Gambar Suspek Godam ATM dikenalpasti


Gambar-gambar dan berita lanjut KLIK

Anwar Arah Menteri Besar Dedah Rahsia

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “mengarahkan” Menteri Besar baru Selangor Azmin Ali agar mendedahkan senarai syarikat dan individu yang dikatakan mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar yang dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, Azmin sudah diberitahu agar menyenaraikan individu atau pemegang saham disebalik syarikat-syarikat berkaitan.

“Demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu,” katanya lagi.

“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah daripada rundingan itu,”

“Tetapi siapa yang akan membayarnya?... Rakyat Selangor,” katanya secara sinis.

Anwar berkata demikian dihadapan kira-kira 300 orang yang menghadiri ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam sabtu lepas.

Kenyataan Anwar tersebut secara tidak langsung seolah-olah mengesahkan bahawa beliau sebenarnya yang berkuasa dan mengawal Menteri Besar Selangor yang baru.

Sehubungan itu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dilaman Facebooknya berkata, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya. - Sarawakiana

PAS rayu terus bersama DAP

Membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang sanggup menafikan kenyataan Naib Ketua Pemuda Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS akan keluar juga dari Pakatan Rakyat (PR) hanya memberi satu makna : PAS amat sayangkan PR tidak akan bercerai dengan DAP.

Suhaizan berkata kenyataan Khairil itu bukanlah bertujuan untuk PAS keluar daripada PR.

"Niat beliau yang sebenar adalah untuk mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran.

"Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

"Seperti kenyataan "cerai" bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut," katanya.

Kenyataan Khairil itu juga ujarnya turut dikeluarkan semasa muktamar Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini, dan ianya tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau perlantikkan exco kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran itu kata Suhaizan, beliau telah menghubungi Ketua DPSY Malaysia dan Ketua AMK Malaysia untuk mempertemukan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Saya mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan PR seperti diputuskan oleh muktamar 2008," tegasnya.

Pemuda DAP Sarawak dua hari lalu mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan  Khairil Nizam bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan berkata, tiada lagi ruang untuk bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR. -bnbbc.my
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Anak Nik Aziz anggap PKR Pembuli

Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.

"Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor.

"Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama.

"Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP.

"PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli.

"Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka.

Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP.

Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan.

Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.

"PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya.

Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu.

"DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati.

"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur.

"PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam.

Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS.

Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS. - mStar

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

DAP Sarawak putuskan hubungan dengan PAS

Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari Pakatan Rakyat, (PR) bila tiba masanya.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan berkata, tiada lagi ruang untuk bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.

Wong menerusi kenyataan yang mengulas kenyataan Mohd Khairil berkata, tindakan PAS itu menyukarkan parti itu untuk kekal di dalam PR.

"Jika PAS terus bertindak melawan arus polisi dan platform PR dan terus mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik, maka PAS tidak sahaja tidak boleh berada di dalam PR malah akan diketepikan masyarakat.

Wakil rakyat kawasan Padungan itu berkata, isunya bukan samada PAS keluar pakatan tetapi pengkhianatan PAS terhadap rakan pakatan dalam kemelut politik Selangor.

Tindakan empat exco PAS meneruskan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim apabila PKR dan DAP mahu menggantikannya kata Wong adalah bukti jelas sikap perbuatan khianat.

"Sentiasa mendampingi UMNO juga," katanya adalah satu lagi pengkhianatan.

Menurut Wong, keadaan kelam kabut dalam PR kini adalah kerana pengkhianatan berterusan dan keingkaran mematuhi agenda PR oleh satu (PAS) parti komponennya dan keadaan itu tegasnya tidak membolehkan mereka untuk kekal di dalam PR.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan parti yang mengkhianati rakyat, apalagi berjuang bersama sebagai pakatan," katanya. - BNBBC.MY
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Malaysia 'Ibarat Neraka' Bagi Peliwat?

Setelah menamakan Malaysia sebagai "tempat yang paling teruk" buat transgender (pondan), pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendedahkan hari ini mendakwa akan bertemu dengan wakil kerajaan dengan harapan untuk mengakhiri penangkapan yang di lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap kumpulan tersebut di bawah undang-undang Syariah.

Dalam satu laporan yang yang terperinci mengenai pencabulan hak asasi manusia terhadap kumpulan tersebut yang dikeluarkan hari ini, HRW telah membuat beberapa cadangan, termasuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik balik kenyataan beliau pada 2012, di mana beliau dilaporkan berkata Malaysia perlu "melawan" kumpulan minoriti.

"Perkara pertama yang kami minta ialah untuk menghentikan penangkapan orang transgender yang berkeadaan mereka sendiri ... Kami mahu orang transgender hidup dengan aman di Malaysia," kata pengarah advokasi HRW Boris Dittrich yang bertanggungjawab dengan isu-isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kepada pemberita semasa pelancaran laporan itu di Kuala Lumpur tadi.

Dittrich berkata pasukan HRW telah berada di negara ini sejak hari Ahad untuk bertemu dengan pegawai kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara pada hari Isnin lepas.

"Kami akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri untuk membentangkan laporan dan bercakap tentang isu-isu ini," kata Dittrich namun beliau tidak menjelaskan sama ada pegawai-pegawai kerajaan yang mereka akan temui sudah menerima laporan dan cadangan mereka.

HRW juga mendakwa mereka telah menggesa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa agama negeri agar memansuhkan undang-undang jenayah berpakaian berlainan jantina, serbuan mereka mensasarkan komuniti tersebut dan mana-mana inisiatif yang bertujuan untuk "mengubati" orang transgender. -Sarawakiana

EKSKLUSIF: Najib Terpaksa "Bertindak Sendirian" ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemubual buat pertama kalinya menyatakan beliau terpaksa mengggunakan cara rundingan "bukan konvensional" atau pintu belakang untuk mendapatkan kembali kotak hitam pesawat MH17 dan jenazah-jenazah mangsa daripada Timur Ukraine.

"Kadang-kala kita perlu bekerja menggunakan "pintu belakang", katanya kepada pengacara CNN Christiane Amanpour dalam temubual secara eksklusif yang disiarkan semalam.

Apabila Najib datang ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lepas, beliau tidak pernah terfikir bahawa dua daripada pesawat Malaysia ditimpa bencana.

"Bayangkan, hanya selepas empat bulan setelah MH370 hilang, dan tiba-tiba, di tengah-tengah malam, anda menerima satu mesej yang menyatakan, kita baru sahaja kehilangan kapal terbang ... ianya dari radar."

"Saya sememangnya berada di dalam keadaan tidak percaya (pada waktu itu)."

Apabila MH17 telah ditembak jatuh di Ukraine lebih dua bulan lalu, mayat-mayat mangsa dibiarkan reput di merata tempat, dan yang penting sekali, kotak hitam pesawat iaitu kunci kepada kebenaran tentang apa yang berlaku, semuanya di bawah kawalan pemberontak pemisah.

Najib berkata, Malaysia telah belajar dari pengalaman kehilangan MH370 di Lautan Hindi di mana respon dari kerajaan bagaikan tidak berkesan ketika menangani krisis tersebut.

"Saya fikir ada beberapa perkara yang kami telah pelajari daripada tragedi yang pertama (MH370) di mana kita tahu kita boleh buat lebih baik, terutama melibatkan bahagian komunikasi."

"Tetapi kali ini, kami menyedari bahawa kami perlu untuk bertindak dan kita bertindak secara berbeza."

Dalam pada itu, semua pemimpin-pemimpin Barat mula bersikap retorik kepada Rusia dan hanya melalui campur tangan peribadi Najib berunding secara langsung dengan pemberontak membolehkan jenazah-jenazah dan kotak hitam pesawat itu kembali.

"Saya telah menemui setiap individu, setiap keluarga (mangsa MH17)," katanya. "Saya berasa amat tersentuh, saya hampir menangis."

"Sebagai pemimpin negara, saya perlu melakukan sesuatu; Saya perlu membawa balik semua jenazah-jenazah keluarga mangsa MH17 kembali."

Itulah sebab mengapa saya memutuskan untuk melakukannya," kata Najib kepada Amanpour sambil menambah, "(cara tersebut memang), adalah "agak tidak konvensional."

"Biasanya sebagai sebagai kerajaan, anda hanya akan berurusan dengan kerajaan lain. Tetapi di sini, ia adalah sebuah gerakan, gerakan pemisah, dan sememangnya banyak kekangan."

"Kita tidak boleh mendapatkan semula jenazah-jenazah mangsa; kita tidak boleh mendapatkan kotak hitam (pesawat MH17); kita tidak mempunyai akses kepada lokasi nahas tersebut."

"Berurusan dengan puak pemisah adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini."

Ramai di kalangan kerajaan Malaysia sendiri yang tidak tahu apa yang Najib lakukan.

"Saya merasakan saya saya terpaksa bertindak sendirian kerana perkara ini amat sensitif. Saya terpaksa "menekan butang" ke sana dan ke mari untuk bekerja menerusi "pintu belakang". Saya terpaksa juga menjalankan operasi itu sendirian."

"Saya melakukannya sendirian, secara tidak langsung, saya telah membimbing pasukan kami dari satu pusat pemeriksaan yang lain." - Sarawakiana

Kampung Pulau Tikus Bakal Ranap Ditangan DAP

Sejarah hitam Kampung Buah Pala pada tahun 2009 bagaikan berulang lagi dan kali ini, ianya bakal menimpa sebuah kampung yang bersejarah iaitu Kampung Pulau Tikus.

Ianya melibatkan sebanyak 17 buah rumah kediaman dan perniagaan masyarakat Siam di kampung berkenaan yang terletak di belakang Balai Polis Pulau Tikus.

Penduduk Kampung Pulau Tikus, sebuah perkampungan Siam telah wujud setelah Siam dan Burma mula menetap di negeri ini hampir 200 tahun yang lalu dan kini penduduknya di minta pemaju untuk mengosongkan kawasan tersebut bagi projek pembangunan hotel.

Rentetan dari notis pengosongan kawasan berkenaan, lebih dari 50 masyarakat Siam Kampung Pulau Tikus siang tadi telah mengadakan bantahan secara aman merayu agar pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah mereka.

Bertegas tidak mahu mengosongkan perkampungan berkenaan, penduduk kampung berkenaan juga merayu kepada Five Star Heritage Sdn Bhd, pemilik tanah kawasan tersebut untuk memberi kepentingan kepada warisan budaya kampung mereka.

Untuk rekod, tanah berkenaan telah diberikan kepada komuniti Siam dan Burma oleh Syarikat India Timur bagi pihak Queen Victoria pada 1845. Baca selengkapnya KLIK

Kesilapan pertama Azmin, perli Khalid

Seharusnya Dato Menteri Besar Selangor baharu Azmin Ali tidak perlu menyindir MB Selangor lama Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) dalam ucapan pertamanya sebagai seorang MB semalam.

Perjalanan Azmin masih jauh lagi sebagai seorang MB maka sebaik-baiknya, beliau sepatutnya belajar selok-belok menguruskan negeri Selangor dahulu dari terus mengkritik MB Selangor yang lama.

Jelas ikrar Azmin untuk memanfaatkan rizab tunai RM3 bilion dalam perbendaharaan negeri Selangor untuk “manfaat rakyat Selangor” dan tidak mahu rizab itu kekal di atas kertas semata-mata sebenarnya menyindir TSKI.

“Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin. Cara saya, dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor.”

Kenyataan ini menjurus kepada cara pentadbiran TSKI yang bagaikan hanya berbangga dengan rizab sebanyak RM 3 bilion tetapi sebaliknya, tidak memberi penekanan kepada pembaikan atau menaiktarafkan infrastruktur-infrastruktur di negeri tersebut yang kian uzur dan bermasalah.

Azmin sebaliknya seharus beringat, bukan sahaja negeri Selangor kini mempunyai masalah malah, parti-parti komponen Pakatan Rakyat, terutamanya di Selangor kini di landa krisis dalaman yang agak serius.

Kemampuan dan kredibiliti Azmin sebagai MB pastinya akan teruji .. Dapatkah beliau mengatasi segalanya nanti? Dapatkah Azmin mentadbir Selangor menjadi sebaik atau lebih baik jika dibandingkan dengan TSKI dalam keadaan yang sedemikian?

Azmin juga harus ingat, sepanjang karier politik TSKI sebagai MB, baik sebagai ADUN atau MB Selangor, TSKI tiada mempunyai sejarah "masalah-masalah peribadi" jika berbanding dengan dirinya sendiri.

Jelas, TKSI mempunyai intergriti yang tinggi ditambah dengan pendekatan cara beliau yang tersendiri dalam menghadapi atau menyelesaikan sesuatu masalah.

TSKI juga telah membuktikan ketaatan beliau kepada Sultan Selangor serta memberi kepentingan kepada kesejahteraan rakyat Selangor namun yang terpenting sekali adalah beliau bukannya di "remote-control" oleh "pihak-pihak" yang tertentu ... dapatkah Azmin berbuat sedemikian juga nanti? Hanya masa yang menentukan segalanya ... - Sarawakiana

Istana Dedah Punca Pilih Azmin Ali Sebagai MB

Istana Selangor memberikan sebab kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam PR dalam pencalonan menteri besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti Pas, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti PR di Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Mohamed Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Mohamed Azmin mendapat surat lantikan dari istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan teka-teki siapa bakal menerajui Selangor.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Mohamed Azmin sekali gus memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti. Baca Selanjutnya KLIK

Azmin angkat sumpah MB esok

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana, kata sumber yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Sumber tersebut memberitahu, surat rasmi itu diterima lebih kurang pukul 5 petang tadi memaklumkan Azmin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada pukul 10 pagi esok.

"Warkah lantikan sudah terima pukul 5 tadi. Pergi angkat sumpah esok 10 pagi. Jam 7 pagi raptai," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.

Azmin sebelum ini menafikan beliau akan dilantik untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menganggap berita yang tersebar sebagai khabar angin.

Gambar raptai upacara mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu sudah tersebar di laman sosial, namun tidak kelihatan gambar ADUN yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor di dalam gambar tersebar itu. - Astro


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Azmin berlatih angkat sumpah MB Selangor



Azmin Ali sedang dikesan melaksanakan rehearsal angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di Istana Selangor. Gambar-gambar dia sedang melakukan 'latihan' sebelum upacara angkat sumpah esok, sudah tersebar dan sedang viral di Facebook.

PKR pula masih lagi terkial-kial untuk menghadap DYMM Sultan Selangor bagi membolehkan mereka melaksanakan misi memujuk dan memaksa DYMM Sultan Selangor menerima Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Manakala DAP pula dilihat kelam-kabut kerana hubungan mereka dengan Azmin Ali tidak begitu baik. Baca Selanjutnya KLIK

Dr M: Kemelut PAS hasil kerjasama dengan Anwar

Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini.

"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada PAS.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kompleks Sukan Air di Putrajaya.

Acara yang diadakan selama dua hari itu yang bermula semalam menarik lebih 400 peserta daripada 24 kumpulan termasuk tiga kumpulan dari luar negara iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia. - Bernama

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS akan terima jawatan MB Selangor

Dewan Ulama PAS mencadangkan supaya parti itu menerima keputusan istana sekiranya calon daripada parti itu dipilih menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Cadangan Dewan Ulama itu disuarakan oleh Naib Ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad pada sesi penggulungan di Muktamar Pas ke-60 di Parit Raja, Sabtu.

Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menghantar surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah calon Menteri Besar yang mengandungi nama Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS, katanya.

"Jikalau diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kita terima, jika diberi pada PAS, kita terima. Kenapa hendak bermusuh dengan istana pulak. Ini adalah pandangan saya yang cetek," kata beliau.

Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang, Selasa ini.

Mengenai persoalan sama ada Presiden PAS perlu mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat parti mengenai isu Menteri Besar Selangor, wakil Dewan Ulama itu berkata Abdul Hadi tidak perlu mematuhi keputusan jawatankuasa mengenai isu terbabit.

"Saya telah mengkaji peruntukan dan mendapati presiden tidak wajib mematuhi keputusan mesyuarat. Ketua atau khalifah mempunyai kuasa pemutus di dalam isu ini," katanya.

Mahfodz juga berkata, usaha pembangkang untuk ke Putrajaya perlu dilakukan secara halal dan tidak boleh menggunakan kaedah yang haram di sisi Islam seperti menggunakan rasuah, memberi habuan dan lain-lain lagi.

Mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan, orang-orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana pelaksanaan tidak melibatkan mereka, katanya.-- BERNAMA

Azmin tetap 'calon pilihan' MB Selangor

Tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.

Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa).

Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu.

Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan.

Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan. -UtaraNews

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Pemuda BN Sarawak buat laporan polis terhadap Chong

Syabas kepada Pemuda BN Sarawak kerana mengambil inisiatif membuat laporan polis siang tadi terhadap Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang didakwa telah menghina lagu Kebangsaan Negaraku.

Laporan polis itu dibuat bersama oleh dua orang Naib Pengerusi Pemuda BN Sarawak Liwan Lagang dan Tan Kai serta beberapa orang pemimpin BN Sarawak yang lain di Balai Polis Gita, Petra Jaya.

Chong, yang juga Ahli Parlimen Kuching dan ADUN Kota Sentosa dikatakan menulis pada statusnya akaun Facebooknya dimana beliau seakan memperlekehkan lagu Negaraku sewaktu lagu tersebut dimainkan sebelum sebuah filem bermula dalam pawagam beberapa hari yang lepas.

Akibat keceluparan Chong, beliau telah dikecam hebat oleh ramai lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan bangsa sehinggakan beliau telah memadakna status tersebut dan memohon maaf secara terbuka di atas perbuatannya. -Sarawakiana
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Angkat Sumpah MB Selangor Baru 23 Sept Ini

Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mendedahkan nama menteri besar yang baharu itu.

Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan.

Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali dan Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad adalah calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Mohamad Munir enggan mengesahkannya.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita.

Susulan kemurkaan baginda itu, PKR dan DAP baru-baru ini menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor.

Selain menghantar surat kedua yang tidak diketahui kandungannya itu, pada hari yang sama kedua-dua parti tersebut mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Krisis politik Selangor tercetus selepas 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu. -Bernama

Giliran parti PAS akan diharamkan ROS

Selepas kekecohan yang dicetuskan pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor apabila perwakilannya mempertikaikan keputusan pemilihan sayap pada parti itu tahhun lalu yang dianggap tidak sah, adakah sekali lagi pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan menyiasat parti itu.

Sebuah parti lagi dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu DAP telah disiasat ROS dalam kes yang sama iaitu kesalahan ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012.

Memetik laporan Berita Harian pada 19 April tahun lepas, pihak ROS mengambil tindakan tidak mengiktiraf jawatan yang dipegang oleh anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu tetapi tidaklah sampai membatalkan pendaftaran DAP.

Berikutan pertikaian Pemuda PAS pula sekarang, pastinya tidak lama lagi parti itu akan disiasat oleh ROS berkenaan isu pemilihan yang didakwa mesti dibatalkan.

Berkenaan isu itu, kekecohan tercetus apabila seorang perwakilan Shah Alam mendedahkan bahawa ada terdapat lima kawasan di negeri Johor tidak boleh diiktiraf kerana gagal mengadakan muktamar masing-masing pada tahun berkenaan.

Bagaimanapun, perwakilan daripada kelima-lima kawasan itu tetap mengambil bahagian dalam proses pemilihan yang berlangsung di Petaling Jaya.

“Lima kawasan itu tidak buat muktamar mereka, tapi bagaimana mereka boleh hadiri Muktamar Pemuda Pusat?

“Malah mereka dibenarkan terlibat dalam pengundian, kesannya begitu besar hingga kemungkinan parti kita boleh dibatalkan oleh ROS,” kata perwakilan itu ketika sesi meluluskan laporan tahunan Muktamar PAS ke-54 di Kota Tinggi, Johor semalam.

Kebimbangan perwakilan Pemuda Shah Alam itu turut disokong oleh perwakilan Pemuda PAS Sabak Bernam Mohd Labib Abd Jalil.

“Setuju atau tidak, jika kita katakan bahawa pemilihan lepas adalah pemilihan yang tidak sah,” katanya.

Pertikaian berhubung status kesahihan pemilihan Pemuda PAS turut disokong dengan laporan bertulis yang diserahkan perwakilan Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Roslan.

Cuba menenangkan keadaan, Pengerusi Tetap Pemuda PAS, Kamal Ashaari akhirnya menangguhkan persidangan selama 10 minit bagi memberi ruang kepada kepimpinan sayap itu melakukan semakan berhubung pendedahan berkenaan.

Kembali selepas itu, Kamal akhirnya mengumumkan bahawa Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan.

“Pada peringkat ini kita tak ada kuasa nak siasat. Tak perlu tunggu esok, malam ini juga saya akan serahkan laporan tadi kepada Majlis Syura Ulama,” katanya.

Kita bakal lihat dalam masa akan datang, berapa lama masa yang akan diambil untuk perkara ini dibawa ke perhatian ROS untuk siasatan.

Dan jika siasatan itu mendapati ada masalah pada pemilihan Pemuda PAS berkenaan akan membawa kepada pengharaman parti Islam itu.

Jika itu berlaku, konflik dalam PR bukan sahaja melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan ia turut tercalit kepada dua lagi parti iatu DAP dan PAS. – MYNEWSHUB.CC

Siapakah yang akan mengaku "Bodoh"?


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea bodoh.

Beliau berkata selepas 51 tahun penubuhan Malaysia, adalah malang masih ada yang cuba membawa cadangan tersebut.

"Mereka yang membawa idea tersebut adalah minoriti. Mereka bawa idea bodoh sedangkan majoriti rakyat mahu terus kekal.

"Selepas 51 tahun menyertai Malaysia sebagai rakyat merdeka, penduduk negeri ini sudah maju, percaya kepada diri sendiri, bangga dengan negerinya, kembali memperoleh maruah yang hilang (akibat kolonialisasi)," katanya semasa berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kipas malam ini.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir menyempurnakan majlis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara kenamaan yang menghadiri majlis berkenaan.

Adenan berkata dari segi perubahan, rakyat negeri ini juga sudah mengalami pelbagai perubahan sejak menyertai Malaysia dari segi sosial, ekonomi, politik dan kemudahan asas.

"Melihat kepada kehadiran ribuan pengunjung yang memenuhi Dataran Kipas sempena sambutan perayaan Hari Malaysia, jelas menggambarkan betapa mereka cintakan Malaysia.

"Dalam tempoh 70 tahun, saya tidak pernah melihat ramai orang berkumpul di satu tempat. Malam ini mungkin 30,000-40,000 orang hadir memeriahkan sambutan.

Katanya, kehadiran beramai-ramai ini adalah cara mereka merakamkan rasa cinta kepada negara, bangsa dan semua rakyat Malaysia. ~bernama

Mat Sabu rayu jangan tubuh parti lain

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan ahli-ahli partinya supaya tidak menubuhkan parti baru biarpun berlaku perbezaan pandangan di dalam parti.

Mohamad berkata ahli-ahli PAS perlu terus mempertahankan parti itu dan terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Jangan tubuh parti lain biarpun kita berbeza pandangan.

"Parti Islam ini perlu terus dijaga dan dipertahankan," katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke 55 di Dewan Chon Moi, di sini, hari ini.

Pandangan Mohamad itu merujuk kepada ura-ura penubuhan sebuah parti baru untuk menggatikan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Badan bukan kerajaan (Ngo) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang baru diluluskan pendaftaran dikatakan akan dijadikan sebuah parti baru menggantikan PAS. - Astro

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Nasrudin anggap PasMa sebagai Kapal Selam


PasMa : Timbulnya Sebuah Kapal Selam

1. Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya PasMa. Ia kini menjadi bahan bualan ahli – ahli politik termasuk para penganalisisnya. Justeru PasMa bukanlah sebuah ngo kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan AMAL, Muslim Care dan lainnya. Juga bukan sebuah ngo yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas seperti Royalti (R) , ANAK dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah ngo yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri.

2. Pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari jelas mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar. Pastinya ia bukan pertemuan yang merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap ngo ini. Sebaliknya ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

3. Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti. Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mahu bekerjasama dengan UMNO dan dilabel sebagai Geng UG sementara mereka pula adalah Pro PR. Jika konsep 1 Jamaah 2 Parti itu menjadi kenyataan, barangkali Parti Ummah Sejahtera ( فاس ) akan wujud.

4. Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadhir dalam pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 tempohari , bagaimana Shaikh Umar Bagharib bin Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan PAS Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat ? . Menganggap Tuan Guru Presiden PAS sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatan Kuasa PAS Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden PAS tanpa perlu pun menunggu muktamar.

5. Seorang peserta yang lain pula menyebut bahawa fokus mesti dialihkan kepada Setiausaha Agung Musthafa Ali untuk dijatuhkan dengan maksud jatuh Musthafa Ali maka lemah dan jatuhlah Tuan Guru Presiden. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Tuan Guru Presiden yang sedang harum dengan perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulamak Sedunia tempohari.

6. Sementara resolusi pertemuan itu disampaikan oleh Ust Mohd Taib Ahmad Setiausaha PasMa. Beliau menegaskan jika AJK PAS Pusat tidak mahu menurunkan Presiden PAS, maka semua AJK PAS Pusat kita turunkan termasuk Mohamad Sabu Timbalan Presiden, Naib – Naib Presiden, Dato’ Mahfuz Omar dan semua AJK PAS Pusat kita turunkan semuanya. Kenyataan beliau berasaskan satu keyakinan bahawa terdapat usaha mahu menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO di Selangor.

7. Menyentuh soal rahsia parti pula, beliau menyebut bahawa baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing ( sebagai membayar kifarah ). Ucapan resolusi PasMa itu juga turut menegaskan bahawa Majlis Syura PAS hanya diperalat oleh Musthafa Ali. Musthafa Ali over rule segalanya, beliaulah Presiden PAS yang sebenarnya.

8. Penjelasan ini adalah sebahagian dari keseluruhan perbincangan yang jelas menggambarkan agenda sebenar PasMa . Pertemuan itu menjadi majlis “membelasah” pimpinan PAS khasnya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.

9. PasMa menjadi forum yang akan bergerak secara terbuka ke seluruh negara dengan membawa agenda tersebut. Himpunan mereka di Pustaka Az Zahra’ menyaksikan kesungguhan mereka mendokong agenda yang mengatasnamakan usaha menyelamatkan PAS itu. Antara yang mengambil bahagian berucap dan melontarkan pandangan dalam Perhimpunan PasMa yang berlangsung di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari ialah Ustaz Mohamad Hussin selaku pengerusi dan menyampaikan ucapan alu – aluan, sementara penceramah pertama ialah Yb. Dr Hatta Ramli dan penceramah kedua ialah Dato Phahrolrazi bin Zawawi.

10. Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa.

Nasrudin bin Hassan At Tantawi

7 Sebab Punca Kematian Teoh Beng Hock Yang Disembunyikan..

Dari Mymassa - Orang yang terakhir bertemu Teoh Beng Hock ialah Bekas Councillor Kajang Mr. Tan di dalam tandas di Bangunan Plaza Masalam Shah Alam !

Seorang saksi mendengar Mr Tan meninggikan suara, menengking-nengking, menjerit-jerit kepada Teoh Beng Hock dalam toilet itu.

Persoalan Pertama, Mahkamah mestilah memanggil dua saksi ini dan meminta Mr. Tan memberitahu kepada Mahkamah apakah yang ditengkingnya? Kenapa dia marah sangat kepada Teoh Beng Hock? Adakah dia bercakap mengenai Bil-Bil, Resit-Resit dan pembayaran-pembayaran?

Kepada Semua Peguam, pertanyaan kami, kenapa kamu tidak highlight pertengkaran itu? Kenapa kamu sembunyikan adegan pertengkaran itu? Adakah kamu sengaja menyembunyikan fakta kepada Mahkamah?

Kata orang putih, “So, if Teoh Beng Hock driven to suicide – Tan should be the prime suspect becouse he was last to see Teoh Beng Hock. Also it can’t be regarded as death in detention becouse after SPRM’s officer finished investigating TBH, he decided to stay inside the building. He don’t want go out from the building. He’s look very-very afraid”

Perkara Kedua, Kenapa Teoh Beng Hock takut keluar??? Kerana dia takut gangster-gangster DAP sedang menunggu di luar bangunan bukan???. CCTV patut menyerahkan gambar-gambar samseng-samseng itu kepada pihak polis dan Mahkamah!

Ketiga, kenapa Peguam-peguam tidak hightlight masalah Psikiatri Teoh Beng Hock? Panggil Majikan lama dia Syarikat Akhbar Cina tahu masalah psikiatri Teoh Beng Hock dan mereka nampaknya menyembunyikan hal ini kerana takut orang Cina marah kepada mereka!!!

Dan Keempat, kenapa Ronnie Liu kelam-kabut dan ketakutan yang amat sangat mencari telefon bimbit Teoh Beng Hock pada hari mayat Teoh Beng Hock dibawa ke mortuary?

Kelima, kenapa peguam-peguam tidak hightlight maklumat-maklumat dalam Handphone dan Laptop Teoh Beng Hock pada masa itu?.

Dan Keenam, kenapa girlfriend Teoh Beng Hock ketika itu tidak terikut-ikut rentak DAP buar roadshow? Sudah tentu kerana dia tahu sesuatu! Dia tahu DAP bukannya jujur! Dia tahu DAP menipu dan menyembunyikan maklumat!

Dan Ketujuh, sejak kematian Teoh Beng Hock hingga ke hari ini DAP telah mengumpul dana beratus ribu ringgit malah berjuta ringgit. Ada sesiapa pernah dengar atau baca dalam suratkhabar berapa jumlah dana sebenar yang telah dikumpul? Ada sesiapa pernah siasat ke mana wang itu disalurkan? Ada sesiapa boleh bentangkan?

Kesimpulannya, DAP ialah DAP penipu dan pendusta. Tak percaya? Kamu boleh tanya bekas setiausaha sulit Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah diugut oleh samseng-samseng DAP sehingga ke hari ini!

Pepatah lama orang China menyebut, “kamu adalah pemakan tahi sehingga kamu menjadi ketua”.

Maksudnya, selagi kamu di bawah DAP selagi itu kamu salah, kamu kalah, kamu bodoh, kamu sial dan barangkali juga patut mati seperti Teoh Beng Hock kerana lebih baik kamu satu mati daripada DAP mati!”.

Kit Siang Merajuk Dengan Kelantangan Nik Abduh?

Faktor Kit Siang tidak turun adalah kerana pengundi Cina yang sedikit seperti yang telah didakwa oleh jurucakap DAP iaitu Mat Sabu dalam Malaysiakini. Apakah Kit Siang juga merajuk dengan Nik Aziz kerana tidak dilihat membantu DAP untuk krisis MB di Selangor?

Baca selanjutnya di http://www.tv14.my/kit-siang-tidak-datang-merajuk-dengan-kelantangan-nik-abduh/

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PKR Kelantan Kecewa Dengan Wan Azizah

AIDCNews – 12/9/14 – PKR Kelantan dilaporkan kecewa dengan keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kepada calon PAS.

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Kelantan, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud dalam satu kenyataan dilaporkan Tranungkite berkata, hanya kerana hendak menyelamatkan kedudukannya sebagai Presiden dan sebagai bakal Menteri Besar Selangor, Wan Azizah sanggup mengecewakan ahli PKR di Kelantan dengan tunduk dan memberikan kerusi yang sebelum ini memang milik PKR kepada PAS sebagai galang ganti sokongannya di Selangor.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebelum ini memang kerusi PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 namun kalah kepada calon dari BN dengan majoriti hanya seribu lebih sahaja. Namun katanya tidak sepatutnya Wan Azizah mencampuri urusan politik di Kelantan.

PKR Kelantan sudah masak benar dengan perangai PAS Kelantan yang gila kuasa dan mensabotaj semua calon-calon PKR yang bertanding sebelum ini semasa PRU13. PAS Kelantan juga ujarnya lagi tidak turun membantu calon-calon dari PKR kerana sifat ego dan sombong walaupun pimpinan atasan sudah mempersetujui kerjasama antara parti dalam Pakatan Pembangkang.

Kekecewaan ini dizahirkan dengan berkata, ahli-ahli PKR Kelantan tidak akan turun membantu dalam PRK Pengkalan Kubor kali ini kerana kerusi tersebut bukan lagi milik mereka, jadi terserahlah kepada PAS untuk merangka strategi bagi memenangi kerusi tersebut tanpa bantuan daripada PKR Kelantan.

Pada 9 September lalu, Wan Azizah menerusi kenyataan medianya berkata PKR menyerahkan DUN Pengkalan Kubor kepada PAS demi untuk memastikan keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dapat dipertahankan.

“Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.

“Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar,” katanya.

DAP guna 'Kek Bulan' untuk menghasut?

Jika ingatan kita semua masih kuat, pada sekitar bulan Ogos Tahun 2013, DAP ada membuat tawaran memberi kek bulan sejumlah 5000 buah kotak untuk orang ramai sempena Festival Kek Bulan.

Apa yang kecoh nya pada hal itu adalah haram halal nya yang dipersoalkan oleh Kongres Melayu Pulau Pinang.

Tambah lagi kempen tawaran itu dilakukan oleh Lim Hui Ying, ia itu adik kepada Lim Guan Eng, Setiausha Agung DAP.

“Kita nak tanya istilah halal itu siapa yang berikan? Adakah logo dan status halal kuih bulan itu telah mendapat pengiktirafan?

“Kalau setakat menggunakan bahan-bahan yang didakwa halal sahaja sudah boleh dikategorikan sebagai halal, itu tidak patut,” kata Rahmad Isahak Presiden NGO itu.

Kini lain pula isu nya berkenaan kek bulan. Konon nya tersebar di banyak group Whatsapp betapa DAP menggunakan kaedah zaman maharaja China dalam kempen menghasut nya.

Jika dulu zaman maharaja Dinasti Ming yang konon nya zalim maka rakyat tidak dapat bergerak bebas dan takut untuk berbual dan berkumpul menjatuhkan maharaja , maka ketua konselor Liu Bowen mendapat ilham menyelit kan maklumat didalam kek bulan untuk sebaran unmtuk menjatuhkan maharaja , maka DAP nampak nya mengunakan kaedah serupa.

Cuma kali ini DAP tidak menyelitkan kertas hasutan tetapi meletak perkataan “UBAH” pada atas kek bulan yang tersebar.

Persoalan nya apa kah kaum yang dapat menguasai sebuah negeri dan ada kuasa di beberapa negeri lain sebagai komponen telah dizalimi?

Apakah dalam negara yang sudah ramai kaum DAP yang menjadi jutawan dikira zalim dan harus diubah?

Malah sebalik nya yang berlaku, ia itu harga barangan yang mahal dipercayai datang dari orang berniaga yang dikuasi oleh kaum ini juga.

Sewaan pada kedai dan rumah juga menjadi mahal akibat kaum ini juga, mereka lah yang zalim dan perlu diubah.

Paling ketara lagi ada lah puak ini apabila berkuasa tidak minat lansung membuat rumah murah kerana kebijaksanaan politik mereka mengetahui kaum mana pula yang gemar rumah murah.

Jadi usah lah konon nya mahu ubah jika makanan kita di atas pinggan menjadi mahal kerana penjual dan pembeli barang untuk memproses nya membeli mahal dari kaum dan puak peniaga dari kalangan mereka yang menyokong DAP.

Mungkin juga ada benar nya kek bulan yang tersebar dengan tempelan “UBAH” itu sebenar nya sudah di makan oleh orang melayu tertentu seperti Mat Sabu , Dyana dan Syefura , itu agak nya mereka sudah berubah dan lupa asal usul mereka.

Tambahan umum tahu Mat sabu makan gaji dengan siapa dan menjadi ahli parti kepada parti lain atas sebab misi nya membawa parti yang dia menjadi ahli sujud kepada tuan nya yang sebenar yang sudah lama memberi dia makan kek bulan. - TV14

Anwar Didesak Henti Aksi Filem Hindustan dan Tamil!

Anwar Ibrahim diminta agar menghentikan drama Hindustan atau filme Tamil yang seringkali digunakan untuk menarik sokongan seramai mungkin. Dr. Zuhdi Marzuki menggelarkan krisis Menteri Besar Selangor yang diwujudkan oleh Anwar brahim sebagai sebuah putar belit filem Bollywood.

Dalam postingnya di Facebook, Mohd Zuhdi Marzuki turut menggesa agar Anwar Ibrahim menamatkan drama Hindustan itu. Dan lebih menarik lagi ialah apabila, walaupu Zuhdi memuji Wan Azizah sebagai seorang isteri mithali, Zuhdi bagaimanapun memperkukuhkan kenyataan yang dibuat oleh Hadi Awang bahawa WanAzizah bukanlah seseorang yang mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memimpin.

"Sekarang bukanlah masanya untuk mengaut simpati masyarakat yang mana berjaya dilakukan oleh Wan Azizah pada tahun 1999 sewaktu era reformasi (selepas suaminya disumbat ke dalam penjara). Ini adalah masanya untuk mempamerkan kemampuan dan contoh kepimpinan di Selangor.

"Rakyat mahu melihat Menteri Besar yang hebat, telus, mempunyai skil dan bijaksana untuk menguruskan negeri selepas (Menteri Besar sekarang) Abdul Khalid Ibrahim meletakkan tanda aras yang tinggi (untuk pentadbiran)," katanya.

Berbeza dengan dakwaan bahawa kenyataan Hadi Awang adalah memperkecil-kecilkan Wan Azizah selain bersikap chauvinis, Zuhdi berkata kenyataan Presiden PAS itu merupakan satu sanjungan kepada Wan Azizah.

"Saya tidak melihatnya sebagai satu penghinaan sebaliknya penghormatan dan penghargaan kepada Wan Azizah kerana menjalankan tugasnya sebagai 'isteri mithali," kata Zuhdi lagi.

Menurut Zuhdi lagi, sekiranya terdapat anugerah 'isteri mithali', tidak syak lagi orang yang paling sesuai untuk anugerah tersebut adalah Wan Azizah. Menurutnya, Wan Azizah mungkin mempunyai kebolehan dan kelebihan pada bidang lain, tetapi bukannya dalam hal-hal kepimpinan. Sehinggakan musuh-musuh Anwar, katanya, sangat mengkagumi Wan Azizah selain bersimpati dan hormati serta tidak menjadi sasaran serangan.

Bagaimanapun, Zuhdi berpendapat, cubaan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor telah mencemarkan reputasi dan penghormatan kepadanya. - BULETIN SENGAL

Nik Abduh Lancar "Perang" Terhadap PKR & DAP

Pengkhianatan PKR terhadap PAS sebenarnya bermula di saat dua pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR.

Ahli Parlimen Pasir Mas (PAS) Nik Mohamad Abduh Nik Aziz pada status akuan Facebooknya semalam berkata pengkhianatan ini juga sebaliknya, telah memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR."

Nik Abduh juga menyatakan sebagaimana dua ADUN itu telah memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah dalilnya apabila Presiden PAS Datuk Seri Awang Hadi pula yang sebaliknya dituduh sebagai pengkhianat PR kerana menamakan calon MB daripada PAS walhal, pengkhianatan ini sebenarnya bermula dari PKR.

Jelas penulisan Nik Abduh menegaskan pengkhianatan PKR terhadap PAS dengan cara mempengaruhi dua ADUN PAS tersebut untuk tidak mentaati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim terus memegang jawatannya adalah titik mulanya pengkhianatan PKR terhadap PAS.

Hakikatnya, PAS telah dikhianati oleh ahlinya sendiri yang secara tidak langsung didalam masalah atau situasi (Kajang Move) yang dicipta oleh PKR sendiri sehingga ianya kini melibatkan pula PAS mengelami masalah-masalah dalaman.

Untuk mengembalikan kredibiliti dan imej baik PAS, Nik Abduh juga menyaran Presiden PAS Hadi Awang kini hanya ada dua pilihan iaitu bertindak drastik dan keras membawa PAS keluar daripada PR, membatalkan Tahaluf Siyasi kerana dikhianati atau memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Mengimbau kembali tindakan PAS melalui mesyuarat pada Ogos 17, 2014 dimana Majlis Syura Ulama memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Tan Sri Khalid, Nik Abduh mengakui tindakan tersebut telah menerima pujian dari orang ramai.

Keputusan 'emas' tersebut malangnya hanya mampu bertahan elama lima jam apabila di sebelah petang pad hari yang sama dimana tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu Wan Azizah Wan Ismail!

Akibatnya, Presiden yang sebaliknya berhadapan dengan kemelut yang berganda iaitu bagaikan memberi gambaran Presiden PAS tidak mampu mengawal parti dan menyebabkan ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan Wan Azizah.

Nik Abduh juga mempersoalkan tindakan PKR yang seakan "memaksa" 13 ADUN PAS agar menanda tangani surat sumpah agar menyokong Wan Azizah sebagai MB yang baru.

Keadaan semakin kalut apabila mesyuarat PAS pada Ogos 25, 2014 memutuskan tidak akan menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana dengan alasan presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Selain dari BN, rakan PR PAS sendiri mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn dan mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri dan ini ditambah dengan berbangkitnya isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya.

Menyarankan Presiden PAS agar bertindak segera Nik Abduh juga memberi kesimpulan bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggin dan sekiranya masih tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak.

Beliau merasakan Presiden harus membuat keputusan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding dan menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.

Apakah ini "semboyan" yang telah lama dinanti-nantikan oleh sebahagian ahli PAS yakni mereka harus keluar dari PR demi mengembalikan asas perjuangan mereka yang sebenarnya? -Sarawakiana

Laporan Penuh! Punca nahas pesawat MH17


Laporan awal oleh kumpulan penyiasat Belanda menyatakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembusi oleh objek berkelajuan tinggi sebelum ia berkecai di udara ketika nahas berlaku pada 17 Julai 2014 yang lalu..

Laporan yang disiarkan di laman web Badan Keselamatan Belanda petang ini turut menyatakan bahawa tiada petunjuk yang mengatakan nahas pesawat MH17 itu berpunca dari kesalahan teknikal, kecemasan atau berpunca dari anak kapal pesawat terbabit.

Menurut laporan itu, siasatan ke atas perakam suara kokpit, data penerbangan pesawat dan data pusat kawalan trafik juga menunjukkan penerbangan pesawat MH17 berjalan secara normal sehingga pukul 13.20.03 (UTC) sebelum berakhir secara tiba-tiba.

Tiada mana-mana nada amaran didengar di kokpit yang mungkin menunjukkan masalah teknikal. Corak bangkai di atas tanah menunjukkan bahawa pesawat ini berpecah kepada kepingan semasa di udara.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra itu berkata lebih banyak siasatan diperlukan sebelum mengenal pasti secara tepat punca sebenar nahas.

“Badan Keselamatan percaya lebih banyak bukti akan diperolehi oleh pasukan penyiasat dalam masa terdekat.”

“Laporan awal menyiarkan hasil penemuan pertama terhadap siasatan yang sedang dijalankan. Dari ketika ini, pasukan penyiasat akan bekerja ke a ah menghasilkan laporan yang terakhir. Badan ini mensasarkan untuk mengeluarkan laporan penuh dalam tempoh setahun dari tarikh nahas.-Awani

Ulamak PAS kesal sikap "lidah bercabang" Anwar

Seorang ulama Pas hari ini 'memulangkan paku buah keras' kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan kekesalan terhadap sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kemelut Menteri Besar Selangor.

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik secara keras membidas semula kenyataan berkenaan dengan menyenaraikan lapan kekesalan rakyat dan penyokong Pas terhadap parti itu dalam kemelut tersebut.

Beliau berkata, mereka kesal kerana PKR mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa sebab bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan.

"Kami kesal dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan `Langkah Kajang' tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar tetapi berlaku sebaliknya dan tindakan PKR mencipta projek `Langkah Kajang' tanpa persetujuan Pas serta komponen pakatan pembangkang," katanya menerusi status Facebook beliau hari ini.

Nik Nazmi dilaporkan meminta Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Beliau turut kesal dengan kenyataan berkenaan dan mahu Abdul Hadi menghormati keputusan Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Pimpinan Pakatan yang meletakkan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan berkenaan.

Mokhtar berkata, rakyat dan penyokong Pas juga kecewa terhadap penipuan Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut mereka sudah berbincang dengan Abdul Hadi di Terengganu tentang nama calon Menteri Besar Selangor tetapi sebenarnya memaksa Presiden Pas itu menandatangani surat sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah.

Dakwanya, perkara lain yang dikesalkan adalah penipuan PKR yang menyebut bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengkhianati wang rakyat tetapi sehingga kini gagal membuktikan fitnah tersebut.

"Kami juga kesal dengan PKR apabila masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap 'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati Pas. Hari ini sudah masuk hari ke-19 dokumen tersebut tersebar,'' ujarnya.

Tambah beliau, sikap 'lidah bercabang' Anwar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Pas berkehendakkan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sedangkan mereka terlebih dahulu berjumpa Ahli Parlimen Gua Musang itu tetapi gagal juga dikesali oleh penyokong Pas.

Selain itu katanya, mereka kesal dengan sikap PKR tidak menghormati konsensus pakatan pembangkang yang bersetuju menjunjung institusi beraja berikutan masih berdegil mengikuti arahan istana Selangor dalam isu penggantian Menteri Besar. - UTUSAN

Apakah sebenarnya niat DAP Sarawak?

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Haji Saidol mengecam kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen baru-baru ini mengenai penolakan DAP terhadap cadangan peningkatan jumlah kerusi parlimen dan DUN di Sarawak.

"Sekali lagi kita tidak terkejut dengan tindak balas seumpama itu datang daripada Chong. Semua orang tahu penumpuan kepada penduduk yang tinggal di bandar mahupun luar bndar.

Bagaimanapun di kawasan luar bandar, kawasan kampung dan rumah panjang bertaburan di mana sahaja. Sebahagian kawasan pilihanraya adalah merupakan kawasan terbesar sebagai sebuah negeri di Malaysia Barat.

"Bagi memastikan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar yang mewakili keperluan dan tuntutan mereka, saya berfikir sudah tiba masanya untuk merangka persempadan semula dipertimbangkan."

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana menerusi telefon mengenai perkara tersebut sebentar tadi.

"Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Haji Adenan Amar Satem akan memastikan memberi tumpuan kepada pembangunan di kawasan luar bandar. DAP menerusi kempen 'Impian Sarawak' yang bermotifkan politik 'palsu' yang mereka cipta sendiri, juga memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar. "

"Jadi mengapa perlu dia menentang usaha persempadanan semula ini? Adakah dia tidak ikhlas untuk melihat pembangunan dibawa ke kawasan luar bandar? Jika persempadanan kawasan parlimen gagal untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan di Parlimen maka Dewan Undangan Negeri boleh ditentukan di peringkat negeri," soal Abdullah dengan sinis.- Sarawakiana

Sultan Selangor dukacita DAP, PKR ingkar titah

Dalam Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Selangor iaitu Dato' Haji Mohamad Munir Bani menyatakan Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bertitah hanya PAS yang akur menghantar tiga nama calon Menteri Besar (MB) Selangor seperti yang baginda titahkan.

Tuanku Sultan Selangor menganggap tindakan PKR dan DAP yang menghantar satu nama sahaja calon MB Selangor, iaitu isteri Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim; Datin Wan Azizah Ismail sebagai kebiadapan terhadap Institusi Raja dan perbuatan derhaka kepada titah Baginda.

Baginda juga amat dukacita dengan keengkaran serta tindakan biadap dan derhaka parti PKR dan DAP yang sememangnya kurang ajar dengan institusi Raja-Raja Melayu.

Titah baginda meminta sekurang-kurangnya tiga nama calon MB Selangor baru dari sesetiap Parti PKR, DAP dan PAS adalah untuk Baginda membuat pilihan terhdapa bakal MB Selangor yang baru dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahdli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, intergriti dan kebolehan ADUN tersebut.

Ciri-ciri ini amat penting bagi menjaminkan perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian negeri Selangor, titah Baginda lagi.

Jelas di sini, PKR & DAP tidak pernah mengambilkira akan kebajikan serta kelancaran pentadbiran dan keharmonian negeri Selangor demi mencapai cita-cita politik mereka namun yang amat sadis sekali adalah Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah pun secara terbuka melabel PKR dan DAP derhaka kepada Baginda. -Sarawakiana

PKR dan DAP beri kata dua kepada Sultan?

Datuk Seri Najib Razak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor berkaitan kuasa Sultan mengenai pelantikan Menteri Besar.

Perdana Menteri berkata, mereka bersekongkol dengan DAP seolah-olah memberi kata dua kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menamakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar.

"Tengok gelagat PKR di Selangor macam mana, mereka tidak faham perlembagaan tentang kedudukan raja-raja.

"Yang tersurat itu satu, yang tersiratpun mereka tak faham, tetapi saya faham.

Sebab itu mereka bersekongkol dengan DAP, macam beri kata dua kepada raja," katanya Presiden UMNO itu.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen di sini hari ini.

Pembangkang kini sedang bergolak di Selangor ekoran kemelut jawatan Menteri Besar dengan PKR yang disokong DAP berkeras hanya mahu Wan Azizah sebagai calon manakala PAS menolaknya. - BNBBC.MY
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS sepakat tolak Wan Azizah jadi MB

Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Ahad meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Menurut ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan itu dilihat tidak mencerminkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi ia daripada presiden sebuah parti komponen kepada presiden parti komponen yang lain.

"AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah telah memimpin PKR sejak 1999, dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2008.

"Beliau telah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang telah memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

Abdul Hadi dalam kenyataan sebelum ini berkata PAS menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi keranan beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin.

Menurut Hadi, Islam telah menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin.

"Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.

"Kalau daripada awalnya lagi dia (Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.

"Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)" katanya.

Malah kenyataan Hadi itu turut disokong Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Dinyang berkata kenyataan Abdul Hadi itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.

"Itulah  penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini.

"Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentu Majlis Syura akan menyokong" katanya ketikia ditemui wartawan SuaraTV sejurus selepas forum perdana yang diadakan di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3, malam tadi.

Menurut Dr Haron lagi, masih ada calon yang lebih layak untuk dieprtimbangkan berbanding Wan Azizah.

"Dalam Islam bukan soal gender tapi apa yang lebih penting adalah soal amanah, kemampuan. latar belakang dan sejarah seseorang itu" katanya lagi. - SuaraTV

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Presiden PAS berhak cadang nama MB

Presiden PAS mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti, tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin tertinggi parti yang didakwa mempertikaikan keputusan Majlis Syura menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar yang ditandatangani Abdul Hadi tanpa merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Pemimpin berkenaan perlu merujuk semula perlembagaan PAS, kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Syariah Islam di sini hari ini.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang di Selangor menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Itu amalan parti (PAS) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 (di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat)," kata Abdul Hadi.

Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan PAS' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota PAS, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

"Itu adalah amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftar Pertubuhan sama ada nak terima pendaftaran Pasma, biasalah dalam negara demokrasi ini ada banyak parti politik," katanya.-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Benarkah Baru Bian akan sertai DAP?


Pelbagai spekulasi sedang berlegar, bila DAP Sarawak melancarkan projek 'Impian Sarawak' di kawasan PKR yang diwakili Baru Bian.

Pembinaan paip air graviti oleh DAP di Kampung Briwan Kito dan Tunas Baru seolah-olah membuktikan bahawa wakil PKR itu tidak peka dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN di kawasannya, sehingga memaksa DAP menggerakkan jentera "Impian Sarawak" untuk membantu rakyat disana.

Baru Bian mungkin merasakan lebih 'selamat' dengan berdiam diri, lagipun Baru Bian menyedari bagaimana projek loji penapis air bernilai RM20 juta untuk Lawas pada 2 tahun lepas disabotaj oleh DAP demi memalukan Baru Bian.

Hubungan 'kurang selesa' antara Baru Bian selaku pengerusi PKR Sarawak dengan pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen memang diketahui ramai sejak PRN Sarawak yang lalu.

Namun dalam politik tiada musuh yang akan kekal, mungkin DAP menggerakkan jenteranya ke kawasan Baru Bian sebagai satu petanda betapa Baru Bian dan Chong Chieng Jen sedang mula meraikan hubungan "baik", dan bukanlah mustahil bagi Baru Bian untuk menyertai DAP?

Tanggapan seperti ini bukanlah 'aneh', lihat saja sejarah politik dayak, atau tanya saja pada Dr John Brian Anthony mengapa beliau memilih DAP setelah sekian lama berjuang bersama PKR? Baca selanjutnya KLIK

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com