Pemimpin ini malu sebagai rakyat Malaysia


Violet Yong (DAP Sarawak) semalam menyatakan bahawa beliau malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia sewaktu pergi ke luar negara, malah terpaksa mengaku sebagai rakyat Singapura akibat isu yang melanda Malaysia sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk kawasan Pending itu turut berkata isu 1MDB berkaitan derma RM2.6billion ke akaun Perdana Menteri banyak menghabiskan wang rakyat.

Berucap semasa ceramah 'Kopitiam Talk' anjuran DAP Sarawak semalam, Violet turut menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak menepati janji berkenaan isu penjualan tanah seluas 267 ekar di Batu Kawa walaupun YB Chong telah mempunyai pembeli dengan harga yang lebih mahal.

"Adenan masih dikawal oleh TYT Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak", tegas beliau lagi.

Menurut Violet, DAP menyokong usaha Ketua Menteri Sarawak memansuhkan tol jambatan Lanang tetapi isu pendidikan masyarakat Cina (UEC), pengisian jawatan kerajaan tanpa mengira bangsa dan isu tender terbuka masih dilakukan separuh jalan.

Violet turut menjangka pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan dalam tempoh 7 bulan akan datang.

"Penambahan dari 71 ke 82 kerusi pilihanraya terutama untuk kawasan pedalaman agak sukar untuk DAP kerana saluran media yang terhad dan dikawal oleh kerajaan BN", tambah beliau lagi.

YB Violet Yong turut menyeru orang ramai agar sama-sama menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 akan datang.

"Kita perlu pertahan dan kembalikan kuasa autonomi Sarawak seperti hak kutipan cukai 50%, jawatan doktor perubatan, polis dan guru yang mana masih dibawah kuasa kerajaan persekutuan", tegas Violet.- SarawakLIVE

Berhenti Memfitnah Saya - Fadillah

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak.

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian."

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha untuk membawa UMNO ke Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. - Sarawakiana

ARUL KANDA YAKIN 1MDB MAMPU LANGSAI HUTANG DALAM 6 BULAN

KUALA LUMPUR:  Biarpun ekonomi negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk penyusutan nilai ringgit, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tetap yakin syarikat pelaburan negara itu mampu melangsaikan hutangnya dalam tempoh enam bulan.

Keyakinan itu adalah berdasarkan aset-aset miliknya yang boleh dilupuskan, antara lain, RM16 bilion hingga RM20 bilion milik syarikat subsidari 1MBD, Edra Global Energy Bhd; RM16 bilion dalam International Petroleum Investment Company (IPIC), dan RM11 bilion hingga RM12 bilion dalam projek hab ekonomi Bandar Malaysia di ibu negara.

"Saya yakin tempoh masa yang diberikan Perdana Menteri untuk 1MDB melangsaikan hutang bersesuaian dengan keadaan masa syarikat dan pasaran semasa," jelas beliau dalam satu program temu bual 'Soal Jawab' di TV3 lewat Rabu.

1MDB, katanya, mempunyai aset yang kukuh dan syarikat itu juga mempunyai pelabur-pelabur tempatan dan luar negara yang berminat dengan jangka masa panjang pelaburan dalam 1MDB.

"Kira-kira 40 syarikat terkemuka daripada China, Australia dan Timur Tengah telah menunjuk minat dalam pembangunan Bandar Malaysia," kata Arul Kanda.

Jelasnya lagi, pelan rasionalisasi hutang 1MDB tidak akan terjejas disebabkan oleh penurunan nilai ringgit kerana syarikat itu memiliki aset dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan membolehkan ia membayar hutang luarnya dalam nilai dolar AS.

"Kita mempunyai syarikat janakuasa terbesar di negara asing seperti di Bangladesh dan Mesir. Kami juga mempunyai aset janakuasa di Abu Dhabi dan Pakistan dengan semua aset itu dalam dolar Amerika. Jadi kita ada kelebihan iaitu aliran tunai dalam dolar Amerika yang mempunyai nilai sama jika dilupuskan," katanya.

Ditanya adakah sentimen semasa akan menjejaskan keyakinan pelabur, Arul Kanda menjelaskan masalah tohmahan dan isu politik sememangnya merisaukan pelabur namun keadaan ekonomi juga penting dalam melaksanakan pelan-pelan rasionalisasi bagi mengurangkan beban hutang 1MDB.

"Aset 1MDB pada asasnya adalah kukuh dan kekukuhan itu menyakinkan pelabur. Kalau lihat ahli perniagaan dan pelabur, mereka fokus terhadap asas dan aset. Contohnya, Edra aliran tunainya lebih RM5 bilion setahun melalui penjanaan kuasa dan penjualan tenaga. Itu adalah aliran tunai yang dilihat jangka panjang sebagai mempunyai nilai," tambahnya.

Justeru cabaran utama 1MDB ketika ini adalah untuk menstabilkan kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya dan pada masa sama berharap dapat menjana pendapatan dan operasi serta keuntungan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak berkata beban hutang syarikat 1MDB mampu dikurangkan dalam tempoh lima bulan akan datang secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media dan media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu. - Astro Awani.

Senarai Penuh Barisan Menteri Kabinet Baru

Berikut merupakan senarai baru hasil rombakan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri : Datuk Seri AHmad Zahid Hamidi

Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan : Datuk Chua Tee Yong
Timbalan : Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Nur Jazlan Mohamed

Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timbalan : Datuk Wira Mohd Johari Naharum

Menteri Kesihatan: Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Abd Aziz Kaprawi

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Datuk Seri Mustapha Mohamad
Timbalan : Datuk Ahmad Maslan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II : Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

Menteri Komunikasi Dan Multimedia : Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbaklan : Datuk Jailani Johari

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan : Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Pertanian Dan Asas Tani : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air : Datuk Seri Dr Mazimus Ongkili
Timbalan : Datuk Seri James Dawot Mamit

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi : Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan : Datuk Noriah Kasnon

Menteri Belia Dan Sukan : Khairy Jamaluddin
Timbalan: Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Luarbandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Datuk Rahman Dahlan
Timbalan : Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Pengajian Tinggi : Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan : Datuk Yap Kain Ching

Menteri Luar : Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan : Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Pendidikan : Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan : P Kalamantahan
Timbalan : Choong Sin Woon

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar : Datuk Seri Wan Junaidi
Timbalan: Datuk Ir Hamim Samuri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan : Datuk Azizah Mohd Dun
Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan : Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan : Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Kerja Raya : Datuk Seri Fadilah Yusof
Timbalan : Datuk Tosnah Abd Rashid Shirlin

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan : Datuk Dr Abu Bakar Moahamad Diah

Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan : Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Yaakob
Timbalan : Datuk Dr Loga Bala

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri : Datuk Seri Shahidan Kassim.- rakyatnews

Bos The Edge Mengaku Tipu Justo RM7.6 Juta

Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong dan Editornya Ho Kay Tat mengakui menipu Xavier Andre Justo dengan berjanji untuk memberikan RM7.6 juta sebagai insentif untuk membocorkan maklumat mengenai dokumen PetroSaudi International (PSI).

Perkara tersebut disiarkan oleh portal The Malaysian Insider (TMI) yang juga dimiliki oleh kumpulan media yang sama.

"Jelas Justo sangat marah, dan kami faham kerana kami tidak membayar apa yang dituntutnya.

"Ya, kami menipu dia. Tapi itu satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti mendedahkan bagaimana satu kumpulan kecil dari Malaysia dan war asing menipu rakyat Malaysia USD1.83 bilion," katanya lapor The Malay Mail Online, hari ini.

Sebelum ini, akhbar Straits Times dari Singapura mendedahkan bahawa Justo telah ditawarkan sejumlah wang dari ahli perniagaan dan rakannya bagi mendedahkan maklumat mengenai dokumen tersebut.

Straits Times dalam laporannya tidak menyebut kedua-dua individu berkenaan namun pengakuan dari The Edge Media Group mengesahkan bahawa kedua-dua mereka menawarkan USD2 juta kepada Justo yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand.- rakyatnews.com

James Steward, Bukan Justo Yang Ubahsuai Dokumen


BEKAS kakitangan Sarawak Report, Lester Melanyi tampil dengan bukti terbaru bahawa ia adalah seorang pereka grafik bernama James Steward, bukan Xavier Andre Justo yang mengubah suai dokumen transaksi perniagaan antara Petro Saudi dan 1MDB.

Sebelum ini Melanyi tanpa berselindung menuduh beberapa pemimpin pembangkang dan pengendali Sarawak Report, Clare Brown terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – sebelum polis Thailand mengesahkan wujud perbincangan dengan individu-individu yang sama di Singapura dan Thailand sendiri.

Dakwaan baru ini terkandung dalam video pengakuannya yang dirakam SEMINGGU sebelum polis Thailand (semalam) mengesahkan bukan Justo yang mengubah suai semua dokumen tersebut. Betul dia (Justo) yang bekalkan dokumen-dokumen itu kata Melanyi, tapi yang ubahsuainya orang lain (James Steward).

Siapa James Steward, wujud ke tidaknya dia, itu tidak penting, yang penting, bagaimana Melanyi boleh mendahului polis Thailand kalau bukan dia memang ada semua maklumat tersebut kerana dia adalah sebahagian dari konspirasi itu,

Itu saja yang penting buat masa sekarang.

Mengubah suai dokumen untuk menjenayahkan orang memang bukti wujud konspirasi. Sama seperti Tun Mahathir yang tahu Anwar meliwat sejak 1993 tapi hanya mendedahkannya kepada umum pada tahun 1998, itu juga satu bentuk konspirasi.

Jika dakwaan Melanyi tidak betul, pada saat ini Melanyi sudah disaman oleh semua mereka yang dinamakannya dalam rakaman pertamanya, tapi setakat ini belum ada dengar cerita lagi walaupun Mahkamah dan pejabat peguam dah beroperasi hari ini selepas cuti hari raya Aidilfitri.

Tun Mahathir yang dinamakan secara terang oleh Perdana Menteri sebagai dalang disebalik fitnah WSJ yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau pun masih tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Datuk Seri Najib walaupun sudah lebih 2 minggu tuduhan itu dibuat – saja nak sebut, untuk buktikan tidak ada tindakan undang-undang, bukan bermaksud yang kena tuduh salah, yang menuduh tu betul.

Apa pun, seperti mana Tun Mahathir menuduh Najib dan 1MDB menggelapkan wang bersumberkan dari laporan Sarawak Report, maka kenyataan dari bekas kakitangan Sarawak Report dan pengendali stesen radio Free Sarawak ini juga patut diberikan perhatian yang sama. Tak bolehlah nak kata sebab Tun Mahathir guna sumber Sarawak Report maka dia betul, tapi bila kita pun guna kenyataan dari sumber yang sama, takkan kita salah pulak? - MYKMU

PAS punca perpecahan – Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mempertahankan DAP apabila mendakwa parti itu bukan menjadi punca utama perpecahan dalam pakatan pembangkang sebaliknya masalah itu bermula daripada Pas.

Pada masa sama beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat juga meminta setiap ahli Pas agar mengkaji semula punca perpecahan tersebut yang sebelum ini sering kali dilemparkan hanya kepada DAP namun hakikatnya parti itu sendiri mempunyai banyak kesilapan.

“Ahli Pas perlu kaji semula, mungkin bukan satu parti sahaja yang menjadi punca, mungkin DAP ada sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan itu tetapi pada hakikatnya Pas sendiri ada banyak kesilapan.

“Pas sendiri ada banyak kesilapan dan kita telah tegur dalam mesyuarat Pas Pusat. Pelbagai kes kita tegur, tetapi sejak tahun 2013 dapat dilihat wujud satu usaha yang tidak begitu jujur dengan pakatan bersama ini.

“Pas pernah adakan Multaqa Ulama pada 2013 selepas pilihan raya umum lalu di mana resolusinya untuk mengkaji tahaluf siyasi dengan PKR, manakala untuk tahun 2015 pula tahaluf siyasi dengan DAP.

“Dari sini kita nampak seolah-olah pelbagai punca dicari oleh Pas untuk dijadikan masalah dan perbalahan bersama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran GHB Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

Yang turut hadir Pengerusi GHB Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Pengerusi GHB Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib Hasnul Baharuddin; Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa lagi bekas pe­mimpin Pas.

Tambah Khalid, tindakan Pas memutuskan hubungan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana landasan yang telah diikuti selama ini telah pun mencapai kejayaan.

Katanya, hasil kerjasama tersebut Pas mencapai pencapaian yang cukup hebat berbanding dengan sokongan yang diterima parti itu sebelum-sebelum ini terutama pada tahun 2004.

“Hasil kerjasama itu, kini undi Melayu semakin bertambah, termasuklah dari bukan Islam. Kita telah mencipta satu kejayaan bersama-sama (pakatan pembangkang) sebab itu saya kata pelik kenapa timbul lagi pergaduhan.

“Kalau sebelum ini kita menemui kegagalan dan sebagainya, logiklah kalau bertindak begitu (memutuskan hubungan),” katanya.- Utusan

1MDB: Kisah Penyiasat Yang Sedang Disiasat

Semalam, terdapat dua posting blog menarik yang bertajuk "Jutaan Ringgit Dalam Akaun Rosmah - Mana datangnya? EKSKLUSIF!" dan "Pendakwaan mengejutkan oleh Sarawak Report".

Selama enam tahun atau lebih, Clare Rewcastle Brown telah menggunakan Sarawak Report menyerang Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya, dengan hanya satu objektif: untuk menjatuhkan Barisan Nasional Sarawak dan menyerahkan negeri itu kepada PKR.

Matlamatnya hanya satu dan 'kuda' yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak baru sebaik PKR mengambil alih kerajaan negeri ialah Baru Bian yang telah mengadakan lawatan beberapa kali ke London untuk berjumpa Clare.

Pada suatu ketika, ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, membuat keputusan untuk membatalkan rancangan menjadikan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak dan menggantikannya dengan calon Islam. Clare marah dengan keputusan itu. Dia menghentikan operasi Sarawak Report serta-merta dan menelefon Anwar bagi membantah keputusannya. Jika Anwar tidak menaikkan Baru Bian sebagai Ketua PKR Sarawak mengikut rancangan asal, maka Sarawak Report akan terus ditutup dan Clare tidak akan membantu PKR menjatuhkan Taib.

Anwar mengalah dan beberapa hari kemudian, Sarawak Report kembali beroperasi.

Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sarawak Report sebagai kenderaan yang sesuai untuk digunakan dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri, jadi dia bertemu dengan Clare untuk membincangkan kemungkinan Sarawak Report bekerjasama dengan pakatan anti-Najib.

Kemungkinan sentiasa ada, sudah tentu, tetapi semuanya bergantung pada isu wang. Sarawak Report juga dibiayai oleh pihak yang mahu menyingkirkan Taib dan mahu PKR mengambil alih Sarawak. Untuk melakukan perkara yang sama dalam kempen menggulingkan Najib, pembiayaan yang lebih besar amat ditagih.

Selama ini, Sarawak Report melakukan serangan sehala dengan menyerang Taib dan keluarganya tetapi Taib tidak melawan. Sebaliknya, dalam siri serangan Najib, penyokong Najib tidak akan membenarkan Clare terus menyerang Perdana Menteri dan keluarganya tanpa sebarang tindak balas.

Para penyiasat kini sedang menyiasat jumlah wang yang diterima Clare dan Sarawak Report untuk beberapa tahun ini dan siapa pembiayanya (walaupun identiti pembiaya itu lebih-kurang sudah diketahui). Penyiasat tahu Clare memperolehi wang dari luar UK tetapi apa yang mereka mahu tahu adalah berapa banyak daripada wang itu tidak diisytiharkan dan telah disembunyikan dari pengetahuan pengutip cukai UK.

Penyiasat juga sedang menyiasat bagaimana Clare yang bermula sebagai seorang wartawan telah menjalani gaya hidup yang berbeza selepas dia mula menyerang Taib dan kini, selepas dia mula menyerang Najib, gaya hidupnya mirip dengan gaya hidup sasaran serangannya. Tidak syak lagi bahawa Clare menerima wang dan ada seseorang yang membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai serangan ke atas Najib, kata para penyiasat.

Penyiasat mahu membuktikan Clare adalah seorang mata duitan dan motivasi utamanya adalah wang, bukan mencari kebenaran. Malah, kata para penyiasat, Clare yang kononnya sentiasa mencari kebenaran, sanggup menggunakan taktik penipuan dan dokumen palsu bagi menyerang sasarannya.

Apa pun, semoga berjaya kepada penyiasat kerana saya yakin orang yang licik seperti Clare tahu cara menutup jejak langkah dan tidak akan meninggalkan sebarang bukti. Lagipun, kerjanya selama ini adalah menyiasat orang lain jadi dia mesti tahu apa kesilapan yang sering dibuat orang, yang juga bermaksud dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Pasukan penyiasat bagaimanapun berkata ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk membuktikan dakwaan itu. Mereka merujuk kepada pangsapuri mewah bernilai jutaan paun yang didiaminya yang tidak mungkin dapat dimiliki orang biasa kecuali mereka yang berada dalam kategori jutawan.

Setelah jumlah hartanya dikenal pasti, tindakan undang-undang akan difailkan terhadap Clare. Para penyiasat mengatakan peguam sudah pun meneliti perkara ini dan mereka merancang untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mereka tidak akan mendedahkan strategi tetapi penyiasat percaya Clare telah melampaui batas dalam pendedahan terbarunya mengenai akaun bank Rosmah.

Nampaknya saman juga mungkin akan difailkan terhadap Affin Bank Berhad kerana bekerjasama dengan Clare mendedahkan butiran perbankan peribadi pemegang akaun mereka. Jika mereka memutuskan untuk mendakwa pihak dari Affin Bank yang terlibat dalam koloborasi ini dengan pendakwaan jenayah, pesalah yang terlibat mungkin sanggup membuat perjanjian agar tidak dipenjarakan dengan mendedahkan pihak berkaitan yang turut terlibat dan segala urusan dengan Clare, yang akan mengukuhkan lagi kes terhadap pengasas Sarawak Report itu.

Sementara itu, pihak polis Thai telah meminta polis Malaysia beberapa nama rakyat Malaysia yang boleh membantu mereka dalam siasatan terhadap Xavier Andre Justo. Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusuf dikatakan adalah antara lima rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam jenayah mencuri data dan jenayah pemalsuan emel. Hmm ... adakah Sufi akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur atau di Bangkok tahun ini?

Selain itu, polis Thailand juga sedang menyiasat aliran wang kepada Justo. Polis mahu tahu berapa banyak yang dibayar dan bagaimana ia dibayar, melalui wang tunai atau pemindahan elektronik. Mereka mahu tahu siapa lagi yang membayar kepada Justo selain RM15 juta yang diterimanya dan sudah diketahui umum. Sekiranya wang tunai diseludup ke Thailand untuk membayar Justo, ia akan menjadi satu lagi kes jenayah kerana menyeludup wang tunai ke Thailand tanpa mengisytiharkannya adalah menyalahi undang-undang negara itu.

Plot semakin rancak dan kita mungkin di ambang melihat perkembangan yang lebih menarik dalam isu 1MDB ini. Ya, cerita ini masih belum berakhir. Sebaliknya ia baru bermula. Dijangkakan ia akan menjadi lebih panas dalam tempoh beberapa minggu akan datang.- Oleh Raja Petra Kamarudin

Polis Akan Siasat WSJ


Polis akan menjalankan siasatan ke atas Wall Street Journal (WSJ) mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 susulan tindakan media berkenaan mendedahkan beberapa maklumat perbankan membabitkan isu wang 1MDB dan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan mengikut akta sama turut akan dilakukan ke atas mana-mana pihak yang dikesan terbabit dalam membocorkan maklumat perbankan termasuk pihak bank, pegawainya atau sesiapa sahaja yang tidak mendapat kebenaran untuk maklumat berkenaan dari Bank Negara.

"Siasatan terhadap 1MDB itu satu perkara, namun kita juga akan jalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat perbankan yang membabitkan isu itu.

"Ini kerana kita menerima banyak laporan polis berhubung kebocoran maklumat perbankan dan sekiranya perkara ini dibiarkan, ia boleh mengancam ekonomi negara," katanya pada pemberita selepas melancarkan kempen Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral, sebentar tadi. - BH

Ihsan Perdana Nafi tuduhan Sarawak Report

Press Statement

I would like to refer to media reports today that alleged Ihsan Perdana Sdn Bhd had transferred money for Corporate Social Responsibility programs into the personal bank account of the Prime Minister Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

The allegations are baseless and lies as Ihsan Perdana has never transferred money into any individual account including that of the Prime Minister.

I strongly deny any transfer of money into the personal account of the Prime Minister as alleged by the media reports.

The Corporate Social Responsibility projects carried out by Ihsan Perdana are fully audited and accounted for.

Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman
Managing Director.
3rd July 2015

"BUKTI LAPORAN SARAWAK REPORT BERKENAAN PENYALURAN DUIT BERATUS JUTA KE AKAUN PM

1. Sarawak Report membuat tuduhan lagi. Kali ini bukti yang mereka sertakan adalah diagram penyaluran duit beratus juta yang dilukis sendiri mengaitkan 1MDB, syarikat-syarikat dan Perdana Menteri.

2. Sebelum ini mereka pernah membuat tuduhan-tuduhan lain untuk memburukkan Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpinnya. Mereka pernah membuat tuduhan berkenaan 20 ribu Bangla yang mengundi dalam PRU-13 dan juga memalsukan dokumen untuk memfitnah Perdana Menteri dan 1MDB untuk tujuan politik.

3. Tidak cukup dengan ini, sekarang Sarawak Report dan mereka-mereka di belakangnya giat menggunakan media asing untuk memburuk-burukkan Kerajaan dan pemimpinnya. Media-media daripada Amerika Syarikat seperti Wall Street Journal dan New York Times digunakan sebagai saluran niat mereka untuk menagih simpati dan menarik campurtangan kuasa asing dalam politik negara kita.

4. Kepada Sarawak Report dan media asing dari luar negeri seperti New York Times dan Wall Street Journal, kalau nak buat tuduhan tu agak-agaklah, kami di Malaysia ni mungkin tak sepandai mana tapi taklah bodoh sangat. Kalau kami nak songlap duit, takkanlah kami transfer beratus-ratus juta ke akaun peribadi dalam bank tempatan dan berharap ianya tak akan dikesan oleh sesiapa?? Janganlah ingat orang Malaysia ni bangang sangat..."

Persoalannya, Siapa Pembayar bagi pihak Sarawak Report?

Berikutan pendedahan mengenai pembocoran maklumat syarikat 1MDB oleh Xavier Andre Justo, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya gerangan individu berkenaan dan apa tujuannya melakukan perkara tersebut.

Melalui laporan media, Justo telah ditangkap oleh pihak berkuasa negara gajah putih, Thailand Isnin lalu namun latar belakang tentangnya masih samar.

Bekas Staf Bongkar Portal Terkenal Fitnah 1MDB
Individu yang berasal dari Switzerland itu dilaporkan menjual maklumat tentang syarikat pelaburan milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak tertentu, malah disyaki turut menjual banyak maklumat sulit lain atas tujuan untuk menampung kehidupan mewahnya.

Berdasarkan maklumat, Justo dikatakan mampu tinggal di sebuah villa mahal 8 bilik di pulau eksklusif tersebut bersama isteri barunya.

Menurut laporan New Straits Times online, kisah Justo sebelum ini agak tragik. Selepas dipecat, dia dikatakan ke Thailand dan memulakan syarikat perundingan – Justo Consulting, namun bukti-bukti tentang kewujudan syarikat tersebut gagal ditemui. Malahan, laman sesawang rasminya hanya tertulis “sedang dalam pembikinan”.

Akibat desakan wang, dia kemudiannya memulakan bisnes salun menggelapkan kulit yang diberi nama ‘Always The Sun’ namun akibat servis dan maklum balas yang teruk daripada pelanggan, bisnes tersebut turut berkubur.

Maka atas desakan kewangan, Justo hanya melihat jenayah sebagai jalan singkat untuk meraih pulangan lumayan.

Meneruskan kehidupannya di Thailand tanpa pekerjaan dan sumber kewangan yang stabil, dia akhirnya mendapat peluang pekerjaan iaitu dengan sebuah syarikat minyak Arab Saudi, PetroSaudi International. Dia ditugaskan untuk mengendalikan bahagian teknologi maklumat.

Walau bagaimanapun, dia hilang pekerjaan tersebut akibat tidak bertanggungjawab, tetapi tetap menerima sejumlah wang mengikut syarat perjanjian pekerjaan.

Mungkin tak berpuas hati dengan tindakan itu, Justo dipercayai telah mencuri sejumlah data sulit lagi penting daripada bekas majikannya sebelum bertindak menjualnya kepada pembida tertinggi.

Dia menggunakan kedudukannya sebagai ketua bahagian IT untuk mengakses sistem komputer syarikat dan menyalin dokumen serta emel dengan niat jahat meraih kesenangan.

Malah, Justo juga bertindak mengugut bekas majikannya itu supaya memberikan sejumlah wang kepadanya sebagai cagaran kepada maklumat berkenaan.

Menurut sumber, dia mahukan wang tersebut sebagai tukaran kepada data yang dimiliki, serta mengugut bahawa dia mampu untuk mendapatkan lebih banyak wang andai menjualnya pada pihak yang berminat.

Mungkin kedengaran bijak, tapi tindakan tersebut akhirnya menyebabkan Justo ditangkap dan bakal didakwa tidak lama lagi.

Senang cakap, nafsu tamak memang mampu menjadi jalan kepada manusia untuk hidup serba-serbi diulit kekayaan, namun ada sebahagiannya kurang bernasib baik kerana ia turut menjadi jalan kepada hidup dalam kesengsaraan. Dalam kes Justo, kesengsaraan yang ditemuinya.

Awal minggu ini, helah Justo akhirnya menjerat diri sendiri. Selain ditahan, pemacu cakera keras dan alat penyimpan data miliknya turut dirampas sebagai bahan bukti. - MyNewsHub

Surat Misteri Dari Rafizi Ramli



Surat ini telah tersebar luas di media sosial, dan didakwa dikeluarkan oleh Rafizi selaku setiausaha agung PKR.

Walau bagaimanapun surat yang membayangkan keperluan parti PKR untuk mengadakan Pilihan Raya belum lagi mendapat pengesahan dari pihak terbabit.

Malah setakat ini Rafizi, mahupun Azmin belum lagi membuat sebarang penafian.

APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR?

Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya..

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang". Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan.

Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. – Blog Najibrazak.com

Kenapa Maidin yang naik minyak?



KUCHING: Kenyataan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang mendakwa, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak adalah kerana "hasil sumbangan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad" tiada relevan langsung malah dilihat sebagai satu propaganda murahan.

Ianya adalah susulan dari sokongan terbuka Adenan dan Sarawak baru-baru ini kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan luahan Adenan terhadap "Sarawak yang kurang mendapat perhatian dari Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini termasuk pada era Tun Mahathir Mohamad."

Zainuddin, yang dipetik dari sebuah portal sebagai berkata, Tun Mahathir memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik di negeri ini dan menyokong bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini telah dilantik Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak).

"Mahathir juga memainkan peranan penting juga dalam mengekalkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak Kerajaan dan antara banyak sumbangannya adalah menghalang UMNO untuk masuk ke Sarawak walaupun tekanan yang besar untuk berbuat demikian," katanya lagi.

"Dan sekiranya Tun Mahathir tidak berbuat demikian, Adenan tidak mungkin menjadi Ketua Menteri Sarawak hari," kata Zainuddin lagi.

Bagi penulis, kenyataan Zainuddin jelas menunjukkan beliau dalam keadaan begitu terdesak dan kecewa.

Kestabilan politik yang dinikmati oleh Sarawak selama beberapa dekad lepas hinggalah ke saat ini adalah kerana kebijaksanaan pemimpin negeri ini dan sifat semulajadi rakyatnya yang cintakan keharmonian dan perpaduan biarpun dari pelbagai kaum dan berlainan agama.

UMNO tidak dapat masuk ke Sarawak adalah kerana rakyat Sarawak sendiri yang tidak mahukan UMNO, lebih-lebih parti UMNO dilihat tidak sesuai bagi negeri Bumi Kenyalang ini yang mempunyai pelbagai kaum dan ethniknya yang tersendiri.

Dakwaannya mengenai Tun Mahathirlah yang menghalang UMNO untuk masuk ke Sarawak juga tidak tepat kerana setahu penulis, terdapat beberapa percubaan untuk membawa UMNO ke Sarawak semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri namun kesemua percubaan tersebut gagal kerana bantahan rakyat Sarawak sendiri.

Perlantikan Adenan juga sebagai Ketua Menteri Sarawak tiada berkaitan langsung dengan Tun Mahathir kerana beliau dipilih dengan sebulat suara dan persetujuan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Jadi, biarpun sekecewa mana, tak perlulah Zainuddin naik minyak dan mendakwa yang bukan-bukan, lagipun, sepertimana yang Adenan telah nyatakan, rakyat Sarawak bijak membuat penilaian siapa pemimpin yang "eksen" (berpura-pura) dan rakyat Sarawak juga tahu menghargai sesiapa yang betul-betul ikhlas kepada mereka. - Sarawakiana

Dakwaan Sarawak Report salah dan tidak berasas – Arul Kanda


Portal Sarawak Report menyiarkan maklumat yang salah dan dakwaan yang tidak berasas mengenai penyata bank dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

“Ini suatu pembohongan. Saya tidak pernah memberikan sebarang penyata kepada Bank Negara. Pihak yang mendakwa hal yang sebaliknya adalah ternyata palsu dan salah, termasuklah sebarang pertuduhan berdasarkan hal tersebut,” kata Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arul Kanda, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh dalam penyiasatan oleh Jabatan Audit Negara dan bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Siasatan PAC yang telus dan terdiri daripada pelbagai parti yang seharusnya mencari jawapan kepada pelbagai soalan yang dilontarkan kepada syarikat ini,” katanya.

Arul Kanda juga meminta semua pihak agar menunggu hasil siasatan bebas ini dan tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat dakwaan yang tidak bertanggungjawab serta tidak berasas buat masa ini.

Sebelum ini, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa Arul Kanda telah menyediakan memberikan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi menggambarkan bahawa 1MDB mempunyai simpanan tunai dalam akaun Bank BSI di Singapura.

Portal itu mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI, selain menyatakan terdapat bukti BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

sumber Awani

Pemuda PBB Seru Tol Jambatan Tun Salahuddin Dimansuhkan

Pergerakan Pemuda Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menyeru agar Syarikat Zecon Bhd yang mengendali operasi kutipan tol di Jambatan Tun Salahudin, Kuching mencontohi usaha Syarikat Konsesi Jambatan Lanang di Sibu memansuhkan tol demi untuk kepentingan rakyat.

Pemuda PBB Sarawak dalam satu sidang media pagi tadi berkata, kita (Pemuda PBB) percaya Syarikat Zecon Bhd. sudah pun memperolehi pulangan kepada pelaburan mereka.

Sidang media tersebut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Ripin Lamat, yang juga ADUN Lambir, Ketua Penerangan Pemuda PBB Fazzrudin Rahman, Ketua Pemuda PBB Muara Tuang Hamzah Ibrahim, Ketua Pemuda PBB Tupong Shahrazi Edwin Abdullah bersama barisan ketua Pemuda PBB Cawangan di Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya di Kuching di sini.

"Kami amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di atas usaha dan kejayaan beliau dalam rundingan bersama syarikat pemegang konsesi tol Lanang memansuhkan tol bagi jambatan Lanang berkuatkuasa 25 Mei 2015."

Shahrazi yang menjadi jurucakap Pemuda PBB pada sidang media tersebut berkata, ini terus membuktikan usaha berterusan YAB Ketua Menteri kita menyambung transformasi pembangunan yang meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

"Kita juga sedia maklum rundingan ini telah diadakan awal dahulu oleh Ketua Menteri dan seperti biasa pihak DAP mengambil kesempatan untuk menempah nama di atas usaha dan kejayaan ketua menteri kita."

Pemuda PBB juga ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat Woodville Development Sdn Bhd kerana sanggup untuk mengetepikan hak mereka bagi mengutip tol dan melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan memansuhkan tol berkenaan.

"Kami menyokong penuh segala usaha Ketua Menteri Sarawak untuk melaksanakan transformasi demi untuk kesejahteraan rakyat Sarawak," katanya lagi. - Sarawakiana

Mat Sabu minta PAS henti budaya Kafir-mengkafir


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menggesa agar budaya kafir-mengkafir yang kian menular dalam kalangan anggota PAS dibendung segera sebelum ia mencetuskan masalah serius kepada parti.

Beliau bagaimanapun menegaskan budaya itu hanya boleh ditangani jika setiap anggota menghormati dan menerima pelbagai perbezaan pandangan yang disuarakan di antara satu sama lain.

"Perkara ini cukup berbahaya malah akan menjahanamkan parti sekiranya tidak dibendung dengan baik.

"Kita boleh berhujah, berbeza pandangan tetapi jangan sampai kafirkan satu kumpulan yang lain.

"20 tahun pun belum tentu PAS akan capai tahap sepertimana parti ini berada sekarang sekiranya budaya ini dibiarkan menular.

"Saya dahulu berbeza pendapat dengan Ustaz Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat) tetapi kami boleh duduk bersama dan buat pelbagai program menghadapi Umno dan BN," katanya.

Mohamad Sabu menyentuh isu tersebut ketika berucap merasmikan Konvensyen PAS Perak Kali Ke-18 di D'Hotel Seri Iskandar, di sini.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Idris Ahmad; dan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang.

Mohamad Sabu turut mengulas mengenai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASma) yang merupakan isu kecil dan PAS sendiri tidak terkesan dengan kewujudan pertubuhan berkenaan.

"Banyak lagi masalah yang lebih besar untuk kita fikirkan dan bagi saya PASma ini perkara kecil dan tidak ada kesannya kepada parti," katanya. -- BERNAMA

Najib Nafi Arul Kemuka Penyata Bank Palsu

Kerajaan hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan dari cawangan Bank BSI di Singapura.

"Kenyataan ahli Yang Berhormat bahawa Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub-DAP) yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ariff bertanyakan Najib bagaimana Arul mendapat penyata bank yang bukan milik BSI, dan jika penyata itu bukan dari bank berkenaan, ia ternyata pemalsuan dokumen, dan sama ada ia mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.

Semalam, Najib menyatakan bahawa baki pelaburan yang dipindahkan dari Cayman Islands telah ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura dan bukan dalam bentuk tunai.

Ekoran itu, DAP menggesa Arul dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai AS$1.103 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, Najib dan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti menyingkirkan Arul daripada terus memimpin syarikat sarat hutang itu.

Katanya, kegagalan Najib memecat Arul akan mencemarkan nama baik beliau dan ahli lembaga pengarah 1MDB. - BERNAMA

PAS beri amaran pada Guan Eng

Kenyataan Media: Lim Guan Eng Usah Berlagak Sangat, Belajarlah Menghormati Orang

1. Saya selaku Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, menegur Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden PAS sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

2. Pakatan Rakyat dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain, di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing. Pada hari ini kesemua Ketua Whip DAP, PKR dan PAS telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen. Setiap parti akan menghantar 2 orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut. Ahli Parlimen PR turut menubuhkan Jawatankuasa untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke 11 yang akan dibentangkan oleh PM Najib pada Khamis ini.

3. Justeru, lebih baik Lim Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, YB Loke Siew Fook dalam hal kabinet bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain. 

Saya berharap Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain kerana ia bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan PR bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap akan wujudnya kerajaan baru pengganti BN-UMNO pada PRU 14 kelak. Semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni.

4. PAS juga sudah membahagikan kesemua 21 orang Ahli Parlimen PAS mengikut portfolio Kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.

5. Semoga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh Pakatan Rakyat akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati.

YB Dato' Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
19 Mei 2015

Lebih ramai keluar PBB menjelang PRN Sarawak?


Berita tentang seramai 100 ahli PBB di Sibu keluar parti dan menyertai PKR minggu lalu pasti menarik minat ramai pihak untuk mengetahui apakah punca atau isu sebenar yang berlaku disebalik tabir.

Dikatakan berita tersebut amat mencurigakan (KLIK), apa yang menarik ialah bila sumber dilapangan berkata orang yang sama sudah berkali-kali keluar dari parti PBB?

Selain sekadar kenyataan dihadapan media, pihak terbabit tidak dapat membuktikan kebenaran seramai 100 orang dikatakan keluar parti.

Sebelum PRK Balingian tahun lalu, ditempat yang sama dan kumpulan yang sama juga pernah mengistiharkan keluar PBB, dan kini mereka juga yang keluar dari parti.

Bayangkan betapa menarik wayang ini.

Sudah pasti menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti, mereka akan sekali lagi keluar dari PBB, jika sekarang seramai 100, mungkin untuk lebih gempak akan diumumkan 500 atau lebih ahli PBB yang akan keluar parti.

Pastinya dari kumpulan yang sama?

Surat Terbuka Pemuda PAS Kelantan Kepada Lim Kit Siang

Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang,

THE Right to Differ sebagaimana yang tuan maklum ialah buku karangan Dr Ooi Kee Beng yang diterbitkan pada tahun 2011. Buku ini mengandungi biografi tuan bermula dari penglibatan awal di dalam politik sehinggalah ke hari ini.

Membaca buku ini memang mengasyikkan kerana ia menceritakan detik-detik bangunnya tuan di dalam politik negara setelah berlakunya perdebatan di antara tuan dengan Syed Naquib Al-Attas yang mewakili Gerakan dalam satu majlis yang dinamakan Debat Kebudayaan DAP-Gerakan 1968.

Saya tidak ingin mengulas berhubung debat itu, cuma barangkali ingin menyatakan satu fakta yang diakui sendiri oleh tuan di dalam buku tersebut, bahawa kontroversi yang tercetus berikutan perdebatan itu menaikkan nama tuan di dalam arena politik.

Saya masih belum lahir pada masa itu. Bagaimanapun, saya berani menyatakan bahawa bukan semua kontoversi itu baik untuk pihak yang mencetusnya.

Ada sesetengah kontoversi jika sengaja dicetuskan untuk menimbulkan salah faham, akan akhirnya menunjukkan jalan mati kepada tuan punya. Saya bimbang kontroversi yang tercetus dari ucapan tuan di Kota Bharu ialah kontoversi yang boleh mematikan terus muafakat yang terjalin.

Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang,

Saya akui perjalanan politik tuan yang melalui hukuman ISA pada tahun 1969 selama 18 bulan dan pada tahun 1987 selama 17 bulan adalah satu rekod yang cukup mengkagumkan.

Namun, ia bukannya lesen untuk tuan mengherdik agenda kami di dalam negeri kami. Saya mendengar rakaman ucapan tuan di Kota Bharu itu serta membaca semula tulisan yang dimuatkan oleh tuan sendiri di dalam blog milik tuan.

Berkali-kali saya ulangi menonton dan mendengar ucapan tuan, nyata sekali tuan sama ada tidak faham berhubung hudud atau tuan tidak faham berhubung adab.

Saya lebih cenderung kepada kemungkinan kedua. Mana mungkin seorang ahli politik yang cukup matang dan berpengalaman seperti tuan tersalah mulut terlajak kata sedemikian rupa kecuali memang itu hasrat tuan.

Jika orang muda terlucut kata sedemikian rupa, ia dipanggil keterlanjuran, namun jika orang lama juga terlucut kata, ia dipangggil kurang ajar.

Barangkali tuan tidak faham bahawa proses untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ke parlimen sudah sampai ke peringkat akhir. Enakmen Kanun Jenayah Syariah atau tuan sebut sebagai hudud itu adalah satu cita-cita kami di Kelantan. Ia langsung tidak menyentuh seurat pun bulu roma non muslim, tidak sedikitpun mencemari hak dan tidak sejengkalpun mengurangi kepentingan mereka.

Rakyat Kelantan yang 95 peratus Muslim menunggu-nunggu ia dilaksanakan. Benar, masih banyak lagi agenda kebajikan belum tertunai, namun ia bukanlah bererti segalanya diketepikan hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum Islam.

Ya, mungkin benar tuan ingin berbeza dengan kami dalam isu ini. Namun, di hadapan khalayak sedemikian bukan tempatnya untuk tuan berkata demikian.

Ketepikan dahulu perbezaan kerana masih banyak lagi kecacatan Umno/Barisan Nasional yang boleh diperkatakan.

Jika pemimpin muda PKR boleh melaungkan takbir bukannya menyebut Reformasi (yang tidak salahpun untuk menyebutnya) di dalam ucapan di hadapan rakyat Kelantan, kenapa tuan tidak boleh sedikitpun menyembunyikan perbezaan walhal masih banyak isu yang boleh disentuh?

Hudud ini agenda kami. Cita-cita dan harapan kami. Kerjasama dengan kerajaan Pusat ialah kerjasama kerajaan dengan kerajaan.

Jika undi bukan Melayu untuk Pakatan Rakyat yang sampai ke tahap maksimum pun belum memungkingkan kita menawan Putrajaya, kenapa tidak boleh tuan izinkan kami mencelah mengaut nasib di tengah masyarakat Melayu pula.

Jangan tuan merasakan hanya kami yang rugi jika bahtera ini pecah, jika kami rugi secupak, tuan mungkin rugi seguni. Sekurang-kurangnya kami berjaya mengurangkan majoriti Barisan Nasional di Rompin sedangkan tuan gagal mempertahankan Teluk Intan.

Sekurang-kurangnya undi kami di PRK Dun Chempaka hanya merosot 11.4% dalam situasi Barisan Nasional tidak turun bertanding sedangkan undi tuan di PRK Bukit Gelugor merosot sebanyak 26.14% juga dalam situasi Barisan Nasional tidak turun bertanding!

Tahukah tuan, betapa tergurisnya hati dan perasaan kami atas lontaran kata-kata tuan di halaman kami sendiri. Umpama hadir bertamu, mengutuk lantai tidak serata, mengata dinding tidak berwarna.

Rumah ini ada tuannya, jika pun tuan hadir dengan jemputan anak yang derhaka, belum tentu anak yang lain boleh membiarkan rumahnya dihina sesuka hati.

Apatah lagi jika anak yang baik budiman menjemput tuan hadir, tentu sahaja dihantar pulang dengan hati terluka.

Jangan tuan mengukur Mesir dan Jordan sebagai kayu ukuran. Adapun Mesir dan Jordan itu, yang memerintahnya sekarang ialah ‘Umno’.

Dan seperkara lagi, sekalipun Mesir itu bumi para nabi, bimbang saya teramat sangat jika tuan ke sana bertemu waris cucu Firaun. Daripada yang belum faham tentang Islam, semakin jauh tuan dibawa ke bukit kejahilan.

Saya bimbang, jika tuan jadikan Mesir dan Jordan sebagai hujah untuk tidak laksanakan syariah Islam, nanti ada yang merujuk pula Negara Brunei yang lebih dekat dari sudut geografi dalam isu kerakyatan. Dan tuan tentu maklum bahawa Brunei sangat sukar memberikan tahap kerakyatan kepada kaum Cina (dengan maaf).

Dalam hal hudud ini, saya pohon kepada tuan, jangan galak sangat menambah luka. Kami anak muda punya perasaan, pada saat kami boleh bersabar, hargailah kesabaran kami ini.

Jika kami bertamu ke tempat tuan, kami sekurang-kurangnya tahu di penjuru mana kami bersila, tidak meludah di tengah laman, tidak menepis huluran salam.

Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang,

Terimalah hakikat, kita berbeza dalam isu ini dan kita punya hak untuk berbeza. Biarkan sahaja 5 peratus perbezaan ini, dan gerakkan 95 peratus lagi yang kita sepakati bersama. Seperti tajuk buku biografi tuan yang ditulis oleh Dr Ooi Kee Beng, The Right To Differ.

Ahmad Fadhli Shaari,
Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Menteri Tolak Cadangan PKR motosikal dikenakan Tol

Sifat terdesak pihak pembangkang untuk memutarbelitkan fakta dengan menuduh Menteri Kerja Raya yang mencadangkan motosikal dikenakan tol ibarat meludah ke langit, kerana hansard perbahasan tersebut jelas tercatat apa sebenarnya yang berlaku, siapa sebenarnya yang mencadangkan agar motosikal dikenakan tol.

Hakikatnya ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh yang cuba mempertikai keputusan kerajaan yang tidak mengenakan tol terhadap motosikal, dan telah dijawab oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah ketika menjawab soalan ahli Parlimen Kuantan itu semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada November 2013 berkata, Kadar Tol di lebuh raya negara ini tidak ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC, sebaliknya dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan.

“Motorsikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk dibawah kategori kenderaan dua gandar atau dua roda (motorsikal) yang dikecualikan dari kutipan tol.

“Penetapan untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 dan keputusan ini ditetapkan adalah berdasarkan akta dan perundangan.” katanya.

Fauziah yang jelas tidak berpuas hati meminta agar keputusan tersebut dikaji semula kerana menurut ahli Parlimen PKR itu, kewajaraan untuk mengenakan tol terhadap motosikal ialah kerana terdapat motosikal berkuasa tinggi yang setaraf dengan kereta.

Walau bagaimanapun, Fadillah yang juga ahli Parlimen Petra Jaya menolak gesaan tersebut ketika itu berkata, jika kerajaan mahu mewujudkan kutipan tol kepada motorsikal, mereka perlu mewujudkan lorong-lorong kutipan tol untuk motorsikal.

“Jika ingin juga dilaksanakan ianya akan mengakibatkan penggunaan belanja yang agak besar.” katanya.

Meskpun isu ini sudah lama, namun akibat ketandusan itu ianya terpaksa dikitar semula demi untuk mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

Namun disini jelas terbukti siapa atau pihak mana sebenarnya yang mahu motosikal dikenakan tol...?  (sumber)

Kisah Najib dan Sarawak

Sebelum ini, rakyat Sarawak hanya mampu mendengar dan tidak keterlaluan penulis gunakan ayat "melopong" di sini apabila satu demi satu projek pembangunan lebuh raya diumumkan dan dibina di Semenanjung Malaysia kerana untuk mendapatkan lebuh raya sendiri bagi merentasi Bumi Kenyalang ini hanyalah bagaikan satu impian yang mungkin tak kunjung tiba.

Memanglah sebelum ini, ada kedengaran dan ura-ura yang Lebuh Raya Pan Borneo akan dibangunkan namun sayangnya, ianya sering hanya akan berakhir tanpa susulan begitu sahaja dengan alasan keadaan ekonomi dan kemampuan negara masih belum mengizinkan walhal, pembangunan negeri-negeri yang lain tidak kurang rancaknya dilaksanakan.

Sehinggakan apabila pengumuman pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tanggal 10 Oktober 2014 pada pengumuman Bajet 2015, masih ramai dikalangan rakyat negeri ini merasa skeptikal yang ianya akan benar-benar dilaksanakan dan beranggapan ianya hanyalah sekadar gula-gula politik untuk sajian rakyat negeri ini seperti biasa sebelum ini.

Bagi rakyat Sarawak, Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 Billion bukanlah sekadar sebuah lebuh raya dan jalan penghubung dari satu tempat ke tempat yang lain namun ianya adalah nadi negeri ini yang akan mempercepatkan pembangunan dibawa khususnya ke kawasan-kawasan luarbandar di samping memberi peluang masyarakat setempat untuk menambahbaikkan tahap ekonomi mereka. - Baca selanjut KLIK

Mahathir cedera dilempar batu di Permatang Pauh

Seorang jurugambar portal KLXpress, Mahathir Mohammad cedera dikepala akibat dilempar dengan batu oleh penyokong PKR di PDM Tanah Liat, di sini pagi tadi.

Berita lanjut menyusul kemudian..

Gambar Terkini PRK Permatang Pauh

Setakat jam 11 pagi ini, suasana pusat pengundian dalam keadaan terkawal. Meskipun berlaku insiden ejek mengejek antara dua pihak.

Namun kami masih tercari-cari penyokong tegar PAS yang dikatakan akan boikot calon PKR pada hari ini.

Ulama PAS haramkan kaki jejak Permatang Pauh?

Sejak hari pertama PRK Permatang Pauh, ramai tertanya-tanya kelibat Ulama PAS yang sepatutnya bersama-sama pemimpin PKR dan DAP berkempen untuk mempertahan legasi keluarga Anwar.

Dimanakah Haji Hadi Awang, Harun Din atau pemimpin muda seperti Nasrudin Tantawi atau Nik Abduh?

Mereka semuanya seolah mengharamkan kaki jejak parlimen Permatang Pauh.

Yang berlegar di Permatang Pauh cuma pemimpin PAS yang menganut fahaman liberal; samada mereka ahli PAS yang berketuakan Anwar Ibrahim seperti Dr Mujahid atau ulama PAS yang berketuakan DAP seperti Mat Sabu.

Hakikatnya beberapa insiden demonstrasi yang dianjurkan penyokong pemuda PAS Pulau Pinang semasa PRK Permatang Pauh membuktikan para Ulama PAS sebenarnya tersinggung dengan ejekkan demi ejekan yang dilemparkan oleh PKR dan DAP.

Bahkan, secara berterusan DAP dan PKR tanpa segan silu menghina pemimpin Ulama PAS, terutama sekali berkaitan hudud.

Apakah ini punca Ulama PAS haramkan kaki di Permatang Pauh, kerana tidak tahan diperlekeh PKR dan DAP?

Terdahulu penyokong PAS pernah memberi amaran kepada PKR, agar jangan bersikap biadap terhadap Ulama. Selain itu penyokong PAS dilaporkan bertekad untuk melakukan kejutan di hari pengundian PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Bagi pemerhati, senario ini mampu membawa malapetaka buat legasi keluarga Anwar di Permatang Pauh; jika benar ini bukan wayang politik...

Penyokong PKR halau demo Ulama PAS

Penyokong PKR menghalau serta memaki hamun sekumpulan ahli pemuda PAS yang pro Ulama ketika kumpulan berkenaan berdemonstrasi didepan Masjid Kubang Semang petang tadi.

Ahli Pemuda PAS yang berhimpun secara aman bertujuan untuk bersoladiriti demi mempertahankan hudud serta kepimpinan ulama.

Kabinet belum bincang soal kenaikan Tol

Kementerian Kerja Raya hari ini menafikan laporan sebuah portal mengenai kenaikan tol pada bulan ogos nanti.

Menurut sumber Kementerian Kerja Raya, laporan tersebut adalah tidak benar kerana sebarang kenaikkan akan dibincangkan diperingkat kabinet terlebih dahulu.

"Kabinet tidak ada membincangkan soal kenaikan tol pada ogos ini.

"Jadi laporan tersebut adalah tidak benar" katanya.

Sebelum ini, sebuah portal pro pembangkang melaporkan akan berlaku kenaikkan tol menjelang ogos nanti.

Laporan itu berkata, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini.

Kabinet belum bincang soal kenaikan Tol

Kementerian Kerja Raya hari ini menafikan laporan sebuah portal mengenai kenaikan tol pada bulan ogos nanti.

Menurut sumber Kementerian Kerja Raya, laporan tersebut adalah tidak benar kerana sebarang kenaikkan akan dibincangkan diperingkat kabinet terlebih dahulu.

"Kabinet tidak ada membincangkan soal kenaikan tol pada ogos ini.

"Jadi laporan tersebut adalah tidak benar" katanya.

Sebelum ini, sebuah portal pro pembangkang melaporkan akan berlaku kenaikkan tol menjelang ogos nanti.

Laporan itu berkata, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini.

'Jangan Pilih Wan Azizah' - Ahli PKR Selangor

Seramai 30 individu yang mendakwa sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengadakan protes untuk menggesa pengundi Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh supaya tidak memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7 Mei ini.

Presiden Suara Akar Umbi Keadilan, Mazli Saring berkata, pengundi di Permatang Pauh tidak sepatutnya memilih Wan Azizah yang pernah berkata bahawa beliau perlu menjaga cucu ketika mengosongkan kerusi parlimen itu pada 2008.

"Kenapa mereka tidak memilih nama lain di Permatang Pauh? Dia telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

"Kami yang terdiri daripada ahli akar umbi merasakan bahawa presiden PKR ini sedang bertanding untuk jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen," katanya pada sidang media di Pusat Komersial Permatang Pauh di sini pada Ahad.

Baca selanjutnya di - http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/05/habislah-jijahjangan-pilih-wan-azizah.html

Dakwaan perjumpaan PM hanya menipu - PMO

Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan sebuah blog berhubung perjumpaan 60 ketua bahagian UMNO bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada minggu depan.
 
Sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebentar tadi mendakwa laporan tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

"Tiada sebarang perjumpaan diatur antara perdana menteri dengan ketua ketua bahagian umno pada minggu depan.

"dakwaan yang dilemparkan blogger berkenaan sekadar untuk menipu". Katanya

VIDEO: PAS laung slogan Anti-PKR





Ribuan dijangka hadiri ceramah Ustaz Kazim, isu hudud akan terjawab #PermatangPauh

Ribuan penduduk Permatang Pauh dijangka menghadiri ceramah Ustaz Kazim yang akan berlangsung di SMK Permatang Pasir malam esok.

Ceramah Perdana anjuran RELA itu dikatakan bakal menjawab beberapa isu penting yang sedang berlegar dikalangan penyokong parti-parti politik disini. Kerana para akan hadirin yang hadir akan diberi kesempatan untuk bertanya tentang isu semasa.

Beberapa penduduk sekitar yang ditemui menyatakan perasaan teruja dengan kehadiran Ustaz Kazim malam esok.

Menurut seorang penduduk, Ahmad Dasem 47, beliau menjangkakan antara soalan yang bakal ditanya hadirin ialah berkenaan isu hudud kerana itu yang menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan PKR.

"Apakah hukum kita menyokong calon yang menolak hukum Allah? ini persoalan yang perlu dibicarakan esok" katanya.

Menurutnya lagi, pencerahan tentang isu hudud penting untuk difahami umat islam, tanpa mengira fahaman politik.

"Pemahaman tentang hudud tentunya berkait rapat dengan keputusan yang bakal dibuat pada 7 haribulan nanti. Ini bukan sekadar untuk masa depan, tetapi yang penting sekali ialah akidah" tambahnya.

Penduduk Permatang Pauh akan menentukan pemimpin pilihan mereka pada 7 mei nanti.

Samada mereka akan memilih calon yang redha pada hukum hudud, atau bersekongkol dengan pihak yang menghina hukum Allah?...

PKR boikot PAS, pertelagahan semakin parah #PermatangPauh

Jika sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot dan berdemonstrasi demi mempersoal kebiadapan PKR dan DAP. Kali ini pula giliran PKR untuk memboikot kedegilan PAS yang enggan tunduk terhadapnya.

Terbaru, banner yang bersifat boikot terhadap kehadiran PAS direntangkan untuk menghalang PAS memasuki kawasan PKR di Permatang Pauh.

"Tinggalkan pemikiran kolot, baru boleh bersama kami"

Banner tersebut turut tertulis Kenyataan 'menasihat' agar PAS tinggalkan pemikiran kolot sepertimana Ulama PAS yang tidak terbuka terhadap prinsip PKR dan DAP yang menolak hudud.

Nampaknya pertelingkahan PAS dan PKR belum ada tanda-tanda akan reda dalam waktu terdekat ini.

Tambahan pula, AMK PKR hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak dapat membantu memulihkan keadaan tersebut.

AMK sekadar menyifatkan isu desakan Pemuda PAS Pulau Pinang agar AMK meminta maaf kerana menghina Haji Hadi sebagai isu peribadi dan terpinggir.

Menjelang empat hari sebelum hari pengundian PRK Permatang Pauh, jelas sekali pertelagahan antara PAS dan PKR semakin meruncing.

Mungkinkah ini petanda akan berkubur legasi keluarga Anwar di Permatang Pauh, ... atau PRK Permatang Pauh akan jadi saksi wayang kulit lakonan pemimpin PAS?

Pemuda PAS bertempur dengan PKR di permatang pasir

Berlaku satu kejadian panas dan tegang pada hari ke-7 kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Difahamkan pada awal pagi tadi, sekumpulan pemuda PAS yang terdiri daripada lima orang pemuda telah "bertempur" dengan 10 orang pemuda PKR di Permatang Pasir.

Kejadian pada awal jam 2.00 pagi itu, berlaku apabila 5 orang pemuda PAS terbabit sedang menjalankan kerja kerja mengedarkan risalah dan memasang banner mempertikaikan pihak yang menentang hudud. Antara yang dipasang oleh 5 orang Pemuda PAS terbabit adalah banner amanat arwah Fadzil Noor (bekas Presiden PAS) tentang pihak yang menentang hudud.

Selepas menyedari 5 orang pemuda PAS terbabit memasang banner tersebut, mereka telah didatangi oleh 10 orang pemuda PKR. Pada mulanya berlaku pertengkaran mulut hinggalah akhirnya membawa kepada pergelutan antara mereka.

Kemudian, 10 orang Pemuda PKR terbabit telah  membawa 5 orang pemuda PAS terbabit ke markas PAS di kampung Permatang Pasir.

Bagaimanapun pergelutan itu dapat dihidu oleh pihak polis yang bertugas pada awal pagi tadi. Pihak polis berjaya menyuraikan keadaan dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka.

Suasana panas ini mungkin terjadi setelah pemuda pemuda PAS semalam membuat demonstrasi menolak pihak pihak yang menentang hudud di Kampung Pertama, Permatang Pauh selepas selesai sembahyang Jumaat. 

Biarpun difahamkan sebelum ini Pemuda PAS membuat pusingan " U TURN" menyokong PKR.

Namun tindakan demonstrasi terbuka mengecam pihak yang menentang hudud semalam, dan kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi membayangkan bahawa ada pergolakan besar yang sedang berlaku antara PKR dan PAS.- TV14.my

Tak Tahan Dihina, PAS Berdemo di Permatang Pauh

Tak tahan dicemuh dan dihina, akhirnya kira-kira 100 orang penyokong PAS yang condong kepada kepimpinan Tok Guru Hadi serta Ulama berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh sebaik saja selesai solat jumaat hari ini.

Menurut sumbert dilapangan demonstrasi ini adalah soladiriti untuk menuntut agar PKR memohon maaf kerana menghina dan memfitnah Presiden serta Ulama PAS.

Selain itu, para demonstran yang hadir turut menyeru agar penyokong PAS memboikot serta tidak mengundi Wan Azizah pada PRK ini.

"Geng 5 Sekawan" Nafi Mahu Tumbangkan Najib

PERMATANG PAUH, 30 April – Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun hari ini menafikan beliau terlibat dalam sebarang komplot untuk menumbangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, tiada sebarang komplot ke arah tersebut membabitkan kumpulan Pemuda UMNO yang digelar ‘Geng 5 Sekawan’.

“Tak wujud, (riak muka).. kita fokus kepada gerak kerja untuk memenangi undi orang muda, untuk memenangkan calon kita di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan calon kita di PRK Rompin,” katanya kepada PRU14.tv hari ini.

Berkenaan itu, sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin telah menjawab perkara berkaitan kewujudan gerakan berkenaan pada hari penamaan calon menafikan wujudnya gerakan berkenaan.

“Laporan wujudnya gerakan untuk jatuhkan Presiden Umno yang dimulakan oleh Naib saya Azwan adalah tak benar sama sekali dan perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan.

“Saya melihat ini adalah usaha untuk melagakan Presiden dengan Pemuda Umno sebab ia mempunyai implikasi bahawa ia bermula dari Pemuda dan saya pun tahu tentang gerakan tersebut,” katanya ketika itu.

Khairul Azwan hari ini menghadiri program Ziarah Prihatin di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh bersama kira-kira 100 buah geng motosikal Pemuda BN. – PRU14.tv

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com