Dr Zuhdi persoal kuasa Anwar dalam PKR



Anwar akui Langkah Kajang lemah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Langkah Kajang yang dilaksanakan parti itu mempunyai kelemahan sehingga menjeremus Parti Keadilan Rakyat ( PKR) dalam pelbagai isu.

Anwar berkata, terdapat beberapa perkara dalam Langkah Kajang yang gagal mencapai matlamat.

"Kita akui ada kelemahan tetapi kita laksanakannya kerana mahu melonjakkan pentadbiran Selangor.

"Sebagai contoh pada 2009, dalam isu air , kita boleh jaja air percuma dan saya harap jika pentadbiran baharu nanti, kita boleh tawarkan lebih banyak perkara," katanya di sini hari ini. - (sumber)

Anwar didesak jawab tuduhan RM2.5billion

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta menjawab tuduhan mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta.

Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Norizwan Mohamed berkata, Anwar perlu memberi penjelasan kerana tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

Norizwan berkata, terdapat beberapa dakwaan yang turut mengaitkan keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semakin kuat.

"Sebagai penyokong, kami mahu bersangka baik tetapi dakwaan ini terlalu berat apabila sebuah syarikat yang nilainya adalah RM250 juta dikatakan mahu dibeli pada harga RM2.5 bilion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi.

"Khabar angin ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami mendesak Anwar sendiri memberi penjelasan memandangkan dakwaan mengatakan beliau yang mengarahkan Abdul Khalid supaya membeli dengan nilai yang terlalu tinggi," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamarudin dalam pendedahannya mendakwa, Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.5 bilion dan telah mengatur satu pertemuan antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut berjaya.

Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net berkata, Abdul Khalid bagaimanapun enggan melakukannya menyebabkan kemarahan Anwar dan juga dikatakan menjadi sebab Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik Menteri Besar. (sumber)

Khalid Beri Bayangan Bubar DUN

Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.

menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (DUN) diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya.

"Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya.

"Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum," katanya melalui perutusan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Ahad.

Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.

"Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang," katanya. - mStar

Inilah Perbezaan BN dan PR

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Presiden PAS Pertahan Khalid Kekal MB Selangor

MARANG, 25 Julai (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini Jumaat.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Abdul Hadi berkata alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkataan mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.

Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).

-- BERNAMA

MB Khalid tidak akan berundur

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sekali lagi tidak akan berundur ataupun melepaskan jawatannya meskipun mendapat desakan pucuk pimpinan parti.

Adun Pelabuhan Klang itu turut berjanji dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk bekerja sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi sebaik sahaja mandat sebagai menteri besar berakhir.

“Saya sendiri sudah berkata kepada baginda tuanku untuk bekerja sebaik mungkin sehingga habis penggal...bahkan sudah keluarkan kenyataan sebelum ini bagi mana-mana pihak yang mahu saya berundur, kena patuh enakmen.

“Saya tegaskan, baginda tuanku memandang serius perkara ini dan yang paling penting baginda mahu pentadbiran yang amanah, teguh dan bertanggungjawab untuk rakyat Selangor,” katanya yang enggan mengulas ‘perbincangan’ yang dibuat bersama Sultan Selangor pada majlis berbuka puasa semalam.

Terdahulu, Abdul Khalid mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

“PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian menteri besar.

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar,” katanya.- (sumber)

Blogger 'Tukar Tiub' puji Najib, dan tanya bukti Anwar

Hishamuddin Rais @ Blogger Tukar Tiub yang selama ini sentiasa mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Najib dan Barisan Nasional akhirnya memuji langkah diplomasi yang digunakan perdana menteri dalam menangani tragedi MH17.

Menurut Hishamuddin yang dipetik Astro Awani, "Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak,"

Pada masa yang sama Hishamuddin turut mengkritik serta mempersoal kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.

Laman berita itu melaporkan Hishamuddin berkata, Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine memembak MH17.

"Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.

"Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?" beliau dipetik sebagai berkata.

p/s; takkan Tukar Tiub tak tau Anwar memang sentiasa menuduh dan bercakap tanpa sebarang bukti.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Baru Bian tempelak DAP Sarawak

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menempelak pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengenai resolusi DAP Sarawak yang akan menarik diri dari Pakatan Rakyat jika PAS tidak memenuhi syarat yang DAP usulkan, lapor Radio Free Sarawak

Chong Chieng Jen dalam satu kenyataan sebelum ini memutuskan DAP Sarawak akan menarik diri dari Pakatan Rakyat jika PAS melaksanakan hukum hudud, malah DAP Sarawak juga tidak akan terlibat dengan apa-apa aktiviti Pakatan Rakyat jika syarat berkenaan tidak dipenuhi.

Chong turut menyatakan bahawa beliau kecewa apabila PKR lansung tidak tetap pendirian berkenaan hukum hudud.

Kenyataan Chong itu telah disanggah oleh Baru Bian pengerusi PKR Sarawak.

Ketika dihubungi pihak Radio Free Sarawak, Baru Bian berkata beliau berasa kesal kerana Chong mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan PKR Sarawak konsisten membantah hudud dan pelaksanaan hudud di Malaysia.

"Sukar untuk hudud mendapat persetujuan 2 per 3 ahli dewan rakyat, dan PKR anggap isu hudud sebagai retorik politik sahaja dan pakatan perlu berhati-hati" katanya - (sumber)

PAS tak setuju Wan Azizah jadi MB, drama tukar MB panjang lagi

Jika PKR berpendapat Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, elok tunggu dahulu.

Ini kerana PAS Selangor dan Pusat sebelum ini tidak pernah mencapai apa-apa persetujuan menggantikan Adun Kajang itu dengan Khalid.

“Kita tak pernah setuju,” itu ditegaskan Pesuruhajaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad sebagai mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memilih Wan Azizah selepas mengugurkan Khalid.

Menurut Iskandar, PKR perlu menghormati keputusan PAS Selangor dan Pusat sebelum ini yang mahu Khalid dikekalkan.

Untuk rekod, PAS sebelum ini setuju menyokong Langkah Kajang dan PRK Dun Kajang beberapa bulan lalu asalkan tiada kaitan dengan proses menggantikan Khalid.

Iskandar yang juga Adun Cempaka dan anggota Exco menjelaskan, menggantikan Khalid dengan Wan Azizah adalah keputusan PKR.

Katanya, segala keputusan pimpinan negeri mengikut pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang akan ditetapkan melalui majlis presiden dalam minggu ini.

“PKR sepatutnya bertanyakan pendapat kami dahulu,” tegas ketika ditemui media di majlis berbuka puasa di sebuah masjid di Kuang, Selasa.

Sementara itu Khalid menjelaskan, walaupun menghormati keputusan parti, PKR juga perlu mengikuti lunas enakmen negeri jika mahu mengemukakan permohonan untuk pertukaran.

“Kalau diganti, penggantiannya mesti diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Khalid berkata beliau tidak berkecil hati apabila “digantikan” oleh partinya sendiri.

Menteri besar itu berkata beliau hanya bekerja untuk rakyat selagi diperlukan oleh rakyat Selangor.

Menurut Khalid, ini adalah politik dan beliau masuk PKR kerana reformasi.

“Saya juga sangat seronok perkara ini . Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya,” kata beliau di majlis sama.

Berdasarkan penjelasan Iskandar, drama PKR untuk menggantikan Khalid perlu skrip lebih panjang untuk digarap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. –bnbbc.my

PKR desak tindakan disiplin terhadap DAP Sarawak

Naib Presiden PKR,Tian Chua menggesa satu tindakan displin dibuat terhadap DAP Sarawak berikutan kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Ching Jen yang mengancam untuk keluar dari Pakata Rakyat.

Pada 20 Julai lalu, DAP Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam melaksanakan hudud di Kelantan dikatakan bukan sahaja menentang manifesto semasa pilihanraya umum ke-13 malah menentang prinsip asas dan semangat perlembagaan persekutuan dalam perjanjian Malaysia.

Berikutan itu, DAP Sarawak mengancam akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS Malaysia meneruskan agenda Hudud.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu,yang menggesa tindakan disiplin terhadap DAP Sarawak menyifatkan keputusan tersebut dibuat secara sendirian tanpa perbincangan dan rundingan dari rakan Pakatan Rakyat yang lain. - (sumber)

DAP ancam keluar Pakatan, jika PAS dan PKR terus bisu

DAP semalam menggegarkan politik Malaysia apabila mengancam akan keluar dari pakatan rakyat jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) gagal menetapkan pendirian berkenaan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

DAP dalam mesyuarat yang diadakan semalam memutuskan tidak akan terlibat atau menyertai aktiviti anjuran PR dan PAS berkuatkuasa serta merta sehingga PAS memenuhi dua syarat yang ditetapkan oleh DAP.

PAS harus memenuhi kedua-dua syarat dan kembali kepada dasar-dasar manifesto PR dalam pilihan raya umum lalu dan PAS tidak akan meneruskan niat untuk melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen juga kecewa dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat yang terus berdiam diri berkenaan isu berkenaan.

"Ketika PAS ingin meneruskan pelaksanaan hudud,PKR berdiam diri tanpa membuat sebarang pendirian,"ujarnya sambil menambah bahawa PAS Kelantan telah bertemu dengan Jabatan Perdana Menteri berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada khammis lalu.

"DAP Sarawak kecewa dengan tindakan PKR yang berdiam diri dan selagi PAS tidak memenuhi syarat DAP Sarawak,DAP tidak akan menyertai mana-mana aktiviti serta akan menarik diri dari Pakatan Rakyat,"Chong mengakhiri kata. (sumber)

Inilah Pemimpin Ulung Negara Sarawak?

Dilaporkan, Sarawak akan menyambut hari ulangtahun "kemerdekaan" pada 22 Julai ini.

Menurut sumber sempena hari ulangtahun itu nanti pihak negara Sarawak akan menganjurkan satu Forum Perdana yang akan menampilkan pemimpin ulung tempatan Anwar Ibrahim.

Sumber itu menambah, hanya Anwar Ibrahim yang layak membicarakan hak-hak Sarawak, sesuai dengan semangat "Sarawak for Sarawakian" yang sedang dilaungkan para nasionalis Sarawak ketika ini.

"Yang penting Anwar bukan pemimpin UMNO, rakyat Sarawak pasti setuju apa saja yang dikatakan Anwar" ujarnya

Sumber itu memberi harapan dengan kehadiran Anwar sebagai pemimpin ulung akan dapat membakar semangat para nasionalis di Sarawak.

"Mungkin selepas ini semangat rakyat untuk keluar dari persekutuan Malaysia akan lebih marak" tambahnya yang berbaju hitam tertulis perkataan "Sarawak for Sarawakian".


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ini tidak berlaku, jika pembangkang bijak menilai

 

Sekiranya penyokong pembangkang bijak menilai sesuatu, pihak Malaysiakini tidak akan paparkan laporan sebodoh ini.

Malaysiakini terpaksa buat sesuatu yang bodoh supaya memenuhi tahap kebodohan pembangkang dan penyokongnya.

Malaysiakini sedar hanya pembangkang yang percaya berita begini, dan mereka sangat terhibur dengan apa yang Malaysiakini paparkan.

Dengan tajuk berita itu saja sudah cukup membayangkan betapa tololnya kepala otak puak pembangkang. Kerana Malaysiakini memang bahan bacaan utama puak2 tu.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Video Tragis Pesawat MH17 Terhempas



TERKINI MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine

Ini berita yang baru diterima dah riuh dikalangan media barat, bahawa sebuah lago pesawat Boeing 777 milik MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.

Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.

Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.-17/7/2014 - Agenda Daily
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kesabaran rakyat sudah tercabar?

Ketika Pembangkang di Semenanjung bersungguh-sungguh untuk memastikan penduduk bandar mendapat kemudahan seenak-enaknya, supaya rakyat bandar sentiasa berasa serba cukup dan selesa.

Pembangkang sentiasa mencadangkan agar pendapatan negara digunakan untuk memansuhkan tol dan menaiktaraf segala kemudahan di bandar, supaya orang bandar boleh hidup seenaknya. dan pihak kerajaan pula kelihatan sentiasa berusaha untuk memenuhi tuntutan itu.

Mungkin satu dari akibatnya, betapa banyak projek-projek untuk kemudahan asas di kawasan pendalaman Sarawak diabaikan, malah terus dibiarkan terbengkalai.

Di kawasan pendalaman Sarawak, rakyat di kawasan pendalaman sekadar dihidang dengan falsafah dan slogan untuk menyedapkan hati mereka, Selebihnya sekadar "dihayalkan" dengan majlis hiburan.

Menarik! negeri Sarawak dikatakan bakal jadi pembekal tenaga yang terbesar di Asia tenggara, dan digembar-gemburkan juga negeri ini akan menjual tenaga yang dihasilkan dari beberapa empangan kepada negara-negara tetangga.

Melihat fakta diatas pastinya rakyat Sarawak boleh membayangkan betapa hebatnya kemajuan ekonomi yang bakal dijana dari sumber-sumber tersebut.

Tapi dibawah ini cerita sebaliknya yang berlaku di pendalaman negeri Sarawak, tidak secantik fakta diatas. Bak kata pepatah  "kera dihutan disusukan, anak dirumah terbiar kelaparan".




Gambar-gambar diatas bercerita, bayangkan betapa rapuhnya tiang-tiang elektrik yang dibina dan berbahaya untuk keselamatan penduduk. Kemudahan yang terbina bukan saja tidak bermakna apa-apa untuk penduduk yang selama ini setia menyokong kerajaan, malah isu keselamatan pula diremehkan. Itu satu hal..

Perkara utama yang pasti mengecewakan penduduk, bila hanya tiang-tiang yang dibina hanyalah untuk menghibur hati rakyat, sedangkan tenaga elektrik yang diharapkan tidak pernah ada walaupun sudah bertahun mereka menunggu.

Kerajaan mungkin merasakan kawasan seperti ini tidak perlu diberi perhatian lebih, kerana mereka sangat setia kepada Barisan Nasional, dan pasti menang setiap kali pilihan raya.

Ironi sekali, kerana kerajaan lebih suka menumpukan perhatian lebih kepada kawasan pembangkang dan bandar-bandar utama. Meskipun selama ini rakyat di kawasan pendalaman yang menentukan jatuh bangun kerajaan yang memerintah. Apakah ini balasan kepada mereka?


DAP sentiasa "menasihatkan" pihak kerajaan agar sentiasa mengambil hati komuniti Cina. Manakala kawasan yang dipaparkan diatas didiami penduduk Iban dan Melanau.

Mungkin sudah sampai waktunya untuk rakyat berbangsa Iban dan Melanau di sekitar Pulau Bruit bangkit "menasihatkan" dan memberi "amaran" kepada kerajaan agar sentiasa memikat hati mereka.

Sampai ketahap ini, kesabaran dan kesetian rakyat pendalaman sudah pun tercabar!

Sultan Selangor murka Khalid Samad persoal kuasa MAIS...jahil dan biadap

Ingat balik...pada 17 Jun baru ini, Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam,Khalid Samad telah mendesak PAS meminta kerajaan negeri Selangor meminda peruntukan enakmen bagi mengurangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Ini ekoran kontroversi MAIS tidak mahu memulangkan Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Persatuan Bible Malaysia dekat Petaling Jaya Januari lalu.

Ramai juga yang terkejut beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana MAIS adalah dibawah naungan Sultan Selangor.Baginda mempunyai kuasa dalam semua urusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Malah Pengerusi Perhubungan PAS Selangor ,Iskandar Samad segera membuat kenyataan bahawa apa yang dicakap Khalid itu bukan pendirian rasmi PAS Selangor.

Setelah hampir sebulan berlalu,Sultan Selangor akhirnya bersuara.Baginda nyata amat murka dengan kenyataan Khalid itu.

Dalam titah ketika merasmikan Masjid Pekan Sepang petang Selasa baginda secara terbuka sebut nama Khalid.Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-ndang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

"Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.

"MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama.

"Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Sebelum itu Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat.-15/7/2014

Sumber: Agenda Daily - http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda-daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/12231-sultan-selangor-murka-khalid-samad-persoal-kuasa-maisjahil-dan-biadap.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ahli PKR desak Rafizi letak jawatan

KUALA LUMPUR 12 Julai – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terus didesak supaya meletak jawatan dan meminta maaf kepada semua ahli PKR kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang merupakan strategi melingkupkan parti itu.

Ahli PKR Cabang Balik Pulau, Pulau Pinang, Zambri Jaafar berkata, 'Langkah Kajang' yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse menjadi punca tercetusnya perbalahan pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, perbalahan itu membawa PKR ke tahap huru hara semasa pemilihan parti itu baru-baru ini yang mana timbul insiden membaling kerusi, penipuan dan pergaduhan.

"Jika Rafizi anak jantan, beliau akan meminta meminta maaf kepada ahli PKR dan meletak semua jawatan dalam par­ti,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Zambri mengulas tentang kemelut dalaman yang semakin parah di dalam PKR berikutan dakwaan berlakunya perebutan jawatan Menteri Besar Selangor melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

Beliau berkata, strategi yang dibentuk oleh Rafizi ternyata hanya mampu menjahanamkan PKR dan beliau wajar dipecat atas tindakannya itu.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu memecat Rafizi kerana kita tidak mahu lagi strategi beliau terus meranapkan parti,'' katanya.- Utusan
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ahli PKR Buat Laporan Polis, Rafizi Ramli Fitnah Sultan Selangor!

Seorang AJK PKR Cabang Kapar bernama Wan Adnan, akan membuat laporan polis di Balai IPD Kelang Utara hari ini, berhubung Rafizi Ramli yang menyalahgunakan nama DYMM Sultan Selangor dalam isu menukar Menteri Besar Selangor. Wan Adnan selepas membuat laporan pada pukul 2:30 petang akan membuat sidang media tentang isu 'LANGKAH KAJANG Yang Gagal' di pekarangan IPD Kelang Utara, Sungai Kapar Indah, Batu 6, Kapar, Kelang.

Difahamkan dalam laporan yang akan dibuat nanti, Wan Adnan mendesak agar pihak polis bertindak terhadap beberapa orang pemimpin PKR terutama sekali Rafizi Ramli yang telah menyebarkan berita palsu melibatkan Istana Selangor.

Wan Adnan sebelum ini cukup lantang mengecam 'KAJANG MOVE' yang gagal dan menjadikan PKR sebagai sebuah parti yang bercelaru kesan daripada pelbagai idea mengarut Rafizi Ramli dan ketamakan Azmin Ali.

Sumber: http://buletinsengal.blogspot.com/2014/07/ajk-pkr-kapar-buat-laporan-polis-rafizi.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Disebalik pertemuan empat mata MB Khalid dan PM Najib

Pertemuan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib di majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran UMNO Selangor malam tadi telah mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi.

Khalid yang sedang ditekan oleh partinya sendiri PKR, agar berundur dari jawatan Menteri Besar dilihat ceria bersama beberapa pemimpin UMNO.

Beliau turut dilaporkan telah mengadakan pertemua empat mata dengan Perdana Menteri selepas solat tarawih bagi membincangkan beberapa isu.

Meskipun hubungan baik Khalid dengan pemimpin UMNO bukanlah perkara baru, namun pertemuan empat mata antara Khalid dan PM Najib tetap memiliki nilai tersendiri.

Bukanlah perkara mustahil jika Khalid mengubah landasan politik dengan menyertai UMNO, lagipun Khalid "membesar" dibawah aroma kejayaan UMNO.

Orang UMNO pasti tidak terkejut jika Khalid mengubah fikiran untuk menyertai Barisan Nasional, tapi perkara itu akan menjadi bencana besar bagi PKR dan Pakatan Rakyat.

Bayangkan betapa banyak rahsia pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor berada ditangan Khalid, itu saja sudah cukup untuk melemahkan PKR Selangor serta Pakatan Rakyat.

Selepas ini akan muncul gerakan untuk mempertahan Khalid agar beliau tidak condong ke arah UMNO. Anwar mungkin terpaksa bersuara untuk menegur pemimpin yang sedang mendesak Khalid berundur.

Jika kehadiran Khalid di majlis anjuran UMNO mengejutkan ramai pihak, pasti selepas ini Khalid akan buat kejutan yang lebih besar.

Teresa Kok sudah bebas ke Sarawak


Walaupun Teresa Kok pernah merungut kerana hanya dibenarkan memasuki Sarawak selama 7 hari untuk menghadiri majlis pengkebumian Wong Ho Leng. Tapi laporan Buletin Sengal membuktikan kenyataan Teresa Kok hanyalah bersifat "politik", bila kelmarin Teresa dikesan berada di Sarikei untuk menghadiri program DAP.

Teresa Kok mungkin lebih bernasib baik berbanding yang lain, kerana kerajaan Sarawak telah membebaskannya dari larangan memasuki negeri ini.

Mungkin juga larangan kerajaan Sarawak hanya bersifat "politik", begitu juga kebebasan yang diberikan kepada Teresa adalah bersifat "politk",  demi memenangi hati kaum Cina sepertimana yang disarankan DAP.





Video Lawatan Mengejut PM jumpa Gelandangan

Perdana Menteri telah melakukan lawatan mengejut di kawasan Puduraya Kuala Lumpur malam tadi untuk melihat sendiri keadaan serta permasalahan yang dihadapi gelandangan.


Khalid : Kalau Nak ‘Berperang’ Pun Boleh…

AIDCNews – 9/7/14 – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bersedia ‘berperang’ jika pihak tertentu berusaha untuk terus menerus mengugatnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini kerana kata Khalid beliau telah mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, pada 14 Mei tahun lalu untuk menjaga negeri itu sebaik mungkin.

“Ini bukan reformasi, ini penipuan.

“Jadi, kalau saya bersumpah, untuk menjalankan tugas dengan baik, saya jaga sumpah itu, kerana sumpah itu lebih besar daripada orang-orang perseorangan yang cuba menghalang saya..

“Kalau nak ‘berperang’ pun boleh, sebab kita sudah ambil sumpah…” kata Khalid.

lihat video KLIK

Pemuda PBB kecam tuntutan DAP

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berasa terkilan dan terguris di atas tuntutan YB Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak terhadap YAB Ketua Menteri Sarawak.

Dengan permasalahan yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pembangkang dari segi kepimpinan dan kekecohan pentadbiran, maka sepatutnya YB Chong merasa malu untuk mengajar Kerajaan Negeri Sarawak. Mungkin kronisme yang dimaksudkan beliau adalah dalam kepimpinan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng dalam DAP dan Anwar Ibrahim dan isteri serta anaknya Nurul Izzah dalam PKR dan kebebasan maklumat atau 'Freedom of Information' adalah penggantungan terhadap Utusan Malaysia di Pulau Pinang.

Usaha YAB Ketua Menteri Sarawak membantu keluarga mendiang YB Wong Ho Leng tatkala kepimpinan DAP lepas tangan seperti dinyatakan oleh isteri mendiang menampakkan kegagalan DAP Sarawak menangani masalah kebajikan wakil rakyatnya sendiri.

Pemuda PBB menganggap kenyataan YB Chong itu lebih bermotifkan untuk kepentingan politik murahan pembangkang dan berniat jahat, apa lagi disertai dakwaan tidak berasas bahawa pentadbiran negeri Sarawak mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah, tanpa sebarang bukti. Bahkan sebahagian dari cadangan YB Chong itu sudah pun menjadi dasar dan amalan kerajaan negeri dan memang menjadi amalan Kerajaan BN untuk sentiasa berbincang dalam memikirkan penambahbaikan dasar-dasar kerajaan demi kepentingan rakyat dari masa ke semasa.

Polisi Kerajaan Barisan Nasional selama ini yang telah antara lain, berjaya merubah lanskap negeri kita dari segi ekonomi dan sosial dengan peningkatan pelaburan luar dan seterusnya menghasilkan banyak peluang pekerjaan dan menyediakan peluang-peluang perniagaan yang meluas.

Jesteru itu Pemuda PBB dengan itu juga menyokong penuh tindakan YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, untuk meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini yang disifatkan beliau sebagai amat baik dan bergerak ke hadapan, selain yakin Sarawak mampu mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan sokongan padu Kerajaan Persekutuan.

8 Julai 2014.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Kenyataan serang Dayak di Facebook

KUCHING: Belia Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah membuat laporan polis terhadap akaun Facebook ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu 4′ (LKGM) yang telah membuat banyak kenyataan serangan terhadap Dayak.

Posting sering dibuat dalam Bahasa Malaysia, antara lain, telah menyeru umat Islam untuk melancarkan perang jihad terhadap orang-orang yang digambarkan sebagai ‘kafir’, terutamanya masyarakat Dayak.

Ketua Publisiti Pemuda PRS, Bit Surang berkata pentadbir akaun Facebook itu dalam kenyataan terbaru beliau, menulis bahawa beliau menerima notis daripada pejabat cawangan Al-Qaeda Kuwait memanggil semua umat Islam di negara ini untuk menyertai NGO Islam seperti Perkasa, Pekida, KGM 30 dan Isma.

Menurut posting tersebut, ini adalah untuk menyatukan semua orang Islam di sini untuk membentuk sebuah negara Islam dan memusnahkan kaum-kaum lain terutamanya kaum Dayak dengan menjanjikan langit untuk jihad.

Sehubungan ini, Bit dalam satu kenyataan berkata: “Kami melihat ini dengan serius kerana ia boleh mewujudkan perasaan benci terhadap kita masyarakat Dayak. Ini suatu perkembangan yang tidak baik untuk hubungan antara kaum di Malaysia. Dayak merupakan orang yang sukakan keamanan, penyayang dan kita tidak mahu orang seperti ini menghina kita.

“Oleh itu, kita mahu tindakan yang sesuai diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyiasat akaun Facebook ini. Pemilik akaun ini perlu ditangani dengan sewajarnya agar tidak memburukkan lagi keadaan.”

Akaun-akaun tidak dapat diakses

Walaupun tidak jelas berapa lama akaun tersebut telah wujud, ia difahamkan bahawa akaun yang sama iaitu ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu 2′ dan ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu 3′ telah digunakan untuk menyebarkan kebencian terhadap rakyat Sarawak dan masyarakat Dayak khususnya.

Posting dari akaun Facebook yang kontroversi itu telah menerima banyak komentar daripada pengguna halaman sosial manakala sesetengah meminta penulis untuk menghentikan cerita karut ini.

Akaun-akaun tersebut kini tidak dapat diakses, mungkin di gantung atau dinyahaktifkan.
Sebelum ini terdapat laporan yang sama dilakukan oleh orang awam tetapi belum ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Sumber : FMT

Kecaman Pedas 'Sam Ketot' terhadap MB Khalid

RAKYAT SELANGOR MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEMASA PRU13, BUKAN KHALID IBRAHIM SEMATA-MATA

Saya mengecam kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa “kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya” sebagai merujuk kepada kedudukan Dato' Menteri Besar Selangor yang kini disandang beliau.

Apatah lagi kenyataan beliau tersebut telah dijadikan modal politik oleh media-media milik UMNO-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menghentam Pakatan Rakyat. Media-media tersebut juga mutakhir ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Tan Sri Khalid serta memberikan ruang kepada penyokong-penyokongnya untuk memburukkan parti.

Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan Dato' Menteri Besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu. Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor.

Jika Tan Sri Khalid merasakan Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibentuk oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 adalah berpunca daripada pencapaian dirinya seorang, maka ternyata beliau silap. Mungkin beliau lupa "terpaksa lari" dari mempertahankan kerusi DUN Ijok kerana dilaporkan mungkin tewas sekiranya kekal di sana. Malah beliau gagal mempertahankan jumlah majoriti yang diperolehi di DUN Pelabuhan Klang dan kini terpaksa melantik penyelaras DUN yang memegang pelbagai jawatan lain termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan gaji mewah untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat kawasan.

Saya ingin tegaskan bahawa Tan Sri Khalid tidak mungkin menang di DUN Ijok atau Pelabuhan Klang pada tahun 2008 dan 2013 sekiranya bertanding sebagai calon Bebas ataupun Barisan Nasional (BN). Rakyat Selangor telah memilih KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana yakin dengan agenda dan manifesto yang ditawarkan secara kolektif dan bukan kerana Tan Sri Khalid.

Saya menuntut Tan Sri Khalid berhenti daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan menghina kebijaksanaan rakyat serta akur dengan desakan agar beliau berundur segera. KEADILAN telah sepakat mendesak pengunduran Tan Sri Khalid dan ini telah pun diputuskan lebih awal iaitu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Parti pada 15 Januari 2014. KEADILAN juga menghormati pandangan DAP dan PAS sebagai parti rakan di samping mahu mengingatkan konsensus Pakatan Rakyat tidak tertakluk kepada majoriti kerusi semata-mata sebagaimana kes di Perak dan pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, apatah lagi hanya individu.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan
merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil

Khalid sudah berani sergah Anwar

Tindakan Si Ketua Penipu itu mengkritik pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim telah ditempelak secara terang - terangan oleh Menteri Besar Selangor tu.

Kata Khalid, Si Ketua Penipu tu tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran Negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan dia sebagai Ketua Umum juga turut dipersoalkan.
"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan. Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.
Semalam sebuah portal berita melaporkan, Si Ketua Penipu tu dikatakan bimbang dengan pentadbiran Rwjim Pakatan Selangor mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan.

Antara isu yang dibimbangi Si Ketua Penipu adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air. Selanjutnya KLIK

Anwar Perancang Sistematik Gulingkan Khalid

AIDCNews – 5/7/14 – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa perancang sistematik yang mahu menggulingkan Tan Sri Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, kata ahli DAP, Aspan Alias.

"Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah 'baling batu sembunyi tangan'.

"Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan 'testimonial' besar dalam pilihanraya umum yang lepas.

"Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar dipecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum," kata Aspan dalam tulisan terbaharu dalam blog aspanaliasnet hari ini.

Artikel lengkap seperti berikut :

PKR, parti 'Cina Buta' sahaja

Jika orang ramai yang bernasib baik kehidupan, mereka akan merayakan Aidilfitri dengan riang gembira setelah berpuasa sebulan lamanya di bulan Ramadan. Bagi Khalid Ibrahim, MB Selangor beliau rasanya tidak akan beraya seperti rakyat yang lain kerana beliau dikatakan akan bersara secara paksa oleh ramai pemimpin partinya.

Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah 'baling batu sembunyi tangan'. Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan 'testimonial' besar dalam pilihanraya umum yang lepas. Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar di pecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum.

Dalam politik tiada kawan yang berkekalan dan tiada musuh yang kekal. Dalam politik berkuasa yang kekal hanyalah perasaan cemburu dan perasaan amarah terhadap orang yang kita anggap merentasi dan menjadi penghalang kepada kemahuan mana-mana individu. Politik itu 'is all about personal greed, anger and foolishness'. Tidak ada untuk melaksanakan apa yang dijanjikan atau kemahuan ramai.

Yang menyebabkan kekusutan dalam PKR Selangor ini hanya kerana perebutan kuasa yang sedang berlaku tanpa ada batasannya. Khalid yang dikatakan seorang MB yang baik malahan yang terbaik dalam negara ini suatu ketika yang tidak lama dahulu kini menjadi seorang MB yang mendapat tekanan, bukannya dari rakyat tetapi rakan seperjuangan sendiri sahaja. Kekuatan dan ketelusan Khalid mentadbir Selangor itu membuatkan Khalid menghadapi masalah kerana ia akan menjadikan beberapa orang yang berkepentingan dalam PKR itu susah untuk mengambil alih jawatan Khalid itu.

Maka keluarlah semua cerita dan propaganda yang tidak baik terhadap beliau, dari isu bekalan air bersih sehingga isu Lebuhraya Kiddex dan banyak yang lain. Apa yang tidak disukai oleh setengah pihak itu dijadikan isu 'criminal' terhadap Khalid. Mereka belum lagi tahu samada mengalih dan menganjak Khalid itu perkara yang mudah dilakukan.

Sesungguhnya isu ini sudah bermula sebaik pilihanraya umum lalu kerana PR tidak berjaya mengambil alih Putrajaya. Maka wujud satu tindakan politik untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor bagi membolehkan ketua umum parti itu satu tempat eksekutif dan tempat itu hanyalah dengan menjadi MB Selangor.

Timbul tindakan 'Kajang Move' dengan memaksa pilihanraya kecil Kajang yang sepatutnya di tandingi oleh Anwar. Tetapi oleh kerana masalah mahkamah yang dihadapi Anwar maka Wan Azizah telah dijadikan 'ayam tambatan' bagi 'kajang move' yang ramai dikatakan adalah perancangan Rafizi Ramli seorang yang telah lemas dengan publisiti yang hebat untuknya.

Tentunya 'Kajang Move' itu telah terbantut sedikit sebanyak kerana orang yang hendak ditonjolkan itu tidak dapat melunaskan keperluan undang-undang untuk dijadikan calon bagi kawasan dewan undangan negeri itu.

Kini tinggal Azmin Ali dan mungkin Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar untuk Selangor jika alasan untuk mengenepikan Khalid Ibrahim itu berjaya ditemui.

Apa pun masalah yang dihadapi oleh Selangor ini tidak diselesaikan oleh Anwar dan Wan Azizah. PKR mempunyai dua orang yang mengetuainya yang terdiri dari pasangan suami isteri, TS Khalid yang rapat politiknya dengan Wan Azizah dan Azmin yang begitu hampir dengan Anwar tidak dapat menyelesaikan masalah PKR Selangor. Sepatutnya keadaan ini boleh diselesaikan dalam bilik tidur Anwar sahaja kerana kedua-dua Azmin dan Khalid ini mempunyai mentor yang berada dalam bilik tidur yang sama.

Tetapi ia tidak juga selesai kerana permainan politik 'baling batu sembunyi tangan' yang dimainkan oleh Anwar itu. Yang berbalah ialah pimpinan yang dibawah mereka (Anwar suami isteri) sehinggakan banyak perkara buruk dilambakkan dihadapan mata orang ramai.

Jika benar pandangan setengah pihak yang TS Khalid Ibrahim akan diketepikan selepas hari lebaran ini, tentunya Khalid dan ramai penyokong-penyokongnya tidak dapat menikmati kelazatan kemenangan bulan puasa ini di hari awal Syawal nanti.

Dalam keadaan ini jika masih ada dan kuat tindakan setengah pihak dalam PKR masih mahu mengenepikan TS Khalid ini, ia adalah permulaan kepada kejatuhan parti itu dalam politik tanahair dan ia tentunya akan memberi akibat kepada rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat itu.

Kita mesti akui yang Pakatan Rakyat bukannya mendapat sokongan dari kekuatan mereka sendiri, sebaliknya sokongan itu adalah disebabkan kelemahan UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional sahaja.

Mana-mana parti yang mendapat sokongan oleh kerana kelemahan parti lawan sahaja tidak akan kekal sokongan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh berpaut dari sokongan mereka yang hendak melepaskan geram terhadap BN sahaja.

PKR tidak boleh membiarkan parti itu diperlakukan sebagai 'cina buta' sahaja. Sokongan akan kembali kepada pihak yang telah mereka menceraikan talak tiga itu. Setelah berkahwin dengan Pakatan mereka kembali kepada pasangan yang asal setelah berkahwin dengan orang lain secara 'Cina buta' tadi.

Dalam isu Selangor ini tidak hairan jika rakyat Selangor mampu mencari pemimpin yang mampu diyakini oleh rakyat negeri terkaya dalam negara ini. Maka proses 'cina buta' tadi akan lengkap terlaksana di Selangor

Sumber: AIDC http://www.anwaraidc.com/?p=48145


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Akhirnya PKR mampu pecah rekod dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohamed Radzi percaya tidak ada mana-mana parti termasuk di  dunia ini yang mampu memecah rekod pencapaian yang ada pada parti PKR.

Menurut beliau selain mencatatkan wakil rakyat yang paling ramai keluar parti, proses pemilihan parti tersebut juga ternyata mencapai satu keadaan yang cukup luar biasa.

Baginya semua cukup lengkap dari terlebih kertas undi, pengiraan undi di dalam bilik hotel, blackout, baling kerusi dan sebagainya sampaikan kepada peringkat ahli menyaman parti.

"Inilah uniknya pakej mereka…semuanya ada dan boleh juga dikatakan parti yang ada sejarah tersendiri. Macam-macam yang kita dapat saksikan sepanjang pemilihan mereka yang saya rasa masih lagi belum selesai.

"Kecoh di beberapa tempat malah lebih mengejutkan ada pula blackout… Mana lagi yang kita nak tengok perkara-perkara sebegini melainkan pemilihan PKR. Sebab itulah jika disebutkan PKR adalah pakej lengkap yang mempunyai rekod pencapaian yang sukar di atasi mana-mana parti dalam dunia ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah apa yang berlaku itu adalah sepertimana pandangan umum yang menyebutkan bahawa ianya adalah petunjuk kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan demokrasi.

"Saya tak dapat bayangkan perkara-perkara tersebut berlaku sepanjang pemilihan mereka itu…Ini adalah satu refleksi terhadap keupayaan pengurusan sebuah parti. Sepertimana persoalan umum, apakah ini yang rakyat harapkan untuk mengurus tadbir negara.

"Percayalah apa yang berlaku itu adalah petunjuk kepada rakyat. Cakap bukan main hebat lagi tapi tak lebih umpama ayam berkokok tapi ekor penuh tahi", ujarnya. -MediaUMNO

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Khalid Bakal Timbalan Presiden PKR?

PETALING JAYA: Kem calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Menteri Besar Selangor itu kini mendahului persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, walaupun gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor.

Sumber terdekat Khalid memberitahu The Star Online bahawa beliau kini mempunyai kelebihan berbanding Azmin Ali dengan memperolehi majoriti 700 undi untuk jawatan tersebut, selepas pemilihan baharu yang diadakan di beberapa bahagian.

Namun, kem Azmin menafikan jumlah majoriti undi tersebut dengan mendakwa Khalid berada di ambang kekalahan.

“Berdasarkan pengiraan kami, Khalid menerima lebih banyak undi di 11 cabang di Selangor, lima di Sarawak dan empat di Sabah. Di Sabah misalnya, beliau mendapat lebih 1,700 undi,” kata sumber.

Setakat ini, PKR mengadakan pemilihan semula di 25 cabang dengan baki dua lagi cabang iaitu di Puchong dan Kelana Jaya akan diadakan pada 10 Ogos ini.

Pemilihan semula diadakan di 27 cabang kerana wujud pelbagai percanggahan dan penyelewengan dalam proses pengundian yang diadakan secara rasmi dari 26 April hingga 11 Mei lalu.

Menurut sumber tersebut, Khalid menang di Kota Raja, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Selayang, Subang, Kapar, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Di Sabah, Khalid mendapat majoriti undi di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar.
Sementara itu, undi di beberapa bahagian di Sarawak iaitu di Limbang, Julau, Kapit, Sarikei dan Batang Sadong turut dikatakan berpihak kepada Khalid.

Bagaimanapun, kem Azmin menegaskan Ahli Parlimen Gombak itu belum tewas tetapi sebaliknya memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu.

Menurut sumber yang enggan dikenali, Azmin menerima 20,351 undi manakala Khalid mendapat 15,767 undi sehingga 1 Julai.

Sementara itu, pencabar ketiga, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai peluang tipis untuk menang selepas sekadar memperoleh 9,590 undi setakat ini.

Keputusan itu tidak termasuk undi dari Subang, Sg Besar, Keningau, Pensiangan, Papar, Tenom, Kelana Jaya dan Puchong.

“Adalah tidak benar Khalid sedang mendahului. Walaupun terdapat undi dari beberapa cabang, ia masih tidak diambil kira, Azmin masih kekal mendahului,” kata sumber dari kem Azmin – Mstar

DOKTOR BUANG BAYI Main Kotor Untuk Ketua Cabang PKR Miri

Laporan Buletin Sengal- Dr. Michael Teoh yang merupakan seorang pengamal perubatan yang membuka sebuah klinik di Miri dan cukup terkenal sebagai DOKTOR GUGURKAN BAYI, juga merupakan Ahli Parlimen Miri dan Ketua Cabang PKR Miri.

Semalam, DOKTOR GUGURKAN BAYI itu terlibat dalam satu cubaan membelasah seorang wakil dari syarikat pemaju kerana membangunkan bangunan di kawasan lapang di hadapan kliniknya yang dijadikan sebagai medan ceramah di Miri. Laporan polis berhubung insiden tersebut telah dibuat oleh wakil syarikat pemaju tersebut.

Selepas pendedahan dibuat, beberapa pihak dari PKR Miri mula membuka rahsia Dr. Michael Teoh yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Miri.

Michael Teoh kerap menuduh Barisan Nasional mengamalkan rasuah. Dalam cermaah-ceramahnya, perkataan rasuah yang dikaitkan dengan Barisan Nasional, tidak pernah lekang dari mulutnya. Seolah-olah dia sangat suci dan tidak pernah terlibat dengan rasuah.

Hakikatnya berbeza sama sekali. Michael Teoh bukan sahaja seorang perasuah tegar, tetapi menjadikan rasuah sebagai amalannya bagi memastikan jawatan yang disandangnya kekal. Dalam pemilihan PKR Cabang Miri pada 27 April 2014 lalu, Michael Teoh didakwa mempraktikkan rasuah wang untuk membeli undi. Michael Teoh berbelanja besar untuk memastikan jawatan Ketua Cabang PKR Miri tidak terlucut dari tanganya.

Dalam pemilihan tersebut, kehadiran ramai ahli PKR dikatakan bukan dari Cabang PKR Miri, sekaligus menimbulkan keraguan di luar kemunasabahan kepada ahli-ahli PKR Miri sendiri. Jumlah sebenar ahli-ahli PKR Cabang Miri yang hadir dikatakan terlalu sedikit berbanding jumlah ahli-ahli PKR yang dipercaai didatangkan dari kawasan Kemena, Tinjar serta Ulu Niah.

Michael Teoh telah menyogok RM30 setiap seorang daripada mereka berserta dengan kupon makanan. Bagi tujuan pengangkutan untuk pengundi-pengundi itu pula, Michael Teoh turut menyediakan beberapa buah pacuan empat roda Toyota Hilux dan bas.

Pencabarnya adalah Zolhaidah Suboh yang cukup dikenali pada PRN-11 lalu. Zolhaidah bagaimanapun, cuma mampu meraih undi sebanyak 29 undi berbanding Michael Teoh yang memperolehi 139 undi.

Disebabkan keahlian yang diragui dan mereka yang mengundi pula statusnya diragui, Zolhaidah Suboh tidak dapat menerima kekalahannya. Apatah lagi setelah bukti-bukti yang ada menunjukkan Michael Teoh telah menggunakan rasuah untuk memperolehi undi sebanyak itu, membuatkan Zolhaidah Suboh membuat bantahan kepada Pimpinan PKR Pusat.

Bagaimanapun, disebabkan duit yang dimilikinya dan amalan rasuah serta sogokan yang sudah menjadi darah daging kepada DOKTOR GUGUR BAYI itu, sehingga setakat ini, tiada sebarang perkembangan lanjut diperolehi. Pimpinan PKR Pusat lebih mementingkan wang ringgit berbanding kebenaran.

PKR pecat 6 ahli bertindak ganas

Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Tan Kee Kwong berkata telah membuat keputusan dan dipersetejui oleh Biropolitik untuk mengugurkan enam ahli PKR.

Menurut beliau enam ahli PKR tersebut adalah ahli PKR Cabang Ampang, Nasharuddin Md Isa, ahli Cabang Kota Raja, Nallasamy A/L Kumarasamy, Sathiaseelan A/L Nagamuthu, Vijay Kumar Samy, Mohanathas A/L Alagan dan ahli PKR Cabang Kuala Selangor, Mustapha Mohd Talib.

"Nasharuddin sebelum ini telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Jun yang lalu.

"Tindakan beliau itu telah melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1 iaitu Larangan Membawa Parti ke Mahkamah dan tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara automatik," katanya.

Sementara itu, Nallasamy pula dipecat dari PKR kerana telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan menendang peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 11 Mei yang lalu.

"Sathiaseelan pula dipecat kerana telah melakukan kekasaran terhadap seorang anggota parti di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan berlangsung di Cabang Kota Raja.

"Vijay dan Mohananthas pula dipecat kerana telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22 Jun yang lalu," katanya.

Tambahnya lagi, Mustapha telah didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

"Mustapha dengan ini digantung daripada keanggotaannya selama setahun," jelasnya.

"Keputusan ini dibuat setelah penelitian dan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota," ujarnya.

Katanya lagi, kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 1 Julai tahun ini yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain. - (sumber: FMT)

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pemimpin PKR bantu gugur bayi dan jual beli anak?

Penguguran bayi secara haram sudah menjadi perniagaan bagi pemimpin PKR ini,malah klinik miliknya cukup terkenal di Bandar raya Miri.

Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo masih tidak menerima sebarang tindakan undang-undang berhubung amalan menggugurkan bayi secara haram di kliniknya di Miri. Beberapa pendedahan sebelum ini telah dilakukan, tetapi sehingga kini, klinik miliknya itu cukup terkenal dengan operasi haram itu.

Malah beberapa sumber memberitahu, cukup dengan hanya bermodalkan RM10,000 urusan jual beli anak di klinik itu juga boleh dilakukan.

Baca pendedahan lengkap di http://buletinsengal.blogspot.com/2014/06/contoh-terbaik-wakil-rakyat-dap-leka.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com