Isu PPS: Exco Pulau Pinang ditahan Polis


Difahamkan exco Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah ditahan di Balai Polis Polis Daerah sebentar tadi.Perkara ini telah dinyatakan oleh Rsn Rayer melalui facebooknya.

Sementara itu Bernama telah melaporkan Polis telah menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

“Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.

“Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis) berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selasa lepas, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. - MYKMU

Video: Ratusan Anggota PPS Ditahan Polis



Hampir 200 anggota Pasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) ditahan polis ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, di sini pagi ini.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.

Sehingga kini, wakil media masih menunggu di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai untuk perkembangan terbaharu.

Pasukan itu, yang berpakaian ungu, dibawa ke balai polis Beach Street, beberapa meter daripada tempat itu, kira-kira jam 10 pagi, menurut Wong Hon Wai, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Baca selanjutnya KLIK

Tantawi tanya "Adakah nepotisme bukan lagi isu hari ini?"

Setelah memuatnaik status berkaitan isu wanita dan jawatan menteri besar semalam, AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan terus 'menyerang' bersabit isu nepotisme pula.

Menerusi status Facebook yang dimuatnaik lewat malam tadi, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyentuh tentang isu berkenaan sambil merujuk kepada insiden membabitkan menantu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau.

"Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. Pas Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?," tulis beliau.

Menulis lanjut, Nasrudin seolah-olah mempersoalkan bagaimana Pas berhadapan isu nepotisme yang sebelum ini juga pernah membelit parti itu."

... atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tidak kepada yang lain?

"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu. Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini," luah beliau.

Semalam, Nasrudin yang dilihat seolah-olah menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi status Facebooknya berkata, status itu dimuatnaik bukan untuk mencetus kontroversi dengan mana-mana pihak.

Beliau berkata, pandangan dilontarkan dalam laman sosial itu juga untuk memberi penjelasan kepada pihak yang mempertikaikan pandangan ulama sebelum ini berkaitan wanita tidak boleh menjadi pemimpin utama kerajaan atau negeri.

Ditanya, adakah statusnya itu dituju kepada Anwar yang menamakan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, Nasrudin berkata:"Saya tidak tuju terus pada sesiapa. Kalau saya nak sebut nama pun boleh. Ini hanya tazkirah umum supaya ia dapat disedari merujuk kepada perkembangan semasa maka itu lah status saya.

Status itu menjawab perkembangan paling besar pada hari ini".

Sementara itu, status terkini Nasrudin itu turut memuatkan pautan sidang media oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali selepas PRU13 lalu berkaitan isu nepotisme apabila nama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diserahkan kepada pihak istana, yang didakwa tidak dirujuk kepada Adun parti berkenaan.

"Jelas dalam proses memilih calon menteri besar anjuran al-Quran tidak dipatuhi.

"... saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotisme membudaya di dalam PKR.

PKR bukan milik individu atau keluarga-keluarga tertentu, parti ini adalah milik rakyat," Mohamed Azmin dipetik sebagai berkata. - Sinar Harian

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Guan Eng ancam akan tangkap Ketua Polis Negara?

Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempertikai penubuhan Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) negeri itu.

Sambil menyatakan pendirian berdiri teguh di belakang PPS, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan membela anggota PPS dengan alasan pasukan itu 'menjalankan' kerja-kerja membantu masyarakat.

Baca petikan dan video KLIK

Video: Adakah kita Setuju dengan Lim Guan Eng? cabar Polis dan Undang-Undang Negara





Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). 

 Berikut komen dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ;

“Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan keselamatan,”

Apakah kita sependapat dengan sifat bongkak Lim Guan Eng?

"Calon MB hanya untuk Azizah" - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk Pas menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

"Saya akan merayu kepada mereka (Pas) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama pakatan rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini. - BERNAMA

Apakah PAS sedang melanggar titah Sultan?

Parti PAS tetap bertegas tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor dan memutuskan tidak akan menghantar nama calon dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

Setiausaha Agungnya PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu dengan mengatakan PAS akan menghantar nama calon Menteri Besar yang baharu daripada kalangan ADUN PKR.

"Kita akan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk calon Menteri Besar, tetapi bukan daripada kalangan pemimpin Pas sebaliknya pemimpin PKR." katanya

Sedangkan Sultan Selangor menitahkan agar setiap parti PAS, PKR dan DAP menghantar lebih dari dua nama.

Apakah tindakan PAS menghantar calon dari PKR bercanggah dengan titah tersebut?

Jika tindakan PAS lebih memihak kepada kemahuan PKR dengan mengetepikan Titah Sultan, bermakna krisis Menteri Besar Selangor hanya akan berakhir dengan pembubaran DUN.

Khalid beri amaran pada Hj Hadi

Khalid Samad hari ini mengeluarkan kenyataan pedas terhadap ahli dan pemimpin PAS yang tidak menyokong Pakatan Rakyat.

Khalid meminta agar orang PAS berundur dari parti jika tidak bersetuju serta tidak menyokong keputusan Pakatan.

Sebagai pemimpin PAS yang bertuankan Anwar Ibrahim, kenyataan Khalid turut mengesahkan beliau lebih rela mempertahan Anwar berbanding Majlis Syura Ulama PAS.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu Menteri Besar Selangor.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi turut tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat yang sebulat suara mahukan isteri Anwar dijulang sebagai Menteri Besar.

Apakah amaran yang dibuat Khalid Samad turut ditujukan kepada Tok Guru Presiden?

Apakah Khalid juga meminta Ulamak-Ulamak PAS keluar parti?, kerana Majlis Syura juga tidak menyokong keputusan Pakatan Rakyat.

Inilah rupa pemimpin yang jadi ahli parti PAS, tapi bertuankan Anwar dan PKR...



Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DAP Dan PKR Paksa Sultan Selangor Terima Wan Azizah

Dengan bersandarkan kepada alasan ‘konvensi’ Pakatan Rakyat 2013, PKR dan DAP menerusi Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi DAP dalam satu kenyataan media bersama, menegaskan DYMM Sultan Selangor wajib mengikut kehendak mereka kerana ianya telah dipersetujui selain kaedah tersebut dikatakan diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Alasan lainnya ialah 30 orang ADUN Selangor telah bersatu hati memberikan sokongan kepada Wan Azizah sekaligus menjadikan isteri Anwar Ibrahim itu memiliki jumlah majoriti untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

Maksud tersirat dalam kenyataan bersama Saifuddin Nasution dan Tony Pua itu adalah, DYMM SULTAN SELANGOR TIDAK ADA SEBARANG KUASA melainkan sebagai Rubber Stamp semata-mata.

PKR dan DAP berkeras untuk hanya menghantar nama Wan Azizah kepada DYMM Sultan Selangor meskipun titah baginda, setiap parti dalam Pakatan Rakyat perlu menghantar lebih dari dua nama untuk baginda membuat pilihan Menteri Besar Selangor yang baru. Bagaimanapun, PKR dan DAP yang semua sudah tahu, tidak mengiktiraf kuasa atau kewujudan Sultan-Sultan Melayu di negara ini, enggan berbuat demikian, sebaliknya mereka terus memaksa dan pada masa yang sama memberikan isyarat ugutan kepada DYMM Sultan Selangor agar menuruti kehendak mereka.

Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan sama sekali memandangkan langkah-langkah ini telah pun didedahkan di dalam Dokumen KAJANG MOVE yang dikatakan palsu oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Seperti apa yang tertulis dan tercatat, itulah nampaknya yang sedang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu mengenepikan sama sekali peranan serta kuasa Raja-Raja Melayu.

Tindakan terbaru oleh PKR dan DAP ini sebenarnya mengundang masalah yang lebih besar. Semuanya bermula daripada KAJANG MOVE yang diilhamkan, digerakkan dan dipropagandakan oleh PKR. Memandangkan Pakatan Rakyat menguasai majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor, PKR terutama sekali Anwar Ibrahim berasakan, mereka bebas berbuat sekehendak hati.

Skrip dan drama diatur dengan PAS dijadikan sebagai kambinghitam oleh PKR dan DAP bagi mewujudkan kontroversi sekaligus memberi tekanan kepada Istana Selangor agar segala tuntutan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dipenuhi. Dan kemuncak daripada drama tersebut adalah pemecatan keanggotaan Khalid Ibrahim dari PKR.

Gelombang kebangkitan rakyat untuk menentang Istana Selangor tidak kesampaian apabila lebih ramai yang marah dengan PKR dan DAP berbanding terhadap DYMM Sultan Selangor. Tidak seperti pada tahun 2009, DAP dilihat sangat berjaya sebagai batu api dan dalang sehinggakan ramailah Melayu yang berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera selesai solat Jumaat untuk menghalang rombongan diraja daripada mengadakan upacara perlantikan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pemaksaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas DYMM Sultan Selangor, saling tidak ubah seperti kaedah yang digunakan oleh Inggeris bermula dari tahun 1874 dalam Perjanjian Pangkor yang akhirnya menyaksikan Sultan Perak yang ditabal dengan bantuan Perjanjian Pangkor, dibuang ke Pulau Seychelles dan Perak menjadi negeri pertama yang diletakkan di bawah jajahan Great Britain. Penjajahan Inggeris dari tahun 1874 sehingga 1957 menyaksikan, Sultan-Sultan Melayu tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan untuk adat-istiadat Melayu dan agama Islam semata-mata.

Sejarah wajar dipelajari. Dan sejarah jugalah yang kerapkali dikitar semula dalam bentuk baru pada zaman yang berbeza.

Kalau benar Pakatan Rakyat benar-benar untuk rakyat, apa susah sangat untuk mereka mencalonkan enam nama sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk jawatan Menteri Besar Selangor? Mengapa perlu disusah-susahkan konflik yang dicetuskan oleh mereka sendiri semata-mata kalau bukan PKR-DAP mempunyai niat jahat yang cuba diselindungkan menerusi konflik terbaru ini! - MYKMU

Video: Raja Komando Beri Amaran Pada Anwar dan PKR

Raja Komando yang berang dengan Anwar Ibrahim menganggap tindakan memecat Khalid sebagai pengkhianat kerana mahu mencabar institusi Raja-raja Melayu dan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Beliau yang menyifatkan Anwar sebagai mabuk kuasa sehingga menyebabkan krisis kepimpinan PKR Selangor sekarang ini.

“Dari segi politik, saya rasa kecewa sebab perjuangan Datuk Seri Anwar, PKR adalah memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat. Tapi sekarang semua orang melihat sendiri Anwar yang sebenarnya menyalahguna kuasa." katanya

Raja Komando atau nama sebenar Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid yang mengakui sebagai penyokong tegar Anwar dan pernah menjadi 'saksi' penting ketika Anwar dibicarakan di mahkamah dalam kes salahguna kuasa.
Namun dalam kes itu, Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999, memutuskan Anwar bersalah dan dijatuhi hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahguanakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan polis untuk mendapatkan ‘pengakuan bersumpah’ daripada saksi-saksi untuk kepentingan peribadi.
Menurutnya, beliau juga adalah pengasas bersama penubuhan parti PKR yang berjuang untuk Anwar Ibrahim.

Selain itu memberi amaran kepada Anwar, Raja Komando turut bertekad untuk menentang habis-habisan cita-cita Anwar dan PKR kerana mencetus masalah kepada negeri Selangor.

"Kita rakyat Selangor akan hancurkan, akan hapuskan (PKR), saya akan buat.." tegasnya


Khalid Samad diludah dan ditampar berkali-kali

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian.

Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya. - UTUSAN ONLINE

Rakaman Sulit Bocor, PAS salahkan Anwar

Satu rakaman suara mendedahkan kekesalan para pemimpin PAS terhadap tindakan Anwar Ibrahim dan PKR yang dikatakan sering membelakangi pemimpin PAS dalam membuat keputusan yang melibatkan gabungan Pakatan Rakyat.

Menurut pendedahan sebuah blog PISAU.NET, suara tersebut adalah Ustaz Azariza Alawi, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Dalam rakaman itu beliau menyeru agar ahli dan penyokong PAS membuka mata, kerana PAS sudah beberapa kali dikhianati oleh PKR terutamanya Anwar Ibrahim.

Menurut rakaman itu, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang tidak pernah membelakangkan Pakatan Rakyat sebaliknya beliau 'berkecil hati' terhadap beberapa keputusan oleh Anwar yang disengaja membelakangkan PAS dan DAP.

Turut didedahkan ialah isu pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang dinamakan sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Negeri yang lalu, dimana ianya tidak pernah dibincang dengan DAP dan PAS terlebih dahulu, keputusan itu hanya dibuat secara sepihak oleh Anwar dan selepas itu dihebahkan di media oleh PKR.

Selain itu, rakaman tersebut mendedahkan secara panjang lebar sikap Anwar serta kritikan PKR terhadap kepimpinan PAS Tok Guru Haji Hadi yang dikatakan berusaha untuk menubuhkan "Unity Goverment" antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sedangkan, menurut rakaman itu lagi tidak ada yang salah dengan "Unity Goverment" (UG) atau Kerajaan Perpaduan jika mendapat persetujuan dari semua pihak. Cuma apa yang pelik bagi PAS ialah tindakan Anwar yang mengkritik UG tapi pada masa sama mahu mengadakan 'Konsensus Nasional' dengan Barisan Nasional namun tanpa membincangkan dengan DAP dan PAS terlebih dahlulu.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan dari mana-mana pihak berkaitan kesahihan rakaman ini. -Ang (sumber)

PAS sekali lagi gagalkan cita-cita Anwar

Ketika PKR mengharap 'sentuhan kasih' dari parti PAS, namun sekali lagi PAS membuat keputusan bercanggah dengan impian PKR yang ingin melihat isteri Ketua Umum parti itu bertahta sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidak cukup dengan isu 13 ADUN PAS Selangor yang tidak menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Khalid.

Malah PAS pada hari ini pula menyatakan keputusan sebulat suara parti itu yang akan menyerahkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan (memilih individu bagi ) jawatan menteri besar Selangor.

Baca ulasan selanjutnya di http://www.sarawakiana.net/2014/08/pas-hampir-gagalkan-cita-cita-anwar-dan.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

"Gerakan Rahsia" Tarik Pengundi baru?

Disebalik kritikan terhadap kelemahan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang dikatakan liat dan lemah dalam usaha untuk menarik pengundi baru. Rupanya semua kritikan itu tersasar dari hakikat sebenar. Kerana menurut sumber PBB, mereka bergerak dengan aktif diseluruh pelusuk negeri Sarawak untuk menarik dan mendaftar pengundi baru.

Menurut sumber yang ditemui, parti PBB yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional Sarawak lebih suka bergerak secara senyap tanpa sebarang publisiti untuk merekrut pengundi baru.

"PBB bukan seperti DAP yang suka gembar-gemburkan aktiviti mereka, sedangkan kami lebih suka bergerak secara rahsia" kata sumber itu.

"Orang luar hanya pandai mengkritik kami, sedangkan mereka tidak tahu apa yang kami buat" tambahnya

Kenyataan tersebut sekaligus menidakkan tanggapan ramai pihak yang sebelum ini mengatakan PBB liat untuk bergerak, sedangkan DAP lebih aktif merekrut golongan muda untuk mendaftar sebagai pengundi baru.

Samada benar atau tidak PBB menggunakan pendekatan "gerakan rahsia" untuk menarik pengundi baru, hanya mereka yang tahu?

Sam Ketot Belasah Haji Hadi

Barangkali berang dengan kegagalan PKR mendapat persetujuan daripada 13 orang ADUN PAS Selangor yang lain untuk memberikan ikrar taat setia serta sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, Naib Presiden PKR yang baru, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot menjadikan Hadi Awang, Presiden PAS sebagai bahan sesahannya.

Menurutnya, dalam isu kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, PAS yang perlu dipersalahkan. Malah PAS sebenarnya yang menjadi punca isu tersebut berpanjangan.

Ini adalah kerana PAS gagal memberikan komitmen utama kepada PKR dan Anwar Ibrahim untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Baca selanjutnya di http://buletinsengal.blogspot.com/2014/08/sam-ketot-terus-belasah-dan-hina.html


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PKR pertikai berkabung untuk mangsa MH17

Ketika negara sedang bersedih sempena Hari Perkabungan Negara pada Jumaat, wakil rakyat pembangkang dilihat tidak sensitif apabila mempertikaikan istiadat menerima 20 jenazah mangsa insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Ahli Parlimen Lumut dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Imran Abdul Hamid berkata, kerajaan mengamalkan sikap 'dua darjat' apabila melakukan sambutan secara berlebihan.

Membandingkan insiden pencerobohan Lahad Datu, beliau berkata, anggota pertahanan yang terkorban kerana mempertahankan negara hanya menerima layanan ala kadar.

"Yang jadi mangsa warga tentera, tapi macam jadi hamba abdi cara menguruskannya (jenazah).

Bukan kita kata tidak boleh (cara pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan kerajaan meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali. Sedangkan pejuang-pejuang kita mati meninggal dunia di Lahad Datu, tidak ada sambutan sebegitu. Kita minta kerajaan memberi penjelasan mengenainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Politik pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu.

Malaysia mengisytiharkan Jumaat sebagai Hari Perkabungan Negara bagi menghormati ketibaan jenazah mangsa MH17.

Sehubungan itu, bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang dan semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan. (Sumber - mStar)
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Senarai Nama Jenazah Tragedi MH17 tiba esok


SENARAI NAMA KUMPULAN PERTAMA JENAZAH MANGSA TRAGEDI ‪#‎MH17‬

Sepang, 21 Ogos - Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi
pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

- BERNAMA

Fitnah YB dan "Ratu Pondan", Laporan Polis Akan Dibuat


ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis terhadap dakwaan yang mengaitkan beliau secara tidak langsung "bersubahat" dalam penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pondan di tapak BCF Sibu semalam.

Annuar, yang dihubungi Sarawakiana sebentar tadi berkata, beliau akan berjumpa dengan pihak Majlis Agama Islam Sibu hari ini untuk meneliti laporan berkaitan dakwaan tersebut.

"Saya juga akan bertemu dengan penganjur program tersebut sebelum mempertimbangkan samada akan mengambil tindakan susulan (membuat laporan polis) atau sebaliknya."

"Sejurus dimaklumkan tentang dakwaan tersebut semalam, saya telah meminta Majlis Agama Islam Sibu segera membuat siasatan ke atas perkara berkenaan," tambah Annuar lagi.

Semalam, seorang individu yang menggunakan nama Aszfia Haris pada status akaun Facebooknya telah secara sinis mendakwa Annuar dan Majlis Islam Sibu telah "bersubahat" dalam penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pondan di tapak BCF Sibu. Baca Selanjutnya KLIK

Komen 50 sen Terhadap Tun Mahathir

Berikut kami kongsikan komen pembaca blog ini yang mengulas tentang pentingnya teguran terhadap pemimpin BN

cannonkapit said...

Tun Mahathir seorg negarawan memang layak dan patut menegur sesiapapun yg jadi Perdana Menteri.Bukan saja teguran beliau berasas tetapi dibuat selepas teguran secara sindiran tak diendahkan.Lagipun memang benar kata beliau.Maka DS Najib harus menerima teguran TUN dgn berani dan bertindak positif membuat "pembetulan".Bumi mana tak ditimpa hujan.

Kita di Sarawak juga perlu"penasihat"spt Tun Mahathir. Tetapi setakat ini nampak gayanya kepimpinan D.Adenan KM Sarawak diterima rakyat pd amnya.Kita doakan kewarasan politik beliau dilanjutkan.Pd masa yg sama para kabinet beliau patut memainkan tanggungjawab yg lebih bagi meneruskan agenda pembangunan Sarawak.Jgn leka dan syok sendiri.

Kpd YB2 BN kalau ditegur jgn melenting tak tentu pasal.Lagipun KM sendiri tak beri nasihat/teguran jika ada yg membuat janji maka tunaikan segera.Jgn meroyan nanti jika tidak dipilih sbg calon pd PRN akan datang.(Memang patut juga dinilai prestasi mereka sebelum dicalonkan kelak.Yg dah terlampau veteran dlm politik elok beri chance kpd yg masih muda.Eloklah mereka berundur dan bersedia memberi nasihat jika diperlukan.Lihat peranan Tun M.Beliau kita tabik hormat.)

sekadar pandangan 5sen

'Saya Bukan Suruh Letak Jawatan' - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.

"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.

"Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini hari ini.

Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya hari ini berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.

Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.

Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Sementara itu, mengenai penubuhan IEIJS, Dr Mahathir berkata, ia dapat membantu memberi kefahaman dalam bentuk fakta akademik kepada orang Islam dan juga bukan Islam mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.

"Tidak banyak kajian fakta tentang Baitulmaqdis oleh ulama-ulama Islam. Hasil penubuhan institut ini, saya berharap akan ada kefahaman yang lebih baik tentang apa jua yang berlaku di sana," katanya.

-- BERNAMA

DAP Sarawak dedah kabinet bayangan Pakatan Rakyat

Sekali lagi DAP Sarawak melalui Abdul Aziz Isa, iaitu Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak mendedahkan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat jika mereka berjaya memerintah Malaysia.

Mungkin kerana keyakinan yang tinggi setelah mencapai kata sepakat dalam usaha menyingkir Tan Sri Khalid, maka DAP Sarawak dengan gumbiranya mempersembahkan senarai kabinet bayangan ini;

Semoga tuan-tuan terhibur dengan senarai ini..


Azmin kempunan, Hadi menghilang

Azmin Ali kempunan lagi. Hadi Awang pun pasrah lagi. Awalnya mereka berkeras tidak mahu Wan Azizah, tetapi akhirnya tunduk juga dengan "kipas Anwar"

Wan Azizah Ismail diumumkan sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

http://www.tv14.my/?p=5666
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PR umum Azmin ganti Khalid petang ini

Kemelut dalam peralihan kuasa Menteri Besar Selangor bakal berakhir petang ini, bila Pakatan Rakyat dijangka mengumumkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pemilihan Azmin sebagai MB yang baru dilihat sebagai jalan tengah untuk menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber, Anwar juga gembira dengan keputusan tersebut walaupun Wan Azizah tidak setuju.

Sumber itu menyebut, keputusan mengangkat Azmin sebagai MB sejajar dengan keputusan mesyuarat khas parti PAS yang berlangsung sebentar tadi.

"Kami tidak akan abaikan perjuangan dalam Pakatan, maka kita bersetuju dengan PAS demi masa depan rakyat" kata sumber PKR.

Berdasarkan maklumat awal, pengumuman akan dibuat sendiri oleh Anwar Ibrahim di Empire Hotel petang ini?


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS setuju Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor

Mesyuarat Khas PAS yang dipengerusikan Presiden PAS Haji Hadi Awang yang sedang berlangsung ketika ini membuat keputusan untuk bersetuju menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid.

Selain itu PAS juga turut menamakan YB Azmin Ali sebagai calon pilihan untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu, Namun keputusan muktamad tentang calon MB yang jadi pilihan PAS akan diumumkan petang nanti.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden Mat Sabu dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut Mat Sabu, 4 Exco PAS dalam kabinet Tan Sri Khalid ketika ini akan dikekalkan sehingga peralihan kuasa berlaku.

Mesyuarat khas yang dikatakan jadi penentu masa depan Pakatan pembangkan membayangkan sebulat suara parti PAS untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, PAS akan menyiasat dakwaan terhadap 2 ADUN PAS yang sebelum ini menyokong Wan Azizah dengan dengan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama.

Mesyuarat khas PAS akan membincang dengan lanjut isu MB Selangor petang ini dan pengumuman rasmi dijangkan akan dibuat selepas itu.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mesyuarat Khas PAS, Majoriti Mahu Khalid Kekal MB

Nasrudin Hassan yang paling vokal dan menyatakan bahawa Khalid Ibrahim wajar diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pimpinan PAS.

Ahli mesyuarat bersetuju tetapi ada gangguan daripada "luar" yang cuba menggangu.

Beberapa orang ahli mesyuarat yang pro pada Anwar Ibrahim dilihat sibuk menaip sesuatu di telefon tanpa menghiraukan apa yang sedang dicakap oleh Hadi Awang.

Mata Mat Sabu pula pula sibuk menatap WhatsApp. Entah apa yang cuba disampaikan oleh Mat Sabu kepada "seseorang di luar" itu.

http://www.tv14.my/?p=5628


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DAP Sarawak gelar PAS tamak kuasa

Kali ini DAP Sarawak bertindak lebih licik dengan menggunakan Abdul Aziz Isa, selaku pembantu khas kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching untuk membelasah parti PAS.

Keceluparan budak mentah ini dipergunakan sepenuhnya oleh DAP Sarawak.

Meskipun PAS tidak terlibat untuk mencalonkan diri sebagai bakal MB Selangor. Namun DAP Sarawak dengan tegas mengutuk PAS sebagai tamak dan gila kuasa.

Baca selanjutnya di DAP Sarawak Kutuk PAS Kaw-kaw - http://www.sematankelawas.com/2014/08/wajib-baca-dap-sarawak-kutuk-pas-kaw-kaw.html
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

BL1M: Sandiwara Letak Jawatan Seorang Menteri


Sudah bertahun isu Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) ini disenyapkan begitu saja oleh pihak yang dulunya mendabik dada mengatakan mereka prihatin terhadap golongan belia yang kurang mampu untuk memiliki lesen memandu secara sah.

Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) terhasil dari kepala otak seorang pemimpin muda populis, yang sering merasakan dirinya sebagai jurucakap kepada segala kementerian di Malaysia.

Kononnya beliau adalah yang paling bertanggungjawab dan sanggup meletak jawatan jika ada yang tersalah.

Adakah benar beliau berminat nak letak jawatan?

Dilaporkan sekitar 70,000 pemohon skim BL1M di Sarawak yang tertipu, bukan saja tidak dapat meneruskan proses untuk mendapatkan lesen, malah proses untuk mengembalikan wang yang telah dibayar peserta sebanyak RM190 turut menemui jalan buntu.

Beza pemimpin dengan rakyat memang terlalu jauh, sehingga pemimpin sukar untuk memahami keluhan rakyat. Bagi pemimpin jumlah RM190 sekadar untuk sekali duduk minum kopi di restoran mewah, sedangkan bagi rakyat biasa jumlah itu mampu menyara sebuah keluarga selama seminggu.

Pemimpin mahupun pak Menteri perlu faham hakikat perbezaan ini terlebih dahulu, sebelum melenting bila rakyat menuntut!

Malangnya Pemuda PBB Sarawak jadi "kambing Hitam" untuk menjawab kecelaruan isu BL1M yang telah dimulakan pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Ramai jentera pemuda PBB dikecam dan diejek oleh orang kampung, kerana isu BL1M yang menyebabkan mereka tertipu.

Ketika ini, dimanakah suara Khairy yang lantang mencadangkan BL1M beberapa tahun lalu? apakah Khairy yang sering berlagak "menteri segala kementerian" sudah hilang suara?

Berapa tahun lagi rakyat tertipu? 

...dan buat sementara itu, jentera pemuda PBB akan terkial-kial membersihkan kotoran yang Khairy buat kepada rakyat di Sarawak?

Ini bukan saja penipuan kepada rakyat, tetapi juga satu penghinaan kepada jentera pemuda PBB/BN di Sarawak. 


( Baca juga disini KLIK)




Gambar: Wan Azizah Tak Sanggup Berdepan Rakyat?

Peristiwa ini berlaku malam tadi, Wan Azizah yang dikatakan akan menjelaskan kewajaran beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, namun tidak sanggup berdepan dengan beberapa kerat rakyat Selangor yang hadir.

Keadaan ini juga membuktikan dengan jelas betapa rakyat Selangor sudah bosan dengan politik PKR yang kemaruk kuasa.

Rakyat Selangor sudah meluat dengan politik nepotisme yang dikuasai keluarga Anwar.



2 Adun PAS dapat tawaran dari SIAPA?



Wan Azizah Umum ganti Menteri Besar

SUBANG 14 Ogos - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan penuh majoriti ADUN Selangor untuk menjadikannya sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Azizah, jumlah majoriti tersebut selepas mengambil kira dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bersama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Jelasnya, beliau kini layak menjadi menteri besar setelah mendapat sokongan majoriti mudah ADUN Selangor. - Rakyat News

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pas tolak rayuan Anwar dan DAP

Empat Exco Pas ternyata menolak rayuan Anwar dan Lim Kit Siang apabila menghadirkan diri untuk mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Dr. Halimah Ali hadir seperti biasa menjalankan tugas mereka di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) termasuk turut serta dalam mesyuarat berkenaan.

Malam tadi dalam sidang media Anwar membuat rayuan terbuka agar semua Exco dari parti PAS memboikot mesyuarat kerajaan negeri yang sedang berlangsung ketika ini.


Khalid Pecat Semua Exco PKR dan DAP #Ini Khalid Lah

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan memecat tiga exco DAP dan tiga exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana membuat gagasan mengehadkan kuasa beliau sebagai menteri besar.

Khalid turut menegaskan bahawa pemecatan semua exco terbabit berkuatkuasa serta merta.

"Oleh itu, saya telah minta dan tulis surat kepada Sultan Selangor supaya mereka ini tidak meneruskan kerjaya sebagai exco kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lobi Bangunan SUK di sini, sebentar tadi.

Enam exco itu adalah Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

Terdahulu, enam exco DAP dan PKR tersebut mengeluarkan kenyataan bersama bahawa Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tanpa melalui proses undian.

"Sebarang keputusan perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan," kata mereka.

Malah, mereka hanya mengiktiraf Khalid sebagai menteri besar Selangor dalam peralihan, sehingga Pakatan Rakyat memilih pengganti beliau.

Jelas Khalid lagi, surat pemecatan tersebut sudah diserahkan kepada lima ahli exco kecuali Rodziah yang kini berada di luar negara.

Sementara itu, Khalid turut memaklumkan telah mengadakan perjumpaan dengan  exco PAS bagi membincangkan mengenai inti pati mesyuarat exco pada Rabu.

"Kita bincang mengenai perkara penting yang perlu diutamakan agar pentadbiran di negeri ini terus mantap dan program yang dirancang dapat dilaksanakan," katanya.

Diminta mengulas mengenai spekulasi beliau telah menghantar borang menyertai PAS pagi tadi, Khalid bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

"Tidak, tak ada," jawabnya ringkas.

Sumber: SGB

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Elizabeth Wong Beri Kejutan Sokong Khalid Ibrahim

Anwar Ibrahim dan PKR dengan penuh yakin menyatakan bahawa kesemua baki ADUN PKR Selangor yang berjumlah 13 orang menyokong penuh pemecatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. DAP juga menyatakan perkara yang sama.

Namun hari ini, dalam pertemuan barisan Exco Selangor dengan Khalid Ibrahim, kelebihan nyata berpihak kepada Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim hanya memerlukan 4 orang Exco untuk bersama-samanya memerintah Selangor. Keempat-empat Exco tersebut telah pun diperolehi dan kesemua mereka adalah dari PAS. Exco-Exco lain dari PKR dan DAP masih belum memberikan kata putus.

Sehari selepas PAS mengeluarkan arahan kepada keempat-empat Exconya agar tidak meletakkan jawatan, sebaliknya meneruskan tugas seperti biasa, DAP menerusi Lim Guan Eng juga mengeluarkan arahan yang sama, sekaligus memansuhkan arahan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang sebelum itu dengan tegas menyatakan kesemua Exco DAP akan meletak jawatan kerana tidak bermaruah untuk bekerja dengan Menteri Besar yang mahu dipecat.

Keyakinan Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution ternyata tergugat apabila Elizabeth Wong yang merupakan antara Exco paling rapat dengan Khalid, hadir ketika sidang media yang diberikan oleh Khalid semalam. Sekaligus kehadiran Elizabeth Wong itu menandakan, beberapa orang ADUN PKR lain akan turut bersama-samanya memberikan sokongan kepada Khalid walaupun mereka mungkin akan diancam RM5 juta saman oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Sesuatu yang menarik di Selangor ialah, yang paling kuat memekak dan mahukan Khalid meletak jawatan adalah Ahli-Ahli Parlimen, sementara ADUN-ADUN pula lebih banyak menutup mulut dan seakan-akan tidak terlibat dalam kemelut tersebut. - Buletin Sengal

Profesional PAS akan tubuh parti baru?


Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden. 

Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan. Baca selanjutnya ulasan serta spekulasi ini KLIK

Benarkah Maruah PKR Terletak di Jubur Nuwar Brahim?

PKR Sarawak seharusnya memikirkan hala tuju mereka; sama ada terus bertahan dalam parti yang tengah goyang ini atau berpakat beramai-ramai keluar parti.

Jika setakat 2 orang meletak jawatan dan keluar parti, tindakan itu cuma akan ditertawakan oleh PKR Pusat.

Baca selanjutnya di http://www.sematankelawas.com/2014/08/terkini-dewan-ulama-dan-mursyidul-am.html

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Zuraida Saran Khalid Tubuh Parti Sendiri, Jadi MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disarankan untuk menubuhkan parti sendiri sekiranya mahu berterusan bersikap angkuh dan degil.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan Khalid membelakangkan parti merupakan sikap angkuh yang perlu dihentikan dengan mengenakan tindakan disiplin.

"Kita bukan pilih "ah chong" atau "ane". Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan. Saya MP Ampang, kalau parti tak letak saya di Ampang adakah saya jadi YB di Ampang?

"Bagaimana angkuhnya, degilnya menteri besar kita dan kita terpaksa buat tindakan demikian (pecat). Kalau tak nak ikut parti, baik dia buat parti sendiri dan jadi menteri besar sendiri," katanya dalam ceramah Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor di Dewan Teratai Seksyen 19 Shah Alam malam tadi.

Hadir sama memberi ceramah, Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari.

Sementara Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diundang menjadi penceramah utama walau bagaimanapun tidak dapat hadir.

Program ini diadakan bagi memberi penerangan kepada rakyat Selangor khasnya berkaitan isu pemecatan Khalid daripada ahli PKR.

Sebelum ini Wan Azizah dalam ucapannya berkata kemelut pertukaran jawatan individu sebagai bukan isu penting kerana amanah yang dipegang merupakan prinsip perjuangan parti.

Dalam masa sama Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan keraguan bersabit integriti terhadap pelupusan hutang bank berjumlah RM70 juta dianggap antara sebab utama pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku wakil parti Keadilan Rakyat (PKR) selain dakwaan kewujudan penglibatan dan kerjasama dengan parti lawan, UMNO.

Sumber: FB -perjuangan sejati

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Anwar arahkan PAS/DAP sokong Wan Azizah

Parti PKR sedang giat mendesak wakil rakyatnya untuk menandatangani pengakuan berkanun demi menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid.

Tindakan itu sebagai memenuhi harapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang mahu isterinya diangkat sebagai Menteri Besar yang baru.

Selain itu, PKR juga sedang cuba menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim untuk meminta PAS dan DAP agar mengarahkan wakil rakyatnya menandatangani sokongan kepada Wan Azizah.

Segelintir penyokong pembangkang mulai menunjukkan rasa kurang dengan langkah PKR yang disifatkan sebagai diktator dalam Pakatan Rakyat.

Namun perlu diakui, sebilangar besar penyokong Pembangkang adalah atas dasar fanatik terhadap Anwar kerana kepetahannya berpidato. Bukan kerana PAS atau DAP...

Penyokong Anwar tidak kisah walaupun PKR dikaitkan dengan amalan Nepotisme atau dilabelkan sebagai "Parti anak beranak". Kerana yang penting, mereka mahu Anwar terus menghibur penyokongnya dengan celoteh yang sarkastik dan ucapan yang berapi-api.

Lagipun dunia politik melayu di Malaysia mutakhir ini sangat memerlukan ikon yang pandai bercakap, pandai makan dan pandai simpan.

Mahu atau tidak, kuasa 'pandai bercakap' yang ada pada Anwar memboleh PKR bersifat seperti diktator.

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Khalid Samad didesak keluar PAS

Dewan Pemuda Pas Dungun menggesa tindakan tegas diambil termasuk memecat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat yang didakwa mengeji kepemimpinan parti berhubung krisis kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketuanya, Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz berkata, antara yang perlu dikenakan tindakan tegas tersebut ialah Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selain beberapa lagi rakan mereka kerana telah menunjukkan sikap biadab dengan pendirian songsang bersekongkol bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pecat mereka atau biarkan mereka 'tidur' bersama PKR. Jangan biarkan mereka berbuat songsang di dalam Pas. Kami menaruh harapan tinggi kepada Jawatankuasa Badan Disiplin Pas agar mengambil perjalanan yang tegas berpandukan sejarah Ikhwan Muslimin yang berani memecat pimpinan mereka.

"Mereka bukan dipecat kerana tidak memberikan khidmat yang cemerlang kepada gerakan Ikhwan, tetapi mereka tidak boleh patuh kepada disiplin jemaah. Maka, tidak sesuai lagi mereka duduk bersama jemaah,'' ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini. sumber - GAP

Rafizi cabar Khalid saman jika berani

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar memfailkan saman terhadap dirinya jika Menteri Besar itu berani dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan.

“Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok,” cabar Rafizi dalam satu sidang media hari ini.

Rafizi berkata, menyaman dirinya atau pihak yang membuat dakwaan adalah lebih baik, kerana tindakan melapor pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hanyalah menambah keraguan terhadap integriti Khalid sebagai Menteri Besar.

Semalam, Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dengan harapan pihak SPRM menyiasat ‘salahlaku’ seperti yang didakwa PKR. Laporan itu bertujuan untuk membersihkan nama Khalid daripada dakwaan salahlaku tersebut.

Rafizi mendakwa, Khalid tidak mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau atau Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kerana tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai satu perjanjian rahsia. Baca selanjutnya KLIK

Majlis Syura Ulamak PAS Pertahan Khalid

Jika PKR berharap keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos ini memihak cadangan parti itu mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, elok lupakan.

Walaupun PKR sedang ‘mengoyang’ Khalid, tetapi pucuk pimpinan PAS nampaknya tidak ikut goyang dengan kenyataan Presiden PAs Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahukan Khalid kekal.

Nik Aziz d an Haron…pemimpin utama Majlis Syura Ulamak PAS

Terbaru, mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS malam tadi membuat ketetapkan bahawa Khalid perlu dikekalkan selagi tidak disabit sebarang pelanggaran amanah yang mewajarkan beliau digugurkan.

Untuk rekod, Majlis Syura Ulamak adalah badan tertinggi PAS dan keputusannya kebiasaan dipatuhi pimpinan PAS Pusat.

Keputusan mesyuarat malam tadi seolah-olah memberi gambaran apa akan diputuskan PAS Pusat pada mesyuarat 10 Ogos nanti.

PKR kini sedang menunggu keputusan mesyuarat PAS dan DAP pada tarikh tersebut bagi menyokong cadangan parti itu supaya Presiden PKR itu dilantik menteri besar.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan majlis tersebut.

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah “memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara” ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

“Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Sumber: BNBBC

Khalid akan bubar DUN Selangor waktu terdekat

"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."

Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.

"Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.

"Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya.

Jelasnya, pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri.

"Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya. -- Malaysia Gazette

Dakwaan PKR Berniat Jahat dan Keterlaluan - Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat terhadap integriti beliau sebagai tidak benar, berniat jahat dan keterlaluan.

"Saya memandang serius tuduhan salah laku ini dan menafikannya kerana tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan media pada petang Isnin.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan PKR yang akan mengedarkan nota penjelasan mengandungi masalah integriti beliau kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai alasan menggantikan kedudukannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Penjelasan dipercayai sepanjang lebih 50 muka surat yang ditulis oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan diedarkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat esok (Selasa).

Antara alasan yang terkandung dalam penjelasan itu membabitkan kes hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Berhad.

Selain itu, turut disenaraikan adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga lebih murah dari nilai pasaran.

Jelas Khalid, sekiranya dakwaan itu benar, Saifuddin dan PKR sepatutnya mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara dengan segera.

Malah, Khalid turut meminta Saifuddin untuk mendedahkan semua bukti bagi mengukuhkan segala dakwaan salah laku tersebut.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan itu hanya akan mengundang kontroversi. Malah ia dilihat sebagai bermotifkan politik dan berniat jahat," katanya.

Pada masa sama, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekiranya beliau disiasat.

"Saya berjanji akan memberikan segala komitmen untuk bekerjasama dalam apa jua siasatan terhadap saya.

"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan," katanya.

Pada masa sama, Khalid berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor selain mentadbir negeri itu secara telus dan bertanggungjawab. -mStar

Ketua-Ketua MASEU Ni Boleh Tunjuk Perangai Elok Sikit Tak?

gambar hiasan
Dalam kekalutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari cuba menyelesaikan tragedi MH17 di Ukraine, nampaknya Kesatuan Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (MASEU) cuba cari pasal, menambah tekanan yang ada.

Tak cukup ke burukkan periuk nasi sendiri di dalam negara? Sekarang MASEU tabur onar kat MAS melalui media antarabangsa pulak? “Cantik” perangai diorang lepas Raya ni, kan? Mungkin setan dah terlepas kandang lepas Ramadhan dan kembali merasuk MASEU?

Tak habis-habis nak suruh PM pecat CEO MAS. Selesai ke masalah MAS kalau Ahmad Jauhari dipecat? Sudah 5 orang CEO bertukar ganti, MAS tetap rugi. Nampak gaya macam perlu tukar MASEU pula kali ini, bukan? Apa kata kalau tukar kepala-kepala MASEU tu? Ada berani?

Kakitangan MAS baru dapat “durian runtuh” RM2,000 setiap sorang sebelum Raya baru-baru ini tanda penghargaan dari pihak atasan MAS. Siapa lagi yang luluskan “bonus” tu kalau bukan Najib dan Ahmad Jauhari. Tapi MASEU balas dengan tekanan pada diorang??? Cissss..!

Kononnya MAS perlu rujuk dan bentang pelan pemulihan mereka pada MASEU dulu untuk dibincangkan sebelum dibentang di depan PM. Itu “arahan” MASEU. Alasannya, kerana ia melibatkan kakitangan MAS. Hek elehhhh...besar kepala pulakkk...

Tapi, apasal pulak masa dapat duit tempohari MASEU tak desak MAS bincang dulu dengan diorang? Sebab dapat duit, kan? Bukan ke ia melibatkan kakitangan jugak? MAS tengah tak ada duit. Patutnya MASEU desak MAS bincang dulu dengan mereka sebelum beri duit tu pada kakitangan.

Jadi, lepas tu boleh la MASEU bantah pemberian RM2,000 itu demi “langkah berjimat cermat” MAS, kan? Tapi disebabkan dapat masyuuukkk, maka MASEU diamkan saja? Kebajikan kakitangan, MASEU jaga. Habis tu kepentingan MAS siapa pulak nak jaga? Dah tentu la Ahmad Jauhari dan kepimpinan sedia ada yang MASEU benci sangat tu, kan? Tolong la adil sikit...

MASEU kononnya komited nak jaga kebajikan kakitangan MAS. Itu normal la, semua union nak jaga ahli masing-masing, standardlah tu. Tapi agak-agak la sikit. Yang lebih penting ialah PERLU JAGA KEBAJIKAN MAS. Kalau MAS hidup, maka kakitangan hiduplah. Takkan itu pun tak tahu?

Kalaulah MAS lingkup, agak-agak siapa nak jaga kebajikan kakitangan MAS? Takkan la kakitangan MAS nak mintak Jabatan Kebajikan Masyarakat jaga kebajikan diorang? Air Asia? Takkan MASEU nak jilat ludah sendiri? Cuba kerja dengan Emirates atau SIA? Agak-agak diorang nak ke pekerja yang ada sejarah “attitude” macam ketua-ketua MASEU tu? Please... muntah hijauuu!

Desas-desus dari kakitangan MAS menjelaskan bahawa ketua-ketua MASEU macam Alias dan Jabarullah yang melalak suruh pecat orang sana sini tu sebenarnya bukan lagi kakitangan MAS. Diorang dah “expired”, dah pencen dah pun...

Katanya diorang “arah”kan MAS ambil diorang kerja balik secara kontrak. Bila MAS reject, diorang marah.. mungkin sebab tu diorang serang pengurusan MAS kot??? Betul ke macam tu, bro? Cuba jawab dengan ikhlas...

Ada pulak suara sumbang dari MASEU yang bertanya kat jabatan mana yang terlebih kakitangan? Aduiiii... Kononnya “berpengalaman berjuta-juta tahun” dalam industri aviation, takkan yang tu pun tak boleh nampak?

Lagi desas desus adalah selepas flight attendents MAS berjaya membentuk persatuan sekerjanya, NUFAM, siap didaftarkan lagi. Kini MATA (Malaysia Airlines Technician Association) dan AMALAE (Association of MAS licensed Aircraft Engineers) pun nak keluar MASEU, tengah sibuk buat persediaan nak tubuhkan kesatuan sendiri. Apa hal pulak ni? MASEU tak jaga kebajikan mereka? Sedang MAS sibuk nak balik ke arah keuntungan dan dengan isu MH370 and MH17, ahli-ahli persatuan macam tak sehaluan?

Terdengar juga, MAS bukannya tak cukup pilot ataupu flight attendent. Cuba MASEU tengok balik terma-terma pekerjaan yang dah termaktub dalam Collective Agreement? Ikut practice industry standard? Dengar cerita flying hours pilot dihadkan kepada 900 jam walhal ikut law 1000 jam? Ni serupa macam kalau kat airline lain, satu kerja perlukan seorang saja tapi di MAS terpaksa ada dua orang gitu?

Boleh tak ketua-ketua MASEU ni buat perangai elok sikit? Rasanya kakitangan MAS sendiri pun malu tengok perangai ketua-ketua MASEU ni. Kononnya nak jaga welfare kakitangan MAS, tapi dalam masa yang sama diorang tabur pasir dalam periuk nasi kawan-kawan sendiri.. cisssss..!

Masa depan Sarawak ditangan 50 orang pengundi?


Calon Penerima Anugerah Noble: Profesor UNIMAS yang berasal dari Penang-Kajian tentang Halatuju Politik Sarawak
(Ucapan Tahniah & Syabas dari 100 orang Warga Sarawak)

Portal Malaysia Insider menyatakan dalam artikelnya bahawa 72% rakyat Sarawak bersetuju untuk keluar Malaysia. Namun apa yang melucukan ialah keputusan peratusan kaji selidik tersebut cuma dibuat melalui undian 100 orang secara online dan maklum balas 50 orang dari 3 daerah; Kuching, Serian dan Sri Aman. Baca selanjutnya KLIK

PAS beri amaran kepada DAP dan PKR

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diingatkan tidak sesekali mencampuri sebarang urusan dalaman Pas lebih-lebih lagi melibatkan perbincangan tertutup pemimpin parti itu.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, parti itu juga tidak akan sama sekali berasa terkongkong atau mengikut telunjuk mana-mana pemimpin pembangkang dari luar parti.

Sehubungan itu, beliau mendesak pemimpin pembangkang seperti Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua tidak lagi mengganggu 'privasi' Pas.

"Parti luar tidak perlu pandai-pandai hendak kritik, itu perkara dalaman parti yang sepatutnya mereka tidak campur kecuali Pas ada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada masyarakat umum.

"Kalau melibatkan perbincangan atau mesyuarat kecil dalam WhatsApp AJK Pas Pusat, apa hak mereka hendak melenting? Itu pun disalahertikan. Kalau perbincangan dalaman Pas, biarlah kekal dalam Pas sahaja," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mahfodz mengulas tindakan Rafizi yang meminta supaya tindakan disiplin diambil ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mengemukakan cadangan mengkhianati pakatan pembangkang.

Selain itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan Mohd. Zuhdi sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.

Menurut Siew Fook, cadangan untuk membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang memberikan mandat kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, Siew Fook meminta pemimpin Pas pusat mengambil satu pendirian tegas tentang cadangan Mohd. Zuhdi dan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas pengarah operasi tersebut untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan penyokong pakatan pembangkang di seluruh negara terhadap parti berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya berhubung manfaat yang bakal diperoleh Pas sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang, Mahfodz berkata, adalah tidak adil baginya untuk berimaginasi ketika ini.

Apa yang penting jelasnya, Pas akan meneruskan perjuangan politiknya di negara ini tanpa rasa terkongkong dengan anasir-anasir luar yang mempunyai agenda merosakkan imej parti.

"Isu Menteri Besar Selangor juga akan dibincangkan melalui sistem sedia ada, tiada polemik signifikan yang bakal berbangkit dalam isu ini," ujarnya. - Utusan

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com