9. Juga saya meminta Azmin merujuk surat saya dan fahami. Isu telah muncul dari perbagai sumber dan perbagai versi cerita tanpa ada pihak menjelaskan. Saya mendesak siasatan segera dan parti perlu tampil dengan penjelasan. Alih – alih isu dialihkan konon dia sudah berbelas tahun difitnah dan saya pula dicabar untuk buktikan dia rasuah JPP.

10. Tiada siapa nafikan pengorbanan sesiapa selama ini. Semua ada berkorban dengan cara masing masing, semua ada menyumbang dengan cara masing masing juga tidak perlulah kita mendabik dada ‘membuka kepak’ kitalah yang hebat selama ini berkorban.

11. Kembali kepada isu cubaan rasuah JPP parti perlu segera tampil dengan penjelasan. Adakah kejadian baling duit dalam mesyuarat itu berlaku atau tidak ? Jika tidak tampil beritahu umum. Jika benar siapa baling duit kepada siapa ? dan siapa beri duit kepada siapa ? Jika benar Malek membaling duit tersebut lepas baling siapa mengambil duit tersebut ? juga apa dia hukuman tegas yang diambil ? kenapa susah sangat untuk muncul dengan penjelasan tersebut sehingga membiarkan anggota dan penyokong termanggu manggu diasak dengan persoalan dan ejekan.

12. Rakyat sedang memerhatikan PKR dengan penuh minat. Kesilapan sebagai sebuah organisasi besar pasti berlaku, cuma membezakan kita dengan parti penguasa ialah kita sedia mengakui, membaiki secara terbuka dan yakinlah kita akan lebih dihormati. Saya cuma anggota biasa dan saya tidak bertanding dalam Pemilihan 2014 tetapi kepentingan saya kali ini ialah memastikan parti ini memelihara demokrasi agar ia menyuburkan roh reformasi parti ini. Saya boleh berdiam diri dan berkompromi sebaliknya saya tidak mampu kerana sia sialah darah yang menyimbah jalanraya memperjuang ketelusan pilihanraya.

Sekian.

che’GuBard

Rupanya Sarawak Tidak Pernah Merdeka?

Beberapa pihak di Sarawak sebelum ini mendabik dada kerana tidak mahu berkongsi kemerdekaan dengan Malaya, kerana menurut mereka Sarawak ada tarikh kemerdekaan sendiri iaitu pada 22 Julai 1963.

Meskipun terdapat ahli sejarah di Sarawak mengatakan tidak ada sebarang deklarasi kemerdekaan pada tarikh tersebut.

Namun beberapa NGO dan Nasionalis Sarawak bertegas bahawa Sarawak adalah negara merdeka sebelum membentuk negara Malaysia bersama Malaya dan Sabah. Mereka kata orang yang tidak tahu Sarawak merdeka hanyalah "orang bodoh", dan "kampungan".

Kenyataan terkini Lina Soo, selaku presiden SAPA pasti lebih mengelirukan bila selama ini mereka sama-sama mengatakan Sarawak negara merdeka, tapi menurut laporan portal The Malaysia Insider, Lina Soo dipetik sebagai berkata "Sarawak tidak bebas dan tidak memiliki kemerdekaan sendiri".

Untuk pencerahan lanjut sila baca kutipan dibawah;

Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini.

Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.

"Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Seorang PGA maut ditembak di Sandakan

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan sebuah tapak pembinaan di Batu 4, Sandakan, maut dalam kejadian tembakan di Sandakan Sabah, pagi tadi. 

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 11.30 pagi dan menemui sepucuk pistol berhampiran kedua-dua mayat berkenaan di tapak pembinaan terbabit. 

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video Panas: Anwar diasak pengacara BBC



Pengacara BBC, telah mengasak Anwar bertubi-tubi dengan soalan-soalan balas yang akhirnya menyebabkan Anwar terjerut lidah sendiri.

Diakhir rakaman ini Anwar cuba menukar topik perbincangan politik kepada isu tragedi MH370, menyebabkan pengacara BBC memperli dan menegur kesanggupan Anwar mempolitikkan tragedi MH370 demi kepentingan politiknya.

Wajah "Sarawak for Sarawakians"

English sebagai bahasa rasmi adalah sebahagian dari perjuangan "Sarawak for Sarawakians".

Menurut mereka, bahasa Inggeris lebih dekat dengan hati rakyat Sarawak berbanding bahasa Melayu yang jelas bahasa orang Malaya.

Cuma, ramai juga yang tertanya kaum mana di Sarawak yang bercakap dalam bahasa inggeris. Sehinggakan bahasa Inggeris dianggap lebih lebih sesuai dengan prinsip "Sarawak for Sarawakians".

Begitu juga pertanyaan tentang istilah "Dum Spiro Spero" yang dikatakan lebih "Sarawakian", entah etnik mana di Sarawak yang bercakap dalam bahasa itu?

Ramai yang tak faham, dan tertanya-tanya maksud sebenarnya.

Benarkah itu bukan bahasa asing, sebab kita mahu "Sarawak for Sarawakians"?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Gambar Penyokong PAS tolak Dyana Sofya

Penyokong dan blogger PAS menyifatkan tindakan DAP membawa Dyana Sofya untuk berceramah di Kota Bharu malam tadi sebagai satu kegagalan yang memalukan.

Stadium Sultan Muhammad yang sentiasa menjadi kubu kuat PAS dengan kehadiran penyokong mencecah puluhan ribu setiap kali ada ceramah, tapi malam tadi hanya dihadiri beberapa kerat saja.

Menurut penyokong PAS, keadaan itu membuktikan orang melayu tidak mudah terpengaruh dengan taktik DAP mengunakan wajah cantik untuk meraih sokongan rakyat.

Rupanya Dyana bukan saja ditolak di Teluk Intan, malah penyokong PAS pun dah naik meluat dengan cara politik DAP mempergunakan orang melayu sebagai 'tool' untuk memanipulasi sentimen orang melayu.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Azmin cabar Chegubard tunjuk bukti

Pemimpin kontroversi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mencabar Badrul Hisham Shaharin supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan pembabitannya dalam politik wang pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard itu, calon Timbalan Presiden parti itu juga pada masa sama mengakui dirinya menjadi mangsa 'politik iri hati' oleh sebilangan kecil ahli parti.

"Buat masa ini tidak ada sebarang tuduhan (rasuah) terhadap saya."Yang ada hanyalah dakwaan yang semata-mata dakwaan.

Sesiapa sahaja boleh buat dakwaan, anda juga bebas untuk buat dakwaan terhadap saya jika tak suka saya," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Malahan, Azmin turut mempersolkan kredibiliti pemimpin akar umbi seperti Chegubard yang berterusan membuat dakwaan namun gagal mengemukakan bukti kukuh.

"Ini sebuah parti reformasi dan sudah pasti kita ingin lihat setiap tindakan yang diambil mestilah telus dan jelas.

"Jika ada bantahan atau dakwaan, kemukakanlah bukti kepada pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan lanjut...ikut saluran yang betul," katanya.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Chegubard menerusi aduan bertulisnya kepada Lembaga Disiplin PKR bahawa seorang anggota dari kem Azmin cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.

Chegubard yang digantung keahliannya mendakwa Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'.

Menurut Chegubard, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi jawatan kedua tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

Mengulas lanjut, Azmin menegaskan beliau mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk amalan rasuah, khususnya bagi membeli undi semata-mata untuk mendapatkan jawatan dalam parti.

"Saya menolak keras amalan rasuah dalam parti dan sistem pentadbirannya. Perkara ini menjadi dukungan parti ini dan saya sendiri," katanya.

Ditanya mengapa beliau seringkali menjadi mangsa pelbagai dakwaan liar pada pemilihan kali ini, Azmin berkata: "Ini membuktikan saya masih berkesan...masih memberi impak sama ada di dalam parti mahupun di luar.

"Sudah 15 tahun saya difitnah dengan pelbagai cara. Ini bukan perkara baharu bagi saya," katanya.- mStar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PKR masih salahkan orang luar

PKR hari ini mengumumkan akan memperkenalkan tiga pembaharuan dalam pemilihan parti itu bagi beberapa cabang di Selangor pada hujung minggu ini bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar dan teratur.

Menurut Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, sebagai usaha untuk membendung sabotaj daripada berulang sekali lagi, pihaknya telah menubuhkan satu unit khas bagi memantau perjalanan pemilihan kali ini dengan menggunakan rakaman video.

"Kita ada satu unit khas yang kita tubuhkan di kalangan kita yang akan memerhatikan malah kita ada pengawasan dengan menggunakan rakaman.

"Kita yakin apa yang berlaku pada masa lalu ialah orang luar yang ambil kesempatan sama ada ia sebagai satu yang dirancang ataupun ada orang hendak sabotaj kita, tapi kita lebih bersedia kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Disebalik "Sarawak for Sarawakians"

Slogan Sarawak for Sarawakians sememangnya sudah menjadi ramuan utama dalam propaganda parti dari Malaya yang bermain politik di Sarawak. Malah slogan itu turut berjaya memancing sentimen pemimpin tempatan di Sarawak.

Ironinya disebalik slogan yang 'berpuaka' itu, rupanya kita sedang kemaruk menjemput campur tangan asing dalam negeri Sarawak.

Oleh kerana bendera Sarawak sekarang ada unsur-unsur Malaya (menurut mereka yang bijaksana), maka para nasionalis Sarawak sedang berjuang untuk mempertahankan bendera British; kata mereka itulah "Sarawak for Sarawakians".



Kerana tidak mahu bertuankan Malaya, nasionalis cerdik pandai di Sarawak telah menjemput orang asing untuk dijadikan "tuan". - itulah sebenarnya "Sarawak for Sarawakians".

Bruno Manser Fund yang diasas oleh Bruno Manser seorang warga asing turut di agung-agungkan untuk dijadikan rujukan. - itulah "Sarawak for Sarawakians".

Claire, seorang warga British yang mengendali blog Sarawak report juga dijadikan idola para nasionalis - itu juga "Sarawak for Sarawakians".
Oleh kerana bahasa Melayu adalah bahasa Malaya, maka mereka juga sedang berusaha untuk menjadikan bahasa British sebagai bahasa pengantar rasmi negeri negara Sarawak nanti, kerana itulah yang paling menepati prinsip "Sarawak for Sarawakians".

Demi memperhebatkan prinsip "Sarawak for Sarawakians", mereka turut menjemput pemimpin Hindraf dari Malaya untuk bercakap tentang hak rakyat Sarawak, dan dilaporkan akan membantu mencabar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mahkamah British. - agar Sarawak tercabut dari Malaysia.


Itulah serba sedikit tentang ramuan hebat sebalik slogan "Sarawak for Sarawakians".

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com