Guan Eng tak sanggup debat dengan PAS


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di sini.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Sebelum itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, setiausaha penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.

Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap UMNO yang menjadi musuh politik PAS.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT. - Astro

Pemimpin MIC lancar mogok lapar

Setiausaha Agung MIC baru dilantik Datuk G. Kumaar Aamaan hari ini melancarkan mogok lapar di luar pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini “sehingga nafas saya terakhir” sebagai protes terhadap agensi itu tidak mengiktiraf jawatannya.

Sambil dikelilingi oleh penyokong presiden Datuk Seri G. Palanivel, G. Kumaar berkata beliau akan tidur di luar bangunan ROS di Jalan Diplomatik 2 dan hanya meminum air.

Katanya, beliau akan mogok lapar sehingga Kementerian Dalam Negeri menukar ketua pengarah ROS dan pegawai lain terbabit dalam siasatan pemilihan semula MIC.

Terdahulu G. Kumaar menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri.

“Saya melakukan ini demi masyarakat India dan saya akan berpuasa sehingga nafas saya terakhir jika perlu,” katanya yang enggan bercakap lanjut sehingga puasanya berakhir.

Pada 5 Disember, ROS telah membatalkan keputusan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden MIC dan 23 jawatan CWC diadakan pada perhimpunan agung parti itu pada November 2013.

ROS mengarahkan pemilihan baru diadakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembatalan itu.

Palanivel mengumumkan pelantikan G. Kumaar sebagai setiausaha agung awal bulan ini bersama-sama lantikan penting lain.

Namun pelantikan itu dipertikai oleh ahli parti MIC.- Antarapos

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Hari ini berkurangan


Setakat jam, 8 pagi hari ini, hanya seramai 5,631 mangsa banjir dari 1,584 keluarga yang masih lagi ditempatkan di 38 pusat pemindahan yang masih dibuka di seluruh Sarawak berbanding dengan 6,249 orang pada jam 4 petang semalam.

Bahagian Kuching - Kampung Sungai Tengah - 24 keluarga/63 mangsa, Kampung Batu Kitang - 78 keluarga/352 mangsa, Rantau Panjang - 61 keluarga/234 mangsa, Kampung Sinar Budi Lama - 38 keluarga/197 mangsa, Kampung Astana Lot - 9 keluarga/42 mangsa, Kampung Beradek - 111 keluarga/379 mangsa, Lorong 17/51 Desa Wira - 55 keluarga/103 mangsa, Tupong - 90 keluarga/387 mangsa, Kampung Bratan - 37 keluarga/183 mangsa, Mambong -20 keluarga/38 mangsa, Kampung Segedup - 20 keluarga/97 mangsa, Kampung Rampangi Fasa 1 - 1 keluarga/4 mangsa, Kampung Simpok - 56 keluarga/131 mangsa, Kampung Selampit - 5 keluarga/20 mangsa, Kampung Sejijak - 21 keluarga/87 mangsa, Kampung Paroh - 16 keluarga/58 mangsa, Kampung Bintawa - 33 keluarga/132 mangsa, Kampung Kranji - 4 keluarga/30 mangsa, Kampung Kudei - 132 keluarga/462 mangsa, Kampung Tanah Putih - 5 keluarga/mangsa dan Kampung Bintawa - 33 keluarga/132 mangsa.

Sebanyak 21 pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 774 keluarga dan 3,122 mangsa di Bahagian Kuching.

Bahagian Samarahan - Kampung Nangka - 87 keluarga/350 mangsa, Kampung Entingan - 23 keluarga/101 mangsa, Simunjan Tebang - 17 keluarga/58 mangsa, Kampung Ulu, Kampung Hilir, Kampung Slabi - 83 keluarga/290 mangsa, Kampung Tanah Putih - 18 keluarga/66 mangsa, Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa 3, Kampung Sindang - 21 keluarga/112 mangsa, Kampung Pinang - 25 keluarga/86 mangsa, Kampung Rimba Padi - 21 keluarga/73 mangsa dan Kampung Koran - 12 keluarga/48 mangsa.

Sebanyak sembilan pusat pemindahan melibatkan 307 keluarga dgn 1,184 mangsa di Bahagian Samarahan.

Bahagian Mukah - Bawang Matu, Kampung Tian, Kampung Cina Pasar Lama, Kampung Sekaan Besar dan Kampung Sekaan Kecil - 20 keluarga/68 mangsa

Hanya satu pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 20 keluarga dan 68 mangsa di Bahagian Mukah.

Bahagian Limbang - Kampung Hujung Jalan Mendamit - 99 keluarga/337 mangsa, Kampung Bidang Batu Danau - 132 keluarga/409 mangsa, Kampung Merasam, Kampung Meritam, Kampung Telahak, Kampung Lubok Tekurok - 16 keluarga/59 mangsa, Kampung Tanjung, Kampung Rangu, Kampung Buluh Baloi - 88 keluarga/209 mangsa, Kampung Lumut, Kampung Siang Siang, Kampung Banganga, Kampung Seberang, Kampung Gelapas, Kampung Tanjung - 44 keluarga/169 mangsa dan Kampung Masjid Baru - 17 keluarga/43 mangsa.

Sebanyak enam pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 396 keluarga dan 1226 mangsa.

Bahagian Miri - Long Panai, Marudi - 9 keluarga/31 mangsa. - Sarawakiana

Mangsa Banjir Di Sarawak Dipindahkan Cecah 10,000 Orang

Maklumat terkini akan situasi banjir di Sarawak setakat jam 12 tengahari tadi mencatatkan seramai 10,103 orang dari 2,271 keluarga telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri ini.

Untuk makluman, Sarawak dibahagikan kepada tiga zon (Selatan, Tengah dan Utara) yang dipecahkan kepada 11 bahagian. Bahagian yang terjejas akbat banjir adalah sebanyak empat bahagian iaitu Mukah, Kuching, Samarahan dan Limbang.

1. Mukah - Kawasan yang dinaiki air sebanyak empat kawasan melibatkan Rumah Meling, Rumah Jinggap, Rumah Ding, Kampung Bawang, Matu dan mangsa yang telah dipindahkan ke dua Pusat pemindahan yang disediakan seramai 189 orang daripada 66 keluarga.

2. Kuching - Kawasan dinaiki air sebanyak 23 kawasan melibatkan Kampung Simpok, Kampung Ma'ang, Kampung Bawang, Kampung Tengah Sungai, Kampung Batu Kitang, Kampung Astana Lot, Rantau Panjang, Kampung Beradek, Kampung Landeh, Kampung Stapok, Kampung Sinar Budi, Kampung Mambong, Lorong 10 Desa Wira, Kampung Paroh, Kampung Tupong Ulu, Kampung Sungai Maong, Kampung Sandong, Kampung Mundai, Kampung Bratan, Kampung Jambu, Pekan Batu Kawa Lama, Kampung Segedup, Kampung Bintawa, Kampung Tanjung Kepayang, Kampung Selapit, Kampung Bokah, Kampung Semilang, Kampung Gita Lama, Kampung Gita Laut, Kampung Kudei Iban, Pasar Batu Kawa, Jalan Rampangi Fasa 1, Kampung Kranji dan Kampung Siniawan. Seramai 6,582 orang daripada 2,102 keluarga di tempatkan di 34 pusat pemindahan.

3. Limbang - Kawasan dinaiki air sebanyak satu kawasan yang melibatkan Kampung Baru Jalan Mendamit, Kampung Bidang dan Kampung Lumut. Seramai 1,230 orang daripada 213 keluarga di tempatkan di tiga pusat pemindahan.

4. Samarahan - Kawasan dinaiki airsebanyak 13 kawasan melibatkan Kampung Ulu, Serian, Kampung Nangka, Kampung Entinggan, Kampung Simunjan Tebang, Kampung Lingga, Kampung Tanah Putih, Kampung Rimba Padi, Kampung Koran, Kampung Sindang, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Pinang, Kampung Lintang, Kampung Slabi Entukuh dan Sungai Turong. Seramai 2,102 orang daripada 522 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan.

Jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka adalah sebanyak 53 pusat pemindahan iaitu dua di Mukah, 34 di Kuching, tiga di Limbang dan 14 di Samarahan. - Sarawakiana

Mangsa Banjir Dipindahkan Ke Pusat Pemindahan Kuching/Siburan/Padawan Meningkat

Jumlah mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat-pusat pemindahan telah meningkat sejak tengah malam semalam.

Setakat jam 12 tengah malam tadi, seramai 1,697 mangsa dari 15 kampung telah dipindahkan.

Menurut statistik kenyataan dari pegawai bertugas Bilik Operasi Banjir Bahagian Kuching Julius Scott Sapong, mangsa-mangsa yang telah dipindahkan terdiri dari 422 keluarga.

Terdahulu pada jam 10.50 malam semalam, hanya 1,407 mangsa (334 keluarga) dari 14 yang dilaporkan telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Kampung-kampung yang terjejas adalah; Kampung Simpok, Kampung Tengah Sungai, Kampung Bawang, Kampung Batu Kitang, Kampung Kerumboi (Siburan), Kampung Sinjok (Siburan), Giam Baru, Kampung Mundai, Rantau Panjang, Landeh, Beradek, Maang (Padawan), Astana lot (Depan Pawada), Kampung Jambu dan Desawira.

Mangsa-mangsa banjir telah di tempatkan di pusat pemindahan di SK St. Peter, SJK Chung Hua, Gereja Kampung Bawang, Dewan Serbaguna Batu Lintang Raya, Balairaya Kampung Kerumboi, Balai Raya Kampung Mundai, Kedai tepi Jambatan Batu Kawa, Surau Kampung Landeh, SK Beradek, Balairaya Kampung Maang, Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Balairaya Kampung Jambu, Dewan Masyarakat Stapok Stephen Yong dan rumah-rumah saudara-mara mangsa.

Jumlah mangsa yang dipindahkan dijangka akan meningkat hari ini berikutan hujan lebat yang tutun tiada hentinya dari semalam ditambah dengan fenomena air pasang besar atau ‘king tide’ bermula 19 Januari (hari ini) hingga 26 Januari.

Menurut Kalendar Tahunan Kerajaan Negeri, negeri ini akan mengalami air pasang setinggi 5.7 meter hari ini diikuti enam meter pada hari berikutnya dengan paras paling tinggi dijangka 6.3 meter pada 22 dan 23 Januari.

Air pasang pada hari Rabu hingga Sabtu dijangka setinggi 6.2 meter dan pada 26 Januari air pasang besar dijangka 5.7 meter. - Sarawakiana

"Pejuang Sarawak" sanggup guna anak bahan provokasi


Rupanya orang yang dibelakang tabir dalam isu "baju kurung" adalah seorang pejuang dari Sarawak.

Menurut sumber dari blog sebelah beliau adalah aktivis yang memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari persekutuan Malaysia.

Ternyata amat terdesak bila beliau sanggup menggunakan anaknya sebagai bahan untuk melancarkan provokasi.

Ikuti pendedahan dari blog sebelah KLIK

Pesanan Anwar kepada "JAKIM"

Kali ini Anwar berkata benar

Gejala ini sedang menular;

Dari bercium dengan artis sampai sanggup cium ketiak pemimpin

Dari orang lelaki bercium dengan perempuan sampailah orang lelaki bercium dengan lelaki, apa nak jadi ni?

Bila lagi JAKIM nak tegur...


Polis Tangkap Peguam Eric Paulsen

Peguam Eric Paulsen ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur sebentar tadi, dipercayai ekoran tweetnya sebelum ini yang mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) beliau kini dibawa ke balai polis Dang Wangi walaupun sudah bersetuju untuk memberikan keterangan esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu.

“@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields,” tulis Khalid di Twitter sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin PKR dan pengasas LFL N Surendran berkata polis membawa Paulsen ke firma guamannya Daim &Gamany di Petaling Jaya dan merampas laptopnya.

Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Paulsen ekoran tulisannya di Twitter pada Jumaat lalu yang mendakwa Jakim “mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat”.

Pengerusi Biro Agama pergerakan itu Azmir Yuzaimi Mohd Yunos di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya mendakwa kenyataan itu berunsur hasutan, provokasi terhadap Islam dan mahu tindakan tegas diambil.

Tulisan kontroversi itu bagaimanapun dipadamkan setelah dikritik banyak pihak, termasuk ketua polis sendiri, Pemuda PAS danUtusan Malaysia.

Terdapat anggapan bahawa Paulsen merujuk kepada khutbah Jumaat.

Pada Sabtu, Khalid dilapor mengesahkan polis akan menyiasat Paulsen bawah Akta Hasutan 1948. – MKini

Antara Kelemahan PM Najib yang jelas?

Polisi kerajaan dibawah pentadbiran PM Najib tidak boleh dilihat melalui kacamata sentimen politik semata-mata, khususnya yang berkaitan ekonomi bagi rakyat biasa.

Dibawah pentadbiran Najib beberapa dasar ekonomi yang penting untuk mengurangkan beban rakyat telah diperkenal dan dilaksanakan, beberapa pencapaian menarik juga telah diraih.

Bermula dengan perintah pelaksanaan kadar gaji minima untuk rakyat hinggalah projek perumahan PR1MA yang lebih murah dan mampu milik.

Begitu juga perhatian beliau terhadap pelaburan diluar negara yang bakal memberi impak jangka panjang terhadap kelangsungan ekonomi negara.

Suatu ketika pihak Bank Dunia turut memuji langkah Malaysia yang begitu serius untuk mengurangkan jurang pendapatan dikalangan rakyat dengan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, Perdana Menteri turut melalui ujian getir yang memerlukan kebijaksanaan beliau untuk membuat keputusan, suatu yang tidak dapat ditangani dengan hanya berceramah atau majlis-majlis kerajaan.

Contohnya peristiwa pencerobohan Lahad Datu, yang telah menjadi sejarah pahit buat negara dan mengorbankan ramai anggota keselamatan negara.

Belum selesai isu kehilangan MH370, negara dikejutkan pula dengan insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh.

Bukan suatu yang mudah untuk berurusan dengan pemberontak yang lengkap dengan segala senjata canggih, namun PM Najib sanggup melakukannya demi maruah negara dan keadilan untuk mangsa pesawat MH17.

Ketika rakyat Malaysia di pantai timur berdepan musibah banjir yang amat dahsyat, PM bergegas pulang dari luar tanpa sebarang alasan demi membantu dan melihat sendiri rakyat yang ditimpa bencana.

Bukan saja bantuan semasa banjir, malah bantuan selepas banjir untuk mangsa yang terjejas telah diluluskan dengan serta merta.

Pembangkang dilihat semakin buntu untuk mencari kekurangan Najib sebagai pemimpin yang 'pro rakyat', sehinggakan terpaksa menjadikan isteri beliau Rosmah sebagai sasaran.

Dengan segala usaha dan ujian getir yang beliau terpaksa hadapi, adakah itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang lemah?

Ya, rakyat Malaysia memang ada pilihan. nak jadi 'penjilat' Anwar atau Najib?

Golongan pertengahan memang lebih gemar pada Anwar, mereka merasakan lebih baik wang BR1M digunakan untuk menghapuskan tol atau subsisdi kereta agar harga kereta lebih murah. Itulah punca mereka menentang pemberian BR1M!

Berbeza dengan PM Najib, beliau bertegas mahukan BR1M diberi kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Kalau dulu hanya kakitangan kerajaan yang bergembira dengan pengumuman bonus setiap kali Belanjawan dibentangkan. Tapi bila Najib jadi PM, para petani, nelayan, tukang jahit, pembalak dan orang-orang kampung yang buta huruf pun turut bergembira kerana dapat 'bonus' dari kerajaan setiap tahun.

Akibatnya, golongan kaya dan pertengahan sangat marah terhadap PM Najib kerana pemberian BR1M yang dikatakan membazir wang rakyat.

"Alangkah baik wang tersebut digunakan untuk bayar subsidi minyak, subsidi kereta dan hapuskan tol", kata mereka.






PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com