FAKTA - Antara Hujah Menarik kes liwat Anwar Ibrahim

Antara hujah menarik perhatian kita dari Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari Jumaat, 31 Oktober 2014

(Hujahnya akan disambung di sebelah pagi hari Isnin (petang Isnin tiada pendengaran)
kemudian diikuti hujjah penggulungan oleh ketua pembelaan Anwar iaitu Datuk Gopal Sri Ram pada pagi Selasa)

1. Anwar Ibrahim bukanlah individu biasa. Beliau seorang yang berkarismatik dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran seorang budak muda seperti Saiful. Selepas meliwat Saiful, Anwar berpesan kepada Saiful supaya jangan meninggalkan solat.
(Nota: Bukan saja saja Saiful, malah orang lain juga yang tidak mengenali siapa Anwar sebenarnya)

2. Saiful yang gagal menamatkan pengajian degreenya dilantik oleh Anwar sebagai Pembantu Peribadi dengan gaji lumayan, elaun yg tinggi dan pelbagai lagi kemudahan lebih daripada staf Anwar yg lain.

3. Saiful dibawa ke mana saja oleh Anwar. Singapura, Hong Kong dan lain-lain negara.

4. Anwar juga memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir Rm 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee.
http://www.brioni.com/

5. Selepas Saiful menguruskan jadual perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, "Can I f*ck you today?" Ini jelas menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.

Saiful agak keberatan dan ini telah menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti liwat tersebut.

6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara. Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.

Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.

Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan aktiviti liwat tersebut.

Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari selepas diliwat.

Muka Saiful bukanlah muka individu yang gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas kejadian trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.

7. DNA 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya untuk dibuat DNA profiling).

8. Bahan bukti yang didapati dari hospital seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.


Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Mampukah KY JELLY Menyelamat Politik Anwar?

Memang susah nak diterima akal, tetapi kehebatan dan kekuatan Anwar akhirnya ditentukan oleh KY Jelly. Kalau Anwar selamat kali ini, PKR perlu fikirkan kemungkinan untuk jadikan KY Jelly sebagai logo Pakatan Rakyat.

Galeri awam di mahkamah tadi cukup susah nak terima hakikat pernyataan wakil Anwar apabila kerap kali mengatakan – ‘consensual sex’ sememangnya berlaku. Ini yang cukup susah nak diterima.

Jika sodomi paksa tidak berlaku; apa yang jadi? Gopal Sri Ram dalam mempertahankan Anwar banyak kali memberi gambaran bahawa jikapun berlaku, ianya adalah berasaskan suka sama suka.

Ramai yang tak sedar, tetapi Kak Wan tunduk malu bila fakta itu dibacakan. Kak Wan tahu implikasi di sebalik kenyataan Ram.

Ini bermakna, insiden itu memang berlaku. Tidak ada syak. Tetapi soalnya, paksa atau tidak.

Kalau menurut Ram…memang berlaku. Paksa atau tidak itu soal lain.

Tapi kalau penyokong PKR masih merasakan Anwar maksum – kita terima sahajalah. - (Sumber: Gelagat Anwar)

Lim Kit Siang mahu PM masuk campur hal Mahkamah

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Tuan Lim Kit Siang, hari ini, menggesa Perdana Menteri menggunakan pendekatan wassatiyah dengan tidak cuba mematikan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hukuman yang lebih berat dari yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan lalu.

Dalam perbahasan beliau di Parlimen sebentar tadi, Supremo Parti Tindakan Demoktratik (DAP) itu menggesa Perdana Menteri dan pihak Pendakwa Raya menarik balik rayuan meningikan hukuman ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Lim turut menyatakan kesalahan ini bukanlah "public interest" yang memerlukan hukuman maksimum.

Malahan menurut beliau, kes rasuah di Indonesia membabitkan bekas Menteri juga hanya dihukum separuh dari daripada hukuman maksimum sedangkan ia merupakan kes yang mempunyai kepentingan awam.

Tindakan Lim menggunakan perbahasan Parlimen bagi mengulas hukuman harus dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap satu kes individu adalah satu campur tangan jelas legistatif (perundangan) ke atas kehakiman. Malah perbahasan Lim yang tampak menyarankan campur tangan Perdana Menteri bagi meringankan hukuman ke atas Anwar Ibrahim mengundang pula campur tangan eksekutif ke dalam kehakiman.

Bukankah saranan dan usaha mencampuri bahagian lain pentadbiran negara ini merupakan satu ancaman kepada pengasingan kuasa (separration of power) dalam sistem pentadbiran demokrasi dan menuju ke arah "penyalahgunaan kuasa"?

DAP sebelum ini merupakan antara parti terkehadapan bercakap soal pengasingan kuasa dan ketelusan kehakiman hari ini mendesak campurtangan perundangan dan eskekutif ke dalam kehakiman?

Bukankah ini menunjukkan demi kepentingan peribadi dan politik parti mereka, DAP sanggup berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan laungan kebebasan kehakiman mereka? Jika belum berkuasa sudah demikian perangai dan pandangan, apakah jaminan bila mereka berkuasa mereka tidak akan melakukan penyalahgunaan kuasa yang lebih serius?

Nampaknya, di mata DAP, keadilan hanya untuk kalangan mereka yang mampu membantu parti tersebut mendapat kuasa. Dalam kes ini survival Anwar dalam politik lebih penting daripada menegakkan keadilan untuk mangsa Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Nota: Jangan komen soal Anwar Ibrahim dianiaya kerana Saiful Bukhari telah bersumpah atas nama Allah, Anwar Ibrahim belum. Jika ada muslim menyatakan Anwar tidak bersalah, Saiful pembohong, maka nyatalah dia hanya muslim keturunan dan tidak percaya kekuasaan Allah. - (sumber: MYKMU)

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Ancaman bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak

Membaca laporan sebuah portal tempatan Sarawak, dapat dirasakan bahang kepanasan yang melanda parti PKR di negeri bertuah ini. Mana tidaknya, ketika ketua umum mereka di Malaya terpekik-pekik meminta simpati rakyat agar sama-sama menafikan kes liwat yang dihadapinya, yang memungkinkan Ketua Umum itu "dipasong" sekali lagi.

Rupanya hari ini PKR Sarawak sedang mengelupur dengan keputusan 'orang kuat' parti itu mengisytihar keluar parti dengan serta-merta. Baca SINI.

Lain pula cerita dari sebuah blog yang melaporkan KLIK dan SINI aktivis pemisah menggunakan akaun Facebook bernama Chopz Suey telah membuat ancaman bunuh terhadap ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
 

Sebagai anak muda yang dahagakan perhatian, niat  Chopz Suey mungkin untuk kelihatan gah dan popular dengan kenyataan serta ancaman seperti itu, namun untuk popular tidak semestinya mengancam bunuh pemimpin negeri. Masih ada cara lain tanpa perlu mencabar undang-undang.
Chopz Suey yang menganggap diri sebagai pejuang, kami yakin beliau bertanggungjawab dengan ancaman yang buatnya dan sanggup berdepan apa saja kemungkinan.

Cuma seperti sebelum ini, kami masih mempersoal apakah reaksi penyokong Adenan atau parti PBB bila ketua mereka diancam bunuh dan dihina?


Pemisah Lancar Perang Terhadap KM Sarawak?


Seorang aktivis Pemisah yang berjuang untuk membawa Sarawak keluar dari persekutuan Malaysia mengeluarkan kenyataan seolah-oleh mahu melancarkan "perang" terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, walaupun selama ini mereka agak sependapat dengan Adenan.

Sebagai aktivis pemisah serta penganut politik PKR dari Malaya, Beng Kor mungkin terpukul dengan kenyataan Tan Sri Adenan yang menyatakan "Sarawak akan kekal berada dalam Malaysia selama-lamanya". 

Mungkin juga Beng Kor merasa sangat kecewa kerana sokongan rakyat terhadap kepimpinan Adenan yang semakin meningkat, sedangkan sokongan terhadap pembangkang semakin 'terdedak' oleh pelbagai masalah dalaman melanda pakatan Pembangkang.

Sebagai reaksi untuk menarik perhatian, Beng Kor bukan sahaja menghina dan mencaci KM Adenan sebagai "bongok" dan "tidak pakai otak". malah seolah-olah mencabar Adenan serta kerajaan bertindak terhadap dirinya.

Bagi rakyat Sarawak yang agak baru dengan politik provokasi, kenyataan Beng Kor dianggap "keterlaluan" dan seolah mahu melancarkan "perang" terhadap pemimpin yang dipilih rakyat.

Lalu...apakah tindakan orang PBB bila pemimpin tertinggi mereka dihina dan dicaci seperti ini? 

Perbezaan Adenan dan Beng Kor,... Adenan dipilih oleh rakyat, sedangkan Beng Kor sekadar mengisytihar diri sendiri sebagai "pejuang". Itu saja...  Baca juga di SINI dan SINI

Azmin minta PKR Harus Keluar Dari Anwar-Centric

Menteri Besar Selangor berkata PKR harus bergerak ke hadapan dan keluar dari kerangka Anwar-centric untuk memastikan parti itu kekal relevan pada masa hadapan.

“Saya tidak mahu meramalkan apa yang berlaku pada 28 Oktober tetapi berharap mahkamah melihat fakta-fakta kes sebelum membuat keputusan.

“Tetapi apapun yang berlaku sekarang, perjuangan akan diteruskan. ini bukan perjuangan seorang insan tetapi perjuangan rakyat iaitu satu isu keadilan,”kata Azmin dalam wawancara eksklusif yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan apakah keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kes liwatnya nanti akan menjejaskan penjuangan Pakatan Rakyat.

“Memang sebelum ini, ada andaian Parti Keadilan ini adalah Anwar centric-party. Memang pada 1998/99, kita memperjuangkan untuk kebebasan Anwar kerana beliau adalah simbol kezaliman dan rakyat bangkit dengan gerakan yang cukup besar dalam negara.

“Benar pada awalnya, kita perjuangkan Anwar tetapi selepas itu kita membincangkan isu-isu besar tentang keadilan rakyat,” katanya.

Menyentuh tentang cadangan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar tidak berjaya sebaliknya beliau yang dilantik mengambil alih jawatan tersebut, Azmin berkata ia merupakan sebahagian proses demokrasi.

“Saya bukan baru dalam perjuangan reformasi. Saya bersama (Datuk Seri) Wan Azizah dalam gerakan reformasi sejak 1988 sehinggalah PR berkembang sehingga hari ini.

“Pelantikan yang diputuskan ini adalah mandat dari parti dan keputusan telah dibuat dan saya bersyukur krisis MB ini berakhir. Ramai yang menjangkakan krisis ini akan berlanjutan malah ramai yang terkejut termasuk juga rakan saya dari pihak yang di sebelah sana, mereka terkejut kerana krisis ini diselesaikan dalam keadaan harmoni.

“Sememangnya terdapat sedikit pandangan berbeza di kalangan kami, tetapi apa yang berlaku adalah sebahagian dari proses demokrasi, ” katanya lagi. - sumber: AIDC News

Dewan Ulama PAS Seru Nurul Izzah Bertaubat

Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang ramai yang menjayakan kempen kontroversi ‘saya mahu sentuh anjing’ yang berlangsung pada 19 Oktober lepas sebagai idea pelik oleh golongan yang tak berotak yang ada cuma ulat dalam kepala, kali ini giliran Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) pula menyuarakan bantahannya.

Dalam kenyataan rasminya, DUPP menyimpulkan penganjuran program seumpama itu sebagai sebahagian dari agenda halus untuk meliberalkan amalan syariat dan pemikiran umat Islam dan lebih menarik lagi turut menyeru kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin politik beragama Islam yang menyokong kempen itu supaya segera bertaubat.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam,” demikian penegasan Dewan Ulama PAS Pusat.

Kenyataan rasmi bertarikh 21 Oktober 2014 itu disampaikan oleh Ketua Penerangannya Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri dan hari ini sebahagian point utamanya turut disiarkan dalam liputan Utusan Online.

Nurul Izzah - I Want To Touch A Dog

Seruan supaya bertaubat itu walaupun tidak dinyatakan secara spesifik siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, mungkin untuk menjaga sensitiviti rakan sepakatan dalam PR atau yang berkaitan barangkali.

Namun bagi kebanyakan khalayak umum yang mengikuti isu ini ramai yang menjangkakan ia berkait rapat dengan sokongan terbuka anak perempuan Ketua Umum PKR terhadap penganjuran program tersebut.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Bt Anwar Ibrahim dalam laman twitternya dipetik sebagai berkata, “Islam juga adalah tentang kasih sayang. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang hadir”.

Kenyataan itu difahami umum sebagai manifestasi sokongan Nurul Izzah terhadap kempen tersebut. Dan sokongan itu nampak lebih jelas bila dikaitkan pula dengan kenyataan bersifat promosi oleh Nurul Izzah juga melalui satu lagi tulisannya di twitter sehari sebelum kempen berlangsung.

Penganjur program, Syed Azmi turut berkongsi rasa seronok dan bangga dengan sokongan Nurul Izzah dan dari gaya bahasa yang digunakan di laman sosial facebooknya seperti menceritakan Nurul Izzah pada awalnya ingin turut serta memeriahkan program tersebut namun dibatalkan kemudiannya kerana ada urusan lain di Johor.

Selepas kempen ini menjadi kontroversi besar-besaran sehingga mengundang kritikan ramai pihak termasuk diseru bertaubat oleh Dewan Ulama PAS Pusat, belum dapat dipastikan apa respon Naib Presiden PKR itu mengenainya. Persoalannya, sanggupkah Nurul Izzah menyahut seruan? - sumber MYKMU

Chegu Bard disaman RM2 juta kerana memfitnah


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus memfailkan saman sebanyak RM2 juta ke atas bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kerana memfitnahnya di laman sosial pada 22 Mac lalu.

Writ saman berkenaan difailkan menerusi peguam, Hazwan Mohd Nor di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Menurut Hazwan, anak guamnya selaku plaintif memfailkan saman itu berikutan kenyataan yang dikeluarkan defendan, Badrul Hisham melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook ditujukan kepadanya dengan niat untuk mencemar nama baik.

“Beberapa kenyataan yang dikeluarkan Badrul Hisham menjejaskan nama baik anak guam saya yang ketika itu sedang berkempen sebagai calon Ketua AMK pusat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Seremban, di sini, semalam.

Hazwan berkata, notis tuntutan permohonan maaf bertarikh 24 April telah dihantar kepada Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegu Bard.

“Kita sudah memberi masa panjang untuk defendan memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya.

“Namun, defendan enggan berbuat demikian menyebabkan tindakan saman diambil,” katanya.

Katanya, plaintif memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM2 juta itu sebagai tindakan terakhir selepas defendan gagal memberi kerjasama.

Hazwan (kiri) bersama rakannya, Hafiz Yahya berbincang mengenai writ saman yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.-SH

DAP nekad berpisah dari PKR dan PAS

DAP Sarawak pada Sabtu menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah.

Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya. -mStar
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Bukti Anwar sudah kalah, jika rakyat hakim negara

Jika dirujuk prinsip "Rakyat Hakim Negara' yang sering dilaungkan oleh pencacai Anwar serta penganut fahaman luar tabie, ternyata Anwar sudah kalah ditangan rakyat. Anwar sudah kalah teruk sebenarnya.

Mereka yang dulu rela jadi pencacai Anwar, sekarang sudah muak serta meluat dengan agenda Anwar yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai 'perisai' untuk mempertahankan masalah peribadinya.

Paparan dibawah ini sebahagian dari bukti betapa Anwar sudah tidak lagi mampu meyakinkan anak muda yang sebelum ini sanggup ke hulu ke hilir mengusung perjuangan peribadi Anwar dan keluarga.

Ini belum termasuk komen di Facebook milik Anwar, yang rata-rata mengecam dan menyampah dengan sikap Anwar.



BR1M, tiba-tiba PKR berubah fikiran

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan agar pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) diteruskan dan ditambah secara khusus untuk golongan wanita.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dipetik portal The Malaysian Insider berkata, melalui pemberian BR1M kepada wanita, mereka juga akan menikmati kuasa beli.

"Wanita turut menyumbang kepada pembangunan negara, mereka perlu mempunyai kuasa beli.

"Jadi saya cadangkan supaya BR1M itu diteruskan dan ditambah kepada golongan wanita," katanya ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat, semalam. Baca selanjut KLIK

EKSKLUSIF: Siapa Bujang Taha Di Mata Malek Noor

Saya kehilangan seorang abang yang baik dan mesra.

Datuk Abdul Malek Noor menyifatkan permergian Abang Bujang Taha adalah satu kehilangan seorang lagenda sukan negara namun bagi dirinya, dia telah kehilangan seorang abang yang baik dan mesra.

"Bekas juara empat kali Mr Asia, Allahyarham Bujang Taha adalah seorang yang peramah, jujur dan dia tidak pernah menceritakan kesusahannya kepada sesiapa hingga ke akhir hayat beliau."

"Biarpun Abang Bujang hidup susah sehinggakan terpaksa menjual sayur di pasar untuk mencari makan, dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa," katanya lagi.

"Namun kita kena hormat cara kehidupannya dan dia amat jujur, kalau dia tidak suka sesuatu dia akan terus menyatakan dia tidak suka .. itulah Abang Bujang."

Malek Noor berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Sarawakiana selama hampir 45 minit di sebuah hotel berdekatan Bandaraya Kuching pagi tadi.

"Antara sifat Abang Bujang yang saya suka adalah beliau tidak suka menyusahkan orang lain, tidak pernah mengata atau mengutuk orang lain dan ini membuat saya begitu menghormati beliau."

Mengimbas kembali perkenalannya dengan Bujang Taha, Malek Noor berkata, perjumpaan kali pertama dengan Bujang Taha adalah apabila beliau memasuki pertandingan bina badan terbuka Malaysia di Terengganu pada tahun 80-han dan pada masa itu, beliau memang tak kenal siapa-siapa pun.

"Mula-mula sekali Bang Bujang datang ke bilik saya dan memperkenalkan dirinya, saya Bujang Taha dari Sarawak, bantam-weight ... pada masa itu, nama beliau masih top lagi dan dari situlah bermulalah persahabatan kami."

"Kemesraan dan persahabatan kami bermula dari situ dan kami bertemu dalam beberapa kejohanan selepas itu. Walaupun Bang Bujang mengundurkan diri dari dunia bina badan, kami masih rerus berhubung."

"Lazimnya, kalau kami berjumpa, Abang Bujang akan memeluk saya dan berkata abang sayang kamu .. itulah yang sering beliau katakan sambil memberi nasihat agar menjadi manusia yang baik dan berjaya .. beliau selalu begitu," katanya lagi sambil menambah hubungan mereka berdua bagaikan adik-beradik.

Ditanya bilakah kali terakhir beliau bercakap dengan Bujang, Malek Noor menahan sebak sambil berkata beliau ada menghubunginya setelah Bujang dimasukkan di Hospital.

"Saya berbual dengan anaknya menerusi talipon dan apabila saya meminta hendak bercakap dengan Abang Bujang .. tapi mungkin dia memakai alat pernafasan kerana nazak .."

Malek menerangkan beliau sepatutnya datang ke Kuching pada hari Sabtu namun rawatan susulan ke atas lutut kiri beliau telah menhalang beliau utnuk berbuat demikan. Baca Selanjutnya KLIK

Anwar melenting kena sindir

Gara-gara disindir kerana gagal meyelesaikan segera krisis politik membabitkan kedudukan menteri besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membersihkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menggunakan sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin, ketua pembangkang itu melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat dimurkai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis politik negeri itu.

"Saya tak mahu istilah murka digunakan. Perkataan murka ini (sesuai digunakan) bila kita langgar, tak hormat raja.

"Tapi saya belum keluar kenyataan yang mempertikai kedudukan raja-raja Melayu sama ada dalam atau luar dewan (Dewan Rakyat)," katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar di Parlimen.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 menyindir pembangkang kerana membiarkan krisis politik Selangor berlarutan selama beberapa bulan.

Menurut Najib, tidak seperti pihak pembangkang yang sibuk bertelingkah kerana mabuk kuasa hingga dimurkai Istana, kerajaan Barisan Nasional tetap konsisten dalam membangunkan taraf kehidupan rakyat.

Pada sesi pagi Isnin itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh turut melenting apabila diajukan dengan soalan mengapa PKR enggan mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar seperti yang dititahkan Sultan Selangor.

"Saya nak tanya Permatang Pauh (Anwar) mengapa susah sangat nak beri lebih daripada dua nama? Mengapa tak ikut permintaan?," demikian soal Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) ketika mencelah sesi perbahasan Anwar.

Tidak senang dengan soalan berkenaan, Anwar berkali-kali mempertahankan keputusan PKR untuk hanya mengemukakan nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan kontroversi itu.

"Apa masalah hantar satu nama? Itu keputusan parti. Ditolak dan dikemukakan satu nama ganti. Jadi apa masalahnya?

"Tak setuju? Ok, kita bagi nama lain. Yang nak sibuk suruh bagi tiga nama kenapa?," katanya. - mStar
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS kata 'pesta arak' bukan budaya kita

Semua pemimpin gerakan Islam, pemimpin umat Islam dan ahli-ahli Parlimen digesa memahami tindakan PAS membantah keras penganjuran pesta arak 'Oktoberfest 2014'. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata apatah lagi ia bukan budaya masyarakat di negara ini yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan Islam. 

Malah, Nasrudin berkata penganjuran pesta tersebut hanya mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat Islam di Malaysia. 

"Dia (Oktoberfest) bukan budaya dan perkara yang baik untuk dipesta-pestakan, untuk dijadikan satu program besar. 

"Perkataan pesta arak itu sendiri juga seperti mahu membudayakan perkara tersebut walhal arak ini sejenis minuman keras yang saya kira banyak menyumbang kepada kerosakan moral dan juga memberi satu kesan negatif kepada budaya orang Timur.  

"Orang Timur tak sesuai dengan budaya. Kalau ada sebahagian kecil masyarakatnya mahu terlibat dengan aktiviti itu wajar dibuat secara tertutup. 

"Saya ada anak, ada kawan-kawan, orang lain pun ada anak dan ada kawan-kawan dan dia bimbang kalau-kalau nanti iklan serta promosi yang sedemikian akan merosakan generasi mereka dan juga masyarakat," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini. 

Menurut Nasrudin lagi, sebagai mana semua pihak tidak bersetuju dengan dadah dan rokok yang boleh mendatangkan kemudaratan kenapa pula masyarakat hari ini mahu merayakan pesta arak. 

Justeru, sebagai pemimpin masyarakat adalah sewajarnya untuk mereka menerapkan budaya murni serta menjauhi amalan hidup tidak sihat itu. 

"Sebagai pemimpin masyarakat ini kita nak bina masyarakat, kita pemimpin masyarakat nak bentuk masyarakat sama ada muslim atau bukan muslim supaya aman, damai, sejahtera dan berdaya maju, berdaya saing dan semua itu akal yang sihat dan semua itu bertitik tolak daripada akal yang sihat. 

"Jadi, saya kira musuh utama kepada akal yang sihat ini ialah mabuk dan mabuk itu datang dari alkohol sama ada arak atau dadah dan seumpamanya.

Jadi, sebagaimana kita boleh tak bersetuju dengan dadah dan rokok yang boleh mendatangkan kemudaratan kenapa kita nak merayakan pesta arak? soalnya. 

Bagaimanapun, Nasrudin berkata gesaan beliau untuk membantah penganjuran pesta arak itu, bukan dengan menggunakan kekerasan sebaliknya meminta penganjur mengadakan aktiviti itu secara tertutup.  

"Apabila kita halang bukan bermakna kita nak halang dengan kekerasan, saya sebut kita guna saluran.

PBT tak luluskan permit kemudian tak benarkan ia dianjurkan secara terbuka dan cukup setakat itu.

Bukan bermakna kita nak ambush dengan membuat tangkapan, kekerasan, menghalau dan sebagainya...tidak. 

"Jangan disebut bahawa apabila saya tak bersetuju dengan pesta itu maka kita telah ekstrimis atau konservatif yang akhirnya kita sendiri takut nak bersuara untuk menghalang perkara-perkara mungkar serta perbuatan maksiat yang terbuka seperti ini," tegasnya. 

Selain itu, mengulas kenyataan ahli Parlimen Shah Alam bahawa program Oktoberfest yang dianjurkan oleh orang bukan Islam tidak boleh dihalang, Nasrudin berharap Khalid Samad dapat berfikir secara rasional dalam menangani isu pesta arak ini. 

"Saya mengharapkan dia berfikir seperti saya juga tetapi mungkin dia mempunyai pandangan berbeza.

Disitu juga saya berbeza pandangan dengan beliau tetapi saya mahu menyatakan bahawa apabila kita menyebut perkara ini bukan bermakna kita menyekat hak orang lain," tambahnya. 

Sebelum ini, Khalid Samad menegaskan kenyataannya bahawa program Oktoberfest yang dianjurkan untuk orang bukan Islam tidak boleh dihalang. 

Beliau menyatakan yang demikian kerana syariat Islam menjamin kebebasan beragama dan berkata bahawa ia tidak boleh dihadiri orang Islam. 

Sementara dari sudut perlaksanaan dan cara ia diurus adalah terletak pada pihak berkuasa tempatan perlu memantau dan mengawal.- Antarapos

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

KPM tidak adil terhadap Sekolah di Sarawak


Adalah tidak relevan sekiranya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia meletakkan sasaran KPI yang tinggi jika fasiliti serta kemudahan untuk sekolah-sekolah dipedalaman khasnya tidak seperti yang diharapkan.

Bajet 2015 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam beberapa hari ini diharap memperuntukkan kemudahan yang sepatutnya dan isu ini sepatutnya diketengahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sejak dulu lagi.

Sekolah Kurang Murid (SKM) yang ada di Sarawak tidak mendapat kemudahan yang sesuai untuk suasana pembelajaran murid; tidak kurangnya dengan golongan pendidik iaitu guru, kemudahan tempat tinggal selain alat serta bahan mengajar seperti komputer dan lain-lain tidak dibekalkan.


Sarawak mempunyai 795 buah SKM yang mana antara isu-isu yang wujud dan perlu perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Perdana Menteri ialah:

1. Bangunan uzur tanpa peruntukan pembaikan dan boleh membahayakan pelajar

2. KPM melaksanakan dasar yang memerlukan interaksi pelajar dengan komputer sedangkan SKM ini tidak ada komputer dibekalkan dan tidak ada makmal komputer

3. Ketiadaan kemudahan komputer dan talian jalur lebar telah menyukarkan urusan pentadbiran sekolah serta prestasi guru-guru dalam melaksanakan 13 kewajipan yang diarahkan KPM selepas kajian Prestasi Berasaskan Sekolah (PBS) yang menjadi isu suatu masa dulu dikaji dan ditambah baik.

4. Kemudahan kediaman guru-guru yang terlalu uzur terutama dipedalaman.

5. Kemudahan pembelajaran yang jauh ketinggalan.

Jika tidak diberi perhatian, bagaimana KPI boleh dicapai; adalah tidak adil sekiranya Sekolah Kurang Murid di Sarawak dianaktirikan dan tidak diberi perhatian. (sumber)

Politik "Tin Milo" akan melanda Sarawak


Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi, wabak Tin Milo akan pasti akan mewarnai setiap ceramah oleh parti parti politik dari Malaya.

Penganut-penganut politik Malaya akan mengusung "Tin Milo" ke hulu ke hilir untuk mengemis dari rakyat miskin di negeri ini.

Rakyat miskin yang sepatutnya diberi bantuan, akan diperah untuk mengisi "Tin Milo" demi agenda politik dari Malaya.

Segelintir rakyat Sarawak merasakan perkara ini wajar, atas alasan DAP dan PKR sentiasa menjanjikan Hak samarata untuk rakyat Sarawak. Berbeza dengan dasar UMNO/BN yang rasis dengan memberi keutamaan terhadap hak Melayu- Bumiputera.

Setakat ini, DAP dan PKR berterus terang tentang perjuangan "hak samarata", dan terbukti rakyat Sarawak menerima perjuangan mereka.

Cuma yang ironis, DAP dan PKR juga "meminjam" dan melaungkan slogan "Sarawak for Sarawakian" untuk menghayalkan rakyat Sarawak.


'Akta Patriot' lebih zalim kata Menteri

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan membidas laporan akhbar Amerika Syarikat yang mengkritik penggunaan Akta Hasutan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa AS bersikap "double standard" kerana mereka turut menggunakan Akta Patriot yang zalim.

Akta Patriot merupakan akta anti-pengganas yang membenarkan kerajaan AS memasang pepijat di telefon untuk mengawasi mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Akhbar New York Times Isnin lalu menyiarkan sebuah kolum mengkirik penahanan beberapa wakil rakyat, ahli akademik dan wartawan di bawah Akta Hasutan sebagai "serangan terhadap kebebasan bersuara dan ugutan kepada demokrasi.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini, Abdul Rahman turut membidas MP Ipoh Timor, Thomas Su yang mendakwa Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang bakal ditubuhkan kerajaan persekutuan, tidak sah dari segi perundangan.

Menurutnya, JPP tidak mempunyai pertindihan tugas dengan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana mereka tiada kuasa untuk menguatkuasakan sebarang undang-undang atau mengutip bayaran.

"Apa yang berlaku sekarang ialah tiada interaksi secara langsung dengan wakil penduduk dan kerajaan persekutuan,.ada kelompongan di sini.

"Oleh itu kita tubuhkan JPP untuk bolehkan wakil penduduk ini bersemuka dengan ketua jabatan kerajaan persekutuan," katanya dalam sidang media sama.

Su ketika perbahasan tadi bertanyakan adakah pelantikan JPP melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan untuk mengambil alih fungsi ahli majlis PBT.

Abdul Rahman yang juga MP Kota Belud menyatakan pelantikan JPP penting kerana hampir semua perkhidmatan penting seperti hospital, polis, telekomunikasi, banyak kemudahan yang diberikan kepada penduduk di bawah kerajaan persekutuan.

JPP bakal dilancarkan Disember depan di Johor Bahru oleh Najib dengan peruntukan berjumlah RM63 juta.

Sumber Mkini
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Akhirnya Teguran Tun Mahathir diterima kerajaan


Dari Blog Chedet

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.

5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.

7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.

Nik Abduh dedah konspirasi musnahkan PAS dari dalam

Pemimpin muda terkenal PAS Nik Abduh Nik Aziz menegaskan terdapat gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ia didakwa sebahagian konspirasi musuh Islam antarabangsa. 

"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH (Hadi) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? 

"Saya jawab, ya," kata anggota jawatankuasa pusat PAS dan anak kepada mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat itu. 

Menulis di Facebook semalam, Nik Abduh berkata, tindakan PAS yang konsisten memperjuangkan agama di Malaysia bukan sahaja merimaskan BN tetapi juga musuh Islam antarabangsa. 

Justeru, katanya, PAS mesti diserang dan dipinggirkan daripada menjadi "kekuatan utama" dalam Pakatan Rakyat. 

"Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam," tulisnya lagi. 

Beliau juga menegaskan, kekuatan asal itu berpangkal dalam institusi Majlis Syura Ulama yang diketuai mursyidul am dan kepimpinan ulama diketuai Hadi. 

Dalam tulisan berjudul "Islam Tanpa Syariat" itu juga, Nik Abduh mengingatkan terhadap ancaman Yahudi terhadap gerakan Islam yang istikamah menegakkan agama dan syariat Islam. 

"Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka," tulisnya lagi. 

Beliau membangkitkan situasi di perbagai negara umat Islam seperti di Mesir, Syria, Turki, Yaman dan Palestin yang didakwanya terdapat perancangan jahat musuh Islam. 

"Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat. 

"Semuanya dilakukan sama ada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam," katanya. 

Semua itu dilakukan, dakwanya lagi, bagi menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada "perjuangan Islam tanpa syariat". - antarapos.com
Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Apa maksud Dr Maza?

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

PAS Disuruh Berlapang Dada Walaupun Dibuli

Hakikat PAS yang sering dibuli sejak bersama PR dah lama rakyat tahu malah sebelum PRU-13 dulu heboh diperkatakan ramai perihal dominasi PKR dan DAP akan menyebabkan PAS menjadi parti kelas ketiga dan mangsa buli yang akan kerap mengalah bila digertak rakan-rakan sepakatan.

Namun telah menjadi peel perangai PAS yang sudah terbiasa enggan menerima hakikat maka masalah sedemikian sering sahaja disapu ke bawah karpet sehinggalah bila timbulnya kemelut MB Selangor yang berpunca dari Langkah Kajang yang serba tempang, barulah sibuk nak mengadu peritnya asyik kena buli.

Oleh itu bila mana AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz akhirnya mengakui PAS sememangnya kerap dibuli PKR dan DAP, sebenarnya ia sekadar membuka rahsia yang orang ramai dah maklum dan hanya mengesahkan hakikat permasalahan yang dah sekian lama wujud dalam PR.

Dalam pada itu rupa-rupanya ada pemimpin PAS berjawatan kanan dari Perak berpandangan sebaliknya apabila menafikan pengakuan Nik Abduh perihal gejala membuli PAS dalam pakatan pembangkang.

"Perasaan itu hanya timbul apabila pimpinan Pas berasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka," demikian penafian Ketua Penerangan Pas Perak, Misbahul Munir Masduki berhubung isu PAS dibuli dalam PR.

Anak jantan Nik Aziz kata PKR dan DAP sering membuli PAS tapi pemimpin PAS Perak ini pula menyalahkan pemimpin PAS yang mempunyai masalah rendah diri, fikiran tidak terbuka (jumud) dan sikap tidak berlapang dada pemimpin yang menyebabkan seolah-olah PAS kelihatan dibuli.

Maksud tersiratnya kalaupun nampak seperti kena buli PAS kena terima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.

Tak disangka betul dalam keadaan maruah partinya dipijak-pijak, dicaci dan dihalau keluar dari PR masih ada juga pemimpin PAS yang cuba nak memenangkan kaki buli. Agaknya dah tersampuk demam parasit Anwarinas itu pasal tergamak menyalahkan pucuk pimpinan parti sendiri.

Yang jelas depan mata rakyat sekarang, PAS telah dipersalahkan sewenang-wenangnya berikutan krisis politik sesama PR berpanjangan. Bini Anwar Ibrahim gagal menjadi MB Selangor, PAS yang kena balun. ADUN PAS dicuri kemudian mengkhianati parti, tapi PAS pula yang dimaki dan dilibas sesuka hati.

Itu pun bukan bulikah? Lagi nak disuruh PAS berdiam diri semacam sengaja nak menonjolkan lagi kedayusan dan betapa makin tak bermaruahnya PAS di mata khalayak.

Begitu juga apabila pemimpin PAS digelar sebagai pengkhianat kemudian bilangan EXCOnya dikurangkan, itu tak dipanggil sebagai perbezaan pendapat, tapi pembulian dan pencabulan maruah. Tapi masih juga disuruh pemimpinnya berlapang dada dan redha menerimanya. Tak patut… tak patut…

Jelaslah sekarang PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan pembulian oleh rakan sepakatan tapi pemimpin yang sekapal pun nampak macam seronok pula melihat PAS dibuli.

Jika beginilah gayanya memang tunggu masa sahaja untuk PAS karam dan hanyut dari peta politik tanahair. Lambat atau cepat saja. - MYKMU

Sent from my BlackBerry® with Secret Security System

Azmin lantik Anwar sebagai Penasihat ekonomi

Perkara ini memang sudah dijangka banyak pihak dan pada Rabu Mohamad Azmin Ali membuktikan cakap-cakap memang benar bahawa beliau tetap akan mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, Menteri Besar Selangor yang baru itu mengesahkan ketua umum PKR itu kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Alasannya, Anwar tidak pernah dipecat dari jawatan penasihat ekonomi Selangor.

Sebaliknya keputusan mesyuarat exco terakhir yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor dan tidak timbul soal memecatnya.

“Itu bukan isunya di sini. Bila kita teliti minit mesyuarat 22 September itu.

“Apa yang dibuat adalah keputusan tutup pejabat penasihat ekonomi,” kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco pertama beliau hari ini.

Sebelum ini Kerajaan Selangor membuat keputusan menutup operasi pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta merta pada 22 September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Faekah Husin berkata, keputusan itu diputuskan Mesyuarat Exco hari ini bertujuan menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar dikatakannya hanya menuntut bayaran bulanan RM1 bagi jawatan berkenaan.

Faekah dalam kenyataanya berkata, MBI mengucapkan terima kasih kepada Anwar di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.- BNBBC.MY

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com